Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Monday, January 11, 2010

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH BAGI AGAMA LAIN MENURUT WAKIL AL-AZHAR

Bismillah

Assalamualaikum

Oleh : Abu Haseef

Penulis sempat mengajukan persoalan ini kepada Wakil al-Azhar @ Naib Syeikh al-Azhar Syeikh Abdul Fattah 'Allam. Beliau menjelaskan bahawa perkara ini sebenarnya telah dibawa ke pengetahuan Syeikh al-Azhar oleh Duta Malaysia ke Mesir. Beliau berpendapat bahawa tindakan kerajaan Malaysia menegah penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat. Ini kerana kalimah Allah tidak boleh disamaertikan dengan kalimah Rabb yang membawa makna Yang Mewujudkan. Sebagaimana maklum penganut bukan Islam menamakan sebarang tuhan yang mereka sembah seperti batu, haiwan, matahari dan lain-lain sebagai Allah. Hal ini sudah tentu amat tidak wajar sama sekali dan menyalahi maksud kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Hadith. Untuk mendengar perbincangan penulis dengan beliau dalam Bahasa Arab, sila download audio



HUJAH MENOLAK PENGGUNAAN KALIMAH ‘ALLAH’ OLEH KRISTIAN oleh

Mohd Aizam bin Mas’od
Cawangan Akidah
Bahagian Penyelidikan


antara intipati hujah yang menarik dan konkrit:

- Mengapa Gereja Katolik tidak menggunakan kalimah asal bagi tuhan sebagaimana yang terkandung dalam bahasa asal kitab mereka? Mengapa nama tuhan perlu diterjemah sedangkan nama tuhan adalah satu kata nama khas yang sepatutnya digunapakai tanpa mengira bahasa pertuturan si penganut agama. Bukankah kalimah tuhan dalam Bible berbahasa Ibrani ialah Elohim, El, Eloh atau Elah?

-Di samping itu, terdapat artikel berbahasa Arab tulisan Izzat Andrews,seorang penganut Kristian Koptik di Mesir berjudul ‘Allah bukan tuhan agama Kristian dan Yahudi’. Beliau mengatakan bahawa kalimah ‘Allah’ hanya berasal daripada penggunaan orang Jahiliyyah yang merujuk kepada tuhan bulan. Ia tidak pernah termaktub dalam kitab-kitab Yahudi mahupun Nasrani. Tuhan bagi agama Kristian ialah Elohim15. Kenyataan-kenyataan di
atas jelas menunjukkan bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi agama Kristian masih menjadi suatu polemik dalam kalangan agamawan Kristian. Oleh itu apa hujah Gereja Katolik di Malaysia untuk mempertahankan penggunaan kalimah ‘Allah’ sedangkan ia sendiri belum dimuktamadkan oleh Kristian di peringkat dunia?


-Jika kalimah ‘Allah’ dan Elohim itu merujuk kepada hakikat yang sama, mengapa pula konsepnya berbeza. Al-Qur’an mengatakan Allah itu Maha Esa dan tidak mempunyai anak sebaliknya Gereja Katolik berpegang kepada konsep triniti. Ini sekaligus memberi
makna konsep ‘Allah’ di dalam Islam adalah amat konsisten sehingga umat Islam tidak perlu menterjemahkannya kepada mana-mana bahasa dunia. Ia berbeza dengan konsep ketuhanan agama Kristian yang tidak memiliki sumber yang jelas dan konsisten sehingga memerlukan penterjemahan dan pinjaman daripada bahasa lain.

Thursday, January 7, 2010

Kalimah Allah : Bilakah 'Bible Arab' wujud? Agama samawi?

Bismillah

Assalamualaikum


Para Anbiya'

Islam itu sendiri wujud sejak dari zaman Nabi Adam Alaihissalam . Bahkan diceritakan bahawa setelah kewafatan Nabi Adam AS, Nabi Shith iaitu anak kepada Nabi Adam diangkat menjadi pengganti baginda untuk memimpin manusia supaya sentiasa berada di jalan Allah.Dan setelah wafatnya pula Nabi Syith, dikhabarkan bahawa datang pula seorang Nabi dari keturunan Nabi Shith iaitu Nabi Idris. Ketinggian serta kedudukan Nabi Idris telah termaktub di dalam Al-quran di mana Allah berfirman :

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Idris; sesungguhnya adalah ia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta ia seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.( Surah Maryam : 56-57)


Nabi Idris merupakan keturunan Nabi Syith.Ayahnya bernama Yarid anak kepada Mahla'il.Nabi Idris merupakan orang pertama yang dikatakan menulis dengan pen. Baginda dilahirkan di Babylon, Iraq.

Namun begitu, iblis tetap teguh menjalankan rencananya untuk mnyesatkan anak anak Adam.Dikatakan bahawa setelah wafatnya Nabi Idris, iblis menyerupai seorang lelaki lalu membisikkan kepada segolongan mansuai itu untuk membina 5 patung orang-orang alim sebagai peringatan.Dan lama-kelamaan iblis menghasut mereka untuk menyembah patung brupa manusia itu dan malangnya sebahagian golongan mreka itu jatuh ke dalam perangkap Iblis dan bermulalah era mensyirikkan Allah yang Satu. Seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran:

Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr ( Surah Nuh: 26 )

Kemudian kekufuran mula melanda jiwa anak anak Adam. Mereka berpaling daripada jalan Allah dan mula membuat kerosakan. Lalu Allah mengutuskan seorang Nabi dan rasul iaitu Nuh Alaihissalam. Dikatakan bahawa jarak antara nabi Idris dan nabi Nuh ialah seribu tahun. dan selama 950 tahun Nabi Nuh mengajak manusia - manusia yang melakukan kekufuran dan kesyirikan ini kembali kepada Islam dan Allah yang Satu. Namun hanya kurang 100 orang yang beriman dengan Nabi Nuh. Seterusnya, kita sudah sedia maklum bagaimana Nabi Nuh membina kapal yang diperintahkan oleh Allah dan bagaimana nasib semua orang termasuk anak-anak dan isteri baginda yang turut menderhakai Allah (kecuali tiga anak nabi Nuh) setelah Allah menurunkan bala banjir yang besar.
Diriwayatkan bahawa tiga anak nabi Nuh ini merupakan moyang kepada bangsa-bangsa yang wujud sekarang ini. Mereka ialah Sam, Ham dan Yafith.

Kemudian kita boleh melihat bagaimana Nabi Hud yang merupakan nabi berketurunan Arab di utuskan Allah yang berada di Yaman. Sebagaimana yang kita sedia maklum, ada yang beriman dengan seruan Nabi Hud dan ada yang mengengkarinya lalu di turunkan bala ke atas mereka. Namun bagi orang-orang Kristian, mereka menolak penceritaan mengenai Nabi Hud.Ini kerana kata mereka Nabi Hud tiada di dalam Bible.



Kepada Allah Yang Satu

Apa-apa pun melalui perjalanan sirah nabi-nabi di atas, jelas kita dapat melihat bahawa mereka berusaha untuk membawa manusia kepada Allah yang Satu. Dan tidak sesekali bersekongkol dengan manusia-manusia kufur untuk mensyirikkan Ke-Esaan Allah . Dan jelas melalui lidah Nabi junjungan kita Muhammad SAW ,agama yang satu-satunya benar di sisi Allah ialah ISLAM.Bukan Kristian atau Judaism dan sebagainya.Semua para anbiya sejak dari Nabi Adam AS merupakan Muslim dan menyembah Allah yang SATU. Bukan Allah dua, tiga atau Allah yang dipersekutukan dengan manusia dan lain-lain.




Bila wujudnya Bible Bahasa Arab?

Sebenarnya 'Old Testament' dan 'New Testament' wujud dan mula di'terjemahkan' ke dalam Bahasa Arab setelah beratus-ratus tahun Rasulullah wafat!

An Arabic version of the Hebrew Bible was made in the tenth century by Saadia ha Gaon. Only its Pentateuch, Minor Prophets, Isaias, Psalms, and Job have been preserved. In 1671 an Arabic Bible was published at Rome under the direction of Sergius Risi, Archbishop of Damascus. It appeared in numerous later editions. A mutilated reprint of it (London, 1822) was circulated by the Bible Society. To offset this Protestant influence, complete Arabic versions were issued both by the Dominicans at Mossul (1875-8) and the Jesuits at Beirut (1876-8).




Dan di dalam sebuah website anti Islam yang dikelolakan oleh orang Kristian mengatakan bahawa :
What we need to understand is that Mohammed had no Bible available in his native tongue, there was no Arabic translation until at least 200 years after he lived. Click



Jadi sebelum ini, orang-orang Arab Kristian pakai Bible apa ya? Adakah ini maksudnya ketika zaman RasulAllah, tiada Bible Arab yang ditulis di dalamnya Allah Bapa , Allah Anak? Mungkinkah hanya secara lisan golongan Arab Kristian ini menggunakan Allah .Itupun kerana lidah mereka ialah lidah Arab setelah mereka ini di kristiankan? Jangan kita lupa bahawa Orang Arab ini telah diperkenalkan untuk menyembah Allah yang Satu dan agama Islam sejak dari zaman Nabi Ibrahem lagi melalui Nabi Ismael.Disebabkan itu kita boleh melihat nama nama seperti Abdullah wujud sejak sebelum RasulAllah dilahirkan. Ini kerana contohnya ibu dan ayah Nabi Muhammad berpegang kepada syariat Nabi Allah Ibrahem!


Bahasa Nabi Ibrahem Dan Nabi Ismael AS

Nabi Ibrahem merupakan moyang kepada baginda Rasulullah SAW melalui Nabi Ismail.
Mereka berdua telah membina Kaabah seperti yang diperintahkan Allah dan tidak lupa juga kita bagaimana kisahnya ibu Nabi Ismael yang bersa'ie ketika hendak mendapatkan air untuk anakanda tercinta .Di situlah bermulanya sejarah air Zam Zam. Sejak itu, petempatan yang pesat mula kukuh di sekitar Kota Makkah. Maka datanglah kabilah-kabilah Arab termasuk kabilah Jurhum yang meminta izin daripada Siti Hajar untuk tinggal di situ kerana mempunyai sumber air dan mula membina petempatan mereka di situ. Nabi Ismail dikatakan membesar dan belajar berbahasa Arab dari orang-orang Arab tersebut dan turut mengahwini wanita Arab.Di sini kita dapat melihat bahawa Nabi Ismael dan Nabi Ibrahem tidak berbahasa Arab tetapi mengikut sejarah,Nabi Ibrahem kemungkinan bertutur bahasa Akkadian . Mengikut sesetengah pendapat, suhuf(lembaran2) yang diturunkan kepada Nabi Ibrahem ialah di dalam bahasa Akkadian( Allahu 'Alam). Taurat pula di dalam Bahasa Aramaic(tetapi pada yahudi iia diturunkan di dalam bahasa Hebrew) dan begitu juga dengan Injil(bible tulen). Seperti firman Allah :

Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.( Surah Ibrahem : 4 )



Namun begitu, kesemua bahasa yang disebut di atas termasuk bahasa Arab merupakan 'satu famili' yang dikenali sebagai Bahasa Semetic.Jadi tidak hairanlah jika kebanyakan perkataan di dalam bahasa-bahasa di atas mempunyai persamaan.


Maka orang-orang Arab tersebut beriman dan mengikuti ajaran Nabi Allah Ibrahem dan anaknya nabi Ismael alaihumma alsalam. Mereka di ajar kepada Allah yang Satu dan mematuhi ke semua perintah-perintah Allah dan menjauhi semua larangan yang diturunkan.


Jadi sebelum datangnya Kristian, Islam telah bertapak di dalam jiwa orang-orang Arab melalui Islam yang di bawa oleh Nabi Ibrahem. Namun, apabila seseorang yang bernama
Amro Bin Lahi Khuzaie dari kabilah Khuzaa berkuasa di Makkah, dialah orang pertama yang dikatakan telah cuba menukar ajaran agama Nabi Allah Ibrahem dengan paganism.

Firman Allah:

Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani memperdebatkan tentang (ugama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal? ( Surah Aali-Imran : 65 )


Jelas ayat di atas kepada kita ummat Muslimin bahawa Nabi Muhammad SAW ialah sebagai utusan Allah yang menyambung perjuangan rasul-rasul sebelum baginda .Dan bahawasanya agama Islam ialah agama Allah sejak dari zaman Nabi Adam lagi seterusnya Nabi Ibrahem dan sampailah kepada Nabi Muhammad yang merupakan penutup segala Rasul dan pelengkap risalah-risalah Allah yang diutuskan kepada Rasul-rasul sebelum baginda.


Dan jelas juga kepada kita ummat Muslimin bahawa satu-satunya agama Allah yang di bawa oleh Nabi Isa AS ialah ajaran agama yang sama dibawa rasul sebelum baginda iaitu ISLAM. Setiap nabi dan Rasul ini tidak pernah menklaimkan bahawa ajaran agama mereka ialah Kristianiti atau Judaism.Dan walaupun setiap rasul diutuskan kepada kaum mereka, ini tidak bermakna mereka membawa perbedaan tetapi semuanya dari sumber yang sama dan ajaran yang sama iaitu Allah dan ISLAM .



Agama Samawi


“Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (muslim) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik.”(Surah Ali Imran :67)

Ayat Allah di atas terang membuktikan bahawa Kristianisasi dan Judaism tidak mengikuti Millah Ibrahim. Kerana sesungguhnya Millah Ibrahem tidak sesekali mensyirikkan dan mempersekutukan Allah! Bahkan mereka ini juga telah dilaknati oleh nabi mereka sendiri seperti firman Allah di bawah:

“Telah dila'nati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan 'Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas” (Al Maidah:78)


Tidak!Jika kita membaca Al Quran Al karim, tentu pernyataan agama-agama samawi itu adalah bathil dan Demi Allah mereka Yahudi dan Nasrani bukanlah golongan yang mengikuti Millah Ibrahem kerana Nabi Ibrahem sendiri telah berpesan dan mewasiatkan kepada anak cucu nya sendiri seperti difirmankan Allah di dalam Al-Quran:

“Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. : "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam"( Al-Baqarah : 132)

dan lagi:

Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk ugama Yahudi atau pemeluk ugama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah (wahai Muhammad: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut ugama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik". (Surah Al-Baqarah : 135)


Dimana agama samawinya yang dikatakan tiga itu?

Dengan demikian saya tidak sesekali akan mengiktiraf agama mereka merupakan agama wahyu kerana Rasulullah SAW pernah bersabda :

“Sesungguhnya para nabi itu bersaudara, bapak mereka satu, ibu mereka berbeda, sedang Agama mereka satu (Hr. Ahmad, dlm Bukhari- Muslim)

Jadi bagaimana mungkin istilah agama-agama samawi ini direlakan oleh sebilangan ummat Islam untuk menyamakan kedudukan agama Nasrani dan Yahudi yang sesat setaraf Millah Ibrahem ?!

Firman Allah di dalam AL-Quran:

“Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.( Aali Imran :85)


Sesungguhnya agama yang diwasiatkankan turun temurun daripada para Nabi dan para Solihin ialah ISLAM.


Konklusi

Islam mengajar semua golongan lapisan masyarakat mengenal siapa itu Allah. Setiap bangsa apa pun apabila memeluk Islam mengetahui Allah ialah Tuhan yang Satu . Tetapi ini berbeda dengan Kristian di mana , setiap bangsa apa pun yang menganuti agama Kristian mengenali Yahweh sebagai Tuhan mereka .

Sejak kedatangan Rasulullah, orang orang Ajam dan terutama sekali orang-orang yang tidak mengunakan bahasa Semetic seperti Melayu hanya mula mengenal kalimah Allah melalui Islam . Tetapi di kalangan bangsa Ajam Kristian pula,mereka mengenal Allah melalui apa? Bukankah melalui Islam juga? Buktinya, rata-rata orang Bukan Islam dari dulu lagi selalu menyebut Tuhan Allah, Allah orang Islam dan sebagainya. Bahkan para mubaligh Kristian yang datang bersama penjajah beratus tahun dahulu tidak langsung memperkenalkan istilah Allah dalam ajaran agama mereka apatah lagi mahu mengiktiraf Nya. Dan tidak kedengaran pula Bible bahasa Arab di waktu itu .

Jadi dengan rasional apakah yang menyebabkan mereka ini menuntut kalimah Allah di Bumi Melayu?


Sesungguhnya selain daripada Umat Islam, seluruh umat manusia juga wajib berserah dan memperakui Allah. Namun, Kesucian kalimah Allah yang hendak dikotorkan dan dibathilkan, kita sebagai umat Islam tidak boleh bersekongkol dalam usaha untuk mensyirikkan Allah walaupun setitik ataupun sesaat.Di sebabkan itu marilah sama - sama kita berdoa agar pihak kita akan memenangkan kembali kes ini .

Update: Di minta para umat Islam bertenang. Pihak musuh sentiasa mengawasi untuk mengambil kesempatan untuk mengapi-apikan keadaan kini. Berikutan dengan berita yang dikatakan ada gereja di serang, ini semua ialah kemungkinan satu provokasi untuk menghuru harakan negara. Umat Islam haruslah bijak dan tidak melatah dalam mengambil tindakan. Inshallah, Allah itu sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar.

Wednesday, January 6, 2010

Isu Kalimah Allah

Bil. Muzakarah : Kali Ke-82
Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008

Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah

1) Ulasan/Hujah

  • Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
19 orang Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysiamenghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 21 Mei 2008
  • Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
  • Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
  • Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
  • Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
  • Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
  • Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
  • Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
  • Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.
  • Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.
  • Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
  • Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.

2) Keputusan

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
  2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

SUMBER: ALFANSHURI dan BAHRUS SHOFA



UPDATE:


Question: The using of kalimah “Allah” by other people in this country
Answers by Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas:

Well I have been talking about this long time ago. I remember about this in ISTAC, when we first established ourselves (late 80’s and early 90’s), I think the Arcbishop of Penang was asking this question. And I have answered that.

And then we had a meeting with the Archbishop of Kuala Lumpur and about all the representatives of Christianity, including the ministers, we had a meeting at ISTAC.

And I said, “Why you want to use the word ‘Allah’ for yourself?”

They said “we going to pray in Bahasa Malaysia”

That’s the way they put it. So my answers to them, “Why you have to change praying into Bahasa Malaysia. You have been praying in English all the time. Why suddenly change into Bahasa Malaysia?”

Ok, so they said they want to change so that it more patriotic. Then in that case I’m saying that “why don’t you use Tuhan while praying in Bahasa Malaysia? Because you are talking about God isn’t it?…God is not just a name…”Allah” is a name of this Being whom you called God… and in fact a Being whom even higher than what you called to be God”

And then I said, “ …and “Allah” is not from Bahasa Malaysia. It is not a national language. It belongs to the language of Muslim all over the world. Therefore your argument using this for the word “Allah” does not fit into your idea of God. Because “Allah” does not have a son, It is not one of three (Trinity), that is why out of respect to Allah we can’t allow you to use this.“

But when we Muslim, when we write in English we say God, or when we talk to people we say God but we mean “Allah”…but they cannot say when they speak about God it means “Allah” as they don’t mean it.

So in this particular respect, we have to be clear about this, not was-was (hesitate)...whomever responsible in our governing, they have to be clear about this and to explain to others.

We agree you want to use God, then use Tuhan as we also use that…but we understand in the Malay language that Tuhan is not a translation of Allah..that is why we say “tiada Tuhan melainkan Allah” not “tiada Tuhan melainkan Tuhan”. We don’t say “there is not God but God”..at least the ulama’ among the Muslim Malays, we understand what is the meaning of that (word “Allah”).

So “Allah” cannot be translated as no language has translated Allah. The Arabs themselves they only use that after Islam..although the word existed (before)..the Christians Arab they also did not use Allah (in theological, epistemological and ontological sense in the same manner as the Muslim)..if they say that it is just a language..they talking about language..because they say “Allah” like the Muslim when they (melatah)…

So it appears they want to do that in order to confuse the Muslim into thinking that all the same..that is why I say one of the problems about religion is the nature of God..about who Allah is..that is why in Arkanul Iman (The Pillars of Faith), the first thing is “amana billah”.

“Who is this Allah?” and that need to be explain at higher institution in a proper way…

So we have answer the question. It is not proper to allow them using this, since they asking us and there is no point bringing this to court since this is not a matter of court to decide it whether they have the freedom to use it or not. It is up to the Muslims.

But then if they used it and said “in Indonesia they have use it, why can’t we?”…but it is because of the Muslims..if Muslims don’t care they will go on and use it..and in Indonesia they are using not only that, other things they even call it “choir” as “selawat”. Choir is not a “selawat”, as “selawat” is for Prophet..it’s not singing hymn..

And they also talk about..in Indonesia they are also confuse..Muslims..that is why this thing happen. Sometimes the language when you come across English words like “Prophet of Doom” in Indonesia they said “Nabi celaka”. How can there be “Nabi celaka”? What is meant by the “Prophet of Doom” is…even the word Prophet in English does not mean “Nabi” only…it means “yang meramalkan malapetaka”..that what it means…so the “Prophet of Doom” means “yang meramalkan malapetaka”, not “Nabi celaka”.

They (the Muslims in Indonesia) seem not to bother about this. What we can say is that ultimately well they say “God is not Allah”...well if you want to use the word God, we are saying we also use the word God, we refer to Allah as we know and we are not saying that your God ultimately will not refer to Allah. You can’t run away from Allah. You can only escape Him and so in the Qur’an (surah An-Naas) says: “Qul aAAoothu birabbi annas, Maliki annas, Ilahi annas”. He (Allah) is saying “ I am the real Ilah (God) of naas (mankind)”, although mankind (non-Muslim) does not interpret it that way.

klik

Tuesday, January 5, 2010

WAHAI PUAK KRISTIAN MALAYSIA! WAHAI ORANG-ORANG ISLAM MALAYSIA!

Bismillah

Assalamualaikum


Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".
( Surah Aali-Imran :64 )



Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :


"Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih Isa putera Maryam itu adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan para rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "Tuhan itu tiga", berhentilah (dari ucapan itu). Itu lebih baik bagimu. Sesunggunnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah sebagai Pemelihara" (Surah an-Nisa':171)







Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :



Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani memperdebatkan tentang (ugama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal? ( Surah Aali-Imran : 65 )



Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :



Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.( Surah Aali-Imran : 66 )



Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :



Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik( Surah Aali-Imran : 67 )


Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :



Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi ugamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umatnya - umat Islam). Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman. ( Surah Aali-Imran : 68 )

Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :



Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu; padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu). ( Surah Aali-Imran : 69 )


Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :


Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya? ( Surah Aali-Imran : 70 )







Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :



Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?( Surah Aali-Imran : 71 )



Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :



Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: "(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).( Surah Aali-Imran : 78 )



Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :





Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)". Allah berfirman lagi: "Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu." ( Surah Aali-Imran : 81 )



Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :


Kemudian sesiapa yang berpaling ingkar sesudah mengakui perjanjian setia itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. ( Surah Aali-Imran : 82 )


Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :



Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.
( Surah Aali-Imran : 83 )



Dan Kami Umat Islam sesungguhnya bersaksikan bahawa Allah itu Satu dan Muhammad itu Pesuruh Allah dan sesungguhnya Allah berfirman:


Katakanlah (wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)". ( Surah Aali-Imran : 84 )



Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :


Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.( Surah Aali-Imran : 85 )


Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka terimalah ajaran Nabi Muhammad dan saksikkanlah bahawa Muhammad itu penutup segala Rasul dan risalah yang dibawa baginda adalah benar sebenarnya seperti firman Allah:


Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik.
( Surah Aali-Imran : 95 )




Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu ingkarkan keterangan-keterangan Allah, padahal Allah sentiasa menyaksikan apa yang kamu lakukan?" ( Surah Aali-Imran : 98 )


Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :



Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu menghalangi orang-orang yang beriman daripada menurut jalan jalan (ugama Islam), kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menyaksikan (kebenarannya)? "Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. ( Surah Aali-Imran : 99 )




Wahai orang-orang ISLAM!!! Beramallah kalian dengan ayat ayat Allah seperti yang difirmankan:


Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. ( Surah Aali-Imran : 100 )



Wahai orang-orang ISLAM!!! Beramallah kalian dengan ayat ayat Allah seperti yang difirmankan:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya( Surah Aali-Imran : 103 )


Wahai orang-orang ISLAM!!! Beramallah kalian dengan ayat ayat Allah seperti yang difirmankan:


Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.( Surah Aali-Imran : 104 )


Wahai orang-orang ISLAM!!! Beramallah kalian dengan ayat ayat Allah seperti yang difirmankan:

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar. ( Surah Aali-Imran : 105 )


SADAQALLAH AL'ADZIIM...



MAKA ITU, MARILAH KITA BERSATU PADU MEMBENTUK SATU UMMAH YANG KUAT DAN KEMBALI KEPADA QURAN DAN SUNNAH , BERKASIH SAYANG SERTA BERTOLAK ANSUR SESAMA SAUDARA ,BERSIKAP ADIL KEPADA YANG BUKAN ISLAM, DAN MENENTANG SEMUA ANASIR JAHAT TERMASUK YANG INGIN MEROBEK BENTENG TERAKHIR KESUCIAN ISLAM DI BUMI MELAYU IAITU MELALUI KALIMAH ALLAH YANG SATU!

Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Haron Din

Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Haron Din

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

BANGI: Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.

"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.

"Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.

"Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan.

Baru-baru ini Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan sebuah akhbar mingguan katolik.

Pandangan beliau itu menimbulkan reaksi negatif daripada banyak pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang menggesa Ahli Parlimen Shah Alam itu supaya keluar PAS.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Pada 16 Februari lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit akhbar itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan Allah adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Dalam pada itu, Haron din turut meragui niat akhbar berkenaan yang bertegas mahu mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.

"Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam... sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah," katanya.

Selain itu Haron Din berkata, pada masa akan datang perkara yang melibatkan hal agama sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.

"Hal Allah ini adalah hal agama, jadi tempat penyelesaiannya adalah di Mahkamah Syariah.

"Kenapa nak bawa kes ini ke Mahkamah Sivil? Saya menyeru kes ini supaya kes ini diselesaikan di Mahkamah Syariah," katanya.

Beliau juga meminta semua pihak termasuk kerajaan dan Majlis Raja-Raja supaya segera menyelesaikan isu berkenaan.

"Saya merayu Raja-Raja Melayu supaya jangan memandang ringan perkara ini, selesaikan dengan cara setiakawan dan faham memahami perasaan masing-masing," katanya.




Tahniah Haron Din, Harun Taib, Taib Azamudden dan Nasharuddin Mat Isa! Inilah pemimpin PAS yang tulen!Kembalikan PAS kepada landasan asal.Biar kalah asalkan jangan tergadai Islam dan prinsip Islam. Sokong dan selalu berdiri teguh untuk mana mana sahaja pemimpin yang akan membawa kepada perpaduan ,kesejahteraan dan kebaikan untuk ummah.

Mari Kita ramai-ramai menghadiri Majlis barakah bersama ulama besar HadrMaut-Habib Umar Bin Hafiz

Friday, January 1, 2010

Khalid Samad! BERTAUBATLAH..

Bismillah

Assalamualaikum


Berikut saya mengambil beberapa 'statement' dari seorang kristian yang begitu aktif untuk mencela dan membuktikan Islam, nabi Muhammad dan Allah ialah palsu di dalam websitenya www-answering-islam.org

antara Katanya:

""

It is obvious that the Bible contains words that are etymologically related to the words "Allah" and "ilah" in Arabic. This does not imply, however, that "Allah" is the name of God in the Bible as claimed by some Muslims. In the New Testament, we see the word "theos" used to mean "God". Does this mean that somewhere between 400 BCE and 30 CE the name of God changed? Of course not! However, the language in which God chose to reveal Himself and His will changed from Hebrew/Aramaic (the Old Testament) to Greek (the New Testament); thus, the descriptive titles used of YHWH changed (from "el," "elohim," "eloah," and "elah" in Hebrew/Aramaic to "theos" in Greek, words that are basically synonymous).

What is a "descriptive title"? By this phrase, I mean a word that illustrates what one is. "God" is a word that describes YHWH, like "Lord" and "King." When I speak to my brothers, I call my male parent "Dad." When I write to him (or of him to my siblings), I capitalize the word. Is "Dad" my father’s name? Certainly not! Catholics speak of the man who claims to be the "Vicar of Christ" as "the pope". Does that make his name "the pope"? Of course not! Many such similar examples could be found, such as "Mother", "the President," or "the mayor," but none of these is the person’s name (unless the person actually has the name "President"). Likewise, as we shall see, neither are the words "elah," "eloah," "el," and "elohim" the name of God. (Note: It is true that the word "God" is often used as a proper name in English, just as "Christ" or "the President" are. As in the two examples, this is not proof that God’s name is "God", but that the descriptive title "God" is used as a name.)""

Klik sini


Komen saya: Mengikut kata-kata di atas dari penganut Kristian yang teramat setia dengan agamanya; Nama Tuhan sebenar di dalam Bible ialah YHWH. Perkataan - perkataan seperti elah, theos hanyalah gelaran semata-mata iaitu descriptive title untuk Tuhan Bible yang bernama YHWH.

Konon katanya contoh seperti dia memanggil ayahnya 'dad' adakah itu bermakna nama ayahnya 'Dad'?

Jadi bolehlah kita simpulkan bahawa Elah, Illah, Theos yang berada di dalam Bible pelbagai versi bahasa hanyalah gelaran untuk Tuhan mereka di dalam pelbagai dialek bahasa . Allah ialah gelaran orang Arab Kristian untuk Tuhan Bible mereka sepertimana gelaran untuk ayah dan ibu mereka seperti "Dad " Mummy , bagi India 'Amma' Appa' , manakala di dalam bahasa Arab pula seperti "Uma" "Ummi" 'Uba' Abi' Waaled' dan sebagainya. Ini sebenarnya yang sentiasa dipertahankan oleh para mubaligh Kristian apabila orang-orang Islam datang membuktikan bahawa Tuhan Musa dan Isa Alaihuma alsalam ialah ALLAH!ALLAH YANG SATU DAN ALLAH YANG TIDAK BERANAK DAN DIPERANAKKAN. ALLAH YANG TIADA SATU PUN MNYERUPAINYA!


Jadi apa sebenarnya niat para Kristian yang sanggup berlawanan di mahkamah untuk mendapatkan hak penggunaan nama Allah di dalam dakwah mereka?? Adakah Allah itu berasal dari perkataan Melayu? TIDAK. Melayu cakap 'Tuhan' Orang Putih cakap 'God' Latino cakap 'Deus' !Apa pula si Cina dan India punya gelaran untuk 'god' ini yah?

Dan adakah lidah lidah si Cina dan India serta penganut Kristian tempatan di sini bercakap dan Hidup seperti orang Arab? Kononnya memegang dan mengusung ke hulu ke hilir Bible versi Arab untuk memenangkan tipu dakyah mereka di mahkamah walhal mereka sendiri tidak berbahasa Arab ! Guna sahaja 'Tuhan"! Kalian bukan orang Arab! Kenapa sibuk hendak menggunakan Allah? Bukankah ini seolah-olah merupakan agenda busuk untuk mengelirukan anak-anak Islam yang sedang bergelut dengan kejahilan seterusnya menarik mereka menganut agama Kristian melalui pencemaran kalimah Allah yang mereka gunakan?


Lihat lagi kata-kata si Kristian ini dengan tujuan menghina ALLAH orang-orang ISLAM :

""

Of course, none of these words is the name of God, nor is the word "Allah" ever used as the name of God in the Bible. For your reference, here is a list of the uses of "allah" in the Bible. One can see, therefore, that the name of God is not and never has been "Allah". YHWH has always been His name, and the fact that the vowels in the Name are unknown poses a greater problem for those who claim that God’s name is Allah than for Jews and Christians, because the loss of the vowel sounds of this name occurred because the ancient Israelites considered this name too holy to be pronounced.""




Komen saya:Dia membuktikan bahawa Bible kepunyaan orang-orang Kristian yang mempercayai bahawa Jesus anak Tuhan tidak sama sekali mengiktiraf perkataan Allah hatta sebagai 'descritive title' .Malah dia cuba memperolok-olokkan Allah di dalam bible mereka membawa maksud pokok oak.


"Others, such as Quennel Gale, have also demonstrated that the name Allah was never God’s name in the Bible, but that the word "allah" exists in the Bible in the Hebrew word for "oak" (and also in the Greek word for "but")"


  • 'allah (Strong’s Number: H427, noun): oak.

    Found in: Joshua 24:26

Klik di sini


katanya lagi :

"As one can see, as far as phonetics are concerned, "Allah" is in the Bible with several meanings. None of these meanings, however, is the name of God."


Komen saya:Di atas kita dapat melihat dengan terang bahawa wajah sebenar orang-orang Kristian ini sebenarnya tidak pernah mengiktiraf kalimah Allah bahkan mereka menyamakan Allah dengan maksud-maksud untuk memalukan Allah yang Maha Esa!


Walaupun orang-orang Arab Kristian menggunakan 'Allah' di dalam Bible mereka. Rupa-rupanya Bible di dalam bahasa asal mereka tidak langsung mengiktiraf Allah' !


bahkan penulis website ini juga menunjukkan bukti BIBLE INDONESIA mengkorupkan ALLAH sebagai pengganti perkataan TUHAN manakala TUHAN sebagai pengganti YHWH!!!!!

Buktinya:

Exodus 6:2 Bahasa Indonesia Sehari-Hari
Aku menampakkan diri kepada Abraham, Ishak dan Yakub sebagai Allah Yang Mahakuasa, tetapi Aku tidak memperkenalkan diri kepada mereka dengan nama 'TUHAN'.

Exodus 6:2 Indonesian Terjemahan Baru
Aku telah menampakkan diri kepada Abraham, Ishak dan Yakub sebagai Allah Yang Mahakuasa, tetapi dengan nama-Ku TUHAN Aku belum menyatakan diri.

Apa maksud semua ini? Tuhan dijadikan perkataan istimewa menggantikan YHWH, manakala Allah pula diletakkan sebagai gantian Tuhan yang bukan spesifik! Adakah sebelum kedatangan Islam, di dalam Bahasa Melayu mahupun Indonesia , mereka menggunakan Allah sebagai merujuk descriptive title untuk 'God', Dios, Deus , ? Jelas bukan sekarang bagaimana mereka ini memutar belitkan kalimah Allah dan Tuhan di dalam Bible Indonesia sendiri. Nasib yang sama akan menimpa kesucian Allah di bumi Melayu dan salah satu golongan yang membantu kejatuhan kesucian kalimah Allah ini ialah orang-orang Islam sendiri!!



kata Penulis website itu lagi:


""As for any Indonesian Bible of which I am unaware that may use Allah in place of YHWH, one must keep in mind that Indonesia is a predominantly Muslim country. This use of Allah for YHWH would come not from the fact that Allah is God’s name in the Bible, but because the god of the Quran is called Allah, and this is what the people there are accustomed to hearing. ""


Komen saya:Lihatlah wahai muslimin sekalian!! Penulis Kristian ini mengaku bahawa penggunaan Allah di dalam bible Indonesia bukanlah bermaksud mereka menerima Allah sebagai Tuhan Bible tetapi kerana majoriti penduduk di situ ialah MUSLIM! Apakah yang kalian para muslimin dapat memahami melalui pengakuannya ini? saya ulang:

Penulis Kristian ini mengaku bahawa penggunaan Allah di dalam bible Indonesia bukanlah bermaksud mereka menerima Allah sebagai Tuhan Bible tetapi kerana majoriti penduduk di situ ialah MUSLIM!

BUKAN KERANA MEREKA MEMPERCAYAI ALLAH ITU TUHAN YANG SATU! BUKAN KERANA MASALAH BAHASA! TETAPI KERANA MAJORITI PENDUDUK IALAH ORANG MUSLIM!!


Tidak malukah kamu wahai Khalid samad dan sekutunya membiarkan Allah Yang maha Esa dipergunakan untuk memurtadkan anak-anak Islam???

Kamu mendabik dada menyokong dan memberi hujah untuk membenarkan mereka ini mengotorkan kesucian kalimah Allah sepertimana yang berlaku di Indonesia! Kamu membenarkan mereka ini untuk memperendahkan Allah sebagaimana yang dilakukan di dalam Bible Indonesia!!

Kenapa begitu tega hati kamu melacurkan kalimah suci demi kepentingan politik dan undi kuasa duniawi kotor?

Kenapa begitu tega hati kamu bekerja dan berusaha untuk membuka jalan bagi mereka musuh Allah meletakkan kalimah ini di tempat yang rendah!??

Lihat kata-kata di bawah ini wahai Khalid samad!!

Exodus 6:2 Bahasa Indonesia Sehari-Hari
Allah berbicara kepada Musa, katanya, "Akulah TUHAN. Aku menampakkan diri kepada Abraham, Ishak dan Yakub sebagai Allah Yang Mahakuasa, tetapi Aku tidak memperkenalkan diri kepada mereka dengan nama 'TUHAN'.


DAN INI BUKTINYA BIBLE DI DALAM ARAB JUGA TURUT MENYATAKAN PERKARA YANG SAMA :

ثُمَّ قَالَ اللهُ لِمُوسَى: «انَا الرَّبُّ. وَانَا ظَهَرْتُ لابْرَاهِيمَ وَاسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ بِانِّي الْالَهُ الْقَادِرُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ. وَامَّا بِاسْمِي «يَهْوَهْ»

يَهْوَهْ= YAHWEH( TUHAN BIBLE YANG DIIKTIRAF KRISTIAN)


KLIK BIBLE DALAM BAHASA ARAB CHAPTER EXODUS


DAN LAGI:


ISAIAH 42: 8

Akulah TUHAN, itulah nama-Ku; keagungan-Ku tidak Kuberikan kepada siapa pun; kemasyhuran-Ku tidak Kuserahkan kepada patung.

kLIK

أَنَا الرَّبُّ هَذَا اسْمِي وَمَجْدِي لاَ أُعْطِيهِ لِآخَرَ وَلاَ تَسْبِيحِي لِلْمَنْحُوتَاتِ

KLIK


Jelas ayat bible di atas mengatakan bahawa : tuhan(yahweh) merupakan nama sebenar Allah.

bahkan di dalam bible arab pun mengatakan ALRAB! BUKAN ALLAH. kenapa? kerana bagi mereka Allah itu bukan apa apa. Hanya sekadar 'descriptive title' seperti mom, dad, uncle.


Wahai Khalid;
Sanggup kamu bersekongkol dengan orang-orang yang mahu memutarbelitkan kalimah Allah demi agama mereka. Sampaikah hati kamu Khalid mengkhianati ALlah yang Maha Esa membantu mubaligh-mubaligh Kristian ini menyebarkan dakyah iblis mereka supaya anak anak Islam mengetahui bahawa :

Exodus 6:2 Bahasa Indonesia Sehari-Hari (same as Exodus 6:3 in the ASV)
Aku menampakkan diri kepada Abraham, Ishak dan Yakub sebagai Allah Yang Mahakuasa, tetapi Aku tidak memperkenalkan diri kepada mereka dengan nama 'TUHAN'


KLIK SINI UNTUK MELIHAT BUKTI AYAT DI ATAS DI DALAM BIBLE INDONESIA ONLINE


Bertaubatlah wahai Khalid. Jika tidak takut bala Allah akan menimpa kamu hingga tidak sempat untuk kamu berasa menyesal...


NAMUN BEGITU, HAKIKAT YANG KITA KETAHUI, SEMEMANGNYA ALLAH ITU TUHAN PEMILIK SEMESTA ALAM .TUHAN YANG MENCIPTA SELURUH ALAM SEMESTA. BAHKAN SUDAH DIBUKTIKAN BAHAWA ALLAH LAH TUHAN YANG DISEBUT NABI ISA ALAHISSALAM DI DALAM KITAB BIBLE YANG ASLI TETAPI KITAB BIBLE YANG WUJUD KINI TELAH DIKORUPKAN DAN DITOKOK TAMBAH SERTA DIPADAM KEBENARAN ALLAH DAN RASULNYA OLEH MANUSIA MANUSIA IBLIS YANG DERHAKA LAGI MEMBENCI JALAN KEBENARAN!


Dan di sini tidak lupa juga saya 'pastekan' kata-kata dari saudara muslim kita di Indonesia menggambarkan betapa rakusnya golongan Kristian ini memurtadkan orang-orang Islam di sana yang di postkan di dalam blog Jentayu baka.


BapakSanre said...

Bapak Jentayu,
Saya melihat orang di Malaysia ini agak pelik, terutama masih ada yg membutuhkan kerjasama Pak Gus Dur sedang Pak Gus Dur ini sudah ditolak oleh umat Islam di Indonesia.

Barangkali mereka tidak melihat kondisi di sini, bagaimana Pak Gus Dur ini digunakan oleh orang2 asing dari Israel, Amerika, German untuk melebarkan kempen Yahudi untuk menyesatkan umat Islam.

Alhamdulillah, kesatuan kami masih kuat, cumanya sudah banyak sekali orang2 Islam dikristenkan oleh kumpulan2 ini, kami berusaha mengembalikan mereka ke jalan yang benar, namun bukan perkara mudah, ia begitu sukar, mereka punya uang yang banya, dana yg sangat besar

Pendita2 yang sudah bertaubat ini, menceritakan bagaimana usaha2 yg dijalankan oleh pertubuhan2 asing untuk merosakkan Akidah umat Islam. Kita sungguh malang sekali, karena orang2 seperti Pak Gus Dur ini memberi sokongan, malah satu ucapan Pak Gus Dur di konvensi kristen seluruh Indonesia menyokong pula usaha memurtadkan umat Islam.

Harus mengapa bapak Anwar Ibrahim ini menggunakan pula bapak Gus Dur yang sudah jauh menyimpang ini.

Maka itu, kita harus berwaspada dengan Pak Gus Dur ini, terutama dia juga seperti Bapak Anwar, disokong oleh kaum2 Yahudi dari Amerika, Israel juga.

Saya pikir, Bapak Jentayu harus ke Aceh melihat sendiri kondisinya yang sebebar, buat sahaja kajian yang mendalam,dan mesti dimaklumkan kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia, bahawa gerakan memurtadkan umat Islam ini sudah berakar di Indonesia.

Ini semua adalah dakwah islamiah, jika sudah terbukti Bapak Anwar ini mempunyai hubungan intim dengan bapak2 Yahudi, harus ditolak dengan cepatnya.

Salam, Bapak Sanre S. Jakarta





ALLAHU LA ILAHA ILLA HU WAL HAIYUL QAIYYUM