Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Wednesday, October 28, 2009

Akibat Keceluparan Nik Aziz menghina keturunan Syed, inilah akibatnya..

Bismillah

Assalamualaikum


Kerana ikutkan nafsu amarah yang tinggi, Nik Aziz telah bersikap celupar mengeji keturunan Sayyid yang wujud di merata dunia.( bukan di malaysia saja malah di tanah arab, Europe, Indonesia, Singapore etc)

Dan kerana keceluparannya ini juga membuatkan pengikut-pengikut taksubnya berani memperlekehkan keturunan Ahlulbait dengan cacian dan makian sekarang ini! WAlhal di dalam Al-Quran Allah berfirman:

قل لا أسئلكم عليه أ جرا إلا المودة في القربي "Katakanlah Wahai Muhammad, aku tidak minta balasan apapun atas risalah yang aku sampaikan pada kalian kecuali kecintaan kalian terhadap keluargaku"as-Syuro ayat 23



Inikah Ulama yang diagungkan oleh mereka2 itu apabila marah habis satu keturunan orang lain di herdiknya. Apa kes mengaitkan pendapat individu terbabit dengan mempersoalkan keturunannya dan turut mendabik dada kononnya dia lah yang membantu Rasulullah?






Oh lupa. Nanti ada lah pengikut taksubnya yang datang memberitahu, " Mu kena pahe dialect Klate..'

Kenapa di dalam Malaysia ini, hanya Nik Aziz saja yang asyik timbulkan kontroversi melalu lidah Kelantannya??Takkan s ebagai rakyat malaysia tak reti reti nak beritahu media dengan menggunakan bahasa rasmi??? yang sebenarnya, Nik Aziz ini saya lihat suka memberi kenyataan mengikut nafsu dia dulu. Kata Imam Ali"

" Orang yang cerdik berfikir sebelum berkata, orang yang bodoh berkata dahulu baru berfikir"


Hakikatnya nampak sangat apabila orang memberi pendapat peribadi, diserangnya orang mengenai keturunan Syednya. Adakah orang tersebut ada menyerang kembali keturunan Niknya itu sebagai tindak balas? Perangai Nik Aziz ini jelas kita boleh melihat dalam fatwanya yang mengatakan Tuhan pun mencarut! Orang meminta pandangannya mengenai kata kata lucah di dalam buku SHIT. Tetapi Nik Aziz menjawab Tuhan pun mencarut!Samakah 'carutan' Tuhan seperti yang di klaimkan oleh Nik Aziz dengan "P*** M**" ???? Na3uthubillah Min Thalik!

Video di bawah ni satu lagi bukti menunjukkan Nik Aziz bercakap tak guna akal.Tahu nak bercakap saja sebelum berfikir.



Di dalam video di atas, Nik Aziz mengatakan bahawa nabi Muhammad masa dilahirkan sama juga seperti mad mad kampung lain. katanya Mad mad kampung kita dengan muhammad bin abdullah di tanah Arab sewaktu dilahirkan sama saja. Na3uthubillah Min Thalik..

Kenapa begitu berani sekali Nik Aziz memberi gambaran sedemikian rupa kepada Rasulullah!!! Sedangkan tanda-tanda kenabian telah pun ditunjukkan Allah pada diri Rasulullah sejak baginda berada di dalam kandungan ibu nya lagi! Apakah MAd Mad kampung sini mempunyai awan yang sentiasa melindungi mereka walaupun mereka merempit atau berfoya foya dengan perempuan???!!!!!! Kenyataan Nik Aziz boleh mengelirukan orang awam yang mempunyai pengetahuan cetek tentang gambaran kemulian Rasulullah sejak sebelum nabi Adam AS diciptakan lagi!!. Kenyataan Nik Aziz boleh membuatkan orang awam yang tidak berilmu melihat Rasulullah sama sahaja seperti mereka kecuali diangkat menjadi Nabi seperti mana gambaran memperentengkan kedudukan Rasulullah yang ada pada hati-hati Wahabi !!

Thursday, October 8, 2009

PAS perosak Kesatuan Umat Islam Di Malaysia!

Bismillah

Assalamualaikum


Semakin hari semakin terang bagi saya bahawasanya PAS bukan lah sebuah parti yang memperjuangkan Islam tetapi ianya ialah sebuah parti yang telah di dajjalkan oleh iblis laknatullah untuk merosakkan kesatuan umat Islam di Malaysia!

Terbaru sempena dengan PRK di bagan Pinang,dengar khabar bahawa seruan jihad ke atas UMNO telah dikeluarkan oleh Tantawi kononnya kerana orang2 PAS telah diserang mencerminkan sikap JAHAT yang sudah terang-terang uboleh kucar kacirkan keadaan ummat yang telah sedia ada kusut!

Kononnya dikatakan bahawa beberapa orang PAS diserang oleh beratus orang UMNO dan ada sampai ditetak. Beberapa hari sebelum ini kita telah mendengar betapa ganasnya orang PAS terhadap pihak lawan. Benda ini bukan baru. Memang umum mengetahui terutama sekali di kampung-kampung, kebanyakan orang2 PAS memang terkenal dengan sikap bengis mereka yang selalu suka cari gaduh sahaja. Ada yang sampai bertumbuk di kedai kopi. Yang muda menyokong PAS nak menumbuk yang tua kerana mempertahankan BN.Kerana parti , budak kecil jadi 'kurang ajar' sama orang tua. Semua terjadi di depan mata saya sendiri. Inikah yang ajaran Islam oleh PAS????

kalau lah iya pun budak2 itu diserang, laporkan sahaja pada polis. Dan ketua ketua PAS haruslah menyuruh penyokong mereka supaya bertenang dan bersabar. Bukan mengajar mereka menjadi bughah(pemberontak) seterusnya mengeruhkan keadaan kesatuan umat Islam di Malaysia ini!!

Apabila orang orang UMNO diserang, ada tak pemimpin mereka meminta penyokong UMNO supaya berjihad dan menyerang orang2 PAS kembali? Apa yang saya lihat, mereka ini akan selalu meminta orang ramai supaya bertenang dan membiarkan kepada pihak berkuasa untuk bertindak!


Kisah-kisah sejarah Islam yang menyayat hati banyak yang boleh dijadikan teladan. Contohnya ketika Imam Hussein ,cucunda Nabi Muhammad SAW,hendak dibunuh. Beliau berusaha untuk tidak mencetuskan peperangan dan menyeru pihak lawan agar tidak berperang antara satu sama lain. Malah beliau turut menangis dan kasihan melihat keadaan pihak lawan yang akan dihisab perbuatan mereka kelak di akhirat kerana kezaliman yang mereka lakukan ke atas beliau dan keluarganya. Walaupun berdepan dengan pemerintahan yang korup, Imam Hussein tidak langsung memulakan apa apa pemberontakan sehinggalah mereka sendiri yang memaksa beliau berhadapan dengan pedang2 dan panah mereka.Setelah itu, ada kita lihat anaknya Imam Ali Zainal ABidin mengumpul orang untuk memberontak sebagai balasan apa yang terjadi ke atas ayahandanya dan keluarganya??? Tahu kenapa mereka lakukan ini semua?? Kerana untuk menyelamatkan ummah dan tidak mahu keadaan ummat Islam menjadi lebih parah dengan pecah belah dan berlawan antara satu sama lain!!!!!!!!!!!! Mereka tidak langsung mengambil kesempatan untuk menubuhkan parti atau kumpulan untuk bertindak melawan kerajaan yang korup pada ketika itu semuanya kerana hendak menjaga kesatuan Ummat Rasulullah!!!!!

Apa yang mereka ini semua lakukan? Mereka meneruskan misi berdakwah Rasulullah kepada Umat dan mendidik jiwa-jiwa yang dahagakan kasih sayang Allah dan Rasul mereka dengan cara berhikmah!Walaupun ada sahaja ahli keluarga mereka yg dibunuh atau diracun tetapi mereka tetap beristiqomah dengan menjalankan dakwah mereka tanpa melibatkan diri untuk memberontak dan mencetuskan huru hara...

Sebagai orang Islam yang berilmu, kita sepatutnya menjadi pendamai dan pendidik kepada anak anak Islam supaya masa depan kesatuan kita kembali kukuh dengan terlahirnya lebih ramai orang Islam yang ingin kembali kepada Allah dan Rasul.Bukan berpolitik macam shaitan dan iblis yang bertopengkan agama Islam!!!


Tak cukup dengan itu, dengar khabar ada tuan rumah dipukul akibat 'komplen' orang-orang PAS yg buka gerai di depan rumahnya menyebabkan jalan di terblock..Nak tanya sikit. Islam mana ajar supaya tidak hormat halaman rumah orang ni? Tahu tak kalau nak bersolat atas mana-mana tanah, kita kena pergi cari tuan tanah dan minta izin untuk solat atas tanah tersebut?? kalau tak sempat, bersolat dulu dan kemudian harus mencari tuan tanah untuk mendapatkan keizinan.Ini ajaran mulia Islam dalam menghormati hak orang lain. Kata PAS parti Islam.Habis kenapa kebanyakan pengikut PAS beraksi seperti orang yang tak tahu hukum hakam? Kalau sendiri pun dah berperangai teruk, macam mana orang lain nak hormat dan ikut???

Wahai umat Islam yang ikhlas, kembalilah kepada Allah dan Rasul dan bersatulah kita serapat-rapatnya seperti bersatunya kaum Muhajirin dan Ansar yang digeruni oleh musuh mereka dek kerana kasih sayang mereka yang tinggi antara sesama saudara!