Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Thursday, February 4, 2010

Tanda di dahi Saiful pun nak diiisukan? Astaghfirullah..

Bismillah

Assalamualaikum


Saya memang malu sungguh dengan orang-orang yang memang tak reti bahasa dan suka mencari isu-isu bodoh untuk memfitnah orang lain! Biarlah kes perbicaraan antara Saiful-Anwar diteruskan tanpa sebarang provokasi bodoh! Ini tidak. sampai tanda di dahi saudara saiful pun nak di isukan. contohnya seperti yang ditulis oleh blog 'Gelagat Anwar'

Seorang ahli keluarga Anwar mengatakan, ‘hitam di dahi’ Saiful bukannya kerana sembahyang; tetapi kerana ’selalu menonggeng’ untuk dijuburi. Ini statement dalam galeri awam. Keluarga dan rakan akrab Anwar Ibrahim.


Apa hak mereka untuk menilai ibadat dan iman seseorang?Sedangkan para malaikat pun tidak dapat mengetahui akan keikhlasan seseorang tetapi hanya milik Allah, inikan pula kita manusia biasa yang ntah apa apa ??




Biar saya petik antara ulasan dari website ustaz zaharuddin yang ada mengulas pasal hal-tanda di dahi ini..Antaranya:

Imam Fakhruddin Al-Razi menyatakan terdapat dua pendapat dalam mentafsirkan tanda ini ( At-Tafsir Al-Kabir, 28/93 ) :-

Pertama : Tanda itu akan ternampak di akhirat kelak sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 106 " Di hari yang Allah memutih dan menggelapkan wajah" dan juga dari surah At-Tahrim ayat 8.

Kedua : Tanda ini akan terzahir di dunia lagi. Terdapat dua kemungkinan yang disebut,

a) Bekas sujud ini adalah tanda hitam di dahi. Namun perlu diingat ada sebahagiannya memang hitam kerana banyaknya sujud, namun banyak sujud belum tentu diterima solatnya. Manakala ada yang hitam sebab-sebab lain.

Justeru secara umumnya, tanda hitam di dahi, boleh membawa erti tanda sujud yang banyak dan lainnya. Jika tanda sujud itu diiringi dengan sifat-sifat mahmudah dirinya dan wajahnya yang menepati ciri kedua di bawah, lalu ia kemungkinan besar tanda yang benar.

b) Satu tanda yang Allah zahirkan di wajah orang yang sujud dari raut yang bercahaya, kelihatan tenang dan menyenangkan. Tanda inilah yang disebut terdapat pada wajah baginda Nabi, para sahabat dan lain-lain ulama.



Biarlah Allah sahaja yang mengetahui rahsia tanda di dahi saiful dan wajahnya yang tenang dan menyenangkan..jangan juga kita lupa para-para anbiya' dan awliya' yang suka beribadat sampaikan kehitaman dan bengkak anggota badan mereka..

Jika tanda di dahi Saiful itu ialah tanda benar di sisi Allah, adakah orang-orang yang memfitnahnya sanggup berhadapan dengan azab Allah di akhirat kelak? Jagalah lidah kita. Banyak fitnah berleluasa di kalangan masyarakat Islam di akhir zaman ini. Seperti makanan ringan pula. Hendak dikunyah selalu sahaja!


Hakikatnya Allah sudah pasti menunjukkan bukti juga ke atas wajah orang-orang yang bersalah. Bagaimana? Tepuk dada tanyalah iman sendiri! Tetapi jangan sesekali kita sewenang-wenangnya menuduh orang tersebut dengan tuduhan yang jelek dan jijik tanpa dibuktikan terlebih dahulu. Kalian boleh saksikan sendiri bukti Allah tersebut tetapi jangan babitkan dengan benda-benda yang tak berkenaan dan boleh merosakkan masa depan akhirat kita!

Ajib sekali mereka ini apabila sebelum habis kes liwat dibicarakan,sungguh berani mereka terlebih dahulu menjatuhkan hukuman bahawa saudara saiful pembohong manakala Anwar benar. Apakah kalian benar-benar orang Islam? Jika benar kalian orang Islam, contohilah sikap Amirul Mukminiin Sayyidina Ali karamallahu wajhah yang masuk ke mahkamah untuk dibicarakan terlebih dahulu dan terima kekalahannya dengan redho walaupun beliau tahu akan kebenaran pendakwaannya dan akhirnya kisah ditutup dengan pengislaman si yahudi yang mencuri baju besinya .Tak bolehkah penyokong-penyokong Anwar menasihatinya supaya lakukan yang sedemikian juga jika mulia sangat pemimpin kalian itu di mata kalian?





Tuesday, February 2, 2010

Alhamdulillah akhirnya perbicaraan Saiful-Anwar akan berlangsung esok!

Bismillah


Assalamualaikum


Akhirnya penantian dan kesabaran saudara Saiful berbuah apabila mahkamah menetapkan perbicaraan akan diteruskan esok ,Rabu,pada 2.30 petang, setelah menolak permohonan si Anwar Ibrahim untuk bertangguh lagi!Diharap prosiding perbicaraan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan !

Apa yang penting , keadilan Allah sentiasa berpihak kepada yang ikhlas dan benar untuk menegakkan yang hak! Dan bagi orang yang mahukan hak, mereka tidak akan membuang waktu untuk membuktikan kebenaran diri mereka.Ini yang dapat saya lihat pada diri saudara Saiful yang begitu teruja dan beriya-iya untuk ke mahkamah membuktikan kebenaran dakwaannya tetapi ajaib sekali apabila pihak yang lagi satu beriya-iya pula untuk menangguhkan proses membela diri.

Dan hairan sekali hingga kini masih ada orang yang asyik menuduh saudara Saiful sepatutnya membawa 4 orang saksi walaupun telah berkali-kali di terangkan oleh pelbagai lapisan masyarakat bahawa 4 orang saksi itu diperlukan apabila ada pihak ketiga yang menuduh dua orang berzina. Inilah kecantikkan Islam. Dan ini juga menunjukkan bahawa bukan senang atau seperti meneguk air sahaja apabila mahu menjalankan hukum hudud ke atas penzina. Sebaliknya jika penuduh didapati berbohong, dia pula yang akan dikenakan hukuman.

TETAPI, jika seseorang datang dan mendakwa bahawa dirinya dirogol, 4 saksi tidak akan diminta sebaliknya bahan-bahan yang boleh dijalankan sebagai bahan bukti akan digunakan untuk mengadili dakwaan mangsa rogol.Buka kisah di zaman para khulafa' Al Rashideen contohnya, di mana terdapat satu kes seorang perempuan mendakwa dirogol tetapi dia tidak diminta pula untuk mendatangkan 4 saksi sebaliknya bahan yang dijadikan bukti di analisakan hingga terbukti bahawa perempuan itu berbohong dan sengaja perangkap lelaki yang dituduh. Inilah keadilan Islam sebenar. Bukan seperti yang diputar-belitkan oleh musuh-musuh islam dan orang-orang Islam jahil .

Sebagai orang Islam, apabila datang sesuatu perkara. Hendaklah diselidiki hingga ke akar umbi. Ruang keadilan seharusnya di beri kepada kedua-kedua pihak untuk membela hujah dan dakwaan masing-masing. Bukan asyik menangguh dan menuduh tanpa bermula lagi proses mempersembahkan bukti bukti yang terlibat!

Setakat ini, pendapat peribadi saya, tampak keikhlasan di jia saudara Saiful untuk menegakkan keadilan buat dirinya. Sesungguhnya mati dalam mempertahankan diri juga merupakan syahid. Sabda Rasulullah SAW:

Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda: “Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan hartanya ialah syahid, Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan dirinya ialah syahid, Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan agamanya ialah syahid, dan sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan keluarganya ialah syahid.” (Riwayat Imam Ahmad dan Ibn Hibban)


Kepada saudara Saiful, tabahkan diri dan kuatkan semangat untuk berjuang mempertahankan diri dan maruah saudara. Semoga Allah akan membantu saudara Insyallah dan kepada Anwar Ibrahim, jika anda benar tidak melakukan seperti yang didakwa, sila patahkan hujah dan bukti bukti yang di bawa di mahkamah Jangan asyik nak bertangguh saja. Ini hanya akan memburukkan lagi keadaan yang sudah ada.Takkan tak percaya kepada Allah yang sentiasa membantu orang-orang yang teraniaya?

ps: sudah sudah lah dengan taktik menangguh. Harap sangat esok si karpal Singh tak berjaya untuk tangguhkan lagi kes. Semua rakyat dah tak sabar nak ikuti kes perbicaraan Saiful-Anwar ni!

Monday, February 1, 2010

Penghinaan terhadap Ulama Ba-Alawi Habib Umar oleh penyokong PAS di forum TKO!



Bismillah


Assalamualaikum


Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana tidak meng'update blog saya sebelum ini. Tetapi kerana banyak urusan yang perlu dibereskan serta terlalu sibuk dengan kerja telah menghadkan masa saya untuk menulis di blog saya.

Banyak perkara yang berlaku termasuk pembakaran gereja, surau , penghinaan ke atas al marhum sultan Johor ,penghinaan terhadap ummul mukminin Sayeda Aisha RA, isu kepala babi dan sebagainya namun saya mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat dalam mempertahankan agama bangsa dan negara daripada terus dirobek oleh anasir pengkhianat dan agen pemecah belah ummah.


Apa pun kembali kepada tajuk posting, di sini saya ingin menunjukkan betapa rakusnya segolongan ahli-ahli PAS berpolitik hingga sanggup mengheret ulama keturunan ahlulbait dari yemen iaitu Habib Umar hafidhullah untuk permainan politik mereka!!!! Ajib sekali golongan ini yang mengaku membawa perjuangan Islam tetapi akan menghina dan memfitnah sesiapa sahaja yang tidak seangkatan di dalam parti mereka!berikut ialah buktinya:
















posting ini dibuat di baah tajuk HABIB OMAR& AHBASY:SENJATA BARU UMNO


Adakah benar anak Haji hadi pernah membawa seseorang seperti yang diklaim oleh forumer di atas untuk membuktikan kesesatan Habib Umar? Kenapa forumer di atas menulis seolah olah gerakan para habaib akan melumpuhkan pergerakan PAS? apakah kesesatan habib Umar yang dimaksudkan???? Sesungguhnya ini adalah FITNAH yang terlalu besar untuk seorang ulama yang telah banyak berkorban harta dan diri serta keluarga untuk berdakwah ke seluruh dunia! Sanggup golongan ini mengheret para ulama habaib untuk agenda politik mereka!??? Kenapa begitu kotor sekali perjuangan politik demokrasi ala yahudi kalian??