Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Thursday, December 31, 2009

Kesal dan sungguh kesal..Nama Allah dijual setelah beratus tahun dipertahankan di tanah Melayu..

Bismillah

Assalamualaikum


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rrayuan dan
Kuasa-Kuasa Khas) di sini, sebentar tadi memutuskan bahawa perkataan "Allah"
boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly.

Hakim Datuk Lau Bee La membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik.



Komen:

Apa dah jadi? sekejap dibenarkan sekejap tidak dibenarkan? ditambah lagi dengan sokongan dari parti yang mempergunakan Islam, maka 'Allah' telah dijual dan diperjudikan nasib kalimah ini di mahkamah dunia yang kotor lagi sementara.

Sejak beratus-ratus tahun kalimah Allah berdiri kukuh menjadi simbolik satu-satunya agama yang benar di sisi Allah ialah Islam di tanah Melayu, tetapi kini kalimah itu telah dijual oleh golongan penggemar dan pencinta duniawi. Saya berasa amat sedih dan sungguh sedih dan tidak tahu apa yang bakal menimpa nasib ummat islam di malaysia jika keadaan berterusan begini dengan perpecahan ummah yang merebut 'muka' al kafiroon' demi kuasa demokrasi ciptaan manusia yang kotor.

Bukankah sudah terang lagi bersuluh tattik kotor musuh Allah hendak mncemari nama Allah yang mreka sendiri tidak percayakan kewujudanNya melalui islam agama yang haqq lagi benar? Bukankah mereka sebelum ini selalu mempersoalkan kedudukan Islam iaitu agama yang diredhoi Allah hingga ke akhirat ? Bukankah Bahasa melayunya untuk 'God" ialah Tuhan? Bukankah mereka ini semua bukan berlidah arab? Jadi apa tujuan mereka mengheret kalimah Allah ke dalam mahkamah duniawi kotor ?

Terasa longlai dan sedih sekali dengan sikap ummat Islam melayu di tanah Melayu ini yang kini asyik merebut kuasa duniawi hingga musuh nyata dianggap kawan setia. Hinggakan sanggup menggadai nyawa demi musuh Allah tetapi berbunuhan dan bercakaran sesama saudara demi menjaga kedudukan musuh Allah. Inikah yang dikatakan akhir zaman? Teringat saya antara pesanan Rasulullah sebelum pergi menemui kekasihnya yang HAQ, supaya jangan berlawan ssama saudara. Tetapi wasiat ini tidak dihiraukan. Ummat baginda tidak mnghormati lagi hasrat dan pesanan Nabi malah masing-masing sibuk mementingkan jawatan dan kuasa tanpa memperdulikan nasib ummah..tatkala saya menulis entri kali ini, air mata saya bercucuran, saya sudah tidak tertahan melihat semakin hari semakin Islam dipermainkan di tanah Melayu..

Telah banyak nikmat yang Allah beri kepada kaum Melayu sebagai imbalan menerima Islam tanpa perlu diperangi atau dimusuhi. Satu-satunya kaum bukan Arab yang menjadi sinonim dengan Islam tetapi kini sebilangannya seolah-olah hendak kembali kepada rupa jahiliyyah. Semoga masih tersisa golongan yang benar-benar tulus memperjuangkan Islam dan hak yang diberi Allah kepada kalian semua di atas nama Allah dan Rasul..

Tuesday, December 15, 2009

Herald dilarang guna perkataan Allah..

KUALA LUMPUR - Pemimpin negara bertanggungjawab memelihara agama Islam setiap masa kerana ia kewajipan yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Tinggi di sini, diberitahu semalam.

Peguam Kanan Persekutuan, Mohamad Naser Disa berkata, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja peringkat negeri mempunyai kewajipan untuk mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini kerana terikat sumpah jawatan yang dilafazkan seperti mengikut Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, kewajipan itu bukan hanya dipikul pemerintah tertinggi negara atau negeri, malah ketiga-tiga badan eksekutif, perundangan dan kehakiman yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong juga berkewajipan untuk memelihara agama Islam.

“Menteri Dalam Negeri yang menjalankan tanggungjawab eksekutif atas nama Yang di-Pertuan Agong adalah terikat dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara agama Islam, oleh itu menteri adalah betul untuk melarang penggunaan kalimah Allah oleh penerbit majalah mingguan Katolik, Herald, yang akibatnya mencemar agama Islam,” katanya.

Mohamad Naser berhujah demikian untuk menolak permohonan Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, yang telah memfailkan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan istilah Allah dalam majalah itu adalah tidak sah dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Dalam perbicaraan hari kedua itu, Mohamad Naser berkata, keputusan menteri yang melarang penggunaan kalima:h Allah dalam penerbitan Herald tidak menjejaskan kebebasan beragama pemohon dan penganut Kristian.

“Pemohon gagal menunjukkan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah ajaran asas dalam agama Kristian,” katanya.

Pada 7 Januari tahun lalu, Menteri Dalam Negeri meluluskan permit ’The Herald’ dengan syarat bahawa penggunaan perkataan Allah dilarang dan perkataan ’Terhad’ perlu dicetak pada muka depan majalah tersebut, iaitu hanya diedarkan kepada penganut Kristian di gereja.

Menteri berkenaan melarang penggunaan perkataan Allah atas alasan keselamatan negara dan mengelak salah faham dan kekeliruan dalam kalangan orang Islam.

Mohamad Naser dalam hujahnya berkata, Allah adalah nama khas bagi Tuhan yang satu, termaktub dalam al-Quran dan dimartabatkan dalam Perlembagaan Persekutuan, oleh itu sebarang usaha untuk merendahkan martabat kalimah suci Allah adalah suatu penghinaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Porres Royan, yang mewakili pemohon, dalam hujah balasnya, berkata, larangan yang dikenakan menteri adalah tidak munasabah, tidak sah dan bertentangan kebebasan beragama.

Menurutnya, Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan kuasa untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang bukan beragama Islam.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menetapkan 30 Disember ini untuk memberikan keputusan. - Bernama..



Komen:

Alhamdulillah dan syukur kerana niat buruk serta agenda busuk yang tersembunyi dapat disekat . Walaubagaimanapun seperti biasa ada pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan ini :

DAP meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mengkaji semula keputusannya mendesak semua kerajaan negeri mewartakan larangan penggunaan perkataan "Allah" dalam mana-mana penerbitan bukan Islam.

"Adalah lebih baik jika menteri itu menunggu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung perkara itu sebelum membuat sebarang tindakan yang akan hanya mengeruhkan lagi hubungan harmoni rakyat Malaysia," kata Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Malaysiakini



Memang memalukan jika masih ada orang Islam yang sanggup bersekongkol dengan musuh Allah yang nyata tetapi berselimutkan 'liberalism' serta 'hak kesemarataan' untuk menjahanamkan Islam dan mengelirukan.Ummat Islam sendiri.

Saturday, December 12, 2009

Ketuanan Melayu Dan Bahasa Melayu

Bismillah

Assalamualaikum



Saya sering terbaca komen-komen orang bukan Islam yang mengkritik UMNO, 'Ketuanan Melayu', Melayu juga pendatang , menolak malaysia sebagai negara Islam dan sebagainya. Kadang-kadang memang terasa hati ini berat dan pedih terutama sekali berkenaan kritikan yang mereka cuba utarakan untuk menunjukkan bahawa mereka faham Islam . Padahal 'Islam' yang mereka faham itu hanya sekadar 'cilok' daripada rakan sekutu atau menghafal tanpa mengetahui makna sebenar apa yang dikatakan.Konsep kesamarataan yang mereka cuba bawa dengan mempergunakan Islam 'sekerat-sekerat' cuba diterapi untuk menidakkan hak yang diiktiraf iaitu orang-orang Bumiputra atau di kenali sebagai 'Sons of Soil" di dalam perlembagaan Malaysia. Mulalah mereka memetik ayat-ayat suci Allah untuk kepentingan agenda mereka yang tersembunyi. Inilah senjata segolongan kafir yang suka menggunakan Islam untuk menjatuhkan orang Islam. Banyak kesan penggunaan taktik kotor ini boleh dipelajari di dalam sejarah-sejarah empayar Islam yang jatuh.Namun, sayang sekali apabila ummat Islam sendiri masih tidak mahu mengambil iktibar daripada sejarah yang selalu berulang seiring dengan perjalanan masa dan waktu di dunia ini.

Benar, di dalam Islam , seseorang pemimpin Muslim haruslah berlaku adil kepada semua rakyatnya termasuk yang bukan Islam.Tetapi orang-orang Islam haruslah beringat akan firman Allah yang lagi nyata dan benar sebenarnya:

"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." (Surah Mumtahinah : 8) Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."(Surah Mumtahinah : 9)


Tidak salah kita berbuat baik dan berbaik sangka dengan orang-orang bukan Islam yang menghormati Islam dan hak kita sebagai Muslim di negara yang di ketuai seorang Muslim,bermajoritikan orang Islam dan menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara. Tetapi salahnya apabila kita tidak berhati-hati dalam berkawan dengan orang-orang yang ada simptom-simptom bencikan Islam dan tidak mahu menghormati hak Islam di bumi Melayu ini. Malah sampai sanggup bercakaran sesama sendiri dan akhirnya yang menjadi mangsa ialah ummat Islam sendiri.


Ketuanan Melayu, PPSMI, Bahasa Melayu

Bercakap soal 'ketuanan melayu', sebenarnya istilah ini tidak wujud sebagaimana yang dipotretkan tetapi iyanya diwujudkan sendiri oleh pihak ultra kiasu yang tidak berpuas hati dengan hak-hak keistimewaan yang diberikan kepada orang-orang Melayu sebagai 'sons of soil' di dalam perlembagaan .Kita sekarang ini bercakap mengenai perlembagaan yang sudah termaktub sebelum bersekutunya Sabah dan Sarawak dengan Tanah Melayu lagi. Orang-orang Melayu terpaksa dan dipaksa untuk menerima kaum imigran yang dibawa oleh pihak British untuk menjadi buruh sebagai rakyat.Mereka tidak diberi pilihan langsung oleh pihak British . Disebabkan itu Kontrak sosial wujud. Oleh hal yang demikian, istilah "Ketuanan Melayu' bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetangah pihak yang berniat busuk untuk kucar-kacirkan negara ini tetapi "Ketuanan Melayu" adalah konsep- konsep yang sememangnya sudah dimaktubkan oleh undang-undang tertinggi negara.

Pihak-pihak yang menolak konsep "ketuanan Melayu" sebenarnya menolak Perlembagaan negara yang sedia ada dan sebenarnya MEREKALAH bersifat perkauman!

Kita boleh melihat bagaimana ketidaksetiaan mereka kepada perlembagaan ini dengan mempertikaikan penggunaan Bahasa Melayu di papan tanda . Kita boleh melihat bagaimana golongan ini melekehkan Bahasa Melayu dengan menulis dan berkomunikasi dengan Bahasa Inggeris.Iya, saya merupakan orang yang menyokong PPSMI, tetapi sokongan saya ialah kerana untuk membawa anak bangsa maju ke depan dengan cepat. Bukan sesekali untuk mengorbankan Bahasa melayu bahasa kebangsaan dan bahasa keramat di bumi Melayu ini. Ini kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi melalui PPSMI berbanding kesan negatifnya. Malay PPSMI bukanlah untuk dinilai dalam jangka masa enam atau tujuh tahun tetapi untuk dinilai apabila kelak hasilnya menjadikan Bahasa Melayu pula suatu hari nanti sebagai pemangkin kepada dunia teknologi di persada DUNIA seperti yang dikecapi di negara Jepun dan sebagainya. Bagi saya, disamping melaksanakan PPSMI, kerajaan wajib dan sewajibnya memberi penekanan yang lebih untuk memartabatkan Bahasa Melayu . Contohnya:

1- Pemimpin-pemimpin negara baik Melayu dan Bukan Melayu seharusnya diwajibkan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu sahaja apabila berdepan dengan kenyataan yang harus di beri untuk rakyat Malaysia. Ini termasuk apabila berdialog dengan wartawan-wartawan tempatan baik untuk pihak akhbar mahupun media elektronik.

2-Semua papan tanda premis perniagaan yang halal di sisi undang-undang seharusnya di tulis di dalam Bahasa Melayu sahaja.Jika tidak, denda dan tindakan harus diambil.

3-Kefasihan berbahasa Melayu tanpa 'tergeliat lidah' dijadikan pengukur untuk diterima bekerja di agensi kerajaan.

Dan banyak lagi yang kita boleh buat demi memartabatkan Bahasa Melayu dengan efektif. Saya sungguh tidak bersetuju apabila sebahagian golongan Cina dan India yang meminta untuk bahasa mereka 'diiktiraf' setaraf BAHASA KEBANGSAAN. Mereka jangan lupa bahawasanya ada perbedaan antara BAHASA KEBANGSAAN dan BAHASA IBUNDA. Jika mereka rasakan bahasa mereka ada hak untuk pengiktirafan tersebut, bagaimana pula dengan kaum kaum yang lain? Apatah lagi kaum bumiputra di Sabah dan Sarawak yang lebih berhak dan terang dinyatakan perihal mereka di dalam perlembagaan? Dan disebabkan itu cuba kita melihat kerana konsep 1malaysia, Bahasa Cina dan Bahasa India dimasukkan ke dalam website Perdana Menteri kita. Adakah ini adil bagi kaum-kaum lain terutamanya Bumiputra yang berada di Sabah dan Sarawak? Dari kaca mata perlembagaan Malaysia, iyanya tidak adil kerana di dalam perlembagaan tidak ada menyebut langsung tentang Cina atau India tetapi hanya

1- Orang Asli
2- Orang melayu
3-Bumiputra sarawak
4-Bumiputra Sabah
5- Kaum lain-lain


Tetapi, mungkin pihak Perdana Menteri mahu memberi 'penghargaan' kepada dua kaum ini disebabkan umum mengetahui sebahagian daripada mereka inilah yang lebih-lebih 'demand' dan memeningkan kerajaan.Namun secara peribadi, saya tidak bersetuju kerana iyanya tidak adil untuk kaum selain Melayu ,Cina dan India .

Ini disebabkan Bahawasanya Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tunggal negara,dan peruntukkan ini diperkukuhkan lagi oleh Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Jadi sekiranya semua pihak mahukan keadilan yang sebenar, setialah kepada perlembagaan negara yang sudah termeterai dengan persetujuan semua pihak sejak puluhan tahun yang lalu! Terimalah bahawa Bahasa Melayu merupakan Bahasa kebangsaan yang WAJIB dikuasai oleh semua lapisan masyarakat dan satu-satunya Bahasa yang layak digunakan untuk urusan rasmi terutamanya di bumi Malaysia.Jika engkar juga, ini bermakna mereka itu sebenarnya pengkhianat negara dan sengaja mahu mencari punca huru harakan negara!

Ini termasuklah dengan hak-hak lain yang termeterai selain berkenaan Bahasa Melayu. Dalam pada masa yang sama, kerajaan juga haruslah memastikan diri mereka untuk memberi keadilan yang penuh kepada Bukan Melayu sejajar dengan kehendak perlembagaan Malaysia.


Jikalau ada yang merungut, Mengapa Bahasa Melayu? Jadi Mengapa pula Bahasa Inggeris boleh diterima pakai sebagai bahasa rasmi kedua tanpa berkrompomi? Malah golongan ini lebih senang berkomunikasi di dalam bahasa kedua berbanding untuk berusaha berganding bahu dalam memartabatkan bahasa Kebangsaan! Sedangkan Bahasa Inggeris bukanlah bahasa ibunda mereka! Alasan apa yang patut diberikan terhadap sikap 'menganak tirikan' bahasa Kebangsaan negara Malaysia?

Kalau nak ikutkan logik, Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasminya, sepatutnya BAHASA ARAB yang dijadikan bahasa rasmi kedua negara. Tetapi ini hanya sekadar logiknya. Saya tiada masalah dengan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa kedua, tetapi saya bermasalah dengan golongan 'menganaktirikan' bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan tetapi boleh pula menguasai Bahasa Inggeris dengan baiknya !
Ajaib sungguh mereka ini! Sedangkan kita boleh melihat orang-orang sebangsa dengan mereka yang tinggal di Holland, German contohnya boleh bertutur di dalam bahasa kebangsaan di sana dengan fasih sekali walaupun wajah mereka jelas berlainan dengan penduduk asal di situ! Jadi mengapa pula mereka ini bermasalah untuk melakukan yang sedemikian walaupun telah hidup di sini sejak zaman datuk mereka lagi?



Kenapa saya banyak menyentuh sekitar Bahasa Melayu ya? Ini Kerana, perkara ini yang paling senang dilakukan untuk menyatakan taat kesetiaan kepada negara Malaysia tetapi tidak dapat dilaksanakan oleh golongan kiasu ini. Tetapi jikalau golongan ini tinggal di negara seperti di Eropah atau Amerika Syarikat, boleh pulak mereka menerima 'adat dan bahasa ' kebangsaan negara tersebut. Jadi di mana ketelusan dan keikhlasan golongan ini dalam menjadi anak Malaysia?



PS: terbaru ada seorang pemimpin UMNO dengan egonya mengatakan bahawa

"ketuanan Melayu, yang bersifat feudal dan tidak selari dengan usaha menyatupadukan semua kaum sebagai rakyat Malaysia."
Klik sini


Dia ini sedar atau tidak apa maksud dan konsep 'ketuanan melayu itu sendiri? Di sini boleh mendapatkan sedikit pengetahuan apakah sebenarnya yang dimaksudkan "ketuanan Melayu"
Dan tidak dinafikan, ada juga segolongan orang Melayu yang tidak sedar diri dan berasa 'low-standard' jika berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu itu sendiri.Ini sungguh memalukan! Malah mereka ini berasa bangga pula jika dikatakan tidak fasih berbahasa Melayu walaupun berbangsa Melayu. Malunya Melayu seperti itu...

Thursday, December 10, 2009

Kerajaan berhak tidak beri satu sen pun kepada rumah ibadat agama selain Islam – Dr Aziz Bari

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Jika Perlembagaan Persekutuan difahami dengan jelas dan terang, semua pihak akan mengerti bahawa kerajaan berhak untuk tidak memberi satu sen pun bagi tujuan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di negara ini.Namun, sebaliknya kerajaan tetap juga memperuntukan RM9 juta untuk membantu pembinaan rumah ibadat bukan Islam dari tahun 2000 hingga 2008.

Menurut Pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, ada dua perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas memberikan tafsiran terhadap peranan kerajaan dalam pembinaan masjid dan rumah ibadat bukan Islam iaitu Perkara 12 (2) dan Perkara 3.”Jangan cuba letakkan prinsip kesamarataan dan keadilan dan Perlembagaan Persekutuan mengikut kaedah sendiri, Perlembagaan kita adalah unik dari banyak segi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Taiping yang juga Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming yang mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 buah masjid dari tahun 2000 hingga 2008 tetapi gagal membina rumah ibadat agama lain untuk tempoh yang sama.Kor Ming mendakwa kerajaan bersikap menganaktirikan rakyat bukan Islam di negara ini.
Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut; Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana- mana bahagian Persekutuan.

Manakala perkara 12 (2) menyebut; Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak menubuhkan dan menyenggara institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidaklah boleh ada pembezaan semata-mata oleh sebab agama dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan institusi-institusi itu ada dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu.

Menurut Abdul Aziz, perkara 12 (2) dengan jelas menyatakan bahawa adalah sah untuk kerajaan Persekutuan dan negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam dan membantu agama itu.Tambah beliau, tidak ada satu peruntukan atau perkara yang menyamai perkara 12 (2) yang disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai rumah ibadat bukan Islam.

Justeru kata beliau, Kerajaan Persekutuan tidak terikat dengan mana-mana syarat atau peraturan yang mewajibkannya menyalurkan peruntukan untuk pembinaan rumah ibadat bukan Islam.Dalam isu Kor Ming beliau berkata, terpulang kepada keberanian Pejabat Peguam Negara untuk bertindak menggunakan akta yang sama jika mereka merasakan telah berlaku hasutan

Tuesday, December 8, 2009

Kor Ming (DAP) BIADAP pertikaikan bilangan masjid di MALAYSIA

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Seorang ahli Parlimen DAP hari ini mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 buah masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain untuk tempoh yang sama.


Ahli Parlimen Taiping yang juga Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming berkata, walaupun mengalu-alukan usaha kerajaan memartabatkan agama Islam tetapi pada masa sama berasa kesal kerana rakyat bukan Islam telah dianaktirikan sedangkan mereka juga adalah pembayar cukai.


Beliau yang juga Setiausaha DAP Perak berkata, sebab itu kerajaan Pusat harus belajar daripada kerajaan campuran DAP, Pas dan PKR di Perak dahulu serta kerajaan Pas Kelantan yang membenarkan pembinaan tokong terbesar di Asia Tenggara walaupun turut memartabatkan Islam.


“Dan kerajaan pakatan pembangkang di Perak ketika memerintah dulu banyak menawarkan tapak tanah kepada kuil-kuil Hindu, gereja dan tokong supaya rakyat penganut agama tersebut tidak merana dan berasa terpinggir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang diedarkan di pusat media Parlimen di sini hari ini.
Menurut Kor Ming, walaupun kerajaan menguar-uarkan slogan 1Malaysia namun adalah jelas gagasan tersebut adalah janji manis yang berupa cakap kosong sahaja.
Katanya, ini berdasarkan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop terhadap soalan dikemukakan beliau bahawa kerajaan telah menggunakan tabung wang rakyat sebanyak RM748.26 juta untuk membina masjid melalui peruntukan khas Perdana Menteri.

‘‘Bagaimanapun tidak ada perancangan yang bersistem, struktur dan agihan peruntukan adil diberikan kepada penganut agama bukan Islam.
‘‘Menurut jawapan kerajaan, kerajaan Persekutuan hanya memperuntukkan RM9 juta untuk bantuan kepada semua institusi ibadat bukan Islam dalam tempoh 2003 hingga 2008 iaitu satu jumlah 1.2 peratus sahaja,” jelasnya.

Kor Ming menegaskan, prinsip pertama Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan dan oleh itu semua rakyat Malaysia termasuk rakyat bukan beragama Islam harus menerima ajaran agama yang betul.

Menurut beliau, justeru adalah menjadi tanggungjawab kerajaan membantu pembangunan pendidikan rohani rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam juga.
‘‘Semua rakyat adalah pembayar cukai, adalah tidak adil penganut agama bukan Islam dianaktirikan,” jelasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_09.htm


BISMILLAH

ASSALAMUALAIKUM


SAYA TIDAK TERKATA APA APA. UMMAT ISLAM DI SINI BERCAKARAN MANAKALA AGAMA ISLAM SENDIRI MAKIN DI HINA DAN DIKEJI OLEH KAFIR YANG MEMBENCI ISLAM UNTUK TERUS HIDUP DI BUMI MELAYU INI . PAS DAN UMNO HARUS BERSATU. JIKALAU TIDAK PADAH BURUK BAKAL MELANDA UMMAT ISLAM DI TANAH MELAYU INI.

ADAKAH SELAMA INI KITA MENIDAKKAN HAK BUKAN ISLAM UNTUK MENJALANKAN UPACARA KEAGAMAAN MEREKA? BOLEHKAH MEREKA MENDAPAT HAK AGAMA YANG SAMA APABILA BERADA DI AMERIKA ATAUPUN DI MANA MANA NEGARA YANG LAIN? JIKA PAS BERSANGKA DENGAN BERSEKONGKOL BERSAMA DAP DAPAT MENINGKATKAN TARAF ISLAM DI MALAYSIA, TETAPI LIHATLAH APA YANG TERJADI SEKARANG INI.SEMAKIN HARI SEMAKIN ISLAM BERANI DI PERSOALKAN OLEH KAFIR YANG MEMPUNYAI AGENDA TERSEMBUNYI UNTUK MENSETARAFKAN AGAMA LAIN-LAIN DUDUK SAMA TINGGI DENGAN ISLAM AGAMA ALLAH DI BUMI MELAYU . HAKIKATNYA, AKIBAT KEGHAIRAHAN PAS MELUTUT DI KAKI DAP YANG TERANG BENDERANG BERANI MEMPERSOALKAN HAK ISLAM DI BUMI MELAYU, MEREKA SEMAKIN BERANI UNTUK BERKURANG AJAR DENGAN ISLAM DI BUMI MELAYU INI. PERBUATAN PAS HANYA MENGERUHKAN LAGI KEADAAN DAN SAYA BERTAMBAH YAKIN SEKARANG BAHAWASANYA INI SEMUA TERJADI KERANA KESOMBONGAN PAS YANG SUKA MELIHAT DIRI MEREKA SAJA YANG BENAR DALAM SEMUA SEGI DAN MEMANDANG HINA 'IMAN' ORANG LAIN TANPA BERASA KASIHAN KEPADA SAUDARA SESAMA ISLAM.

LIHAT SAJA BAGAIMANA TOKKU PALOH BERENTAP DENGAN KAFIR DAN BENAR-BENAR BERJUANG MENEGAKKAN ISLAM!!LIHAT SAJA BAGAIMANA TIDAK SESEKALI BELIAU BERSEKONGKOL DENGAN KAFIR UNTUK MEMPERJUANGKAN NASIB AGAMA DAN BANGSA MELAYU DI TANAH MELAYU SENDIRI.INI WAJAH SEBENAR SEORANG AHLI AGAMA DAN WALI YANG MENDAPAT RAHMAT DARI ALLAH. BUKAN SEPERTI SESEORANG YANG HANYA MEMBERI 'BERKAT' MELALUI SELIPARNYA TETAPI LANDASAN PERJUANGANNYA AMAT BERBEDA SEKALI JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PERJUANGAN SEORANG ULAMA YANG BERGELAR TOKKU PALOH!


TETAPI PEMIMPIN MELAYU ISLAM BAIK DARI PAS ATAU UMNO KINI ASYIK BEREBUT UNTUK MENCIUM KAKI KAFIR DEMI KUASA BODOH YANG HANYA MENGUNDANG BALA KEPADA UMMAT ISLAM DI MALAYSIA!!!!!!!
KITA TIDAK BERMAKSUD UNTUK BERLAKU KEJAM KEPADA BUKAN ISLAM BAHKAN WAJIB BAGI KITA MENJAGA KEBAJIKAN MEREKA BERSESUAIAN DENGAN SYARAK DAN GARIS PANDUAN YANG DI BERI DI DALAM ISLAM.TETAPI JANGANLAH MEMBIARKAN SEGOLONGAN KAFIR YANG BUSUK DAN BERSIKAP JAHAT BERLELUASA DAN BEBAS MENGHINA ISLAM DI BUMI MELAYU.APA YANG DIBANGKITKAN OLEH AHLI PARLIMEN DAP TERSEBUT MERUPAKAN SUATU ADU DOMBA YANG BOLEH MENCETUSKAN PERGADUHAN AGAMA BAHKAN DIA JUGA MENCABAR PERLEMBAGAAN MALAYSIA YANG MENGIKTIRAF ISLAM SEBAGAI SATU-SATUNYA AGAMA DI GALAS OLEH KERAJAAN MALAYSIA DAN DALAM MASA YANG SAMA TIDAK AKAN MENGHALANG BUKAN ISLAM UNTUK MENGAMALKAN AJARAN AGAMA MEREKA. APAKAH MUNGKIN SELEPAS INI MEREKA AKAN MEMINTA PULA SUPAYA AGAMA LAIN BEBAS MEMBERI DAKWAH KEPADA ORANG ISLAM DENGAN BERSELINDUNG DI BALIK 1 MALAYSIA?




MASIHKAH KITA UMMAT ISLAM DI SINI MAHU MENERUSKAN TIDUR SAMBIL DIBUAI MIMPI PALSU DARI IBLIS LAKNATULLAH?? BERSATULAH WAHAI UMMAT ISLAM MALAYSIA.JANGAN NASIB KITA SUATU HARI NANTI MENJADI SEPERTI UMMAT YANG LALU DI MANA MEREKA HANCUR DAN KALAH SERTA KEHILANGAN KESEMUANYA DEK KERANA NAFSU DAN KEBODOHAN DIRI SENDIRI .


ps: AGAKNYA INILAH HASIL KEJAYAAN 'TARBIYAH' PAS UNTUK MP DAP INI.