Memerhati,mempelajari dan menghayati...
PERINGATAN BUAT SEMUA
MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.
Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Tuesday, February 2, 2010
Alhamdulillah akhirnya perbicaraan Saiful-Anwar akan berlangsung esok!
Assalamualaikum
Akhirnya penantian dan kesabaran saudara Saiful berbuah apabila mahkamah menetapkan perbicaraan akan diteruskan esok ,Rabu,pada 2.30 petang, setelah menolak permohonan si Anwar Ibrahim untuk bertangguh lagi!Diharap prosiding perbicaraan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan !
Apa yang penting , keadilan Allah sentiasa berpihak kepada yang ikhlas dan benar untuk menegakkan yang hak! Dan bagi orang yang mahukan hak, mereka tidak akan membuang waktu untuk membuktikan kebenaran diri mereka.Ini yang dapat saya lihat pada diri saudara Saiful yang begitu teruja dan beriya-iya untuk ke mahkamah membuktikan kebenaran dakwaannya tetapi ajaib sekali apabila pihak yang lagi satu beriya-iya pula untuk menangguhkan proses membela diri.
Dan hairan sekali hingga kini masih ada orang yang asyik menuduh saudara Saiful sepatutnya membawa 4 orang saksi walaupun telah berkali-kali di terangkan oleh pelbagai lapisan masyarakat bahawa 4 orang saksi itu diperlukan apabila ada pihak ketiga yang menuduh dua orang berzina. Inilah kecantikkan Islam. Dan ini juga menunjukkan bahawa bukan senang atau seperti meneguk air sahaja apabila mahu menjalankan hukum hudud ke atas penzina. Sebaliknya jika penuduh didapati berbohong, dia pula yang akan dikenakan hukuman.
TETAPI, jika seseorang datang dan mendakwa bahawa dirinya dirogol, 4 saksi tidak akan diminta sebaliknya bahan-bahan yang boleh dijalankan sebagai bahan bukti akan digunakan untuk mengadili dakwaan mangsa rogol.Buka kisah di zaman para khulafa' Al Rashideen contohnya, di mana terdapat satu kes seorang perempuan mendakwa dirogol tetapi dia tidak diminta pula untuk mendatangkan 4 saksi sebaliknya bahan yang dijadikan bukti di analisakan hingga terbukti bahawa perempuan itu berbohong dan sengaja perangkap lelaki yang dituduh. Inilah keadilan Islam sebenar. Bukan seperti yang diputar-belitkan oleh musuh-musuh islam dan orang-orang Islam jahil .
Sebagai orang Islam, apabila datang sesuatu perkara. Hendaklah diselidiki hingga ke akar umbi. Ruang keadilan seharusnya di beri kepada kedua-kedua pihak untuk membela hujah dan dakwaan masing-masing. Bukan asyik menangguh dan menuduh tanpa bermula lagi proses mempersembahkan bukti bukti yang terlibat!
Setakat ini, pendapat peribadi saya, tampak keikhlasan di jia saudara Saiful untuk menegakkan keadilan buat dirinya. Sesungguhnya mati dalam mempertahankan diri juga merupakan syahid. Sabda Rasulullah SAW:
Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda: “Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan hartanya ialah syahid, Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan dirinya ialah syahid, Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan agamanya ialah syahid, dan sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan keluarganya ialah syahid.” (Riwayat Imam Ahmad dan Ibn Hibban)
Kepada saudara Saiful, tabahkan diri dan kuatkan semangat untuk berjuang mempertahankan diri dan maruah saudara. Semoga Allah akan membantu saudara Insyallah dan kepada Anwar Ibrahim, jika anda benar tidak melakukan seperti yang didakwa, sila patahkan hujah dan bukti bukti yang di bawa di mahkamah Jangan asyik nak bertangguh saja. Ini hanya akan memburukkan lagi keadaan yang sudah ada.Takkan tak percaya kepada Allah yang sentiasa membantu orang-orang yang teraniaya?
ps: sudah sudah lah dengan taktik menangguh. Harap sangat esok si karpal Singh tak berjaya untuk tangguhkan lagi kes. Semua rakyat dah tak sabar nak ikuti kes perbicaraan Saiful-Anwar ni!
Sunday, March 1, 2009
Hmm Lagilah aku percaya yang Anwar Ibrahim ialah seorang Pejuang Islam Liberal
Assalamualaikum
Baru2 ini aku ada berbual dengan sahabat aku yang berada di Amerika. Dia adalah revert muslim. Dia memeluk Islam ketika berumur 17 tahun. Yang paling menarik sekali adalah pada mulanya dia masuk islam dengan memegang madhzhab sunni kemudian dia bertukar kepada shia.( biap pi lah kat dia.janji dia Islam)
Aku bertanya apa sebab dia bertukar madhzhab? Dia memberitahu aku yang dia mendapati melalui research yang dia lakukan tentang beberapa logika Quran dan hadith yang di pertahan oleh muslim shia pada fikiran dia... Dia juga bertaqlid kepada Ayatollah Sayyid Hussein Fadhlallah iaitu "Spiritual leader of Hezbollah". Aku ingin menulis sedikit tentang Ayatollah Fadhlullah melalui cerita-cerita yang menarik mengenai ulama shia ini.Apa yang aku dengar,dia adalah ulama shia yang mempunyai banyak kontrovesi berbanding ulama-ulama shia lain. Dia mempunyai pandangan yang berbeda sehingga terkadang ada ulama-ulama yang totok shia menganggapnya sebagai "dhal" i.e sesat dari shia totok.
Sebagai contoh, pertikaiannya mengenai cerita Fadak yang di akui oleh sunni dan shia akan kejadian itu. Apa yang di pertikaikan olehnya adalah kesahihan jalan cerita peristiwa Fadak. Kedua-dua madhzhab tidak mempertikaikan tentang kewujudan peristiwa itu namun pertikaian berlaku lebih kurang mengenai jalan cerita yang mungkin di tokok tambah sehingga membolehkan sesetengah pihak menghina para-para Sahabat Rasulallah(saw) dan juga penghinaan kepada Sayidina Ali(kw) sendiri yang jika kita baca dari sumber shia, Sayidina Ali(kw) seolah-olah kelihatan seperti seorang yang bacul kerana tidak mempertahankan isterinya iaitu Sayyidah Fatimah bint RasulALlah(saw) yang di zalimi oleh sesetengah pihak di zaman tersebut(nauthubillah min thalik). Kerana pertikaian inilah, Ayatollah Fadhlallah telah di panggil oleh ulama-ulama besar shia untuk menerangkan kenyataannya tentang keraguan beliau tentang kejadian fadak. Setelah di terangkan oleh beliau, barulah mereka faham tentang logika yang dia cuba dinyatakan. Totok shia naik angin dengan kenyataan beliau dan ada yang mela'nat beliau juga. Selain itu, beliau amat menghormati ulama2 sunni sehingga ulama2 sunni juga amat menghormati beliau. Kejayaan beliau dalam menyatupadukan Ummah di Lebanon amat menarik sekali. Beliau telah mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram mela'nat sahabat. Dan itu juga di nyatakan oleh pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali khamenie dalam khutbah jumaat tidak berapa lama dulu malahan ancaman hukum bunuh terhadap sesiapa yang menghina isteri RasulAllah(saw) . Cuba-cubalah lah pegi dekat orang yang 'bertaqlid' dengan Ayatollah Fadhlallah ini, mesti anda temukan cinta pada kesatuan ummah amat membara di dalam hati mereka(apa yang aku dapati setelah berkawan dengan mereka,Walaupun aku ini Sunni, tapi dilayan baik oleh mereka ini dan menghormati pendirian aku sebagai seorang Sunni mengenai sahabat nabi junjungan Kita MUhammad SAW))
Selain itu, Ayatollah Fadhlallah banyak kali juga menggunakan contoh kebaikkan para sahabat bagi menerangkan sesuatu di dalam ucapannya. Imbuhan seperti itu telah membuat rakyat Lebanon bersatu padu dalam menentang zionist.
Okeh,cukup setakat itu tentang Ayatollah Fadhlallah,kembali kepada perbincangan aku dan kawan aku. Dalam perbincangan tersebut kawan aku ada menyatakan tentang sejarah Imam Khomeinie dan seorang yang dahulunya sepatut menjadi pemimpin tertinggi selepas beliau iaitu Montazeri. Dia di kenali sebagai successor Imam Khomeini namun segalanya telah bertukar apabila Montazeri telah menyerahkan dirinya kepada liberalism. Ha!! Ingat Liberalism Ingat AnWar si mat jenin!
Ironinya , Montazeri ini juga adalah penentang fatwa Imam khomeini mengenai Salman Rushdie dan buku terla'natnya. Beliau juga menentang pembunuhan Mehdi hashemi iaitu bukan sahaja bekerja sebagai penggerakislam liberalism malah mempunyai hubungan rapat dengan USA dan juga seorang pembunuh.Dia belajar sehingga menjadi Hujjatul Islam namun apabila di lihat pada penampilan. Boleh nampak kesetanannya. Montazeri telah di buang "title"nya sebagai Ayatollah...dan telah banyak kali timbulkan kontrovesi hingga ke hari ini. Dia juga amat di sokong oleh Amerika!!!!!!! Macam Anwar yang gila kuasa tu!!!Dan Penyokong Montazeri ini tetap memanggilnya Ayatollah walaupun 'title' itu telah di tarik balik oleh pemimpin revolusi Iran!!!
beginilah yang dapat kita saksikan bahawa orang-orang Islam liberal ni bersatu dalam pendapat mereka tapi orang-orang Islam sendiri berbunuhan jhanya kerana pendapat tak sama. ishk ishk ishk..betapa bodohnya kita!!
Mereka2 yang membenci perjalanan sebenar Islam dan mempunyai hubungan baik dengan Amerika amatlah menyokong Montazeri. Mereka2 ini merupakan penyakit2 yang wujud dalam kerajaan revolusi Iran yang di upah Amerika untuk menjatuhkan kerajaan revolusi. Fitnah juga merupakan senjata utama bagi mereka untuk menjatuhkan kekuatan revolusi Iran. Llihatlah bagaimana situasi ini dapat di kaitkan dengan Mat jenin Perdana menteri Anwar dan PAS yang tak sedar diri di pergunakan mahkluk liberal untuk meliberalkan mereka dan menjerumuskan mereka ke kancah setan? Ulama digunakan untuk memutarbelitkan keadaan dan menutup kebenaran islam dan menghapus iman umat Islam. Ataupun Ulama di 'brainwashed' untuk menjadi mesin pembunuh iman sebenar ummat Islam!
Apa barang buat perbincangan Islam dengan Madeline Jewsbright(kawan aku panggil yang Madeline macam tu sepatutnya Madeline AlBright) walhal dialah yang terlibat dalam pembunuhan orang-orang Islam di Afghanistan etc. Kenapa perlu Amerika di angkat macam dia oranglah yang menjalankan hukum Allah sepenuhnya di negara mereka padahal mereka lah sumber kekacauan di dunia sekarang?Apa kejadah setan2 seperti Anwar dan "idolanya" Amerika cuba lakukan?
Selain itu,penyokong-penyokong liberal di Iran juga sering membuat kacau dan mempunyai masalah etika yang kronik. Kemudian, apabila sesi buat kacau berjalan lancar, mereka akan tangkap gambar di mana polis sedang menahan mereka dari naik gila dan sebar gambar-gambar di internet untuk memfitnah kerajaan revolusi Iran sebagai kejam dan zalim.
Fuh..bila aku tahu tentang benda ni..makin terserlahlah keanggunan Anwar dalam menjahanamkan lagi kondisi ummat yang sedia rapuh dengan liberalism.
Nak tahu sindrom liberalismini apa?
-Cinta pada Amerika tahap gaban.
-Amerika dianggap layak membincangkan mengenai idea Islami.
-Fatwa Imam Khomeni terhadap Salman Rushdie tak betul.
-Bebas bersuara walaupun suara itu menghina RasulAllah(saw)
-Kerajaan "rakyat"(ahah ini ada special punya kes kalau anda pandai menilai)
-Undang Islam tak boleh di terima pakai ke atas semua orang islam..ikut "keikhlasan" untuk buat semua tu. Sebagai contoh tudung di mana ramai wanita Malaysia telah tertipu bahawa pemakaian tudung di anggap boleh pakai kalau ikhlas kalau tak ikhlas tak payah pakai walhal ianya wajib mcm sembahyang.(baik punya isu boleh di ketengahkan dalam posting yang akan datang inshaAllah)
-Cakap banyak tapi isinya fitnah dan pembohongan.(Anwar punya kerja)
Ada lagi ka??
Yang di atas tu semua adalah kod-kod yang penting untuk mengenal sama ada seseorang itu liberal atau tidak.
Dalam keluarga jauh akulah, ada manusia liberal jugak. Rasa macam nak bagi 'tampaq' sepapan tapi apa kan daya aku hanya orang muda dan kita tak boleh agresif dan ganas kalau nak jadi seorang Islam yang benar benar hendak berusaha jadi seorang mu'min(Jauh lagi perjalanan aku nak sampai title mumin ini.Inshallah, sama - sama kita berdoa kepadaAllah untuk golongkan kita dalam golongan mu'min). Dia cakap..." apa pun naik tak apa, DAP sekali pun tak pa janji jangan UMNO"
Benci sungguh puak ini kepada UMno sampai sanggup 'gadaikan' kedaulatan Islam di bumi Malaysia.
Bodohkah kita? Orang jahat bersatu dalam kod kejahatan mereka tetapi kita bertelagah dalam kod kebaikkan? Huh?
tepuk dada tanya selera.
Jadi rakyat yang beriman dan berilmu.Sebab esok di hari pengadilan Allah akan tengok pemimpin kita siapa. Kalau pemimpin kita firaun kita masuk nereka sekali dengan firaun. Kalau pemimpin kita RasulAllah(saw), kita akan bersama tubuh dan jiwa yang mulia di dalam syurga.Yang penting CINTA yang ikhlas dan sepenuh jiwa dalam sesuatu yang ma'ruf perlu ada di jiwa dan sanubari kita
dengan doa untuk semua,
Aku 313 ;)
Monday, February 23, 2009
PPSMI LAGI
Assalamualaikum
Kalaulah Bahasa Inggerisnya ditukar ke bahasa arab, apa pulak semua nak cakap?
Nama saja orang islam, tapi baca quran tak faham apa apa. Di dalam solat pun tak tahu apa yang dibacanya. Kenapa benda ni tak diberi penekanan juga? sepatutnya sebagai orang islam, apa yang dikatakan di dalam solat harus difahami dan dimengertikan demi memperkasakan Iman kerana apabila kita memahami makna solat di dalam sanubari kita maka kita akan tunduk dan patuh pada kebaikkan.
apabila ditanya ,
a: 'are you a muslim?
b: yes i am a muslim
a: do you understand quranic language?
d: no i dont understand"
kalaulah tiba-tiba Sains dan Matematik hendak di ajar dalam bahasa buku yang ditulis oleh ibn sina dan alrazi, adakah kita akan kata, "tentang bahasa arab sebab ia akan mencabar kedudukan bahasa melayu?"
Sedangkan Bahasa Melayu yang digunakan sekarang ini adalah hasil pencantuman banyak bahasa termasuk persia, arab, india , portugal, inggeris etc.
Huruf huruf jawi pun bukan melayu punya.
Arab yang punya.
Sanskrit? itu dicedok dari Kitab Hindu. Bumi, Syurga itu semua bahasa Hindu.
Jadi di mana keaslian bahasa melayu itu sendiri?
Bahasa melayu bukan kukuh kerana keasliannya tetapi kerana keistimewaannya yang datang dari hasil pencantuman pelbagai bahasa. Itulah bahasa melayu bahasa yang membuktikan ayat Allah;
"Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal.""
Bagi saya, tak ada masalah dengan Ppsmi. Yang perlu ditekankan ialah kemantapan bahasa Melayu yang di ajar di sekolah dan di penekanan oleh dewan bahasa dan pustaka sendiri terhadap masyarakat.
Jadikan aliran sastera melayu pelajaran wajib di sekolah. Adakan program program khusus dan wajib memantapkan sistem bahasa melayu di kalangan anak-anak Malaysia di sekolah mahupun peringkat menara gading dan ianya harus menjadi kemestian kepada setiap individu di Malaysia tak kira Melayu, Cina atau India mesti fasih di dalam bahasa Melayu contohnya sebagai syarat-syarat mendapatkan pekerjaan.
Di Iran sendiri walaupun pemimpinnya tidak mahu langsung bercakap bahasa Inggeris tetapi pihak kerajaan mereka kini telah menyedari kepentingan Bahasa Inggeris diperingkat global yang dewasakini memaksa individu dari pelbagai negara untuk berkomunikasi dan bertukar pandangan demi kepentingan dan kemajuan masing-masing. Mereka mula membuka kelas kelas Bahasa Inggeris untuk rakyat termasuk pelajar-pelajar agama mereka di Qom juga sudah mula mempelajari Bahasa Inggeris. Tapi pada masa yang sama mereka terus mengukuhkan bahasa Parsi dengan cara mereka tersendiri.
Sumber untuk umat melayu dalam bidang sains dan teknologi masih jauh berbanding sumber yang sudah ada pada Umat jepun atau Parsi sejak dahulu lagi. Disebabkan itu kita harus menghampiri Bahasa Inggeris untuk mencapai ilmu-ilmu tersebut yang kini luas di pelopori bangsa yang menggunakan Bahasa Inggeris.
Jangan kita berlaku sombong pada yang tempat yang tidak sesuai. Sebelum ini, tanpa menggunakan Bahasa Inggeris di dalam Matematik dan Sains pun masih ramai individu-individu di Malaysia yang bukan berbangsa Melayu tidak fasih dalam berbahasa Melayu atau tidak tahu menahu lansung akan bahasa Melayu malah mereka lebih suka pada bahasa Inggeris. Di mana penekanan BahasaMelayu pada bangsa Malaysia sendiri sebelum ini?
Jika di katakan UMNO sahaja yang tidak memperdulikan Bahasa Melayu, bagaimana pula ramai umat melayu yang tidak pandai berbahasa Inggeris berbanding orang2 cina dan india? Permainan apakah yang sedang kita hadapi?
Isu ini amat berguna kepada Mat Jenin perdana menteri(anvar) untuk memperkuda rakyat2 yang tidak tahu menahu tentang betapa program ini dapat membuka minda rakyat tentang penipuan orang-orang yang suka mengambil kesempatan di atas sindrom "lack of awareness" yang di hadapi umat islam dan umat melayu khususnya bahawa ada sekam di dalam api yang sedang memusnahkan kedudukan bangsa Melayu.
Ilmu meninggikan darjat manusia. Di dalam konteks Ilmu tidak ada sempadan. Iman yang memainkan peranaan dalam mengekalkan identiti sesuatu bangsa apabila bangsa itu bersyukur menjadi diri mereka sendiri.Tagih ilmu walau di mana ia berada kerana ilmu agama,bangsa dan negara menjadi mulia
Wednesday, February 18, 2009
Al-kisah..lagiiiii
Assalamualikum...
Al kisah..tesebut lah kisah..sang jenin dan kroninya beramai-ramai membuat scandal....
Si Jenin sedang menghadapi masalah ..scandal konco-konconya..yang serupa dengannya.
Minat mereka terhadap salah laku moral dan etika "tut" sangatlah terserlah. Seperti kata pepatah,
Bapak borek anak rintik. Bapa adalah pemimpin dan anak akan mengikutinya.
Bapa PKr menghadapi penyakit darah Moral value yang sangat rendah dan penyakit mulut muncung yang
cakap suka pusing2 macam gasing tidak ada paku. Bagaimana dia jadi pemimpin nie???
Si jenin Perdana Menteri salahkan BN di atas scandal yang terjadi? dan si dia yang perasan bagus mengadu pada Sultan kerana nak ambil "muka" takut dia tak jadi Mb Selangor lagi.
Aku simpati pada Eli.....dan aku tak kisah walau apa pun yang dia buat kerana..dia bukan MUSLIMAH. Yang aku kisah orang2 muslim.
Hairan ya, kenapa perlu Eli berasa malu kalau dalam masyarakatnya perkara sebegitu tidak berdosa?? Maknanya ianya melanggar etika moral value yang mengangkat manusia ke atas puncak kemuliaan.
Aku ucapkan terima kasih pada Saiful kerana sumpah mubahalahnya yang telah membuat orang2 seperti aku tahu jalan yang mana harus di ikut dan pemimpin yang seperti apa harus aku jauhi dengan izin Allah.
wa Allahu a3lam
Thursday, February 12, 2009
Supporting Saiful Bukhari

Bismillah
Assalamualaikum
Di sebabkan Anwar lari dari perbicaraannya dan nampak sangat sang hakim tidak memperdulikan Saiful Bukhari. Maka aku lancarkan Kempen "Supporting Saiful Bukhari" demi memberi semangat pada beliau supaya bersabar.
Anwar aku ragui di atas sebab dia tidak bersumpah mubahalah seperti Saiful.
Jadi sesiapa yang bersimpati dengan Saiful..boleh lah meletakkan banner sebagai support untuk Saiful yang telah lama menanti dirinya di bela.
wa Allahu a3lam
Mengapa Anwar Bukan Pilihan Tepat bagi Orang Islam dan Bukan Islam?
Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad(SAWA) dan ahlulbait yang suci berserta sahabat yang terpuji;
Salam Alaikum Wr Wb,
Anwar Ibrahim merupakan seorang yang tidak mempunyai asas perjuangan yang stabil dan ikhlas. Ini kita boleh lihat sejak dari mula pembabitannya di dalam dunia politik.
Perbandingan boleh dilakukan dengan melihat bagaimana pada tahun 1968-1981 Anwar "mensabitkan" dirinya dalam "Islam" dan "commited" dengan orang Islam yang lain dengan melibatkan dirinya di dalam persatuan-persatuan seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) yang lantang memperjuangkan hak-hak yang lebih kepada keislaman dan kuat menentang kebanyakan dasar kerajaan pada waktu itu sehingga dia pernah ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara di bawah akta ISA.
Kemudian pada tahun 1982,apabila setahun setelah Tun Dr Mahathir di angkat menjadi Perdana Menteri Malaysia, Anwar telah membuat kejutan kepada orang ramai termasuk rakan-rakan liberalnya dengan memasuki UMNO dan mendapat kuasa dengan begitu cepat sekali apabila dia dilantik sebagai Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan pada tahun 1983 dan pada tahun 1984 sebagai Menteri Pertanian dan seterusnya menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan pada tahun 1986.Sewaktu inilah Anwar Ibrahim telah bertukar corak perjuangannya di mana dia lebih kononnya memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Islam di Malaysia.Antara perkara menonjol yang Anwar Ibrahim lakukan adalah termasuk dengan menukar bahasa kebangsaan daripada Bahasa Malaysia kepada Bahasa Melayu. Sudah tentu perubahan ini mendapat tentangan dan kritikan daripada kaum bukan Melayu di mana hujah mereka kerana ini lebih kepada pengiktirafan hak untuk melayu sahaja dan bukan 'malaysian'.
Kemudian, seperti yang kita maklumi ,setelah dia dilantik sekali lagi sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1991, Anwar , pada tahun berikutnya iaitu 1993 dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri setelah mengalahkan Tun Ghafar Baba dalam merebut jawatan Timbalan Presiden Umno. Pada waktu inilah Anwar Ibrahim dilihat seperti seorang pemimpin yang "Islamik" sehinggakan tidak menyenangkan orang-orang bukan Islam. Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan Takaful adalah contoh hasil Anwar setelah penyertaannya di dalam Umno dan kerajaan pada waktu tersebut yang kononnya telah dia buktikan bahawa UMNO juga adalah parti yang memperjuangkan Islam dan bukan sekular.
Pada tahun 1998, Anwar Ibrahim telah disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO atas dakwaan rasuah dan liwat dan beberapa bulan selepas itu, ditahan atas tuduhan perbuatan homoseksual yang kemudiannya disabitkan pula dengan kesalahan di atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa.Di sinilah bermulanya detik perjuangan Anwar Ibrahim dan keluarganya serta penyokong-penyokong kuat Anwar Ibrahim sehingga tertubuhnya Parti Keadilan Nasional yang di buka untuk pelbagai kaum .. (yang kemudiannya telah bergabung dengan Pas dan Dap bagi membentuk sebuah Parti yang dikenali sebagai Parti Pakatan Rakyat(PKR) )
Setelah beberapa tahun menjalani zaman 'perjuangan' untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan-tuduhan tersebut dan juga mendapat liputan hangat di dalam dan luar negara, akhirnya Anwar Ibrahim di bebaskan oleh pihak Mahkamah Persekutuan di atas sebab-sebab tertentu.
Kemungkinan kerana dendam yang begitu mendalam dan hanya Allah sahaja yang Mengetahui apa di dalam hatinya, Anwar Ibrahim terus memperjuangkan agenda politiknya dengan bertukar corak kepada perjuangan untuk semua kaum sehinggakan dia telah berjanji untuk menukarkan hak Ketuanan Melayu kepada Hak Ketuanan Rakyat. Setelah kejayaan PKR dalam pilihanraya ke-12 yang lalu, ternyata perjuangan parti tersebut mula membuatkan rasa tergugat kebanyakan orang-orang Melayu di bumi Malaysia ini. Kemudian kita dapat lihat juga bagaimana Anwar Ibrahim mempunyai hubungan yang baik dengan Amerika dan sekutunya Israel.Anwar Ibrahim juga telah dilihat sebagai pengkhianat bangsa dan agama oleh segolongan orang Melayu .Antara perkara yang menimbulkan pandangan tersebut terhadap dia ialah;
1- Janji Anwar Ibrahim untuk menukarkan hak ketuanan Melayu kepada hak ketuanan rakyat
2-Mempunyai hubungan yang rapat dan mendapat sokongan daripada pihak barat seperti Amerika dan sekutunya Israel di mana memang terkenal dengan sikap 'hostile' dan 'bias' mereka terhadap Islam dan telah banyak memberi kesengsaraan dan kemusnahan harta-benda kepada masyarakat Moslem seperti di Palestine,Iraq, Afghanistan, Lebanon, Iran dsbnya.
3-Sokongan Anwar Ibrahim terhadap HiNDRAF .
4- pada tahun 1993, dan ditemubual oleh seorang wartawan dari ASIAWEEK , Anwar tidak bersetuju dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas Salman Rushdie oleh Ayatollah Imam Khomenei ;
seperti yang dipetik daripada sebuah blog yang lain;
Click di sini
Kata Anwar di dalam majalah ASIAWEEK dalam temubual dengan wartawan Roger Mitton dan tersiar pada 11 November 1993, Anwar berkata:
“Saya telah membaca The Satanic Verses. Bagi saya, beliau adalah seorang karyawan yang amat mendalam pengetahuannya. Saya tidak bersetuju dengan Khomenei mengenai The Satanic Verses. Tetapi ia perlu diberikan penelitian berikut. Pertama, penulisan buku ini merupakan hasil sastera. Kedua, bagi saya apa2 hukuman ke atas seorang pesalah perlulah diputuskan oleh sebuah mahkamah undang2..keputusan seumpama ini amat sukar kerana sekiranya TIDAK ADA KEBEBASAN BERFIKIR, orang ramai akan merasa terugut bilamana mereka menyentuh hal-hal yang dianggap sensitif”
5-. Keengganan Anwar Ibrahim dalam mengangkat sumpah secara jalan yang di anjurkan oleh Islam untuk membersihkan namanya apabila dituduh sekali lagi terlibat dengan kes liwat baru-baru ini.
6- Anwar yang selalu dengan hebatnya menghentam Umno dan BN terutama mengenai isu kronisme tetapi tidak melihat dirinya sendiri yang telah melibatkan anak isteri keluarganya di dalam politik. Tetapi ini tidak dilihat sebagai kronisme oleh penyokong-penyokong Anwar kerana kononnya mereka adalah pejuang sejati keadilan bagi semua rakyat.
7- Penglibatanya dan kerjasama bersama DAP yang sememangnya tidak suka akan Islam sejak dari dahulu lagi dilihat sebagai pengkhianatan besar sebagai penganut yang beragama Islam. Hasilnya, mereka ini semakin lantang mempertikaikan hak agama Islam seperti isu athan subuh yang dianggap oleh mereka sebagai gangguan kepada orang bukan islam, isu murtad, dsbnya.
8- Kenyataan Anwar yang seolah-olah bersetuju dengan Forum Bar Council baru-baru ini apabila ditemubual oleh MalaysiaKini, telah mencetuskan lagi kemarahan segolongan umat Islam di Malaysia yang tidak sama sekali dapat menerima kehadiran forum yang sedemikian kerana dilihat berat sebelah dan mempunyai agenda tertentu.
dan banyak lagi....
Oleh hal yang demikian, disebabkan itulah saya tidak fikir Anwar adalah pilihan yang tepat terutama sekali bagi umat Islam di Malaysia dan juga bukan islam sebagai pemimpin negara. Faktor besar yang boleh kita simpulkan daripada perjuangan Anwar daripada mula pembabitanya di dalam dunia politik, dia tidak memiliki kredibiliti dalam mempersembahkan corak perjuangan yang stabil dan ikhlas. Corak perjuangan Anwar sentiasa berubah-berubah pada setiap masa dan saya lihat ia lebih kepada perjuangan 'penting diri sendiri'. Kemungkinan besar bila-bila masa sahaja Anwar mungkin akan mengkhianati sesiapa sahaja jikalau kepentingannya tergugat walaupun datangnya daripada orang bukan Islam.
http://politikislam313.blogspot.com/2008/08/mengapa-anwar-bukan-pilihan-tepat-bagi.html
Karpal Dan Anwar
Assalamualaikum..
Cukup hebat permainan karpal dan
Karpal singa lumpuh tanpa taring memang bijak dalam perkara biadap dengan Sultan.
Dari dahulu lagi dia berangan-angan untuk menumbangkan kerajaan Melayu. Bermula dari datuknya tak silap aku dan dia terus memperjuangkan salah laku kepada Sultan dengan bangganya. Patutkah tuan tanah Malaysia memberi keistimewaan pada lintah pendatang seperti Karpal?Berapa ramai lagikah orang yang datuk neneknya "pendatang" mempunyai ideologi seperti Karpal?
Karpal memang seorang penipu kerana peguam sepertinya mesti menipu untuk menang.
Lihat saja bagaimana dia berkata bahawa perlembagaan yang melantik Raja dan siapa pula yang melantik "perlembagaan" sebagai "perlembagaan".?
Karpal berani bersuara kurang ajar kepada Sultan kerana
Al-kisah mat jenin yang sedang berangan menjadi Perdana Menteri di dalam blognya bertelagah dan membelasah singa lumpuh itu. Bersama ularnya Lim Kit Siang, kononya sedang menyiang singa tua itu. Namun itulah yang mereka sedang mainkan untuk menarik lebih ramai penyokong bukan Melayu dan mengukuhkan penyokong Melayu-Pas.
Kami, orang dari sama negeri dan daerah tahu siapa Lim dan Karpal.
Berbalik kepada mat jenin Perdana Menteri. Sebelum ini, mat jenin pernah menyatakan supaya kuasa Sultan di kembalikan. Namun apabila Sultan berkuasa dia menghasut pengikut-pengikutnya supaya menentang Sultan. Dia membaling batu kemudian menyembunyikan tangan. Nizar yang kurang arif menjadik puppet yang rosak. Dan pengikut bendera hijau pula terjebak dalam aktiviti baring dan relaks bersama lembu-lembu yang suka relaks dan baring di jalan tanpa mempedulikan keselamatan dan tata susila serta adab sebagai orang yang beriman. Rupa-rupanya Mat jenin punyai tiga watak. Watak-wataknya tak ubah seperti kawan karibnya si ular dan singa lumpuh tanpa taring.
Demi melarikan diri dari perbicaraan kes kaum Lut dan dirinya, mat jenin pun berpura-pura sibuk di Perak.
hai mat jenin,sampai bila kau nak berangan ni?Kau tidak akan menongkat langit oh Jenin.
Dan mat jenin Perdana Menteri juga berkata, Kerajaan menuduh partinya yang suka buat acara lompat katak. Namun 16 september 2008 menjadi saksi bagaimana manusia yang "penuh maruah diri" telah pergi ke Taiwan untuk mencari katak2 yang di puja. Namun pujaan hati telah melarikan diri dan kekal bersama "kekasih" mereka.
wa Allahu a3lam.
Wednesday, February 11, 2009
Bahasa Ilmu
assalamualaikum
Maka terjadilah demosntrasi untuk membela Bahasa Melayu. Si dia itu pun iaitu ANWAR, melalak bahwa jangan korbankan bahasa ibunda.
Aku katakan,, si penipu hantar anaknya keluar negara dan mengorbankan bahasa Ibunda anaknya kerana orang di luar tidak menggunakan bahasa Melayu dalam pembelajaran atau komunikasi.
Bahasa Inggeris menjadi bahasa Ilmu. Dalam mengisi ilmu yang lebih padat untuk pembelajaran dan pemahaman sains dan matematik, anak2 melayu perlu mempelajarinya melalui Bahasa Inggeris.
Sebagaia contoh, para2 Ulama menganjurkan kita mempelajari bahasa Arab untuk memperkasakan imaan kerana Al-quran datang melalui bahasa Arab.
Sesuatu bangsa yang menguasai Ilmu akan di angkat martabatnya secara tidak lansung. Bukan aku memuji bangsa barat tetapi itu hakikatnya apabila apa sahaja yang di buat barat menjadi ikutan kita di timur. Pada masa dahulu, Islam berada di kemuncak dan ummat islam di angkat pada taraf yang tertinggi kerana mereka menguasai ilmu. Bahasa Arab menjadi bahasa utama sehingga orang2 bukan arab telah di "jadikan" arab kerana apa yang telah mereka pelajari Sebagai contoh, egyptian,assyirian dan lain2 lagi. Namun, dalam pada masa yang sama, mereka tidak melupakan siapa diri mereka dan budaya mereka terus berjalan hingga ke hari ini.
Jadi, dalam menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penyampai ilmu kepada anak2 kita tidak menjadi kesalahan bahkan menjadikan mereka orang yang cerdik pandai.
Namun kerajaan mesti berhati-hati dalam memperkasakan ilmu dalam bidang sains dan matematik melalui bahasa inggeris kerana takut2 lenturan buluh menghala ke arah yang salah dan anak2 akan mencintai barat lebih dari timur.
Dalam memperkasakan ilmu dunia, kerajaan juga haruslah memperkasakan Ilmu akhirat iaitu ilmu iman kepada anak2 Malaysia. Sejarah menunjukkan ulama2 Yemen telah membuat revolusi Islam di rantau Melayu. Revolusi iman menjadi kukuh di rantau Melayu sehingga mereka menjadi antara yang terhebat dalam sejarah perdagangan.
Tidak menjadi kesalahan kalau kita dapat melakukan revolusi itu kembali dengan menjemput dan merapatkan ummat di Malaysia dengan ulama2 Yemen yang sedang harum nama mereka seperti habib Omar al-hafiz dan habib Ali al-jufry bagi menjana iman ummat di Malaysia.
Kerajaan mestilah juga memperkasakan bahasa Ibunda dengan meletakkah kemestian bagi setiap warganegara supaya mereka fasih berbahasa Malaysia. Semarakkan cinta bahasa ibunda di mana2 sahaja.Seperti yang di lakukan kerajaan sekarang adalah terbaik apabila kerajaan meletakkan pelajaran sastera atau komsas bagi anak2 di sekolah.
Akhir sekali, ada yang menentang Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ilmu sains dan matematik tetapi dengan pemakain dan adab sopan mereka lansung tidak menunjukkan mereka itu melayu-muslim atau melayu-muslimah. Rambut di warnakan "blonde" dan budaya2 meresapi jiwa mereka tanpa perlu mereka di ajar Bahasa Inggeris melalu sains dan matematik.
Dan kepada ANWAR. Sudah-sudah lah propaganda kau yang hina tu. Hentikanlah pembohongan. Kau diragui tanpa sumpah mubahalah seperti Saiful. kau pembelit dan kejam kerana pentingkan diri, ramai yang terkorban iman dan taqwa dek kerana fitnah2 kau.
wa Allahu a3lam.
Bila Si Pembohong Mengaitkan dirinya dengan ....
Assalamualaikum
Maka si pembohong pun terjumpa sesuatu yang menguntungkannya setelah membaca tentang Nabi (SAW) yang dulunya dia pernah bersekongkol dengan penghina Nabi(saw) yang mulia itu.
Maka dia pun menggunakan apa yang di jumpainya untuk meletakkan dirinya yang diragui (kerana tidak bersumpah mubahalah seperti mangsanya) dalam kemuliaan, bersama perjuangan RasulAllah(saaw) dan dia yang pernah katakan bahawa penghina Nabi(saw) dan Isterinya yang mulia adalah profound writer.
Terserlah hakikat pembohongannya apabila dia hanya mengambil sekerat sahaja dari cerita tersebut untuk meletakkan dia dan partinya dalam kemuliaan.
Maka di tulisnya begini:
Buat pendokong Pakatan Rakyat marilah kita sama-sama renungi sirah Nabi S.A.W ketika mana Heraklius memanggil Abu Sufyan:
Heraklius: Adakah pengikutnya dari kalangan orang kaya atau marhaen.
Abu Sufyan: Rakyat marhaen.
Heraklius: Adakah pengikutnya bertambah atau berkurangan?
Abu Sufyan: Bertambah
Heraklius: Bagaimana perang antara kamu dengan dia?
Abu Sufyan: Ada kala kami menang, ada kala dia.
AnWAr Ibrahim
http://anwaribrahimblog.com/2009/02/10/penghargaan-buat-sdr-arumugam/
Heraclius: Did you find him telling lies before he made the claim?
Abu Sufyan: No.
tapi hang anwar sudah tipu banyak kali.. “we have the numbers ”
Heraclius: Did he ever break the word given by him?
Abu Sufyan: Not as yet, but we will see what he does in the future.
tapi hang anwar dah banyak kali broke promises hang..nuar
Heraclius: Did you ever fight against him?
Abu Sufyan : Yes.
yang ni hang pun sama ..sebab apa? cuba hang tengok balik masa hang cakap salman rushdie tu profound writer walaupun dia menghina nabi dan isteri nabi dalam tulisan dia!hang angkat orang yang hina nabi sebagai profound writer! dah tu hang condemn fatwa bunuh ke atas dia pulak!
“”Heraclius: What is it that he teaches?
Abu Sufyan: He asks to worship One God, and not associate ought with Him. To offer prayers, be virtuous to speak the truth, and be kind to the kinsmen.”"
"hang pulak baru baru ni ajaq orang ramai supaya ambil tauladan dari kisah Tuhan Hindu!"
Dan ANWAR bohong dan terus bohong dan terus juga memfitnah. Walaupun kadang2 fitnah2nya tidak masuk akal. Rakyat yang "naive", tanpa usul periksa "menyantap" hebat fitnah yang Anwar buat.
Dan ini adalah cerita sepenuhnya:
HERCULES AND ISLAM : -
Arabia, during the time of the Holy Prophet Muhammad (s), was a country without any central authority. It was a country far from the civilised nations of those days.
At the time Prophet Muhammad (s) was spreading Islam; asking people to turn away from worshipping idols to worshipping Allah, the Almighty, the All-Knower, the Master.
The Prophet sent letters of invitation to Kings and Rulers of various countries in the world, inviting them to embrace Islam. Many of the letters were met with a favourable response whilst others were rejected.
In many cases, the messengers of the Prophet were badly treated and abused. But the Prophet was not worried by these setbacks. He was inviting people to the right path and a few setbacks could not deter him from propagating Islam.
Abu Sufyan a leader of the tribe of Quraish and the arch enemy of the Prophet was in Constantinople on a business trip, when the Prophet's letter of invitation reached Hercules, the Byzantine emperor of Eastern Roman Empire.
Hercules, at the time was in his court at Constantinople celebrating his victory over the Persians. Hercules read the letter through an interpreter and then asked the people in his court, to find out if there was someone in the city, who knew the Prophet. Abu Sufyan with his companions was brought into the court.
The emperor asked Abu Sufyan, "What kind of family does Muhammad belong to?" "Noble", replied Abu Sufyan "Has there been a king in his family?" Hercules asked. "Are the people who have accepted his religion poor or rich?", Hercules questioned again. They are poor", replied Abu Sufyan. Hercules was now becoming more and more interested and he went on asking questions. His next question was, "Are his followers on the increase or decrease?" "Increasing", Abu Sufyan replied shortly.
"Have you known him to tell lies"? asked Hercules. "No", admitted Abu Sufyan."Does he ever go against his convents?", Hercules once again asked. "Does he ever go against his convents?", Hercules once again asked. "Does he ever go against his convents?", Hercules once again asked.
"Not so far. But we have to see whether he carries out the new agreement made between us and him", Abu Sufyan answered lengthily for a change."Have you ever fought him in wars?" Hercules questioned. "Yes", answered Abu Sufyan "What has been the result?" Hercules asked, getting more and more interested. "Sometimes we have won, sometimes he", replied Abu Sufyan. "What does he teach?" asked Hercules "Worship One God, join no partners with Him, carry out your prayers, be chaste, speak the truth and keep union with your relatives", answered Abu Sufyan, even surprised at his own answer as it sounded like he was preaching Islam.
Hercules stood up and said, "If all you said is true, then I am sure that this Prophet's Kingdom will reach here where I am standing. I was certain that a Prophet was coming, but I didn't know that he would be born in Arabia. If I were to go there, I would embrace Islam and wash the Prophet's feet with my own hands." This was the way in which the Prophet spread Islam.
He impressed them by his truthfulness, honesty, noble character and dedication in the service of Allah. He did not compel people to accept Islam under threat of waging wars, nor did he compel people to accept Islam by the force of the sword. He fought only in defence, and only when the enemies waged war on him.
Hebat sungguh dia menipu. Gayanya seperti Orang2 bukan muslim yang menentang Islam. Mereka akan mengambil sedikit ayat2 Allah dan menipu serta memfitnah ayat2 Allah.
Kenapa masih ada orang yang menggelarkan diri mereka muslim berjabat tangan dengan orang sepertinya?
Aku di sini tertanya2 di mana letaknya pintu hidayah. Semoga aku menemui hidayah dan berada jauh dari ANWAR yang menghuru-harakan rakyat dengan dakyah fitnah dan penipuan. Yang paling hebat adalah, rakyat buta dan terpegun dengan penipuannya.
wa Allahu a3lam