Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Thursday, December 31, 2009

Kesal dan sungguh kesal..Nama Allah dijual setelah beratus tahun dipertahankan di tanah Melayu..

Bismillah

Assalamualaikum


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rrayuan dan
Kuasa-Kuasa Khas) di sini, sebentar tadi memutuskan bahawa perkataan "Allah"
boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly.

Hakim Datuk Lau Bee La membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik.



Komen:

Apa dah jadi? sekejap dibenarkan sekejap tidak dibenarkan? ditambah lagi dengan sokongan dari parti yang mempergunakan Islam, maka 'Allah' telah dijual dan diperjudikan nasib kalimah ini di mahkamah dunia yang kotor lagi sementara.

Sejak beratus-ratus tahun kalimah Allah berdiri kukuh menjadi simbolik satu-satunya agama yang benar di sisi Allah ialah Islam di tanah Melayu, tetapi kini kalimah itu telah dijual oleh golongan penggemar dan pencinta duniawi. Saya berasa amat sedih dan sungguh sedih dan tidak tahu apa yang bakal menimpa nasib ummat islam di malaysia jika keadaan berterusan begini dengan perpecahan ummah yang merebut 'muka' al kafiroon' demi kuasa demokrasi ciptaan manusia yang kotor.

Bukankah sudah terang lagi bersuluh tattik kotor musuh Allah hendak mncemari nama Allah yang mreka sendiri tidak percayakan kewujudanNya melalui islam agama yang haqq lagi benar? Bukankah mereka sebelum ini selalu mempersoalkan kedudukan Islam iaitu agama yang diredhoi Allah hingga ke akhirat ? Bukankah Bahasa melayunya untuk 'God" ialah Tuhan? Bukankah mereka ini semua bukan berlidah arab? Jadi apa tujuan mereka mengheret kalimah Allah ke dalam mahkamah duniawi kotor ?

Terasa longlai dan sedih sekali dengan sikap ummat Islam melayu di tanah Melayu ini yang kini asyik merebut kuasa duniawi hingga musuh nyata dianggap kawan setia. Hinggakan sanggup menggadai nyawa demi musuh Allah tetapi berbunuhan dan bercakaran sesama saudara demi menjaga kedudukan musuh Allah. Inikah yang dikatakan akhir zaman? Teringat saya antara pesanan Rasulullah sebelum pergi menemui kekasihnya yang HAQ, supaya jangan berlawan ssama saudara. Tetapi wasiat ini tidak dihiraukan. Ummat baginda tidak mnghormati lagi hasrat dan pesanan Nabi malah masing-masing sibuk mementingkan jawatan dan kuasa tanpa memperdulikan nasib ummah..tatkala saya menulis entri kali ini, air mata saya bercucuran, saya sudah tidak tertahan melihat semakin hari semakin Islam dipermainkan di tanah Melayu..

Telah banyak nikmat yang Allah beri kepada kaum Melayu sebagai imbalan menerima Islam tanpa perlu diperangi atau dimusuhi. Satu-satunya kaum bukan Arab yang menjadi sinonim dengan Islam tetapi kini sebilangannya seolah-olah hendak kembali kepada rupa jahiliyyah. Semoga masih tersisa golongan yang benar-benar tulus memperjuangkan Islam dan hak yang diberi Allah kepada kalian semua di atas nama Allah dan Rasul..

Tuesday, December 15, 2009

Herald dilarang guna perkataan Allah..

KUALA LUMPUR - Pemimpin negara bertanggungjawab memelihara agama Islam setiap masa kerana ia kewajipan yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Tinggi di sini, diberitahu semalam.

Peguam Kanan Persekutuan, Mohamad Naser Disa berkata, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja peringkat negeri mempunyai kewajipan untuk mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini kerana terikat sumpah jawatan yang dilafazkan seperti mengikut Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, kewajipan itu bukan hanya dipikul pemerintah tertinggi negara atau negeri, malah ketiga-tiga badan eksekutif, perundangan dan kehakiman yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong juga berkewajipan untuk memelihara agama Islam.

“Menteri Dalam Negeri yang menjalankan tanggungjawab eksekutif atas nama Yang di-Pertuan Agong adalah terikat dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara agama Islam, oleh itu menteri adalah betul untuk melarang penggunaan kalimah Allah oleh penerbit majalah mingguan Katolik, Herald, yang akibatnya mencemar agama Islam,” katanya.

Mohamad Naser berhujah demikian untuk menolak permohonan Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, yang telah memfailkan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan istilah Allah dalam majalah itu adalah tidak sah dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Dalam perbicaraan hari kedua itu, Mohamad Naser berkata, keputusan menteri yang melarang penggunaan kalima:h Allah dalam penerbitan Herald tidak menjejaskan kebebasan beragama pemohon dan penganut Kristian.

“Pemohon gagal menunjukkan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah ajaran asas dalam agama Kristian,” katanya.

Pada 7 Januari tahun lalu, Menteri Dalam Negeri meluluskan permit ’The Herald’ dengan syarat bahawa penggunaan perkataan Allah dilarang dan perkataan ’Terhad’ perlu dicetak pada muka depan majalah tersebut, iaitu hanya diedarkan kepada penganut Kristian di gereja.

Menteri berkenaan melarang penggunaan perkataan Allah atas alasan keselamatan negara dan mengelak salah faham dan kekeliruan dalam kalangan orang Islam.

Mohamad Naser dalam hujahnya berkata, Allah adalah nama khas bagi Tuhan yang satu, termaktub dalam al-Quran dan dimartabatkan dalam Perlembagaan Persekutuan, oleh itu sebarang usaha untuk merendahkan martabat kalimah suci Allah adalah suatu penghinaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Porres Royan, yang mewakili pemohon, dalam hujah balasnya, berkata, larangan yang dikenakan menteri adalah tidak munasabah, tidak sah dan bertentangan kebebasan beragama.

Menurutnya, Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan kuasa untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang bukan beragama Islam.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menetapkan 30 Disember ini untuk memberikan keputusan. - Bernama..



Komen:

Alhamdulillah dan syukur kerana niat buruk serta agenda busuk yang tersembunyi dapat disekat . Walaubagaimanapun seperti biasa ada pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan ini :

DAP meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mengkaji semula keputusannya mendesak semua kerajaan negeri mewartakan larangan penggunaan perkataan "Allah" dalam mana-mana penerbitan bukan Islam.

"Adalah lebih baik jika menteri itu menunggu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung perkara itu sebelum membuat sebarang tindakan yang akan hanya mengeruhkan lagi hubungan harmoni rakyat Malaysia," kata Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Malaysiakini



Memang memalukan jika masih ada orang Islam yang sanggup bersekongkol dengan musuh Allah yang nyata tetapi berselimutkan 'liberalism' serta 'hak kesemarataan' untuk menjahanamkan Islam dan mengelirukan.Ummat Islam sendiri.

Saturday, December 12, 2009

Ketuanan Melayu Dan Bahasa Melayu

Bismillah

Assalamualaikum



Saya sering terbaca komen-komen orang bukan Islam yang mengkritik UMNO, 'Ketuanan Melayu', Melayu juga pendatang , menolak malaysia sebagai negara Islam dan sebagainya. Kadang-kadang memang terasa hati ini berat dan pedih terutama sekali berkenaan kritikan yang mereka cuba utarakan untuk menunjukkan bahawa mereka faham Islam . Padahal 'Islam' yang mereka faham itu hanya sekadar 'cilok' daripada rakan sekutu atau menghafal tanpa mengetahui makna sebenar apa yang dikatakan.Konsep kesamarataan yang mereka cuba bawa dengan mempergunakan Islam 'sekerat-sekerat' cuba diterapi untuk menidakkan hak yang diiktiraf iaitu orang-orang Bumiputra atau di kenali sebagai 'Sons of Soil" di dalam perlembagaan Malaysia. Mulalah mereka memetik ayat-ayat suci Allah untuk kepentingan agenda mereka yang tersembunyi. Inilah senjata segolongan kafir yang suka menggunakan Islam untuk menjatuhkan orang Islam. Banyak kesan penggunaan taktik kotor ini boleh dipelajari di dalam sejarah-sejarah empayar Islam yang jatuh.Namun, sayang sekali apabila ummat Islam sendiri masih tidak mahu mengambil iktibar daripada sejarah yang selalu berulang seiring dengan perjalanan masa dan waktu di dunia ini.

Benar, di dalam Islam , seseorang pemimpin Muslim haruslah berlaku adil kepada semua rakyatnya termasuk yang bukan Islam.Tetapi orang-orang Islam haruslah beringat akan firman Allah yang lagi nyata dan benar sebenarnya:

"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." (Surah Mumtahinah : 8) Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."(Surah Mumtahinah : 9)


Tidak salah kita berbuat baik dan berbaik sangka dengan orang-orang bukan Islam yang menghormati Islam dan hak kita sebagai Muslim di negara yang di ketuai seorang Muslim,bermajoritikan orang Islam dan menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara. Tetapi salahnya apabila kita tidak berhati-hati dalam berkawan dengan orang-orang yang ada simptom-simptom bencikan Islam dan tidak mahu menghormati hak Islam di bumi Melayu ini. Malah sampai sanggup bercakaran sesama sendiri dan akhirnya yang menjadi mangsa ialah ummat Islam sendiri.


Ketuanan Melayu, PPSMI, Bahasa Melayu

Bercakap soal 'ketuanan melayu', sebenarnya istilah ini tidak wujud sebagaimana yang dipotretkan tetapi iyanya diwujudkan sendiri oleh pihak ultra kiasu yang tidak berpuas hati dengan hak-hak keistimewaan yang diberikan kepada orang-orang Melayu sebagai 'sons of soil' di dalam perlembagaan .Kita sekarang ini bercakap mengenai perlembagaan yang sudah termaktub sebelum bersekutunya Sabah dan Sarawak dengan Tanah Melayu lagi. Orang-orang Melayu terpaksa dan dipaksa untuk menerima kaum imigran yang dibawa oleh pihak British untuk menjadi buruh sebagai rakyat.Mereka tidak diberi pilihan langsung oleh pihak British . Disebabkan itu Kontrak sosial wujud. Oleh hal yang demikian, istilah "Ketuanan Melayu' bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetangah pihak yang berniat busuk untuk kucar-kacirkan negara ini tetapi "Ketuanan Melayu" adalah konsep- konsep yang sememangnya sudah dimaktubkan oleh undang-undang tertinggi negara.

Pihak-pihak yang menolak konsep "ketuanan Melayu" sebenarnya menolak Perlembagaan negara yang sedia ada dan sebenarnya MEREKALAH bersifat perkauman!

Kita boleh melihat bagaimana ketidaksetiaan mereka kepada perlembagaan ini dengan mempertikaikan penggunaan Bahasa Melayu di papan tanda . Kita boleh melihat bagaimana golongan ini melekehkan Bahasa Melayu dengan menulis dan berkomunikasi dengan Bahasa Inggeris.Iya, saya merupakan orang yang menyokong PPSMI, tetapi sokongan saya ialah kerana untuk membawa anak bangsa maju ke depan dengan cepat. Bukan sesekali untuk mengorbankan Bahasa melayu bahasa kebangsaan dan bahasa keramat di bumi Melayu ini. Ini kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi melalui PPSMI berbanding kesan negatifnya. Malay PPSMI bukanlah untuk dinilai dalam jangka masa enam atau tujuh tahun tetapi untuk dinilai apabila kelak hasilnya menjadikan Bahasa Melayu pula suatu hari nanti sebagai pemangkin kepada dunia teknologi di persada DUNIA seperti yang dikecapi di negara Jepun dan sebagainya. Bagi saya, disamping melaksanakan PPSMI, kerajaan wajib dan sewajibnya memberi penekanan yang lebih untuk memartabatkan Bahasa Melayu . Contohnya:

1- Pemimpin-pemimpin negara baik Melayu dan Bukan Melayu seharusnya diwajibkan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu sahaja apabila berdepan dengan kenyataan yang harus di beri untuk rakyat Malaysia. Ini termasuk apabila berdialog dengan wartawan-wartawan tempatan baik untuk pihak akhbar mahupun media elektronik.

2-Semua papan tanda premis perniagaan yang halal di sisi undang-undang seharusnya di tulis di dalam Bahasa Melayu sahaja.Jika tidak, denda dan tindakan harus diambil.

3-Kefasihan berbahasa Melayu tanpa 'tergeliat lidah' dijadikan pengukur untuk diterima bekerja di agensi kerajaan.

Dan banyak lagi yang kita boleh buat demi memartabatkan Bahasa Melayu dengan efektif. Saya sungguh tidak bersetuju apabila sebahagian golongan Cina dan India yang meminta untuk bahasa mereka 'diiktiraf' setaraf BAHASA KEBANGSAAN. Mereka jangan lupa bahawasanya ada perbedaan antara BAHASA KEBANGSAAN dan BAHASA IBUNDA. Jika mereka rasakan bahasa mereka ada hak untuk pengiktirafan tersebut, bagaimana pula dengan kaum kaum yang lain? Apatah lagi kaum bumiputra di Sabah dan Sarawak yang lebih berhak dan terang dinyatakan perihal mereka di dalam perlembagaan? Dan disebabkan itu cuba kita melihat kerana konsep 1malaysia, Bahasa Cina dan Bahasa India dimasukkan ke dalam website Perdana Menteri kita. Adakah ini adil bagi kaum-kaum lain terutamanya Bumiputra yang berada di Sabah dan Sarawak? Dari kaca mata perlembagaan Malaysia, iyanya tidak adil kerana di dalam perlembagaan tidak ada menyebut langsung tentang Cina atau India tetapi hanya

1- Orang Asli
2- Orang melayu
3-Bumiputra sarawak
4-Bumiputra Sabah
5- Kaum lain-lain


Tetapi, mungkin pihak Perdana Menteri mahu memberi 'penghargaan' kepada dua kaum ini disebabkan umum mengetahui sebahagian daripada mereka inilah yang lebih-lebih 'demand' dan memeningkan kerajaan.Namun secara peribadi, saya tidak bersetuju kerana iyanya tidak adil untuk kaum selain Melayu ,Cina dan India .

Ini disebabkan Bahawasanya Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tunggal negara,dan peruntukkan ini diperkukuhkan lagi oleh Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Jadi sekiranya semua pihak mahukan keadilan yang sebenar, setialah kepada perlembagaan negara yang sudah termeterai dengan persetujuan semua pihak sejak puluhan tahun yang lalu! Terimalah bahawa Bahasa Melayu merupakan Bahasa kebangsaan yang WAJIB dikuasai oleh semua lapisan masyarakat dan satu-satunya Bahasa yang layak digunakan untuk urusan rasmi terutamanya di bumi Malaysia.Jika engkar juga, ini bermakna mereka itu sebenarnya pengkhianat negara dan sengaja mahu mencari punca huru harakan negara!

Ini termasuklah dengan hak-hak lain yang termeterai selain berkenaan Bahasa Melayu. Dalam pada masa yang sama, kerajaan juga haruslah memastikan diri mereka untuk memberi keadilan yang penuh kepada Bukan Melayu sejajar dengan kehendak perlembagaan Malaysia.


Jikalau ada yang merungut, Mengapa Bahasa Melayu? Jadi Mengapa pula Bahasa Inggeris boleh diterima pakai sebagai bahasa rasmi kedua tanpa berkrompomi? Malah golongan ini lebih senang berkomunikasi di dalam bahasa kedua berbanding untuk berusaha berganding bahu dalam memartabatkan bahasa Kebangsaan! Sedangkan Bahasa Inggeris bukanlah bahasa ibunda mereka! Alasan apa yang patut diberikan terhadap sikap 'menganak tirikan' bahasa Kebangsaan negara Malaysia?

Kalau nak ikutkan logik, Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasminya, sepatutnya BAHASA ARAB yang dijadikan bahasa rasmi kedua negara. Tetapi ini hanya sekadar logiknya. Saya tiada masalah dengan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa kedua, tetapi saya bermasalah dengan golongan 'menganaktirikan' bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan tetapi boleh pula menguasai Bahasa Inggeris dengan baiknya !
Ajaib sungguh mereka ini! Sedangkan kita boleh melihat orang-orang sebangsa dengan mereka yang tinggal di Holland, German contohnya boleh bertutur di dalam bahasa kebangsaan di sana dengan fasih sekali walaupun wajah mereka jelas berlainan dengan penduduk asal di situ! Jadi mengapa pula mereka ini bermasalah untuk melakukan yang sedemikian walaupun telah hidup di sini sejak zaman datuk mereka lagi?



Kenapa saya banyak menyentuh sekitar Bahasa Melayu ya? Ini Kerana, perkara ini yang paling senang dilakukan untuk menyatakan taat kesetiaan kepada negara Malaysia tetapi tidak dapat dilaksanakan oleh golongan kiasu ini. Tetapi jikalau golongan ini tinggal di negara seperti di Eropah atau Amerika Syarikat, boleh pulak mereka menerima 'adat dan bahasa ' kebangsaan negara tersebut. Jadi di mana ketelusan dan keikhlasan golongan ini dalam menjadi anak Malaysia?



PS: terbaru ada seorang pemimpin UMNO dengan egonya mengatakan bahawa

"ketuanan Melayu, yang bersifat feudal dan tidak selari dengan usaha menyatupadukan semua kaum sebagai rakyat Malaysia."
Klik sini


Dia ini sedar atau tidak apa maksud dan konsep 'ketuanan melayu itu sendiri? Di sini boleh mendapatkan sedikit pengetahuan apakah sebenarnya yang dimaksudkan "ketuanan Melayu"
Dan tidak dinafikan, ada juga segolongan orang Melayu yang tidak sedar diri dan berasa 'low-standard' jika berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu itu sendiri.Ini sungguh memalukan! Malah mereka ini berasa bangga pula jika dikatakan tidak fasih berbahasa Melayu walaupun berbangsa Melayu. Malunya Melayu seperti itu...

Thursday, December 10, 2009

Kerajaan berhak tidak beri satu sen pun kepada rumah ibadat agama selain Islam – Dr Aziz Bari

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Jika Perlembagaan Persekutuan difahami dengan jelas dan terang, semua pihak akan mengerti bahawa kerajaan berhak untuk tidak memberi satu sen pun bagi tujuan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di negara ini.Namun, sebaliknya kerajaan tetap juga memperuntukan RM9 juta untuk membantu pembinaan rumah ibadat bukan Islam dari tahun 2000 hingga 2008.

Menurut Pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, ada dua perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas memberikan tafsiran terhadap peranan kerajaan dalam pembinaan masjid dan rumah ibadat bukan Islam iaitu Perkara 12 (2) dan Perkara 3.”Jangan cuba letakkan prinsip kesamarataan dan keadilan dan Perlembagaan Persekutuan mengikut kaedah sendiri, Perlembagaan kita adalah unik dari banyak segi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Taiping yang juga Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming yang mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 buah masjid dari tahun 2000 hingga 2008 tetapi gagal membina rumah ibadat agama lain untuk tempoh yang sama.Kor Ming mendakwa kerajaan bersikap menganaktirikan rakyat bukan Islam di negara ini.
Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut; Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana- mana bahagian Persekutuan.

Manakala perkara 12 (2) menyebut; Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak menubuhkan dan menyenggara institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidaklah boleh ada pembezaan semata-mata oleh sebab agama dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan institusi-institusi itu ada dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu.

Menurut Abdul Aziz, perkara 12 (2) dengan jelas menyatakan bahawa adalah sah untuk kerajaan Persekutuan dan negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam dan membantu agama itu.Tambah beliau, tidak ada satu peruntukan atau perkara yang menyamai perkara 12 (2) yang disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai rumah ibadat bukan Islam.

Justeru kata beliau, Kerajaan Persekutuan tidak terikat dengan mana-mana syarat atau peraturan yang mewajibkannya menyalurkan peruntukan untuk pembinaan rumah ibadat bukan Islam.Dalam isu Kor Ming beliau berkata, terpulang kepada keberanian Pejabat Peguam Negara untuk bertindak menggunakan akta yang sama jika mereka merasakan telah berlaku hasutan

Tuesday, December 8, 2009

Kor Ming (DAP) BIADAP pertikaikan bilangan masjid di MALAYSIA

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Seorang ahli Parlimen DAP hari ini mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 buah masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain untuk tempoh yang sama.


Ahli Parlimen Taiping yang juga Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming berkata, walaupun mengalu-alukan usaha kerajaan memartabatkan agama Islam tetapi pada masa sama berasa kesal kerana rakyat bukan Islam telah dianaktirikan sedangkan mereka juga adalah pembayar cukai.


Beliau yang juga Setiausaha DAP Perak berkata, sebab itu kerajaan Pusat harus belajar daripada kerajaan campuran DAP, Pas dan PKR di Perak dahulu serta kerajaan Pas Kelantan yang membenarkan pembinaan tokong terbesar di Asia Tenggara walaupun turut memartabatkan Islam.


“Dan kerajaan pakatan pembangkang di Perak ketika memerintah dulu banyak menawarkan tapak tanah kepada kuil-kuil Hindu, gereja dan tokong supaya rakyat penganut agama tersebut tidak merana dan berasa terpinggir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang diedarkan di pusat media Parlimen di sini hari ini.
Menurut Kor Ming, walaupun kerajaan menguar-uarkan slogan 1Malaysia namun adalah jelas gagasan tersebut adalah janji manis yang berupa cakap kosong sahaja.
Katanya, ini berdasarkan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop terhadap soalan dikemukakan beliau bahawa kerajaan telah menggunakan tabung wang rakyat sebanyak RM748.26 juta untuk membina masjid melalui peruntukan khas Perdana Menteri.

‘‘Bagaimanapun tidak ada perancangan yang bersistem, struktur dan agihan peruntukan adil diberikan kepada penganut agama bukan Islam.
‘‘Menurut jawapan kerajaan, kerajaan Persekutuan hanya memperuntukkan RM9 juta untuk bantuan kepada semua institusi ibadat bukan Islam dalam tempoh 2003 hingga 2008 iaitu satu jumlah 1.2 peratus sahaja,” jelasnya.

Kor Ming menegaskan, prinsip pertama Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan dan oleh itu semua rakyat Malaysia termasuk rakyat bukan beragama Islam harus menerima ajaran agama yang betul.

Menurut beliau, justeru adalah menjadi tanggungjawab kerajaan membantu pembangunan pendidikan rohani rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam juga.
‘‘Semua rakyat adalah pembayar cukai, adalah tidak adil penganut agama bukan Islam dianaktirikan,” jelasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_09.htm


BISMILLAH

ASSALAMUALAIKUM


SAYA TIDAK TERKATA APA APA. UMMAT ISLAM DI SINI BERCAKARAN MANAKALA AGAMA ISLAM SENDIRI MAKIN DI HINA DAN DIKEJI OLEH KAFIR YANG MEMBENCI ISLAM UNTUK TERUS HIDUP DI BUMI MELAYU INI . PAS DAN UMNO HARUS BERSATU. JIKALAU TIDAK PADAH BURUK BAKAL MELANDA UMMAT ISLAM DI TANAH MELAYU INI.

ADAKAH SELAMA INI KITA MENIDAKKAN HAK BUKAN ISLAM UNTUK MENJALANKAN UPACARA KEAGAMAAN MEREKA? BOLEHKAH MEREKA MENDAPAT HAK AGAMA YANG SAMA APABILA BERADA DI AMERIKA ATAUPUN DI MANA MANA NEGARA YANG LAIN? JIKA PAS BERSANGKA DENGAN BERSEKONGKOL BERSAMA DAP DAPAT MENINGKATKAN TARAF ISLAM DI MALAYSIA, TETAPI LIHATLAH APA YANG TERJADI SEKARANG INI.SEMAKIN HARI SEMAKIN ISLAM BERANI DI PERSOALKAN OLEH KAFIR YANG MEMPUNYAI AGENDA TERSEMBUNYI UNTUK MENSETARAFKAN AGAMA LAIN-LAIN DUDUK SAMA TINGGI DENGAN ISLAM AGAMA ALLAH DI BUMI MELAYU . HAKIKATNYA, AKIBAT KEGHAIRAHAN PAS MELUTUT DI KAKI DAP YANG TERANG BENDERANG BERANI MEMPERSOALKAN HAK ISLAM DI BUMI MELAYU, MEREKA SEMAKIN BERANI UNTUK BERKURANG AJAR DENGAN ISLAM DI BUMI MELAYU INI. PERBUATAN PAS HANYA MENGERUHKAN LAGI KEADAAN DAN SAYA BERTAMBAH YAKIN SEKARANG BAHAWASANYA INI SEMUA TERJADI KERANA KESOMBONGAN PAS YANG SUKA MELIHAT DIRI MEREKA SAJA YANG BENAR DALAM SEMUA SEGI DAN MEMANDANG HINA 'IMAN' ORANG LAIN TANPA BERASA KASIHAN KEPADA SAUDARA SESAMA ISLAM.

LIHAT SAJA BAGAIMANA TOKKU PALOH BERENTAP DENGAN KAFIR DAN BENAR-BENAR BERJUANG MENEGAKKAN ISLAM!!LIHAT SAJA BAGAIMANA TIDAK SESEKALI BELIAU BERSEKONGKOL DENGAN KAFIR UNTUK MEMPERJUANGKAN NASIB AGAMA DAN BANGSA MELAYU DI TANAH MELAYU SENDIRI.INI WAJAH SEBENAR SEORANG AHLI AGAMA DAN WALI YANG MENDAPAT RAHMAT DARI ALLAH. BUKAN SEPERTI SESEORANG YANG HANYA MEMBERI 'BERKAT' MELALUI SELIPARNYA TETAPI LANDASAN PERJUANGANNYA AMAT BERBEDA SEKALI JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PERJUANGAN SEORANG ULAMA YANG BERGELAR TOKKU PALOH!


TETAPI PEMIMPIN MELAYU ISLAM BAIK DARI PAS ATAU UMNO KINI ASYIK BEREBUT UNTUK MENCIUM KAKI KAFIR DEMI KUASA BODOH YANG HANYA MENGUNDANG BALA KEPADA UMMAT ISLAM DI MALAYSIA!!!!!!!
KITA TIDAK BERMAKSUD UNTUK BERLAKU KEJAM KEPADA BUKAN ISLAM BAHKAN WAJIB BAGI KITA MENJAGA KEBAJIKAN MEREKA BERSESUAIAN DENGAN SYARAK DAN GARIS PANDUAN YANG DI BERI DI DALAM ISLAM.TETAPI JANGANLAH MEMBIARKAN SEGOLONGAN KAFIR YANG BUSUK DAN BERSIKAP JAHAT BERLELUASA DAN BEBAS MENGHINA ISLAM DI BUMI MELAYU.APA YANG DIBANGKITKAN OLEH AHLI PARLIMEN DAP TERSEBUT MERUPAKAN SUATU ADU DOMBA YANG BOLEH MENCETUSKAN PERGADUHAN AGAMA BAHKAN DIA JUGA MENCABAR PERLEMBAGAAN MALAYSIA YANG MENGIKTIRAF ISLAM SEBAGAI SATU-SATUNYA AGAMA DI GALAS OLEH KERAJAAN MALAYSIA DAN DALAM MASA YANG SAMA TIDAK AKAN MENGHALANG BUKAN ISLAM UNTUK MENGAMALKAN AJARAN AGAMA MEREKA. APAKAH MUNGKIN SELEPAS INI MEREKA AKAN MEMINTA PULA SUPAYA AGAMA LAIN BEBAS MEMBERI DAKWAH KEPADA ORANG ISLAM DENGAN BERSELINDUNG DI BALIK 1 MALAYSIA?




MASIHKAH KITA UMMAT ISLAM DI SINI MAHU MENERUSKAN TIDUR SAMBIL DIBUAI MIMPI PALSU DARI IBLIS LAKNATULLAH?? BERSATULAH WAHAI UMMAT ISLAM MALAYSIA.JANGAN NASIB KITA SUATU HARI NANTI MENJADI SEPERTI UMMAT YANG LALU DI MANA MEREKA HANCUR DAN KALAH SERTA KEHILANGAN KESEMUANYA DEK KERANA NAFSU DAN KEBODOHAN DIRI SENDIRI .


ps: AGAKNYA INILAH HASIL KEJAYAAN 'TARBIYAH' PAS UNTUK MP DAP INI.

Wednesday, November 25, 2009

Kepada Komentar yang suka putar belit!

Bismillah


Assalamualaikum


Kepada Al-Fakir

Saya hanya mengutarakan kenyataan dari guru pondok tentang teguran yang dilakukan oleh Ayah Haji Lah (rujuk postin saya kembali),Kemudian saya 'quote' kenyataan Sheikh Abdullah fahiem mengenai Wahabi/ Kaum Muda tetapi kamu datang dan memberi komen berbunyi:

"semua kamu ini menjadi penfitnah jika berita dan iktikad mereka tidak betul dengan apa yang kamu sangka dan tuduh."


Kemudian saya menjawab dengan mengatakan bahawa yang menjatuhkan sesuatu perkara yang diutarakan bukan dari pendapat saya tetapi daripada pendapat ulama2 aswj dan saya turut sertakan 'list' ulama2 berkenaan.makanya kenyataan saudara mengatakan " semua kamu ini pemfitnah' bolehlah dikatakan bahawa termasuk semua ulama2 aswj yang menulis menentang ajaran wahabi dan pendapat2 mereka inilah yang saya ambil untuk dijadikan sebagai pegangan saya menolah wahabi! tetapi kamu datang mengatakan "

"semua kamu ini menjadi penfitnah jika berita dan iktikad mereka tidak betul dengan apa yang kamu sangka dan tuduh."


Kemudian saudara 'spin' dan mengatakan bahawa :

wahai saudara. ulama yg kamu sebut itu BENAR LAGI HAKIKI dan dia tidak SAMA macam kamu yang menuduh,menfitnah dan mengumpat orang.
dan aku tak kata depa tu penfitnah...
KAMU TU YANG PENFITNAH. KAMU AJE, PEMILIK BLOG NI JE! FAHAM!

Di sini njelas saudara amat kontradik sekali dengan kenyataan terdahulu dan kemudian .
dan seterusnya apabila saya mengatakan bahawa kamu harus bertanggungjawab di akhirat kelak ke atas tuduhan kamu ke atas saya dan semua yg kamu maksudkan sebagai pemfitnah hanya kerana mengambil pendapat dan ijtihad ulama2 aswj, maka kamu menjawab:

ye!aku bertanggunjwab dan AKAN MENJADI SAKSI BAHWA KAMU NI MEMANG PENFITNAH...ulama terdahulu tidak berperangai seperti kamu....
JANGAN BACA SAHAJA SIRAH MEREKA (ULAMA2 HAKIKI) DAN TAHU SAHAJA NAMA MEREKA..TETAPI PRAKTIKKAN DALAM KEHIDUPAN..SUPAYA MASYARAKAT YANG BERPECAH BELAH INI AKAN BERSATU SEMULA DENGAN PENUH KASIH SAYANG DAN KEIMANAN.

Adakah penulisan Tok kenali dan ulama yang bersama-sama dengannya sezaman merupakan pemecah belah ummah apabila mereka berusaha menulis dan menyerang golongan wahabi yang cuba masuk dan merobek kesejahteraan tanah Melayu ketika itu?Adakah dengan menulis dan menyerang orang-orang yang mendaulatkan fahaman wahabi, tok kenali boleh dianggap sebagai Pemfitnah Ummat seperti yang saudara katakan? Jangan cuba pusing dan mengatakan bahawa saya dan mereka itu berbeza. memang bagaikan langit dan bumi antara saya dan ulama2 tersebut. tetapi pendapat dan iktikad serta cara dan pendirian mereka menjadi ikutan serta iktikad saya. Jadi apabila saudara mengatakan bahawa sokongan yang saya utarakan di dalam posting( hanya menyatakan sokongan tanpa lebih lebih memberi komen) kamu menuduh saya dan semua sebagai pemfitnah?

Siapa yang kamu maksudkan dengan 'kamu semua'? Berdasarkan posting tersebut, saya hanya menyatakan sokongan kepada kenyataan tuan guru Haji Lah dan kemudian menulis pendapat ulama Sheik Abdullah fahiem tetapi kamu datang dan terus mengatakan bahawa :

"semua kamu ini menjadi penfitnah jika berita dan iktikad mereka tidak betul dengan apa yang kamu sangka dan tuduh."


Dengan itu boleh lah saya simpulkan bahawa orang yang dituduh kamu sebagai pemfitnah itu ialah saya, tuan guru haji lah, sheikh abdullah fahiem seterusnya ulama2 ASWJ yang menjadi iktikad mengenai penolakan wahabi kepada ' kamu semua' yang saudara maksudkan..Maka saya menerima perlaksanaan saudara untuk bertanggungjawab di akhirat kelak ke atas kata2 saudara dengan mengatakan:


"semua kamu ini menjadi penfitnah jika berita dan iktikad mereka tidak betul dengan apa yang kamu sangka dan tuduh."

sekalilagi saya akan 'quote'kata-kata sheikh abdullah fahiem:


• Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu. • Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah. • Tuan - tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum - hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk - buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri. • Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia."- Dipetik dr kitab SENJATA SYARIAT,ABU Qani'ah & Abu Zahidah


maka dengan ini kenyataan kamu juga turut menuduh sheikh abdullah fahiem sebagai PEMFITNAH kerana postin saya hanya megutarakan pendapat ulama ini mengenai fahaman wahabi! dan saya hanya ! saya ulang! hanya menyokong saranan dan pendapat ulama tersebut!jadi mana mungkin hanya saya yg dikatakan pemfitnah tetapi sebenarnya saudara mengheret sekali ulama yang saya utarakan pendapat mereka mengenai wahabi!

sekian.




Ps: kepada encik sofa and da gang yang suka tukar2 nick, kamu ni suka menuduh orang ye? Kononnya saya ni suka tapis-tapiskan komen. kalau benar saya suka tapis-tapiskan komen, cuba bandingkan komen penentang dan komen yang menyokong di dalam blog ini. Komen penentang yang lebih. jadi apa buktinya tuduhan tanpa asas kamu ini? lagipun jika benar saya mahu menolak komen-komen yang mempunyai unsur-unsur 'baghal' itu adalah hak saya paham! kalau seseorang itu tidak mengizinkan orang luar untuk masuk kerumahnya, maka haram orang itu masuk! Ini hak yg setiap individu miliki jadi jangan nak memandai-mandai nak pertikaikannya.

EIDADHA MUBARAK!


BISMILLAH


ASSALAMUALAIKUM



SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT ...

Tuesday, November 24, 2009

Isu Wahhabi: Jangan Jadi Seperti 'Empat Orang Buta dengan Seekor Gajah".

Dari Blog : al-ashairah



Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

1 Sudah agak lama penulis tidak dapat meluangkan masa untuk menulis di ruangan ini. Alhamdulillah, pengajaran bagi semester ini telah pun tamat dan para pelajar penulis pada waktu ini sibuk mengulangkaji bagi peperiksaan akhir. Pada semester yang lepas, penulis terpaksa memberi fokus kepada “subjek-subjek baru” di peringkat pasca siswazah. Semoga Blog al-Ashairah dapat terus berkongsi manfaat dalam memahami fitnah yang sangat gelap di akhir zaman ini. Fitnah yang memakai pakaian agama, menggunakan slogan agama yang memukau, namun pada hakikatnya ia adalah racun yang sangat berbisa dan sukar untuk diubati.

2 Dalam banyak pengajaran yang penulis kelolakan, penulis sentiasa menyatakan bahawa “Bid’ah” itu seumpama RACUN dan “Maksiat” itu umpama NAJIS. NAJIS adalah sesuatu yang buruk dari segi luaran dan dalaman. Orang ramai mudah mengelaknya. RACUN pula pada kebiasaannya mempunyai rupa zahir yang elok dan seringkali dihidangkan dengan makanan bagi membunuh mangsanya. Mangsa mungkin tidak sedar dia sedang memakan racun tersebut. Hanya golongan ulama’ lah yang mampu mengenalpasti RACUN “Bid’ah” tersebut.

3 Pada waktu ini, umat Islam Malaysia dilanda dengan Isu Wahhabi. Ia bukanlah isu yang baru, ia adalah bid’ah yang dijenamakan semula dengan pakaian dan gaya persembahan yang baru.

4 Di dalam sejarah umat Islam, bid’ah-bid’ah yang timbul pada akhirnya dapat dipadamkan kerana bid’ah-bid’ah tersebut tumbuh di kalangan para ulama’ yang muktabar. Para ulama’ muktabar terdahulu telah menjalankan kewajipan dengan begitu baik [Semoga Allah merahmati mereka] dalam menguburkan bid’ah-bid’ah tersebut seumpama bangkai yang tertutup rapat.

5 Namun begitu, di akhir-akhir zaman ini, pada waktu para ulama’ muktabar begitu sedikit dan sukar dikenali, kejahilan agama tersebar luas, keilmuan agama hanya dinilai berdasarkan sijil akademik semata-mata [hakikatnya, ini adalah tanda akhir zaman], maka bangkai-bangkai bid’ah yang digali semula oleh sesetengah manusia dibentangkan sebagai ilmu di tengah-tengah masyarakat. Masyarakat yang kebingungan menjadi keliru, lantas mengambil jalan mudah dalam mempelajari agama ini dengan mengambil apa yang ada di hadapan mata, di TV, Internet, Suratkhabar, dll. Sedangkan disiplin ilmu Islam yang sepatutnya berasaskan “Talaqqi” dan “Suhbah” diabaikan.

6 Penulis ingin berpesan kepada umat Islam di luar sana, khasnya para Bloggers, agar tidak mudah-mudah mengeluarkan kenyataan mengenai Wahhabi jika anda tidak tahu. Ini adalah kerana “saham bid’ah” juga mungkin anda perolehi tanpa anda sedari. Penulis telah melihat banyak penulis dan pelayar internet yang meletakkan komen-komen di website dan blog bagi mempertahankan Wahhabi. Tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya mempertahankan bid’ah yang sangat dikeji oleh para ulama’. Imam al-Shafie r.a. pernah berkata: “Aku lebih suka untuk engkau bertemu dengan Allah dengan segala maksiat di atas muka bumi ini kecuali syirik, daripada engkau bertemu dengan Allah nanti dengan sedikit daripada ahwa’ (mengikut hawa nafsu dalam agama, iaitu bid’ah).” Elok juga kalau penulis mengarang berkenaan “BAHANA BID’AH” di masa akan datang.

7 Ramai juga Bloggers yang mencipta teori berdasarkan pandangan politik mereka yang sangat sempit. Rasa sedih melanda penulis apabila melihat orang awam mula bercakap-cakap isu yang sangat serius di dalam agama tanpa ilmu yang jelas. Janganlah sampai perkataan kita ini membawa malang yang besar di akhirat nanti. Saidatina Aishah r.a. pernah berkata: “Barangsiapa yang memuji ahli bid’ah, maka dia telah menolong memusnahkan agama Islam.” Lihatlah betapa buruknya bid’ah di mata para sahabat r.a. AGAMA KAMU, AGAMA KAMU….peliharalah.

8 Ramai juga ahli agama yang mahu mengulas berkenaan isu Wahhabi, tetapi tak ubah seperti kisah “Empat Orang Buta dengan Gajah”. Melihat Wahhabi hanya daripada satu perspektif dan tidak menyeluruh. Maka, ada yang kata Wahhabi macam “tali” kerana memegang belalainya, ada yang kata Wahhabi macam “dinding” kerana memegang badannya, ada yang kata Wahhabi macam “tiang” kerana memegang kakinya, ada yang kata Wahabi macam “daun” kerana memegang telinganya. Ada juga yang kata Wahhabi ini isu “tingkap” sahaja, ada Wahhabi yang kata tak kenal apa itu Wahhabi dan bermacam-macam lagi ulasan yang dibuat tidak berlandaskan pandangan MAJORITI ULAMA’ MUKTABAR, tetapi hanya berdasarkan pandangan peribadi.

9 Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis berdasarkan kaedah al-istiqra’, Wahhabi boleh dilihat dari lima (5) perspektif, iaitu fiqh, aqidah, tasawwuf & tarikat, sejarah dan keselamatan negara.

10 Mereka yang melihat Wahhabi dari perspektif fiqh (e.g. qunut, air musta’mal, kaifiyyat tayammum, dll) sering menyatakan bahawa Wahhabi isu furu’ (cabang), tak perlu diperbesarkan, isu remeh temeh, dsb. Mereka terlupa bahawa Wahhabi juga banyak menolak hukum-hukum fiqh yang telah menjadi ijma’ (e.g. wajib qadha’ solat yang sengaja ditinggalkan, talak tiga dalam satu majlis jatuh tiga, hukum mengikut mazhab muktabar, dll), mereka juga terlupa bahawa Wahhabi banyak MENGHARAMKAN YANG HALAL di dalam ibadat, bahkan Wahhabi banyak mengkafirkan orang lain dalam isu furu’ dan sehingga mencaci hukum ahkam dan mazhab yang disusun oleh para ulama’ dan awliya, dll. Mereka yang melihat Wahhabi sebagai isu furu’ fiqh biasanya sering berkata: “Tak perlulah kita kecoh-kecoh, ini isu furu’ jer, tak usah gaduh….”. Sebenarnya orang seperti ini tidak mengenal Wahhabi sepenuhnya.

11 Ada juga yang melihat Wahhabi dari perspektif sejarah semata-mata. Mereka mengakui bahawa Wahhabi ada kaitan dengan kerajaan British dalam menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Namun begitu, mereka berkata: “Ini isu lama. Tak guna bincang pada hari ini. Benda dah berlalu.” Orang seperti ini juga memandang isu Wahhabi dengan pandangan sebelah mata. Hakikatnya mereka tidak dapat mengenal perkembangan Wahhabi dan fahamannya. Mereka tidak sedar Wahhabi telah memusnahkan begitu banyak kesan sejarah Islam di semenanjung Arab.

12 Penulis mula mengenali Wahhabi dari perspektif Aqidah, berkaitan dengan sifat-sifat Allah dan ayat-ayat mutashabihat. Mereka yang melihat Wahhabi dari perspektif aqidah (e.g. sifat-sifat Allah, ayat-ayat mutashabihat, af’al al-ibad, kewajipan menghormati Rasulullah SAW, kaedah takfir, menolak ijma’, mempertikaikan karamah dan konsep barakah, dll) biasanya kurang bertolak ansur dengan isu Wahhabi. Bahkan, ramai para ulama’ yang menentang Wahhabi memberi penekanan kepada aspek ini. Ini sebenarnya adalah “titik-titik” pertelingkahan dan perbezaan yang besar di antara Wahhabi dan Ahli Sunnah wal Jama’ah. Namun begitu, ramai juga para ilmuan agama yang tidak dapat memahami “titik-titik” ini.

13 Keseriusan isu Wahhabi ini juga dapat dilihat daripada perspekti Tasawwuf & Tarikat. Golongan Wahhabi sangat membenci golongan Sufi. Bahkan mereka begitu benci dengan istilah Tasawwuf. Golongan Wahhabi sering mengkafirkan, bahkan ada yang membunuh golongan ahli Sufi dan Tarikat yang muktabar. Banyak amalan-amalan Tasawwuf yang ditentang dan dikafirkan oleh golongan Wahhabi seperti zikir berjemaah, zikir ism al-dhat – Allah, Allah, penggunaan tasbih, tahlil, hadiah pahala dan banyak isu-isu lain. Golongan Wahhabi terlupa sebenarnya mereka memusuhi ramai para Wali Allah yang besar-besar apabila mereka memusuhi ulama’ Tasawwuf dan Tarikat. Mereka yang menilai Wahhabi daripada isu Tasawwuf dan Tarikat dapat memahami keseriusan isu Wahhabi ini.

14 Ada juga yang mula mengenali isu Wahhabi daripada perspektif keselamatan negara. Pihak berkuasa kerajaan pada kebiasaannya mula mengenal fahaman Wahhabi hasil daripada kajian mereka ke atas golongan berfahaman ekstrim yang ditahan. Hampir kesemua yang ditahan mempunyai latar belakang Wahhabi yang kuat. Mereka menyanjung tokoh-tokoh Wahhabi dan membaca buku-buku mereka serta mudah mengkafirkan umat Islam yang lain dan menghalalkan darah mereka kerana berpegang dengan kaedah takfir fahaman Wahhabi. Isu ini pernah diperkatakan di parlimen Indonesia. Oleh sebab itu, ramai pegawai di bahagian keselamatan negara yang memahami keseriusan isu ini.

15 Oleh itu wahai umat Islam, lihatlah isu Wahhabi ini daripada kelima-lima perspektif ini, pasti anda akan dapat memahi keseriusan para ulama’ menilai fahaman dan gerakan Wahhabi ini. Dan janganlah menjadi seperti “Empat Orang Buta dan Seekor Gajah”.

Ya Allah! Peliharalah kekuatan Ahli Sunnah wal Jama’ah di dalam umat ini, jauhilah mereka daripada fitnah yang melanda agama mereka, bantulah umat ini menolak dan memerangi golongan ahli bid’ah dan musuh-musuh mereka.

16 Marilah kita bersama-sama bersolat hajat, membaca Yasin, membaca Hizb al-Bahr, solat sunat Tasbih, Hajat & Taubat, atau/dan lain-lain, dan berdoa semoga memelihara pegangan Ahli Sunnah wal Jama’ah di Malaysia ini khususnya, dan seluruh dunia amnya. Amin, Ya Rabbal Alamin.

Sunday, November 22, 2009

Tuan Guru Abdullah- Kenyataan Nik Aziz lebih bersifatkan aliran Wahabi?

Nik Aziz sudah terlalu takbur

TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.

''Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.

"Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.

"Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.

Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.

Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.

Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.

"Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am," katanya.

"Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.

"Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita," katanya.

Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.

Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.

"Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.

"Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.

"Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,'' ujarnya.


Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.


klik sini


Bismillah

Assalamualaikum

SOKONG tuan Guru Haji LAh!!

Kita tentang habis habisan golongan yang pernah diucapkan oleh Sheikh Abdullah fahem sebagai:

""Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu.""

""Tuan - tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum - hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk - buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.""

-SHEIKH ABDULLAH FAHIM



Friday, November 20, 2009

Guru Pondok- Nik Aziz perlu bertanggungjawab semarakkan perpecahan

TUMPAT - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlubertanggungjawab dengan kekeliruan dan semaraknya perpecahan dikalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan berhubungagama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah, 64, berkata, sudah sampaimasa baginya membuat teguran secara terbuka, biar pun akan dimusuhikerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas sudah keterlaluan dan diselubungirasa takbur.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantanberkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihadulama dan mentafsirkan Al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yangsentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.

“Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (PenyesatUmum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” katanya kepadapemberita ketika ditemui di pondoknya di sini, semalam.

sinar harian



bismillah

assalamualaikum


nampak gaya nanti adalah totok2 pas yang menuduh tok guru pondok ni talibarut UMNO..hehehe

Biasalah, asal tentang pas saja dikatakan UMNO. macam wahabi lah.. Asal tentang Wahabi saja, di copnya orang itu anti sunnah lah, syiah lah, kafir lah..Tapi macam mereka selalu kata kepada orang lain yang mengata tok guru kesayangan , sanggup kah mereka mereka ni semua pula bertanggungjawab nanti di akhirat ke atas tuduhan mereka yang tidak berasas tu?


Sedikit maklumat mengenai
Tuan Guru Hj. Abdullah bin Sa`amah.

Nama : Tuan Guru Hj. Abdullah bin Sa`amah.
Beliau dilahirkan di Pondok Maheliah ,Geting , Tumpat. pada tahun 1945M

Pendidikan :

Tempat

Nama Tuan Guru

Pondok Berangan

(7 thn)

- Tuan Guru Hj. Yaakob

Pondok Pohon Durian Jahar (Pattani) (2 thn)

- Tuan Guru Hj. Abdulah Jabi

Pondok Bermin (5 thn)

- Tuan Guru Hj. Mohd Terengganu-
- Tuan Guru Hj. Abd Rahman Bangkok

Pondok Hj. Ismail Tok Som

(1 thn)

- Tuan Guru Hj. Ismail

Pondok Pujuk Dusun Belaga

Mekah

(12 thn)

-Tuan Guru Bali Cahaya

- Tuan Guru Karim Banjar

- Tuan Guru Abdullah Sedawat

- Tuan Guru Rashid Jalal





Ps : Ini link bagi sesiapa yang ingin mengetahui tentang maklumat PONDOK GETING.....klik sini



Thursday, November 12, 2009

Ini Jawapan Saya kepada Komentar Penyokong PAS bernickkan Ahlulbait serta rakan2nya!


Bismillah

Assalamualaikum


Merah- tulisan komentar bernickkan ahlubait.


1- Saudara sendiri mungkin sudah lupa yang saudara sendiri menghentam seorang syed di blog ini yg bernama syed akhbar ali? Saudara lupa atau buat2 lupa? Ahlul bait kah ini?



apa tujuan si komentar ni dgn mempersoalkan artikel saya yg tidak bersetuju dengan penulisan di blog tersebut mengenai isu azan?apa kaitan persoalan saya untuk artikel beliau dengan kenyataan Nik Aziz yang mengaitkan keturunan syed sebagai pemecahbelah serta mengaitkan keturunan abu lahab dengan syed?? Ada saya mencaci keturunan beliau ke? ini menunjukkan walaupun dia ni ada nama syed, saya tidak memilih bulu jika ada perkara yg bertentangan dengan apa yang saya tidak suka!jadi si komentar ini saja nak provoke saya dengan mengaitkan artikel saya yang tidak bersetuju dengan penulisan syed ali akhbar itu!bahkan saya pernah memohon pendapat blogger yang bernama KORBAN DEMOKRASI untuk membuat penilaian ke atas penulisan Syed Ali Akbar mengenai isu azan !




2- Bila jumpa syed saja,itulah ahlul bait. Jumpa syed itu dan ini,sanjung tinggi melangit. Bila syed dan syarifah buat tak senonoh dsbnya, senyap pula.


Ini satu lagi provokasi sombong yang terus menuduh saya melulu. kononnya saya ini buta dan tak kenal siapa syed yang berkaitan dengan ahlulbait.kononnya saya ini senyap saja bila seorang syed atau sharifah itu yang bersikap tidak senonoh atau buruk. Ini FITNAH.mana dia tahu saya senyap atau hanya buat bodoh apabila ada keturunan syed sharifah berkelakuan tidak elok? Dia kenal ke siapa saya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki?Salah satu buktinya, artikel yang saya menulis mempersoalkan penulisan syed ali akhbar(walaupun saya tidak tahu sama ada beliau ini syed ahlulbait atau sebaliknya)tapi saya tetap menegur dan tunjuk bahawa saya tidak bersetuju sama sekali dengan penulisan tersebut!!si komentar begitu kontradik sekali dengan penuduhannya yang tidak berasas langsung!




3- Saya masih tertunggu..di mana dia komen saya yg tidak disiarkan..


Ini menunjukkan sikap komentar ini yang suka buruk sangka terhadap orang lain. Suka sangat ingat orang tidak mahu siarkan komen dia. Walhal kesibukan yang menggalang saya daripada 'check' blog saya. Tapi apabila saya ada masa dan membuka blog saya, terlihat komen dari si komentar ini yang bersangka buruk terhadap saya kononnya komen dia tidak saya siarkan..





4-Jadi mana datangnya ratusan ribu syed dan syarifah ini jika darah mereka walaupun tidak semua mesti berketurunan syed abu lahab?


Ini satu lagi menunjukkan kesombongan si komentar dalam menuduh keturunan orang tanpa fakta yang benar. Akibat daripada komen dia ini, fitnah terhadap keturunan yang terbabit boleh timbul. Apa bukti dia bahawa Abu lahab ialah salah seorang Syed? Walhal keturunan syed itu wujud daripada jurai sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussein saja! jadi mengapa komentar begitu biadap hingga sanggup memberi title 'syed' yang dianugerahkan Allah hanya kepada cucu Nabi Hassan dan Hussein Radiallahu 3anhuma,menggelarkan Abu lahab sebagai Syed Abu Lahab?jangan pula selepas ini datang nak berloyar buruk, kononnya syed yang dimaksudkan oleh komentar ialah sepertimana Sir, Tuan dan sebagainya. iaitu Tuan Abu lahab.




5-Untuk pengetahuan saudara,nik aziz hanya mengutuk syed dari jurai abu lahab kerana semua sudah maklum ttg sirah syed abu lahab ini. Kalau saudara syed aku313 lepas ni nak kutuk semula keturunan nik,buatlah. Apa yg pasti syed abu lahab di laknat sehingga kini bahkan namanya pun disebut didalam al-quran.


dari mana pengetahuan si komentar yang begitu biadap dan sombong mengklaim bahawa wujud syed dari jurai Abu lahab? Apa buktinya?Umum mengetahui keturunan Syed hanya hak sayyidina Hassan dan sayyidina Hussein.kenapa begitu biadap sekali si komentar dengan menukar fakta keturunan Syed dengan mengaitkan Abu Lahab?Tidakkah si komentar tahu bahawa yang dimaksud dengan keturunan ahlul bait khususnya mereka yang berasal dari keturunan Al-Hasan dan Al-Husein,?sebuah hadits shahih berasal dari Jabir ra, diketengahkan oleh Al-Hakim di dalam 'Mustadrak' dan oleh Abu Ya'la di dalam Musnadnya ; bahwasanya Siti Fathimah ra meriwayatkan

ayahandanya saw berkata:

Semua anak Adam dilahirkan oleh seorang ibu termasuk di dalam suatu Usbah – yakni kelompok dari satu keturunan – kecuali dua orang putera Fathimah. Akulah wali dan 'usbah mereka berdua.

Komentar2 penyokong kepada komentar bernickkan ahlulbait pula mengatakan bahawa Nik Aziz bermaksud Syed Syed yang berada di dalam UMNO merupakan pengkhianat dan kaum pemecahbelah,jadi seperti yang komentar itu katakan, Nik Aziz mengutuk dari jurai Syed Abu lahab. Kesimpulannya komentar bolehlah

dikatakan bermaksud;

Syed-syed di dalam UMNO = Jurai Abu lahab


mana buktinya wahai komentar bernickkan ahlulbait? Mana buktinya Semua Syed-syed yang berada di dalam UMNO itu merupakan keturunan 'syed Abu lahab? kata-kata kamu ini berbaur fitnah terhadap nasab orang walaupun mereka itu tidak berada di bawah satu bumbung parti kesayangan kamu!Apakah kamu mahu bertanggungjawab ke atas kata-kata kamu bahawa kesemua Syed Syed yang berada di dalam UMNO itu berketurunan 'Syed Abu lahab' yang dilaknat oleh Allah?




7-Nabi s.a.w pesan dalam hadis supaya kawinlah kamu bercampur-campur. Ni tak..benih syed dan syarifah tak leh campur dgn org ajam. Tu yg jadi celaru. Contohilah rosul tuan syed...berkahwin dengan 10 ora perempuan dan antaranya berketurunan yahudi,barulah baka berkembang baik. Ni tidak...asyik dari perut yg sama saja. Wallahu alam.


Komentar mengatakan bahawa dia berupakan pelajar di hadr elmawt dan gurunya merupakan para habaib. Ajib sungguh apabila seorang pelajar habaib tidak mengetahui keutamaan perkahwinan sesama sadah terutamanya perempuan2 yang termaktub di dalam hukum kafaah perkahwinan Mazhab Shafie! dan para habaib inilah yang orang yang kuat mempertahankan Kafaah Sharifah dari keluarga sadah ini!Apakah maksud si komentar dengan memperkecilkan perkahwinan sesama sadah seolah-olah bercelaru?!kalau begitu, utarakan ketidak puasan hatinya dan kecelaruan di dalam hukum kafaah ini kepada guru habaib di sana!






8-....hehe.. Nampak sgt kamu yg tk faham nahu. Tu la. Dah elok bahasa arab tu nak di melayukan tak reti pulak tu. Lojik ke huruf 'sin' 'ya' 'dal' ( sepatutnya di ganti dgn huruf 's' 'i' 'd' atau berbunyi 'sidi' )kamu nak rumikan dan tukarkan kepada konsonan s.y.e.d ? Dalam ejaan
melayu,percampuran konsonan s+y kalau di ganti dgn huruf arab atau jawi ialah huruf 'shin'. Kamu pass tak bahasa melayu ni.


Lihatlah begitu sinis komentar menulis. Seolah-olah dia lah yang pandai dan bijak hingga S-Y-E-D pun nak dipertikaikan. Kononnya SY itu bunyinya SHIN. Walhal saya tanya sama dia bilakah ejaan syed ini muncul dan bila alphabet s+y = shin? Inikah mentaliti yang dikatakan berhemah hingga perkara foolish

seperti ini pun mahu diungkitkan? Oh sebut pasal foolish, nanti ada orang cakap saya ni kasar. Tapi ada saya kata kepada Komentar bahawa diri nya yang foolish sepertimana koomentar mengatakan bahawa diri saya yang kurang cerdik!? Foolish di sini maksudnya kurang cerdik aka bodoh.Tetapi, bezanya foolish saya ditujukan ke hujah s-y-e-d nya tu.. berbeda dengan dia yang menujukan 'kurang cerdik kepada diri saya sendiri...






9-Kamu ni syed geng 786 ke? Lain macam je saya tengok.

Ini dikatakan persoalan atau provokasi?Komentar dahulu mengatakan bahawa mendapat tahu mengenai keturunan saya melalui kawan dia. Berulangkali dia menyebut mengenai keturunan saya dengan soalan, ini ke ahlulbait bla bla..tetapi kemudian dia membuat provokasi terhadap keturunan saya melalui soalan di atas. hasilnya si komentar yang menjadi back up kepadanya terus menghina keturunan saya dengan mengatakan"


Pemerhati : """"Memang betul cakap ahlul tu. Kau ni memang geng syed 786. Suka porak peranda keturunan org. Sama la kau dgn mahathir tu. Pada Ahlul,kau tak usah jawap,ko pi studi meh aku jawap dan layan manusia angkuh ni untuk kau.Wei syed aku313 786!"""

Komentar merupakan pencetus kepada tuduhan di atas ke atas nasab keturunan saya. Di dalam Islam pun telah menggariskan bahawa mencela nasab seseorang ialah sikap terkeji di sisi Allah!

Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Iya! bagi saya Komentar dan rakannya sedikit sebanyak telah mengguris hati saya dengan melibatkan keturunan saya dengan benda yang tidak benar. Saya tidak pernah menyentuh mengenai isu keturunan mereka apatah lagi menghina keturunan mereka!tetapi mereka terus menerus mempersoalkan nasab saya dan perlekehkan maruah saya di hadapan pembaca pembaca blog ini. Dan apabila saya bertindak sedikit agresif di dalam perbicaraan saya, sekali lagi keturunan saya dipersoalkan oleh komentar lain yang merupakan penyokong PAS jugak!Apa ni. Adakah di dalam PAS, mereka di ajar untuk attack dan memperlekehkan keturunan orang ? Mungkin iya. Sebab itu saya dapat melihat keturunan Tun mahathir juga sering dilekehkan oleh penyokong PAS yang bertopengkan Islam hanya kerana beliau mempunyai darah India! Wah wah, siapa yang asobiyah sebenarnya ni?

Namun begitu, lantak lah dia orang nak ingat apa pun.Yang penting Allah tahu. tetapi ini juga berkaitan dengan maruah saya. Jadi saya berhak untuk mempertahankannya. kepada komentar yang mengatakan bahawa saya tidak sepatutnya bising pasal penghinaan keturunan saya, sila pergi check kembali bagaimana responses daripada Imam-Imam Ahlulbait yang menjawab kembali apabila keturunan mereka di lecehkan oleh orang lain!hatta seorang India mahupun Cina berhak mempertahankan keturunannya jika dilekehkan, inikan kita pula seorang Muslim?! saya langsung tidak menyentuh isu keturunan mereka apabila berbicara, tetapi mengapa mesti mereka mengaitkan keturunan saya dan melecehkanya pula? Ini ke cara Islam penyokong PAs? Apabila mereka buat, halal, apabila orang lain buat Haram.????


Sekian sahaja daripada saya dan selepas ini saya tak mahu lagi tengok di blog saya komen2 yang mempunyai komen tidak membina tambah tambah pasal isu foolish yang nak dijadikan isu besar ataupun mengutuk keturunan sesiapa pun paham! Ya, saya ulang sekali lagi, isu isu 'foolish' yang tidak membina langsung!

Kenapa Mulut Nik Aziz berdarah dengan tiba-tiba??

Mengulas mengenai tahap kesihatannya, katanya, beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selama dua hari sejak Jumaat lalu selepas mengalami pendarahan di mulut.

"Ketika bangun tidur jam 1.30 pagi (Khamis lalu), darah penuh di mulut saya dan saya ingat disebabkan limpa atau jantung, tetapi bila buat pemeriksaan, doktor mengesahkan tiada masalah, rupanya gusi dan tekak.

"Ketika itu saya rasa berdebar sungguh hati, tak pernah berlaku pendarahan begitu banyak. Hari ini (semalam) rasa segar sikit, tetapi selera makan tak ada lagi, pagi ini pun tak makan lagi," katanya.

Klik Di sini



Bismillah

Assalamualaikum


Pertama sekali, sebagai orang Islam, saya mendoakan semoga Allah memberi kesihatan yang baik buat Nik Aziz supaya berkesempatan terus untuk memperbaiki diri dari segala dosa dan kemungkaran seterusnya beramal dengan amalan yang diredhoi Allah buat bekalan di akhirat kelak sebelum terlambat.


Kedua, terkedu jugak saya apabila mendapat berita ini. Ekoran daripada itu, banyak spekulasi yang saya dengar daripada pelbagai pihak. Ada yang mengatakan itulah akibat daripada selama berpuluh tahun mencaci orang daripada parti lain. Dan ada pula yang mengatakan bahawa itu lah akibat daripada keceluparannya baru-baru ini menghina keturunan orang secara tak langsung kerana sifat amarah yang tidak dibendung.

Nik Aziz juga telah meng 'confirmkan' bahawa kejadian ini tidak pernah berlaku terhadapnya sebelum ini. Ini bermakna , kejadian mulut berdarah ini merupakan kali pertama berlaku di dalam hidup Nik Aziz gamaknya.


Saya juga tak lepas membincangkan perkara ini dengan saudara saya. Katanya, ini tidak menghairankan. Imam Al Ghazali juga suatu ketika pernah dikelukan lidahnya oleh Allah semasa menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajarnya di mana waktu itu beliau merupakan ketua di Nizammiyah Kolej.Lantas beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan segala urusan duniawi dan keluar mencari ketenangan melalui perjalanan spiritualnya.
Kisah Imam Al Ghazali ada di dokumentarikan dalam bentuk lakonan semula sambil dijelaskan oleh ilmuan-ilmuan terkenal seperti Shaikh Hamzah Yusef Hanson dan sebagainya. . Sesiapa yang berminat bolehlah melihat dokumentari yang bertajuk :

Al-Ghazali The Alchemist Of Happiness

Kesemuanya ada 13 part. menceritakan perjalanan hidup Imam Al Ghazali dari saat beliau kecil hinggalah saat menemui ajalnya.


Berbalik kepada tajuk, tidak mustahil ini juga merupakan peringatan dari Allah kepada Nik Aziz supaya bertaubat dan tidak terus taksub dengan pangkat duniawi yang tidak menjanjikan kebahagian akhirat. Jawatan duniawi yang amat digeruni oleh para sahabat rasulullah serta Tabi'een dan Tabi'ee el Tabi'een..


Jadi diharap Nik Aziz dapat mengambil iktibar daripada kejadian yang menimpanya seterusnya bantulah perpaduan sesama Islam di negara ini dan mendidik kembali jiwa anak anak Islam yang kini ditelan arus jahiliiyah kembali. Sudah-sudahlah menjadi penghalang. Dan sudah-sudahlah berdendam dengan perkara-perkara yang lepas.Sudah-sudahlah berfikir diri seorang sahaja yang betul. Sudah-sudahlah meneruskan agenda-agenda PAS yang syok sendiri tetapi semakin hari semakin mengelirukan ummat,..Sudah-sudahlah bercakap banyak yang boleh memudaratkan diri sendiri;

bak kata pepatah: kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa...


PS- Ada juga orang 'curi' selipar Nik Aziz kononnya nak diambil berkat..Dah tu, dikhabarkan oleh Nik Aziz sendiri..hihihihi.. Berkat apa lah gamaknya iye? Berkat kerana fitnahkan nabi berkroni jugak ke ? Atau berkat kerana menunding jari kepada Tuhan pun mencarut apabila bersangkut paut dengan cacian P*** M** di dalam buku SHIT? Atau berkat kerana berkawan dengan Shaitan? Hihihihi..

Monday, November 9, 2009

Baiah PAS Mempertuhankan Politik – Mufti Perak

Mufti anggap jatuh talak isteri sertai parti lain persendakan perkahwinan

KUALA LUMPUR: Amalan baiah atau sumpah taat setia akan jatuh talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas yang mengkhianati parti itu dengan menyertai parti lain, adalah tindakan mempertuhankan politik dan demokrasi

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata tindakan itu jelas mempersendakan kemuliaan isteri apabila menjadikan pasangan sebagai barang gadaian dan jaminan politik

“Isteri bukannya barang gadaian dan jaminan, sewaktu hendak kahwin kita ambil dengan cara baik dan kita memperisterikannya dengan perjanjian yang besar di hadapan Tuhan,” katanya ketika mengulas mengenai pendedahan beberapa pemimpin Pas melakukan baiah talak tiga yang akan jatuh ke atas isteri wakil rakyatnya yang mengkhianati parti itu termasuk melompat parti

Bagi Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, menyifatkan baiah sehingga talak tiga akan jatuh ke atas isteri pemimpin Pas yang melompat parti adalah tidak bertamadun dan boleh menjatuhkan imej Islam

“Talak juga dibenci oleh Allah, baiah seperti ini adalah budaya orang yang tidak bertamadun. Perempuan mahal harganya dan bukan boleh dijual beli dan bab agama jangan dipolitikkan sehingga isteri menjadi mangsa

“Sanggupkah dengan politik kita biarkan rumah tangga yang dibina hancur. Bagaimana jika pemimpin itu melompat parti pada usia 65 tahun, sudah punyai ramai cucu, anak dan menantu. Apa yang berlaku jika mereka bercerai, cuba bayangkan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam

Sementara itu, Ahli Parlimen pembangkang, Zulkifli Noordin, berkata amalan baiah itu adalah satu dasar yang paling tidak masuk akal dan begitu mengejutkannya

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu berkata, amat malang bagi gerakan yang mengambil Islam teras perjuangan menjadikan baiah itu sebagai dasarnya

“Dasar ini mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian,” kata beliau dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com.

Katanya, beliau yang pada mulanya tidak percaya dengan laporan media terbabit berasa terkejut selepas perkara itu diakui rakannya dalam Pas yang pernah mengangkat baiah itu

“Malah ada di antara mereka menceritakan bagaimana mereka sendiri menggigil apabila mengangkat baiah berkenaan

“Yang paling sedih, ada di antara isteri yang dikehendaki hadir dalam majlis baiah ini menangis dan menggeletar mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi untuk kepentingan politik kepartian yang terlalu sempit dan jumud,” katanya

Zulkifli berkata, beliau terkejut apabila beberapa tokoh politik Pas yang dihubunginya bukan saja tidak merasa bersalah dan berdosa dengan baiah itu malah mempertahankannya dengan alasan dangkal yang tidak bersandarkan al-Quran, sunnah Rasulullah dan sahabat baginda serta khalifah

Beliau mempersoalkan tindakan Pas yang tidak membangkitkan isu itu secara dalaman dan mencari penyelesaiannya secara muzakarah sebaliknya memilih untuk mendedahkannya kepada umum

“Saya khuatir dengan isu seperti ini, mereka yang menyokong Pas selama ini akan menjadi ragu-ragu, malah akan menukar sokongan mereka,” katanya

petikan dari : Berita Harian



Muslimat Pas pertahan bai'ah

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Dewan Muslimat Pas hari ini mempertahankan amalan bai'ah atau sumpah taat setia talak tiga terhadap isteri wakil rakyat parti itu yang melompat parti.

Selain membela wanita, Dewan Muslimat turut menyifatkan amalan bai'ah itu dapat menguatkan azam pemimpin Pas yang menang pilihan raya untuk terus komited kepada perjuangan parti.

Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh menegaskan, pihaknya tidak menolak amalan itu kerana sangat memahami mengapa bai'ah tersebut dilakukan iaitu demi memperteguhkan parti.

"Kami sangat setuju dengan bai'ah ini, ikrar ini bukan bermakna mereka tidak sayang tetapi satu istiqamah terhadap parti, perjuangan ini satu amanah.

"Bagaimana mereka kasihkan isteri, begitu juga mereka perlu kasih parti... sama kasihnya," kata beliau kepada Mingguan Malaysia semasa ditemui pada Seminar Memperkasakan Parti Pas di markas parti itu di Taman Melewar, Gombak di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia mengenai pendedahan beberapa pemimpin Pas tentang bai'ah talak tiga itu yang akan jatuh ke atas isteri wakil rakyatnya yang mengkhianati parti itu seperti melompat parti.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, beliau sendiri pernah melakukan bai'ah semasa dipilih sebagai calon pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan DUN Paya Jaras tahun lalu.

Beliau berkata, bai'ah itu yang disediakan Dewan Ulama Pas akan dibaca beramai-ramai di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri sebelum pilihan raya berlangsung.

Mengulas lanjut, Nuridah berkata, amalan bai'ah ini diperkenalkan kepada calon Pas lelaki sejak pilihan raya 2007.

"Saya tak rasa wanita direndahkan. Ini merupakan satu cabaran kepada pada muslimin. Ia bukan menggalakkan penceraian, ia satu pengorbanan. Mereka tidak boleh 'main-main' masuk parti Pas yang berjuang memperteguh syiar Islam.

"Saya melihatnya positif. Media jangan 'main-main' dengan isu ini," katanya.

Turut bersetuju dengan pendapat beliau ialah Naib Ketua Dewan Muslimat Pas, Senator Mumtaz Md. Nawi yang menyifatkan amalan tersebut menjadikan wakil rakyat Pas lebih menyayangi isteri serta tidak berani memungkiri janji yang mereka ikrar sendiri.

"Ini pembelaan kepada wanita. Janji tetap janji. Apa pula pelik? Taklik kalau keluar pintu pun jatuh talak. Inikan pula keluar perjuangan Islam, lepas habis tempoh nak lompat, lompatlah.

"Kenapa pula orang nak bising. Taklik itu sah. Kalau tak sanggup tak ada orang paksa jadi calon," katanya.

Jelasnya, semua wakil rakyat Pas memahami Islam dan mereka tidak ada masalah untuk memahami mengapa bai'ah dilakukan oleh parti.



Hadi arah siasat baiah

http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang_undang/hadi_arah_siasat_baiah.html

Majlis Syura nafi pernah minta wakil rakyat Pas lakukan sumpah talak tiga

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang, mengarahkan siasatan dijalankan berhubung dakwaan wujudnya amalan baiah atau sumpah taat setia akan jatuh talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas yang mengkhianati atau keluar parti.


Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali, berkata Hadi membuat arahan itu selepas isu berkenaan dilaporkan media, minggu lalu.

Katanya, beliau sudah pun memulakan siasatan, namun setakat ini Jawatankuasa Pusat atau Majlis Syura Pas menafikan pernah mengarahkan wakil rakyat parti itu melakukan baiah talak tiga.

"Saya juga telah menghubungi beberapa wakil rakyat Pas di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Mereka juga memberitahu tidak pernah melakukannya. Saya sendiri terkejut dan tidak tahu mengenai kewujudan baiah itu sebelum ini.

"Kalau baiah biasa yang meminta taat setia kepada parti adalah... tidak sampai membabitkan jatuh talak tiga," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Ditanya sama ada beliau akan menyiasat Dewan Ulama Pas yang dikatakan mengeluarkan arahan itu dan wakil rakyat dari Selangor yang mengakui mengakui kewujudan amalan itu, Mustafa berkata, dakwaan itu sedang disiasat.

Minggu lalu, akhbar melaporkan pendedahan beberapa pemimpin Pas berhubung baiah talak tiga yang akan jatuh ke atas isteri wakil rakyatnya yang mengkhianati parti termasuk melompat parti.

Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib bagaimanapun berkata, sepanjang menerajui Dewan itu, beliau tidak pernah mengeluarkan arahan supaya baiah seumpama itu dilakukan.

"Baiah taat setia memang ada dilakukan yang berbunyi 'saya bernama sekian yang dipilih menjadi calon pilihan raya sama ada menang atau kalah, berjanji bersungguh-sungguh tidak akan mengkhianati parti'... itu saja," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa, menegaskan perbuatan baiah tidak salah di sisi agama.

"Kenapa salah? Apa hukum mengatakan ia salah. Mana ada mufti kata baiah salah. Saya suka hati, sukarela melakukan baiah kerana tak nak lompat parti dan tahu tidak akan lompat parti," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Husam berkata, baiah adalah untuk melindungi amanah yang diterima daripada rakyat supaya tidak mengkhianati parti atau melompat parti.

Beliau turut menuduh isu berkaitan baiah sengaja ditimbulkan oleh Umno selepas gagal membeli wakil rakyat pembangkang di Selangor, Kedah dan Kelantan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula berkata, baiah atau sumpah taat setia memang dilakukan oleh pemimpin parti pada hari pertama mereka memegang jawatan, tetapi ia sama seperti sumpah jawatan dan simpan rahsia kerajaan.

Seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, berkata pemimpin atau wakil rakyat Pas di Kedah tidak pernah diminta melakukan baiah cerai talak tiga.

"Tidak ada arahan seperti itu. Isunya sekarang tiada siapa mahu menceraikan isteri malah nak tambah lagi adalah," katanya berseloroh.

Taib Azamudden (Pas-Baling) juga menegaskan soal baiah tidak pernah diputuskan dalam mana-mana peringkat dalam Pas.



"Cuma yang ditimbulkan adalah spekulasi yang saya rasa bermotif politik. Kita sedang siasat siapa yang kata benda ini wujud dalam Pas... ini satu dongeng yang ditimbulkan pihak lain," katanya.


Komen : Apa dah jadi ni PAS? Macam mana bai'ah talak tiga diketahui oleh segolongan MP PAS tetapi presiden sendiri tak pernah dengar pasal perkara ini? Hadi kena siasat habis habisan dalang yang membuat baiah talak tiga ni .Siasat sama orang-orang yang bermati-matian pertahankan baiah keji yg teramat disukai oleh Iblis ni..


Sunday, November 8, 2009

Dr Asri, Tauliah dan Wahabi???















Bismillah

Assalamualaikum


Kini riuh senegara hal penangkapan mantan Mufti Perlis Dr Asri Zainol Abidin oleh pihak JAIS.Macam-macam reaksi yang saya tengok daripada pelbagai lapisan masyarakat Islam di Malaysia. Isu undang-undang tauliah dibangkitkan seolah-olah kejam dan tak berperikemanusian . Iyalah, bagi mereka mana adil seorang bekas mufti dikenakan tindakan hanya kerana tiada tauliah.mana adil seorang ulama seperti Dr asri dikenakan tindakan.mana adil seorang ilmuan agama seperti Dr Asri dikenakan tindakan.. JADI ADILKAH APA YANG DR ASRI LAKUKAN TERHADAP TIGA ULAMA HABAIB DARI YEMEN DAN INDONESIA DENGAN MENGHALANG MEREKA DARI MASUK UNTUK BERDAKWAH DI NEGERI PERLIS SEWAKTU DIA BERTUGAS MENJADI MUFTI DI SANA? BERIKUT IALAH PETIKAN DAN TULISAN DI WEBSITE ULAMA TERSEBUT IAITU HABIB MUNZIR AL MUSAWA YANG MENCERITAKAN BETAPA PERITNYA MEREKA NAK MASUK PERLIS KERANA DI HALANG OLEH DR ASRI..

Perlis adalah salah satu wilayah gerakan wahabi terbesar di Malaysia, Mufti (ketua ulama) terpilih di wilayah tersebut adalah seorang muda yang sangat menentang salafus shalih, mencaci para wali dan memusyrikkan muslimin sebagaimana wahabi lainnya, namun ia tak ingin disebut sebagai wahabi, ia mengaku bermadzab Syafii tulen, sebagian besar masyarakat muslimin setempat adalah ahlussunnah waljamaah, namun sebagaimana di negeri kita pun demikian, bahwa muslimin muslimin tidak tanggap dalam hal hal yang berbahaya yang dapat merusak akidah muslimin.

Acara direncanakan diadakan di surau pimpinan Assyeikh Al Fadhil Adda’i ilallah Ustaz Yusaini, seorang ulama muda yang sangat gigih menentang ajaran wahabiy di Perlis, acara kami pun terdengar pada mufti, maka mufti mengeluarkan larangan dan menuduh majelis yang akan diadakan ini adalah majelis orang syiah, namun kegigihan Ustaz Yusainiy memperjelas profil kami membuat tuduhan itu tak beralasan, lalu majelis difitnah pula sebagai majelis politik, namun tuduhan itu pun berhasil disanggah oleh Ustaz Yussaine, namun ketika terlihat masyarakat muslimin menyambut hangat majelis akbar ini, maka fihak mufti mempermasalahkan izin masuk dari Imigrasi Malaysia, apakah saya mempunyai izin resmi untuk berdakwah di Malaysia dari Kerajaan Malaysia?, padahal bahwa tak pernah ada undang undang pelarangan dakwah terkecuali yang berdakwah membawa kesesatan dan menentang kerajaan Malaysia.

Akhir keputusan adalah larangan mutlak dari fihak Perlis bagi saya untuk berbicara pada acara tersebut, dan perintah penangkapan atas saya jika Ustaz Yussaine masih bersikeras mengajukan saya untuk menyampaikan taushiyah di Majelis Tablig Akbar tersebut, Maka saya berbicara dengan lembut pada Ustaz Yusainiy, saya tak risau ditangkap, karena saya akan menghubungi fihak Mabes Polri di Jakarta untuk meminta fihak Mabes Polri menjamin kebersihan dakwah saya dibawah jaminan Mabes Polri, namun tampaknya para pemuda kita disana risau dan tak ingin sesuatu menimpa saya, maka majelis dibatalkan. Hadirin berdatangan sekitar seribu personil, mereka sudah siap untuk hadir dan mendengarkan, maka ketika diumumkan dengan lugas oleh Ustaz Yussaine bahwa pembicara dilarang berbicara oleh fihak perlis, hadirin kecewa dan bubar, Jumat pagi saya menuju Kualalumpur.


http://www.majelisrasulullah.org/index.php?option=com_content&task=view&id=114&Itemid=1&lang=en



Adilkah aksi seorang bekas mufti ini terhadap ulama lain dan bekas mufti lah yang disanjung oleh mereka2 yang berdiri kukuh kini mengutuk pihak JAIS berkenaan isu tauliah?
Mula-mula menuduh ulama-ulama ASWJ ini mengadakan majlis orang SYIAH dan apabila terbukti salah dia putar 360' pula mengatakan majlis ini berunsur majlis politik! dan apabila berjaya dibuktikan bahawa tuduhan dia itu sekali lagi palsu, maka DR Asri yang disanjungi oleh kalian semua mempersoalkan isu tauliah atau mereka punyaikah keizinan untuk berdakwah dari pihak kerajaan Malaysia! Sandiwara apa sanjungan kalian ini sedang berlakon? Di waktu dia menjadi mufti, tak pernah keluar pun isu tauliah dari pihaknya untuk di persoalkan?? Malah dia juga turut menggunakan isu tauliah ini untuk menghentikan ulama luar dari masuk memberi dakwah di dalam negeri Perlis!Malah menuduh ulama2 berkenaan dengan label Syiah dan Politik! Tapi tahukah dia ulama2 Yemen ini jika datang ke Malaysia akan turut dijemput oleh pemimpin tertinggi UMNO malah Agong juga sebagai tetamu terhormat mereka??mengapa Dr Asri langsung tidak menghormati mereka? Apa yang sangat ditakuti oleh Dr Asri menghalang mereka ini dari berdakwah di Perlis? Namun kerana mereka hormat dan tak mahu kecoh2, maka ulama ini akur dan membatalkan majlis tersebut tanpa menghuru harakan keadaan! tetapi iya berlainan sekali apabila nasib yang sama menimpa Dr Asri di Selangor. Keadaan menjadi begitu kecoh sekali satu negara! Mengapa Dr Asri tidak boleh bersikap tawadhuk sepertimana ulama2 yemen tersebut apabila dihalang daripada berdakwah? Walhal itu adalah isu yang sama juga dia kenakan terhadap mereka bukan?

Dalam pada itu, timbul juga isu berkenaan Dr Asri membawa fahaman Wahabi. Maka terdengar desas desus mengatakan mengapa isu Wahabi hendak dijadikan perpecahan? Biarkan saja sesiapa yg hendak ikut wahabi atau faham apa yg dia selesa. Tidak! Bukan itu yang sepatutnya menjadi persoalan. Tetapi soallah bahawa siapakah yang memulakan persengketaan dan perpecahan sejak dari zaman fahaman wahabi/kaum Muda atau mereka menggelarkan diri mereka sebagai salafi muncul? Mengapakah ulama-ulama dari kaum Tua seperti Tok Kenali , Sheikh Abdullah Fahiem dan sebagainya menentang keras dan bersungguh-sungguh terhadap Kaum Muda ini dulu?Tepuk dada tanya Iman..