Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Showing posts with label PPSMI. Show all posts
Showing posts with label PPSMI. Show all posts

Monday, March 16, 2009

Ilmukah yang menciptakan bahasa atau bahasa yang menciptakan ilmu?

Bismillah,

Assalamualaikum,

Aku terbangkit dari tempat melepaskan lelah ku untuk menulis posting ini kerana benak pemikiranku bermain-main dengan apa yang telah aku baca dan hayati.

Ia mengenai isu bahasa yang masih di ungkit-ungkit. Ada orang2 yang merasakan bahawa bahasa kebangsaan terancam kerana PPSMI.

Tetap juga bangsa Iran lebih "perkasa" dalam menguasai ilmu kerana banyaknya bahasa yang mereka kuasai tanpa bahasa mereka ternoda atau mereka melupakan sama sekali bahasa mereka kerana apa yang telah mereka perolehi. Tetap sahaja jati diri bangsa Iran berbeda dengan jati diri anak2 melayu muslim. Cintakan Ilmu dan tidak cintakan ilmu.Tetap juga orang2 itu yang peka dengan kesusasteraan atau ilmiah dalaman bahasa kebangsaan berkata kenal dulu jati diri bangsa baru pergi gali ilmu orang. Samakah diri mereka yang memegang "tampuk pemerintahan kesusasteraan" dengan anak2 muda bawahan yang masih lembut bak kapas dan goyah bak lalang di tiup angin?

Sebelum ini pernah aku bangkitkan persoalan, ilmukah yang mencipta bahasa atau bahasakah yang mencipta ilmu?

Kerana apa yang kita fahami, Allah SWT mewujudkan bahasa Arab dan bahasa2 lain melalui ilmu-Nya, jadi aku bertanya lagi, ilmukah yang mencipta bahasa atau bahasa yang menciptakan ilmu?

Tak habis-habis dengan bahasa mengejek di gunakan kepada mantan perdana menteri kerena apa yang telah beliau lakukan. Tak habis-habis dengan fitnah di sana-sini hanya untuk menjatuhkan orang lain.

Sudah berapa lama Sains dan Matematik di ajar dalam bahasa ibunda namun hakikatnya penguasan terhadap dua ilmu tersebut masih jauh dari pelukan anak2 muslim di Malaysia. Apakah mantan perdana menteri ini terlalu jahil dalam mengenal rakyat sendiri ketika memerintah dan terlalu pentingkan diri dalam pemerintahannya dahulu sehingga PPSMI di anggap sebagai agenda busuk? Betapa aku dahulu, semasa umur aku baru mencecah belasan tahun aku membenci mantan perdana menteri kerana pada masa itu ANWAR di anggap mulia dan di fitnah. Namun, setelah aku meningkat dewasa dan minda aku berkembang, apa yang aku lihat sebenarnya, kebanyakkan fitnah dan tohmahan di lakukan terhadap mantan perdana menteri sendiri, bukan ANWAR. Banyak tindakan2 mantan perdana menteri dahulu tidak aku fahami dan beliau di benci aku. Akan tetapi ianya telah menjadi sesuatu yang berbeda apabila Allah memberi peluang pada aku menjadi dewasa.

Namun, aku masih mengkaji tentang mantan perdana menteri dan kesilapan-kesilapannya yang masih di dendangkan oleh orang2, tetapi apalah nilai kesilapan seorang jahil dengan nilai kesilapan yang di lakukan oleh orang yang "cerdik pandai agama".

Gambar Anita Sarawak juga di paparkan sebagai kiasan seolah-olah menembak satu peluru dua ekor burung menjadi mangsa...Patutkah aku tonjolkan pula gambar orang2 yang kononnya cintakan bahasa kebangsaan tetapi lansung tidak menunjukkan dia adalah Melayu Islam? Kedua-dua belah pihak ini, yang terkadangnya jika orang2 Islam dari luar datang tanpa mengenali identiti mereka, terus-terus sahaja mereka boleh mengklasifikasikan bahawa orang2 itu adalah orang bukan Islam. Jadi sama sahaja kedua-dua pihak dengan keburukan mereka.Tidak ada sesiapa yang berhak membersihkan diri mereka tanpa izin Allah SWT.

Yang di satu pihak mahukan penguasaan Ilmu melalui bahasa asing dan di satu pihak mahukan penguasaan ilmu melalui bahasa ibunda.Tidakkah sama sahaja tujuan mereka? iaitu ILMU?Apa jenis kebodohan yang sedang kita perjuangkan apabila kita menuju jalan yang sama namun berebuat-rebut menindas yang antara satu sama lain hanya untuk menegakkan benda yang sama?Sedangkan kekukuhan boleh di capai dan manfaat boleh di kecapi bersama dengan berganding bahu dalam memperkasakan ilmu di kedua-dua bahagian?

Kenapa di satu pihak suka menonjolkan perkara2 negatif dengan mempositifkannya sehingga membunuh kesatuan Ummah? Tidak cukupkah dengan fitnah yang kita "kecapi", sehingga orang yang tidak berdosa turut menjadi berdosa? Tidak cukupkah pembunuhan Ummah berlaku kerana kebodohan kita sendiri? Apakah cukup dengan memperjuangkan bahasa sahaja dapat kita kenali bangsa kita sendiri?Atau nilai cintakan ilmu yang harus kita amati dan pupuk di dalam masyarakat kita demi menjaga jati diri bangsa kita?

"The ink of the scholar more holy than the blood of the martyr"



Apakah maksud ungkapan di atas?Apakah hanya bahasa yang memainkan peranan di dalam kejayaan seorang ulama dalam membentuk Ummah yang berjaya atau kedekatan dirinya dengan Allah SWt melalui amalan2 ilmunya yang di redhai Allah SWT?

Sekali lagi aku tanyakan, Ilmukah menciptakan bahasa atau bahasa yang menciptakan Ilmu?

Nilai bangsa kita melalui sejauh mana penguasaan mereka terhadap Ilmu. Bangsa Iran mencintai ilmu dan nilai bahasa mereka tidak hilang kerana penguasaan mereka terhadap ilmu sejak bekurun lama dahulu sebelum kedatangan Islam lagi. Bukan hanya kerana cinta mereka terhadap nilai bahasa mereka tetapi kerana pengisian ilmu dalam mencintai bahasa mereka, di pupuk tanpa keegoan terhadap bahasa lain.

Masa itu emas tetapi sejauh mana keemasan masa itu di hargai oleh sesetengah pihak dalam membentuk Ummah yang berilmu?

Terbitkan kejayaan untuk Ummah bukan kerena kita ahli sastera jadi kita mahu pertahan bahasa tanpa menjaga perkembangan ilmu2 lain. Setiap bahasa di dunia punya nilainya tersendiri kerana ilmu yang di milik oleh setiap bangsa. Jangan terlalu memandang rendah pada bahasa penjajah sehingga kita menjadi orang bodoh.

Dan Allah berfirman:
Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada kamu, kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk". (maidah:115)

Anggaplah PPSMI santapan nikmat Ilmu Allah yang di berikan tak kira ianya datang dari bangsa mana pun. Kebodohan adalah punce kesengsaraan dan kejahatan.

Saturday, March 7, 2009

Rakus memperjuangkan nasib diri sendiri sehingga menindas saudara seagama dan sebangsa sendiri..

Bismillah

Assalamualaikum,

Di mana letaknya kesedaran para cerdik pandai bahasa tentang kebutaan diri mereka? Mereka adalah pencinta bahasa namun,tidak pandai pula menilai nilai bahasa bagi sesuatu Ilmu.

Kenapa rakus memperjuangkan sesuatu yang di lihat boleh menjahanamkan rakyat ? Sudah tahu musuh dalam selimut sedang menjalankan operasi tetapi diri yang menjunjung keegoan membunuh banyak pengetahuan yang tidak di ketahui.

Apakah seseorang yang mengaku mencintai manusia-manusia mulia kerana iman dan ilmu yang tinggi di sisi Allah sudah bertanya kepada Allah, adakah Engkau redha dengan apa yang hamba lakukan ya Allah?apa yang sebenar patut hamba-mu perjuangkan di saat genting bila mana saudara-saudara-ku lemas dalam nodaan dosa dan kehancuran menghampiri mereka?

Apakah tidak di anggap bahawa setiap atur dan langkah perlu ada izin dan redha Allah walaupun untuk mengcungkil gigi?

Aku penat mendampingi manusia ego kerana ianya juga akan menambahkan ego ku.

Apakah cukup dengan memperjuangkan bahasa tetapi iman anak2 bangsa terus di jual di tangan orang2 yang membenci kepada jalan Allah dengan sepenuh hati dan kalam?

Apalah bahasa tanpa ilmu dan tidak kesampaian penyebaran ilmu tanpa bahasa. Adakah bahasa yang mencipta ilmu atau ilmu yang mencipta bahasa?

Di mana keikhlasan di kalangan yang berhimpun untuk menentang penggunaan bahasa Inggeris untuk Matematik dan Sains ketika di satu pihak cuba membela Melayu Islam, di katakan menjalankan assabiyyah dan apabila isu ini timbul dengan tiba-tiba sahaja mereka semua menjadi Melayu kembali ???

Adakah RasulAllah(saw) membenarkan fitnah dan penipuan di dalam berpolitik atau adalah kemestian menegak apa yang benar dan menolak apa yang salah tanpa kompromi dalam keadaan apa sekali pun?

Di mana letaknya maruah orang yang menyatakan bahawa al-juburi adalah al-juburi, kemudian mereka bersatu demi kuasa yang di idamkan?

Di mana hukum hudud yang selama ini di perjuangkan..dan apabila singa tua mengaum keras menentang perlaksanaan hukum hudud,mereka tunduk dan takut pada singa tua yang sudah lumpuh?

Kenapa islam di cemari sebegini rupa? Si jahil tidak di ajar menjadi cerdik bahkan di injak-injak sehingga kegelapan menyelubungi dunia tanpa cahaya keperihatinan dan kasih sayang untuk mengajak mereka ke jalan orang2 yang bijak sana?Apakah ini yang di tinggalkan RasulAllah(saw)?

Membersihkan diri sendiri dengan ego dan kesombongan walhal Allah-lah yang membersihkan sesiapa yang di kehendaki!

Aku sudah penat!! Penat dengan kerenah si bodoh yang berlagak pandai dan si pandai yang bertindak bodoh!

Agama di kotori dan bangsa di jahanamkan!

Monday, February 23, 2009

PPSMI LAGI

Bismillah

Assalamualaikum

Kalaulah Bahasa Inggerisnya ditukar ke bahasa arab, apa pulak semua nak cakap?

Nama saja orang islam, tapi baca quran tak faham apa apa. Di dalam solat pun tak tahu apa yang dibacanya. Kenapa benda ni tak diberi penekanan juga? sepatutnya sebagai orang islam, apa yang dikatakan di dalam solat harus difahami dan dimengertikan demi memperkasakan Iman kerana apabila kita memahami makna solat di dalam sanubari kita maka kita akan tunduk dan patuh pada kebaikkan.

apabila ditanya ,

a: 'are you a muslim?

b: yes i am a muslim

a: do you understand quranic language?

d: no i dont understand"

kalaulah tiba-tiba Sains dan Matematik hendak di ajar dalam bahasa buku yang ditulis oleh ibn sina dan alrazi, adakah kita akan kata, "tentang bahasa arab sebab ia akan mencabar kedudukan bahasa melayu?"

Sedangkan Bahasa Melayu yang digunakan sekarang ini adalah hasil pencantuman banyak bahasa termasuk persia, arab, india , portugal, inggeris etc.

Huruf huruf jawi pun bukan melayu punya.
Arab yang punya.

Sanskrit? itu dicedok dari Kitab Hindu. Bumi, Syurga itu semua bahasa Hindu.

Jadi di mana keaslian bahasa melayu itu sendiri?


Bahasa melayu bukan kukuh kerana keasliannya tetapi kerana keistimewaannya yang datang dari hasil pencantuman pelbagai bahasa. Itulah bahasa melayu bahasa yang membuktikan ayat Allah;

"Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal.""

Bagi saya, tak ada masalah dengan Ppsmi. Yang perlu ditekankan ialah kemantapan bahasa Melayu yang di ajar di sekolah dan di penekanan oleh dewan bahasa dan pustaka sendiri terhadap masyarakat.
Jadikan aliran sastera melayu pelajaran wajib di sekolah. Adakan program program khusus dan wajib memantapkan sistem bahasa melayu di kalangan anak-anak Malaysia di sekolah mahupun peringkat menara gading dan ianya harus menjadi kemestian kepada setiap individu di Malaysia tak kira Melayu, Cina atau India mesti fasih di dalam bahasa Melayu contohnya sebagai syarat-syarat mendapatkan pekerjaan.

Di Iran sendiri walaupun pemimpinnya tidak mahu langsung bercakap bahasa Inggeris tetapi pihak kerajaan mereka kini telah menyedari kepentingan Bahasa Inggeris diperingkat global yang dewasakini memaksa individu dari pelbagai negara untuk berkomunikasi dan bertukar pandangan demi kepentingan dan kemajuan masing-masing. Mereka mula membuka kelas kelas Bahasa Inggeris untuk rakyat termasuk pelajar-pelajar agama mereka di Qom juga sudah mula mempelajari Bahasa Inggeris. Tapi pada masa yang sama mereka terus mengukuhkan bahasa Parsi dengan cara mereka tersendiri.

Sumber untuk umat melayu dalam bidang sains dan teknologi masih jauh berbanding sumber yang sudah ada pada Umat jepun atau Parsi sejak dahulu lagi. Disebabkan itu kita harus menghampiri Bahasa Inggeris untuk mencapai ilmu-ilmu tersebut yang kini luas di pelopori bangsa yang menggunakan Bahasa Inggeris.

Jangan kita berlaku sombong pada yang tempat yang tidak sesuai. Sebelum ini, tanpa menggunakan Bahasa Inggeris di dalam Matematik dan Sains pun masih ramai individu-individu di Malaysia yang bukan berbangsa Melayu tidak fasih dalam berbahasa Melayu atau tidak tahu menahu lansung akan bahasa Melayu malah mereka lebih suka pada bahasa Inggeris. Di mana penekanan BahasaMelayu pada bangsa Malaysia sendiri sebelum ini?

Jika di katakan UMNO sahaja yang tidak memperdulikan Bahasa Melayu, bagaimana pula ramai umat melayu yang tidak pandai berbahasa Inggeris berbanding orang2 cina dan india? Permainan apakah yang sedang kita hadapi?

Isu ini amat berguna kepada Mat Jenin perdana menteri(anvar) untuk memperkuda rakyat2 yang tidak tahu menahu tentang betapa program ini dapat membuka minda rakyat tentang penipuan orang-orang yang suka mengambil kesempatan di atas sindrom "lack of awareness" yang di hadapi umat islam dan umat melayu khususnya bahawa ada sekam di dalam api yang sedang memusnahkan kedudukan bangsa Melayu.

Ilmu meninggikan darjat manusia. Di dalam konteks Ilmu tidak ada sempadan. Iman yang memainkan peranaan dalam mengekalkan identiti sesuatu bangsa apabila bangsa itu bersyukur menjadi diri mereka sendiri.Tagih ilmu walau di mana ia berada kerana ilmu agama,bangsa dan negara menjadi mulia