Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Thursday, October 8, 2009

PAS perosak Kesatuan Umat Islam Di Malaysia!

Bismillah

Assalamualaikum


Semakin hari semakin terang bagi saya bahawasanya PAS bukan lah sebuah parti yang memperjuangkan Islam tetapi ianya ialah sebuah parti yang telah di dajjalkan oleh iblis laknatullah untuk merosakkan kesatuan umat Islam di Malaysia!

Terbaru sempena dengan PRK di bagan Pinang,dengar khabar bahawa seruan jihad ke atas UMNO telah dikeluarkan oleh Tantawi kononnya kerana orang2 PAS telah diserang mencerminkan sikap JAHAT yang sudah terang-terang uboleh kucar kacirkan keadaan ummat yang telah sedia ada kusut!

Kononnya dikatakan bahawa beberapa orang PAS diserang oleh beratus orang UMNO dan ada sampai ditetak. Beberapa hari sebelum ini kita telah mendengar betapa ganasnya orang PAS terhadap pihak lawan. Benda ini bukan baru. Memang umum mengetahui terutama sekali di kampung-kampung, kebanyakan orang2 PAS memang terkenal dengan sikap bengis mereka yang selalu suka cari gaduh sahaja. Ada yang sampai bertumbuk di kedai kopi. Yang muda menyokong PAS nak menumbuk yang tua kerana mempertahankan BN.Kerana parti , budak kecil jadi 'kurang ajar' sama orang tua. Semua terjadi di depan mata saya sendiri. Inikah yang ajaran Islam oleh PAS????

kalau lah iya pun budak2 itu diserang, laporkan sahaja pada polis. Dan ketua ketua PAS haruslah menyuruh penyokong mereka supaya bertenang dan bersabar. Bukan mengajar mereka menjadi bughah(pemberontak) seterusnya mengeruhkan keadaan kesatuan umat Islam di Malaysia ini!!

Apabila orang orang UMNO diserang, ada tak pemimpin mereka meminta penyokong UMNO supaya berjihad dan menyerang orang2 PAS kembali? Apa yang saya lihat, mereka ini akan selalu meminta orang ramai supaya bertenang dan membiarkan kepada pihak berkuasa untuk bertindak!


Kisah-kisah sejarah Islam yang menyayat hati banyak yang boleh dijadikan teladan. Contohnya ketika Imam Hussein ,cucunda Nabi Muhammad SAW,hendak dibunuh. Beliau berusaha untuk tidak mencetuskan peperangan dan menyeru pihak lawan agar tidak berperang antara satu sama lain. Malah beliau turut menangis dan kasihan melihat keadaan pihak lawan yang akan dihisab perbuatan mereka kelak di akhirat kerana kezaliman yang mereka lakukan ke atas beliau dan keluarganya. Walaupun berdepan dengan pemerintahan yang korup, Imam Hussein tidak langsung memulakan apa apa pemberontakan sehinggalah mereka sendiri yang memaksa beliau berhadapan dengan pedang2 dan panah mereka.Setelah itu, ada kita lihat anaknya Imam Ali Zainal ABidin mengumpul orang untuk memberontak sebagai balasan apa yang terjadi ke atas ayahandanya dan keluarganya??? Tahu kenapa mereka lakukan ini semua?? Kerana untuk menyelamatkan ummah dan tidak mahu keadaan ummat Islam menjadi lebih parah dengan pecah belah dan berlawan antara satu sama lain!!!!!!!!!!!! Mereka tidak langsung mengambil kesempatan untuk menubuhkan parti atau kumpulan untuk bertindak melawan kerajaan yang korup pada ketika itu semuanya kerana hendak menjaga kesatuan Ummat Rasulullah!!!!!

Apa yang mereka ini semua lakukan? Mereka meneruskan misi berdakwah Rasulullah kepada Umat dan mendidik jiwa-jiwa yang dahagakan kasih sayang Allah dan Rasul mereka dengan cara berhikmah!Walaupun ada sahaja ahli keluarga mereka yg dibunuh atau diracun tetapi mereka tetap beristiqomah dengan menjalankan dakwah mereka tanpa melibatkan diri untuk memberontak dan mencetuskan huru hara...

Sebagai orang Islam yang berilmu, kita sepatutnya menjadi pendamai dan pendidik kepada anak anak Islam supaya masa depan kesatuan kita kembali kukuh dengan terlahirnya lebih ramai orang Islam yang ingin kembali kepada Allah dan Rasul.Bukan berpolitik macam shaitan dan iblis yang bertopengkan agama Islam!!!


Tak cukup dengan itu, dengar khabar ada tuan rumah dipukul akibat 'komplen' orang-orang PAS yg buka gerai di depan rumahnya menyebabkan jalan di terblock..Nak tanya sikit. Islam mana ajar supaya tidak hormat halaman rumah orang ni? Tahu tak kalau nak bersolat atas mana-mana tanah, kita kena pergi cari tuan tanah dan minta izin untuk solat atas tanah tersebut?? kalau tak sempat, bersolat dulu dan kemudian harus mencari tuan tanah untuk mendapatkan keizinan.Ini ajaran mulia Islam dalam menghormati hak orang lain. Kata PAS parti Islam.Habis kenapa kebanyakan pengikut PAS beraksi seperti orang yang tak tahu hukum hakam? Kalau sendiri pun dah berperangai teruk, macam mana orang lain nak hormat dan ikut???

Wahai umat Islam yang ikhlas, kembalilah kepada Allah dan Rasul dan bersatulah kita serapat-rapatnya seperti bersatunya kaum Muhajirin dan Ansar yang digeruni oleh musuh mereka dek kerana kasih sayang mereka yang tinggi antara sesama saudara!

5 comments:

poppiapap said...

PAS hanya "melacurkan" Islam demi kepentingan mereka. Fikiran mereka dipandu oleh syaitan kerana pemimpin utama mereka mengakui tidak mengapa walau pun berkawan dgn syaitan !!

Anonymous said...

ko kna fhm elok2 knyataan nik aziz tu bro.bukan kutuk ahli bait.Tapi,nak ajak syed habsye tu ikut pjuangan Islam,bukan dok kalut rebut projek dalam umno ja.Ahli bait bukan ma'sum,kna diteguq gak.'ala ra's wal 'ain,kita hormat ahli bait sebab kita sayang nabi ja.

Aku said...

salam anon,

kalau nik aziz nak main politik sekali pun, hentam saja individu terbabit. kenapa perlu babitkan keturunan semua? yg pak sedara dok tentang nabi tu bukan syed. kenape nik aziz dok borong cakap kaum syed ni yg penyebab perpecahan ummah?? kalau bercakap tu fikir dulu baru cakap.bukan cakap lepas tu baru berfikir.

dah tu dengan bongkaknya claim diri dia yg dok tolong tok nenek syed ni semua iaitu nabi muhammad..tak pernah aku jumpa ulamak yg begitu riak mengaku bahawa dia dah membantu rasulullah seolah olah dah banyak jasanya terhadap rasulullah. sedangkan imam ali selalu mengatakan bahawa beliau ialah hamba kepada rasulullah tetapi Nik aziz dengan bangga dan riaknya mengaku seolah olah dah banyak membantu nabi Muhammad!

suruh Nik aziz mu tutup mulut dia sikit. jangan cakap banyak. Apabila bercakap banyak, banyak pekung di dada akan dibuka. Orang yg bercakap banyak , selalunya akan tersilap langkah dan terbelit belit lidah dia nanti .akhirnya diri sendiri difitnah kerana perkataan sendiri.

Aku said...

lagi satu..siapa cakap ahlulbait x boleh ditegur.. tapi nak tegur pun ada adabnya hatta dengan orang biasa pun.. tok guru mu tu asyik ikut sedap lidah dia membantai orang sampai mengelirukan orang ramai dengan kata kata dia yg x masuk akal sesetengah golongan.. jadi ulama untuk mudah fahamkan islam,, tapi tok guru mu buatkan orang lebih payah nak faham islam dengan lidahnya tu..bukan aku tak tahu siapa nik aziz tu sebenarnya dari muda dia.. tapi malas nak cakap banyak.. suruh dia diam diam sikit sebelum banyak lagi skandal akan timbul balik kpda diri dia kalau masih nak fikir diri dia betul 24 jam!

bakmai said...

Ada tanda2 Allah swt dh mula tunjukkan kpd kita balasanNYA kpd umatnya yg berperanan besar dalam salahgunakan agama, mengadudomba dan memecahkan perpaduan islam..akan dtg tanda2 itu akan bertambah lebih jelas lg.

Ulamak setahu aku, bukan begini sifat, perwatakan, percakapan dan tingkah lakunya.