Assalamualaikum
Saya memang malu sungguh dengan orang-orang yang memang tak reti bahasa dan suka mencari isu-isu bodoh untuk memfitnah orang lain! Biarlah kes perbicaraan antara Saiful-Anwar diteruskan tanpa sebarang provokasi bodoh! Ini tidak. sampai tanda di dahi saudara saiful pun nak di isukan. contohnya seperti yang ditulis oleh blog 'Gelagat Anwar'
Seorang ahli keluarga Anwar mengatakan, ‘hitam di dahi’ Saiful bukannya kerana sembahyang; tetapi kerana ’selalu menonggeng’ untuk dijuburi. Ini statement dalam galeri awam. Keluarga dan rakan akrab Anwar Ibrahim.
Apa hak mereka untuk menilai ibadat dan iman seseorang?Sedangkan para malaikat pun tidak dapat mengetahui akan keikhlasan seseorang tetapi hanya milik Allah, inikan pula kita manusia biasa yang ntah apa apa ??
Biar saya petik antara ulasan dari website ustaz zaharuddin yang ada mengulas pasal hal-tanda di dahi ini..Antaranya:
Imam Fakhruddin Al-Razi menyatakan terdapat dua pendapat dalam mentafsirkan tanda ini ( At-Tafsir Al-Kabir, 28/93 ) :-
Pertama : Tanda itu akan ternampak di akhirat kelak sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 106 " Di hari yang Allah memutih dan menggelapkan wajah" dan juga dari surah At-Tahrim ayat 8.
Kedua : Tanda ini akan terzahir di dunia lagi. Terdapat dua kemungkinan yang disebut,
a) Bekas sujud ini adalah tanda hitam di dahi. Namun perlu diingat ada sebahagiannya memang hitam kerana banyaknya sujud, namun banyak sujud belum tentu diterima solatnya. Manakala ada yang hitam sebab-sebab lain.
Justeru secara umumnya, tanda hitam di dahi, boleh membawa erti tanda sujud yang banyak dan lainnya. Jika tanda sujud itu diiringi dengan sifat-sifat mahmudah dirinya dan wajahnya yang menepati ciri kedua di bawah, lalu ia kemungkinan besar tanda yang benar.
b) Satu tanda yang Allah zahirkan di wajah orang yang sujud dari raut yang bercahaya, kelihatan tenang dan menyenangkan. Tanda inilah yang disebut terdapat pada wajah baginda Nabi, para sahabat dan lain-lain ulama.
Biarlah Allah sahaja yang mengetahui rahsia tanda di dahi saiful dan wajahnya yang tenang dan menyenangkan..jangan juga kita lupa para-para anbiya' dan awliya' yang suka beribadat sampaikan kehitaman dan bengkak anggota badan mereka..
Jika tanda di dahi Saiful itu ialah tanda benar di sisi Allah, adakah orang-orang yang memfitnahnya sanggup berhadapan dengan azab Allah di akhirat kelak? Jagalah lidah kita. Banyak fitnah berleluasa di kalangan masyarakat Islam di akhir zaman ini. Seperti makanan ringan pula. Hendak dikunyah selalu sahaja!
Hakikatnya Allah sudah pasti menunjukkan bukti juga ke atas wajah orang-orang yang bersalah. Bagaimana? Tepuk dada tanyalah iman sendiri! Tetapi jangan sesekali kita sewenang-wenangnya menuduh orang tersebut dengan tuduhan yang jelek dan jijik tanpa dibuktikan terlebih dahulu. Kalian boleh saksikan sendiri bukti Allah tersebut tetapi jangan babitkan dengan benda-benda yang tak berkenaan dan boleh merosakkan masa depan akhirat kita!
Ajib sekali mereka ini apabila sebelum habis kes liwat dibicarakan,sungguh berani mereka terlebih dahulu menjatuhkan hukuman bahawa saudara saiful pembohong manakala Anwar benar. Apakah kalian benar-benar orang Islam? Jika benar kalian orang Islam, contohilah sikap Amirul Mukminiin Sayyidina Ali karamallahu wajhah yang masuk ke mahkamah untuk dibicarakan terlebih dahulu dan terima kekalahannya dengan redho walaupun beliau tahu akan kebenaran pendakwaannya dan akhirnya kisah ditutup dengan pengislaman si yahudi yang mencuri baju besinya .Tak bolehkah penyokong-penyokong Anwar menasihatinya supaya lakukan yang sedemikian juga jika mulia sangat pemimpin kalian itu di mata kalian?