Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Thursday, February 4, 2010

Tanda di dahi Saiful pun nak diiisukan? Astaghfirullah..

Bismillah

Assalamualaikum


Saya memang malu sungguh dengan orang-orang yang memang tak reti bahasa dan suka mencari isu-isu bodoh untuk memfitnah orang lain! Biarlah kes perbicaraan antara Saiful-Anwar diteruskan tanpa sebarang provokasi bodoh! Ini tidak. sampai tanda di dahi saudara saiful pun nak di isukan. contohnya seperti yang ditulis oleh blog 'Gelagat Anwar'

Seorang ahli keluarga Anwar mengatakan, ‘hitam di dahi’ Saiful bukannya kerana sembahyang; tetapi kerana ’selalu menonggeng’ untuk dijuburi. Ini statement dalam galeri awam. Keluarga dan rakan akrab Anwar Ibrahim.


Apa hak mereka untuk menilai ibadat dan iman seseorang?Sedangkan para malaikat pun tidak dapat mengetahui akan keikhlasan seseorang tetapi hanya milik Allah, inikan pula kita manusia biasa yang ntah apa apa ??




Biar saya petik antara ulasan dari website ustaz zaharuddin yang ada mengulas pasal hal-tanda di dahi ini..Antaranya:

Imam Fakhruddin Al-Razi menyatakan terdapat dua pendapat dalam mentafsirkan tanda ini ( At-Tafsir Al-Kabir, 28/93 ) :-

Pertama : Tanda itu akan ternampak di akhirat kelak sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 106 " Di hari yang Allah memutih dan menggelapkan wajah" dan juga dari surah At-Tahrim ayat 8.

Kedua : Tanda ini akan terzahir di dunia lagi. Terdapat dua kemungkinan yang disebut,

a) Bekas sujud ini adalah tanda hitam di dahi. Namun perlu diingat ada sebahagiannya memang hitam kerana banyaknya sujud, namun banyak sujud belum tentu diterima solatnya. Manakala ada yang hitam sebab-sebab lain.

Justeru secara umumnya, tanda hitam di dahi, boleh membawa erti tanda sujud yang banyak dan lainnya. Jika tanda sujud itu diiringi dengan sifat-sifat mahmudah dirinya dan wajahnya yang menepati ciri kedua di bawah, lalu ia kemungkinan besar tanda yang benar.

b) Satu tanda yang Allah zahirkan di wajah orang yang sujud dari raut yang bercahaya, kelihatan tenang dan menyenangkan. Tanda inilah yang disebut terdapat pada wajah baginda Nabi, para sahabat dan lain-lain ulama.



Biarlah Allah sahaja yang mengetahui rahsia tanda di dahi saiful dan wajahnya yang tenang dan menyenangkan..jangan juga kita lupa para-para anbiya' dan awliya' yang suka beribadat sampaikan kehitaman dan bengkak anggota badan mereka..

Jika tanda di dahi Saiful itu ialah tanda benar di sisi Allah, adakah orang-orang yang memfitnahnya sanggup berhadapan dengan azab Allah di akhirat kelak? Jagalah lidah kita. Banyak fitnah berleluasa di kalangan masyarakat Islam di akhir zaman ini. Seperti makanan ringan pula. Hendak dikunyah selalu sahaja!


Hakikatnya Allah sudah pasti menunjukkan bukti juga ke atas wajah orang-orang yang bersalah. Bagaimana? Tepuk dada tanyalah iman sendiri! Tetapi jangan sesekali kita sewenang-wenangnya menuduh orang tersebut dengan tuduhan yang jelek dan jijik tanpa dibuktikan terlebih dahulu. Kalian boleh saksikan sendiri bukti Allah tersebut tetapi jangan babitkan dengan benda-benda yang tak berkenaan dan boleh merosakkan masa depan akhirat kita!

Ajib sekali mereka ini apabila sebelum habis kes liwat dibicarakan,sungguh berani mereka terlebih dahulu menjatuhkan hukuman bahawa saudara saiful pembohong manakala Anwar benar. Apakah kalian benar-benar orang Islam? Jika benar kalian orang Islam, contohilah sikap Amirul Mukminiin Sayyidina Ali karamallahu wajhah yang masuk ke mahkamah untuk dibicarakan terlebih dahulu dan terima kekalahannya dengan redho walaupun beliau tahu akan kebenaran pendakwaannya dan akhirnya kisah ditutup dengan pengislaman si yahudi yang mencuri baju besinya .Tak bolehkah penyokong-penyokong Anwar menasihatinya supaya lakukan yang sedemikian juga jika mulia sangat pemimpin kalian itu di mata kalian?





11 comments:

AbgTuah said...

SALAM AKU YANG SELALU ABGTUAH HORMATI SEDARI DULU LAGI

TELEBIH DAHULU ABGTUAH MEMOHON MAAF KERANA TERSILAP SANGKA DI BLOG PERISIK RAKYAT..

JAHAT BETUL SI PENYAMAR PENGADU DOMBA TERSEBUT..

MUNGKIN DIA KETAWA GIRANG KERANA TELAH BERJAYA MENGUJUDKAN KONFLIK DIANTARA KITA..

JADI SEKALI LAGI MAAFKAN ABGTUAH..DAN ABGTUAH AKAN CUBA CARI DAN DELETE KOMEN ABGTUAH TERSEBUT

TENTANG TANDA DIDAHI SAIFUL TU SEMEMANGNYA ABGTUAH NAMPAK PERASAN..

SEMEMANGNYA DIA TELAH BERTAUBAT DAN ITULAH TANDA SAIFUL TELAH MENGERJAKAN SOLAT YG WAJIB DAN SUNAT SEPANJANG SETAHUN SETENGAH INI.

BETAPA JAHATNYA HATI MEREKA-MEREKA YG TELAH MENUDUH TANDA DIDAHI SAIFUL HASIL KERJA MAKSIAT..

WASSALAM..

Aku said...

wsalam abg tuah,

tidak mengapa.. abg tuah tidak bersalah kerana ini semua ialah tanggungjawab si pengadu fitnah tersebut.. biarlah dia tanggung esok ni di akhirat akibat daripada sikapnya yg tak habis habis mahu memperlagakan sesama islam dan bangsa walaupun hanya di internet.. tetapi fitnah tetap fitnah di mata Allah..

benar abg tuah, bagi pendapat peribadi, saiful merupakan anak yg baik dan lembut jiwanya..tetapi kagum dengan sikapnya yg berani untuk berdiri dan menegakkan kebenaran bagi maruah dirinya dan keluarga..dan bukan senang nak angkat sumpah melaknat diri dan keturunan hingga kiamat.hanya org yg kafir dan kufur terhadap Allah sahaja yg berani buat sedemikian untuk menutup kebohongan mereka tetapi dibalas oleh Allah di dunia lagi.. sejak itulah saya pernah melancarkan kempen 'supporting saiful' setahun setengah yg lalu disebabkan tiada ruang keadilan diberikan pada awalnya kepada saudara saiful malah kutukan dan cacian tanpa mendengar dan melihat bukti bukti yg saiful ada untuk dakwaannya tersebut..hanya sedikit org sahaja yg berani memberi semangat..

sekarang ini alhamdulillah..kelihatan lebih ramai memberi ruang dan peluang buat saiful membuktikan kebenarannya dan malah ada yg sudah percaya bahawa Saiful di pihak benar.

apa apa pun Allah Mengetahui selebihnya.. hakikatnya Allah sentiasa bersama-sama orang yang benar.. dan sama-sama kita berdoa buat saudara Saiful untuk keadilan buat dirinya di dunia dan akhirat Inshallah ameen..

Anonymous said...

SYUKUR...
Sebesar mana..
Sebanyak mana..
Dosa-dosa umat Nabi Muhammad s.a.w.

Tetap diampun oleh Allah Yang Maha Pengampun selagi hambanya sentiasa bertaubat.

Saiful...
kamu pernah melanggar perintah Allah.
Kini kamu sudah bertaubat.
InsyaAllah segala dosaMu tetap diampun oleh Allah.

Hal ini bersesuaian dengan janji Allah kepada Umat Manusia yang sentiasa bertaubat.

Khas untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Langit tu tinggi,
Bumi tempat kita sujud kepada Allah.
Dalam bumi-Tempat Jenazah dikebumikan.


"Buah Cempedak, Buah Nangka"
'Jangan suka buruk sangka'


Adam Amin
Jerlun, Kedah

Anonymous said...

sy tak sampai ati nak kata dahi si saiful tu hitam akibat menonggeng,tp untuk perbandingan,dahi seorang ulama yg banyak bersujud pun tak hitam macam saiful.

min aina ila aina said...

persoalan anda selalunya berkisar pada perkataan 'jika' dan 'kalau'. ini membuka ruang syaiton..na'uzubillah hi min thalik...

Anonymous said...

Perancangan DAP disebalik pembelaan Anwar oleh Karpal Singh ?

Aku said...

salam,

min aina ila aina,

banyak ulama2 yg menulis kitab sering menggunakan jika dan kalau dalam penulisan atau pendapat mereka.. so jangan la nak cari isu yg mcm ni untuk di bahaskan.. jika dan kalau saya ialah berdasarkan fakta dan hujah dan nasihat.. supaya kita dapat membezakan keadilan dan kebathilan yg hakiki..


anon,

jangan la berburuk sangka.. kamu ini taraf Tuhan ke nak bandingkan tanda hitam di dahi saiful itu? biarkan keikhlasan tanda itu dijudge oleh Allah kerana sesungguhnya para malaikat pun tak dapat nak adili keikhlasan seseorang tetapi hanya Allah..

sepat benua said...

Apa nak hairan kan itu antara Saiful dgn allah lagi pun Saifulkan dan bersumpah dengan nama allah,dan allah telah tunjukkan tanda tanda kebesaran nya itu baru sikit ja tu banyak lagi tanda tanda yang akan allah tunjukan tunggu saja ringan atau berat kena tanggung sendiri lah.

Malaysian Search said...

Salam perkenalan

Malaysian Search

http://ttsearch.co.cc/search.php?query=Zulkifli+Noordin&type=and&search=1

Anonymous said...

dah lari tune korang ni..

Fakeh said...

KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah