Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Tuesday, February 2, 2010

Alhamdulillah akhirnya perbicaraan Saiful-Anwar akan berlangsung esok!

Bismillah


Assalamualaikum


Akhirnya penantian dan kesabaran saudara Saiful berbuah apabila mahkamah menetapkan perbicaraan akan diteruskan esok ,Rabu,pada 2.30 petang, setelah menolak permohonan si Anwar Ibrahim untuk bertangguh lagi!Diharap prosiding perbicaraan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan !

Apa yang penting , keadilan Allah sentiasa berpihak kepada yang ikhlas dan benar untuk menegakkan yang hak! Dan bagi orang yang mahukan hak, mereka tidak akan membuang waktu untuk membuktikan kebenaran diri mereka.Ini yang dapat saya lihat pada diri saudara Saiful yang begitu teruja dan beriya-iya untuk ke mahkamah membuktikan kebenaran dakwaannya tetapi ajaib sekali apabila pihak yang lagi satu beriya-iya pula untuk menangguhkan proses membela diri.

Dan hairan sekali hingga kini masih ada orang yang asyik menuduh saudara Saiful sepatutnya membawa 4 orang saksi walaupun telah berkali-kali di terangkan oleh pelbagai lapisan masyarakat bahawa 4 orang saksi itu diperlukan apabila ada pihak ketiga yang menuduh dua orang berzina. Inilah kecantikkan Islam. Dan ini juga menunjukkan bahawa bukan senang atau seperti meneguk air sahaja apabila mahu menjalankan hukum hudud ke atas penzina. Sebaliknya jika penuduh didapati berbohong, dia pula yang akan dikenakan hukuman.

TETAPI, jika seseorang datang dan mendakwa bahawa dirinya dirogol, 4 saksi tidak akan diminta sebaliknya bahan-bahan yang boleh dijalankan sebagai bahan bukti akan digunakan untuk mengadili dakwaan mangsa rogol.Buka kisah di zaman para khulafa' Al Rashideen contohnya, di mana terdapat satu kes seorang perempuan mendakwa dirogol tetapi dia tidak diminta pula untuk mendatangkan 4 saksi sebaliknya bahan yang dijadikan bukti di analisakan hingga terbukti bahawa perempuan itu berbohong dan sengaja perangkap lelaki yang dituduh. Inilah keadilan Islam sebenar. Bukan seperti yang diputar-belitkan oleh musuh-musuh islam dan orang-orang Islam jahil .

Sebagai orang Islam, apabila datang sesuatu perkara. Hendaklah diselidiki hingga ke akar umbi. Ruang keadilan seharusnya di beri kepada kedua-kedua pihak untuk membela hujah dan dakwaan masing-masing. Bukan asyik menangguh dan menuduh tanpa bermula lagi proses mempersembahkan bukti bukti yang terlibat!

Setakat ini, pendapat peribadi saya, tampak keikhlasan di jia saudara Saiful untuk menegakkan keadilan buat dirinya. Sesungguhnya mati dalam mempertahankan diri juga merupakan syahid. Sabda Rasulullah SAW:

Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda: “Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan hartanya ialah syahid, Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan dirinya ialah syahid, Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan agamanya ialah syahid, dan sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan keluarganya ialah syahid.” (Riwayat Imam Ahmad dan Ibn Hibban)


Kepada saudara Saiful, tabahkan diri dan kuatkan semangat untuk berjuang mempertahankan diri dan maruah saudara. Semoga Allah akan membantu saudara Insyallah dan kepada Anwar Ibrahim, jika anda benar tidak melakukan seperti yang didakwa, sila patahkan hujah dan bukti bukti yang di bawa di mahkamah Jangan asyik nak bertangguh saja. Ini hanya akan memburukkan lagi keadaan yang sudah ada.Takkan tak percaya kepada Allah yang sentiasa membantu orang-orang yang teraniaya?

ps: sudah sudah lah dengan taktik menangguh. Harap sangat esok si karpal Singh tak berjaya untuk tangguhkan lagi kes. Semua rakyat dah tak sabar nak ikuti kes perbicaraan Saiful-Anwar ni!

7 comments:

Frodo Baggins said...

>>___<<

Allah bersama org2 yg benar ..

Aku said...

salam,

benar bro, indeed Allah sentiasa bersama-sama orang yang benar

Anonymous said...

KEBENARAN AKAN MUNCUL..
CUMA MASA YANG MENENTUKAN..

LIDAH MANUSIA LEBIH LUNAK MEMBOHONGI FAKTA DARIPADA MENCARI KEBENARAN.

TEGUHKAN HATI-MU SAIFUL DAN SENTIASA BERTAUBAT SUPAYA "Kesilapan Lalu diampun oleh Allah yang MAHA PENGAMPUN"

Buktikan kebenaranMU ANWAR, jika kamu benar.

AKU YAKIN YANG BERSALAH AKAN DIHUKUM DAN YANG TERINANYA AKAN MENDAPAT PENGAJARAN.

Adam Amin,
Kg Jerlun,
Kedah

papa said...

mari kita berdoa kepada allah supaya perjalanan perbicaraan adik saiful dan anuar berjalan dengan lancar dan adil.

syarifah 'addawiya said...

marilah kita bersama-sama berdoa agar anwar dan saiful bertaubat dan menjadi hamba yg soleh dan memimpin malaysia yg tercinta ini dgn ridho allah. Itulah yg sebetulnya..Amin. Daripada kita melagakan mereka...

kmu warrior said...

wah..wah..wah.. sejak bila pulak ko anti anwar nih? kau ni betul-betul hamPAS,liPAS. Kat blog org lain semacam je kau maki,kau ni hidup dalam 2 alam ke?

Aku said...

salam,

kmu warrior. saya tidak akan balas apa apa tetapi ini tataplah benda kat bawah ini puas puas khas buat anda daripada saya..:

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)