Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Sunday, November 22, 2009

Tuan Guru Abdullah- Kenyataan Nik Aziz lebih bersifatkan aliran Wahabi?

Nik Aziz sudah terlalu takbur

TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.

''Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.

"Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.

"Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.

Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.

Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.

Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.

"Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am," katanya.

"Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.

"Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita," katanya.

Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.

Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.

"Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.

"Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.

"Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,'' ujarnya.


Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.


klik sini


Bismillah

Assalamualaikum

SOKONG tuan Guru Haji LAh!!

Kita tentang habis habisan golongan yang pernah diucapkan oleh Sheikh Abdullah fahem sebagai:

""Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu.""

""Tuan - tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum - hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk - buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.""

-SHEIKH ABDULLAH FAHIM



23 comments:

Anonymous said...

jika benar wahabi tu sesat dan yang membawa ajaran wahabi tu sesat...sila tangkap dan dakwa serta haramkan pertubuhan/gerakannya sebagaimana al-arqam, rasul melayu, ayah pin sebagainya...
kenapa kerajaan yang ada majlis fatwa,pusat islam, JAKIM, Yadim tak haram mereka ini dan sumbat mereka dalam longkap?

semua kamu ini menjadi penfitnah jika berita dan iktikad mereka tidak betul dengan apa yang kamu sangka dan tuduh.

Ahmad Naqiuddin said...

sokong2!!

Aku said...

salam saudara ahmad naqiuddin,

terima kasih kerana sudi melawat blog saya yg tak seberapa ini..

Aku said...

salam,

anon'

semua kamu ini sang wahabi dan penyokong wahabi menjadi penfitnah jika berita dan iktikad kami ASWJ tidak betul dengan apa yang kamu sangka dan tuduh kami sebagai pembiadaah sesat , menghalalkan bunuh sesama islam, mengkafirkan sesama muslim.paham?!
klau dah gedik sangat nak jadi wahabi, siapa pedulik.lantak ko lah. pergi belajar diulu dengan otak yg tak bias kenapa ulama dan para awliya2 aswj menentang habis habisan aliran wahabi yg suka sangat mengkafirkan orang lain paham?!

maaf bahasa terkasar tetapi kalau org yg datang dengan sombong, aku balas dgn sombong.

Anonymous said...

Kah kah kah 100 x. Aku sokong je si aku ni. Bg dia riak sikit..


Adam Ahmad
Changlun,kedah.

Musafir Kelana said...

semua kamu ini sang wahabi dan penyokong wahabi menjadi penfitnah jika berita dan iktikad kami ASWJ tidak betul dengan apa yang kamu sangka dan tuduh kami sebagai pembiadaah sesat , menghalalkan bunuh sesama islam, mengkafirkan sesama muslim.paham?!

ini ke perangai ASWJ?nabi tak ajar macam tu pun?

kesian korang yang saling bergaduh pasal iktikad.
iktikad ASWJ - tp perbuatan tak sama dgn iktikad
iktikad wahabi - tp perangai tak sama dengan iktikad
mana satu yang perlu diikut?

spt mesej yg pertama saya di atas, saya juga beriktikad "ASWJ" tp kamu menuduh saya wahabi..so siapa yg benar dan siapa yg perlu JADI PENGHUKUM?????????????????????????..sile ke blog catatanhamba.blogspot.com

Aku said...

salam,

kpd yg suka menyamar dan gelak besar kah kah..iaitu ANON dan org changlun aku pedulik apa ko nak menyamar ke, ko nak jadi sesumpah ke ini blog aku.. suka hati aku nak tulis apa pun.. kalau tak suka ko boleh blah dan aku pun x perlukan komen2 org penipu mcm ko.. ingat aku bulur sangat nak komen..aku menulis pandangan aku...bukan nak komen pun..paham?! kalau ko komen menipu, itu aku biarkan kpd Allah yg judge ko..paham?sekian..

kpd al fakir,

saya tak ada masa nak tahu siapa anda.. kalau saudara teringin sangat nak defend wahabi yg suka bikin kacau dan havoc dalam komuniti ummah, pergi saja ke blog lain..atau blog asri ke.. kenapa terasa sangat bila org komen balik pasaipa yg hang tulis tentang wahabi? kenapa sewenang2 hang nak tuduh org fitnah walhal si wahabi yg suka membunuh sesmama islam dan menyesatkan sesama islam serta mengkafirkan sesama islam hang tak sibuk nak tegur dan cakap yg mereka sebenarnya melakukan fitnah terhadap ummat nabi?

jgn jadi bias ok? ada aku tahu siapa ko sebelum ni? komen kamu menuduh aswj yg menentang puak wahabi yg suka mengkafirkan dan membidaahkan org lain sebagai anonymous, ingat org boleh tahu ke ko sapa? lain kali nak komen sila komen pakai nick asal. paham?


rupa rupanya banyak penyokong pas yg suka menyamar jadi sesumpah apabila komen dalam blog org.. hampeh..

Aku said...

lagi satu, yg cakap sesat tu semua bukan aku paham? yg cakap akidah wahabi sesat antara ulama2 besar aswj.. so ko boleh tulis buku balik lawan hujah mereka dan tegurlah ulama2 besar tersebut..


bagi aku kalau ko atau aku atau sesiapa yg nak jadi wahabi ke, syiah ke sunni ke, itu pilihan masing2,,, tapi yg aku geram ialah apabila ada puak puak yg suka buat kacau dengan group lain menuduh org dan kafirkan org etc.. paham?tapi bila org cakap dia org sesat, amboi bukan main lompat lagi ekk?

Bila wahabi serang kami, orang seperti kamu semua diam, Bila kami serang wahabi, dikatakan pulak pulak pemfitnah..

KESIMPULAN DARI KENYATAAN KAMU YG BOLEH SAYA FAHAMI IALAH ulama seperti sheikh abdullah fahem, para habaib, Syaikh `Utsman Jalaluddin,Tok kenali,DAN RAMAI LAGI ULAMA BESAR aswj BESAR merupakan PEMFITNAH BAGI KAMU HANYA KERANA MEREKA MENGELUARKAN FATWA SESAT TERHADAP WAHABI? BEGITU BUKAN?

Aku said...

BERIKUT AKU PASTE UNTUK KO ANTARA KITAB2 ULAMA ASWJ YG MENOLAK FAHAMAN WAHABI YG ENGKAU KATAKAN MEREKA PEMFITNAH JIKA IKTIKAD WAHABI BENAR;

# Fasl al-Khitab fi Radd ‘ala Muhammad ibn Abdil Wahhab oleh Syaikh Sulaiman ibn Abdil Wahhab. Inilah merupakan kitab yang pertama yang menolak fahaman Wahhabi yang ditulis oleh saudara kandung pengasas fahaman Wahhabi.

# As-Sowa’qul Ilahiyyah fi Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Syaikh Sulaiman ibn ‘Abdul Wahhab al-Najdi

# Fitnah al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan (kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaluddin ar-Rembawi)

# Ad-Durarus Saniyah fi al-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan (kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu, maaflah ambo lupa tajuknya)

# Khulasatul Kalam fi Bayani 'Umara` al-Balad al-Haram karangan al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan

# Saif al-Jabbar oleh Syaikh Fadhlur Rasul

# Al-Aqwal al-Mardiyyah fi al-Radd 'ala al-Wahhabiyyah oleh al-Syaikh al-Faqih 'Atha' al-Kasam al-Dimashqi al-Hanafi

# Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Sholeh al-Kuwaisy al-Tunisi

# Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Abu Hafs Umar al-Mahjub

# Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Muhammad Sholeh al-Zamzami al-Syafie

# Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Ibrahim ibn Abdul Qadir al-Tarabulasi al-Riyahi al-Tunisi

# Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Mufti Madinah Zubir di Bashrah - Syaikh Abdul Muhsin al-Asyniqiri al-Hanbali

# Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Mufti Fez - Syaikh al-Makhdum al-Mahdi

# Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Qadhi Jamaa’ah di Maghribi - Syaikh Ibn Kiran

# Ar-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh Syaikhul Islam Tunisia- Syaikh Ismail al-Tamimi al-Maliki

# Ar-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh Syaikh Ahmad al-Misri al-Ahsa’i

# Ar-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh al-‘Allamah Barakat al-Syafie al-Ahmadi al-Makki

# Ar-Radd ‘ala Muhmmaad ibn Abdil Wahhab karangan Muhammad ibn Sulaiman al-Kurdi asy-Syafie, guru dan syaikh bagi Ibn ‘Abdul Wahhab. Disebut oleh Ibnu Marzuq asy-Syafie: Syaikhnya ini telah berfirasat bahwa dia akan menjadi orang yang sesat dan meyesatkan seperti mana firasat syaikhnya Muhammad Hayat as-Sindi dan dan ayahnya [ayahnya Muhammad ibn ‘Abdul Wahhab].

# At-Taudhih ‘ala Tauhid al-Khallaq fi Jawab Ahli al-Iraq ‘ala Muhammad ibn ‘Abdul Wahhab karangan Syaikh ‘Abdullah Affendi al-Rawi

# Al-Haqiqah al-Islamiyah fi ar-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Abdul Ghani ibn Sholeh Hamadah.

# Ad-Dalil Kafi fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabi oleh Syaikh Misbah ibn Muhamad Syabqalu al-Beiruti

# Radd Muhtar ‘ala Durr al-Mukhtar oleh Ibn ‘Abidin al-Hanafi al-Dimasyqi

# Al-Haq al-Mubin fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyin oleh Syaikh Ahmad Sa’id al-Faruqi al-Sirhindi al-Naqsyabandi


# Al-Haqaiq al-Islamiyah fi Radd ‘ala Maza’im al-Wahhabiyyah bi Adillah al-Kitab wa al-Sunnah al-Nabawiyyah oleh Syaikh Malik ibn Syaikh Mahmud.

Aku said...

Misbah al-Anam wa Jala-uz-Zhalam fi Raddi Syubah al-Bid’i an-Najdi Allati Adhalla biha al-‘Awwam oleh al-‘Allamah al-Habib ‘Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Quthubul Irsyad al-Habib ‘Abdullah bin ‘alwi al-Haddad. Di dalam kitab ini, pada halaman 3, beliau berkata bahawa kesesatan Muhammad bin 'Abdul Wahhab telah disampaikan oleh ramai ulama secara tawatur dalam tulisan-tulisan mereka daripada orang-orang yang tsiqah dari kalangan ulama-ul-akhyar (terpilih) dan selain mereka, yang telah melihat dengan matanya sendiri dan mendengar dengan telinganya sendiri akan kesesatan Muhammad bin 'Abdul Wahhab dan pengikut-pengikutnya dan juga dari tulisan-tulisan, perkataan, perbuatan dan perintah Muhammad bin Abdul Wahhab dan pengikut-pengikutnya. Pada halaman 15, al-Habib berkata: Aku telah diberitahu oleh seorang tua yang bersinar wajahnya kerana kesholehannya dan sudah melebihi 80 tahun umurnya, salah seorang pemuka kita keluarga Abu 'Alawi yang lahir dan membesar di Makkah dan kerap berulang alik ke Madinah. Nama beliau Musa bin Hasan bin Ahmad al-'Alawi berketurunan Sayyidina 'Uqail bin Salim, saudara Sayyidina Quthubus-Syahir asy-Syaikhul Kabir Abu Bakar bin Salim. Beliau berkata:- "Aku dahulu berada di Madinah belajar kepada asy-Syaikh Muhammad Hayat (as-Sindi al-Madani). Muhammad bin 'Abdul Wahhab juga berulang-alik ke majlis Syaikh Muhammad Hayat seperti murid-murid lainnya. Aku mendengar daripada orang-orang sholeh dan ulama, sebagai kasyaf daripada mereka, firasat mereka mengenai Muhammad bin 'Abdul Wahhab di mana mereka menyatakan bahawa dia akan sesat dan menyesatkan Allah dengannya orang yang dijauhkan dari rahmatNya dan yang dibinasakanNya"
An-Nuqul as-Syar’iyyah fi Raddi ‘alal Wahhabiyyah oleh Hasan ibn ‘Umar ibn Ma’ruf as-Shatti al-Hanbali
Nasiha li Ikhwanina Ulama Najd oleh as-Sayyid Yusuf ibn Sayyid Hasyim ar-Rifaie
Tahakkum al-Muqallidin bi Mudda`i Tajdid ad-Din karangan Syaikh Muhammad bin 'Abdur Rahman bin 'Afaliq al-Hanbali, seorang ulama yang sezaman dengan Muhammad ibn Abdul Wahhab dan telah mencabar keilmuannya sehingga Ibnu 'Abdul Wahhab membisu seribu bahasa
Saiful Jihad li Mudda`i al-Ijtihad karangan Syaikh 'Abdullah bin 'Abdul Lathif asy-Syafi`i
Tarikh al-Wahhabiyyah oleh Ayyub Sabri Pasha (meninggal dunia tahun 1308H/1890M). Beliau adalah merupakan Laksamana Armada Laut di zaman pemerintahan Sultan ‘Abdul Hamid Khan II. Kitab karangan beliau ini menceritakan tentang Wahhabi secara terpeinci. Sebahagian kandungan kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan tajuk Faham Wahhabi dan Penyelewengannya. Beliau juga merupakan pengarang kitab Mir’ah al-Haramain
Faydul Wahhab fi Bayan Ahl al-Haq wa Man Dhalla 'an ash-Shawab karangan Syaikh 'Abdur Rabbih bin Sulaiman asy-Syafi`i
As-Sarim al-Hindi fi 'Unuqin-Najdi karangan Syaikh 'Atha` al-Makki;
As-Sarim al-Hindi fi Ibanat Tariqat asy-Syaikh an-Najdi karangan Syaikh 'Abdullah bin 'Isa bin Muhammad as-San`ani
Al-Basha`ir li Munkiri at-Tawassul ka Amtsal Muhammad ibn Abdul Wahhab karangan Syaikh Hamd-Allah ad-Dajwi
Risalah Irsyadul Jaawiyyin ila Sabilil 'Ulama-il-'Aamiliin karangan Tuan Guru Haji 'Abdul Qadir bin Haji Wangah bin 'Abdul Lathif bin 'Utsman al-Fathoni
Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar al-Asy’ari [pelopor fahaman Wahabi di Perlis] karangan Syaikh Abdul Qadir bin ‘Abdul Muthalib al-Mandili
Tajrid Saif al-Jihad li Mudda’I al-Ijtihad karangan Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul Lathif asy-Syafie. Beliau menolak pendapat Muhammad bin ‘Abdul Wahhab ketika hayatnya.
Al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab karangan Syaikh Abdul Qadir bin ‘Abdul Muthalib al-Mandili
Kitab Senjata Syari'at karangan Ustaz Abu Zahidah bin Haji Sulaiman dan Abu Qani'ah Haji Harun bin Muhammad as-Shamadi al-Kalantani. Kitab ini telah ditaqridz oleh Syaikh 'Abdullah Fahim, Tuan Guru Haji Ahmad bin Tuan Hussin Kedah dan Tuan Guru Haji 'Abdurrahman Merbuk, Kedah.

Aku said...

Al-Fajr ash-Shodiq fi al-Radd ‘ala al-Maariq karangan Syaikh Jamil Affendi Shodiqi az-Zuhawi.
Al-Ushul al-Arba’ah fi Tardid al-Wahhabiyyah/ Al-‘Aqaid as-Shohihah fi Tardid al-Wahhabiyyah karangan Muhammad Hasan, Shohib al-Sirhindi al-Mujaddidi.
Al-Awraq al-Baghdadiyyah fi al-Jawabat an-Najdiyyah karangan Syaikh Ibrahim ar-Rawi al-Baghdadi.
Al-Bara’ah min al-Ikhtilaf fi ar-Radd ‘ala Ahli asy-Syiqaq wa an-Nifaq wa ar-Radd ‘ala Firqah al-Wahhabiyyah al-Dhallah karangan Syaikh Zainul ‘Abidin as-Sudani.
Al-Barahin as-Sati’ah karangan Syaikh Salamah al-‘Azzami
Risalah fi Ta’yid Madzhab as-Sufiyyah wa ar-Radd ‘ala al-Mu’taridhin ‘Alaihim karangan Syaikh Salamah al-‘Azzami
Risalah fi Jawaz at-Tawassul fi ar-Radd ‘ala Muhammad ibn ‘Abdil Wahhab karangan al-‘Allamah Syaikh Mahdi al-Wazaani, Mufti Fez, Maghribi.
Risalah fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah karangan Syaikh Qasim Abi al-Fadhl al-Mahjub al-Maliki
Al-Risalah ar-Raddiyyah ‘ala at-Tho’ifah al-Wahhabiyyah karangan Syaikh Muhammad ‘Atholah yang dikenali sebagai Ato ar-Rumi
‘Iqd Nafis fi Radd Syubhat al-Wahhabi al-Ta’is karangan Syaikh Ismail Abi al-Fida` at-Tamimi at-Tunisi. Beliau adalah seorang yang faqih dan ahli sejarah.
Al-Madarij as-Saniyyah fi Radd al-Wahhabiyyah karangan Maulana Aamir al-Qadiri, guru di Darul Ulum al-Qadiriyyah, Karachi, Pakistan
Dan banyak lagi kitab yang menolak fahaman Wahhabi yang ditulis ulama sejak dari tercetusnya fahaman ini. Dan sampai sekarang pun masih ada ulama yang menulis kitab untuk menolak fahaman Wahhabi. Banyak, banyak ..... lenguh jari-jemari ambo nak taip


http://al-fanshuri.blogspot.com/

Musafir Kelana said...

kamu tidak menunjukkan sifat-sifat seperti ulama2 yang kamu senaraikan.
tak payah buang masa kau cut n paste dalam ni kerana aku tahu siapa ASWJ dari segi iktikad dan pengamalannya.
cuma apa yang saya hendak masihatkan di sini...jagalah adab kita sebagai hamba Allah dan adab sebagai saudara muslim.
WAHABI vs ASWJ - memang berbeza
,namun fahamilah bahwa bukan cara betul menuduh peribadi seseorang itu.
ASWJ amat menekankan akhlak yang baik dan sifat yang berhikmah dalam membimbing manusia yang JAHIL kepada Islam yang benar.

catatanhamba.blogspot.com

Aku said...

kamu marah sebab org yg kamu sokong dikatakan wahabi, bukan begitu? jadi ulama2 yg disenaraikan di atas juga tidak mempunyai adab kerana mereka turut menyenaraikan org org yg berfahaman wahabi.. malah menjatuhkan seseorang yg memang dikenalai sebagai pembawa pemahaman sesat. ? sudah berapa kali ulama2 menegur pemimpin yg kamu sayangi itu dari dulu sampai lani tapi dia tak diendahkan langsung? sampai bila? sampai dah ramai yg taksub dan ikut dia dan mula mengkafirkan semua orang ? Rasulullah juga beradab malah tiada siapa yg boleh menandingi adab baginda..tetapi ada saat ketika baginda bertindak keras dengan seseorang apabila menggangu kesejahteraan ummat paham? jangan ingat org org yang disebut itu tidak ada pendekatan tertututp dahulu! tetapi pendekatan ini tidak diendahkan langsung.. maka insiatifnya ialah secara terbuka pulak.. paham?

Hikmah kepada manusia yg masih jahil dan mahu mendengar nasihat.. tetapi jika bagaikan mencurah air ke daun keladi, hikmah apa yg perlu digunakan lagi? hikmah apa yg mahu digunakan terhadap org2 yg tahu agama tetapi berpura2 jahil?degil dan takbur dengan diri sendiri?

Ada suatua saat kita bertindak lembut dan suatu saat kita bertindak tegas.itu jalan berhikmah dan bijak yang islam ajar.. bukan sentiasa menunduk sampai habis keadaan sekeliling punah, paham?

Aku said...

lagi satu, aku tunjuk senarai ulama yg ko cakapkan di dalam komen ko yg awal " pemfitnah jikalau iktikad mereka wahabi benar..

JADI KAMU TELAH MENGATAKAN BAHAWA KE SEMUA ULAMA ASWJ YANG KAMU KATAKAN TAHU SEBAGAI PEMFITNAH..

PAHAM?

jangan cuba lari dari bertanggungjawab ke atas kata kata kamu ke atas semua orang yg menjatuhkan hukum ke atas iktikad wahabi sebagai PEMFITNAH.

kamu harus bertanggungjawab ke atas kata kata kamu ke atas semua ulama yg saya senaraikan bahawasanya mereka itu pemfitnah terhadap wahabi.

Musafir Kelana said...

wahai saudara. ulama yg kamu sebut itu BENAR LAGI HAKIKI dan dia tidak SAMA macam kamu yang menuduh,menfitnah dan mengumpat orang.
dan aku tak kata depa tu penfitnah...
KAMU TU YANG PENFITNAH. KAMU AJE, PEMILIK BLOG NI JE! FAHAM!

Aku said...

salam,

kenapa aku pulak sorang saja yg pemfitnah? walhal aku hanya bercakap dari pendapat para ulama tersebut yg menggariskan perihal wahabi dan siapa wahabi.. sudah terang lagi bersuluh bahkan org2 yg disebut sebagai wahabi di malaysia bukan aku sorang saja itu semua dari pendapat ulama aswj lain di sini. adakah engkau lebih arif dan bijaksana dari mereka?

kesimpulannya, apa yg aku katakan ialah apa yg ulama katakan,. jadi bila ko tuduh aku pemfitnah sama dengan ko menuduh pendapat ulama tersebut sebagai pemfitnah PAHAM!

jangan nak samakan aku dengan org2 dari parti yg ko sokong..membawa kesesatan kpd ummah lebih berbahaya daripada org org jahil.ini kerana org2 jahil dapat di bezakan oleh orang awam tetapi org beragama yg boleh membawa mudharat dan kesesatan serta kepincangan kpd ummah harus disenggelarakan dengan secepat mungkin supaya tidak timbul kekeliruan dan perpecahan yg lebih parah paham?selama ini pun di dalam blog aku, menyeru kpd perpaduan antara umno dan pas tetapi parti ko degil sangat. suka berdendam .itu yg hari demi hari Allah semakin tunjukkan kebenaran parti ko di mata ummat islam di sini...

ingatlah saudara, virus perpecahan yg begitu effective ialah kemasukkan ulama ulama palsu membawa kpd perpecahan.. dua org yg saya sebut itu tadi bukan baru sehari dua kita mendengar tentang kawahbaian mereka..tetapi sudah bertahun-tahun malah pelbagai ulama aswj datang cuba berdiskusi secara tertutup dan menasihati mereka..tetapi degil dan malah mula mengeji orang lain secara terbuka..

kalau nak bersabar dan berhikmah kena guna otak dan akal juga..bukan sampai dah nasi jadi bubur baru ko nak bongkar semua paham?

sekrang ni oleh kerana ko menuduh aku pemfitnah..jadi ko harus bertanggungjawab dengan kata kata engkau itu di akhirat kelak inshallah. ini kerana apa yg aku kata aku ambil dari ulama-ulama aswj yg telah sekian lama mengkaji dan menghitung setiap perbuatan dan iktikad org2 yg mereka tentang dan mula menegur secara terbuka setelah secara tertutup TIDAK di hiraukan..sekian..

Al jufri said...

Kami? Kami tu sapa? Siapa yg serang kami? Keturunan kau tu dah jd keluarga 69. Tak usah lah kamu memandai-mandai nak mewakili 'kami'. Aku repot kat habib nanti,naya je kamu.. Jamaah sadah pun naik benci ngan kenyataan kau ni. FAHAM!!

Musafir Kelana said...

sekrang ni oleh kerana ko menuduh aku pemfitnah..jadi ko harus bertanggungjawab dengan kata kata engkau itu di akhirat kelak inshallah. ini kerana apa yg aku kata aku ambil dari ulama-ulama aswj yg telah sekian lama mengkaji dan menghitung setiap perbuatan dan iktikad org2 yg mereka tentang dan mula menegur secara terbuka setelah secara tertutup TIDAK di hiraukan..sekian..

ye!aku bertanggunjwab dan AKAN MENJADI SAKSI BAHWA KAMU NI MEMANG PENFITNAH...ulama terdahulu tidak berperangai seperti kamu....
JANGAN BACA SAHAJA SIRAH MEREKA (ULAMA2 HAKIKI) DAN TAHU SAHAJA NAMA MEREKA..TETAPI PRAKTIKKAN DALAM KEHIDUPAN..SUPAYA MASYARAKAT YANG BERPECAH BELAH INI AKAN BERSATU SEMULA DENGAN PENUH KASIH SAYANG DAN KEIMANAN.

catatanhamba.blogspot.com

Aku said...

ko datang memberitahu aku pemfitnah iktikad wahabi.... tetapi aku hanya mengambil dari pendapat ulama2 berkenaan..so siapa sebenarnya yg pemfitnah? kalau ko tetap mengatakan aku.. bersaksikanlah dengan Allah dan rasul bahawa pendapat yg aku ambil mengenai wahabi ialah dari ulama2 aswj yg banyak menulis menentang ajaran wahabi tetapi ko menuduh pendapat yg aku gunakan sebagai FITNAH!

kalau ko nak tahu, waktu zaman imam ali pun wujud org2 seperti pendapat kamu yg menuduh imam ali sebagai pemecah belah ummah kerana peperangan yg berlaku dan sikap tegas yg diambil ke atas golongan yg dilihat berunsurkan kesesatan dan mahu porak perandakan ummah!.. kononnya imam ali ni tak guna kasih sayang bla bla..tapi bagi imam ali golongan mcm ini hanya pandai bercakap tetapi satu apa pun dia org tak buat..yg sebenarnya mereka ini juga merupakan perosak ummah yg hanya mahu duduk dan lihat kerosakan berlaku sedikit demi sedikit hingga habis semua punah ranah..

aku terima saksi ko yg mengatakan aku pemfitnah kerana mengambil pendapat dari ulama2 aswj yg kuat menulis menentang ajaran wahabi!

Aku said...

kpd yg bernickkan aljufri..nak report report la.. ingat aku tak tahu siapa ko ha? suka sangat menyamar sana sini.. takkan tak ada identiti sendiri kot? kot ye pun berani, guna la nick blog sendiri paham?

jemaah sadah yg mana? bagitau sat kat aku? sekali lagi ko menggunakan keturunan aku?? tak mengapa.. Allah menjadi saksi akan perbuatan ko yg suka sangat menghina keturunan org paham!


dan yg ko terasa sangat pasal kami tu kenapa? aku tak include ko punso dont worry la.. aku bercakap mengenai wahabi vs aswj..bukan pasal keturunan paham? jgn dok mencelah tp hujah mcm otak udang..asyik asyik serang keturunan org.. mcm 'baghal' saja hujah kamu ini paham?

al jufri konon... bagitau siapa ko dan aljufri dari mana? mai sini aku nak check..

Little Malays 75 said...

Salam Saudara AKU,
Maaf.. Saya ingin sangat mengikut sebarang majlis agama yang berkaitan seperti didalam ini. Boleh memaklumkan kepada bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat ini. Saudara boleh email kepada saya.
zyahaya75@gmail.com

Aku said...

wsalam saudara zakaria,

saudara boleh ke blog al fanshuri yang selalu menghebahkan majlis ilmu yang amat bermanfaat dari ulama2 tulen aswj. Insyallah sama sama kita dapat memanfaati ilmu agama buat bekalan diri kita di akhirat sana inshallah..

http://majlisilmu.blogspot.com/

Anonymous said...

wahhabi tu kan juga sebahagian dari ahli sunnah wal jamaah...jgn la taksub sgt.....inilah masalah klu semua nak dilabelkan ...berpuakx2...islam xajar puakx2 ni...lagi satu TG nik aziz ni ulama yang pegang jawatan MB..politik...permikiran dia...beban tanggungjawab yang dia pegang...dalam negara yang 60 percent jeeee islam ni...berat...bukan senang...klu setakat ngaji agama dok kat pondok senangla...xpayah pk sal politik..tp klu UMNO perintah kelantan...aku rasa habis pondokx2 kat kelantan tu pupus...baru korang tahu...samala macam pupusnya datuk firdaus ismail...imam besar negara...mana dia ?dah pupus...masuk UMNO lagi...oleh itu kita kena faham la..biasala manusia mesti xterlepas wat salah..yang issue kerajaan wat kilang arak....ratu cantik sampai pecat mufti...judi bola...genting...rasuah..sekular ...banyak lagi yang patut kita bisingkan...hai...tau nak bergaduh je ...