Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Friday, June 26, 2009

Hina Nik Aziz berdosa, Hina Dato Harussani dapat pahala ke?

Bismillah

Assalamualaikum


Seringkali kita lihat penyokong PAS membara dan berapi-api jikalau Nik Aziz dihina atau dikritik. Tetapi jikalau mufti seperti Dato harussani dihina oleh mereka sendiri dengan pelbagai tomahan dan cacian, boleh pula di halalkan!

Apa ulama di Malaysia ini hanya ulama dari PAS? Jika seseorang yang enggan terlibat di dalam politikal PAS terus dianggap sebagai ulama setan, ulama duit blah blah blah..


Apa 'auhtority' yang mereka ada hingga ulama yang tidak PAS boleh dihina dan dicaci tetapi ulama PAS dijunjung dan disanjung walaupun sanggup berkawan dengan shaitan??? Apa 'authority' yang mereka ada hingga ulama bukan PAS boleh diinjak dan ditomah dengan pelbagai tuduhan tidak berasas tetapi jika ulama PAS dikritik, mereka menjadi seperti orang gila dan tak keruan? Inikah Islam yang cuba PAS bawa??


Saya ada dengar hari ini perbualan hangat antara dua orang tua . Seorang mahukan melayu bersatu-Umno dan PAS, dan seorang lagi(penyokong kuat PAS) tidak mahukan perpaduan dengan UMNO.Katanya dia rela tengok kehancuran di dalam melayu tapi tidak sesekali akan bersatu dengan UMNO. AStaghfirullah. Inikah sifat seorang Islam yang mengaku kononnya memperjuangkan negara Islam? ????? Perosak agama dan kesatuan ummah lagi ada lah!Mereka lebih rela bersekongkol dengan shaitan dan meilihat kehancuran Melayu Islam di malaysia semata mata kerana dendam terhadap UMNO??? Sifat dendam ni sifat Shiatan, Tak hairanlah jikalau hingga terkeluar fatwa bahawa berkawan dengan shaitan pun boleh.Padahal terang -terang di dalam Al-Quran menyebut bahawa :""ya bani Adama alla tabudus Syaitan innahu lakum aduwwum mubin""

wa a'uthubillahi min alshaitan alrajeem


PS: PAS SUKA BERDENDAM, UJUB, TAKBUR DAN RIAK DENGAN IMAN SENDIRI, SUKA MENCARUT DAN MEMAKI SESAMA SAUDARA,,, SEMUA CIRI CIRI INI ADA PADA IBLIS YANG HINGGA KE HARI INI MASIH TIDAK MAHU SUJUD KEPADA NABI ADAM AS KERANA APA? DENDAM,UJUB,TAKBUR DAN RIAK DENGAN DIRI SENDIRI YG DIFIKIRKANNYA LEBIH BAGUS DAN BAIK DARI NABI ADAM AS.

SELAMA 50 TAHUN PAS BERKECIMPUNG DALAM BIDANG POLITIK,APA JASA PAS UNTUK UMAT ISLAM DI MALAYSIA SELAIN BERETORIK MENGENAI HUDUD YANG KINI SEOLAH-OLAH MENERIMA NASIB 'HILANG GIGI TINGGAL GUSI'??

SEMOGA ALLAH SENTIASA MELINDUNGI DAN JAUHKAN KITA DARI SIFAT-SIFAT KEJI TERSEBUT INSHALLAH AMEEN.

Thursday, June 25, 2009

Nik Aziz- samakan PAS dengan Rasulullah- Astaghfirullah

Petikan dari Harakah:-

KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini. Iklan

"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.

"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.

Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.

"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.

"Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam UMNO.

Namun katanya mereka keluar daripada UMNO dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.

Beliau juga berkata, UMNO ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum.

"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu.

"Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada UMNO. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.

Menurutnya juga UMNO selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka.

Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India.

"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.

Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi UMNO supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.

"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini UMNO macam orang gila talak pula," katanya.

Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan UMNO sahaja dan bukan melibatkan parti lain. - mj_


KOMEN SAYA


Ia merupakan satu penghinaan kepada Rasulullah kerana dakwah dan perjuangan Rasulullah tidak sama sekali seperti PAS!

1- Rasulullah berjuang dengan cara berperingkat dan berhikmah. Baginda tidak mencarut atau memaki hamun hatta musuh yang membaling batu atau najis terhadap baginda malah sentiasa berdoa semoga Allah membuka pintu hati mereka terhadap Islam.

-Pas dan Nik Aziz berdoa kehancuran saudara Islam melalui solat2 hajat yang dianjurkan.Mencaci dan mencarut serta memaki hingga mengeluarkan fatwa seperti Tuhan pun Mencarut.


2- Rasulullah menjadi pendamai antara puak2 yang bertelagah dengan cara dakwah yang prosfessional dan penuh adab serta akhlaq.malah Quran juga menyuruh orang2 Islam supaya berkasih sayang dan berlembut dengan sesama saudara dan tegas dengan orang2 kafir.

-Pas dan Nik Aziz menjadikan saudara -Islam UMNO sebagai musuh tradisi tetapi memeluk dan berkasih sayang dengan DAP yang mensyirikkan Allah dan menolak perakuan Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul utusan Allah.


3-Walaupun Rasulullah mempunyai ahli keluarga dan kenalan yang menentang dakwah baginda tetapi baginda tidak pernah hingga mengharamkan hubungan kekeluargaan dengan mereka.

-Ada antara ahli dan pengikut PAS yang sampai sanggup memutuskan silaturrahim dengan saudara mereka malah bersolat dua imam dalam satu masjid kerana berlainan fahaman politik semata-mata.


4- Dakwah Rasulullah berjalan terhadap setiap individu tanpa mengira apa jua fahaman mereka. Para sahabat bergerak dan berdakwah dengan penuh hikmah hingga merantau ke negeri lain semata2 untuk menyebar agama Islam.

-Pas dan Nik aziz syok sendiri di tempat sendiri dan yang hanya tahu nak maki dan mencarut orang serta menghina orang lain.


Terus terang saya katakan, berbanding Nik Aziz dengan guru dan ulama Yemen yang saya kagumi bernama Habib Umar Ben Hafez, sungguh banyak perbedaan ketara antara mereka. Habib Umar sentiasa menerapkan ajaran berkasih sayang antara umat dan menegah pengikutnya dari berakhlaq buruk serta menggunakan kata2 kesat dalam berdakwah. Ramai mengatakan bahawa apabila melihat Habib Umar, teringat mereka akan Rasulullah kerana beliau benar2 dan bersungguh sungguh dalam mengikut semua ajaran Rasulullah serta sunnah baginda dalam kehidupan seharian beliau.Malah beliau juga merupakan keturunan Rasulullah melalui cucu baginda Hussein bin Ali Ibn Abu Talib. Inilah sebenarnya ulama yang layak digelar sebagai pewaris nabi.Bukan kerana beliau berketurunan Rasulullah sahaja, tetapi akhlaq dan kecintaan beliau untuk menyatupadukan ummah datuk beliau melalui jalan hikmah dan bukan kebencian yang menyebabkan ummah kacau bilau.

Tak ingatkah Nik Aziz akan cerita cucu Rasulullah yang bernama Hassan bin Ali ibn Abu Talib? bagaimana kerana ummah beliau sanggup melepaskan jawatan khalifah yang telah dipegang selama 6 bulan walaupun sememangnya beliau yang paling layak dan rakyat pun mahukan beliau? Bukankah sepatutnya Imam Hassan memberontak dan menyerang orang2 yang menekan beliau supaya menyerahkan jawatan tersebut?Tetapi mengapa Imam Hassan melepaskan jawatan khalifah pada ketika itu? Ini semua kerana beliau tidak mahu melihat keadaan ummah yg sedia ada pincang menjadi terus pincang dan rosak!Beliau tidak mahu menjadi penyebab ummah Muhammad SAW terus berpecah hingga membuka jalan luas kepada kafir untuk membunuh Islam dan merosakkan ummat Islam!
Dan beliau rela mengambil jalan di mana tanpa jawatan bekerja untuk meneruskan dakwah dalam memelihara institusi Islam dan ajaran yang di bawa oleh datuk mulianya Rasulullah SAW!Inilah wajah sebenar pewaris Nabi . Mementingkan kesatuan ummah dan bergerak tanpa mencacatkan ummah itu sendiri!!!!

Dato Harussani merupakan seorang ahli agama yang mencintakan perpaduan umat Islam. Tidak bersikap dendam dan sentiasa membuka tangan beliau untuk melihat umat melayu islam bersatu. tetapi Nik Aziz malah seolah-oleh memperkecilkan dato harussani dengan mengatakan bahawa beliau tidak terdedah dengan sejarah politik islam.Nik Aziz buat macamlah dia seorang saja yang paling berilmu dalam Malaysia ni.Malu sungguh saya dengan lagak dan pandangan cetek yang sering dilantarkan oleh Nik Aziz.

ASYIK ASYIK SEMUA YANG MEREKA BUAT KONONNYA SAMA DENGAN RASULULLAH. MEREKA MENCARUT PUN TAK APA SEBAB TUHAN PUN MENCARUT. MEREKA BERKRONI PUN TAK APA SEBAB NABI PUN BERKRONI.KALAU ORANG UMNO YANG BUAT? MACAM-MACAM KELUAR DARI MULUT MEREKA. MUNAFIQ LAH. PENGKHIANAT ISLAM LAH. MUSUH ISLAM LAH. FASIQ LAH. MURTAD LAH.KAFIR LAH.SENANGNYA MEREKA MENGHARAMKAN ORANG LAIN TETAPI MENGHALALKAN DIRI MEREKA SENDIRI!

Wednesday, June 24, 2009

Doa ulama yang ikhlas mudah terkabul-Buat saiful.

Bismillah,

Assalamualaikum..

Tiada apa yang boleh saya katakan lagi. Hanya sokong penuh buat saiful Bukhari, saudara muslim ku yang ku kasihi.

Allah telah membuka mata-mata manusia yang mahu mencari kebenaran dengan sumpah mubahalah yang telah Saiful lakukan. Saya adalah antaranya. Saya mengucapkan beribu-ribu terima kasih di atas apa ang telah Saiful lakukan. Dia adalah wira umat muslim Malaysia walaupun terkadang ada hati saudara muslim yang masih tertutup rapat dari cahaya kebenaran.

Saya yakin dengan kebenaran sumpah yang Saiful laksanakan dengan izin Allah kerana, si pengkhianat dan penipu sedang membuktikan penipuannya sendiri tanpa dia sedari.

Saat ini, saya ingin mencadangkan Saiful supaya selain berdoa sendirian, pergilah mencari Ulama-ulama yang bersih dari kekotoran dunia supaya mendoakan kejayaan perjalanan untuk kebenaran yang Saiful idamkan.

Saya akan cuba mencari petunjuk Allah supaya dapat berjumpa dengan Ulama-ulama yang benar-benar bersih dan sememangnya layak memegang gelaran pewaris para nabi untuk berdoa buat Saiful. Orang-orang yang bersih dan dekat dengan Allah doa mereka cepat di kabulkan.

InshaAllah.

Saya juga mahu kebenaran berdiri tegak, dan yang baatil tersungkur dengan sewajarnya.
Kita sama-sama akan berdiri di mahsyar dan menyaksikannya dengan jelas jika si penipu itu fikir dia boleh terlepas begitu saja.

la3natullahi 3ala zalimeen.

Semoga kita semua di ampuni dan di rahmati dengan kejayaan untuk kebenaran yang saudaraku Saiful perjuangkan inshaAllah.

Senyum-senyum selalu saudaraku, senyum itu sedekah. Dan "peminta sedekah itu" akan meminta-minta dalam kehinaan kepadamu kelak di akhirat jika dia terlepas di sini. Saudaraku Saiful mempunyai sokongan dari yang paling kaya di antara yang maha kaya. iaitu Allah azzawajalla. InshaAllah.

Monday, June 22, 2009

PAS bukan PARTI ISLAM

Bismillah


Assalamualaikum



Oleh Arshad Khan


KUALA LUMPUR 23 Jun - Pakatan pembangkang yang bermesyuarat di sini hari ini memutuskan untuk menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penubuhan kerajaan itu sebagai fitnah dan tohmahan jahat UMNO.

--UTUSAN


Komen saya:

Sebab itulah di hari Hadi mencadangkan kerajaan perpaduan, saya tak ambil peduli sangat. Ini kerana saya dapat rasakan Hadi akan 'spin' balik dan katakan bahawa UMNO yang jahat. UMNO yang fitnah bla bla bla bla..

Saya semakin hari semakin tak faham dengan PAS.Kononnya nak perjuangkan Islam. Kononnya UMNO harus bertaubat dan meminta maaf kepada PAS.Tapi kenapa DAP pernah terang2 menghina Islam dan penubuhan negara Islam serta menentang pengishtiharaan Malaysia sebagai negara Islam tidak pernah diminta untuk meminta maaf kepada orang Islam di malaysia oleh PAS ?????????????????????????????

Wah betapa 'double standardnya' PAS dalam memperjuangkan Islam ya? Orang2 UMNO yang percaya kepada Allah dan memperakui kenabian rasulullah Muhammad SAW dilayan dengan kasar dan tegas seperti 'anjing kurap' ...Tetapi DAP yang bertuhankan 'kesyirikan' serta menolak kenabian Rasulullah Muhammad SAW dilayan seperti 'bidadari syurga'!!!!!


Padahal telah berulangkali saya 'quote' ayat Allah yang berbunyi:

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir [dengan kekuatan orang-orang mu’min]. Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar. (29)” (Surah Al-Fath)





Tetapi PAS yang kononnya membawa Islam pada nama mereka bersikap bertentangan dengan apa yang Quran sendiri sarankan kepada pencinta Islam sebenar!

Pas bukan Parti Islam.Pas ialah Parti Pendendam dan tidak ada rahmah antara sesama saudara agama mereka! PAS parti yang suka berkawan dengan Syaitan tetapi Allah berfirman:

4:119:- Dan barang siapa yang mengambil syaitan menjadi pelindung selain Allah, sesungguhnya rugilah dia, rugi yang senyata-nyata.

Wednesday, June 3, 2009

PAS kini seperti Musang Berjanggut yang Hipokrit!

Bismillah

Assalamualaikum,

Entri saya kali ini bukanlah berniat untuk perlekehkan PAS terus menerus.Tetapi saya hanya mahu tahu apakah ini perjuangan yang sebenar dimata Islam seperti mana di gembar gemburkan oleh PAS??

Allah berfirman:

..Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Surah Al Fath ayat 29


Kononnya PAs menolak UMNO kerana tidak memperjuangkan negara Islam.Tetapi kini kata seorang pemimpin PAS:


Nizar : Dimanakah dalam transkrip2 PAS dalam memorandum ker perlembagaan PAS sendiri ada menyatakan nak melaksanakan Negara Islam?


Kononnnya PAS menolak UMNO disebabkan UMNO tidak memperjuangkan dan melaksanakan Hudud.tetapi kini kata seorang pemimpin PAS;

Husam: No hudud without consent of KeADILan and DAP..


Kononnya PAS menolak UMNO disebabkan rasuah dan mempunyai pemimpin yang tidak bermoral tetapi kini:

PAS menerima dan menyambut baik kepimpinan seorang wanita bukan Islam yang mempunyai moral rendah bersekedudukan dengan lelaki Islam.

PAS menerima kerjasama dengan parti yang juga menjadikan rasuah sebagai permainan mereka

Jika dahulu Pas kononnya menolak UMNO kerana UMNO bekerjasama dengan parti bukan Islam. Malah dikeluarkan juga pernyataan

Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)

Tetapi kini :

PAS berpelukan dengan DAP dan bekerjasama dengan DAP untuk menjatuhkan kerajaan yang masih mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan tidak memaksa orang-orang Islam untuk membuat maksiat atau dosa-dosa.Kerajaan yang telah banyak juga menyediakan kemudahan dalam pendidikan, kewangan, perkahwinan , peruntukan khas dana kerajaan untuk kemajuan agama Islam di Malaysia etc.


Al Quran menyuruh kita berlembut dengan orang Islam seterusnya membimbing mereka kembali kepada jalan Allah dengan penuh hikmah tetapi bukan dengan hina menghina! Bukan dengan caci mencaci! Bukan dengan kutuk mengutuk! Tetapi kenapa PAS melakukan sesuatu yang bertentangan dengan saranan Quran itu sendiri? Buktinya??? Antara perkara yang di tulis di atas... Sebab itu saya melihat PAS KINI BERAKSI SEPERTi SEEKOR MUSANG BERJANGGUT YANG HIPOKRIT!

Kembalilah bersatu wahai orang-orang Melayu Islam. Bersatulah mempertahankan hak kalian semua di bumi yang Allah hadiahkan buat bangsa Melayu yang begitu senang sekali memeluk agama Islam seterusnya meletakkan agama Islam sebagai syarat bangsa Melayu itu sendiri di dalam perlembagaan Malaysia!Ini lah bukti bahawa orang-orang Melayu di sini sudah lama meninggalkan takuk sayangkan bangsa kerana mereka mendaulatkan Islam dalam menjadikan ia sebagai syarat menjadi Melayu sendiri! Jadi usahlah PAS berdolak dalik dengan dmengatakan bahawa perjuangan Melayu di sini sebagai perjuangan Asobiyah!


Jika PAS memperlekehkan perjuangan nasib sesebuah kaum tetapi Allah berfirman:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka"( 13 : 11)

JADI SALAHKAH KAUM MELAYU YANG HENDAK BERJUANG AKAN NASIB DAN HAK MEREKA

DI TANAH MEREKA SENDIRI?? DAN KETAHUILAH BAHAWA KAUM MELAYU INI TIDAK

PERNAH MENYAKITI ORANG-ORANG YANG DATANG MENUMPANG DI TANAH MEREKA

SEJAK ZAMAN KESULTANAN MELAKA LAGI.BAHKAN PENDATANG-PENDATANG ITU DI

LAYAN DENGAN BAIK DAN MENDAPAT TEMPAT YANG ELOK DI SISI KAUM MELAYU. JADI

MANA MUNGKIN MEREKA-MEREKA ITU MEMPERLEKEHKAN PERJUANGAN ORANG-ORANG

MELAYU YANG BERSYARATKAN AGAMA ISLAM INI SEBAGAI MUSUH MEREKA SENDIRI??

MANA MUNGKIN MEREKA ITU MEMANDANG RENDAH PERJUANGAN KAUM MELAYU YANG

BERSYARATKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI ASOBIYYAH TETAPI ALLAH SENDIRI YANG

MENYURUH SETIAP KAUM ITU BERUSAHA UNTUK MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU

DI DALAM KITABNYA YANG SUCI???

MARILAH KITA BERSATU DAN RAPATKAN SAF KITA KEMBALI WAHAI KAUM MELAYU YANG BERSYARATKAN AGAMA ISLAM DEMI KESEJAHTERAAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA KITA..



DAN KEPADA ORANG BUKAN MELAYU DAN BUKAN ISLAM, PERCAYALAH BAHAWA JIKA MELAYU ISLAM INI BERSATU, NASIB KALIAN SEMUA JUGA AKAN TERJAMIN. TIDAK PERNAH LAGI DI DALAM SEJARAH MELAYU , PEMIMPIN MELAYU BERTINDAK SEPERTI POLPOT ATAU KERAJAAN BUKAN ISLAM YANG SUKA MENYEMBELIH DAN MEMBUNUH ORANG ORANG ISLAM DI NEGARA MEREKA DENGAN KEJAM SEKALI!!!