Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Wednesday, June 3, 2009

PAS kini seperti Musang Berjanggut yang Hipokrit!

Bismillah

Assalamualaikum,

Entri saya kali ini bukanlah berniat untuk perlekehkan PAS terus menerus.Tetapi saya hanya mahu tahu apakah ini perjuangan yang sebenar dimata Islam seperti mana di gembar gemburkan oleh PAS??

Allah berfirman:

..Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Surah Al Fath ayat 29


Kononnya PAs menolak UMNO kerana tidak memperjuangkan negara Islam.Tetapi kini kata seorang pemimpin PAS:


Nizar : Dimanakah dalam transkrip2 PAS dalam memorandum ker perlembagaan PAS sendiri ada menyatakan nak melaksanakan Negara Islam?


Kononnnya PAS menolak UMNO disebabkan UMNO tidak memperjuangkan dan melaksanakan Hudud.tetapi kini kata seorang pemimpin PAS;

Husam: No hudud without consent of KeADILan and DAP..


Kononnya PAS menolak UMNO disebabkan rasuah dan mempunyai pemimpin yang tidak bermoral tetapi kini:

PAS menerima dan menyambut baik kepimpinan seorang wanita bukan Islam yang mempunyai moral rendah bersekedudukan dengan lelaki Islam.

PAS menerima kerjasama dengan parti yang juga menjadikan rasuah sebagai permainan mereka

Jika dahulu Pas kononnya menolak UMNO kerana UMNO bekerjasama dengan parti bukan Islam. Malah dikeluarkan juga pernyataan

Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)

Tetapi kini :

PAS berpelukan dengan DAP dan bekerjasama dengan DAP untuk menjatuhkan kerajaan yang masih mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan tidak memaksa orang-orang Islam untuk membuat maksiat atau dosa-dosa.Kerajaan yang telah banyak juga menyediakan kemudahan dalam pendidikan, kewangan, perkahwinan , peruntukan khas dana kerajaan untuk kemajuan agama Islam di Malaysia etc.


Al Quran menyuruh kita berlembut dengan orang Islam seterusnya membimbing mereka kembali kepada jalan Allah dengan penuh hikmah tetapi bukan dengan hina menghina! Bukan dengan caci mencaci! Bukan dengan kutuk mengutuk! Tetapi kenapa PAS melakukan sesuatu yang bertentangan dengan saranan Quran itu sendiri? Buktinya??? Antara perkara yang di tulis di atas... Sebab itu saya melihat PAS KINI BERAKSI SEPERTi SEEKOR MUSANG BERJANGGUT YANG HIPOKRIT!

Kembalilah bersatu wahai orang-orang Melayu Islam. Bersatulah mempertahankan hak kalian semua di bumi yang Allah hadiahkan buat bangsa Melayu yang begitu senang sekali memeluk agama Islam seterusnya meletakkan agama Islam sebagai syarat bangsa Melayu itu sendiri di dalam perlembagaan Malaysia!Ini lah bukti bahawa orang-orang Melayu di sini sudah lama meninggalkan takuk sayangkan bangsa kerana mereka mendaulatkan Islam dalam menjadikan ia sebagai syarat menjadi Melayu sendiri! Jadi usahlah PAS berdolak dalik dengan dmengatakan bahawa perjuangan Melayu di sini sebagai perjuangan Asobiyah!


Jika PAS memperlekehkan perjuangan nasib sesebuah kaum tetapi Allah berfirman:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka"( 13 : 11)

JADI SALAHKAH KAUM MELAYU YANG HENDAK BERJUANG AKAN NASIB DAN HAK MEREKA

DI TANAH MEREKA SENDIRI?? DAN KETAHUILAH BAHAWA KAUM MELAYU INI TIDAK

PERNAH MENYAKITI ORANG-ORANG YANG DATANG MENUMPANG DI TANAH MEREKA

SEJAK ZAMAN KESULTANAN MELAKA LAGI.BAHKAN PENDATANG-PENDATANG ITU DI

LAYAN DENGAN BAIK DAN MENDAPAT TEMPAT YANG ELOK DI SISI KAUM MELAYU. JADI

MANA MUNGKIN MEREKA-MEREKA ITU MEMPERLEKEHKAN PERJUANGAN ORANG-ORANG

MELAYU YANG BERSYARATKAN AGAMA ISLAM INI SEBAGAI MUSUH MEREKA SENDIRI??

MANA MUNGKIN MEREKA ITU MEMANDANG RENDAH PERJUANGAN KAUM MELAYU YANG

BERSYARATKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI ASOBIYYAH TETAPI ALLAH SENDIRI YANG

MENYURUH SETIAP KAUM ITU BERUSAHA UNTUK MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU

DI DALAM KITABNYA YANG SUCI???

MARILAH KITA BERSATU DAN RAPATKAN SAF KITA KEMBALI WAHAI KAUM MELAYU YANG BERSYARATKAN AGAMA ISLAM DEMI KESEJAHTERAAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA KITA..



DAN KEPADA ORANG BUKAN MELAYU DAN BUKAN ISLAM, PERCAYALAH BAHAWA JIKA MELAYU ISLAM INI BERSATU, NASIB KALIAN SEMUA JUGA AKAN TERJAMIN. TIDAK PERNAH LAGI DI DALAM SEJARAH MELAYU , PEMIMPIN MELAYU BERTINDAK SEPERTI POLPOT ATAU KERAJAAN BUKAN ISLAM YANG SUKA MENYEMBELIH DAN MEMBUNUH ORANG ORANG ISLAM DI NEGARA MEREKA DENGAN KEJAM SEKALI!!!

8 comments:

PUTERI said...

Semuga saudara2 kita di dalam PAS di beri petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT sebelum mereka terus hanyut...

Aku said...

salam puteri,

ameen, inshallah ...

TAAVEEKUN PERAK said...

Parti yg paling Bodoh dalam Malaysia adalah PARTI PAS.

arizWanmerahs said...

Namun masih ramai lagi yang masih mengatakan PAS adalah satu2nya parti yang memperjuangkan ISLAM.. Butakah mereka? Ya, butalah mereka kerana TAKSUB dengan seseorang pemimpin.. Ketabsuban ini telah menggelapkan pandangan mata mereka untuk melihat ketidakbenaran didalamnya.. Semoga Allah SWT mencuci matahati mereka untuk melihat KEBENARAN.. Ameen..

Aku said...

salam saudaraku merah,

inshallah ameen ...

Anonymous said...

Cik bagitau sat bersatu nak sokong sapa? Kalau nak sokong UMNO sorry orang melayu dah jelak dengan lakonan pemimpin UMNO.
Cuba bagitau sat lebih 50 tahun memerintah negara ini apa yang depa buat dekat orang melayu. Ada biasiswa, tarik ganti pinjaman, dok elok-elok belajar sains dan mathematik dalam bahasa melayu tukar bahasa inggeris, dan lani dok sibuk dan wajibkan kelulusan bahasa inggeris dalam SPM, kalau orang UMNO yang kata memperjuangkan nasib dan masa depan melayu tak hendak memertabatkan bahasa ibunda sendiri nak harapkan siapa.
Jangan tipu rakyat hanya bahasa inggeris saja boleh majukan diri dan negara, lihat jepun, Korea Selatan dan China yang mengutamakan bahasa ibunda depa tapi negara mereka jauh lebih maju dari kita. Malah depa yang berada diblok barat sendiri seperti Perancis, german dan banyak lagi juga mengunakan bahasa ibunda mereka.
Tak pa untuk sementara ini nanti saya tembak lagi penyokong UMNO yang taksub macam ini. Inilah sokong yang bawa rebah menyebabkan pemimpin UMNO lupa daratan, buat ikut suka depa saja.
Jadi kalau pemimpin UMNO sendiri tak tahu menghormati dan memertabatkan bahasa ibunda maka UMNO tak layak bercakap soal pembelaan kepada orang melayu dan orang melayu keseluruhan tak payahlah dok sokong orang macam tu. BERSATU MENYOKONG UMNO BERMAKNA BERSATU UNTUK MENJAHANAMKAN MELAYU DAN ISLAH.

Aku said...

salam,

bab ppsmi tu mai sat cek nak bagitau kat hang.. korea selatan lani pun sibuk nak ambil ppsmi untuk diaplikasikan dlm sistem pembelajaran depa.. sebab korea selatan pun dah tau begitu pesat tekologi dunia membangun dan kebanyakan rujukan dalam english.. so depa tak mau ketinggalan dlm membabitkan diri dlm pembangunan teknologi yg datang dari pelbagai negara..

hang jangan dok spin kata ppsmi tu sebab tak mau martabatkan bahasa.. tak ada isu lain ka nak bawa? kalau betui nak martabatkan bahasa melayu.. martabatkan kaum melayu di arena dunia dengan membantu mereka cepat menguasai ilmu dan kemajuan teknologi!

Anonymous said...

BETUL AKU SOKONG TAPI APA YANG PEMIMPIN UMNO BUAT KAT ORANG MELAYU, LANI LEPAS 50 TAHUN UMNO BERKUASA KEDUDUKAN EKONOMI MELAYU BERADA KEDUDUKAN TERBAWAH DARIPADA CHINA DAN INDIA, DULU KITA TENGOK JAGA HANYA BENGGALI TAPI LANI ORANG MELAYU, DULU CUCI PARIT DAN SAPU SAMPAH DALAM PEKAN HANYA ORANG INDIA LANI ORANG MELAYU, DULU ANGKUT NAJIS ORANG CHINA TAPI LANI ORANG MELAYU, INIKAH HADIAHMNO KEPADA ORANG MELAYU KALAU DEPA BETUL-BETUL BELA AGAMA DAN BANGSA, BANGSA TAK JADI MACAM NI. CUBA RENUNG DAN FIKIR, JANGAN MAIN SOKONG SAJA DAN KERANA SOKONGAN MACAM NILAH YANG PEMIMPIN UMNO LUPA DIRI.