Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Monday, June 22, 2009

PAS bukan PARTI ISLAM

Bismillah


Assalamualaikum



Oleh Arshad Khan


KUALA LUMPUR 23 Jun - Pakatan pembangkang yang bermesyuarat di sini hari ini memutuskan untuk menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penubuhan kerajaan itu sebagai fitnah dan tohmahan jahat UMNO.

--UTUSAN


Komen saya:

Sebab itulah di hari Hadi mencadangkan kerajaan perpaduan, saya tak ambil peduli sangat. Ini kerana saya dapat rasakan Hadi akan 'spin' balik dan katakan bahawa UMNO yang jahat. UMNO yang fitnah bla bla bla bla..

Saya semakin hari semakin tak faham dengan PAS.Kononnya nak perjuangkan Islam. Kononnya UMNO harus bertaubat dan meminta maaf kepada PAS.Tapi kenapa DAP pernah terang2 menghina Islam dan penubuhan negara Islam serta menentang pengishtiharaan Malaysia sebagai negara Islam tidak pernah diminta untuk meminta maaf kepada orang Islam di malaysia oleh PAS ?????????????????????????????

Wah betapa 'double standardnya' PAS dalam memperjuangkan Islam ya? Orang2 UMNO yang percaya kepada Allah dan memperakui kenabian rasulullah Muhammad SAW dilayan dengan kasar dan tegas seperti 'anjing kurap' ...Tetapi DAP yang bertuhankan 'kesyirikan' serta menolak kenabian Rasulullah Muhammad SAW dilayan seperti 'bidadari syurga'!!!!!


Padahal telah berulangkali saya 'quote' ayat Allah yang berbunyi:

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir [dengan kekuatan orang-orang mu’min]. Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar. (29)” (Surah Al-Fath)





Tetapi PAS yang kononnya membawa Islam pada nama mereka bersikap bertentangan dengan apa yang Quran sendiri sarankan kepada pencinta Islam sebenar!

Pas bukan Parti Islam.Pas ialah Parti Pendendam dan tidak ada rahmah antara sesama saudara agama mereka! PAS parti yang suka berkawan dengan Syaitan tetapi Allah berfirman:

4:119:- Dan barang siapa yang mengambil syaitan menjadi pelindung selain Allah, sesungguhnya rugilah dia, rugi yang senyata-nyata.

11 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

Bukankah orang Islam itu ialah bersaudara!!! Tidak kira bangsa Bangla, Pakistan, Iran, Bosnia..kalau mereka Islam, maka mereka juga adalah saudara kepada kita semua.


Tapi PAS menjadikan pemakan babi sebagai saudara dan menjadikan umat Islam sebagai sasaran modal politik.


http://pkrpasdap.blogspot.com

PARPUKARI said...

Salam bro AKU! Memang tepat sekali ulasan saudara! PAS bukan parti Islam, mereka demi kuasa dan dendam sanggup melakukan apa sahaja!

ONE said...

salam,

memang budaya PAS cetuskan sesuatu demi kepentingan sendiri..harap-harap PR kalah teruk nanti..aminnn

Anonymous said...

Itulah wajah sebenar PAS,anda semua boleh melihat seluas-luasnya...Tepuk dada tanya selera...Nak perjuangkan hudud dan negara islam bersama DAP dan PKR..Aneh betul la,aku pun tak faham....

Aku said...

salam,

abe mie, parpu kari, one , anon,

itulah pas yg suka berdendam sesama islam.. wajah mereka lani macam musang berjanggut.. tak tahulah saya bila wajah pas akan bertukar kembali menjadi manusia berjanggut..

TAAVEEKUN PERAK said...

Bro,
Saya sokong.Delete perkataan Islam pada nama Pas.Kerajaan tggu apa lagi?

mankb said...

salam semua,
sebenarnya perpecahan dikalangan orang-orang melayu memang menguntungkan parti pembangkang terutama DAP dan PKR,tetapi oleh kerana demi sedikit kuasa PAS sunggup melakukannya,tunggulah pilihanraya akan datang,PAS pasti akan tumbang bersama DAP dan PKR,anda boleh lihat sendiri jangankan DAP dan PKR sahaja yang tak mahu UMNO dan PAS bersatu malah MCA dan GERAKAN pun tak mahu PAS dan UMNO bersatu,mereka gerun kalau orang-oran melayu bersatu tapi apa kan daya PAS lebih suka bargabung dengan DAP dan PKR yang terang-terang menolak islam,aneh kan?

Anonymous said...

salam
memang PAS punya demdam tak habis-habis kat UMNO,mungkin ini ajaran tok guru kut?

Aku said...

salam,

Rahman,Ahchong,Muniandy- apabila meletakkan dan menggunakan nama islam, wajar mereka bertutur, berakhlaq, berkasih sayang berlemah lembut, berjalan, minum, makan, tidur etc persis seperti islam yg dibawa Rasulullah . Jikalau tidak inilah padahnya. seolah lah membiarkan nama islam itu terpalit dengan najis sendiri tanpa berasa malu!keadaan yang sedemikian memang teruk sekali.


mankb- inilah yg patut kita cuba menjelaskan kpd rakyat khususnya melayu islam. jika melayu islam bersatu, percayalah inshallah bangsa lain turut menikmati keselesaan hidup dan terjamin. tetapi kita sendiri boleh lihat apabila bangsa lain bersatu, bangsa melayu terpinggir dan tidak dipedulikan.


anon-entahlah.. apa yg saya tahu islam dan rasulullah mengajar umat islam seboleh-bolehnya bekerja tanpa mencacatkan ummah.bekerja tanpa memecahbelahkan ummah.


anon2- saya dah approve komen awak.. tapi tak tahu kenapa dia x appear kat sini.. anyway saya setuju dengan saudara. UMNO juga mempunyai kesilapan. sebab itu kita perlu pas dan umno bersatu supaya ada check and balance n tegur menegur serta kerjasama dlm membanteras penyalahgunaan kuasa demi kepentingan sendiri baik dari melayu pas atau umno.kita boleh buat semua ini dalam satu perpaduan tanpa berpecah belah..

Anonymous said...

Salam tuan rumah,
Aku sependapat dgn anda..aku sejak dulu lagi mmg sedar dgn hipokrasi pas..aku tidak pernah trpedaya dgn mereka..tguk kata2 dan sikap mereka sahaja kita sudah boleh klasifikasikan mereka ini..

Mata kecik sebelah..

Aku said...

wsalam saudara,

seorang islam tak boleh berdendam,sifat dendam itu sifat syaitan dan iblis saja. sepatutnya mereka membantu saudara mereka dengan berhikmah dan beradab supaya kesatuan umat melayu islam terpelihara..