Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Monday, August 31, 2009

Kepala Lembu , kuil banyak, Negara Hindu atau negara Islam???

Bismillah

Assalamualaikum,


Sekarang ini sedang heboh mengatakan bahawa segolongan penduduk orang Melayu Islam di seksyen 23 tidak menghormati sensitiviti agama Hindu. Walhalnya kepala lembu itu dibawa sebagai tanda protes 'kebodohan' pemimpin yang terlibat dalam membina kuil di kawasan penempatan tersebut. terus terang saya katakan, saya tidak bersetuju dengan kepala lembu itu tetapi bukan kerana sensitiviti agama Hindu! bagi saya iya tidak sedap mata memandang kerana sebagai orang Islam kita ada etika dan akhlaq yang perlu dijaga bukan sahaja sesama manusia malah sesama haiwan. Apa pun saya faham akan keadaan orang orang Melayu tersebut yang berada di dalam keadaan marah. Semuanya menjadi tenggelam punca. Tetapi yang hairannya pemimpin tersebut boleh sempat 'konar baring' menunding jari dengan mengatakan mereka ini tidak menghormati sensitiviti penganut agama lain. Apa ini?? Kenapa nak 'divertkan ' isu pulak? Sudah terang lagi bersuluh tujuan mereka untuk tuju kepada pemimpin sebagai lembu! Bukan nak menghina penganut Hindu.Tapi kerana statement konar baring mereka ini telah menyebabkan hubungan antara kaum kian lebih tegang! Siapa sebenarnya yang nak cetuskan isu perkauman sekarang ni?

Yang isu kepala babi diletakkan di sangkut di atas pagar orang islam kenapa tak disuarakan sekali ?? tak pula aku dengar mana-mana pihak bangun dan keras memberi amaran jangan lukakan perasaan orang islam Melayu!Tetapi sebaliknya pihak pihak ini menyalahkan pihak UMNO yang kononnya bertanggungjawab walaupun mereka tiada bukti langsung!!

Berapa banyak kuil lagi mahu dibina? Malaysia ialah sebuah negara dimana ISLAM adalah agama rasminya. Tak ajaibkah apabila tiba-tiba jumlah rumah ibadat bukan Islam melebihi jumlah masjid dan surau?? Perkara 3 Perlembagaan mengenai kedudukan Islam sebagai agama kepada Persekutuan perlu diberi keutamaan dalam sebarang perubahan yang hendak dibuat dengan kita tidak menafikan hak bukan Islam termasuk terhadap rumah-rumah ibadat.

Tapi kenapa yang terjadi sebaliknya?
Tak cukup dengan itu, nak sumbat juga kuil kuil tersebut di dalam kawasan penempatan Orang Islam. Makin lama makin hak Islam dinafikan.Makin lama makin hak Islam dipersoalkan!

Apa sudah lupakah kejadian di Kampung Rawa Pulau pinang di mana perang agama hampir tercetus apabila kuil dan masjid dibina bersebelahan??

Sedarlah wahai Umat melayu Islam weiiiiiii.... takkan sampai nasi dah jadi bubur baru nak terkinja-kinja?


Berikut ialah masalah pembinaan rumah ibadat bukan Islam ini yang telahpun dibincangkan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke 12 pada 21 – 22 Januari 1985. Bagi mengatasi masalah di atas berikut ini diperturunkan cadangan garis panduan membina rumah-rumah ibadat bukan Islam berdasarkan keputusan muzakarah tersebut.



Cadangan Garis Panduan


2.1 Dengan mengambil ingatan agama Islam adalah agama negara dan agama lain boleh diamalkan dengan aman damai berdasarkan Perkara 3 di dalam Perlembagaan Negara, maka adalah disyorkan garis panduan seperti berikut:


2.1.1

Sekiranya mereka (orang-orang bukan Islam) hendak mendirikan rumah ibadat mereka di atas tanah yang mereka miliki boleh dibenarkan dengan syarat tapak tersebut terletak di dalam kawasan majoriti penduduk bukan Islam mengikuti keperluan penganut agama mereka.





2.1.2

Semua permohonan bagi pembinaan rumah-rumah ibadat bukan Islam hendaklah dirujukkan kepada Majlis Agama Islam Negeri bagi mendapatkan pandangan serta apa-apa keputusan mengenainya.





2.1.3

Pihak Berkuasa Tempatan yang hendak meluluskan pembinaan rumah ibadat bukan Islam hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan/pandangan jawatankuasa kemajuan kampong di mana rumah ibadat tersebut hendak didirikan.





2.1.4

Permohonan orang-orang bukan Islam untuk membina rumah ibadat mereka di kawasan majoriti orang-orang Islam tidak boleh dibenarkan walaupun di atas tapak kepunyaan mereka.





2.1.5

Pihak berkuasa tempatan hendaklah benar-benar mempastikan jumlah bilangan penduduk bukan Islam di kawasan berkenaan sebelum meluluskan sebarang permohonan rumah ibadat bukan Islam. Ini adalah untuk mempastikan pembinaan rumah ibadat tersebut benar-benar memenuhi keperluan penduduk berkenaan.





2.1.6

Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah bertindak tegas terhadap rumah-rumah ibadat bukan Islam yang didirikan tanpa kebenaran ataupun yang didirikan di atas tapak yang tidak diluluskan oleh Kerajaan.





2.1.7

Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mempastikan jarak di antara sebuah rumah ibadat dengan sebuah rumah ibadat yang lain tidak kurang daripada 1 kilometer. Jarak minima ini hendaklah dikenakan kepada semua rumah ibadat sama ada rumah ibadat Islam ataupun sebaliknya.




3.

Penutup


Masalah pembinaan rumah-rumah ibadat ini adalah masalah sensitif dan pihak berkuasa hendaklah bertindak tegas berdasarkan kepada panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Kegagalan melaksanakan prinsip ini adalah ditakuti akan mencetuskan perkara-perkara yang akan mengugat kestabilan perpaduan kaum di negara ini.

Bahagian Hal Ehwal Islam

Jabatan Perdana Menteri

Kuala Lumpur

17 Julai 1987

Klik

Saturday, August 29, 2009

MERDEKA: Mengapa Sheikh Abdullah Fahim Lebih memilih UMNO?


Bismillah

Assalamualaikum




Kepulangan Sheikh Abdullah Fahim, seorang ulamak dan guru di Masjidil Haram ke Tanah Melayu pada 1922 telah mencetuskan pemikiran baru tentang perjuangan kemerdekaan di kalangan rakyat negara ini.

Sheikh Abdullah Fahim atau nama sebenarnya Abdullah bin Ibrahim adalah ulamak berdarah campuran Arab-Pattani yang berasal dari Makkah. Beliau dilahirkan di Kota Suci pada 1869 di mana ayahnya, Sheikh Ibrahim bin Tahir adalah guru di Masjidil Haram semenjak berhijrah dari Pattani ke Kedah, kemudian ke Seberang Perai sebelum ke Makkah ketika berlakunya Perang Pattani-Siam pada 1830-an.

Dengan keistimewaan beliau sebagai anak seorang ulamak di Makkah, Haji Abdullah telah mengambil kesempatan untuk mendalami pelbagai ilmu agama di sana. Sepanjang pengajiannya, Haji Abdullah telah berjaya menguasai ilmu-ilmu agama seperti usuluddin, fiqh, tasawuf dan tarekat, tafsir al-Quran, hadis, falak serta ilmu alat seperti arudh dan qawafi dalam rumpun sastera Arab.

Beliau dikata berguru dengan lebih 50 orang ulamak dan mendapat 42 ijazah dalam pelbagai bidang pengajian termasuk politik. Dengan kedudukan ilmu beliau ini, Haji Abdullah telah diterima sebagai salah seorang guru di Masjidil Haram sehingga 1921.

Beliau telah turun ke Tanah Melayu pada 1921 kerana semangatnya untuk memperjuangkan pembebasan tanah air dan bangsanya dari belenggu penjajah. Selepas pulang ke Tanah Melayu, beliau dijemput oleh Sheikhul Islam Kedah, Sheikh Wan Sulaiman Wan Sidiq untuk mengajar di Pondok Wan Sulaiman atau Madrasah Limbongan Kapal (kini Maahad Mahmud) selama empat tahun.

Pada 1926, beliau kembali ke Kepala Batas dengan tujuan menubuhkan sebuah institusi pendidikan bagi melahirkan anak bangsa yang boleh memperjuangkan kemerdekaan negara. Beliau menamakan pusat pengajiannya sebagai �Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah�. Perkataan �al-Wathaniyah� atau Bumiputera itu jelas memperlihatkan semangat kemerdekaannya.

Tuan Guru Haji Abdullah Fahim bukan sahaja mengasas dan mengajar di sini, tetapi turut menjadi mudir sehingga 1930. Antara murid beliau yang paling terkenal ketika ini ialah Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pengasas Hizbul Muslimin. Di sini, Haji Abdullah telah memperkenal pengajian berkelas (nizami) dan juga umum (adami).

Pada 1930, Sheikh Abdullah Fahim dijemput oleh Sultan Perak untuk menjadi Mudir Madrasah Idrisiyah, Bukit Chandan. Beliau berkhidmat sebagai Mudir Madrasah Idrisiyah sehingga 1946. Antara pelajar beliau di sini termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan dan Prof Zulkifli Mohammed.

Setelah meninggalkan Bukit Chandan, Haji Abdullah kembali ke Kepala Batas dan menguruskan Madrasah Daeratul Maarif. Walau bagaimanapun, beliau hanya berkhidmat sebagai penaung, manakala anaknya, Tuan Haji Ahmad Badawi sebagai mudir dan murid kesayangannya, Ustaz Abdul Halim al-Hadi sebagai guru besar. Beliau menolak tawaran untuk dilantik sebagai Sheikhul Islam Kedah kerana menjaga maslahat madrasah ini. Pada 1951, Haji Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Mufti Pulau Pinang yang pertama dan beliau berkhidmat selama lima tahun. Selepas itu, beliau hanya menumpukan kepada kegiatan keilmuan di Kepala Batas dengan menjadi guru agama di sana.

Selepas Perang Dunia Kedua tercetus, Sheikh Abdullah Fahim telah mula terlibat dalam politik kepartian dengan menyertai Persatuan Melayu Seberang Perai. Ketika Umno ditubuhkan pada 1946, beliau adalah ahli Umno pertama dari Pulau Pinang. Beberapa ketika kemudian, kerana kemasyhuran beliau sebagai seorang ulama, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno yang kemudiannya dikenali sebagai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Meskipun menjadi ahli Umno, kemahuan beliau untuk melihat kemerdekaan tidak padam walaupun Umno ketika itu tidak memperjuangkan kemerdekaan.

Ketika murid beliau, Ustaz Abu Bakar al-Bakir menubuhkan Hizbul Muslimin, beliau bukan sahaja memberikan sokongan tetapi telah dilantik mempengerusikan Majlis Penasihat Hizbul Muslimin pada 1948 dan dalam masa yang sama mengetuai Bahagian Agama Umno. Ekoran beberapa krisis dalaman Umno berkaitan sikap Umno terhadap isu-isu agama seperti isu judi loteri, fun-fair, kaberet, isu pemurtadan Natrah dan lain-lain, Haji Abdullah telah berundur sebagai Pengerusi Bahagian Agama pada 1950. Selepas itu, jawatan ini diambil alih oleh muridnya, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan.

Walaupun Haji Abdullah tidak menyertai dua Persidangan Alim Ulamak Malaya pada 1950 dan 1951, tetapi beliau menghantar anaknya, Haji Ahmad Badawi untuk menyertainya. Apabila Persatuan Ulamak Se-Malaya ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951, persatuan tersebut telah merancang mengadakan Persidangan Ulamak di Butterworth pada 24 November 1951 untuk meluluskan undang-undang tubuh dan melantik jawatankuasanya. Haji Abdullah Fahim sebagai Mufti Pulau Pinang telah merasmikan persidangan ini yang akhirnya telah mengambil keputusan menukar nama Persatuan Ulama Se-Malaya kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS). Haji Abdullah Fahim sendiri dicalon sebagai Yang Dipertua Agung PAS tetapi tewas kepada Tuan Haji Ahmad Fuad.

Sebaik sahaja PAS ditubuhkan, Madrasah Daeratul Maarif telah dipilih sebagai Pejabat Agung PAS yang pertama sebelum berpintah ke Bukit Mertajam. Selepas itu ia kembali ke madrasah ini pada 1953 sebelum menumpang beberapa ketika di rumah Setiausaha Agung PAS, Haji Ahmad Maliki iaitu berhampir madrasah ini juga.

Kerana penyertaan Haji Abdullah dalam PAS, hampir seluruh murid dan keluarganya menjadi tenaga penting PAS. Turut menyertai PAS di kalangan jawatankuasa madrasah ini ialah Cikgu Ahmad Awang, Ustaz Abdul Halim al-Hadi, Ustaz Abdul Kadir Kamal dan Ustaz Mohd Saghir. Di kalangan keluarganya pula ialah anaknya, Haji Ahmad Badawi; menantunya, Hajah Kailan Hassan; iparnya, Haji Mansor Hassan JP dan beberapa yang lain.

Pada 3 April 1952, Jawatankuasa Agung PAS telah memutuskan untuk menubuhkan Dewan Ulama PAS bagi menyatukan tenaga ulama dan mengelola urusan hukum-hukum agama, maka Sheikh Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama PAS yang pertama. Antara langkah penting dilaksanakan oleh beliau ialah mengadakan perjumpaan sekolah-sekolah agama rakyat pada 22 Mei 1952 bagi merundingkan usaha untuk menyatukan sekolah agama dan membentuk kumpulan wang untuk membangunkan sistem pendidikan tersebut. Beliau juga telah membuka Pejabat Dewan Ulama PAS di Madrasah Khairiyah, Pokok Sena iaitu sekolah milik Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein.

Pada akhir 1953, telah berlaku krisis kepemimpinan PAS ekoran sokongan PAS terhadap National Convention tajaan Tunku Abdul Rahman. PAS mula membentuk disiplin parti dengan mencegah pimpinan PAS menjadi ahli parti lain. Pada Ogos 1954, bertempat di Madrasah ad-Diiniyah, Bagan Serai, PAS meluluskan usul tersebut. Akibatnya, beberapa pimpinan PAS seperti Haji Zabidi Ali, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Haji Maansor JP, Tuan Guru Haji Huseein Che Dol, Haji Ahmad Maliki dan Haji Ahmad Badawi terpaksa memilih untuk kekal dalam PAS atau menjadi ahli Umno. Haji Hussein Che Dol, Haji Ahmad Badawi dan Haji Ahmad Maliki memilih untuk meninggalkan PAS dan kekal bersama Umno. Pendirian ini turut diambil oleh Sheikh Abdullah Fahim.

Walaupun tidak lagi bersama PAS selepas 1954, Haji Abdullah Fahim selaku Mufti bersama Ustaz Abdul Halim al-Hadi (Guru Besar Maarif Wathaniyah) dan Sheikh Salleh Masri (Pengerusi Majlis Penasihat Agama Pulau Pinang) telah mengeluarkan fatwa mewajibkan umat Islam keluar mengundi dan melarang mereka mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya 1955. Isu ini menjadi hangat kerana ia dilihat merugikan Perikatan dan Setiausaha Agung PAS, Cikgu Ahmad Awang pula menyokong fatwa ini. Pada 31 Mei 1955, pendaftaran PAS telah diluluskan dengan beralamat di �Arabic School, Kepala Batas� iaitu madrasah milik Haji Abdullah Fahim.

Sumbangan penting Haji Abdullah dalam politik negara ialah menetapkan tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Berdasar keilmuan beliau dalam bidang falak, beliau mengatakan itu tarikh terbaik untuk Tanah Melayu merdeka. Tuan Guru Sheikh Abdullah Fahim telah meninggal dunia pada 27 April 1961 dalam usia 92 tahun. Beliau meninggalkan tiga anak termasuk Tuan Haji Ahmad Badawi iaitu bapa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.- tajdid

harakahdaily



Jika kita melihat senario perjalanan perjuangan ulama bernama Sheikh Abdullah Fahim yang tulus memperjuangkan Islam , mengapa dia sanggup melepaskan keahlian PAS dan tetapi memilih untuk berada di dalam UMNO? Kenapa tidak sahaja beliau beristiqomah di dalam PAS dan memperjuangkan ISLAM? Kenapa tidak saja beliau memberi kata dua kepada UMNO supaya bubarkan UMNO dan tubuhkan parti Islam?Kenapa ketika sebilangan besar mereka yang dianggap sebagai ulama meninggalkan parti itu untuk menyertai PAS, beliau dan anaknya, Ahmad Badawi tetap setia menyokong UMNO dalam perjuangannya membela nasib bangsa dan seluruh penduduk Tanah Melayu mengira kaum dan agama.Mengapa????

Satu sahaja jawabnya. Beliau sayangkan ummah Islam dan tidak mahu melihat perpecahan ummah !Beliau tidak ego dalam memperjuangkan Islam dengan mengeluarkan fatwa merapu yang menambahkan lagi kekeruhan masalah ummat !!!!!!!!


Sempena Hari merdeka ini, saya ingin membuka kembali sejarah 31 Ogos yang dipilih untuk menjadi tarikh keramat negara kita .Sesungguhnya tarikh keramat ini ada kaitan dengan Sheikh Abdullah Fahim

''Nama Sheikh Abdullah Fahim juga berkait rapat dengan kemerdekaan Tanah Melayu kerana beliaulah tokoh yang diberi kepercayaan untuk memilih tarikh yang dirasakan serasi untuk dikemukakan kepada pentadbiran Inggeris. Semasa beliau dikunjungi Tunku Abdul Rahman dan para pemimpin UMNO lain untuk mendapatkan tarikh berkenaan, Abdullah Fahim mencadangkan dua tarikh iaitu 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1962. Pada pendapat beliau, tarikh 31 Ogos 1957 paling sesuai memandangkan segala usaha dan perjuangan rakyat Malaya sudah sampai kepada masanya untuk membuat tuntutan dan sekiranya pihak British tidak bersetuju dengan tarikh itu, maka satu lagi tarikh yang sesuai dan baik untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan ialah 31 Ogos 1962.

Apabila kedua-dua tarikh tersebut dibincangkan pada mesyuarat peringkat tertinggi UMNO, Ketua pemuda UMNO, Saadon Haji Jubir menolak tarikh alternatif 31 Ogos 1962 dan bertekad bahawa sekiranya British menolak tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan negara ini, pemuda UMNO akan bertindak secara habis-habisan untuk menentangnya.

Walau bagaimanapun dengan nasihat Abdullah Fahim dan kebijaksanaan Tunku, akhirnya seperti yang terakam dalam sejarah tanah air, Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Tarikh keramat ini sebenarnya bukan dipilih dengan sesuka hati olehAbdullah Fahim tetapi melalui ilmu firasat yang beliau miliki. Tarikh inilah yang kini dirayakan setiap tahun oleh seluruh rakyat Malaysia yang menghargai erti kemerdekaan.

Mungkin juga tidak ramai yang mengetahui bahawa pada pertemuan untuk membincangkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu itu, Abdullah Fahim memberitahu Tunku bahawa selepas lima tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, negara ini akan bertukar namanya. Ramalan yang dibuat berdasarkan ilmu firasat yang beliau miliki itu ternyata benar apabila dengan kehendak Allah jua, Tanah Melayu telah ditukar namanya kepada Malaysia lima tahun selepas kemerdekaannya.

Walaupun ramai orang yang kagum dengan kelebihan yang dimiliki oleh Sheikh Abdullah Fahim, tetapi bagi beliau dan ahli keluarganya, semua itu adalah pemberian Allah kepada sesiapa jua yang dikehendakinya.

Sungguhpun Abdullah Fahim bukan pemimpin utama UMNO, tetapi buah fikiran beliau sebagai orang tua dan ulama yang dihormati amat diperlukan dalam menangani sesuatu isu besar yang dihadapi oleh rakyat dan negara. Sebagai ulama, segala kata-kata dan buah fikirannya diyakini bebas daripada sebarang kepentingan diri serta mendapat petunjuk dari Allah."




BERSATULAH WAHAI UMAT MELAYU ISLAM DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA.DAN TINGGALKAN LAH ULAMA ULAMA PEROSAK AGAMA DAN KESATUAN UMMAH DI ATAS NAMA AGAMA.

Selamat Menyambut Hari Merdeka Kepada Semua!


-31 Ogos lebih menepati maksud kemerdekaan, manakala 16 Sept lebih menepati maksud penyatuan dan perpaduan.

-31 Ogos sebagai tanda penguasaan penjajah sudah berakhir, dan 16 September sebagai tanda rakyat Malaysia bersatu.

Friday, August 21, 2009

Kononnya Aib Rohaizad dibuka di pentas politik kerana kezaliman ke atas muslimah..

Bismillah

Assalamualaikum


Wah hebat sungguh ya PAS hingga sanggup membuka aib dan pekung orang Muslim lain sampai dah bergoyang rumah tangga orang itu.Kononnya dengan alasan kezaliman ke atas muslimah..

Kalau benar nak berjuang akan nasib muslimah yang teraniaya kerana si suami yang tidak bertanggungjawab, kenapa tidak sahaja membawa perkara ini ke mahkamah syariah? Kenapa perlu di bawa ke atas pentas politik wahai ahli PAS? Apakah pentas politik PAS kini telah menjadi mahkamah syariah juga selain undi PAS dapat syurga?


Membuka pekung di dada orang bukan ajatran Islam yang benar. Iya hanya ajaran orang Yang perasan dia itu terlebih Islam dari orang lain.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam maka Allah menutup keaibannya pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Muslim Abu Daud dan At-Tirmizi)




"""Cuba kita sama-sama teliti satu kisah di zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu ketika Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka berkumpul dan datang menemui nabi.

Mereka berkata: "Ya Kaliimallah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami."

Berangkatlah Nabi Musa bersama kaumnya menuju ke padang pasir yang luas. Dengan jumlah yang ramai itu mereka berdoa dalam keadaan lusuh dan penuh debu, haus serta lapar.

Nabi Musa berdoa: "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak...wansyur 'alaina rahmatak..."

Selepas itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin berkilauan. Maknanya segumpal awan pun tidak muncul jua.

Kemudian Nabi Musa berdoa lagi: "Ilaahi...asqinaa..."

Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, maksudnya: "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa bermaksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian..."

Lalu Nabi Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya: "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun...keluarlah ke hadapan kami...kerana engkaulah hujan tidak turun..."

Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri. Tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia. Saat itu pula dia sedar kalau dirinyalah yang dimaksud.

Dia berkata dalam hatinya: "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahasiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tidak akan turun."

Hatinya pun gundah gulana. Air matanya pun menetes, menyesali perbuatan maksiatnya, sambil berkata di dalam hati: "Ya Allah! Aku sudah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun. Selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada-Mu, maka terimalah taubatku."

Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul. Semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.

Nabi Musa kehairanan. "Ya Allah, Engkau sudah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia."

Allah berfirman, maksudnya: "Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tidak kunjung turun."

Nabi Musa berkata: "Ya Allah! Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."

Allah berfirman, maksudnya: "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku!" ""

Klik sini



Lihatlah bagaimana Allah menutup aib hambaNya yang pada awalnya telah membuat maksiat selama 40 tahun tetapi apabila dalam beberapa minit dia mengeluh dan meminta ampun serta bertaubat kepada Allah, Allah mengampuninya.

Allah berfirman, maksudnya: "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku!" ""


Lihat lah wahai kaum muslimin sekalian. Allah tidak membuka aib seseorang walaupun dia bermaksiat kepadaNya! Jika mahu, tentulah Allah boleh beritahu saja kepada Nabi Musa siapa orang tersebut dan terus memintanya keluar di hadapan khalayak orang ramai.Tetapi Maha Suci Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, apa yang disuruh Allah supaya nabi Musa mengkhabarkan berita tentang orang yang membuat maksiat itu ialah hikmahNya supaya orang tersebut bertaubat!

Ya Allah Sesungguhnya Dikau maha Pengasih Lagi Maha Pengampun. Maha menutup aib aib dan kesalahan makhluqmu walaupun kami selalu membuat perkara-perkara yang Engkau larangi. Kepada Engkau kami berserah kepada Engkau Kami meminta pertolongan.

Tapi apa yang dibuat oleh ustaz ustaz peti undi duniawi kotor ini??? Mereka menjadikan ayat ayat Allah untuk membuka pekung dada orang Islam lain semata-mata untuk meraih undi politik mereka. Tiba-tiba mereka menjadi hero kepada wanita muslimah yang kononnya teraniaya oleh seorang suami yang tidak bertanggungjawab.Tetapi ke mana mereka selama ini apabila ada di kalangan pemimpin mereka yang menghadapi tuduhan tidak bertanggungjawab ke atas isteri mereka malah ada yang berkelakuan buruk ke atas isteri mereka lagi menjelikkan?

bagaimana pula dengan nasib Saudara saiful Bukhari yang sanggup mengangkat sumpah di dalam rumah Allah malah memegang Al-Quran untuk membuktikan bahawa dakwaannya terhadap Anwar Ibrahim bukan rekaan semata-mata? Ke mana ustaz-ustaz peti undi pergi? Malah mereka mengecam seorang budak muda yang beragama Islam ini hanya kerana tertuduh ialah sekutu mereka. mereka tidak langsung mahu memberi ruang keadilan kepada Saiful Bukhari malah memutar belitkan sumpah beliau sebagai palsu dan tidak benar!!


Sandiwara apa yang ustaz-ustaz peti undi sedang lakonkan??? Pasti semuanya demi meraih undi untuk peti mereka.


Jika benar mereka mahu menegakan keadilan untuk si muslimah yang terlibat, pastikan kesalahan yang sama dibuat oleh pemimpin mereka sendiri di bawa ke atas pentas politik mereka juga. Ini baru dinamakan keadilan. Tapi keadilan bagi puak ini hanya apabila menguntungkan pihak mereka. Apa apa yang merugikan pihak mereka akan disembunyikan dan di pertahankan bermati-matian walaupun ternyata ianya salah.

PS: Kenapalah orang2 pas ni suka sangat membuka aib orang? Ada satu orang PAS yg saya kenal, suka sangat buka aib orang sampai aib orang-orang mati yang dimandikannya pun dibuka dan di ceritakan kepada orang lain! Buruk sungguh perlakuan orang2 yang sebegini!

Thursday, August 20, 2009

Nik Aziz Memang Tak Cakap Palestine Tapi "Palesti aka Plastik"

Bismillah

Assalamualaikum


Heboh memperkatakan bahawa Nik Aziz menyamakan Islam UMNO dengan Islam orang Palestine. Tetapi hakikatnya Nik Aziz bukanlah bermaksud Palestine. Sebenarnya dia nak kata Plastik.Tapi oleh kerana lidahnya yang dah pekat sangat dengan loghat Kelantan, maka Plastik jadi Palestik/ Palesti.... Ini yang saya dapat tangkap apabila mengulangi audio temuramah oleh para wartawan dengan Nik Aziz. Bagi saya, ini semua masalah salah faham. Bagi pihak media, jadikan iya sebagai pengajaran supaya jangan serbu tembok sebelum melaporkan berita tentang seseorang itu tanpa menganalisis betul-betul apa yang hendak ditulis. Tapi nak salahkan wartawan sepenuhnya pun tak boleh juga.. Ini kerana sepatutnya Nik Aziz sebagai warganegara malaysia haruslah pandai berbicara bahasa baku dengan apabila membuat kenyataan rasmi ataupun berbicara dengan seseorang yg tak faham dialek Kelantan. Macam bahasa arab lah.. bahasa dialeknya bermacam-macam..Tetapi apabila berkomunikasi dengan orang Arab yg bukan dari daerah sama, mereka menggunakan bahasa Fushah..supaya senang untuk memahami antara satu sama lain..Kita yang di Malaysia ini mempunyai Bahasa baku sebagai bahasa yang dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat. jadi , kepada Nik Aziz lain kali apabila hendak bertemu bual bersama wartawan terutamanya yg bukan orang Kelantan, silalah cakap dalam bahasa baku..

Yang keduanya, memang terang di dalam audio itu Nik Aziz mengatakan Islam UMNO ialah Islam Plastik.Islam Palsu.Islam kacukan.Katanya lagi Islam ni tak boleh bawa ke akhirat.Tak boleh bawa ke syurga.Iya boleh bawa sekerat pintu kubur.


'Ajib sekali bagaimana Nik Aziz boleh tahu sekerat pintu kubur sahaja? Siap komen bahawa Islam UMNO iaitu Islam 'Pelesu" Palesti' "Kacukan" tak boleh di bawa ke syurga.Wahai Nik Aziz, setahu kami seseorang yang beragama Islam itu pasti akan ke syurga walaupun dosa-dosanya bertimbun kecuali dosa syirik yang tidak diampuni. bagaimana pula Islam UMNO hanya akan sampai sekerat pintu kubur sahaja?
Sedangkan terdapat kisah di mana ada seorang pembuat maksiat tatkala hendak dihumban ke neraka, tetapi hanya kerana bulu matanya yg pernah menjadi saksi akan hatinya yg ikhlas dengan Allah, dengan rahmat Allah maka orang itu dilemparkan ke dalam syurga.

Wahai Nik Aziz, syurga dan Neraka itu urusan Allah. Biar Allah sahaja yang menentukannya.tatkala berlaku peperangan antara sayyidina Ali dan Muawiyah, terdengar Sayyidina Ali ada di antara pengikutnya yang mengecam dan menghina serta mengutuk Muawiyah dan tenteranya. Sayyidina Ali menjadi tidak senang dengan perkara itu dan berkata kepada mereka bahawa:



" Aku tidak suka kalian mengutuk mereka, tetapi jika kalian menghuraikan kesalahan yang mereka lakukan itu lebih baik.daripada kalian mengutuk dan mengeji mereka, adalah lebih baik kalian meminta " Ya Allah selamatkanlah darah kami dan darah mereka, bukakan jalan penyelesaian di antara kami, dan bimbinglah mereka keluar dari jalan yang sesat supaya yang jahil dapat mengetahuinya, dan sesiapa yang ke arah pemberontakan dapat menjauhkan diri daripadanya( beralih arah tidak mahu berontak)"

Ini dia kata kata SAYYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH. Kata Imam haddad ;( ulama sunni yemen yang terkenal bermazhabkan Imam Shafie)

Ketahuilah, bahwa penghulu sebaik-baik manusia adalah Ayah kami (Muhammad ‎saw). dan juga Ali Al Murtadha (Ali bin Abi Thalib) sebagai kebanggaan kami"




Kalimat Sayyidina Ali ini menunjukkan betapa ummat penting untuk diselamatkan.Bukan sikap kepentingan diri sendiri wahai Nik Aziz! Walaupun menghadapai pemberontakan dari Muawiyah, namun jelas sayyidina Ali masih mendoakan kesejahteraan untuk kedua belah pihak dan tidak sekelumit pun mengharap mereka itu ke neraka!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

dan siapa pula kamu jika dibandingkan dengan Sayyidina Ali wahai Nik Aziz? Dia ialah antara 10 yang dijanjikan SYURGA.SYURGA Untuknya telah dijamin oleh Rasulullah namun tidak pernah mendoakan atau mengharapkan sesama ummat supaya ke neraka!!!!!!!!!!!!!!

Anaknya Imam Hussein, tatkala hendak dibunuh di karbala, menangis mengenangkan nasib orang-orang yang hedak membunuhnya dan keluarganya. Ditanya oleh adiknya sayeda Zeynab :

Ya hussein, Apakah yang aku melihat di wajah kamu? Adakah engkau takutkan maut?Sesungguhnya Engkau sedang menuju kepada abangmu hassan dan ayahmu Ali, dan ibumu fatimah Zahra dan datukmu Rasulullah SAW.
Lantas jawab Imam Hussein" pergilah engkau , sesungguhnya aku ini bukan orang yang takuti maut. Zeynab bertanya : jadi apakah yang aku lihat di kedua belah matamu ya Hussein.

Jawab Hussein: Sesungguhnya aku dapat melihat mereka itu akan neraka kerana membunuh kita dengan cara kebathilan!Tapi aku mahu mereka itu masuk ke dalam syurga!

Apakah maksudnya ini? Maksudnya Imam Hussein menginginkan mereka masuk ke syurga! Beliau tidak dapat menahan diri melihat orang-orang Islam itu masuk ke neraka kerana membunuhnya dan keluarganya! Soal siapa Hussein sedang berbicara ini? Bukan tetangganya mahupun keluarganya ataupun pengikutnya tetapi orang-orang yang hendak membunuhnya!!!!!!!

Inilah dia sikap seorang Muslim yang tulen yang benar benar mempunyai iman yang tinggi Wahai Nik Aziz.Inilah sikap seorang ahlulbait Rasulullah yang sentiasa mempunyai jiwa lembut terhadap ummah Muhammad .Tidak pernah mereka menghamburkan kata-kata untuk orang lain supaya ke neraka tetapi dengan tangisan dan belas kasihan mereka persembahkan kerana kasih sayang mereka yang cukup tinggi terhadap Ummat Islam Ummat Nabi Muhammad kekasih Allah dan makhluq paling Mulia di sisi Allah!!!!!!!

Dan bukan seperti kebanyakan Syiah yang menggambarkan bahawa ahlulbait itu bersikap pendendam dan pemarah! Syiah yang mengatakan bahawa mereka itu kononnya pengikut ahlulbait tetapi langkah dan setiap perbuatan tutur kata mereka tidak sama sekali dengan jiwa ahlulbait rasulullah yang sebenar!Namun begitu, pinta saya supaya Allah mengembalikan orang-orang Syiah ini ke jalan yang benar kerana mereka masih sebagai saudara shahadah dan Islam kita.Janganlah pula kita membenci mereka tetapi kita perlu berusaha untuk membawa mereka kembali ke jalan yang paling diredhoi Allah dan dekat dengan Rasulullah SAW. Ini kerana, ummat islam baik Sunni ataupun Syiah perlu bersatu melawan musuh yang sebenar iaitu musuh sejati Islam!




Sudah sudahlah Nik Aziz dan PAS menggunakan Islam di dalam politik duniawi hingga memecahbelahkan ummat.Kembalilah ke jalan yang hakiki iaitu Ummah di dahulukan . Bantulah sesama Islam untuk membawa kembali ummat ke jalan Allah dengan berhikmah! Bukan dengan cacian dan makian wahai Nik Aziz.Bukan dengan mengatakan bahawa TUHAN PUN MENCARUT. Bukan dengan mengatakan NABI PUN BERKRONI. Bukan..bukan..bukan wahai Nik Aziz.. Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita bermuhasabahkan diri tentang kesilapan masing-masing. Setiap manusia tidak pernah terlepas dari melakukan dosa kecuali para Rasul dan Nabi.


UPDATE:

Hari ini ada transkrip penuh dari utusan berkenaan kata2 nik aziz tempoh hari:

Isu masuk syurga: Transkrip kenyataan Nik Aziz
KUALA LUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos lalu.

Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’


UTUSAN

Sunday, August 16, 2009

Sama2 mencari redha Allah dan keadilan buat yang teraniaya

Bismillah,

assalamualaikum,

Ramadhan adalah bulan penuh berkah dan keajaiban.

Di bulan inilah di turunkan Al-Quran yang penuh hikmah dan keajaiban. Kedatangannya di nanti para pecinta Diri-Nya, Rahmat-Nya dan kemurahan-Nya.

Di bulan inilah sang pengemis menjadi kaya.Biar pun pengemis kekayaan dunia atau pahala.Semuanya mengemis pada Allah SWT dan mendapat kekayaan.

Pengemis adalah gelaran kemuliaan bagi sang hamba dan Dialah Allah yang Maha Agung,Tuan yang Maha Sempurna dan penuh keadilan.

Kami panjatkan pada-Mu ya Allah doa yang tak putus-putus demi rahmat dan kasih sayang Mu.

Kami panjatkan ya Allah permohonan keadilan buat saudara kami Saiful bukhari yang sedang beruang menuntut keadilan. Setelah setahun umur sumpah beliau, maka Engkaulah penebar keadilan yang Sempurna.

Moga pendusta dan penzalim jatuh di dalam kehinaan walau di mana2 mereka berada supaya mereka sedar akan kedurjanaan mereka.Sesunngguhnya Engkau membenci kezaliman dan pendustaan ya Allah.

Ya Allah kami alu-alukan bulan indah lagi permai dengan tunduk dan patuh pada-Mu melalui kekuatan-Mu yang Hakiki.

Ya Allah kembalikan kami semua ke jalan-Mu dan jatuhkanlah kekafiran dari dalam diri kami.Hapuskanlan ego kami terhadap-Mu ya Allah. Satukan hati kami dengan kebaikkan-Mu.
Jauhilah kami dengan kemunafikkan dan Ulama yang jiwanya seperti bangkai yang membusuk dan bila terhidu ilmu mereka hati kami menjadi gelap.ya Allah..Ya Allah.Ampunkan kami.

Sedarkan kami..sesungguhnya bala yang telah Engkau jatuhkan pada kami hari ini adalah nikmat taubat yang engkau berikan kepada kami.Sedarkan Ummat Islam Melayu ya Allah..supaya mereka kembali pada-Mu dan jalan Nabi-Mu Muhammad(saw).Bukan jalan yang penuh benci sesama Ummat ya Allah.

Kasihi kami Ya Allah..doronglah kami kepada-Mu ya Allah. Haspuslah keegoan dan riya' dari hati kami ya Allah.

Ya Allah Engkaulah yang berhak ke atas jiwa,ruh dan tubuh kami. Jemputlah kami dengan lilitan shahadah di seluruh kewujudan kami ya Allah.

ya Allah,kami pohon sekali lagi ya Allah..bantulah saudara kami Saiful Bukhari.Buktikanlah penerimman-Mu yang maha Agung terhadap sumpah beliau.Jatuhkanlah penzalim walau di mana mereka berada.

Kami bersama-sama pengadilan-Mu ya Allah.Menerima apa sahaja hukuman pengadilan -Mu ya Allah.Buktikan siapa yang bersalah dan siapa yang tidak bersalah ya Allah. Hapuskanlah perosak agama-Mu dan kumpulan-kumpulan mereka ya Allah. Masukkanlah kami di dalam rahmat dan keampunan-Mu ya Allah.

Haspukanlah budaya tunding jari dari kalangan kami ya Allah.Sedarkanlah kami yang kami ini pendosa yang perlu meletakkan kasih sayang dan belas kasihan di dalam diri kami untuk Ummah RasulAllah(saw).

Demi Rasul-Mu yang paling Engkau cintai ya Allah..terimalah doa kami wahai pemilik hamba2-Mu.

ya Rahman Ya Raheem ya dzaljalali wal ikram.Ya Allah Ya Allah.

Allahumma Ameen!!

Friday, August 14, 2009

Pengaduan Kepada Allah.Mari kita Hayati dan kembali bersatu wahai umat Islam







Tuhan Kau telah memberitahu kami
Tentang peristiwa akhir zaman
Peristiwa di zaman kami ini
Melalui lidah NabiMu

Di zaman ini ikhtilaf banyak terjadi
Firqah sesat tujuh puluh dua banyaknya
AlQuran dijadikan barangan dagangan
Isinya sudah tidak dihiraukan

Tuhan kekasihMu memberitahu
Dunia dijadikan barang yang diburu
Muslimin diseksa dan dihina
Oleh tangan-tangan kafir durjana

Tuhan NabiMu terus bermadah
Ilmu Akhirat ditinggalkan orang
Ilmu dunia dijadikan rebutan
Perempuan-perempuan dijadikan hiasan

Rumah-rumah syaitan penuh riang
Rumah-rumah Tuhan kosong dan lengang

Tuhan yang paling menakutkan
NabiMu pernah bersabda
Di akhir zaman yang paling jahat
'Ulama yang memandang dunia
Tabi'atnya busuk bak bau bangkai
Siapa tercium kan mati jiwanya

Tuhan NabiMu menyambung lagi
Terhadap peristiwa akhir zaman
Perempuan hilang malunya
Anak tidak hormati ibu bapa
Bahkan keduanya dijadikan kuli
Atau sudah tidak dipeduli

Tuhan penutup kata kami ceritakan
Dari lidah Nabi kekasihMu
Rezeki yang halal susah dicari
Ibarat mencari berlian berharga
Tuhan kekasihMu menjanjikan
Kedatangan mujaddid baru

Muslimin nasibnya akan terbela
Rumah-rumah Tuhan penuh riang
Rumah-rumah syaitan akan musnah
Perempuan-perempuan akan dilindungi
Anak-anak soleh dan solehah
Kebenaran kan pasti terbukti

Wednesday, August 12, 2009

Tunding Jari: Budaya Nik Aziz dan Pas




KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.

Nik Aziz berkata untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpinpemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya.

Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.

Sebaliknya beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.

"Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang," katanya.BERNAMA








Komen:

Asal DAP berbunyi sumbang, Nik Aziz dan konco2nya pasti melindungi mereka walaupun bunyi-bunyian tersebut menghina Islam! Kononnya PAS parti Islam.Pas parti yang nak menegakkan negara Islam. Pas parti yang memperjuangkan quran dan sunnah.Tetapi apabila DAP menghina Islam, menghina institusi Islam, Nik Aziz pasti menunding jari ke arah orang lain.Alah, serupa macam kes buku Shahnon " SHit" lah.Apabila dipersoalkan mengenai kandungan buku tersebut yang dihiasi dengan maki carut , Nik Aziz mengeluarkan fatwa "Tuhan Pun Mencarut". Logik kah "P*** M**" dibandingkan dengan perkataan-perkataan yang diturunkan oleh Allah di dalam Al-Quran???! Na'uthubillah Min Thalik! Semoga Allah melindungi kita daripada terjerumus memfitnah Tuhan Pemilik Semesta Alam.

Berbalik kepada isu di atas, yang pastinya Nik Aziz sekali lagi menunding jari ke pihak lain apabila isu DAP menghina Islam sedang panas ketika ini.Di mana kredibiliti dan keikhlasannya sebagai orang yang berpengetahuan agama di dalam perkara ini? Kenapa hanya mendiamkan diri tanpa menegur perbuatan khianat DAP tersebut?!! Kenapa tak habis-habis menunding jari ke arah orang lain?! Sekurang-kurangnya nyatakan pendirian kamu sebagai orang agama bahawa perbuatan mereka itu salah! Nyatakan bahawa mereka perlu menghormati sentimen orang2 Islam dan menghormati agama Islam di negara ini. Rasanya sudah lama PAS dan DAP berpakatan sejak sebelm Parti Kelentong rakyat wujud.Tetapi PAS masih tidak dapat menghentikan DAp dari bersikap prejudis terhadap Islam!Oh,lupa saya. Strategi berdakwah PAs ialah nak berdakwah kepada DAP kena ambil masa..kena sabar. kena sopan santun.. kena lemah lembut.. Tapi kalau nak berdakwah kepada sesama Islam kena mencarut, kena maki, kena menghina, kena keras...Tak gitu Pas?tak Gitu Nik Aziz? Pas Oh Pas.. Sungguh bertentangan strategi berdakwah kalian dengan ajaran Al-Quran..




Firman Allah SWT



Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir [dengan kekuatan orang-orang mu’min]. Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar. (29)” (Surah Al-Fath)





Semoga Allah memberi petunjuk kepada kalian dan mengadili kalian secukup-cukupnya kerana mempergunakan agamaNya untuk memecahbelahkan lagi kesatuan Ummat Nabi Muhammad!