Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Monday, August 31, 2009

Kepala Lembu , kuil banyak, Negara Hindu atau negara Islam???

Bismillah

Assalamualaikum,


Sekarang ini sedang heboh mengatakan bahawa segolongan penduduk orang Melayu Islam di seksyen 23 tidak menghormati sensitiviti agama Hindu. Walhalnya kepala lembu itu dibawa sebagai tanda protes 'kebodohan' pemimpin yang terlibat dalam membina kuil di kawasan penempatan tersebut. terus terang saya katakan, saya tidak bersetuju dengan kepala lembu itu tetapi bukan kerana sensitiviti agama Hindu! bagi saya iya tidak sedap mata memandang kerana sebagai orang Islam kita ada etika dan akhlaq yang perlu dijaga bukan sahaja sesama manusia malah sesama haiwan. Apa pun saya faham akan keadaan orang orang Melayu tersebut yang berada di dalam keadaan marah. Semuanya menjadi tenggelam punca. Tetapi yang hairannya pemimpin tersebut boleh sempat 'konar baring' menunding jari dengan mengatakan mereka ini tidak menghormati sensitiviti penganut agama lain. Apa ini?? Kenapa nak 'divertkan ' isu pulak? Sudah terang lagi bersuluh tujuan mereka untuk tuju kepada pemimpin sebagai lembu! Bukan nak menghina penganut Hindu.Tapi kerana statement konar baring mereka ini telah menyebabkan hubungan antara kaum kian lebih tegang! Siapa sebenarnya yang nak cetuskan isu perkauman sekarang ni?

Yang isu kepala babi diletakkan di sangkut di atas pagar orang islam kenapa tak disuarakan sekali ?? tak pula aku dengar mana-mana pihak bangun dan keras memberi amaran jangan lukakan perasaan orang islam Melayu!Tetapi sebaliknya pihak pihak ini menyalahkan pihak UMNO yang kononnya bertanggungjawab walaupun mereka tiada bukti langsung!!

Berapa banyak kuil lagi mahu dibina? Malaysia ialah sebuah negara dimana ISLAM adalah agama rasminya. Tak ajaibkah apabila tiba-tiba jumlah rumah ibadat bukan Islam melebihi jumlah masjid dan surau?? Perkara 3 Perlembagaan mengenai kedudukan Islam sebagai agama kepada Persekutuan perlu diberi keutamaan dalam sebarang perubahan yang hendak dibuat dengan kita tidak menafikan hak bukan Islam termasuk terhadap rumah-rumah ibadat.

Tapi kenapa yang terjadi sebaliknya?
Tak cukup dengan itu, nak sumbat juga kuil kuil tersebut di dalam kawasan penempatan Orang Islam. Makin lama makin hak Islam dinafikan.Makin lama makin hak Islam dipersoalkan!

Apa sudah lupakah kejadian di Kampung Rawa Pulau pinang di mana perang agama hampir tercetus apabila kuil dan masjid dibina bersebelahan??

Sedarlah wahai Umat melayu Islam weiiiiiii.... takkan sampai nasi dah jadi bubur baru nak terkinja-kinja?


Berikut ialah masalah pembinaan rumah ibadat bukan Islam ini yang telahpun dibincangkan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke 12 pada 21 – 22 Januari 1985. Bagi mengatasi masalah di atas berikut ini diperturunkan cadangan garis panduan membina rumah-rumah ibadat bukan Islam berdasarkan keputusan muzakarah tersebut.



Cadangan Garis Panduan


2.1 Dengan mengambil ingatan agama Islam adalah agama negara dan agama lain boleh diamalkan dengan aman damai berdasarkan Perkara 3 di dalam Perlembagaan Negara, maka adalah disyorkan garis panduan seperti berikut:


2.1.1

Sekiranya mereka (orang-orang bukan Islam) hendak mendirikan rumah ibadat mereka di atas tanah yang mereka miliki boleh dibenarkan dengan syarat tapak tersebut terletak di dalam kawasan majoriti penduduk bukan Islam mengikuti keperluan penganut agama mereka.





2.1.2

Semua permohonan bagi pembinaan rumah-rumah ibadat bukan Islam hendaklah dirujukkan kepada Majlis Agama Islam Negeri bagi mendapatkan pandangan serta apa-apa keputusan mengenainya.





2.1.3

Pihak Berkuasa Tempatan yang hendak meluluskan pembinaan rumah ibadat bukan Islam hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan/pandangan jawatankuasa kemajuan kampong di mana rumah ibadat tersebut hendak didirikan.





2.1.4

Permohonan orang-orang bukan Islam untuk membina rumah ibadat mereka di kawasan majoriti orang-orang Islam tidak boleh dibenarkan walaupun di atas tapak kepunyaan mereka.





2.1.5

Pihak berkuasa tempatan hendaklah benar-benar mempastikan jumlah bilangan penduduk bukan Islam di kawasan berkenaan sebelum meluluskan sebarang permohonan rumah ibadat bukan Islam. Ini adalah untuk mempastikan pembinaan rumah ibadat tersebut benar-benar memenuhi keperluan penduduk berkenaan.





2.1.6

Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah bertindak tegas terhadap rumah-rumah ibadat bukan Islam yang didirikan tanpa kebenaran ataupun yang didirikan di atas tapak yang tidak diluluskan oleh Kerajaan.





2.1.7

Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mempastikan jarak di antara sebuah rumah ibadat dengan sebuah rumah ibadat yang lain tidak kurang daripada 1 kilometer. Jarak minima ini hendaklah dikenakan kepada semua rumah ibadat sama ada rumah ibadat Islam ataupun sebaliknya.




3.

Penutup


Masalah pembinaan rumah-rumah ibadat ini adalah masalah sensitif dan pihak berkuasa hendaklah bertindak tegas berdasarkan kepada panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Kegagalan melaksanakan prinsip ini adalah ditakuti akan mencetuskan perkara-perkara yang akan mengugat kestabilan perpaduan kaum di negara ini.

Bahagian Hal Ehwal Islam

Jabatan Perdana Menteri

Kuala Lumpur

17 Julai 1987

Klik

0 comments: