Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Sunday, August 16, 2009

Sama2 mencari redha Allah dan keadilan buat yang teraniaya

Bismillah,

assalamualaikum,

Ramadhan adalah bulan penuh berkah dan keajaiban.

Di bulan inilah di turunkan Al-Quran yang penuh hikmah dan keajaiban. Kedatangannya di nanti para pecinta Diri-Nya, Rahmat-Nya dan kemurahan-Nya.

Di bulan inilah sang pengemis menjadi kaya.Biar pun pengemis kekayaan dunia atau pahala.Semuanya mengemis pada Allah SWT dan mendapat kekayaan.

Pengemis adalah gelaran kemuliaan bagi sang hamba dan Dialah Allah yang Maha Agung,Tuan yang Maha Sempurna dan penuh keadilan.

Kami panjatkan pada-Mu ya Allah doa yang tak putus-putus demi rahmat dan kasih sayang Mu.

Kami panjatkan ya Allah permohonan keadilan buat saudara kami Saiful bukhari yang sedang beruang menuntut keadilan. Setelah setahun umur sumpah beliau, maka Engkaulah penebar keadilan yang Sempurna.

Moga pendusta dan penzalim jatuh di dalam kehinaan walau di mana2 mereka berada supaya mereka sedar akan kedurjanaan mereka.Sesunngguhnya Engkau membenci kezaliman dan pendustaan ya Allah.

Ya Allah kami alu-alukan bulan indah lagi permai dengan tunduk dan patuh pada-Mu melalui kekuatan-Mu yang Hakiki.

Ya Allah kembalikan kami semua ke jalan-Mu dan jatuhkanlah kekafiran dari dalam diri kami.Hapuskanlan ego kami terhadap-Mu ya Allah. Satukan hati kami dengan kebaikkan-Mu.
Jauhilah kami dengan kemunafikkan dan Ulama yang jiwanya seperti bangkai yang membusuk dan bila terhidu ilmu mereka hati kami menjadi gelap.ya Allah..Ya Allah.Ampunkan kami.

Sedarkan kami..sesungguhnya bala yang telah Engkau jatuhkan pada kami hari ini adalah nikmat taubat yang engkau berikan kepada kami.Sedarkan Ummat Islam Melayu ya Allah..supaya mereka kembali pada-Mu dan jalan Nabi-Mu Muhammad(saw).Bukan jalan yang penuh benci sesama Ummat ya Allah.

Kasihi kami Ya Allah..doronglah kami kepada-Mu ya Allah. Haspuslah keegoan dan riya' dari hati kami ya Allah.

Ya Allah Engkaulah yang berhak ke atas jiwa,ruh dan tubuh kami. Jemputlah kami dengan lilitan shahadah di seluruh kewujudan kami ya Allah.

ya Allah,kami pohon sekali lagi ya Allah..bantulah saudara kami Saiful Bukhari.Buktikanlah penerimman-Mu yang maha Agung terhadap sumpah beliau.Jatuhkanlah penzalim walau di mana mereka berada.

Kami bersama-sama pengadilan-Mu ya Allah.Menerima apa sahaja hukuman pengadilan -Mu ya Allah.Buktikan siapa yang bersalah dan siapa yang tidak bersalah ya Allah. Hapuskanlah perosak agama-Mu dan kumpulan-kumpulan mereka ya Allah. Masukkanlah kami di dalam rahmat dan keampunan-Mu ya Allah.

Haspukanlah budaya tunding jari dari kalangan kami ya Allah.Sedarkanlah kami yang kami ini pendosa yang perlu meletakkan kasih sayang dan belas kasihan di dalam diri kami untuk Ummah RasulAllah(saw).

Demi Rasul-Mu yang paling Engkau cintai ya Allah..terimalah doa kami wahai pemilik hamba2-Mu.

ya Rahman Ya Raheem ya dzaljalali wal ikram.Ya Allah Ya Allah.

Allahumma Ameen!!

2 comments:

sangguna said...

aku ada terbaca komen kau dlm blog house pk, alhamdullilah ada jugak org yg cerdik pemikirannya mcm kau, komen kau itu aku sokong 100%, cukup fakta klu didalami dgn sebenar2nya.
Teruskan usaha kau, apa yg kau fikirkan sama spt apa yg kita org melayu Islam fikirkan.
Org umno memang ada yg tak betul tapi bkn semuanya mcm tu, klu nak dibandingkan dgn PR apa kurangnya. Teruskan usaha baik kau, utk kesedaran org melayu Islam di Malaysia ni.

Aku said...

salam Saudara Sangguna

terima kasih kerana memahami maksud dan tujuan saya di sini. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.. tetapi ummat islam dari dulu lagi tak mahu belajar dari kesilapan dan terus menerus melakukan kesalahan yg sama kerana ego dan taksub mereka terhadap sesuatu yg sementara..