Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Thursday, January 7, 2010

Kalimah Allah : Bilakah 'Bible Arab' wujud? Agama samawi?

Bismillah

Assalamualaikum


Para Anbiya'

Islam itu sendiri wujud sejak dari zaman Nabi Adam Alaihissalam . Bahkan diceritakan bahawa setelah kewafatan Nabi Adam AS, Nabi Shith iaitu anak kepada Nabi Adam diangkat menjadi pengganti baginda untuk memimpin manusia supaya sentiasa berada di jalan Allah.Dan setelah wafatnya pula Nabi Syith, dikhabarkan bahawa datang pula seorang Nabi dari keturunan Nabi Shith iaitu Nabi Idris. Ketinggian serta kedudukan Nabi Idris telah termaktub di dalam Al-quran di mana Allah berfirman :

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Idris; sesungguhnya adalah ia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta ia seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.( Surah Maryam : 56-57)


Nabi Idris merupakan keturunan Nabi Syith.Ayahnya bernama Yarid anak kepada Mahla'il.Nabi Idris merupakan orang pertama yang dikatakan menulis dengan pen. Baginda dilahirkan di Babylon, Iraq.

Namun begitu, iblis tetap teguh menjalankan rencananya untuk mnyesatkan anak anak Adam.Dikatakan bahawa setelah wafatnya Nabi Idris, iblis menyerupai seorang lelaki lalu membisikkan kepada segolongan mansuai itu untuk membina 5 patung orang-orang alim sebagai peringatan.Dan lama-kelamaan iblis menghasut mereka untuk menyembah patung brupa manusia itu dan malangnya sebahagian golongan mreka itu jatuh ke dalam perangkap Iblis dan bermulalah era mensyirikkan Allah yang Satu. Seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran:

Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr ( Surah Nuh: 26 )

Kemudian kekufuran mula melanda jiwa anak anak Adam. Mereka berpaling daripada jalan Allah dan mula membuat kerosakan. Lalu Allah mengutuskan seorang Nabi dan rasul iaitu Nuh Alaihissalam. Dikatakan bahawa jarak antara nabi Idris dan nabi Nuh ialah seribu tahun. dan selama 950 tahun Nabi Nuh mengajak manusia - manusia yang melakukan kekufuran dan kesyirikan ini kembali kepada Islam dan Allah yang Satu. Namun hanya kurang 100 orang yang beriman dengan Nabi Nuh. Seterusnya, kita sudah sedia maklum bagaimana Nabi Nuh membina kapal yang diperintahkan oleh Allah dan bagaimana nasib semua orang termasuk anak-anak dan isteri baginda yang turut menderhakai Allah (kecuali tiga anak nabi Nuh) setelah Allah menurunkan bala banjir yang besar.
Diriwayatkan bahawa tiga anak nabi Nuh ini merupakan moyang kepada bangsa-bangsa yang wujud sekarang ini. Mereka ialah Sam, Ham dan Yafith.

Kemudian kita boleh melihat bagaimana Nabi Hud yang merupakan nabi berketurunan Arab di utuskan Allah yang berada di Yaman. Sebagaimana yang kita sedia maklum, ada yang beriman dengan seruan Nabi Hud dan ada yang mengengkarinya lalu di turunkan bala ke atas mereka. Namun bagi orang-orang Kristian, mereka menolak penceritaan mengenai Nabi Hud.Ini kerana kata mereka Nabi Hud tiada di dalam Bible.



Kepada Allah Yang Satu

Apa-apa pun melalui perjalanan sirah nabi-nabi di atas, jelas kita dapat melihat bahawa mereka berusaha untuk membawa manusia kepada Allah yang Satu. Dan tidak sesekali bersekongkol dengan manusia-manusia kufur untuk mensyirikkan Ke-Esaan Allah . Dan jelas melalui lidah Nabi junjungan kita Muhammad SAW ,agama yang satu-satunya benar di sisi Allah ialah ISLAM.Bukan Kristian atau Judaism dan sebagainya.Semua para anbiya sejak dari Nabi Adam AS merupakan Muslim dan menyembah Allah yang SATU. Bukan Allah dua, tiga atau Allah yang dipersekutukan dengan manusia dan lain-lain.




Bila wujudnya Bible Bahasa Arab?

Sebenarnya 'Old Testament' dan 'New Testament' wujud dan mula di'terjemahkan' ke dalam Bahasa Arab setelah beratus-ratus tahun Rasulullah wafat!

An Arabic version of the Hebrew Bible was made in the tenth century by Saadia ha Gaon. Only its Pentateuch, Minor Prophets, Isaias, Psalms, and Job have been preserved. In 1671 an Arabic Bible was published at Rome under the direction of Sergius Risi, Archbishop of Damascus. It appeared in numerous later editions. A mutilated reprint of it (London, 1822) was circulated by the Bible Society. To offset this Protestant influence, complete Arabic versions were issued both by the Dominicans at Mossul (1875-8) and the Jesuits at Beirut (1876-8).




Dan di dalam sebuah website anti Islam yang dikelolakan oleh orang Kristian mengatakan bahawa :
What we need to understand is that Mohammed had no Bible available in his native tongue, there was no Arabic translation until at least 200 years after he lived. Click



Jadi sebelum ini, orang-orang Arab Kristian pakai Bible apa ya? Adakah ini maksudnya ketika zaman RasulAllah, tiada Bible Arab yang ditulis di dalamnya Allah Bapa , Allah Anak? Mungkinkah hanya secara lisan golongan Arab Kristian ini menggunakan Allah .Itupun kerana lidah mereka ialah lidah Arab setelah mereka ini di kristiankan? Jangan kita lupa bahawa Orang Arab ini telah diperkenalkan untuk menyembah Allah yang Satu dan agama Islam sejak dari zaman Nabi Ibrahem lagi melalui Nabi Ismael.Disebabkan itu kita boleh melihat nama nama seperti Abdullah wujud sejak sebelum RasulAllah dilahirkan. Ini kerana contohnya ibu dan ayah Nabi Muhammad berpegang kepada syariat Nabi Allah Ibrahem!


Bahasa Nabi Ibrahem Dan Nabi Ismael AS

Nabi Ibrahem merupakan moyang kepada baginda Rasulullah SAW melalui Nabi Ismail.
Mereka berdua telah membina Kaabah seperti yang diperintahkan Allah dan tidak lupa juga kita bagaimana kisahnya ibu Nabi Ismael yang bersa'ie ketika hendak mendapatkan air untuk anakanda tercinta .Di situlah bermulanya sejarah air Zam Zam. Sejak itu, petempatan yang pesat mula kukuh di sekitar Kota Makkah. Maka datanglah kabilah-kabilah Arab termasuk kabilah Jurhum yang meminta izin daripada Siti Hajar untuk tinggal di situ kerana mempunyai sumber air dan mula membina petempatan mereka di situ. Nabi Ismail dikatakan membesar dan belajar berbahasa Arab dari orang-orang Arab tersebut dan turut mengahwini wanita Arab.Di sini kita dapat melihat bahawa Nabi Ismael dan Nabi Ibrahem tidak berbahasa Arab tetapi mengikut sejarah,Nabi Ibrahem kemungkinan bertutur bahasa Akkadian . Mengikut sesetengah pendapat, suhuf(lembaran2) yang diturunkan kepada Nabi Ibrahem ialah di dalam bahasa Akkadian( Allahu 'Alam). Taurat pula di dalam Bahasa Aramaic(tetapi pada yahudi iia diturunkan di dalam bahasa Hebrew) dan begitu juga dengan Injil(bible tulen). Seperti firman Allah :

Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.( Surah Ibrahem : 4 )



Namun begitu, kesemua bahasa yang disebut di atas termasuk bahasa Arab merupakan 'satu famili' yang dikenali sebagai Bahasa Semetic.Jadi tidak hairanlah jika kebanyakan perkataan di dalam bahasa-bahasa di atas mempunyai persamaan.


Maka orang-orang Arab tersebut beriman dan mengikuti ajaran Nabi Allah Ibrahem dan anaknya nabi Ismael alaihumma alsalam. Mereka di ajar kepada Allah yang Satu dan mematuhi ke semua perintah-perintah Allah dan menjauhi semua larangan yang diturunkan.


Jadi sebelum datangnya Kristian, Islam telah bertapak di dalam jiwa orang-orang Arab melalui Islam yang di bawa oleh Nabi Ibrahem. Namun, apabila seseorang yang bernama
Amro Bin Lahi Khuzaie dari kabilah Khuzaa berkuasa di Makkah, dialah orang pertama yang dikatakan telah cuba menukar ajaran agama Nabi Allah Ibrahem dengan paganism.

Firman Allah:

Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani memperdebatkan tentang (ugama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal? ( Surah Aali-Imran : 65 )


Jelas ayat di atas kepada kita ummat Muslimin bahawa Nabi Muhammad SAW ialah sebagai utusan Allah yang menyambung perjuangan rasul-rasul sebelum baginda .Dan bahawasanya agama Islam ialah agama Allah sejak dari zaman Nabi Adam lagi seterusnya Nabi Ibrahem dan sampailah kepada Nabi Muhammad yang merupakan penutup segala Rasul dan pelengkap risalah-risalah Allah yang diutuskan kepada Rasul-rasul sebelum baginda.


Dan jelas juga kepada kita ummat Muslimin bahawa satu-satunya agama Allah yang di bawa oleh Nabi Isa AS ialah ajaran agama yang sama dibawa rasul sebelum baginda iaitu ISLAM. Setiap nabi dan Rasul ini tidak pernah menklaimkan bahawa ajaran agama mereka ialah Kristianiti atau Judaism.Dan walaupun setiap rasul diutuskan kepada kaum mereka, ini tidak bermakna mereka membawa perbedaan tetapi semuanya dari sumber yang sama dan ajaran yang sama iaitu Allah dan ISLAM .



Agama Samawi


“Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (muslim) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik.”(Surah Ali Imran :67)

Ayat Allah di atas terang membuktikan bahawa Kristianisasi dan Judaism tidak mengikuti Millah Ibrahim. Kerana sesungguhnya Millah Ibrahem tidak sesekali mensyirikkan dan mempersekutukan Allah! Bahkan mereka ini juga telah dilaknati oleh nabi mereka sendiri seperti firman Allah di bawah:

“Telah dila'nati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan 'Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas” (Al Maidah:78)


Tidak!Jika kita membaca Al Quran Al karim, tentu pernyataan agama-agama samawi itu adalah bathil dan Demi Allah mereka Yahudi dan Nasrani bukanlah golongan yang mengikuti Millah Ibrahem kerana Nabi Ibrahem sendiri telah berpesan dan mewasiatkan kepada anak cucu nya sendiri seperti difirmankan Allah di dalam Al-Quran:

“Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. : "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam"( Al-Baqarah : 132)

dan lagi:

Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk ugama Yahudi atau pemeluk ugama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah (wahai Muhammad: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut ugama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik". (Surah Al-Baqarah : 135)


Dimana agama samawinya yang dikatakan tiga itu?

Dengan demikian saya tidak sesekali akan mengiktiraf agama mereka merupakan agama wahyu kerana Rasulullah SAW pernah bersabda :

“Sesungguhnya para nabi itu bersaudara, bapak mereka satu, ibu mereka berbeda, sedang Agama mereka satu (Hr. Ahmad, dlm Bukhari- Muslim)

Jadi bagaimana mungkin istilah agama-agama samawi ini direlakan oleh sebilangan ummat Islam untuk menyamakan kedudukan agama Nasrani dan Yahudi yang sesat setaraf Millah Ibrahem ?!

Firman Allah di dalam AL-Quran:

“Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.( Aali Imran :85)


Sesungguhnya agama yang diwasiatkankan turun temurun daripada para Nabi dan para Solihin ialah ISLAM.


Konklusi

Islam mengajar semua golongan lapisan masyarakat mengenal siapa itu Allah. Setiap bangsa apa pun apabila memeluk Islam mengetahui Allah ialah Tuhan yang Satu . Tetapi ini berbeda dengan Kristian di mana , setiap bangsa apa pun yang menganuti agama Kristian mengenali Yahweh sebagai Tuhan mereka .

Sejak kedatangan Rasulullah, orang orang Ajam dan terutama sekali orang-orang yang tidak mengunakan bahasa Semetic seperti Melayu hanya mula mengenal kalimah Allah melalui Islam . Tetapi di kalangan bangsa Ajam Kristian pula,mereka mengenal Allah melalui apa? Bukankah melalui Islam juga? Buktinya, rata-rata orang Bukan Islam dari dulu lagi selalu menyebut Tuhan Allah, Allah orang Islam dan sebagainya. Bahkan para mubaligh Kristian yang datang bersama penjajah beratus tahun dahulu tidak langsung memperkenalkan istilah Allah dalam ajaran agama mereka apatah lagi mahu mengiktiraf Nya. Dan tidak kedengaran pula Bible bahasa Arab di waktu itu .

Jadi dengan rasional apakah yang menyebabkan mereka ini menuntut kalimah Allah di Bumi Melayu?


Sesungguhnya selain daripada Umat Islam, seluruh umat manusia juga wajib berserah dan memperakui Allah. Namun, Kesucian kalimah Allah yang hendak dikotorkan dan dibathilkan, kita sebagai umat Islam tidak boleh bersekongkol dalam usaha untuk mensyirikkan Allah walaupun setitik ataupun sesaat.Di sebabkan itu marilah sama - sama kita berdoa agar pihak kita akan memenangkan kembali kes ini .

Update: Di minta para umat Islam bertenang. Pihak musuh sentiasa mengawasi untuk mengambil kesempatan untuk mengapi-apikan keadaan kini. Berikutan dengan berita yang dikatakan ada gereja di serang, ini semua ialah kemungkinan satu provokasi untuk menghuru harakan negara. Umat Islam haruslah bijak dan tidak melatah dalam mengambil tindakan. Inshallah, Allah itu sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar.

4 comments:

Anonymous said...

ahh...buang masa jer layan isu cmni. Akhirnya melayu jugak yg rugi. 1-1 isu melanda,ape tandenya? ahh...owang islam dah jauh dr quran dn sunnah. Lantak korang la.. Bertekak la sampai muntah...sorang pertahan tu,sorang pertahan ni. aku rasa si mualap tu je yg ok.

Aku said...

wa alaikom alsalam saudara,

inshallah saya akan lakukan seperti yang saudara sarankan.

terima kasih kerana sudi melawat blog saya.Semoga Allah merahmati saudara keluarga selalu inshallah.

Yb Raz said...

aku bengang bila tiba tiba ko panggil aku kimak. nak pulak sekadar pasal amy search layan nik aziz.

Aku said...

bro, demi Allah semua kalam yg mengunakan nama saya bukan kalam dari saya. nampaknya mereka ni suka mempermainkan idntiti org dan memfitnah org.. saya tak pernah pun menggunakan carutan di dalam tulisan saya apatah lagi mencarut kat orang lain, astaghfirullah el3athem..saya tahu mereka ni org yg serupa datang ke blog saya dengan pelbagai identiti untuk buat 'havoc.. laknatlah org yg memfitnah dan adu dombakan org..boleh pulak guna blog saya.. mereka ni dah hack blog saya nampaknya..

ps: nampaknya iblis fitnah dah berjaya mengapikan umat islam..
ANUGERAH TU PUN LANGSUNG SAYA TAK TONTON ATAU BERMINAT ATAU TAHU MENGENAINYA, MCM MANA PULAK SAYA NAK KOMN PASAL ARTIS 2 NI SEMUA..NAMPAK SANGAT ORG ORG NI UKA NAK JADI PEMFITNAH YG NYATA DILAKNAT ALLAH DAN RASUL