Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Monday, January 11, 2010

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH BAGI AGAMA LAIN MENURUT WAKIL AL-AZHAR

Bismillah

Assalamualaikum

Oleh : Abu Haseef

Penulis sempat mengajukan persoalan ini kepada Wakil al-Azhar @ Naib Syeikh al-Azhar Syeikh Abdul Fattah 'Allam. Beliau menjelaskan bahawa perkara ini sebenarnya telah dibawa ke pengetahuan Syeikh al-Azhar oleh Duta Malaysia ke Mesir. Beliau berpendapat bahawa tindakan kerajaan Malaysia menegah penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat. Ini kerana kalimah Allah tidak boleh disamaertikan dengan kalimah Rabb yang membawa makna Yang Mewujudkan. Sebagaimana maklum penganut bukan Islam menamakan sebarang tuhan yang mereka sembah seperti batu, haiwan, matahari dan lain-lain sebagai Allah. Hal ini sudah tentu amat tidak wajar sama sekali dan menyalahi maksud kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Hadith. Untuk mendengar perbincangan penulis dengan beliau dalam Bahasa Arab, sila download audio



HUJAH MENOLAK PENGGUNAAN KALIMAH ‘ALLAH’ OLEH KRISTIAN oleh

Mohd Aizam bin Mas’od
Cawangan Akidah
Bahagian Penyelidikan


antara intipati hujah yang menarik dan konkrit:

- Mengapa Gereja Katolik tidak menggunakan kalimah asal bagi tuhan sebagaimana yang terkandung dalam bahasa asal kitab mereka? Mengapa nama tuhan perlu diterjemah sedangkan nama tuhan adalah satu kata nama khas yang sepatutnya digunapakai tanpa mengira bahasa pertuturan si penganut agama. Bukankah kalimah tuhan dalam Bible berbahasa Ibrani ialah Elohim, El, Eloh atau Elah?

-Di samping itu, terdapat artikel berbahasa Arab tulisan Izzat Andrews,seorang penganut Kristian Koptik di Mesir berjudul ‘Allah bukan tuhan agama Kristian dan Yahudi’. Beliau mengatakan bahawa kalimah ‘Allah’ hanya berasal daripada penggunaan orang Jahiliyyah yang merujuk kepada tuhan bulan. Ia tidak pernah termaktub dalam kitab-kitab Yahudi mahupun Nasrani. Tuhan bagi agama Kristian ialah Elohim15. Kenyataan-kenyataan di
atas jelas menunjukkan bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi agama Kristian masih menjadi suatu polemik dalam kalangan agamawan Kristian. Oleh itu apa hujah Gereja Katolik di Malaysia untuk mempertahankan penggunaan kalimah ‘Allah’ sedangkan ia sendiri belum dimuktamadkan oleh Kristian di peringkat dunia?


-Jika kalimah ‘Allah’ dan Elohim itu merujuk kepada hakikat yang sama, mengapa pula konsepnya berbeza. Al-Qur’an mengatakan Allah itu Maha Esa dan tidak mempunyai anak sebaliknya Gereja Katolik berpegang kepada konsep triniti. Ini sekaligus memberi
makna konsep ‘Allah’ di dalam Islam adalah amat konsisten sehingga umat Islam tidak perlu menterjemahkannya kepada mana-mana bahasa dunia. Ia berbeza dengan konsep ketuhanan agama Kristian yang tidak memiliki sumber yang jelas dan konsisten sehingga memerlukan penterjemahan dan pinjaman daripada bahasa lain.

4 comments:

Yb Raz said...

baiklah saya minta maaf.memang ada anasir jahat yang cuba melaga lagakan sesama kita.

saya minta maaf sekali lagi.

Anonymous said...

Pertahan kalimah Allah...sgt syahdu,sendu di hati. Menitis air mata melihat org melayu brsungguh hati mempertahankanNya.....tetapi bagaikan mimpi pula bila kita sedari ianya hanya umpama mainan sedangkan syariat tidak di laksana. Allah tidak berkehendak pada sesuatu. My own opinion.

akula siapa lagi said...

Bro..lu tak payah nak belagak alim dgn ilmu copy paste ni. aku tau dan semua org tau kau nih pencacai PAS. Tk usah la nak menyamar itu dan ini. celaka tok guru kau tuh dah kena pada parti kau. melayu dan islam tempatnya teratas. Allah sentiasa jaga umno dan islam. tak macam parti kau yg hamPAS dan liPAS.

Aku said...

salam,

y raz, tidak mengapa, ukan salah saudara. tetapi si pemfitnah itu yang bersalah dan sudah pasti tidak akan terlepas dari pengadilan ALlah di akhirat kerana suka menaur fitnah seperti ilis yg gemar melaga-lagakan orang lain.


Anon pertama,

selagi mempunyai sikap tunding jari dan menyalahi antara satu sama lain selagi itulah org org islam akan terus ditindas di bumi sendiri tanpa disedari oleh pemikiran sempit yang hanya berlandaskan nafsu melulu tanpa ertindak dengan hikmah..

anon 3
hadith rasulullah di bawah ini akan menjadi saksi buat aku bagi tuduhan palsu dan fitnah ko kat aku di akhirat kelak inshallah;

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

dan aku tahu benar niat ko ialah untuk melaga-lagakan org seperti iblis laknatullah. tidak faham aku manusia seperti ko ni wujud dalam rupa bentuk org islam tetapi mempunyai hati yang busuk dan pekung macam bangkai.