Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Tuesday, January 5, 2010

WAHAI PUAK KRISTIAN MALAYSIA! WAHAI ORANG-ORANG ISLAM MALAYSIA!

Bismillah

Assalamualaikum


Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".
( Surah Aali-Imran :64 )



Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :


"Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih Isa putera Maryam itu adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan para rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "Tuhan itu tiga", berhentilah (dari ucapan itu). Itu lebih baik bagimu. Sesunggunnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah sebagai Pemelihara" (Surah an-Nisa':171)







Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :



Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani memperdebatkan tentang (ugama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal? ( Surah Aali-Imran : 65 )



Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :



Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.( Surah Aali-Imran : 66 )



Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :



Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik( Surah Aali-Imran : 67 )


Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :



Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi ugamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umatnya - umat Islam). Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman. ( Surah Aali-Imran : 68 )

Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :



Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu; padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu). ( Surah Aali-Imran : 69 )


Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :


Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya? ( Surah Aali-Imran : 70 )







Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :



Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?( Surah Aali-Imran : 71 )



Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :



Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: "(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).( Surah Aali-Imran : 78 )



Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :





Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)". Allah berfirman lagi: "Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu." ( Surah Aali-Imran : 81 )



Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :


Kemudian sesiapa yang berpaling ingkar sesudah mengakui perjanjian setia itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. ( Surah Aali-Imran : 82 )


Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :



Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.
( Surah Aali-Imran : 83 )



Dan Kami Umat Islam sesungguhnya bersaksikan bahawa Allah itu Satu dan Muhammad itu Pesuruh Allah dan sesungguhnya Allah berfirman:


Katakanlah (wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)". ( Surah Aali-Imran : 84 )



Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :


Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.( Surah Aali-Imran : 85 )


Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka terimalah ajaran Nabi Muhammad dan saksikkanlah bahawa Muhammad itu penutup segala Rasul dan risalah yang dibawa baginda adalah benar sebenarnya seperti firman Allah:


Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik.
( Surah Aali-Imran : 95 )




Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu ingkarkan keterangan-keterangan Allah, padahal Allah sentiasa menyaksikan apa yang kamu lakukan?" ( Surah Aali-Imran : 98 )


Wahai puak Kristian Malaysia, jika kamu benar ikhlas mahu menggunakan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, maka berimanlah dengan

Firman Allah :



Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu menghalangi orang-orang yang beriman daripada menurut jalan jalan (ugama Islam), kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menyaksikan (kebenarannya)? "Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. ( Surah Aali-Imran : 99 )




Wahai orang-orang ISLAM!!! Beramallah kalian dengan ayat ayat Allah seperti yang difirmankan:


Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. ( Surah Aali-Imran : 100 )



Wahai orang-orang ISLAM!!! Beramallah kalian dengan ayat ayat Allah seperti yang difirmankan:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya( Surah Aali-Imran : 103 )


Wahai orang-orang ISLAM!!! Beramallah kalian dengan ayat ayat Allah seperti yang difirmankan:


Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.( Surah Aali-Imran : 104 )


Wahai orang-orang ISLAM!!! Beramallah kalian dengan ayat ayat Allah seperti yang difirmankan:

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar. ( Surah Aali-Imran : 105 )


SADAQALLAH AL'ADZIIM...



MAKA ITU, MARILAH KITA BERSATU PADU MEMBENTUK SATU UMMAH YANG KUAT DAN KEMBALI KEPADA QURAN DAN SUNNAH , BERKASIH SAYANG SERTA BERTOLAK ANSUR SESAMA SAUDARA ,BERSIKAP ADIL KEPADA YANG BUKAN ISLAM, DAN MENENTANG SEMUA ANASIR JAHAT TERMASUK YANG INGIN MEROBEK BENTENG TERAKHIR KESUCIAN ISLAM DI BUMI MELAYU IAITU MELALUI KALIMAH ALLAH YANG SATU!

9 comments:

Anonymous said...

Salam saudara.. Bagaimana pula dgn tafsir surah al ankabut yg menerangkan ttg 'bila ditanya tentang tuhan mereka seraya mereka menyebut 'Allah' '.? Tolong jelaskan di sini.

Aku said...

wsalam,

rasa saya tak payah nak di explain lebar lebar kat sini. pemimpin pati saudara sendiri iaitu nasaruddin tantawi ada menerangkan tujuan ayat Allah yg saudara sebutkan.kalau rajin pegi bukak blog beliau.


anon sungai udang or whatsoever, what is ur point actually? absurd betul la korang ni semua... perisik rakyat tu blog yg bermasalah aku tngok. banyak sangat kontroversi aku tengok..hatta org sekapal ngan korang pun maki hamun dan benci ngan blog tu.. ada aku ambil kisah? lantak hampa la.. dan buat apa aku nak malu walaupun knyataan aku berbeda?? aku tetap beristiqomah dengan perjuangan aku sebab Allah dan bukan kerana manusia atau peti undi . sebab terlebih dahulu berestekhara dan mendapat petunjuk yg dipohon alhamdulillah.please la, takkan tak cukup dok bercakaran sesama hampa dalam kapal ulama peti undi demokrasi, ada hati nak mai tunjuk bagus dpan org lain pulak?

sorry eh, komen kalian aku delete. sebab menyemak saja di blog aku..tak dak unsur2 ilmiah dan boleh dibuat panduan.. dan org tua mcm hampa boleh buat org muda jadi kurang ajaq..maklum la org tua akhir zaman..so lbih baik aku elak daripada bercampuq dgn hampa ni..titik.

Aku said...

anyway anon, mungkin nanti ko malas pulak nak bukak blog tu ke atau tak boleh access..
ni aku bubuh penerangan pemimpin ko pasal ayat tu;

dan jika engkau bertanya kepada mereka : " siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan ?" nescaya mereka menjawab Allah ! maka , kenapa mereka masih boleh berpaling dari kebenaran .

Surah al Ankabut : 61


a ] Ayat ini secara jelas menunjukkan bagaimana Allah menegaskan bahawa sebahagian non muslim terutama ahli kitab mengakui bahawa Allah swt. adalah pencipta langit dan bumi [ begitulah jawapan jika ditanya kepada mereka .]

b ] Ayat ini juga bukanlah dalil mutlak untuk membenarkan golongan non muslim menggunakan kalimah Allah swt sewenang - wenangnya apatah lagi jika diguna secara salah . Sebaliknya ayat ini adalah penegasan Allah swt bahawa mereka mengakui Allah swt sebagai pencipta .

c ] Ia juga bukan dialog antara kuffar dengan Nabi saw. tetapi ia adalah ayat Allah untuk menjelaskan hakikat sanubari mereka , bahawa mereka tidak boleh menyembunyikan fakta ketuhanan Allah sebagai pencipta dan pemberi rezeki . Sebab itu ayat ini bermula dengan : [ Jika sekiranya kamu bertanya kepada mereka ..... ertinya ayat ini bersifat jika atau andainya .... ia bukan dialog sebenar ]

d ] Persoalan isu aqidah dalam ayat ini terhenti di atas perkataan terakhir dari ayat ini : " maka ... kenapalah mereka masih boleh berpaling dari kebenaran ? " ertinya : walau hati kecil mereka mengakui bahawa Allah swt adalah pencipta langit dan bumi , maka kenapa mereka masih berpaling dari kebenaran itu ? kenapa mereka masih mensyirikkan Allah swt ? kenapa mereka mengambil tuhan - tuhan yang lain selain daripada Allah swt ? kenapa mereka tidak menerima wahyu Allah swt yang melantik Muhammad saw sebagai rasul akhir zaman ? kenapa mereka berpaling dari kebenaran ? kenapa ?

e ] persoalan yang dicetus pada akhir ayat 61 surah al Ankabut ini jelas menunjukkan Allah swt membenarkan jika mereka mahu berkata [ menggunakan kalimah ] Allah sebagai tuhan yang mencipta langit dan bumi , tetapi jika mereka mahu mensyirikkan Allah swt atau mengambil tuhan yang lain selain Allah swt , maka ia dimurkai oleh Allah swt .

PARPUKARI said...

Salam Saudara, alhamdulillah, bagus sungguh penjelasan saudara ini, saya akan linkkan dalam posting saya yang akan datang ya tuan!

Aku said...

wsalam,

saudara ,saya izinkan..semoga Allah merahmati saudara dan keluarga selalu inshallah..

Anonymous said...

Salam saudara. Saya anon 6.42 pm di atas. Sy tegaskan di sini,sy seorang yg neutral. Jadi jgn babitkan sy dgn perang di antara saudara dan perisik rakyat itu. Juga sy tdk pro pd mana2 parti atau ulama,ustad atau habib tertentu. Sy hanya mualaf (betulkah sy spelling mualaf?) di alam maya yg mahu cari kebenaran dlm islam. Mualaf seperti sy hanya mencari ilmu dan perbezaan agama. Sy selalu surf di sini dan tidak ketinggalan juga sy surf di laman p.rakyat. Apa yg sy tahu,blog p.rakyat itu mempunyai panel jemputan. Kalau p.rakyat menulis sendiri,sy tidak berminat kecuali artikel dari tulang besi yg sy fikir amat bernas. Cerita tentang pengalamannya di egypt mengingatkan sy ttg diri sy sendiri. Dari non muslim to muslim. Not from chinese to malay. Sy amat bersyukur pada Allah atas hidayahnya kerana jika lidah sy ini tidak kerap 'bergurau' menyebut insya allah,alhamdulilah,dan salamelekom semasa sy belajar di university dulu,mungkin sy tidak kenal dan makin jauh dari islam. Mungkin juga sy tidak akan jumpa Aina lee yg baru sy kawini 3 tahun lepas. Sy just mualaf yg ingin belajar,selain dari perkim dan macma. Maafkan sy jika my question about tauhid is false.. Hmm..sebelum terlupa,my name is muhamad qayyum tan. I'snt a good name i think? Precisely a good meaning too..salam.

Aku said...

wsalam,

first of all. i did not get what are you trying to say by " i'snt a good name i think? Precisely a good meaning too." maksud sedara isn't it a good name ke? of course la.. tapi biasa la..kat malaysia ni suka guna dua nama untuk satu orang..tu yg my friends dari luar negara slalu heran..dia org tanya kenapa malaysian people suka guna dua nama.. saya cakap, sebab dia orang suka gabung gabungkan nama bahasa arab untuk mendapat makna yg mreka fikir molek.. by the way kalau sedara nak tahu my own opinion rgarding nama sedara ni, qayyum itu antara nama Allah.. selalunya jika menggunakan nama ALlah eloklah diletakkan abdul qayyum..segolongan ulama ada meletakkan it is permissable guna nama Allah tanpa meletakkan abdul.... bila letak muhammad qayyum, hmmm maksudnya jadi yg terpuji yang Maha berdiri dengan SendiriNYA .. nama ni 'gerun' sangat la ..sebab terlalu tinggi bagi 'manusia hina sperti kita ni..so maybe u'd better use abdul qayyum..kalau nak muhammad guna muhammad jer pun sudah cukup..

secondly, sorry ekk.. tapi tulisan and cara sedara tulis ni persis tulisan dan gaya dua tiga(or satu dalam tiga) org tua yg slalu menyibuk kat sini bercakap merapu ntah apa apa..

anyway have a good life always inshalla..

Anonymous said...

M.Q Tan wrote..

No...no.. I'm not that person... Maybe style of writin is same but me is me. Maybe awak faham mandarin or kantonis writing,so next time i will commented in my language.. Funny to do so..just kidding bro. Terima kasih.

Aku said...

it is ok.. you are always welcomed to leave any comments in my blog and we may not be in the same boat of opinions but as long as you do not intend to create havocs and nonsense provocation like those 'split personality disorder' people, i don't mind at all .

by the way, you should not say 'will commented' but will comment.;)

have a nice day inshalla