Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Wednesday, May 27, 2009

Benarkan Chin Peng kembali ke Malaysia-Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan MOHD. RAFIE AZIMI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Mei - Pemimpin tiga parti pembangkang hari ini meminta kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang pernah mengganas sehingga menyebabkan ramai anggota keselamatan terkorban kembali ke negara ini.

Bagaimanapun, mereka berkata, kerajaan perlu mengenakan syarat iaitu Chin Peng harus benar-benar insaf dan bebas daripada ideologi komunis sebelum dia dibenarkan berbuat demikian.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, tidak salah sekiranya Chin Peng dibenarkan kembali ke tanah air asalkan bekas pemimpin PKM itu tidak menjadikan komunis sebagai ideologinya.

"Saya syorkan kerajaan menemui Chin Peng dan membuat penilaian secara menyeluruh bagi menentukan sama ada dia masih komunis atau tidak.

"Jika Chin Peng tidak lagi mengamalkan ideologi ini saya tidak nampak perlunya kerajaan menghalang beliau daripada kembali ke tanah air. Chin Peng wajar dibenarkan kembali ke Malaysia sekiranya dia meninggalkan doktrin komunis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengenai tindakan sesetengah pihak yang cuba menghidupkan aktiviti komunis melalui laman blog, Salahuddin berkata, masyarakat di negara ini sudah tahu menilai baik buruknya dan mereka tidak mudah terpengaruh.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub pula berpendapat, tidak ada salahnya untuk Chin Peng kembali ke Malaysia asalkan beliau sudah berubah dan bersedia mendokong perlembagaan.

Menurutnya, jika mahu dipertimbangkan dari segi sejarah, Jepun dan British sebelum ini turut pernah menjajah Malaya dan melakukan kekejaman di negara ini.

"Di kala ini, ramai orang Jepun dan British yang melabur di Malaysia. Mereka juga dahulu pernah menjajah dan menzalimi rakyat di negara ini.

"Justeru, apabila era sudah berlalu, penilaian semula boleh dibuat. Sejarah lalu tidak bermakna kita perlu memutuskan hubungan dengan Jepun dan British. Hal ini sama juga dengan isu Chin Peng," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw meminta agar semua pihak terutamanya pemimpin kerajaan lebih bersifat memaafkan dalam isu kepulangan Chin Peng.

Seng Giaw berkata, kekejaman Chin Peng sememangnya pahit untuk dikenang tetapi rakyat di negara ini perlu menunjukkan sifat pemaaf kepada individu yang telah insaf seperti Chin Peng.

Beliau menambah, rakyat di negara ini seharusnya mencontohi bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela yang mampu memaafkan semua pihak meskipun didera dan diseksa di dalam tahanan selama berpuluh-puluh tahun.

"Ketika di dalam tahanan, Mandela kehilangan isteri dan anaknya tetapi sebaik menjadi presiden, beliau memaafkan setiap orang yang pernah menderanya.

"Begitu juga kita, bekas guru besar sekolah saya turut dibunuh komunis tanpa sebab. Saya juga tidak berpuas hati tetapi rasa maaf yang menebal di dalam rakyat negara ini seharusnya mengatasi segala rasa benci," katanya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula enggan mengulas selagi belum mengetahui pendirian Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mengenai isu terbabit.

"Anda tanya Koh Tsu Koon dahulu mengenai pendirian beliau sebelum bertanyakan saya soalan yang sama," katanya sinis.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillah

Assalamualaikum,

Saya tak nak menulis banyak.Tapi bukankah Chin Peng telah menyebabkan banyak orang-orang islam melayu dibunuh. Dia telah banyak membunuh orang-orang melayu Islam!! Dalam Islam, apa hukumnya kalau membunuh? Dalam undang2 dunia, apa hukumnya membunuh? Kenapa kerana nak tarik undi dan sokongan Cina, pemimpin PAS ini membelakangkan perasaan keluarga2 mangsa kekejaman Chin Peng dan kawan-kawannya?????? Dalam Islam pun, nasib si pembunuh terletak di tangan keluarga mangsa.Jika mereka mahu maafkan si pembunuh dan meminta pampasan, dia terlepas dari hukum dibunuh.tapi kalau dia orang tak nak maafkan, wajib pembunuh ini dibunuh!

Saya tak nak komen pasal orang2 Cina yg meminta permintaan yg sama.Ini kerana tak hairan kalau kafir nak 'back up ' kafir. yang hairanya sekarang ni, kenapa ada pemimpin Pas yang beragama Islam turut menyebelahi si pembunuh dan pengkhianat negara tanpa di hitung setiap kesalahan dan jenayah yang telah dilakukan Chin Peng????


Monday, May 25, 2009

Nik Aziz : Bukan Melayu Islam layak jadi MB.???

Pas sedia memberikan peluang kepada kaum selain Melayu untuk menjadi Menteri Besar di negeri yang dikuasai oleh parti itu dengan syarat mesti beragama Islam, warak, bertakwa, zuhud dan berpendidikan tinggi dalam agama.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, persoalan kaum tidak pernah menjadi ancaman kepada parti itu kerana agama mengajar kepentingan ketuanan Islam dan bukannya ketuanan sesuatu kaum.

Menurut beliau, Allah tidak pernah mengiktiraf kemuliaan sesuatu kaum berdasarkan kulit atau kaum tetapi secara mutlak hanya memandang kepada ketakwaan yang mematuhi apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang-Nya.

“Pas mengamalkan ketuanan Islam dan bukannya ketuanan Melayu seperti yang diagungkan oleh UMNO,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di Markas Tarbiyah Pas Pusat di Taman Melewar di sini kelmarin.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillah

Asalamualaikum,


bukan nak dikata, tetapi hairan sungguh saya apabila puak2 ini suka sangat membuat provokasi dan ucapan-ucapan yang suka mengharu birukan keamanan negara. Suka sangat melihat ummat berpecah belah. Suka sangat lihat keadaan negara kucar kacir. Setahu saya, keadaan yang sama sering di lakukan oleh beberapa puak iaitu Khawarij dan puak extremist Syiah yang selalu mengaku bahawa diri mereka itu terlebih Islam dari yang lain.

Erti Melayu di dalam perlembagaan malaysia ialah :

Di sisi undang-undang perlembagaan, erti Melayu ialah seseorang yang memenuhi tiga syarat asas iaitu: (1) menganut agama Islam, (2) secara lazim bercakap bahasa Melayu, dan (3) menurut adat-istiadat Melayu.

Sila lihat dan perhati betul-betul syarat pertama maksud melayu di malaysia. MENGANUT AGAMA ISLAM... ini bermakna perlembagaan malaysia sudah lama meletakkan Islam di hadapan. Orang2 Melayu di tanah melayu ini sudah lama meletakkan Islam di hadapan hiduo mereka berbanding kebanyakan bangsa2 lain. Jadi apa masalahnya kalau biarkan hanya Melayu2 ini yang menjadi pemerintah kepada Tanah mereka?

Dahulu kala, ulama2 tulen dari Arab yang datang merantau jauh untuk mengislamkan orang melayu di sini, mereka tak pernah pun membuat provokasi supaya pendatang2 meminta hak untuk memerintah.Malah mereka turut mendokong pemerintahan Raja2 Melayu dan kepimpinan orang2 Melayu Islam. Inilah Ulama sebenar yang kenal erti antara hak dan batil.Inilah Ulama sebenar yang kenal erti kekuatan ummah yang sebenarnya hinggakan orang2 tempatan sendiri merelakan mereka ini menjadi pemimpin mereka sendiri. Bukan mereka sendiri yang melantik diri mereka menjadi pemimpin ya?

Ketuanan Melayu yang di perjuangkan UMNO ialah ketuanan Islam. Ini berdasarkan definisi Melayu sendiri di dalam perlembagaan. Contohnya lihat sahaja keturunan 'mamak' dan keturunan Arab Hadrami yang berada di dalam UMNO. Mereka ini di terima di dalam UMNO kerana selaras dengan definisi Melayu di dalam perlembagaan Malaysia. Janganlah kerana kepentingan politik, kita menjadi buta dan terus melulu menuduh orang lain sebagai 'kurang iman'.

Hak Melayu di Tanah Melayu harus di pertahankan. Ini kerana Islam ialah 'HIDDEN HAND' di belakang Ketuanan Melayu itu sendiri! Apa yang perlu kita lakukan ialah membantu Melayu menjadi seorang muslim yang sempurna. Bukan memperlekehkan hak dan kedudukan bangsa mereka di Tanah mereka sendiri! Selama ini pun, adakah Bukan Melayu hidup terseksa seperti di bawah pemerintahan POLPOT? Bahkan kehidupan mereka begitu aman berbanding hidup di negara asal mereka. Jadi tolonglah hormat sikit hak bangsa lain.

Friday, May 22, 2009

Ketuanan Melayu ialah Ketuanan Islam.




Bismillah

Assalamualaikum


Pernah kita dengar Raja Cina atau Raja India atau Raja Jepun atau Raja Thailand sebagai ketua agama Islam? Tapi di rantau Asia ini,hanya Raja Melayu merupakan payung kepada agama Islam di Malaysia dan Brunei. Saya hanya mahu bertanyakan satu soalan kepada golongan yang sering kali mewar-warkan bahawa berjuang demi Melayu di tanah Melayu ialah perkauman. Apakah definisi melayu di Tanah Melayu ini? Terus terang saya katakan bahawa Melayu di Tanah Melayu ini merupakan bangsa yang paling tidak mengamalkan sikap perkauman.Ini dapat di buktikan melalui perkahwinan campuran yang berlaku sejak berkurun lamanya. Malah lihat saja, orang2 Melayu yang hidup terdiri daripada pelbagai keturunan campuran.Ada yang arabnya, yang indianya, yang cinanya, yang jawanya, yang minangkabaunya etc tetapi mereka ini semua mempunyai satu asas paling kuat yang membuatkan mereka mahu menerima golongan campuran ini sebagai Melayu iaitu Islam. Seperti dikemukakan oleh Van Ronekl yaitu,

”... bangsa Melayu ialah orang yang bertutur bahasa Melayu dan mendiami Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau Lingga serta beberapa daerah di Sumatera khususnya di Palembang.”

Tetapi pengertian definisi Melayu tersebut berbeda dengan konsep Melayu berdasarkan Konsitusi Malaysia yang menyatakan bahwa bangsa Melayu adalah orang yang berbahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan budaya Melayu.



Di sisi undang-undang perlembagaan, erti Melayu ialah seseorang yang memenuhi tiga syarat asas iaitu: (1) menganut agama Islam, (2) secara lazim bercakap bahasa Melayu, dan (3) menurut adat-istiadat Melayu.



Cuba kita lihat bahawasanya syarat asas pertama erti Melayu di dalam perlembagaan di Malaysia ialah menganut agama Islam.Ada tak di negara lain termaktub di dalam perlembagaan mereka bahawa antara syarat erti bangsa mereka merupakan beragama Islam? Dan ini dapat kita lihat berbeda di Brunei di mana :


"Bangsa Melayu yang termaktub dalam Konstitusi Brunei Darussalam tahun 1959 yaitu 7 etnis yang tinggal di Brunei yaitu: Melayu Belait, Melayu Bisaya, Melayu Brunei, Melayu Dusun, Melayu Kedayan, Melayu Murut, dan Melayu Tutong. "



Pada hemat saya, perlembagaan Malaysia sebenarnya telah meletakkan agama Islam di hadapan bangsa. Ini jelas sekali dengan syarat asas definisi Melayu di Tanah Malaysia sendiri. Malaysia bukan sahaja meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi malah Perlembagaan Malaysia turut memelihara kuasa orang Islam dengan mengekalkan kuasa orang-orang Melayu sebagai peneraju utama tampuk kepimpinan negara. Malah kebanyakan pemimpin-pemimpin negara kita terdiri daripada Melayu yang mempunyai darah Cina, India, Turki , Bugis etc.Ini membuktikan bahawa Melayu di Malaysia adalah berlandaskan agama Islam.Ketuanan Melayu di Malaysia merupakan ketuanan Islam.


Dengan demikian, jika matinya kuasa Melayu di sini maka pudarlah kuasa Islam sebagai 'hidden hand' di sebalik ketuanan Melayu. Ingat, hanya orang islam sahaja yang boleh berlaku adil terhadap orang bukan islam dan agama mereka. Tetapi orang bukan Islam, rata-rata terbukti bahawa mereka sememangnya 'bias' terhadap orang Islam dan agama Islam.




Alhamdulillah.. Dr Zambry adalah Mb yang sah dan selepas ini diharap pihak yang terlibat dapat menumpukan kepada pembangunan negeri Perak.

PUTRAJAYA, 22 Mei - Tiga Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Datuk Md Raus Shariff, bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop, petang ini sebulat suara memberikan keputusan memihak kepada rayuan Dr. Zambry untuk ketepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 11 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah memutuskan bahawa Nizar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri Perak.

Dengan ini, bermakna Dr Zambry terus kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Tuesday, May 12, 2009

Bagaimana Andalusia Jatuh ? - UMNO DAN PAS HARUS BERSATU

Bismillah,


Assalamualaikum,


Drpd Berita Harian Online, 20 April 2008. Tajuk: Ulul Albab: Meratapi Andalus Demi Merapatkan Umat, oleh Abdurrahman Haqqi. Permusuhan, kesenangan serta kecintaan terhadap dunia faktor keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol.

“MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yg hilang krn kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.” Begitulah ucapan seorang bonda Raja dlm sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kpd anaknya Abu Abdullah drpd puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pd 21 Muharram 897 Hijrah (H) yg memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kpd Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dgn itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yg berkuasa selama 800 tahun.

Bani al-Ahmar adalah puak yg menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada drpd 620 H hingga 897 H, pd tahun di mana perjanjian di atas dimeterai. Perjanjian yg membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yg pd akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun. Perjanjian ini akhirnya dimeterai krn menerima banyak tekanan drpd orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dlm sejarah Islam pd 892 H. Pd masa itu ribuan umat Islam yg dijanjikan boleh menyelamatkan diri dgn berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Dlm kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dlm rumah, dgn lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dr rumah mereka dgn aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal utk berlayar keluar dr Sepanyol dgn membawa barang keperluan masing-masing. Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yg ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yg meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yg akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yg tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dgn pantas tentera Kristian menggeledah rumah yg ditinggalkan mereka sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yg berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yg dikatakan akan mengangkut mereka keluar dr Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa krn mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dgn pedang terhunus.

Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dgn buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yg sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dgn kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yg biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yg tidak boleh dilupakan. Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dlm kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.
Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yg kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dgn pelbagai ugutan dan seksaan yg sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yg mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim krn terlalu perit dugaan yg dialami mereka.

Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pd tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yg makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yg luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yg juga kawasan pergunungan.

Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh krn sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yg tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir 6 abad lamanya.

Penguasa dan pemimpin Islam pd masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yg mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yg dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dgn katanya: “Aku memerlukan tambahan utk otakku bukan utk mengurangkannya.”

Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yg sedia menanti utk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik utk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara utk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dgn serangan pemikiran dan budaya.

Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan utk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari drpd membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yg kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh. Di samping itu, antara punca lain yg membuat Andalus hilang drpd peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yg mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dgn wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka krn mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yg menyedihkan ada umat Islam yg menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.


Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dgn Raja Kristian Choinawi utk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kpd Choinawi dan membayar ‘jizyah’ tahunan kpdnya. Jizyah dlm Islam mesti dibayar bukan Islam kpd pemerintah Islam, tetapi apa yg dilakukan Abu Zaid yg beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kpd Choinawi yg beragama Kristian.

800 tahun bukan masa yg singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa yg bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pd satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yg mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yg boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dlm keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pd 14 April lalu.

Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dga apa juga cara. Dgn mengambil contoh Andalus yg hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas drpd jalur yg lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kpd bukan Islam, kesenangan yg tidak terkawal dan kecintaan terhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pd permulaan tulisan ini akan terdengar kembali. Wallahu a’lam.

INTI PATI:
Perubahan hebat berlaku ke atas tamadun di serata dunia tidak terlepas drpd pengaruh Islam dan kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yg pernah berkuasa selama 800 tahun di Sepanyol dan Andalusia. Cahaya Islam pernah meresap masuk menguasai Eropah. Islam sudah berlabuh di Sepanyol hingga ke tembok Vienna. Islam tidak memisahkan agama dr negara dan menolak sekularisme dlm bentuk apapun yg bertujuan memisahkan agama drpd kehidupan yg menjadikan kehidupan lepas bebas drpd neraca agama. Apabila ketiga-tiga ciri dapat direalisasikan generasi Islam kini, konspirasi musuh Islam akan dapat diatasi.

FAKTA:
• Islam memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.
• Banyak warisan ditinggalkan tamadun Islam di Sepanyol.
• Tariq ibni Ziad mendarat di Gibralta pada 30 April 711 dan menamakan Sepanyol sebagai Al-Andalus.
• Pemerintah Islam membina istana yg besar dinamakan Alhambra dan masjid besar dinamakan Qardoba.

Hasil Nukilan :

Dr. Danial Zainal Abidin



--------------------------------------------------------------------------------------------------


Beginilah nasib yang mungkin berlaku ke atas umat Islam di Malaysia jika kita masih berpecah belah. Musuh sentiasa menanti untuk merobohkan ummat Islam walau dengan cara atau taktik apa sekalipun.Yang penting kesatuan ummah dapat dilemahkan dan kemudian serangan untuk merampas hak orang Islam akan berlaku.Pas dan Umno sudah-sudahlah bertegang urat. Mari kita kembali memikirkan soal bahaya yang menanti untuk melenyapkan hatta sekelumit Nur Islam di bumi Malaysia. Ingatlah, sejarah sendiri malah masa kini telah membuktikan bahawa bahawa orang orang kafir tidak akan dapat berlaku adil seadilnya dengan kita sebagaimana kita di ajar oleh Islam untuk berlaku adil kepada mereka yang tidak menentang Islam..

Bahkan wajib bagi kerajaan untuk melindungi golongan bukan Islam ini dan memberi hak-hak yang sepatutnya diberikan. Kita tidak nafikan bahawa bukanIslam di Malaysia masih menikmati kehidupan yang baik dan tenteram berbanding di negara-negara bukan kafir yang menindas umat Islam dari menjalankan hak-hak mereka sebagai seorang Islam.Jadi PAS dan UMNO bersatulah i atas jalan berhikmah sebelum terlambat.

.



Monday, May 11, 2009

NASIB MALANG SANG KANGAROO - OLEH KORBAN DEMOKRASI

BISMILLAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM

Nasib Sang Kangaroo di negara demokratik Australia tidaklah sebaik Sang Babi yang juga bermastautin di negara tersebut.

Walaupun Sang Kangaroo dikira secara lojiknya sebagai binatang yang jauh lebih bermanfaat dari Sang Babi, tetapi Sang Kangaroo kini sedang berada di dalam kegelisahan dan ketakutan. Sang Babi walaupun telah menjadi penyumbang kepada banyak kematian manusia sepanjang zaman akibat kegelojohannya, dan terakhir melalui wabak selsemanya; Influenza H1N1, Sang Babi tetap gah di atas takhta kekuasaannya. Jumlah jangkitan di Amerika kini sudah melebihi jumlah keseluruhan jangkitan di Mexico.

Terkini, di Australia, Sang Kangaroo sedang diburu untuk dibunuh dan bukan pula Sang Babi yang telah banyak membunuh itu (sila klik di sini). Penguasa demokrasi berpelembagaan Australia telah memutuskan bahawa Sang Kangaroo perlu disekat dari membiak dengan lebih ramai kerana Sang Kangaroo adalah pemusnah kepada beberapa spesis rumput, cicak, belalang, serangga dan pokok-pokok terkawal yang menjadi kegemaran Sang Kangaroo. Pihak Berkuasa Australia khuatir sekiranya Sang Kangaroo dibiarkan membiak secara berleluasa spesis-spesis terkawal berkenaan akan pupus selama-lamanya. Tambahan lagi, kegiatan pembangunan juga telah banyak menyumbang kepada kepupusan spesis-spesis tersebut. Walau bagaimanapun, pembangunan sudah semestinya tidak dapat dihalang kerana ianya memberi pendapatan yang besar kepada ekonomi Australia, tidak seperti Sang Kangaroo.

Ada kalangan tertentu membantah sikap hipokrasi Kerajaan Australia yang secara berlebih-lebihan mengagung-agungkan Sang Babi berbanding dengan Sang Kangaroo. Mereka lebih mementingkan rumput, cicak, belalang, serangga dan pokok-pokok dari nyawa manusia yang banyak terancam oleh kemusnahan yang dibawa oleh Sang Babi. Tetapi, Sang Babi tetap Sang Babi dia adalah The Mighty Swine (klik).

Firman Allah subhana-hu-wata'ala, maksudnya;

Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada [pula] yang hitam pekat. (27) Dan demikian [pula] di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya [dan jenisnya]. Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Pengampun. (28) [Surah Faatir]

SADAQALLAHUL MAULANAL 'ADZIIIM !!

TokPakir



dipetik dari blog KORBAN-DEMOKRASI



fikir2 kanlah sama keadaan dan nasib kita umat melayu islam di malaysia ini..