Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Monday, May 25, 2009

Nik Aziz : Bukan Melayu Islam layak jadi MB.???

Pas sedia memberikan peluang kepada kaum selain Melayu untuk menjadi Menteri Besar di negeri yang dikuasai oleh parti itu dengan syarat mesti beragama Islam, warak, bertakwa, zuhud dan berpendidikan tinggi dalam agama.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, persoalan kaum tidak pernah menjadi ancaman kepada parti itu kerana agama mengajar kepentingan ketuanan Islam dan bukannya ketuanan sesuatu kaum.

Menurut beliau, Allah tidak pernah mengiktiraf kemuliaan sesuatu kaum berdasarkan kulit atau kaum tetapi secara mutlak hanya memandang kepada ketakwaan yang mematuhi apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang-Nya.

“Pas mengamalkan ketuanan Islam dan bukannya ketuanan Melayu seperti yang diagungkan oleh UMNO,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di Markas Tarbiyah Pas Pusat di Taman Melewar di sini kelmarin.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillah

Asalamualaikum,


bukan nak dikata, tetapi hairan sungguh saya apabila puak2 ini suka sangat membuat provokasi dan ucapan-ucapan yang suka mengharu birukan keamanan negara. Suka sangat melihat ummat berpecah belah. Suka sangat lihat keadaan negara kucar kacir. Setahu saya, keadaan yang sama sering di lakukan oleh beberapa puak iaitu Khawarij dan puak extremist Syiah yang selalu mengaku bahawa diri mereka itu terlebih Islam dari yang lain.

Erti Melayu di dalam perlembagaan malaysia ialah :

Di sisi undang-undang perlembagaan, erti Melayu ialah seseorang yang memenuhi tiga syarat asas iaitu: (1) menganut agama Islam, (2) secara lazim bercakap bahasa Melayu, dan (3) menurut adat-istiadat Melayu.

Sila lihat dan perhati betul-betul syarat pertama maksud melayu di malaysia. MENGANUT AGAMA ISLAM... ini bermakna perlembagaan malaysia sudah lama meletakkan Islam di hadapan. Orang2 Melayu di tanah melayu ini sudah lama meletakkan Islam di hadapan hiduo mereka berbanding kebanyakan bangsa2 lain. Jadi apa masalahnya kalau biarkan hanya Melayu2 ini yang menjadi pemerintah kepada Tanah mereka?

Dahulu kala, ulama2 tulen dari Arab yang datang merantau jauh untuk mengislamkan orang melayu di sini, mereka tak pernah pun membuat provokasi supaya pendatang2 meminta hak untuk memerintah.Malah mereka turut mendokong pemerintahan Raja2 Melayu dan kepimpinan orang2 Melayu Islam. Inilah Ulama sebenar yang kenal erti antara hak dan batil.Inilah Ulama sebenar yang kenal erti kekuatan ummah yang sebenarnya hinggakan orang2 tempatan sendiri merelakan mereka ini menjadi pemimpin mereka sendiri. Bukan mereka sendiri yang melantik diri mereka menjadi pemimpin ya?

Ketuanan Melayu yang di perjuangkan UMNO ialah ketuanan Islam. Ini berdasarkan definisi Melayu sendiri di dalam perlembagaan. Contohnya lihat sahaja keturunan 'mamak' dan keturunan Arab Hadrami yang berada di dalam UMNO. Mereka ini di terima di dalam UMNO kerana selaras dengan definisi Melayu di dalam perlembagaan Malaysia. Janganlah kerana kepentingan politik, kita menjadi buta dan terus melulu menuduh orang lain sebagai 'kurang iman'.

Hak Melayu di Tanah Melayu harus di pertahankan. Ini kerana Islam ialah 'HIDDEN HAND' di belakang Ketuanan Melayu itu sendiri! Apa yang perlu kita lakukan ialah membantu Melayu menjadi seorang muslim yang sempurna. Bukan memperlekehkan hak dan kedudukan bangsa mereka di Tanah mereka sendiri! Selama ini pun, adakah Bukan Melayu hidup terseksa seperti di bawah pemerintahan POLPOT? Bahkan kehidupan mereka begitu aman berbanding hidup di negara asal mereka. Jadi tolonglah hormat sikit hak bangsa lain.

2 comments:

ONE said...

salam,

bila kuasa dah ada di depan mata maka tentulah semua bermatian untuk mempertahankannya..namun malanglah jika kekuasaan itu jatuh ketangan mereka yang tamak dan kurang bijak..

adalah diharapkan yang memerintah tidak kira diperingkat mana akan berhati-hati dengan bahaya kuasa dan janganlah sanggup menggadai kepentingan semua...

Aku said...

wsalam,

benar seperti yg dikatakan oleh saudara.. kuasa boleh membuatkan manusia menjadi shaitan.kuasa juga boleh membuatkan iman manusia hancur.. sepatutnya orang2 yg memalu gendang 'islam' bertindak bijak dengan tidak memisahkan ummah..