Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Wednesday, May 27, 2009

Benarkan Chin Peng kembali ke Malaysia-Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan MOHD. RAFIE AZIMI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Mei - Pemimpin tiga parti pembangkang hari ini meminta kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang pernah mengganas sehingga menyebabkan ramai anggota keselamatan terkorban kembali ke negara ini.

Bagaimanapun, mereka berkata, kerajaan perlu mengenakan syarat iaitu Chin Peng harus benar-benar insaf dan bebas daripada ideologi komunis sebelum dia dibenarkan berbuat demikian.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, tidak salah sekiranya Chin Peng dibenarkan kembali ke tanah air asalkan bekas pemimpin PKM itu tidak menjadikan komunis sebagai ideologinya.

"Saya syorkan kerajaan menemui Chin Peng dan membuat penilaian secara menyeluruh bagi menentukan sama ada dia masih komunis atau tidak.

"Jika Chin Peng tidak lagi mengamalkan ideologi ini saya tidak nampak perlunya kerajaan menghalang beliau daripada kembali ke tanah air. Chin Peng wajar dibenarkan kembali ke Malaysia sekiranya dia meninggalkan doktrin komunis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengenai tindakan sesetengah pihak yang cuba menghidupkan aktiviti komunis melalui laman blog, Salahuddin berkata, masyarakat di negara ini sudah tahu menilai baik buruknya dan mereka tidak mudah terpengaruh.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub pula berpendapat, tidak ada salahnya untuk Chin Peng kembali ke Malaysia asalkan beliau sudah berubah dan bersedia mendokong perlembagaan.

Menurutnya, jika mahu dipertimbangkan dari segi sejarah, Jepun dan British sebelum ini turut pernah menjajah Malaya dan melakukan kekejaman di negara ini.

"Di kala ini, ramai orang Jepun dan British yang melabur di Malaysia. Mereka juga dahulu pernah menjajah dan menzalimi rakyat di negara ini.

"Justeru, apabila era sudah berlalu, penilaian semula boleh dibuat. Sejarah lalu tidak bermakna kita perlu memutuskan hubungan dengan Jepun dan British. Hal ini sama juga dengan isu Chin Peng," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw meminta agar semua pihak terutamanya pemimpin kerajaan lebih bersifat memaafkan dalam isu kepulangan Chin Peng.

Seng Giaw berkata, kekejaman Chin Peng sememangnya pahit untuk dikenang tetapi rakyat di negara ini perlu menunjukkan sifat pemaaf kepada individu yang telah insaf seperti Chin Peng.

Beliau menambah, rakyat di negara ini seharusnya mencontohi bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela yang mampu memaafkan semua pihak meskipun didera dan diseksa di dalam tahanan selama berpuluh-puluh tahun.

"Ketika di dalam tahanan, Mandela kehilangan isteri dan anaknya tetapi sebaik menjadi presiden, beliau memaafkan setiap orang yang pernah menderanya.

"Begitu juga kita, bekas guru besar sekolah saya turut dibunuh komunis tanpa sebab. Saya juga tidak berpuas hati tetapi rasa maaf yang menebal di dalam rakyat negara ini seharusnya mengatasi segala rasa benci," katanya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula enggan mengulas selagi belum mengetahui pendirian Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mengenai isu terbabit.

"Anda tanya Koh Tsu Koon dahulu mengenai pendirian beliau sebelum bertanyakan saya soalan yang sama," katanya sinis.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillah

Assalamualaikum,

Saya tak nak menulis banyak.Tapi bukankah Chin Peng telah menyebabkan banyak orang-orang islam melayu dibunuh. Dia telah banyak membunuh orang-orang melayu Islam!! Dalam Islam, apa hukumnya kalau membunuh? Dalam undang2 dunia, apa hukumnya membunuh? Kenapa kerana nak tarik undi dan sokongan Cina, pemimpin PAS ini membelakangkan perasaan keluarga2 mangsa kekejaman Chin Peng dan kawan-kawannya?????? Dalam Islam pun, nasib si pembunuh terletak di tangan keluarga mangsa.Jika mereka mahu maafkan si pembunuh dan meminta pampasan, dia terlepas dari hukum dibunuh.tapi kalau dia orang tak nak maafkan, wajib pembunuh ini dibunuh!

Saya tak nak komen pasal orang2 Cina yg meminta permintaan yg sama.Ini kerana tak hairan kalau kafir nak 'back up ' kafir. yang hairanya sekarang ni, kenapa ada pemimpin Pas yang beragama Islam turut menyebelahi si pembunuh dan pengkhianat negara tanpa di hitung setiap kesalahan dan jenayah yang telah dilakukan Chin Peng????


11 comments:

Anonymous said...

Slogan PAS harus ditukar, PAS MEMBANGUN BERSAMA KOMUNIS atau MEMBANGUN BERSAMA DAP KOMUNIS.

ajym said...

Dah sah cheng peng itu pembunuh...dan patut dihukum bunuh ...jika di bawa pulang ke Malaysia...di syorkan terus di bawa ke penjara dan beri hukuman bunuh terus. Kan itu yg sebetulnya kalau ikut hukum islam... sebab akhirnya org diburu selama ini telah muncul...tua pun tua lah.. janji kesalahan tetap dihukum...

JGN nak sama dgn org british dan org jepun yg datang ke malaysia sekarang kerana mereka sendiri pun tidak kenal keturunan mereka yg mana telah membunuh org malaysia...mereka adalah cucu cicit...dah jauh dah... yg cheng peng ini... dah mmg dia....tak kan itu pun org pkr tak faham...PAS jgn nak ikut aje... hukum tetap hukum... hukum hudud ...pembunuh tetap dibunuh...

Aku said...

salam,

kerana hambatkan undi, mereka sanggup gadaikan segalanya hingga sanggup menjadi pengkhianat kepada agama dan bangsa. dah terang2 chin peng itu sebenarnya memperjuangkan tanah besar cina dan agenda komunis, itupun puak pas dan pkr masih mau mempertahankan chin peng. Mujurlah ada jugak pemimpin dalam pas seperti ustaz azizan yg bersetuju dengan dato seri najib yang tak akan membenarkan chin oeng menjejak kaki di malaysia. yg lain tu kenapa sengap saja??? kenapa tak cepat keluarkan fatwa mereka? kalau kena tang BN, cepat sahaja fatwa mendosakan UMNO di keluarkan...

dalam islam pengkhianat , tali barut negara hukumnya ialah bunuh.apatah lagi si chin peng ni dah banyak membunuh orang2 awam termasuk orang2 islam melayu kita!

ONE said...

salam,

memang benar semua harus diberikan peluang, salahuddin tidak salah utk bahagian ini namun yang salah itu jika chin peng adalah orang yang diberi peluang..

kerana politik maka semakin banyak kerosakan..sayang politik itu kata guru saya waris rasullullah..nasib baik salahuddin bkn golongan "ulamak" jika tidak ia merupakan suatu yg rosak lagi merosakkan!!!

Anonymous said...

kenapa pas jadi mcm tu,sanggup mengikut agenda org2 cina kerana gila kan kuasa politik, dah takde prinsip ker apa pas ni

aku dah was was dengan pas


ahli pas kawasan penanti.

Aku said...

salam,

saudara One:

saya setuju dengan dengan saudara.apa nak buat.. kerana tamakkan kuasa, semua yg salah di benarkan oleh golongan ini


saudara ahli pas kawasan penanti:

bagi saya semua ini kerana mereka tidak benar2 ikhlas dalam menyatukan ummah islam di sini . tidak menjadikan ummat islam sebagai matlamat yg pertama didahulukan tetapi kuasa yg dihambatkan hingga sanggup bersekutu dengan dap dan menyokong cina komunis....akhirnya perjuangan islam menjadi perjuangan kuasa yg menghalalkan cara walaupun bertentangan dengan kebenaran..terima kasih kerana sudi menziarahi blog saya yg taksebrapa ni..

Anonymous said...

wahai orng melayu islam..mudahnya kau buat keputusan..cubalah baca sejarah..buat kajian..sedikit pun cukup..maka kau akan tahu apa itu pkm..dan kau tentu setuju untuk tidak sanggup memaafkan kedurjanan mereka..baca lah sejarah..tanyakan kpd mereka yg terlibat sama da secara langsung atau tidak..ini bukan soal insaf atau tidak insaf..bukan soal dia sudah tua dan perlu dimaafkan..kita tidak akan lupa keganasan mereka..apa lagi bagi mereka yg keluarga mereka dibunuh, disembelih, digantung, dibakar, ditanam hidup2 dan berbagai2 lagi kezaliman mereka yg tidak terfikir oleh kita..bagaimana mereka membalas dendam..tan seng giaw jgn lah kau bercakap fasal kemaafan..cuba tanya mereka dulu..adakah mereka pemaaf..chin peng sepatutnya dibawa balik ke malaysia, dibicarakan dan digantung sampai mati..itu sahaja balasan yg sejajar dgn segala kezaliman yg beliau telah lakukan..tindakan kementerian penerangan menayangkan slot2 yg memaparkan kezaliman serta kesengsaraan rakyat ketika darurat dulu mmg sewajarnya dialu2kan..tetapi sebagai individu yg ingin mengetahui secara lebih mendalam, itu sahaja tidak memadai..cari bahan2 rujukan - buku2 yg ditulis org yg berwibawa, maklumat2 diarkib, luahan pengalaman warga tua yg megalami pengalaman pahit itu, ahli2 sejarah dan banyak lg..jgn buat sebarang kenyataan yg semberono jika kita tidak tahu sejarah..jgn ikut sedap mulut sahaja..bagi pihak pembangkang, tidak ada apa yg perlu kita hairankan..mereka sanggup berbuat apa sahaja demi survival politik mereka..adakah nik aziz dan ulama2 pas boleh memaafkan bajingan ini yg memalitkan najisnya keatas lembaran Al Quran yg kita junjung? Aku yg bukan ulamak, sanggup menggadaikan nyawaku demi kehormatan Al Quran!! Bagaimana kamu bajingan2 yg berselindung mengisi tembolok kau dgn memperdagangkan agama semata2 untuk membolehkan kau bernafas? Aku percaya sesungguhnya kau dan golongan kau yg menyokong laknat ini sebenarnya telah "membeli saham ke nureka jahannam"..na'uzubillah min zaliq !!

Mata kecik sebelah..

Akok said...

Setelah sekian lama chin peng tidak dibenarkan balik, saya curiga dengan usaha2 untuk membenarkan Chin Peng balik.

Umum tahu dengan keadaan sekarang yg agak kacau bilau. Bukankah ini utk menambah keruhkan suasana.

Sesungguhnya PAS tidak mementingkan perpaduan UMMAH dan semakin gila utk berkuasa.

Aku said...

salam saudara mata kecik sebelah dan akok,

sebab itu kita umat melayu islam dimalaysia kini yang sedar akan kedurjanaan musuh yang ingin memecah belahkan umat islam di malaysia supaya rapatkan kembali saf kita orang2 melayu islam untuk mendaulatkan agama bangsa dan negara kita di tampuk yang lebih tinggi.usah kita bermain agama mahupun apa jua demi kepentingan diri sendiri. marilah kita mengubah nasib kaum kita menjadi lebih tinggi dan beriman sesuai dengan firman Allah yang berfirman

"Tuhan tidak akan merubah nasib suatu kaum, kecuali kaum itu sendiri yang ingin berubah"

marilah kita bersatu wahai orang orang melayu Islam demi agama bangsa dan negara ..

TAAVEEKUN PERAK said...

Sallahudin tu mmg bodoh.Pas keseluruhan nya Bodoh.Paling bodoh adalah si tua nyaknyok si nik ajih bernajih tu.Tak abis2 provok org2 melayu di Malaysia.Hampeh punya Parti Pas.

Anonymous said...

Sallehudin,
nama ko bagus..sempena nama pahlawan islam..tp tindak tanduk ko tidak sesuai dgn nama tu..tukarlah nama lain..jgn main politik murahan.,