Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Friday, May 22, 2009

Ketuanan Melayu ialah Ketuanan Islam.




Bismillah

Assalamualaikum


Pernah kita dengar Raja Cina atau Raja India atau Raja Jepun atau Raja Thailand sebagai ketua agama Islam? Tapi di rantau Asia ini,hanya Raja Melayu merupakan payung kepada agama Islam di Malaysia dan Brunei. Saya hanya mahu bertanyakan satu soalan kepada golongan yang sering kali mewar-warkan bahawa berjuang demi Melayu di tanah Melayu ialah perkauman. Apakah definisi melayu di Tanah Melayu ini? Terus terang saya katakan bahawa Melayu di Tanah Melayu ini merupakan bangsa yang paling tidak mengamalkan sikap perkauman.Ini dapat di buktikan melalui perkahwinan campuran yang berlaku sejak berkurun lamanya. Malah lihat saja, orang2 Melayu yang hidup terdiri daripada pelbagai keturunan campuran.Ada yang arabnya, yang indianya, yang cinanya, yang jawanya, yang minangkabaunya etc tetapi mereka ini semua mempunyai satu asas paling kuat yang membuatkan mereka mahu menerima golongan campuran ini sebagai Melayu iaitu Islam. Seperti dikemukakan oleh Van Ronekl yaitu,

”... bangsa Melayu ialah orang yang bertutur bahasa Melayu dan mendiami Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau Lingga serta beberapa daerah di Sumatera khususnya di Palembang.”

Tetapi pengertian definisi Melayu tersebut berbeda dengan konsep Melayu berdasarkan Konsitusi Malaysia yang menyatakan bahwa bangsa Melayu adalah orang yang berbahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan budaya Melayu.



Di sisi undang-undang perlembagaan, erti Melayu ialah seseorang yang memenuhi tiga syarat asas iaitu: (1) menganut agama Islam, (2) secara lazim bercakap bahasa Melayu, dan (3) menurut adat-istiadat Melayu.



Cuba kita lihat bahawasanya syarat asas pertama erti Melayu di dalam perlembagaan di Malaysia ialah menganut agama Islam.Ada tak di negara lain termaktub di dalam perlembagaan mereka bahawa antara syarat erti bangsa mereka merupakan beragama Islam? Dan ini dapat kita lihat berbeda di Brunei di mana :


"Bangsa Melayu yang termaktub dalam Konstitusi Brunei Darussalam tahun 1959 yaitu 7 etnis yang tinggal di Brunei yaitu: Melayu Belait, Melayu Bisaya, Melayu Brunei, Melayu Dusun, Melayu Kedayan, Melayu Murut, dan Melayu Tutong. "



Pada hemat saya, perlembagaan Malaysia sebenarnya telah meletakkan agama Islam di hadapan bangsa. Ini jelas sekali dengan syarat asas definisi Melayu di Tanah Malaysia sendiri. Malaysia bukan sahaja meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi malah Perlembagaan Malaysia turut memelihara kuasa orang Islam dengan mengekalkan kuasa orang-orang Melayu sebagai peneraju utama tampuk kepimpinan negara. Malah kebanyakan pemimpin-pemimpin negara kita terdiri daripada Melayu yang mempunyai darah Cina, India, Turki , Bugis etc.Ini membuktikan bahawa Melayu di Malaysia adalah berlandaskan agama Islam.Ketuanan Melayu di Malaysia merupakan ketuanan Islam.


Dengan demikian, jika matinya kuasa Melayu di sini maka pudarlah kuasa Islam sebagai 'hidden hand' di sebalik ketuanan Melayu. Ingat, hanya orang islam sahaja yang boleh berlaku adil terhadap orang bukan islam dan agama mereka. Tetapi orang bukan Islam, rata-rata terbukti bahawa mereka sememangnya 'bias' terhadap orang Islam dan agama Islam.




3 comments:

ONE said...

salam,

maaf kerana lama tidak datang menjenguk blog sdare..

memang benar apa yang dikatakan sdare sesungguhnya hanya mereka yang berniat utk mengkafirkan melayu sahaja akan berusaha bsungguh-sungguh memisahkan melayu dan islam!!!

PUTRA MERDEKA said...

salam,
setuju dan 1 hujah yang menggambarkan bahawa melayu itu islam dan islam ada penganut dari bangsa melayu, kaitan ketuanan itu hujah kuat bagi menolak akan dakwaan rasis.
terima kasih

Aku said...

salam,

One: tak mengapa saudara.saya faham akan kesibukan saudara . sokongan saudara terhadap kewujudan dan agenda menyatupadukan umat melayu islam di malayia pun sudah terlalu bermakna buat saya. Sememangnya hanya melayu di malaysia yg telah menggariskan islam itu sebagai salah satu syarat untuk bergelar melayu di Malaysia.ini membuktikan bahawa perlembagaan malaysia meletakkan islam di hadapan bangsa .
terima kasih saudara.

Putra merdeka: terima kasih kerana sudi menzirahai blog saya. hanya melayu di malaysia yang sanggup meletakkan syarat melayunya iaitu menganut agama Islam. ada tak bangsa lain dalam dunia ini yg melatakkan syarat menganut islam sebagai definasi bangsa mereka di sesebuah negara?ebab itu menolak an usaha menghapuskan ketuanan melayu di tanah melayu beerti menolak n berusaha untuk menghapuskan ketuanan islam itu sendiri di malaysia.