Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Wednesday, June 24, 2009

Doa ulama yang ikhlas mudah terkabul-Buat saiful.

Bismillah,

Assalamualaikum..

Tiada apa yang boleh saya katakan lagi. Hanya sokong penuh buat saiful Bukhari, saudara muslim ku yang ku kasihi.

Allah telah membuka mata-mata manusia yang mahu mencari kebenaran dengan sumpah mubahalah yang telah Saiful lakukan. Saya adalah antaranya. Saya mengucapkan beribu-ribu terima kasih di atas apa ang telah Saiful lakukan. Dia adalah wira umat muslim Malaysia walaupun terkadang ada hati saudara muslim yang masih tertutup rapat dari cahaya kebenaran.

Saya yakin dengan kebenaran sumpah yang Saiful laksanakan dengan izin Allah kerana, si pengkhianat dan penipu sedang membuktikan penipuannya sendiri tanpa dia sedari.

Saat ini, saya ingin mencadangkan Saiful supaya selain berdoa sendirian, pergilah mencari Ulama-ulama yang bersih dari kekotoran dunia supaya mendoakan kejayaan perjalanan untuk kebenaran yang Saiful idamkan.

Saya akan cuba mencari petunjuk Allah supaya dapat berjumpa dengan Ulama-ulama yang benar-benar bersih dan sememangnya layak memegang gelaran pewaris para nabi untuk berdoa buat Saiful. Orang-orang yang bersih dan dekat dengan Allah doa mereka cepat di kabulkan.

InshaAllah.

Saya juga mahu kebenaran berdiri tegak, dan yang baatil tersungkur dengan sewajarnya.
Kita sama-sama akan berdiri di mahsyar dan menyaksikannya dengan jelas jika si penipu itu fikir dia boleh terlepas begitu saja.

la3natullahi 3ala zalimeen.

Semoga kita semua di ampuni dan di rahmati dengan kejayaan untuk kebenaran yang saudaraku Saiful perjuangkan inshaAllah.

Senyum-senyum selalu saudaraku, senyum itu sedekah. Dan "peminta sedekah itu" akan meminta-minta dalam kehinaan kepadamu kelak di akhirat jika dia terlepas di sini. Saudaraku Saiful mempunyai sokongan dari yang paling kaya di antara yang maha kaya. iaitu Allah azzawajalla. InshaAllah.

6 comments:

jauhariah Omar said...

Saudara

Kita sebagai umat islam samalah berdoa semoga kebenaran akan terbukti benarnya dan yang salah akan terserlah, walaupun byk usaha dilakukan untuk menggagalkan tertegaknya kebenaran itu. Sesungguhnya ALLAH itu maha penyayang...

TokAyah said...

Kita hantar semula ke Sg Buluh. Kali ini tak akan polis nak tewas lagi dengan kekalahan teknikal?

Aku said...

salam puteri,

inshallah ameen, sesunggunya kita sendiri boleh melihat bagaimana sebelah pihak itu cuba sedaya upaya untuk tidak dibicarakan dan sebelah pihak yang lain beriya iya untuk mendapatkan keaadilan.malah saiful juga telah pun menunjukkan penyerahan dirinya terhadap Allah 100% dengan mengangkat sumpah dan sanggup dilaknat jika dia benar2 menipu. yang sorang lagi tu buat apa? fikir-fikirkanlah

Aku said...

salam tok ayah,

itulah.kalau kita lihat, kali ini anwar dapat banyak keistimewaan dari pihak mahkamah.. kalau bagi kat depa baru la adil..barulah mahkamah telus.. bla bla bla.. tapi masih nak berdolak dalik lari dari perbicaraan.apa yg ditakuti oleh anwar sangat pun tak tau la.. dah la angkat sumpah pun penakut.. ni nak masuk mahkamah pun penakut.. kalau benar, lawan tetap lawan la.. ni lain cita pulak.. lari tetap lari hehe

Anonymous said...

SESUNGGUHNYA KALAU KITA ORANG ISLAM SEJATI DALAM KEADAAN INI KITA TAK BOLEH MENYEBELAHI SESIAPA KERANA BELUM TERBUKTI SEGALA PERTUDUHAN ITU DAN SOAL ANGKAT SUMPAH PULA, APA DAH JADI DENGAN TOK IMAM YANG ANGKAT SUMPAH? FIKIR-FIKIRLAH KALAU KITA TAK MAHU BUAT DOSA KERING DAN AKAN TETAP DISOAL OLEH ALLAH AZZAWAJALLA NANTI. SEMOGA ALLAH MEMBUKA PINTU HATI SAUDARA UNTUK MENJADI MUSLIM YANG SEJATI.

Aku said...

salam,

anon,

di dalam islam, seseorang yg enggan mengangkat sumpah layak diragui. saya sebagai orang islam perlu bersikap adil dalam memberi sokongan kepada saiful kerana dia sanggup mengangkat sumpah untuk dilaknat Allah jika dia berbohong hingga ke hari kiamat di dalam rumah Allah di hadapan quran.bahkan dia tidak gentar untuk diadili malah tak sabar sabar nak kesnya dijalankan.tetapi anwar tu kenapa beriya iya untuk gugurkan kes?dah tu enggan bersumpah laknat.. sedangkan sayyidina ali yg menjadi khalifah masuk ke mahkamah walaupun hakikatnya umum mengetahui sayyidina ali takkan berbohong. sebagai khalifah tak payah dia nak masuk mahkamah.terus ambil saja hak yg dicurinya.tetapi beliau masuk mahkamah dan apabila tidak dapat membawa bukti yg cukup, beliau akur dan pencuri itu terlepas. ini sifat seorang pemimpin yg benar. masuk mahkamah dan bukan tunda tunda kes ye?

terima kasih atas doa saudara dan the same goes for u inshallah amen.

and for ur information, sebelum saya menyatakan sokongan kpd sapa sapa, saya minta petunjuk Allah dengan buat estekhara dulu. setelah itu baru saya berani untuk menyokong siapa yg Allah tunjuk sebagai teraniaya dan penzalim sebenar..