Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Thursday, June 25, 2009

Nik Aziz- samakan PAS dengan Rasulullah- Astaghfirullah

Petikan dari Harakah:-

KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini. Iklan

"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.

"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.

Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.

"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.

"Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam UMNO.

Namun katanya mereka keluar daripada UMNO dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.

Beliau juga berkata, UMNO ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum.

"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu.

"Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada UMNO. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.

Menurutnya juga UMNO selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka.

Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India.

"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.

Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi UMNO supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.

"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini UMNO macam orang gila talak pula," katanya.

Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan UMNO sahaja dan bukan melibatkan parti lain. - mj_


KOMEN SAYA


Ia merupakan satu penghinaan kepada Rasulullah kerana dakwah dan perjuangan Rasulullah tidak sama sekali seperti PAS!

1- Rasulullah berjuang dengan cara berperingkat dan berhikmah. Baginda tidak mencarut atau memaki hamun hatta musuh yang membaling batu atau najis terhadap baginda malah sentiasa berdoa semoga Allah membuka pintu hati mereka terhadap Islam.

-Pas dan Nik Aziz berdoa kehancuran saudara Islam melalui solat2 hajat yang dianjurkan.Mencaci dan mencarut serta memaki hingga mengeluarkan fatwa seperti Tuhan pun Mencarut.


2- Rasulullah menjadi pendamai antara puak2 yang bertelagah dengan cara dakwah yang prosfessional dan penuh adab serta akhlaq.malah Quran juga menyuruh orang2 Islam supaya berkasih sayang dan berlembut dengan sesama saudara dan tegas dengan orang2 kafir.

-Pas dan Nik Aziz menjadikan saudara -Islam UMNO sebagai musuh tradisi tetapi memeluk dan berkasih sayang dengan DAP yang mensyirikkan Allah dan menolak perakuan Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul utusan Allah.


3-Walaupun Rasulullah mempunyai ahli keluarga dan kenalan yang menentang dakwah baginda tetapi baginda tidak pernah hingga mengharamkan hubungan kekeluargaan dengan mereka.

-Ada antara ahli dan pengikut PAS yang sampai sanggup memutuskan silaturrahim dengan saudara mereka malah bersolat dua imam dalam satu masjid kerana berlainan fahaman politik semata-mata.


4- Dakwah Rasulullah berjalan terhadap setiap individu tanpa mengira apa jua fahaman mereka. Para sahabat bergerak dan berdakwah dengan penuh hikmah hingga merantau ke negeri lain semata2 untuk menyebar agama Islam.

-Pas dan Nik aziz syok sendiri di tempat sendiri dan yang hanya tahu nak maki dan mencarut orang serta menghina orang lain.


Terus terang saya katakan, berbanding Nik Aziz dengan guru dan ulama Yemen yang saya kagumi bernama Habib Umar Ben Hafez, sungguh banyak perbedaan ketara antara mereka. Habib Umar sentiasa menerapkan ajaran berkasih sayang antara umat dan menegah pengikutnya dari berakhlaq buruk serta menggunakan kata2 kesat dalam berdakwah. Ramai mengatakan bahawa apabila melihat Habib Umar, teringat mereka akan Rasulullah kerana beliau benar2 dan bersungguh sungguh dalam mengikut semua ajaran Rasulullah serta sunnah baginda dalam kehidupan seharian beliau.Malah beliau juga merupakan keturunan Rasulullah melalui cucu baginda Hussein bin Ali Ibn Abu Talib. Inilah sebenarnya ulama yang layak digelar sebagai pewaris nabi.Bukan kerana beliau berketurunan Rasulullah sahaja, tetapi akhlaq dan kecintaan beliau untuk menyatupadukan ummah datuk beliau melalui jalan hikmah dan bukan kebencian yang menyebabkan ummah kacau bilau.

Tak ingatkah Nik Aziz akan cerita cucu Rasulullah yang bernama Hassan bin Ali ibn Abu Talib? bagaimana kerana ummah beliau sanggup melepaskan jawatan khalifah yang telah dipegang selama 6 bulan walaupun sememangnya beliau yang paling layak dan rakyat pun mahukan beliau? Bukankah sepatutnya Imam Hassan memberontak dan menyerang orang2 yang menekan beliau supaya menyerahkan jawatan tersebut?Tetapi mengapa Imam Hassan melepaskan jawatan khalifah pada ketika itu? Ini semua kerana beliau tidak mahu melihat keadaan ummah yg sedia ada pincang menjadi terus pincang dan rosak!Beliau tidak mahu menjadi penyebab ummah Muhammad SAW terus berpecah hingga membuka jalan luas kepada kafir untuk membunuh Islam dan merosakkan ummat Islam!
Dan beliau rela mengambil jalan di mana tanpa jawatan bekerja untuk meneruskan dakwah dalam memelihara institusi Islam dan ajaran yang di bawa oleh datuk mulianya Rasulullah SAW!Inilah wajah sebenar pewaris Nabi . Mementingkan kesatuan ummah dan bergerak tanpa mencacatkan ummah itu sendiri!!!!

Dato Harussani merupakan seorang ahli agama yang mencintakan perpaduan umat Islam. Tidak bersikap dendam dan sentiasa membuka tangan beliau untuk melihat umat melayu islam bersatu. tetapi Nik Aziz malah seolah-oleh memperkecilkan dato harussani dengan mengatakan bahawa beliau tidak terdedah dengan sejarah politik islam.Nik Aziz buat macamlah dia seorang saja yang paling berilmu dalam Malaysia ni.Malu sungguh saya dengan lagak dan pandangan cetek yang sering dilantarkan oleh Nik Aziz.

ASYIK ASYIK SEMUA YANG MEREKA BUAT KONONNYA SAMA DENGAN RASULULLAH. MEREKA MENCARUT PUN TAK APA SEBAB TUHAN PUN MENCARUT. MEREKA BERKRONI PUN TAK APA SEBAB NABI PUN BERKRONI.KALAU ORANG UMNO YANG BUAT? MACAM-MACAM KELUAR DARI MULUT MEREKA. MUNAFIQ LAH. PENGKHIANAT ISLAM LAH. MUSUH ISLAM LAH. FASIQ LAH. MURTAD LAH.KAFIR LAH.SENANGNYA MEREKA MENGHARAMKAN ORANG LAIN TETAPI MENGHALALKAN DIRI MEREKA SENDIRI!

3 comments:

tebing tinggi said...

kenyatan-kenyatan sebagini sangat mengelirukan dan bolih mengelirukan.
walaupun kenyatan ini datangnya dari saorang ahli politik yang kononya digelar ulama,penerimanya mungkia berbeda-beda. bagi mereka yang memandang dengan napsu politik mungkin satu keagongan kerana mengangap apa yang mereka ushakan menyamai usha rasul allah tetapi bagi mereka yang menerima kenyatan ini dari saorang yang memakai gelaran ulama seharusnya diberi perhatian kerana sangat mengelirukan.
adalah wajib badan-badan berkuasa ugama merungkai kekeliruan yang mungkin timbul dari kenyatan yang sebigini.
kalau pehak berkuasa ugama islam berkuasa bertindak keatas ajaran-ajaran yang bolih menyesatkan bagimana pula kenyatan ahli-ahli politik tentang hukum hakam dan siear islam yang bolih mengelirukan.

amersalleh said...

yg menulis artikel ni bangang

Rasulullah adah uswatun hasanah - contoh ikutan yang terbaik.

Oleh itu apa yg dilakukan oleh Rasulullah wajib diikuti termasuk tatacara berpolitik dsbnya.

Aku said...

salam,

amer salleh? pertama kali didik lah lidahmu supaya menjadi benar benar seperti maksud nama anda tuh..memanggil orang bangang adakah dianggap tata cara dan adab yg diajar Rasulullah jugak? adakah politik rasulullah dengan mancaci dan maki serta dendam dan penuh dengan ujub seperti saudara hingga menggelarkan orang bangang? nama saja amer saleh.adakah politik rasulullah dengan memecahbelahkan ummah? adakah politik Rasulullah penuh dengan hina orang dan mendoakan kemusnahan orang lain??cuba rujuk cerita taif dan rasulullah. ini perjalanan perjuangan rasululah.jangan maulakn kami orang islam dengan pas yg tak tahu malu mengaku sebagai parti islam tapi kecut perut bila berhadapan dengan dap .