Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Thursday, July 30, 2009

Penyokong Pas Menggelarkan Mufti Tan Sri Harussani sebagai "Pelacur"

Source : http://www.malaysiawaves.com/2009/07/harussani-ulama-yang-melacurkan-diri.html

Harussani. Ulama yang Melacurkan Diri untuk UMNO


Kalau ada ulama yang boleh dikategorikan sebagai pelacur, namanya ialah Harussani Zakaria. Beliau adalah "pelacur" kelas atas untuk UMNO.


Kalau kita baca tulisan2 ulama2 muhaqiqin yang terdahulu, tiada perkara yang baik yang diungkap mereka bagi menerangkan kedudukan ulama2 yang menjual maruah dan agama mereka demi kepentingan pribadi mereka. Ulama seperti Harussani ini adalah antara ulama2 yang dikeji oleh ulama2 muhaqqiqin yang terdahulu.

Harussani ini TIDAK LAYAK MEMBUAT FATWA kerana beliau tiada ilmu untuk membuat fatwa. Beliau tidak pernah belajar dan menyambung pelajaran beliau untuk melayakkan diri beliau membuat fatwa.

Siapa Harussani Berbandin Tok Guru Nik Aziz

Juak2 UMNO mencuba untuk menaikkan taraf Harussani kononnya lebih tinggi dari Tok Guru NIk Aziz.

Padahal Harussani ni, pegi Universiti pun tak pernah. Berbanding Tok Guru Nik Aziz yang mendapat MA dari Al Azhar.

Harussani, cakap Arab pun tak boleh. Tok Guru Nik Aziz, bukan setakat fasih bahasa Arab, tapi fasih bahasa Urdu dan beberapa bahasa lain

Jadi, berhentilah menaikkan taraf Harussani. Harussani adalah pembohong dan penipu.


Komen Saya:

Anda semu nilaikanlah sendiri mentaliti orang-orang ni yang tak sanggup Nik Aziz mereka di hina tetapi menghina ulama lain kerana menegur dan mengkritik mereka.Inikah orang yang akan menjadi pejuang Islam???? Jangan percaya lah orang yang macam ni. Semakin hari semakin mengarut..Itulah, suka sangat berkawan dengan Shaitan, inilah akibatnya diri sendiri pun bersikap ala-ala shaitan !! Tok Guru dengan anak murid sama saja perangainya..
Bukan itu sahaja. malah ada komen dari pembaca blog tersebut apabila ditanya dan diminta oleh pembaca blog yang lain supaya tidak menulis perkara yang sedemikian dengan mengatakan bahawa apakah para sahabat yang menyokong Muawiyah ketika perbalahan antara Muawiyah dan Imam Ali pun dikira melacur? jawab Anon penyokong PAS:

Anonymous said...

sama la..sahabat yg tak sokong sy ali memang melacurkan diri untuk muawiyah



Astaghfirullah..sampaikan sahabat nabi pun dikatakan menjadi 'pelacur'???

Ini rupanya adab orang dan penyokong pAS ?????

Wednesday, July 22, 2009

Nik Aziz Bermazhabkan Politik?

Bismillah

Assalamualaikum

Kadang-kadang saya tertanya tanya apakah Nik Aziz ini bermazhabkan politik? Bukan apa, tetapi kebanyakan pandangan agamanya berbaur politik bila dipersoalkan hal ehwal agama yang melibatkan orang politik mereka.Tak percaya? Mari cuba kita lihat apa kata Nik Aziz tentang perkara di bawah ini.,

1- Baru- baru ini kita dikejutkan oleh kematian Teoh. maka berbondong-bondonglah pemimpin Melayu Islam dari PR mengeluarkan rasa simpati yang amat sangat terhadap Teoh. Oh ditambah tragis lagi hingga ada pemimpin PR yang mahukan kerajaan Selangor tangung teman wanita Teoh dan anak luar nikahnya yang masih berusia dua bulan di dalam perut.Antara pemimpin Melayu Islam yangy ketara sekali meroyan sedih ialah Nizar dan Anwar hinggakan sanggup terlibat dalam ritual upacara kematian keagamaan agama Teoh.




Apa kata Nik Aziz akan hal ini?

Di KOTA BAHARU, Mursamdol Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, enggan mengulas tindakan Nizar itu. Ketika ditanya, Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya mempersoalkan aspek politik mengenai Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak. Nik Abdul Aziz mempersoalkan kesahihan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir, kerana ianya dianggap bertentangan dengan amalan demokrasi. "Usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasi pun dia (Zambri) tak pakai... Itulah jawapan saya, saya dah jawablah tu", katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim. - Bernama

Apa ke halnya Nik Aziz tiba-tiba mengaitkan Dato seri zambri dengan soalan yang di tanya? kalau di dalam 'exam, sah Nik Aziz 'failed' dah. Jawapan yang diberi tak relevan langsung malah tidak mencerminkan dirinya sebagai ulama !! kalau benar dia ulama, seharusnya dia merujuk kitab Quran dan Sunnah akan perbuatan anak didiknya Nizar nih! Sekurang-kurangnya jawablah, "Inshallah saya akan cuba mencari jawapanya berpandukan al quran dan sunnah.." tapi nampak gayanya Nik Aziz lebih berpandukan pandangan fahaman politik mereka.. Inikah ulama orang-orang PAs 'dok' sanjung sangat tu?

Mari kita lihat pandangan sebenar yang berlandaskan Quran dan Sunnah.



http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic64_2001.htm

ADAB KETIKA MENZIARAHI MAYAT ORANG KAFIR

Islam tidak melarang menghadiri pengkebumian mayat orang kafir bahkan memberikan etika dan cara ketika menghadiri mayat tersebut.

Etika dan cara menghadiri mayat orang kafir dicatatkan dalam beberapa riwayat yang ada kaitan mengenainya, di antaranya:

Maksudnya: “Muhammad bin Al-Hassan bin Harun berkata: “Abu Abdullah ditanya: “Dan adakah dia boleh menghadiri mayatnya? “Beliau menjawab: “Ya, boleh sebagaimana yang dilakukan oleh Al-Harith bin Abu Rubai‘ah di mana dia menghadiri mayat ibunya dan dia hanya berada di tepi dan tidak berada di dekat mayat kerana mayat itu dilaknat”.

Dalam sebuah riwayat yang lain:

Maksudnya: “Daripada Abdullah bin Ka‘ab bin Malik daripada bapanya: “Qais bin Syammas datang menemui Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya lagi: “Ibunya kebetulan mati sebagai seorang Kristian dan dia ingin menghadiri mayatnya”, maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepadanya: “Naiki kenderaanmu dan berjalanlah di hadapan mayatnya, kerana apabila engkau menunggang dan engkau berada di hadapannya maka engkau tidak dikira bersamanya”.

(Hadis riwayat Ad-Daruqutni: 2/75-76)

Berdasarkan riwayat di atas, keharusan menghadiri dan mengucapkan takziah di dalam majlis yang ada padanya mayat orang kafir hanyalah sekadar menunjukkan simpati saja dan tidak terlalu dekat dengan mayat, manakala ketika membawanya ke tempat pengkebumian pula, maka beradalah di hadapan mayat, bukan di arah belakang.

Simpati (takziah) yang ditunjukkan itu hanya sekadar mujamalah saja dan kehadiran itu pula tidak sekali-kali dikaitkan dengan agama dan akidah. Dengan lain perkataan kehadiran itu bukan kerana mengikut acara keagamaan mereka.

Dengan yang demikian bertakziah dengan menghadiri mayat orang kafir daripada kalangan keluarga atau teman rapat dalam batas-batas yang tidak termasuk dalam acara keagamaan mereka adalah diharuskan.




PS: Masa saudara Saiful Bukhari mengangkat sumpah, cepat sangat ulama PAS mengeluarkan fatwa. Tidak ada tunggu2 atau tapis tapis. Terus di cop mengamalkan ajaran Kristian kerana memegang Quran ketika mengangkat sumpah. Walhal di dalam kitab 4 mazhab ada menyatakan kebenaran memegang Al-Quran sambil bersumpah! Hati-hatilah dengan fatwa merapu dari puak Pas nih..

Sunday, July 19, 2009

Mungkinkah Tak lama lagi koloni anak luar nikah di malaysia bertambah hasil perjuangan Pakatan Rakyat?

bismillah

Assalamualaikum,

Saya terbaca di blog saudara parpukari mengenai salah satu ucapan pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Dr xavier yang mencadangkan kepada Kerajaan Selangor tanggung sara hidup teman wanita Beng Hock dan bayi hasil hubungan mereka (luar nikah). Klik di sini

Wah, amacam PAS? setuju kah? walhal Islam berusaha keras untuk mengelak dari terbentuk masyarakat hasil dari anak luar nikah, tetapi PAS kini tinggal bersama golongan yang memperjuangkan hak orang berzina dan anak luar nikah supaya dapat membentuk sebuah masyarakat yang dikatakan mempunya "freedom of speech and life".

Syabas PAs kerana berjaya bersekedudukan dengan orang-orang yang memperjuangkan masyarakat penzina yang melahirkan anak luar nikah yang tak berdosa. Oh Umno pulak bagaimana ya? Umno pulak tidak bersikap hipokrit dengan menyamakan perjuangan mereka seperti nabi . Dosa-dosa dan keburukan yang mereka lakukan tidak memalitkan perkataan Islam itu secara umum tetapi PAS ( parti Islam se-malaysia) yang meletakkan ISLAM di dalam nama PARTI sudah berjaya dengan cemerlang terbilang dan gemilang bersekedudukan dengan orang yang membela penzina malah mencadangkan kerajaan negeri supaya anak luar nikah ini diberi taraf istimewa berbanding anak anak pejuang pejuang askar yang pernah mati ditembak komunis atau pengkhianat negara atau musuh negara!! Tahniah PAS ! Tahniah PAS!

Ps: anak luar nikah memang tak berdosa.yang berdosa jantan dan betina yang berzina dan menghasilkan anak luar nikah ini.namun begitu, Islam telah meletakkan pelbagai hukuman bagi menghalang nasib anak anak yang tak berdosa bergelar sebagai 'anak luar nikah'. sebab itu salah satunya islam tidak mengiktiraf anak luar nikah .

Tuesday, July 7, 2009

Dilarang sebut kerajaan perpaduan---> PAS seolah-olah menghina Allah dan Rasul

Bismillah

Assalamualaikum


Saya terbaca tentang amaran PAS kepada ahlinya jika berani menyebut atau mengungkit tentang kerajaan perpaduan, mereka akan diambil tindakan.

Inikah parti yang kononnya membawa Islam? Hakikatnya perbuatan mereka ini seolah-olah menghina Allah dan Rasul kerana Allah dan rasul sentiasa menyuruh kita bersatu padu dan menjaga saudara seislam. Tetapi PAS telah melanggar suruhan Allah dengan mengeluarkan larangan sampai sebut pasal kerajaan perpaduan pun tak boleh!

Pas perlu kembali kepada dasar Islam yang sebenar iaitu jalan menyatupadukan ummah. Ummah perlu di dahulukan di dalam apa jua keadaan! Pas sudah tersimpang jauh dengan kebongkakan dan keujuban mereka . Sifat ini sebenarnya telah menjatuhkan perjuangan PAS ke lumpur ditambah lagi dengan tangan tangan kotor manusia yang berpakain Islam Liberal. Ke mana Hudud kalian PAS? ke mana Negara Islam kalian PAS?Semuanya sudah dilupakan setelah kalian semua berpelukan dan bercumbuan dengan kafir yang ingin terus menerus meliberalkan fikiran orang Islam supaya jadi seperti mereka bukan? kalian asyik menunding jari ke arah UMNO tetapi kalian sendiri lupa bahawa kalian juga sudah tersasar jauh dari jalan Allah dan rasul dengan kebongkakan dan kejahilan yang terselindung!

Kata Habib Munzer( murid habib Umar HA):

mengenai hudud dan hukum syariah islam wajib diberlakukan bukan hanya diseluruh negara islam, namun diseluruh dunia, karena dunia ini milik Allah swt, dan hudud adalah syariah Allah, maka hukum ALlah lebih berhak ditegakkan dari semua hukum manusia,

namun kita perlu melihat kemampuan ummat yg dalam kerusakan dan kebobrokan iman ini tak akan mampu menerimanya, dan pemberlakuan itu justru akan memperkeruh keadaan karena mereka tak siap menerima hukum Allah,

maka hal yg perlu dibenahi bagi mereka yg ingin menegakkan hukum Allah, adalah bimbingan akhlak ummat, pengalihan idola mereka kepada Nabi saw, tarbiyah budi pekerti dan pengenalan sunnah pada mereka, yg kemudian akan muncullah generasi pencinta sunnah, yg kemudian akan semakin meluas dan banyak. mulailah muncul rumah rumah nabawiy, rumah rumah orang yg mencintai Rasul saw, lalu mulailah bertetangga, lalu muncullah dan terpilihlah rt yg mencintai sunnah, lalu makin meluas hingga rw, lurah dan akhirnya pemimpin pemimpin kita adalah pemimpin yg mencintai sunnah, dan mulai dari pemimpin hingga rakyatnya adalah mayoritas yg mencintai sunnah, barulah hudud diberlakukan tanpa paksaan.

demikian saudaraku secara ringkasnya saja, namun penjabarannya butuh waktu belasan tahun untuk membangun generasi nabawiy ini.''''


Nah ini sebenarnya yang perlu di perjuangkan oleh ulama.Kembalikan sinar Islam di dalam sanubari anak anak Islam dengan gigih dan berhikmah. Bukan dengan jalan yang PAs perasan sekarang ni..Bantu kerajaan dalam mendidik anak anak Islam. Bukan kucar kacirkan ummah, wahai golongan PAS!

Bersatulah wahai umat Islam ...Tinggalkan golongan yang sombong dan terus menerus berfikiran seolah-olah mereka itu sudah bagus Islamnya. Walhal hanya Allah sahaja yang tahu siapa lebih bagus dan siapa yang lebih teruk imannya!

Wednesday, July 1, 2009

Asyik asyik menunding jari ke arah UMNO!

Bismillah

Assalamualaikum

Berikut ialah jawapan saya kepada komen yang dibuat oleh saudara anon yang saya percaya merupakan penyokong PAS di bawah tajuk artikel "

Hina Nik Aziz berdosa, Hina Dato Harussani dapat pahala ke?


Aku 1313 apa yang nik aziz buat, sampai akidah dan akhlak anak muda islam semakin terhakis dan jauh dari agama?

Jawapan:

Dia asyik sibuk berpolitik dan menghentam orang dari parti lain.Sepatutnya dia harus menggesa dan membawa PAS menjadi sebuah parti yang membantu UMNO dalam menjalankan usaha untuk mendidik anak anak muda Islam kembali kepada ajaran islam sebenar dengan berhikmah.Dia sepatutnya menjadi contoh kepada pemimpin lain sebagai ulama yang hanya bertutur kerana Allah dan RasulNya dengan tidak menghina atau mencaci atau senang lenang memalukan seseorang itu hanya kerana berlainan parti.Dia sepatutnya menjadi ulama yang membawa ummah ke arah penyatuan di bawah satu kalimah shahadah tanpa mencacatkan kesatuan ummah Islam.Dia tidak sepatutnya mengeluarkan fatwa merapu yang mengakibatkan umat Islam keliru. Dia tidak sepatutnya mengeluarkan pendapat semata-mata berdasarkan politik tetapi berkata kerana kebenaran walaupun pahit.



Nik Aziz hanya seorang Tok Guru dan pemimpin kecil disebuah negeri yang bernama Kelantan. Macam mana seorang Tok Guru dan MB di sebuah negeri yang UMNO dakwa paling miskin boleh membuat akidah dan akhlak anak muda terhakis jauh?


Jawapan: Dengan fatwa merapu yang di berinya seperti Tuhan pun mencarut, 'statement sesumpah contohnya dalam kes Saudara Saiful Bukhari mengangkat sumpah.Sebelum Saiful mengangkat sumpah, Nik Aziz yang mencadangkan sumpah dijalankan tetapi kemudian setelah Saiful mengangkat sumpah, Nik Aziz mengeluarkan statement bahawa sumpah tersebut tidak terdapat di dalam Islam. Inikah lidah kepunyaan seorang yang kononnya bergelar ulama? Sanggup menukar 'statementnya' hanya kerana politik? Padahal jika diperhatikan dan dikaji , memang wujud sumpah yang sedemikian bukan sahaja dari kitab-kitab ahlul sunnah wal jamaah dari 4 mazhab , malah al quran juga pernah bercerita tentang peristiwa mubahalah yang melibatkan sumpah laknat antara rasulullah dan Kristian najran.kenapa semua ini tiak diterangkan oleh Nik Aziz??

dan selama 20 tahun dia memerintah dan menjadi Mb di kelantan, saya lihat kebanyakan akhlaq dan iman anak anak muda kelantan lebih kurang sama teruk dengan anak anak Islam dari negeri lain.Takkan hanya kerana hudud? Padahal ketika Rasulullah mula menyebar agama Allah, baginda terlebih dahulu mendidik jiwa dan iman umat islam ditambah dengan dugaan yang melanda kemudian barulah tertegaknya hudud dan semua hukum yang diturunkan Allah.

Memang benar rata-rata kita adalah muslim sejak dilahirkan.Tetapi lupakah kita bahawa , lahir sebagai muslim tidak menjamin keimanan seseorang.Tambahan pula, kita pernah dijajah oleh bukan Islam (British, Portugal , etc) selama beratus-ratus tahun lamanya. Selama beratus tahun ini, mereka tidak berjaya mengkafirkan kita tetapi JANGAN LUPA BAHAWA mereka telah berjaya menjajah minda dan pemikiran orang-orang kita serta menipiskan iman anak anak Islam kita.

Sebab itu di kala iman orang-orang Islam tipis, kita tidak boleh memburukkan keadaan lagi dengan mengkucar-kacirkan kesatuan ummah. Kita perlu bergerak dengan bijak tanpa mencacatkan ummah. Ahli-ahli agama harus memainkan peranan penting dalam bergerak untuk berdakwah dan mendidik jiwa anak-anak Islam kembali sebelum kita menubuh 'negara Islam' sepenuhnya!!

Jika dibandingkan keadaan sebelum 50 tahun dahulu, di kala malaysia baru sahaja mendapat kemerdekaan, keadaan umat islam ketika itu terlalu lemah berbanding kini di mana kesederan mula berlaku dan kerajaan yang di caci PAS juga banyak membantu membuka ruang untuk agama Islam berkembang sama ada dari segi ekonomi, sosial, pendidikan, kewangan dan sebagainya.mengapa PAS tidak berganding bahu bersama UMNO dalam berusaha ke arah kemantapan umat Islam sejak 50 tahun dahulu? Apa mungkin keadaan ummah yang lemah ditambah dengan kecetekan ilmu agama, perlaksanaan hudud semata-mata dapat menyelesaikan masalah mereka ini??? Astaghfirullah, bukan saya memperkecilkan hukum Allah.Tetapi Allah sendiri berfirman di dalam Al-Quran bahawa :

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. " ( Surah Almaidah:3)



Berdasarkan ayat di atas juga , Sayyidina Ali Kw melepaskan seorang perempuan yang berzina tetapi dipaksa dan terpaksa. Bahkan kerana keadaan ekonomi dan peperangan , Sayyidina Umar Al-Khatab juga telah Ra, pernah buat sementara tidak menjalankan hudud. Ini menunjukkan bahawa di dalam keadaan tertentu, hudud boleh disuspend' hingga waktu tertentu tetapi PAS sejak 50 tahun dahulu tbuta dalam pergerakan mereka sehingga kini mereka masih tidak berjaya menegakkan hukum hudud malah dengan keadaan yang memalukan mereka sendiri mula mengeluarkan kenyataan bahawa " Hudud bukan agenda PAS" etc hanya kerana sudah duduk semeja dengan DAp yang memang kuat menentang penubuhan negara Islam.







Siapa yang berkuasa di negara ini Kalau bukan BN yang ditunjangi oleh UMNO. Apa yang UMNO buat untuk membawa akhlak dan akidah anak-anak muda khususnya melayu. Membiarkan stesen TV menyediakan program macam akademi fatasia menguatkan akidah anak muda? Membiarkan program-program tv yang negatif menguasai kaca tv dapat membantu akhlak anak muda.


Jawapan: Inilah budaya segolongan umat Islam paling tak guna iaitu asyik menunding jari ke arah lain dan percayalah ia takkan membawa Islam ke mana-mana. kenapa harus mengkritik tanpa berusaha?? Cuba beritahu saya, negara Islam mana yang paling berjaya dalam mendidik anak anak muda mereka? Iran? Lihat saja apa yang jadi baru-baru ini. rata-rata anak mudi mereka berperangai seperti orang bukan Islam. Malah semakin ramai orang Iran yang lahir sebagai Islam yang saya jumpa menjadi atheist dan memeluk agama kristian. mereka menuduh semua ini kerana kerajaan 'Islam' mereka yang membuatkan mereka tidak percaya lagi kalimah "Allahu Akbar"! Sedih sekali apabila saya mendengarnya !

Orang-orang yang datang dari negara Islam yang sepenuhnya menjalan hukum Hudud malah cuba untuk menghidupkan 'islamic environment" tetapi anak mudinya semakin hari semakin hanyut dalam arus jahiliyyah! Mengapa?Padahal Iran sudah berusaha sepenuhnya dalam menjalan islamic environment di negara mereka malah menyediakan segala prasarana kebebasan untuk wanita dan lelakinya dalam berhibur mengikut syariah tetapi malangnya anak anak mudi mereka masih teruk!

Di saudi juga menerima nasib yang sama. Apabila anak mudi ini keluar meninggalkan negara mereka, pelbagai benda haram yang di larang Islam mereka lakukan. Seolah olah terbentuk satu komuniti munafik di mana hukum Islam dijadikan 'kambing hitam' untuk kepuasan nafsu mereka di luar negara! Jadi cuba beritahu saya di mana silapnya kerajaan Islam ini hinggakan hukum Islam yang digunakan juga tidak 'lut' dengan iman dan sikap anak anak muda Islam mereka???Malah mereka menjadi bertambah-tambah rosak?

Ini menunjukkan bahawa bukan senang saudara untuk kita mentadbir sesebuah negara. Dengan keadaan kini di mana Islam ditekan oleh musuh Islam yang sedang gagah berdiri atas dunia , kita harus bijak dalam menangani masalah kita dengan umat Islam.Kukuhkan kesatuan kita kembali yang kini semakin lemah akibat kebodohan umat Islam sendiri.Setakat beretorik mengenai hudud, semua orang boleh melakukannya saudara. Apa yang penting kini dalam berhadapan arus jahiliyyah, pemimpin dan ahli agama harus bersatu terlebih dahulu dan bijak mengatur langkah dalam berdakwah dengan menggunakan pendekatan berhikmah. Jika ahli agama dan pemimpin beragama Islam sendiri bercakaran dan tidak bersatu,apatah lagi orang biasa??



Kepada sampai sekarang akta menghidu gam tak dibuat? Sedangkan anak-anak melayu di kampung dan pinggir bandar palin ramai mengalami gejala ini? Tengok dulu apabila pil estascy menyerang anak muda China lihat bagaimana golongan pemimpin China baik dari MCA atau Gerakan buat, merteka mendesak pihak berkuasa polis membuat operasi besar-besaran hingga kini isu itu senyap. Lihat bagaimana pemimpin lain menjaga anak bangsa mereka Lihat bagaimana UMNO menjaga anak bangsa? Isu gejala sosial, lepak,dadah dan hidu gam, apa tindakan drastik dan positif yang dibuat oleh pihak berkuasa? Kenapa pemimpin UMNO tidak menekan pihak berkuasa macam pemimpin China buat.


Saudara, tak habis habis dengan menunding jari tapi diri kita sendiri tak lakukan satu apa pun untuk membantu anak bangsa kita.Kerajaan sudah menyediakan berbagai operasi dalam membanteras masalah masalah tersebut. Hingga setiap malam akan dibuat rondaan dan menyerbu tempat-tempat yang menjalankan aktiviti tersebut. pelbagai kempen dan aktiviti sihat juga disediakan kerajaan untuk menarik minat anak bangsa kita supaya tidak terlibat di dalam gejala tersebut. tetapi hairan sungguh mengapa anak-anak muda ini masih degil? Apa 100% harus dipersalahkan ke atas kerajaan?? Di mana peranan ibu bapa mereka? Di mana peranan sanak saudara mereka? Di mana peranan jiran tetangga mereka? Mengapa semua hanya tahu mengkritik tetapi masing masing langsung tidak mahu mengambil peranan membantu kerajaan dalam membasmi kegiatan dan gejala tersebut????

Dan Orang-orang Cina itu hanya berjaya mengaburkan pandangan masyarakat bahawa mereka banyak yang berjaya.Tetapi banyak lagi menjadi pengedar, Along, gengster, perompak, penyangak, kepala mafia,perogol anak dan adik sendiri etc tetapi kebanyakan mereka akan sorok benda-benda macam itu seboleh yang mungkin .



Lihat biasiswa untuk anak melayu yang belajar di IPTA ditarik dan diganti dengan pinjaman. Tengok sistem kemasukan ke U mengunakan sistem meritokrasi, siapa yang untung? Yakinlah jika betul-betul melaksanakan sistem ini tak berapa kerat anak melayu akan belajar di IPTA. Banyak lagi kemusnahan orang melayu yang dibuat oleh UMNO khususnya di zaman Tun Dr. Mahathir tapi cukuplah setakat ini. Cukup dulu nanti saya jengok lagi.


Saya memang tersenyum apabila baca statement saudara ni. Dahulunya, pemimpin saudara dari PR yang mulakan benda ini semua untuk menarik undi bukan Melayu. Malah hendak tukar Ketuanan melayu kepada ketuanan rakyat. Dan kenapa saudara sendiri tak yakin dengan anak anak Melayu untuk masuk U dengan sistem meritokrasi? Bodoh sangat kah anak anak Melayu ni?Bukan semua badan bantuan kepada bumiputra dimansuhkan pun. dan Seburuk-buruk Tun mahathir seperti yang saudara gambarkan, tidak pernah pun dia nak tukar ketuanan melayu kepada ketuanan rakyat. Malah pemimpin saudara yang bernama Anwar Ibrahim juga dikatakan bertanggungjawab akan kemusnahan moral segolongan ahli UMNO yang mengakibatkan Melayu jatuh.kenapa saudara hanya mahu menunding jari kepada Tun Mahathir walhal banyak juga yang beliau lakukan hingga Malaysia dapat menempatkan diri di mata dunia.bahkan Internet yang saudara gunakan ini pun hasil usaha Tun mahathir yang pada mulanya pemimpin saudara dari PAS sendiri membantah dan membangkangnya tetapi kini kalian semua yang menggunakan internet lebih lebih..saya nasihatkan supaya saudara tidak meneruskan budaya menunding jari ke arah orang lain tanpa melihat jari-jari lain yang menunding ke arah saudara sendiri.
Kini adalah masa untuk kita bersatu dan bukan saling menyalahkan antara satu sama lain.

Inshallah jika umat melayu Islam bersatu , nescaya agama dan bangsa kita akan berdiri gagah di bumi melayu ini.