Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Saturday, August 29, 2009

MERDEKA: Mengapa Sheikh Abdullah Fahim Lebih memilih UMNO?


Bismillah

Assalamualaikum




Kepulangan Sheikh Abdullah Fahim, seorang ulamak dan guru di Masjidil Haram ke Tanah Melayu pada 1922 telah mencetuskan pemikiran baru tentang perjuangan kemerdekaan di kalangan rakyat negara ini.

Sheikh Abdullah Fahim atau nama sebenarnya Abdullah bin Ibrahim adalah ulamak berdarah campuran Arab-Pattani yang berasal dari Makkah. Beliau dilahirkan di Kota Suci pada 1869 di mana ayahnya, Sheikh Ibrahim bin Tahir adalah guru di Masjidil Haram semenjak berhijrah dari Pattani ke Kedah, kemudian ke Seberang Perai sebelum ke Makkah ketika berlakunya Perang Pattani-Siam pada 1830-an.

Dengan keistimewaan beliau sebagai anak seorang ulamak di Makkah, Haji Abdullah telah mengambil kesempatan untuk mendalami pelbagai ilmu agama di sana. Sepanjang pengajiannya, Haji Abdullah telah berjaya menguasai ilmu-ilmu agama seperti usuluddin, fiqh, tasawuf dan tarekat, tafsir al-Quran, hadis, falak serta ilmu alat seperti arudh dan qawafi dalam rumpun sastera Arab.

Beliau dikata berguru dengan lebih 50 orang ulamak dan mendapat 42 ijazah dalam pelbagai bidang pengajian termasuk politik. Dengan kedudukan ilmu beliau ini, Haji Abdullah telah diterima sebagai salah seorang guru di Masjidil Haram sehingga 1921.

Beliau telah turun ke Tanah Melayu pada 1921 kerana semangatnya untuk memperjuangkan pembebasan tanah air dan bangsanya dari belenggu penjajah. Selepas pulang ke Tanah Melayu, beliau dijemput oleh Sheikhul Islam Kedah, Sheikh Wan Sulaiman Wan Sidiq untuk mengajar di Pondok Wan Sulaiman atau Madrasah Limbongan Kapal (kini Maahad Mahmud) selama empat tahun.

Pada 1926, beliau kembali ke Kepala Batas dengan tujuan menubuhkan sebuah institusi pendidikan bagi melahirkan anak bangsa yang boleh memperjuangkan kemerdekaan negara. Beliau menamakan pusat pengajiannya sebagai �Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah�. Perkataan �al-Wathaniyah� atau Bumiputera itu jelas memperlihatkan semangat kemerdekaannya.

Tuan Guru Haji Abdullah Fahim bukan sahaja mengasas dan mengajar di sini, tetapi turut menjadi mudir sehingga 1930. Antara murid beliau yang paling terkenal ketika ini ialah Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pengasas Hizbul Muslimin. Di sini, Haji Abdullah telah memperkenal pengajian berkelas (nizami) dan juga umum (adami).

Pada 1930, Sheikh Abdullah Fahim dijemput oleh Sultan Perak untuk menjadi Mudir Madrasah Idrisiyah, Bukit Chandan. Beliau berkhidmat sebagai Mudir Madrasah Idrisiyah sehingga 1946. Antara pelajar beliau di sini termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan dan Prof Zulkifli Mohammed.

Setelah meninggalkan Bukit Chandan, Haji Abdullah kembali ke Kepala Batas dan menguruskan Madrasah Daeratul Maarif. Walau bagaimanapun, beliau hanya berkhidmat sebagai penaung, manakala anaknya, Tuan Haji Ahmad Badawi sebagai mudir dan murid kesayangannya, Ustaz Abdul Halim al-Hadi sebagai guru besar. Beliau menolak tawaran untuk dilantik sebagai Sheikhul Islam Kedah kerana menjaga maslahat madrasah ini. Pada 1951, Haji Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Mufti Pulau Pinang yang pertama dan beliau berkhidmat selama lima tahun. Selepas itu, beliau hanya menumpukan kepada kegiatan keilmuan di Kepala Batas dengan menjadi guru agama di sana.

Selepas Perang Dunia Kedua tercetus, Sheikh Abdullah Fahim telah mula terlibat dalam politik kepartian dengan menyertai Persatuan Melayu Seberang Perai. Ketika Umno ditubuhkan pada 1946, beliau adalah ahli Umno pertama dari Pulau Pinang. Beberapa ketika kemudian, kerana kemasyhuran beliau sebagai seorang ulama, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno yang kemudiannya dikenali sebagai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Meskipun menjadi ahli Umno, kemahuan beliau untuk melihat kemerdekaan tidak padam walaupun Umno ketika itu tidak memperjuangkan kemerdekaan.

Ketika murid beliau, Ustaz Abu Bakar al-Bakir menubuhkan Hizbul Muslimin, beliau bukan sahaja memberikan sokongan tetapi telah dilantik mempengerusikan Majlis Penasihat Hizbul Muslimin pada 1948 dan dalam masa yang sama mengetuai Bahagian Agama Umno. Ekoran beberapa krisis dalaman Umno berkaitan sikap Umno terhadap isu-isu agama seperti isu judi loteri, fun-fair, kaberet, isu pemurtadan Natrah dan lain-lain, Haji Abdullah telah berundur sebagai Pengerusi Bahagian Agama pada 1950. Selepas itu, jawatan ini diambil alih oleh muridnya, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan.

Walaupun Haji Abdullah tidak menyertai dua Persidangan Alim Ulamak Malaya pada 1950 dan 1951, tetapi beliau menghantar anaknya, Haji Ahmad Badawi untuk menyertainya. Apabila Persatuan Ulamak Se-Malaya ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951, persatuan tersebut telah merancang mengadakan Persidangan Ulamak di Butterworth pada 24 November 1951 untuk meluluskan undang-undang tubuh dan melantik jawatankuasanya. Haji Abdullah Fahim sebagai Mufti Pulau Pinang telah merasmikan persidangan ini yang akhirnya telah mengambil keputusan menukar nama Persatuan Ulama Se-Malaya kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS). Haji Abdullah Fahim sendiri dicalon sebagai Yang Dipertua Agung PAS tetapi tewas kepada Tuan Haji Ahmad Fuad.

Sebaik sahaja PAS ditubuhkan, Madrasah Daeratul Maarif telah dipilih sebagai Pejabat Agung PAS yang pertama sebelum berpintah ke Bukit Mertajam. Selepas itu ia kembali ke madrasah ini pada 1953 sebelum menumpang beberapa ketika di rumah Setiausaha Agung PAS, Haji Ahmad Maliki iaitu berhampir madrasah ini juga.

Kerana penyertaan Haji Abdullah dalam PAS, hampir seluruh murid dan keluarganya menjadi tenaga penting PAS. Turut menyertai PAS di kalangan jawatankuasa madrasah ini ialah Cikgu Ahmad Awang, Ustaz Abdul Halim al-Hadi, Ustaz Abdul Kadir Kamal dan Ustaz Mohd Saghir. Di kalangan keluarganya pula ialah anaknya, Haji Ahmad Badawi; menantunya, Hajah Kailan Hassan; iparnya, Haji Mansor Hassan JP dan beberapa yang lain.

Pada 3 April 1952, Jawatankuasa Agung PAS telah memutuskan untuk menubuhkan Dewan Ulama PAS bagi menyatukan tenaga ulama dan mengelola urusan hukum-hukum agama, maka Sheikh Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama PAS yang pertama. Antara langkah penting dilaksanakan oleh beliau ialah mengadakan perjumpaan sekolah-sekolah agama rakyat pada 22 Mei 1952 bagi merundingkan usaha untuk menyatukan sekolah agama dan membentuk kumpulan wang untuk membangunkan sistem pendidikan tersebut. Beliau juga telah membuka Pejabat Dewan Ulama PAS di Madrasah Khairiyah, Pokok Sena iaitu sekolah milik Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein.

Pada akhir 1953, telah berlaku krisis kepemimpinan PAS ekoran sokongan PAS terhadap National Convention tajaan Tunku Abdul Rahman. PAS mula membentuk disiplin parti dengan mencegah pimpinan PAS menjadi ahli parti lain. Pada Ogos 1954, bertempat di Madrasah ad-Diiniyah, Bagan Serai, PAS meluluskan usul tersebut. Akibatnya, beberapa pimpinan PAS seperti Haji Zabidi Ali, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Haji Maansor JP, Tuan Guru Haji Huseein Che Dol, Haji Ahmad Maliki dan Haji Ahmad Badawi terpaksa memilih untuk kekal dalam PAS atau menjadi ahli Umno. Haji Hussein Che Dol, Haji Ahmad Badawi dan Haji Ahmad Maliki memilih untuk meninggalkan PAS dan kekal bersama Umno. Pendirian ini turut diambil oleh Sheikh Abdullah Fahim.

Walaupun tidak lagi bersama PAS selepas 1954, Haji Abdullah Fahim selaku Mufti bersama Ustaz Abdul Halim al-Hadi (Guru Besar Maarif Wathaniyah) dan Sheikh Salleh Masri (Pengerusi Majlis Penasihat Agama Pulau Pinang) telah mengeluarkan fatwa mewajibkan umat Islam keluar mengundi dan melarang mereka mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya 1955. Isu ini menjadi hangat kerana ia dilihat merugikan Perikatan dan Setiausaha Agung PAS, Cikgu Ahmad Awang pula menyokong fatwa ini. Pada 31 Mei 1955, pendaftaran PAS telah diluluskan dengan beralamat di �Arabic School, Kepala Batas� iaitu madrasah milik Haji Abdullah Fahim.

Sumbangan penting Haji Abdullah dalam politik negara ialah menetapkan tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Berdasar keilmuan beliau dalam bidang falak, beliau mengatakan itu tarikh terbaik untuk Tanah Melayu merdeka. Tuan Guru Sheikh Abdullah Fahim telah meninggal dunia pada 27 April 1961 dalam usia 92 tahun. Beliau meninggalkan tiga anak termasuk Tuan Haji Ahmad Badawi iaitu bapa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.- tajdid

harakahdaily



Jika kita melihat senario perjalanan perjuangan ulama bernama Sheikh Abdullah Fahim yang tulus memperjuangkan Islam , mengapa dia sanggup melepaskan keahlian PAS dan tetapi memilih untuk berada di dalam UMNO? Kenapa tidak sahaja beliau beristiqomah di dalam PAS dan memperjuangkan ISLAM? Kenapa tidak saja beliau memberi kata dua kepada UMNO supaya bubarkan UMNO dan tubuhkan parti Islam?Kenapa ketika sebilangan besar mereka yang dianggap sebagai ulama meninggalkan parti itu untuk menyertai PAS, beliau dan anaknya, Ahmad Badawi tetap setia menyokong UMNO dalam perjuangannya membela nasib bangsa dan seluruh penduduk Tanah Melayu mengira kaum dan agama.Mengapa????

Satu sahaja jawabnya. Beliau sayangkan ummah Islam dan tidak mahu melihat perpecahan ummah !Beliau tidak ego dalam memperjuangkan Islam dengan mengeluarkan fatwa merapu yang menambahkan lagi kekeruhan masalah ummat !!!!!!!!


Sempena Hari merdeka ini, saya ingin membuka kembali sejarah 31 Ogos yang dipilih untuk menjadi tarikh keramat negara kita .Sesungguhnya tarikh keramat ini ada kaitan dengan Sheikh Abdullah Fahim

''Nama Sheikh Abdullah Fahim juga berkait rapat dengan kemerdekaan Tanah Melayu kerana beliaulah tokoh yang diberi kepercayaan untuk memilih tarikh yang dirasakan serasi untuk dikemukakan kepada pentadbiran Inggeris. Semasa beliau dikunjungi Tunku Abdul Rahman dan para pemimpin UMNO lain untuk mendapatkan tarikh berkenaan, Abdullah Fahim mencadangkan dua tarikh iaitu 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1962. Pada pendapat beliau, tarikh 31 Ogos 1957 paling sesuai memandangkan segala usaha dan perjuangan rakyat Malaya sudah sampai kepada masanya untuk membuat tuntutan dan sekiranya pihak British tidak bersetuju dengan tarikh itu, maka satu lagi tarikh yang sesuai dan baik untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan ialah 31 Ogos 1962.

Apabila kedua-dua tarikh tersebut dibincangkan pada mesyuarat peringkat tertinggi UMNO, Ketua pemuda UMNO, Saadon Haji Jubir menolak tarikh alternatif 31 Ogos 1962 dan bertekad bahawa sekiranya British menolak tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan negara ini, pemuda UMNO akan bertindak secara habis-habisan untuk menentangnya.

Walau bagaimanapun dengan nasihat Abdullah Fahim dan kebijaksanaan Tunku, akhirnya seperti yang terakam dalam sejarah tanah air, Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Tarikh keramat ini sebenarnya bukan dipilih dengan sesuka hati olehAbdullah Fahim tetapi melalui ilmu firasat yang beliau miliki. Tarikh inilah yang kini dirayakan setiap tahun oleh seluruh rakyat Malaysia yang menghargai erti kemerdekaan.

Mungkin juga tidak ramai yang mengetahui bahawa pada pertemuan untuk membincangkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu itu, Abdullah Fahim memberitahu Tunku bahawa selepas lima tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, negara ini akan bertukar namanya. Ramalan yang dibuat berdasarkan ilmu firasat yang beliau miliki itu ternyata benar apabila dengan kehendak Allah jua, Tanah Melayu telah ditukar namanya kepada Malaysia lima tahun selepas kemerdekaannya.

Walaupun ramai orang yang kagum dengan kelebihan yang dimiliki oleh Sheikh Abdullah Fahim, tetapi bagi beliau dan ahli keluarganya, semua itu adalah pemberian Allah kepada sesiapa jua yang dikehendakinya.

Sungguhpun Abdullah Fahim bukan pemimpin utama UMNO, tetapi buah fikiran beliau sebagai orang tua dan ulama yang dihormati amat diperlukan dalam menangani sesuatu isu besar yang dihadapi oleh rakyat dan negara. Sebagai ulama, segala kata-kata dan buah fikirannya diyakini bebas daripada sebarang kepentingan diri serta mendapat petunjuk dari Allah."




BERSATULAH WAHAI UMAT MELAYU ISLAM DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA.DAN TINGGALKAN LAH ULAMA ULAMA PEROSAK AGAMA DAN KESATUAN UMMAH DI ATAS NAMA AGAMA.

7 comments:

Frodo Baggins said...

salam ... boleh saya cilok artikel ni? huhuhuhu, salam merdeka

Aku said...

wsalam,

boleh sila kan hehe..

salam merdeka untuk saudara juga

arizWanmerahs said...

Bagus artikel ni. Seorang ulama yang memiliki ketulusan jiwa dalam menegakkan agama Allah SWT.. Seharusnya menjadi renungan buat para ulama terkini..

Teringat pula aku kat Tun Pak Lah, senyap jek sekarang ni.. Sibuk dengan kebun bunga/sayur la kut...?

Aku said...

salam saudara merah,

memang benar kata2 saudara. ulama2 kini harus mengambil iktibar dari perjuangan sheikh abdullah fahim. setiap langkahnya mementingkan kesatuan ummat..bukan mementingkan agenda tersendiri..

pak lah oh pak lah.. hehee

ajijasin said...

salam alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!!!
MARHABAN YA RAMADHAN!!!

MALAM KE SEPULUH RAMADHAN!!!
MALAM SEPULUH PERTAMA TERAKHIR RAHMAT ALLAH UNTUK HAMBANYA!!!

DAN SALAM MERDEKA!!!

MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!

Ismi Ijmi said...

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Apabila umatku mengagungkan dunia, maka kehebatan Islam akan dicabut daripada mereka. Apabila mereka meninggalkan amr-bil-ma’aruf dan nahi-‘anil-munkar maka mereka akan diluputkan daripada keberkatan wahyu dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain maka mereka akan gugur daripada pandangan Allah s.w.t.” (Dipetik daripada Kitab Durrul-Manthur Hadith riwayat Hakim dan Tirmizi)

Bersatu untuk Islam ~ kerana Allah

GoldSniper said...

Orang mukmin menganggap dosa ibarat gunung yang menghempap dada

Orang munafik menganggap dosa ibarat lalat yang hinggap di muka

Wallahu A'lam..