Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Tuesday, December 8, 2009

Kor Ming (DAP) BIADAP pertikaikan bilangan masjid di MALAYSIA

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Seorang ahli Parlimen DAP hari ini mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 buah masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain untuk tempoh yang sama.


Ahli Parlimen Taiping yang juga Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming berkata, walaupun mengalu-alukan usaha kerajaan memartabatkan agama Islam tetapi pada masa sama berasa kesal kerana rakyat bukan Islam telah dianaktirikan sedangkan mereka juga adalah pembayar cukai.


Beliau yang juga Setiausaha DAP Perak berkata, sebab itu kerajaan Pusat harus belajar daripada kerajaan campuran DAP, Pas dan PKR di Perak dahulu serta kerajaan Pas Kelantan yang membenarkan pembinaan tokong terbesar di Asia Tenggara walaupun turut memartabatkan Islam.


“Dan kerajaan pakatan pembangkang di Perak ketika memerintah dulu banyak menawarkan tapak tanah kepada kuil-kuil Hindu, gereja dan tokong supaya rakyat penganut agama tersebut tidak merana dan berasa terpinggir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang diedarkan di pusat media Parlimen di sini hari ini.
Menurut Kor Ming, walaupun kerajaan menguar-uarkan slogan 1Malaysia namun adalah jelas gagasan tersebut adalah janji manis yang berupa cakap kosong sahaja.
Katanya, ini berdasarkan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop terhadap soalan dikemukakan beliau bahawa kerajaan telah menggunakan tabung wang rakyat sebanyak RM748.26 juta untuk membina masjid melalui peruntukan khas Perdana Menteri.

‘‘Bagaimanapun tidak ada perancangan yang bersistem, struktur dan agihan peruntukan adil diberikan kepada penganut agama bukan Islam.
‘‘Menurut jawapan kerajaan, kerajaan Persekutuan hanya memperuntukkan RM9 juta untuk bantuan kepada semua institusi ibadat bukan Islam dalam tempoh 2003 hingga 2008 iaitu satu jumlah 1.2 peratus sahaja,” jelasnya.

Kor Ming menegaskan, prinsip pertama Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan dan oleh itu semua rakyat Malaysia termasuk rakyat bukan beragama Islam harus menerima ajaran agama yang betul.

Menurut beliau, justeru adalah menjadi tanggungjawab kerajaan membantu pembangunan pendidikan rohani rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam juga.
‘‘Semua rakyat adalah pembayar cukai, adalah tidak adil penganut agama bukan Islam dianaktirikan,” jelasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_09.htm


BISMILLAH

ASSALAMUALAIKUM


SAYA TIDAK TERKATA APA APA. UMMAT ISLAM DI SINI BERCAKARAN MANAKALA AGAMA ISLAM SENDIRI MAKIN DI HINA DAN DIKEJI OLEH KAFIR YANG MEMBENCI ISLAM UNTUK TERUS HIDUP DI BUMI MELAYU INI . PAS DAN UMNO HARUS BERSATU. JIKALAU TIDAK PADAH BURUK BAKAL MELANDA UMMAT ISLAM DI TANAH MELAYU INI.

ADAKAH SELAMA INI KITA MENIDAKKAN HAK BUKAN ISLAM UNTUK MENJALANKAN UPACARA KEAGAMAAN MEREKA? BOLEHKAH MEREKA MENDAPAT HAK AGAMA YANG SAMA APABILA BERADA DI AMERIKA ATAUPUN DI MANA MANA NEGARA YANG LAIN? JIKA PAS BERSANGKA DENGAN BERSEKONGKOL BERSAMA DAP DAPAT MENINGKATKAN TARAF ISLAM DI MALAYSIA, TETAPI LIHATLAH APA YANG TERJADI SEKARANG INI.SEMAKIN HARI SEMAKIN ISLAM BERANI DI PERSOALKAN OLEH KAFIR YANG MEMPUNYAI AGENDA TERSEMBUNYI UNTUK MENSETARAFKAN AGAMA LAIN-LAIN DUDUK SAMA TINGGI DENGAN ISLAM AGAMA ALLAH DI BUMI MELAYU . HAKIKATNYA, AKIBAT KEGHAIRAHAN PAS MELUTUT DI KAKI DAP YANG TERANG BENDERANG BERANI MEMPERSOALKAN HAK ISLAM DI BUMI MELAYU, MEREKA SEMAKIN BERANI UNTUK BERKURANG AJAR DENGAN ISLAM DI BUMI MELAYU INI. PERBUATAN PAS HANYA MENGERUHKAN LAGI KEADAAN DAN SAYA BERTAMBAH YAKIN SEKARANG BAHAWASANYA INI SEMUA TERJADI KERANA KESOMBONGAN PAS YANG SUKA MELIHAT DIRI MEREKA SAJA YANG BENAR DALAM SEMUA SEGI DAN MEMANDANG HINA 'IMAN' ORANG LAIN TANPA BERASA KASIHAN KEPADA SAUDARA SESAMA ISLAM.

LIHAT SAJA BAGAIMANA TOKKU PALOH BERENTAP DENGAN KAFIR DAN BENAR-BENAR BERJUANG MENEGAKKAN ISLAM!!LIHAT SAJA BAGAIMANA TIDAK SESEKALI BELIAU BERSEKONGKOL DENGAN KAFIR UNTUK MEMPERJUANGKAN NASIB AGAMA DAN BANGSA MELAYU DI TANAH MELAYU SENDIRI.INI WAJAH SEBENAR SEORANG AHLI AGAMA DAN WALI YANG MENDAPAT RAHMAT DARI ALLAH. BUKAN SEPERTI SESEORANG YANG HANYA MEMBERI 'BERKAT' MELALUI SELIPARNYA TETAPI LANDASAN PERJUANGANNYA AMAT BERBEDA SEKALI JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PERJUANGAN SEORANG ULAMA YANG BERGELAR TOKKU PALOH!


TETAPI PEMIMPIN MELAYU ISLAM BAIK DARI PAS ATAU UMNO KINI ASYIK BEREBUT UNTUK MENCIUM KAKI KAFIR DEMI KUASA BODOH YANG HANYA MENGUNDANG BALA KEPADA UMMAT ISLAM DI MALAYSIA!!!!!!!
KITA TIDAK BERMAKSUD UNTUK BERLAKU KEJAM KEPADA BUKAN ISLAM BAHKAN WAJIB BAGI KITA MENJAGA KEBAJIKAN MEREKA BERSESUAIAN DENGAN SYARAK DAN GARIS PANDUAN YANG DI BERI DI DALAM ISLAM.TETAPI JANGANLAH MEMBIARKAN SEGOLONGAN KAFIR YANG BUSUK DAN BERSIKAP JAHAT BERLELUASA DAN BEBAS MENGHINA ISLAM DI BUMI MELAYU.APA YANG DIBANGKITKAN OLEH AHLI PARLIMEN DAP TERSEBUT MERUPAKAN SUATU ADU DOMBA YANG BOLEH MENCETUSKAN PERGADUHAN AGAMA BAHKAN DIA JUGA MENCABAR PERLEMBAGAAN MALAYSIA YANG MENGIKTIRAF ISLAM SEBAGAI SATU-SATUNYA AGAMA DI GALAS OLEH KERAJAAN MALAYSIA DAN DALAM MASA YANG SAMA TIDAK AKAN MENGHALANG BUKAN ISLAM UNTUK MENGAMALKAN AJARAN AGAMA MEREKA. APAKAH MUNGKIN SELEPAS INI MEREKA AKAN MEMINTA PULA SUPAYA AGAMA LAIN BEBAS MEMBERI DAKWAH KEPADA ORANG ISLAM DENGAN BERSELINDUNG DI BALIK 1 MALAYSIA?




MASIHKAH KITA UMMAT ISLAM DI SINI MAHU MENERUSKAN TIDUR SAMBIL DIBUAI MIMPI PALSU DARI IBLIS LAKNATULLAH?? BERSATULAH WAHAI UMMAT ISLAM MALAYSIA.JANGAN NASIB KITA SUATU HARI NANTI MENJADI SEPERTI UMMAT YANG LALU DI MANA MEREKA HANCUR DAN KALAH SERTA KEHILANGAN KESEMUANYA DEK KERANA NAFSU DAN KEBODOHAN DIRI SENDIRI .


ps: AGAKNYA INILAH HASIL KEJAYAAN 'TARBIYAH' PAS UNTUK MP DAP INI.

7 comments:

Anonymous said...

Nabi Muhammad penah bersabda "satu hari nanti umat Islam umpama buih dilautan...walaupn bilangan umat Islam ramai tetapi isinya kosong sepeti buih"....sekarang ianya menjadi kenyataan...

Anonymous said...

Kah..kah.. Padan muka. Siapa pegang malaysia? Umno atau pas? Siapa yg tak mahu laksana perundangan islam? Umno atau pas? Nak suruh pas ber 1 dgn pas? Haha.. Suruh umno bubar dulu,join pas dan banyakkan krusi pas dlm parlimen,baru boleh nak cerita lebih. Kalau tak,pi mai pi mai tang tu ja lah... Tak usahlah nak buat topik dap kuang ajar ka,hindu kuang ajar ka,berkat selipar ka,buang masa semua tu. Demokrasi memang lagu tu. Dgn hang2 skali kena bodoh dgn demokrasi ni.kih.kih...

Anonymous said...

Aiyo.. Buang masa mau komen ini ruangan yg moderate ni.

Aku said...

salam,

anon 9:58 atau dengan sewaktunya yang suka tukar2 nick,

orang seperti kamu ni lah petualang agama dan bangsa yang akan menyebabkan islam dan melayu makin di hina dan dikeji. bukan dia nak ambil kesempatan untuk mencari titik permulaan bagi penyatuan,kalau boleh biar islam dan melayu itu terus mati dan mati..

kalau lah masih wujud orang orang seperti tokku paloh, dato bahaman, tok gajah, tok kenali, rasanya orang mcm engkau ni dulu dia orang bunuh dan tentang. sebab nak kata jahil , tak, tapi suka berlagak jahil untuk jahanamkan lagi ummat islam keadaan yg kritikal..

imam mahdi kalau datang pun, diriayatkan bahawa beliau akan mencari dulu orang yg berilmu tetapi jahat dan busuk dan menjadi penyebab kepada kekalutan ummah .. kenapa yg berilmu dulu di cari iya??

buka lah otak tu sikit. jangan asyik taruh dendam .yg tu sikap iblis. kenapa masing masing nak degilkan diri? apa PAS sebagai parti Islam yang kononnya lebih mengetahui Islam dari UMNO tidak boleh bersikap gentleman dan rahmah dengan sedara islamnya?? di mana sikap kelembutan kamu semua sebagai orang Islam yang benar benar cintakan Islam?! mulakan dengan akhlaq dan sikap lembut dahulu, baru orang ikut... kalau datang dengan mencarut dan maki maki serta mendoakan untuk jahanamkan teman seagama, ada ke orang nak ikut?

Aku said...

lagi satu, kalau malas nak komen, tak sapa suruh hang komen pun.. yg gatai gedik nak komen jugak sapa suruh.. pi komen ja kat blog blog kesayangan hang mcm anar ibrahim tudia kan amalkan kebebasan bersuara tanpa batas mesti komen komen semua tak ditapis ..

Musafir Kelana said...

salam semua,
musuh memang berperangai MUSUh,
Dalam peperangan, musuh akan membuat apa saje taktik,strategi dan teknik untuk menyerang lawannya.......itulah adab berperang...tetapi kita tidak boleh menyalahkan MUSUH kerana kecerdikan,kepandaian,kebijaksanaan, mereka menentang dan menyerang kita...menyalahkan musuh bermakna kita menutup kelemahan kita...
kita kena cari punca kelemahan kita dan perbaiki serta menguatkan PERTAHANAN kita agar MUSUH kita tidak boleh menyerang kita kerana benteng PERTAHANAN YANG KUAT DAN BERSTRATEGI...

wahai ulama2/ ahli agama, ahli politik serta rakyat Muslim...
bersatulah atas dasar 1 AKIDAH ISLAM...bangkitlah dari tidur yang lena dan panjang agar BALA TUHAN terhalang drpada menyentuh bumi Malaysia ini....

catatanhamba.blogspot.com

Aku said...

wsalam saudara al fakir,


saya bersetuju dengan pendapat saudara. kelemahan kita ialah , asyik bertelagah dan pentingkan urusan duniawi mengikut hawa nafsu, sebab itu musuh semakin menjadi jadi perangai dia orang.

sepatutnya kita bersatu dan saling membantu . yg berilmu membantu yang jahil dan yang jahil akurlah dengan berguru dengan berilmu. sejarah begitu banyak mengajar kita apabila ummat islam bercerai dan roboh, musuh berjaya merampas semua hak kita. tetapi malang sekali umat islam di malaysia masih tidak mahu belajar dari sejarah...