Memerhati,mempelajari dan menghayati...
PERINGATAN BUAT SEMUA
MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.
Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Tuesday, December 15, 2009
Herald dilarang guna perkataan Allah..
KUALA LUMPUR - Pemimpin negara bertanggungjawab memelihara agama Islam setiap masa kerana ia kewajipan yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Tinggi di sini, diberitahu semalam.
Peguam Kanan Persekutuan, Mohamad Naser Disa berkata, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja peringkat negeri mempunyai kewajipan untuk mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini kerana terikat sumpah jawatan yang dilafazkan seperti mengikut Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, kewajipan itu bukan hanya dipikul pemerintah tertinggi negara atau negeri, malah ketiga-tiga badan eksekutif, perundangan dan kehakiman yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong juga berkewajipan untuk memelihara agama Islam.
“Menteri Dalam Negeri yang menjalankan tanggungjawab eksekutif atas nama Yang di-Pertuan Agong adalah terikat dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara agama Islam, oleh itu menteri adalah betul untuk melarang penggunaan kalimah Allah oleh penerbit majalah mingguan Katolik, Herald, yang akibatnya mencemar agama Islam,” katanya.
Mohamad Naser berhujah demikian untuk menolak permohonan Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, yang telah memfailkan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan istilah Allah dalam majalah itu adalah tidak sah dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.
Dalam perbicaraan hari kedua itu, Mohamad Naser berkata, keputusan menteri yang melarang penggunaan kalima:h Allah dalam penerbitan Herald tidak menjejaskan kebebasan beragama pemohon dan penganut Kristian.
“Pemohon gagal menunjukkan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah ajaran asas dalam agama Kristian,” katanya.
Pada 7 Januari tahun lalu, Menteri Dalam Negeri meluluskan permit ’The Herald’ dengan syarat bahawa penggunaan perkataan Allah dilarang dan perkataan ’Terhad’ perlu dicetak pada muka depan majalah tersebut, iaitu hanya diedarkan kepada penganut Kristian di gereja.
Menteri berkenaan melarang penggunaan perkataan Allah atas alasan keselamatan negara dan mengelak salah faham dan kekeliruan dalam kalangan orang Islam.
Mohamad Naser dalam hujahnya berkata, Allah adalah nama khas bagi Tuhan yang satu, termaktub dalam al-Quran dan dimartabatkan dalam Perlembagaan Persekutuan, oleh itu sebarang usaha untuk merendahkan martabat kalimah suci Allah adalah suatu penghinaan kepada Perlembagaan Persekutuan.
Peguam Porres Royan, yang mewakili pemohon, dalam hujah balasnya, berkata, larangan yang dikenakan menteri adalah tidak munasabah, tidak sah dan bertentangan kebebasan beragama.
Menurutnya, Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan kuasa untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang bukan beragama Islam.
Hakim Datuk Lau Bee Lan menetapkan 30 Disember ini untuk memberikan keputusan. - Bernama..
Komen:
Alhamdulillah dan syukur kerana niat buruk serta agenda busuk yang tersembunyi dapat disekat . Walaubagaimanapun seperti biasa ada pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan ini :
DAP meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mengkaji semula keputusannya mendesak semua kerajaan negeri mewartakan larangan penggunaan perkataan "Allah" dalam mana-mana penerbitan bukan Islam.
"Adalah lebih baik jika menteri itu menunggu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung perkara itu sebelum membuat sebarang tindakan yang akan hanya mengeruhkan lagi hubungan harmoni rakyat Malaysia," kata Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Malaysiakini
Memang memalukan jika masih ada orang Islam yang sanggup bersekongkol dengan musuh Allah yang nyata tetapi berselimutkan 'liberalism' serta 'hak kesemarataan' untuk menjahanamkan Islam dan mengelirukan.Ummat Islam sendiri.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
apasal dengan T ABD Aziz tu? bangang bebeno.
Salam.. Benarkah pengerusi pertubuhan ulama sedunia, syeikh yusof qardhawi mengeluarkan statement dgn penuh yakin baru2 ini d malaysia bahwa anwar ibrahim tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah? Kalau benar itu kata2 beliau, 1 tamparan kepada ulama2 kerajaan malaysia yg slama ini menuduh melalui media massa. Bg komen sikit aku313.
ทดกบ,
สคพยตบ.
Bersabarlah atas dugaan yg menimpa keluarga..
Penyamar berkaliber
Kepada e-Patriot SSS,
Sempena kita melangkah ke tahun 2010, kami di Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) ingin menghulurkan setinggi perhargaan dan terimakasih kepada Tun/Tan Sri/Puan Sri/Dato Seri/Datin Seri/Tunku/Tengku/Tuan/Puan di atas sokongan padu yang kami terima terhadap kempen SSS ini.
Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk kita sama-sama menyemarakkan lagi sokongan terhadap kempen ini dengan melibatkan saudara mara dan sahabat handai yang masih belum lagi menandatangai petisyen kempen ini di SINI dan juga para bloggers untuk menzahirkan sokongan masing-masing dengan mempamirkan logo SSS di laman blog masing-masing.
Terima kasih sekali lagi atas sokongan padu yang diberikan. Kami amat menghargainya.
Salam Sejahtera,
“SATU BAHASA, SATU BANGSA, SATU NEGARA”
Admin SSS
salam,
anon pertama,
adakah ulama yg bernama qardawi itu mempunyai ilmu setanding Allah dalam mengetahui siapa benar siapa salah hanya kerana dia bersahabat dengan anwar al liberalisma? hatta imam ali sebagai khalifah masuk mahkamah dan kalah walaupun sudah trnyata beliau benar tetapi tetap menghormati sistem keadilan yg seterusnya membawa kepada keislaman si yahudi pencuri baju besi. ini baru dikatakan pewaris nabi. akur dan tunduk kepada keadilan bukan dengan kdudukan serta pertalian yg ada... bukankah imam ali itu sepupu dan menantu serta tinggal dengan rasulullah sejak beliau dari kecil lagi. bukankah dengan prtalian ini saja beliau mampu membuktikan bahawa beliau tidak pernah berbohong? tetapi sikap tinggi para pejuang agama Allah serta risalah rasul yg tulen tetap akan menunjukkan keadilan tanpa mempergunakan kedudkan serta martabat atau darjat mereka. dr qardawi seharusnya tidak menjadikan 'ikatan persahabatan' sebagai bukti anwar tidak meliwat. beliau harus mendengar daripada kedua-kedua pihak. Allahu a3lam
anon kedua,
dugaan apa? alhamdulillah saya dan keluarga sihat walafiat dan hingga sekarang kami baik baik sahaja..doakan buat semua muslimin termasuk diri saya dan kamu,supaya mendapat hidayah Allah selalu inshallah..
Post a Comment