Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Wednesday, November 25, 2009

Kepada Komentar yang suka putar belit!

Bismillah


Assalamualaikum


Kepada Al-Fakir

Saya hanya mengutarakan kenyataan dari guru pondok tentang teguran yang dilakukan oleh Ayah Haji Lah (rujuk postin saya kembali),Kemudian saya 'quote' kenyataan Sheikh Abdullah fahiem mengenai Wahabi/ Kaum Muda tetapi kamu datang dan memberi komen berbunyi:

"semua kamu ini menjadi penfitnah jika berita dan iktikad mereka tidak betul dengan apa yang kamu sangka dan tuduh."


Kemudian saya menjawab dengan mengatakan bahawa yang menjatuhkan sesuatu perkara yang diutarakan bukan dari pendapat saya tetapi daripada pendapat ulama2 aswj dan saya turut sertakan 'list' ulama2 berkenaan.makanya kenyataan saudara mengatakan " semua kamu ini pemfitnah' bolehlah dikatakan bahawa termasuk semua ulama2 aswj yang menulis menentang ajaran wahabi dan pendapat2 mereka inilah yang saya ambil untuk dijadikan sebagai pegangan saya menolah wahabi! tetapi kamu datang mengatakan "

"semua kamu ini menjadi penfitnah jika berita dan iktikad mereka tidak betul dengan apa yang kamu sangka dan tuduh."


Kemudian saudara 'spin' dan mengatakan bahawa :

wahai saudara. ulama yg kamu sebut itu BENAR LAGI HAKIKI dan dia tidak SAMA macam kamu yang menuduh,menfitnah dan mengumpat orang.
dan aku tak kata depa tu penfitnah...
KAMU TU YANG PENFITNAH. KAMU AJE, PEMILIK BLOG NI JE! FAHAM!

Di sini njelas saudara amat kontradik sekali dengan kenyataan terdahulu dan kemudian .
dan seterusnya apabila saya mengatakan bahawa kamu harus bertanggungjawab di akhirat kelak ke atas tuduhan kamu ke atas saya dan semua yg kamu maksudkan sebagai pemfitnah hanya kerana mengambil pendapat dan ijtihad ulama2 aswj, maka kamu menjawab:

ye!aku bertanggunjwab dan AKAN MENJADI SAKSI BAHWA KAMU NI MEMANG PENFITNAH...ulama terdahulu tidak berperangai seperti kamu....
JANGAN BACA SAHAJA SIRAH MEREKA (ULAMA2 HAKIKI) DAN TAHU SAHAJA NAMA MEREKA..TETAPI PRAKTIKKAN DALAM KEHIDUPAN..SUPAYA MASYARAKAT YANG BERPECAH BELAH INI AKAN BERSATU SEMULA DENGAN PENUH KASIH SAYANG DAN KEIMANAN.

Adakah penulisan Tok kenali dan ulama yang bersama-sama dengannya sezaman merupakan pemecah belah ummah apabila mereka berusaha menulis dan menyerang golongan wahabi yang cuba masuk dan merobek kesejahteraan tanah Melayu ketika itu?Adakah dengan menulis dan menyerang orang-orang yang mendaulatkan fahaman wahabi, tok kenali boleh dianggap sebagai Pemfitnah Ummat seperti yang saudara katakan? Jangan cuba pusing dan mengatakan bahawa saya dan mereka itu berbeza. memang bagaikan langit dan bumi antara saya dan ulama2 tersebut. tetapi pendapat dan iktikad serta cara dan pendirian mereka menjadi ikutan serta iktikad saya. Jadi apabila saudara mengatakan bahawa sokongan yang saya utarakan di dalam posting( hanya menyatakan sokongan tanpa lebih lebih memberi komen) kamu menuduh saya dan semua sebagai pemfitnah?

Siapa yang kamu maksudkan dengan 'kamu semua'? Berdasarkan posting tersebut, saya hanya menyatakan sokongan kepada kenyataan tuan guru Haji Lah dan kemudian menulis pendapat ulama Sheik Abdullah fahiem tetapi kamu datang dan terus mengatakan bahawa :

"semua kamu ini menjadi penfitnah jika berita dan iktikad mereka tidak betul dengan apa yang kamu sangka dan tuduh."


Dengan itu boleh lah saya simpulkan bahawa orang yang dituduh kamu sebagai pemfitnah itu ialah saya, tuan guru haji lah, sheikh abdullah fahiem seterusnya ulama2 ASWJ yang menjadi iktikad mengenai penolakan wahabi kepada ' kamu semua' yang saudara maksudkan..Maka saya menerima perlaksanaan saudara untuk bertanggungjawab di akhirat kelak ke atas kata2 saudara dengan mengatakan:


"semua kamu ini menjadi penfitnah jika berita dan iktikad mereka tidak betul dengan apa yang kamu sangka dan tuduh."

sekalilagi saya akan 'quote'kata-kata sheikh abdullah fahiem:


• Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu. • Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah. • Tuan - tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum - hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk - buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri. • Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia."- Dipetik dr kitab SENJATA SYARIAT,ABU Qani'ah & Abu Zahidah


maka dengan ini kenyataan kamu juga turut menuduh sheikh abdullah fahiem sebagai PEMFITNAH kerana postin saya hanya megutarakan pendapat ulama ini mengenai fahaman wahabi! dan saya hanya ! saya ulang! hanya menyokong saranan dan pendapat ulama tersebut!jadi mana mungkin hanya saya yg dikatakan pemfitnah tetapi sebenarnya saudara mengheret sekali ulama yang saya utarakan pendapat mereka mengenai wahabi!

sekian.




Ps: kepada encik sofa and da gang yang suka tukar2 nick, kamu ni suka menuduh orang ye? Kononnya saya ni suka tapis-tapiskan komen. kalau benar saya suka tapis-tapiskan komen, cuba bandingkan komen penentang dan komen yang menyokong di dalam blog ini. Komen penentang yang lebih. jadi apa buktinya tuduhan tanpa asas kamu ini? lagipun jika benar saya mahu menolak komen-komen yang mempunyai unsur-unsur 'baghal' itu adalah hak saya paham! kalau seseorang itu tidak mengizinkan orang luar untuk masuk kerumahnya, maka haram orang itu masuk! Ini hak yg setiap individu miliki jadi jangan nak memandai-mandai nak pertikaikannya.

21 comments:

arizWanmerahs said...

Salam AidulAdha buat saudaraku, semoga sihat n teruskan perjuanganmu.. Maaf terpaksa tulis kat sini sebab chatbox engkau 'for admin only'

Aku said...

salam

terima kasih saudara merah. tak mengapa. salam aiduladha buat saudara dan keluarga juga.semoga Allah sentiasa melindungi saudara dan keluarga di bawah rahmatNya selalu inshallah..

puteri said...

Salam AKU313,

Al Fakir ini selalu juga beri komen di blog sy namun gaya bahasanya sedikit baik di sana walaupun saya faham sangat dengan maksud dia, yg menyokong wahabi dan bbp figur yg jadi idolanya. Bila saya membaca komen beliau di blog sdra, maka terbuktilah benar pengamatan sy itu.

Aku said...

wsalam saudari puteri,


entahla.. bagi saya memang pelik pendirian si al fakir ni.. saya juga ada buat beberapa 'research' pasal apa apa penglibatan si al fakir ni di internet.. memang pelik..dan antara yg nyata peliknya ialah dia menuduh semua , tetapi kemudian menukar kpd saya seorang.. ajaib ajaib..

Musafir Kelana said...

aku313:
demi Allah...saya ini hamba Allah yang lemah lagi fakir....dan sesekali tidak bermaksud utk mengatakan wahabi itu benar dan ASWJ itu salah. Saya mempunyai guru yang sama seperti kalian yang bertauhidkan iktikad ASWJ, Berfekah Shafei, Bertasauf Imam Alghazali dna syeikh badul qadir jailani...bertarekah syatariah.
tuliasan saya tidak bermaksud utk mempertahankan sifat wahabi dan mendukungnya cuma saya ingin menasihati jagalah diri KITA SENDIRI DALAM MENUDUH ORANG LAIN.
ULASAN KAMU MEMANG DIRECT KEPADA MANUSIA YANG TELAH DIBERI NAMA. dan bila saya menasihati jgn menuduh KAMU PULA MENUDUH SAYA WAHABI...alhamdulillah semoga sifat wahabi itu tiada dalam diri saya apabila kamu menuduhnya; bukti tulisan kamu ialah (saya cut n paste your tulisan pada November 23, 2009 3:02 AM):

....."semua kamu ini sang wahabi dan penyokong wahabi menjadi penfitnah jika berita dan iktikad kami ASWJ tidak betul dengan apa yang kamu sangka dan tuduh kami sebagai pembiadaah sesat , menghalalkan bunuh sesama islam, mengkafirkan sesama muslim.paham?!
klau dah gedik sangat nak jadi wahabi, siapa pedulik.lantak ko lah. pergi belajar diulu dengan otak yg tak bias kenapa ulama dan para awliya2 aswj menentang habis habisan aliran wahabi yg suka sangat mengkafirkan orang lain paham?!"
.......................

saya juga akan mengunakan bahasa "semua kamu" (bermaksud: kamu dan yang menyokong kenyataan kamu) BUKAN ULAMA YANG KAMU SEBUT DAN SENARAIKAN. DEMI ALLAH! TIDAK. ALLAH DAN MENJADI SAKSI KENYATAAN SAYA.
Komen kamu jangan terlalu cepat menghukum orang yang saya ni PENDUKUNG PAS ATAU WAHABI. itu salah. itu TEGURAN saya. tapi kamu cepat melenting dan tidak menunjukkkan akhlak yang baik...
sekarang terpulanglah kepada kamu hendak mengambil atau tidak tentang nasihat saya berkenaan CARA DAN ADAB KAMU MENULIS. YANG PASTI...SAYA DAN TULISAN KAMU AKAN MENJADI SAKSI DI HARI PEMBALASAN.
saya memohon MAAF DI ATAS TULISAN DAN TEGURAN SAYA JIKA IA TIDAK BERSESUAIAN DENGAN NAFSU KAMU. MAAF DAN MOHON AMPUN.

PUTERI:
Begitu juga kepada puteri nafisah ...jangan cepat menuduh orang (ulasan kamu menunjukkan saya sudah pendukung wahabi) dan kita jadilah orang yang banyak mengalah daripada mendapat kemenangan. semoga pertikaian/khilaf kita semua ini tidak memecah belah perpaduan dan kasih sayang kita sebagai orang UMNO dan PAS.
salam kemaafan dari saya yang lemah lagi jahil daripada kalian.

catatanhamba.blogspot.com

Aku said...

salam,

al fakir, saya berkata demikian kerana juga dari hasil tuduhan saudara ke atas kami semua sebagai pemfitnah kpd wahabi dengan mengpastekan kata2 ulama2 dari aswj..apa maksud kau? sebab nik aziz ke? jgn taksub..Allah pun sedang memberi balasan terhadap orang yag saudara kasihi tu..saya lihat komen saudara kat tempat lain, asal ada berkenaan pas atau nik aziz je mesti nak defend walaupun tak kena gaya..ada ketika kita perlu diam ada ketika kita perlu bersuara..

lepas tu ada ke saya keep saying yang saudara wahabi selepas saudara mengatakan bahawa saudara bukan?selepas saudara mengsyorka saya membaca blog saudara, saya boleh agak mana mungkin wahabi tulen boleh ambil imam al ghazali sebab rata2 wahabi yg saya jumpa baik dalam atau luar negara amat tidak menyukai imam al ghazali!tetapi saya hanya mengulangi kata2 saudara yg menuduh saya dan semua sebagai pemfitnah..

kata2 saudara dengan menuduh kami sebagai pemfitnah ( dosa besar dari membunuh) memang besar impaknya ... tuduhan saya mengatakan saudara wahabi pulak tak kemana kerana wahabi jugak islam.. yg menjadi pertikaian ialah antara masalah masalah yg selalu dibincangkan oleh ulama2 aswj.. kenapa nak terasa kan? kalau saudara pada awalnya datang memberi salam dan tidak mengatakan kami sebagai pemfitnah.. mungkin benda ni tak berlaku.. tapi salam pun tidak terus masuk ke dalam rumah org dan mengatakan kami pemfitnah..

Aku said...

kata kata saya ke atas kamu sebagai wahabi ialah hanya mengejek tulisan saudara..saya hanya beraksi sarcastic, dengan mengulagi kata2 saudara.. jika saudara mengatakan kami pemfitnah.. bagaimana pula si wahabi2 yg selalu melekahkan ulama2 aswj, melabelkan ulamaawsj kafir, amalan aswj sebagai kafir?

nak tegur tu boleh.. tapi jgn la , salam pun tidak terus serbu mengatakan org pemfitnah..

ESPECIALLY SAYA LANGSUNG TIDAK KATA APA APA TETAPI HANYA MENYOKONG KATA2 ULAMA2 AWSJ.. TETAPI SAUDARA YG DATANG DULU MENUDUH KAMI SEMUA' SEBAGAI PEMFITNAH.. BILA SAYA BERSIKAP SARCASTIC, SAUDARA MELATAH DAN MENGATAKAN SAYA JUGA MENUDUH.. TAKKAN SAUDARA TIDAK DAPAT MENANGKAP MAKSUD METAFORANYA?

Aku said...

saya juga akan mengunakan bahasa "semua kamu" (bermaksud: kamu dan yang menyokong kenyataan kamu) BUKAN ULAMA YANG KAMU SEBUT DAN SENARAIKAN. DEMI ALLAH! TIDAK. ALLAH DAN MENJADI SAKSI KENYATAAN SAYA.

-------------------------------------


KENYATAAN APA YANG SAYA BUAT? BOLEH SAUDARA TUJUK DALAM POSTING SAYA TERBABIT? SAYA HANYA COPY N PASTE KATA KATA DARI ULAMA PONDOK KEMUDIAN COPY AND PASTE KATA KATA DARI SHEIKH ABDULLAH FAHIEM.. DAN MENYATAKAN SOKONGAN SAYA KEPADA MEREKA..

ADAKAH SALAH SAYA MEMBERI SOKONGAN KEPADA ULAMA2 ASWJ YANG TERANG2 MENENTANG FAHAMAN WAHABI YG SELALU MEMBUAT ONAR DAN KACAU DI MANA MAMA SAJA??

Musafir Kelana said...

kenyataan tuan menyokong ulama-ulama penentang wahabi tidak salah tetapi tuduhan yang dilemparkan kepada "peribadi" seseorang itu yang salah dan kurang adab...saya hanya nasihat tuan agar tidak menyentuh nama ulama tersebut sebagai wahabi kerana bimbang dan takut apa yang mereka iktikad tidak sama dengan apa yang ada tuduh, kata dan public kan. itu sahaja. Tuan boleh senaraikan apakah iktikad yang benar, apakah yang sesat tanpa menulis nama peribadi seseorang itu secara direct. jika tuan ingin mempertikai nasihat saya terpulanglah..
saya bukan "defend" tetapi saya meng"hormati" ulama-ulama yang tuan sebut dan pertikaikan. itu sahaja.saya kurang senang orang yg bertaraf ulama dipertikaikan..walaupun ia datang dari kumpulan mana...kita mengharapkan mereka-mereka ini menjadikan tempat RUJUKAN Masyarakat yg JAHIL.

sekali lagi saya mohon maaf di atas nasihat saya yang lembut dan keras...kpd tuan blog.

marilah sama-sama kita berusaha membersihkan "nafsu ammarah" kita agar nur yg ada dlm hati terus bercahaya dan membuka pintu alam KeTuhanan...jgn biarlah diri kita terus sibuk dengan masalah yang kecil dan remeh temeh. berdebat Isu-isu yg kecil ini akan mengeraskan lagi hati kita dan memecah belahkan lagi tali persaudaraan kita....

assalamualaikum....maaf sekali lagi krn tersilap pintu...

catatanhamba.blogspot.com
"hati yg BERZIKIR,nafas yang BERSYUKUR, tangan yang MAHABBAH"

Abg sofa said...

Aku313, aku cakap benda betul. Kau jgn buat-buat tak tahu bahawa setiap komen dalam komen di blog boleh di moderate atau tidak. Cuba kau pergi blog org lain. Kau buka mata sikit. Dalam ruang komen diaorang,kalau sekarang tulis komen,time tu je kluar. Tak payah nak tunggu approve dari owner blog. Bukan kau yg brtanggungjawab atas setiap komen org. Lantak diaorang la tanggung sendiri. Polis cari ke,fbi cari ke. Apa kau susah hati? Ni tidak,nak tunggu approve dr kau dulu dan semestinya dlm setiap komen penentang,komen kau yg jadi penutup. Kamu nak jadi juara dlm setiap isu yg kamu utarakan ke? Aku tahu la blog ni kau punya..tapi tu tak bermakna setiap kata2 kau itu betul. Susai nak tunggu approve kau ni. Melainkan bloger tu keluarkan komen mencarut ke,boleh la kau delete. Tu pun susah ke nak buat.... Tak paham nanti aku ajar.

Kitab thurath melaka,sungai udang. said...

Bebudak je ni main2 nombor 313. Sib baik dia ngaku dia ahlul bait,kalau si aku313 ni ngaku dia ni nabi,tak ke haru?

Aku said...

salam,


pertama sekali saya mengulangi bahawa tuduhan apa yg saya lakukan? tetapi saya HANYA QUOTE kata kata ulama pondok . saya tidak menuduh apa apa tetapi hanya ebrsandarkan kepada pandangan ulama tersebut yang membuat kenyataan mengenai individu tersebut. BUKAN SAYA..

saudaraku al fakir,marilah kita buang yang keruh dan ambil yang jernih.. saudara tidak tersilap pintu tetapi mungkin hanya terlupa memberi salam dahulu sebelum masuk melalui pintunya.. saya berlapang dada dengan nasihat saudara ..mungkin cara saudara yg datang memberi kata dua dan menyatakan pemfitnah membuatkan perkara ini berlanjutan hingga kita hampir terjerumus ke dalam persengketaan.. na3uthubillah min thalik..

salam perdamaian dan ukhwah saya hulurkan buat saudara.semoga saudara dan keluarga sentiasa dirahmati Allah inshallah ameen.

waalaikum salam

Aku said...

salam,

abang sofa,

ko ingat aku tak pernah baca blog org lain? berlambak blog org pr yg kena tunggu approval dulu.. kenapa ko tak sibuk pegi tanya mereka? hatta pemimpin pr pun kena tunggu approval dulu.. org punya blog org punya suka la.. kalau ko tak mau buat cam tu.. buka blog bagi je semua komen tanpa perlu approval org.setiap org ada cara sendiri..jgn ko nak memandai paksa org ikut kehendak ko saja..


wahai org melaka sungai udang,

tak puas lagi menyamar dengan mcm2 nick? ko ni ada penyakit split personality kot? kesian aku tengok..

arizWanmerahs said...

Salam,

Alhamdulillah, elok sangatlah saudara tuan rumah n al fakir berdamai. Lega rasa jiwaku.. Aku ni pengikut blog korang berdua dan dah banyak dapat manafaat darinya.. Kita insan biasa je, hendaklah banyak2 mohon ampun pada yang Memelihara kita, aku insan bodoh, lemah lagi hina.. Semoga Allah SWT memelihara kita semua..

Kitab thurath melaka,sungai udang said...

Apa? Aku nyamar? Al fakir tak nyamar? Puteri tak nyamar? Kau tak nyamar? Piirah.. Cakap org.. Kalau kau tk nyamar,bgtahu hadirin kat sini apa marga kau. Perasan bagus je kau ni. Apa split2? Aku split sireh yg aku kunyah ni kat muka kau nanti,baru kau sedar diri. Chit!!
Ha..kan dah kena..

Solawat..

Aku said...

salam,

aku hanya ucapkan salama salama untuk ko.sebabnya malas aku nak bertekak dgn org yg SPLIT PERSONALTY ni... konsep menyamar yg aku maksudkan ialah sekejap jadi nick ni, sekejap jadi ni tu.. aku ngan puteri al fakir guna satu nick je..ko tu yg tak tahu malu guna nick mcm mcmc menyamar sebab suka sangat kutuk keturunan org...

kenapa aku nak kena bagitau marga aku apa? ko sibuk pehal? ko tu ada marga ke? kalau ada beritahu la sebab ko ni yg sibuk sangat nak tahu marga org...tp org tak ingin nak bagitau kat ko pun..split sireh? ko nak split sireh kat muka aku? does not make sense at all la brader.. or actually maksud ko nak ludah sireh kat muka aku? ludah dlm english split ke? hmmmm..

memang sah ko ni ada Split personality disorder, kesian aku tengok..kalau berani aku cabar ko guna la nick yg ko guna untuk blog ko.. aku tak ingin nak tahu siapa ko in real life.. memang buang masa aku..al fakir tu seribu kali lebih baik dari ko yg suka menyamar guna bermcm2 nick untuk kutuk aku....so it is enuf untuk aku kalau ko guna nick ori ko dlm net untuk blog..tapi kalau setakat tukar tukar nick, mcm baling batu sembunyi tangan jer..macam pengecut jer..PERIOD!

Aku said...

salam saudara merah,

terima kasih atas nasihat saudara .. inshallah saya dan al fakir akan dapat menjalinkan ukhwah persaudaraan seterusnya memperbaiki kesilapan masing2 dengan hati terbuka...

Aku said...

and untuk penegtahuan ko, dari dulu suka sangat ko nak hina keturunan aku mengheret keturunan aku walhal aku tak pernah langsung mengheret keturunan ko ! kalau ko berani pergi tanya habaib , apa natijahnya menghina keturunan org dan cubaan memperlecehkan keturunan org?!!!!!!!!

ko ni memang bersikap pengecut kerana suka melecehkan keturunan org paham!dengan hanya firasat ko yang pirashat tu, ko mengejek ejek keturunan aku dan memerli keturunan aku.. aku dah cukup sabar dan cuba beritahu jgn mengheret keturunan aku! tapi ko degil dan terus menerus mengejek ..tak palah...Allah sahaja sudah memadai menjadi saksi akan perlakuan engkau yg suka sangat mengejek keturunan orang..ALHAMDELILLAH!

amar husaini ismail said...

salam tuan....

nk tny tuan bernasab dari keturunan mana??

belah mana?

nk kata tau tu x la,tapi sy belajau bab2 nasab ni dari anak murid syeikh murtadza,x mufti n9 yang memang pakar dalam bab2 nasab keturunan Rasulullah S.A.W...sebab as syeikh murtadza berketurunan ibn abbas r.a,sebelah 'kiri'

Anonymous said...

saudara ku 313 apa yg anda tulis adalah benar..!! teruskan menulis..teruskan perjuangan..!!

abdul rahman

Aku said...

salam saudara amar

mcm ni la.. saya berblog bukan untuk publish siapa saya dan siapa keturunan saya semua.. cuma apabila ada seorang hari tu bertanyakan saya bahawa saya ni keturunan sekian dan sekian ke kerana tak puas hati sebab saya selalu mengutarakan dan bersandarkan pada pendapat ahlulbait dan para habaib serta sadah? saya menjawab dengan jawapan yg benar dan ahlulbait yg dimaksudkan bukan ahlulbait seperti dari belah paman rasulullah dan sebagainya. contohnya jika sedara kbertemu dengan keluarga bawazir, mereka pun keturunan dari abbas ra .tapi keturunan saya belah keturunan yang hanya dua cucu nabi dikurniakan title "sayyid/syed/"... itu saja yg saya boleh katakan di sini..sama ada saya ini dari imam hassan atau imam hussein, itu soal peribadi saya dan tujuan saya berblog hanya semata2 untuk berblog dan melontarkan pandangan saya mengenai isu semasa politik dan sebagainya. bukan untuk mendabik dada beritahu saya itu dan ini atau revealkan silsilah atau nasab saya di internet.yg hairan dan ajaibnya, ada dua tiga kerat orang ni keep coming untuk provokekan keturunan saya dengan mencaci dan mengejek keturunan saya walhal saya langsung tidak menyentuh soal peribadi atau keturunan mereka. Biarlah Allah sahaja yang akan menghakimi kata kata mereka..apa apa pun takkan nak berblog kena angkut semua saya punya ummi waleed jiddi jiddah amati ammi khala khali saya semua pulak untuk berblog kat sini melawan hujah kanak2 tadika yg suka mengejek keturunan orang mcm dia org tu kan??..

apa apa pun terima kasih kerana sudi melawat blog saya. dan harap saudara dapat maafkan saya kerana saya tidak dapat memberi jawapan kepada soalan saudara kerana ini ialah hak peribadi saya dan saya punya policy berblog iaitu bukan untuk revealkan peribadi saya di dalam internet.