Memerhati,mempelajari dan menghayati...
PERINGATAN BUAT SEMUA
MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.
Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Tuesday, March 31, 2009
Beberapa persoalan dan jawapan terhadap persoalan yang sering diajukan terhadap saudara Saiful Bukhari
Assalamualaikum,
Dalam mengadili kes Saiful-Anwar, kita sering membaca penyokong-penyokong Anwar mahupun yang di atas pagar mempersoalkan beberapa perkara yang mereka anggap sebagai bukti/andaian bahawa Saiful mungkin menipu atau terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Anwar.Kita sering terjumpa di dalam blog-blog pro pembangkang menulis dengan 'baik' bagi memperjelaskan kes liwat ini sebagai satu konspirasi atau penipuan. Tetapi mengapa tidak dipersembahkan juga persoalan yang mungkin boleh diketengahkan oleh kita bagi berlaku adil terhadap Saiful ?Oleh hal yang demikian, saya di sini ingin cuba menganalisa kembali dengan persoalan juga terhadap 2 persoalan yang sering diajukan sebelum ini yang hanya 'menyengetkan' keadilan ke arah Anwar Ibrahim sahaja .
1- Perbezaan umur Anwar dan Saiful - Dikatakan bahawa Anwar terlalu tua untuk bertindak menceroboh Saiful seperti yang di dakwa. Tambahan pula Anwar suatu ketika dahulu kononnya menghidapi penyakit sakit belakang hingga terpaksa di bawa ke German untuk mendapatkan rawatan sepenuhnya.
Persoalan saya:
a- Mereka mengatakan bahawa Saiful mendakwa kejadian meliwat oleh Anwar terhadapnya berlaku berkali-kali( 8 kali tak silap saya). Soal yang ingin dibangkitkan di sini ialah "Bilakah kali pertama kes liwat itu berlaku" dan seperti yang kita ketahui Saiful tetap konsisten hingga sekarang dengan 'statementnya' bahawa dia diliwat secara paksa.Tidak lupa juga dalam ucapan angkat sumpah yang dijalankan oleh Saiful, 26 Jun ialah tarikh yang terkandung dalam ucapan angkat sumpah sebagai tarikh Saiful ada diliwat oleh Anwar . Mengapa hanya disebut 26 Jun?
i- berkali-kali diliwat
- Soalnya bagaimana kejadian meliwat ini berlaku pada kali pertama? Adakah pada waktu Saiful tidak pernah menyangka bahawa Anwar tiba tiba bertindak di luar dugaan dan membuatkan dia tergamam ? Kejadian ini tidak mustahil kerana banyak kes anak-anak gadis muda dirogol oleh datuk mereka sendiri yang sudah mencapai usia 'nyanyuk' pun.Kalau faktor usia hendak diambil kira, jadi anak anak gadis muda itu semua 'penipu' dan 'pembohong' besar juga bukan? Mana mungkin datuk mereka yang sudah berusia 70 tahun mempunyai 'kederat' untuk merogol mereka? Seperti kata Ahmad Nisfu dalam filem Seniman Bujang lapuk " Sekali aku ketis, berterabur tulang rusuk kau! "
Kalau inilah jawapan yang hendak diambil kira, nanti jikalau benda yang sama berlaku di kalangan orang yang kita kenali ( na'uthubillah min Thalik) cakap saja kepada budak muda yang mendakwa sebagai mangsa itu,
"Ah masakan orang tua yang tak larat mampu merogol budak muda!Ko tipu! Ko tipu!"
Malah ada satu cerita di mana seorang datuk 'tua' memanipulasi cucunya yang kecil dengan mengatakan bahawa dia mahu membuang air kecil dengan bantuan cucunya melalaui cara yang jijik(paham paham sajalah).Cucunya pun menerimanya setiap kali datuknya 'meminta' walaupun tidak tahu betapa jijiknya bantuan yang diminta oleh datuknya itu.
Hingga kemudian si anak kecil itu memberitahu kepada ibunya bahawa dia merasa sakit setiap kali hendak membuang air kecil.Apabila di bawa untuk diperiksa, terbukti dia dirogol oleh datuknya yang 'tua' itu.
Kemungkinan perkara yang sama berlaku ke atas Saiful. Anwar mungkin telah memanipulasinya tatkala Saiful memandang Anwar sebagai seorang yang 'tinggi' dan 'suci' .Sudah tentu bukan dengan cara datuk 'tua ' yang saya ceritakan di atas tetapi dengan caranya yang tersendiri. Walaupun dalam keadaan terpaksa dan benci dengan apa yang dilakukan terhadapnya, Saiful tidak berdaya dari segi mental dan rohaninya untuk berlawan dengan Anwar.
Jikalau kita hendak mengatakan bahawa ' kira Saiful rela lah tu'...
Jadi wajarkah anak kecil yang tak berdaya tadi dan telah berjaya di manipulasikan oleh datuknya yang 'keparat' itu juga dianggap 'rela' diperlakukan begitu dan tidak patut kita menyalahkan datuknya sahaja malah anak kecil yang berusia sekitar 6 tahun juga patut dipersalahkan kerana telah membenarkan datuknya yang konon mahu 'membuang air kecil' melalui cucunya sendiri !'
Oh mungkin hati saudara kini terdetik mengatakan, " itu budak kecil. Tapi Saiful budak besar"
Maaf ya! Bukan kecil atau besar yang hendak dijadikan ukuran di sini tetapi ' CARA MEMANIPULASI MINDA DAN EMOSI MANGSA'
Pernah terjadi di alam asrama lelaki yang saya dengar dari rakan saya sendiri.Si junior diliwat oleh si senior . Si junior tidak rela dan sering menangis. Masakan tidak, Si Senior mengugut dan menakutkan si junior jikalau berani membongkar kelakuan jijik si Senior kepada pihak yang bertanggungjawab atau sesiapa pun hinggalah si Junior terlalu menderita maka dia tidak mempedulikan ugutan si Senior lagi dan terus memaklumkan perkara tersebut kepada pihak pengetua.
Persoalanya sekali lagi ialah, mengapa Si Junior tidak terus maklumkan sahaja kepada pihak terbabit pada kali pertama dia diliwat?
Baru-baru ini juga ada satu kisah di mana seorang abang berumur 14 tahun merogol adik-adiknya yang berusia 11 dan 8 tahun. Apabila sudah terbongkar perkara jijik yang di lakukan oleh 'abang binatang' berkali kali terhadap mereka, ditanya kenapa mereka selama ini berdiam diri. Jawapan yang di beri ialah mereka takut.
Mungkinkah Saiful juga pernah mengalami situasi dan perasaan yang sama hingga diliwat berkali-kali sebelum bertekad untuk memberitahu kejadian sebenarnya pada orang lain ?
ii- dikatakan 8 kali tetapi hanya 26 jun tarikh yang diucap ketika mengangkat sumpah
Mengenai hanya tarikh 26 Jun yang disebut di dalam peristiwa angkat sumpah saiful? Bagi saya kemungkinan tarikh itu dipilih kerana Saiful mempunyai bukti kukuh berdasarkan kejadian meliwatnya pada 26 Jun untuk dibawa ke mahkamah bagi mendakwa Anwar Ibrahim . Malah mungkin kerana itulah tarikh terakhir Saiful dipaksa untuk diliwat dan benar benar telah dijadikan hari untuk mengumpul kesemua bukti PALING kukuh bagi memerangkap Anwar Ibrahim dan pada hari itu juga mungkin minda serta mental Saiful bebas dari dimanipulasikan . Tapi itu hanyalah persepsi saya sendiri. Jawapan yang sebenar ada pada Saiful dan kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku nanti di mahkamah Inshallah dan yang hak pasti berdiri!
Allahu A3lam..
2- Konspirasi Najib-Saiful
Dikatakan bahawa Saiful pernah ke pejabat Dato Seri Najib untuk meminta biasiswa.Peristiwa ini menyebabkan ada golongan yang menjadikan ia sebagai bahan bagi mendakwa bahawa Saiful ada terlibat dalam konspirasi dengan Dato Seri Najib untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.Berkenaan perkara ini, saudara Saiful ada memberi sedikit ulasan di blognya sendiri.
Berkenaan dengan soalan baru saudara Orang KB, cukup untuk saya mengatakan disini bahawa DSAI tahu mengenai perkara ini 1 Minggu setelah saya bekerja dengan beliau.
Malah beliau sendiri yang menyuruh saya pergi INTERVIEW PINJAMAN PELAJARAN MARA untuk mengikuti KURSUS KADET PILOT di APFT, Kota Bharu, pada hari Jumaat 23 May 2008. Pada hari tersebut saya sepatutnya ke Lubok Hantu, Sarawak bersama beliau tetapi beliau suruh saya batalkan supaya saya spt pergi temuduga. Walaupun saya pergi, tp akhirnya saya GAGAL mendapatkan PINJAMAN PELAJARAN tersebut.
Jadi wajarkah kita menggunakan peristiwa meminta pinjaman biasiswa oleh saiful Bukhari sebagai bukti bahawa Saiful terlibat dengan Dato Seri Najib?
Jawapan saya..
SUDAH TENTU TIDAK!
Monday, March 30, 2009
Ikhlaskah Ahli-Ahli DAP menggunakan Ayat-Ayat Al-Quran dalam ucapan mereka?
Assalamualaikum,
Ahli-ahli DAP kini sering dilihat menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dalam ucapan politik mereka. Teruja sungguh hati sebahagian 'orang islam' apabila mendengarnya. Tetapi tak terfikirkah mereka sejauh mana keikhlasan orang-orang bukan Islam itu menggunakan ayat-ayat Quran dalam ucapan politik mereka sahaja?
kata Nik Aziz daam konteks doanya pada suatu ketika (Jun 2007):
“Mudah-mudahan suatu hari nanti orang Cina menjadi pemimpin penting PAS. Orang Cina masuk Islam kerana mereka belajar. Sebaliknya pula orang Melayu masuk Islam kerana tok nenek mereka Islam. Masuk otomatik hanyut begitu sahaja menyebabkan banyak masalah-masalah yang timbul hasil daripada mereka Islam dengan tidak belajar. Orang Cina sekarang semakin ramai. Yang belajar Islam, mereka lebih baik daripada orang Melayu tradisi.
Kalau dah tahu sebahagian orang melayu yang dilahirkan Islam teruk daripada 'muslim converts', bukankah tugas orang yang pandai agama untuk mendidik mereka? Memperlekehkan iman dan taqwa orang orang Islam yang dilahirkan sebagai Islam bukan satu tindakan yang bijak jika hendak bergelar sebagai seorang ulama.Seharusnya Nik aziz perlu bermuzakarah dan duduk semeja dari semasa ke semasa dengan semua ahli agama tidak kira dari parti mana berbincang masalah membawa kembali anak anak melayu Islam ke jalan Allah.Dan saya ingin bertanya juga apa sudah beratus ribu orang Cina di malaysia telah di Islamkan oleh orang-orang PAS?Selama 50 tahun lebih kita mencapai kemerdekaan, apa PAS sudah banyak memberi jasa dalam mengislamkan beratus ribu orang bukan Islam di Malaysia ini selain sibuk mendendangkan cacian serta makian terhadap orang Islam lain yang dianggap munafiq, kafir etc di pentas politik?
Bijakkah kita dengan membiarkan anak-anak Islam sejak lahir terus dihanyut ke jalan songsang tetapi berlumba-lumba untuk mengislamkan orang lain?
Nampaknya mimpi buruk yang pernah melanda Andalusia ketika dahulu bakal melanda bumi Malaysia tak lama lagi jika banyak orang-orang yang mengaku ulama serta orang yang 'tahu' agama hanya pandai mengkritik tetapi tiada usaha tinggi untuk menyelamatkan anak-anak islam kita.Inilah yang terjadi di Andalusia pada waktu itu di mana ulama ulama diperkudakan oleh orang kafir kristian yang mengintai untuk menjahanamkan kerajaan Islam pada waktu itu dan merampas kembali Andalusia.Mereka juga mengapi-apikan perpecahan antara orang islam dan memasukkan fahaman 'Islam Liberal' sebagai Islam yang mereka dapat terima sebagai kawan dan kononnya mereka bersikap 'hormatkan agama islam' walaupun sampai mati mereka tidak dapat menerima Islam sebagai agama yang benar di sisi Allah.
Boleh jadi satu hikmat Allah Taala letak pejabat PAS di tengah-tengah masyarakat yang tidak banyak orang Islam. Dalam sejarah Islam, semua kitab-kitab hadith (Sunan Sitar) ada enam buah hadith semuanya dikarang oleh bukan Arab. Begitulah juga pimpinan Islam di seluruh dunia yang jarang sangat orang Arab memimpin. Yang memimpin adalah orang Parsi, Sepanyol.
kenapa sekarang baru hendak membuka mata tentang hikmah meletakkan pejabat PAS di tengah-tengah masyarakat yang tidak banyak orang Islam?Kenapa bukan dari sejak PAS ditubuh mula-mula lagi ?Kenapa sebelum ini gara-gara bergabung dan bekerjasama dengan parti bukan Islam, Umno dilabel sebagai parti kafir . Isu ini tersebar luas terutama di Kelantan dan Terengganu antara 1964 hingga 1986, kecuali semasa PAS berada dalam Barisan Nasional antara tahun 1974 hingga 1977.
Nik Aziz janganlah lupa untuk katakan juga bahawa antara orang-orang pertama yang mengislamkan Parsi, Sepanyol, Turki India itu ialah orang Islam Arab sendiri.Malah di Malaysia juga mempunyai bukti bahawa orang Arab Islam juga yang datang mengislamkan orang-orang Melayu di sini. Kejayaan bukan Arab menghasilkan buku-buku ilmu sebenarnya mencerminkan bahawa :
“Tiada kelebihan bagi orang Arab atas orang ajam (bukan Arab), dan tiada kelebihan orang ajam atas orang Arab kecuali karena Taqwanya”
Berbalik kepada soal keikhlasan ahli-ahli DAP menggunakan ayat-ayat allah hingga ada yang tersilap menyebut nama surah yang tak pernah wujud dalam Al-quran pun, umat Islam haruslah berhati-hati dengan niat sebenar mereka. Selagi orang-orang bukan Islam tidak menerima Allah itu yang Satu dan Muhammad itu pesuruh Allah dan hanya Islam yang benar di sisi Allah, pendapat mereka untuk masuk campur mengenai Islam tidak wajar diterima bulat-bulat. Ini kerana banyak peristiwa ' menipu orang islam yang buta hati' dengan menggunakan Islam sendiri telah menyebabkan kepincangan kesatuan ummah kita bahkan melahirkan aliran-aliran baru dalam Islam yang memperlekehkan serta mempersoalkan amalan-amalan saudara seislam sejak zaman sahabat serta ulama muktabar terdahulu di atas nama ' bid'ah dan syirik' tanpa mengkaji dan meneliti terlebih dahulu setiap perbuatan yang di lakukan dari sumber Quran dan sunnah dengan menyeluruh.
Namun begitu sebagai umat Islam, agama kita mengajar supaya kita menghormati agama lain dan menjadi tugas kita untuk memastikan keselamatan orang-orang bukan Islam yang hidup di bawah tangan kita terjamin dan terpelihara selagi mereka tidak mengishtiharkan perang serta aktif untuk menghancurkan dan memesongkan akidah orang Islam di bumi Malaysia yang bertuah ini.
Poll Anti Anwar
assalamualaikum
pertama kali, maafkan saya sebab lama tak update blog ini. Bukan apa, saya sibuk sikit dengan kerja di luar dan beberapa masalah yang perlu diselesaikan. namun begitu hari ini saya terpanggil untuk membuat komen sedikit tentang kata-kata seorang pengunjung blog saya yang meninggalkan 'message'nya di dalam chatbox blog saya.
katanya;
norjilla
salam. poll "anda anti anwar?" tuh adalah poll plaing tahapehape pernah ku lihat. tak perlulah letak poll klu anda hanye mahu tgk result yg berat sblh
kepada Norjila, tak nampakkah saudari tajuk poll itu? ' Anda Anti Anwar ' ? Sebelum mengata tentang poll saya sebagai 'tahapehape' ( mulanya tak faham saya apa maksud ejaan perkataan melayu saudari ni., tapi bila dah diamati betul betul mungkin saudari maksudkan ntah ape ape bukan?)
kalaulah dah tajuk pun berbunyi "anda anti Anwar", sudah tentu ia hanya untuk di'vote oleh orang-orang yang tidak suka pada anwar.kalau nak buat poll yang macam saudari idamkan, sudah berlambak blog-blog lain adakan poll yang sedemikian. Poll ini khusus untuk orang-orang yang tidak suka kepada Anwar dan saya hendak ketahui sampai tahap mana mereka ini tidak suka pada dia di blog saya sendiri. Jadi saya harap sudah jelas bagi saudari tujuan poll "ANDA ANTI ANWAR sebelum saudari 'jump into conclusion' melabelkan poll di blog saya sendiri sebagai 'tahapehape' :)
Wednesday, March 18, 2009
Umat Islam perlu bantu UMNO untuk proses pembersihan parti.
Bismillah,
Baru saja kita telah dihidang dengan usaha untuk membersihkan politik wang dalam UMNO. Ini merupakan titik permulaan bagi UMNO untuk muncul sebagai parti yang bersih kembali dan seterusnya berusaha untuk menobatkan agama bangsa dan negara di atas pucuk pimpinan berlandaskan Quran dan Sunnah InshaAllah.
Umat Islam pula perlu memberi sokongan kepada UMNO untuk terus membersihkan parti ini dan jauh dilubuk hati saya amat mengharapkan PAS akan bergabung dengan UMNO dan sama-sama membantu untuk perbetulkan esilapan masing-masing serta berjuang untuk menegakkan kehidupan kita semua sebagai khalifah Allah yang sebenar di bumi Malaysia ini iaitu Khalifah yang benar-benar menjunjung kalimah La Ilah Ila Allah wa Muhammad rasulAllah seterusnya menjadi pelindung yang adil kepada bukan Islam yang tidak berniat untuk menentang penegakkan kalimah Ini di bumi Malaysia.
Ingatlah, hanya kesatuan ummat yang akan membuatkan kita kuat dan kukuh.Hanya kesatuan ummat Islam yang terlihat ikhlas untuk memberi perlindungan kepada orang bukan Islam yang ingin hidup dalam kedamaian.
Hanya orang yang tidak mensyirikkan Allah dan mempersekutukan Allah sebenar-benarnya layak mengemudikan bumi Allah berlandaskan syariat yang diturunkan Allah sejak zaman nabi Adam Alaihissalam lagi..
sama-sama kita bergerak dalam memperbaiki proses kesatuan Ummah Islam demi kesejahteraan agama bangsa dan negara Inshallah.
Monday, March 16, 2009
Ilmukah yang menciptakan bahasa atau bahasa yang menciptakan ilmu?
Assalamualaikum,
Aku terbangkit dari tempat melepaskan lelah ku untuk menulis posting ini kerana benak pemikiranku bermain-main dengan apa yang telah aku baca dan hayati.
Ia mengenai isu bahasa yang masih di ungkit-ungkit. Ada orang2 yang merasakan bahawa bahasa kebangsaan terancam kerana PPSMI.
Tetap juga bangsa Iran lebih "perkasa" dalam menguasai ilmu kerana banyaknya bahasa yang mereka kuasai tanpa bahasa mereka ternoda atau mereka melupakan sama sekali bahasa mereka kerana apa yang telah mereka perolehi. Tetap sahaja jati diri bangsa Iran berbeda dengan jati diri anak2 melayu muslim. Cintakan Ilmu dan tidak cintakan ilmu.Tetap juga orang2 itu yang peka dengan kesusasteraan atau ilmiah dalaman bahasa kebangsaan berkata kenal dulu jati diri bangsa baru pergi gali ilmu orang. Samakah diri mereka yang memegang "tampuk pemerintahan kesusasteraan" dengan anak2 muda bawahan yang masih lembut bak kapas dan goyah bak lalang di tiup angin?
Sebelum ini pernah aku bangkitkan persoalan, ilmukah yang mencipta bahasa atau bahasakah yang mencipta ilmu?
Kerana apa yang kita fahami, Allah SWT mewujudkan bahasa Arab dan bahasa2 lain melalui ilmu-Nya, jadi aku bertanya lagi, ilmukah yang mencipta bahasa atau bahasa yang menciptakan ilmu?
Tak habis-habis dengan bahasa mengejek di gunakan kepada mantan perdana menteri kerena apa yang telah beliau lakukan. Tak habis-habis dengan fitnah di sana-sini hanya untuk menjatuhkan orang lain.
Sudah berapa lama Sains dan Matematik di ajar dalam bahasa ibunda namun hakikatnya penguasan terhadap dua ilmu tersebut masih jauh dari pelukan anak2 muslim di Malaysia. Apakah mantan perdana menteri ini terlalu jahil dalam mengenal rakyat sendiri ketika memerintah dan terlalu pentingkan diri dalam pemerintahannya dahulu sehingga PPSMI di anggap sebagai agenda busuk? Betapa aku dahulu, semasa umur aku baru mencecah belasan tahun aku membenci mantan perdana menteri kerana pada masa itu ANWAR di anggap mulia dan di fitnah. Namun, setelah aku meningkat dewasa dan minda aku berkembang, apa yang aku lihat sebenarnya, kebanyakkan fitnah dan tohmahan di lakukan terhadap mantan perdana menteri sendiri, bukan ANWAR. Banyak tindakan2 mantan perdana menteri dahulu tidak aku fahami dan beliau di benci aku. Akan tetapi ianya telah menjadi sesuatu yang berbeda apabila Allah memberi peluang pada aku menjadi dewasa.
Namun, aku masih mengkaji tentang mantan perdana menteri dan kesilapan-kesilapannya yang masih di dendangkan oleh orang2, tetapi apalah nilai kesilapan seorang jahil dengan nilai kesilapan yang di lakukan oleh orang yang "cerdik pandai agama".
Gambar Anita Sarawak juga di paparkan sebagai kiasan seolah-olah menembak satu peluru dua ekor burung menjadi mangsa...Patutkah aku tonjolkan pula gambar orang2 yang kononnya cintakan bahasa kebangsaan tetapi lansung tidak menunjukkan dia adalah Melayu Islam? Kedua-dua belah pihak ini, yang terkadangnya jika orang2 Islam dari luar datang tanpa mengenali identiti mereka, terus-terus sahaja mereka boleh mengklasifikasikan bahawa orang2 itu adalah orang bukan Islam. Jadi sama sahaja kedua-dua pihak dengan keburukan mereka.Tidak ada sesiapa yang berhak membersihkan diri mereka tanpa izin Allah SWT.
Yang di satu pihak mahukan penguasaan Ilmu melalui bahasa asing dan di satu pihak mahukan penguasaan ilmu melalui bahasa ibunda.Tidakkah sama sahaja tujuan mereka? iaitu ILMU?Apa jenis kebodohan yang sedang kita perjuangkan apabila kita menuju jalan yang sama namun berebuat-rebut menindas yang antara satu sama lain hanya untuk menegakkan benda yang sama?Sedangkan kekukuhan boleh di capai dan manfaat boleh di kecapi bersama dengan berganding bahu dalam memperkasakan ilmu di kedua-dua bahagian?
Kenapa di satu pihak suka menonjolkan perkara2 negatif dengan mempositifkannya sehingga membunuh kesatuan Ummah? Tidak cukupkah dengan fitnah yang kita "kecapi", sehingga orang yang tidak berdosa turut menjadi berdosa? Tidak cukupkah pembunuhan Ummah berlaku kerana kebodohan kita sendiri? Apakah cukup dengan memperjuangkan bahasa sahaja dapat kita kenali bangsa kita sendiri?Atau nilai cintakan ilmu yang harus kita amati dan pupuk di dalam masyarakat kita demi menjaga jati diri bangsa kita?
"The ink of the scholar more holy than the blood of the martyr"
Apakah maksud ungkapan di atas?Apakah hanya bahasa yang memainkan peranan di dalam kejayaan seorang ulama dalam membentuk Ummah yang berjaya atau kedekatan dirinya dengan Allah SWt melalui amalan2 ilmunya yang di redhai Allah SWT?
Sekali lagi aku tanyakan, Ilmukah menciptakan bahasa atau bahasa yang menciptakan Ilmu?
Nilai bangsa kita melalui sejauh mana penguasaan mereka terhadap Ilmu. Bangsa Iran mencintai ilmu dan nilai bahasa mereka tidak hilang kerana penguasaan mereka terhadap ilmu sejak bekurun lama dahulu sebelum kedatangan Islam lagi. Bukan hanya kerana cinta mereka terhadap nilai bahasa mereka tetapi kerana pengisian ilmu dalam mencintai bahasa mereka, di pupuk tanpa keegoan terhadap bahasa lain.
Masa itu emas tetapi sejauh mana keemasan masa itu di hargai oleh sesetengah pihak dalam membentuk Ummah yang berilmu?
Terbitkan kejayaan untuk Ummah bukan kerena kita ahli sastera jadi kita mahu pertahan bahasa tanpa menjaga perkembangan ilmu2 lain. Setiap bahasa di dunia punya nilainya tersendiri kerana ilmu yang di milik oleh setiap bangsa. Jangan terlalu memandang rendah pada bahasa penjajah sehingga kita menjadi orang bodoh.
Dan Allah berfirman:
Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada kamu, kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk". (maidah:115)
Anggaplah PPSMI santapan nikmat Ilmu Allah yang di berikan tak kira ianya datang dari bangsa mana pun. Kebodohan adalah punce kesengsaraan dan kejahatan.
Saturday, March 14, 2009
Kempen Cintai Hijab
Bismillah
Assalamualaikum..
Sempena bulan da'wah yang di jalankan oleh kerajaan di Malaysia, aku mengambil kesempatan ini untuk melancarkan kempen cintai hijab atau tudung bagi wanita2 dan lelaki2 muslim di Malaysia.
Amatlah penting bagi kita mengenal erti hijab bagi kita orang2 Islam. Walaupun simbolnya adalah untuk wanita tetapi lekaki juga mempunyai lingkungan dan batas yang perlu mereka hijabkan terutama mata mereka yang menyaksikan keindahan wanita Muslimah. ;)
Ya, wanita Muslimah adalah wanita yang tercantik di Alam semesta. Buktinya adalah bagaimana Allah mengangkat telah 4 wanita menjadi Puan kepada wanita di alam semesta atau sayidahtun -nisa al- alamin dan meraka adalah, Hazrat Maryam(ra),Hazrat Asiah(ra) ,Hazrat Khadijah(ra) dan Hazrat fatimah Bint RasulAllah(saw). Jika di amati perjalanan kisah hidup ke-empat-empat wanita ini, kehebatan mereka amatlah ketara dan perjuangan mereka dalam menegakkan rubbubiyyah tidak dapat di sangkal.
Apa itu cinta? dan apa itu hijab? Apa itu cinta kepada hijab? cinta mempunyai berbagai-bagai definisi akan tetapi hanya satu tujuan yang tujui melalui cinta iaitu keindahan dalam kesempurnaan.Dan bagaimanakan si pengidap cinta akan bertindak?Ya,sudah tentu akan berjuang berhabis-habisan untuk objek yang di cintai. Si penghidap cinta mempertahan dan menampakkan keindahan dalam kesempurnaan yang di milik oleh objek atau subjek yang di cintai kepada mata yang melihat kerana keistimewaan yang terdapat pada objek atau subjek yang di cintai.
Dan apa maksud Hijab?
Hijab bermaksud tudung atau penghadang atau pelindung. Apakah yang mahu di hadang atau di lindungi oleh hijab? Umum mengetahui bahawa apabila sesuatu yang memerlukan penghadang atau pelindung ianya mesti merupakan barangan yang berharga dan sangat sensitif atau sedikit dalam nilai kewujudannya. Wanita itu ramai, tetapi bagi setiap wanita diri mereka amatlah berharga. Dan secara terusnya pada Allah SWT wanita itu amatlah berharga melalui fitrah yang di jadikan oleh-Nya maka Dia meletakkan penghadang atau pelindung yakni hijab, sebagai "basic" bagi penghargaan terhadap ciptaan-Nya itu. Kelembutan, kemanisan dan kelemahan yang mengasyikkan yang ada pada wanita membuatkan hijab sebagai pelindung bagi wanita amatlah berharga dan istimewa. Tanpanya wanita akan hancur sehancur-hancurnya kerana terdedah pada bahaya yang berada setelah hijab di "runtuhkan".
Hijab bukan sahaja melindungi wanita, bahkan melindungi lelaki dari memaksiati Allah SWT. Melindungi mereka dari terjerumus ke kancah nafsu kebinatangan. Apakah hijab hanya sekadar pelindung bagi fizikal wanita atau definasi hijab itu sepatutnya di letakkan lebih mendalam lagi bagi setiap langkah dalam menangani nafsu? Alhamdulillah umum memahami bahawa hijab sepatutnya juga meng-hijab wanita muslimah dari melakukan perbuatan-perbuatan dosa. Ianya menjadi peringatan kepada mereka supaya membersihkan hati dan melindungin diir mereka dari kekotoran dosa yang tidak nampak seperti hasad dengki dan iri hati.
Dan apakah itu cinta kepada hijab?
Cinta kepada hijab bermaksud...kita akan mempromosikan keindahan dalam kesempurnaan wanita ber-hijab dalam melaksanakan tugas kita iaitu amal ma'ruf nahi munkar.
Aku sebagai lelaki dan sebagai pemimpin bagi wanita2 di dalam rumah aku, tidak malu dan tidak segan menyatakan bahawa aku menyintai hijab dan sudah tentu wanita2 muslimah harus lebih2 lagi menyintai hijab kerana kekhususan yang Allah SWt telah berikan kepada mereka.
dalam posting yang seterusnya untuk kempen ini..aku akan cuba mengupas persoalan dan idea2 liberal yang telah di tanam di benak fikiran saudara-saudara muslimin supaya mereka meninggalkan hijab. InshaAllah. Mereka menidakkan yang halal dan mengangkat yang haram secara halus-halusan.
Siapa yang cinta Allah dan Rasul-Nya..marilah ramai2 kita mulakan kempen bloggers yang cintakan hijab.Amik lah banner yang aku dah letak dan lekat kat blog kalian ya.
Friday, March 13, 2009
UMNO & PAS , SAiFUL & ANWAR
Assalamualaikum,
1- Dewasa kini kita sering dijamu dengan hidangan berita-berita sensasi lagi panas baik dari Pakatan rakyat mahupun Bn. Hinggakan budaya mencetuskan huru hara serta menggugat kedamaian negara menjadi 'trend' masa kini. Ada puak -puak yang suka mengambil kesempatan ke atas 'kebebasan bersuara' untuk menghina dan menempelak pihak yang yang lain. Ada pula yang menangguk di air keruh untuk memecahbelahkan lagi kesatuan ummat Islam di Malaysia.
Masing-masing menuding jari ke arah orang lain untuk dipersalahkan.Walhal diri mereka sendiri juga menjadi punca perbalahan antara sesama saudara.
Puak yang sepatutnya bekerja untuk menyatupadukan umat Islam terus dibuai mimpi indah dan TUNDUK kepada puak yang menderhaka dan mensyirikkan Allah.Apa sahaja yang mereka buat semuanya di 'halal'kan.Tetapi kenapa dahulu ianya di'haram'kan ke atas saudara seagama yang lain? Kenapa begitu banyak dalih termasuk memfitnah Nabi sebagai berkroni dijadikan alasan bagi menghalalkan matlamat politik mereka?Inikah yang di ajarkan oleh Islam sebenar?
Jika benar mereka tulus untuk menegakkan agama Allah di bumi Malaysia, mengapa tidak menjadikan kesatuan ummah sebagai jalan yang selamat? Mengapa tidak menggunakan jalan berhikmah tanpa berkrompomi dan TUNDUK kepada orang yang mensyirikkan Allah?
Bagi puak yang berkeris, terlihat kelibat mereka dalam berminat untuk kembali ke pangkal jalan. Untuk mengembalikan sinar cahaya Islam , mereka telah menyeru kepada saudara segama mereka untuk bergabung dan bersatu demi memperkukuhkan kuasa orang Islam di bumi Malaysia.Banyak juga program program dan usaha yang berbau Islam telah dan sedang dijalankan sebagai tanda usaha mereka menjayakan 'Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia". Ya, tidak dinafikan, ada segolongan dari pemimpin-pemimpin mereka yang tamak dan cintakan duniawi hinggakan halal haram bercampur aduk.Namun begitu adakah ia alasan yang munasabah untuk memecahbelahkan kesatuan ummat? Adakah 5o tahun itu terlalu lama bagi kita untuk kembalikan sinar cahaya Islam sebenar jika dibandingkan setelah beratus-ratus tahun minda dan kebudayaan kita dijajah oleh orang yang mempersekutukan Allah? Masihkah kita ingat diwaktu baru mencapai kemerdekaan zahiriah, ramai umat Islam terbelenggu dan terpinga pinga atas perkara yang berdosa dan haram? Di kala itu, ada ibu-ibu serta bapa-bapa Melayu Islam menyuruh anak-anak mereka pergi 'tikam' nombor ekor. Wanita bertudung seiring dengan garisan panduan syariat hanya boleh kira dengan jari sahaja.
Jadi kenapa kita harus mengambil kira 50 tahun sebagai sudah terlalu lama bagi UMNO sebagai pemerintah? Bukan senang hendak mengubah persepsi dan tingkah laku manusia apatah kita ini hanya manusia biasa dan bukan nabi.Sebab itu kita harus bergabung dan melaksanakan sesuatu perkara secara berhikmah dan bukan terus memberi kejutan kepada minda dan hati serta iman yang masih lemah.
2- Saiful merupakan seorang pemuda yang sedang berjuang untuk mengembalikan maruah diri dan keluarga ke tempat tinggi. Bukan senang untuk tampil di hadapan khalayak ramai dan mengaku sebagai orang yang telah menjadi mangsa 'kaum Lut'. Apatah lagi, orang yang dikatakan itu mempunyai kedudukan yang dihormati di mata penyokongnya.Namun, sungguh ajaib mengapa hanya saiful yang beriya-iya untuk dijalankan ke atasnya sesi perbicaraan yang adil tapi sudahlah tidak mahu menyempurnakan sumpah mubahalah yang merupakan sunnah Nabi, malah si Anwar seolah-olah melarikan diri dari dihadapkan di mahkamah.
Tak cukup itu, saiful dotohmah dengan pelbagai fitnah. Kononnya dia telah dihukum dengan satu penyakit kelamin tetapi terbukti itu hanyalah satu pembohongan yang amat menjijikkan. Saiful masih segar dan sihat dan wajahnya malah kelihatan berseri dan tenang sahaja. bagaimana dengan Anwar pula? Allah berfirman ;
"Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya." Surah Yunus: 26
" Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah; muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup dengan beberapa bahagian (yang gelap-gelita) dari malam yang gelap-gelita. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. " Surah Yunus : 27
Kepada Saiful, doa kami sentiasa bersama anda dan sentiasalah ikhlas kepada Allah dalam apa jua perkara yang anda lakukan. Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar dan usahlah risau; lambat laun kebenaran pasti terbongkar ! InshaAllah !
Sunday, March 8, 2009
Mawlid Al-rasul Mubarak
Saturday, March 7, 2009
Rakus memperjuangkan nasib diri sendiri sehingga menindas saudara seagama dan sebangsa sendiri..
Assalamualaikum,
Di mana letaknya kesedaran para cerdik pandai bahasa tentang kebutaan diri mereka? Mereka adalah pencinta bahasa namun,tidak pandai pula menilai nilai bahasa bagi sesuatu Ilmu.
Kenapa rakus memperjuangkan sesuatu yang di lihat boleh menjahanamkan rakyat ? Sudah tahu musuh dalam selimut sedang menjalankan operasi tetapi diri yang menjunjung keegoan membunuh banyak pengetahuan yang tidak di ketahui.
Apakah seseorang yang mengaku mencintai manusia-manusia mulia kerana iman dan ilmu yang tinggi di sisi Allah sudah bertanya kepada Allah, adakah Engkau redha dengan apa yang hamba lakukan ya Allah?apa yang sebenar patut hamba-mu perjuangkan di saat genting bila mana saudara-saudara-ku lemas dalam nodaan dosa dan kehancuran menghampiri mereka?
Apakah tidak di anggap bahawa setiap atur dan langkah perlu ada izin dan redha Allah walaupun untuk mengcungkil gigi?
Aku penat mendampingi manusia ego kerana ianya juga akan menambahkan ego ku.
Apakah cukup dengan memperjuangkan bahasa tetapi iman anak2 bangsa terus di jual di tangan orang2 yang membenci kepada jalan Allah dengan sepenuh hati dan kalam?
Apalah bahasa tanpa ilmu dan tidak kesampaian penyebaran ilmu tanpa bahasa. Adakah bahasa yang mencipta ilmu atau ilmu yang mencipta bahasa?
Di mana keikhlasan di kalangan yang berhimpun untuk menentang penggunaan bahasa Inggeris untuk Matematik dan Sains ketika di satu pihak cuba membela Melayu Islam, di katakan menjalankan assabiyyah dan apabila isu ini timbul dengan tiba-tiba sahaja mereka semua menjadi Melayu kembali ???
Adakah RasulAllah(saw) membenarkan fitnah dan penipuan di dalam berpolitik atau adalah kemestian menegak apa yang benar dan menolak apa yang salah tanpa kompromi dalam keadaan apa sekali pun?
Di mana letaknya maruah orang yang menyatakan bahawa al-juburi adalah al-juburi, kemudian mereka bersatu demi kuasa yang di idamkan?
Di mana hukum hudud yang selama ini di perjuangkan..dan apabila singa tua mengaum keras menentang perlaksanaan hukum hudud,mereka tunduk dan takut pada singa tua yang sudah lumpuh?
Kenapa islam di cemari sebegini rupa? Si jahil tidak di ajar menjadi cerdik bahkan di injak-injak sehingga kegelapan menyelubungi dunia tanpa cahaya keperihatinan dan kasih sayang untuk mengajak mereka ke jalan orang2 yang bijak sana?Apakah ini yang di tinggalkan RasulAllah(saw)?
Membersihkan diri sendiri dengan ego dan kesombongan walhal Allah-lah yang membersihkan sesiapa yang di kehendaki!
Aku sudah penat!! Penat dengan kerenah si bodoh yang berlagak pandai dan si pandai yang bertindak bodoh!
Agama di kotori dan bangsa di jahanamkan!
Monday, March 2, 2009
Pas= Syurga MANAKALA Umno=Neraka ---- Ucapan salah seorang penyokong PAS Di TKO
Bismillah
Assalamualaikum
Gambar 'screenshot' di atas diambil daripada forum TKO dalam POST yang bertajuk Bandingkan 2 Gambar ni...
Pas = Syurga
Umno = Neraka
Nak tergelak aku bila tengok 'statement' di atas. Statement ini mengingatkan aku akan hadith Nabi Muhammad SAW yang berbunyi:
Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka.
(Hadis Sahih Muslim)
Ya Rabbi, rupa-rupanya 'statement' itu ada persamaan dengan ciri-ciri yang digambarkan oleh Rasulullah SAW mengenai Dajjal rupanya.
Ya saudara-saudara sekalian. Dajjal ini adalah satu makhluq yang pasti akan muncul dengan pembohongan dan penipuannya untuk mengheret kita ke kancah kehinaan dan menyesatkan umat manusia . Selain menjadi bodoh dan tuli kita akan menjadi miskin dalam semua hal. Ini disebabkan apa yang di hidangkan oleh Si Dajjal hanyalah ilusi dan mimpi yang tidak menjadi kenyataan.(Alamak, bab ilusi ni 'sounds' macam Mat jenin pun ada jugak)
Apabila Dajjal datang, dia akan tawarkan Syurga dan Neraka kepada kita. Barangsiapa yang ikut dajjal, mereka akan mendapat habuan Syurga dan barangsiapa yang menentang Dajjal akan di anugerahkan Neraka. Tetapi bagi orang-orang yang beriman dan bertaqwa, Syurga Dajjal inilah sebenarnya Neraka manakala Nerakanya pula ialah Syurga yang sebenarnya.
Kira-kira serupa macam inilah juga--->
Ikut Dajjal= Syurga
Tentang Dajjal= Neraka
Disebabkan itulah saya berasa geli hati dan pada masa yang sama bersa sedih apabila membaca 'statement' penyokong Pas tersebut di dalam forum TKO. Tapi janganlah salah sangka pulak. saya bukan hendak 'fatwa'kan bahawa penyokong tersebut sebagai Dajjal. Hehehe..
Mengapa ketaksuban mereka sampai ke tahap yang sedemikian?
"Hanya orang yang beriman dan bertaqwa sahaja yang mampu memahami pernyataan di atas"
Betulkah begitu? Jadi apa akan terjadi kepada orang-orang Islam yang tak menyokong Pas, tetapi setiap hari mereka ini yang mendirikan solat, membaca Al-Quran, bertasbih, bertahmid, membayar zakat, suka bersedekah , membantu anak-anak yatim dan orang susah , menjaga adab dan akhlaq mereka , sentiasa maniskan senyuman terhadap sesama saudara islam , sentiasa berhati-hati dari bertutur dan berkata perkara yang tidak bermanfaat, dan sebagainya?
Adakah mereka ini akan dimasukkan ke dalam Neraka sebab PAS=SYURGA?
La Hawla Wa La Qowwata ila Bilah il3alio il3athem.....
Masihkah kita ingat akan kenyataan AYAHPIN yang mendakwa bahawa Syurga hanya terhad kepada pengikutnya sahaja dan orang lain adalah seperti babi?
dan kini aku terbaca pula kenyataan dari saudara kita yang menyokong PAS mengatakan :
PAS= SYURGA manakala UMNO= Neraka
"Awat sampai jadi lagu ni cheq oiii "
Lupakah kalian akan firman Allah :
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan) ?
(Surah Aali Imran:142)
Jadi layakkah kita untuk menentukan siapa yang berhak atau tidak berhak untuk masuk Syurga Allah ini? SEsungguhnya Hanya Allah sahaja yang akan menentukan siapa yang berhak ke atas Syurga-Nya.Ingatlah, jangan sesekali kita sangkakan kerana amalan dan ibadat kita sudah memadai untuk Syurga Allah itu. Padahal Sabda RasulAllah SAW:
“Amal soleh yang kalian lakukan tidak bisa memasukkan kalian ke syurga”. Lalu para sahabat bertanya: “Bagaimana dengan Engkau ya Rasulullah ?”. Jawab Rasulullah SAW : “Amal soleh saya pun juga tidak cukup”. Lalu para sahabat kembali bertanya : “Kalau begitu dengan apa kita masuk syurga?” . Nabi SAW kembali menjawab : “Kita dapat masuk syurga hanya karena rahmat dan kebaikan Allah semata”.
Bayangkan lah saudara-saudaraku sekalian.Lihatlah bicara siapa ini? Inilah bicara dari seorang kekasih Allah yang telah di suci dengan sesuci-sucinya dan terhindar dari dosa dan perbuatan buruk serta keji. Inilah dia satu-satunya makhluk Allah yang digelar Sayyidul Anbiya', dan merupakan pembawa rahmat sekelian Alam!!!
Baginda mengatakan bahawa amal soleh baginda pun tidak mampu untuk masuk Syurga apatah lagi kita yang hina ini, dengan amal soleh yang timbangannya amatlah ringan jika dibandingkan hanya dengan debu di kaki Rasulullah SAW!
Orang yang dilihat sebagai Syahid di mata kita pun belum tentu lagi boleh dikira sebagai orang yang Syahid di mata Allah.Inikan pula orang yang buat "baringan maut dengan memegang bendera Palestin di atas jalanraya menghalang kereta anak Sultan di Perak baru-baru ini? " hehehe ..
Kepada umat Islam sekelian, marilah kita saling membantu sesama saudara dalam menghambakan diri kepada Allah Subhanahu Wa Taala untuk mencapai Syurga yang hakiki dan seterusnya dapat menggapai penerimaan Allah 'Azzawajallla terhadap diri kita sebagai hamba-Nya.
Ingat!Pulanglah kepada tujuan asal kita iaitu hidup, tunduk dan patuh di bawah panji LA ILAH ILA ALLAH WA MUHAMMAD RASULALLAH.
Sunday, March 1, 2009
Hmm Lagilah aku percaya yang Anwar Ibrahim ialah seorang Pejuang Islam Liberal
Assalamualaikum
Baru2 ini aku ada berbual dengan sahabat aku yang berada di Amerika. Dia adalah revert muslim. Dia memeluk Islam ketika berumur 17 tahun. Yang paling menarik sekali adalah pada mulanya dia masuk islam dengan memegang madhzhab sunni kemudian dia bertukar kepada shia.( biap pi lah kat dia.janji dia Islam)
Aku bertanya apa sebab dia bertukar madhzhab? Dia memberitahu aku yang dia mendapati melalui research yang dia lakukan tentang beberapa logika Quran dan hadith yang di pertahan oleh muslim shia pada fikiran dia... Dia juga bertaqlid kepada Ayatollah Sayyid Hussein Fadhlallah iaitu "Spiritual leader of Hezbollah". Aku ingin menulis sedikit tentang Ayatollah Fadhlullah melalui cerita-cerita yang menarik mengenai ulama shia ini.Apa yang aku dengar,dia adalah ulama shia yang mempunyai banyak kontrovesi berbanding ulama-ulama shia lain. Dia mempunyai pandangan yang berbeda sehingga terkadang ada ulama-ulama yang totok shia menganggapnya sebagai "dhal" i.e sesat dari shia totok.
Sebagai contoh, pertikaiannya mengenai cerita Fadak yang di akui oleh sunni dan shia akan kejadian itu. Apa yang di pertikaikan olehnya adalah kesahihan jalan cerita peristiwa Fadak. Kedua-dua madhzhab tidak mempertikaikan tentang kewujudan peristiwa itu namun pertikaian berlaku lebih kurang mengenai jalan cerita yang mungkin di tokok tambah sehingga membolehkan sesetengah pihak menghina para-para Sahabat Rasulallah(saw) dan juga penghinaan kepada Sayidina Ali(kw) sendiri yang jika kita baca dari sumber shia, Sayidina Ali(kw) seolah-olah kelihatan seperti seorang yang bacul kerana tidak mempertahankan isterinya iaitu Sayyidah Fatimah bint RasulALlah(saw) yang di zalimi oleh sesetengah pihak di zaman tersebut(nauthubillah min thalik). Kerana pertikaian inilah, Ayatollah Fadhlallah telah di panggil oleh ulama-ulama besar shia untuk menerangkan kenyataannya tentang keraguan beliau tentang kejadian fadak. Setelah di terangkan oleh beliau, barulah mereka faham tentang logika yang dia cuba dinyatakan. Totok shia naik angin dengan kenyataan beliau dan ada yang mela'nat beliau juga. Selain itu, beliau amat menghormati ulama2 sunni sehingga ulama2 sunni juga amat menghormati beliau. Kejayaan beliau dalam menyatupadukan Ummah di Lebanon amat menarik sekali. Beliau telah mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram mela'nat sahabat. Dan itu juga di nyatakan oleh pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali khamenie dalam khutbah jumaat tidak berapa lama dulu malahan ancaman hukum bunuh terhadap sesiapa yang menghina isteri RasulAllah(saw) . Cuba-cubalah lah pegi dekat orang yang 'bertaqlid' dengan Ayatollah Fadhlallah ini, mesti anda temukan cinta pada kesatuan ummah amat membara di dalam hati mereka(apa yang aku dapati setelah berkawan dengan mereka,Walaupun aku ini Sunni, tapi dilayan baik oleh mereka ini dan menghormati pendirian aku sebagai seorang Sunni mengenai sahabat nabi junjungan Kita MUhammad SAW))
Selain itu, Ayatollah Fadhlallah banyak kali juga menggunakan contoh kebaikkan para sahabat bagi menerangkan sesuatu di dalam ucapannya. Imbuhan seperti itu telah membuat rakyat Lebanon bersatu padu dalam menentang zionist.
Okeh,cukup setakat itu tentang Ayatollah Fadhlallah,kembali kepada perbincangan aku dan kawan aku. Dalam perbincangan tersebut kawan aku ada menyatakan tentang sejarah Imam Khomeinie dan seorang yang dahulunya sepatut menjadi pemimpin tertinggi selepas beliau iaitu Montazeri. Dia di kenali sebagai successor Imam Khomeini namun segalanya telah bertukar apabila Montazeri telah menyerahkan dirinya kepada liberalism. Ha!! Ingat Liberalism Ingat AnWar si mat jenin!
Ironinya , Montazeri ini juga adalah penentang fatwa Imam khomeini mengenai Salman Rushdie dan buku terla'natnya. Beliau juga menentang pembunuhan Mehdi hashemi iaitu bukan sahaja bekerja sebagai penggerakislam liberalism malah mempunyai hubungan rapat dengan USA dan juga seorang pembunuh.Dia belajar sehingga menjadi Hujjatul Islam namun apabila di lihat pada penampilan. Boleh nampak kesetanannya. Montazeri telah di buang "title"nya sebagai Ayatollah...dan telah banyak kali timbulkan kontrovesi hingga ke hari ini. Dia juga amat di sokong oleh Amerika!!!!!!! Macam Anwar yang gila kuasa tu!!!Dan Penyokong Montazeri ini tetap memanggilnya Ayatollah walaupun 'title' itu telah di tarik balik oleh pemimpin revolusi Iran!!!
beginilah yang dapat kita saksikan bahawa orang-orang Islam liberal ni bersatu dalam pendapat mereka tapi orang-orang Islam sendiri berbunuhan jhanya kerana pendapat tak sama. ishk ishk ishk..betapa bodohnya kita!!
Mereka2 yang membenci perjalanan sebenar Islam dan mempunyai hubungan baik dengan Amerika amatlah menyokong Montazeri. Mereka2 ini merupakan penyakit2 yang wujud dalam kerajaan revolusi Iran yang di upah Amerika untuk menjatuhkan kerajaan revolusi. Fitnah juga merupakan senjata utama bagi mereka untuk menjatuhkan kekuatan revolusi Iran. Llihatlah bagaimana situasi ini dapat di kaitkan dengan Mat jenin Perdana menteri Anwar dan PAS yang tak sedar diri di pergunakan mahkluk liberal untuk meliberalkan mereka dan menjerumuskan mereka ke kancah setan? Ulama digunakan untuk memutarbelitkan keadaan dan menutup kebenaran islam dan menghapus iman umat Islam. Ataupun Ulama di 'brainwashed' untuk menjadi mesin pembunuh iman sebenar ummat Islam!
Apa barang buat perbincangan Islam dengan Madeline Jewsbright(kawan aku panggil yang Madeline macam tu sepatutnya Madeline AlBright) walhal dialah yang terlibat dalam pembunuhan orang-orang Islam di Afghanistan etc. Kenapa perlu Amerika di angkat macam dia oranglah yang menjalankan hukum Allah sepenuhnya di negara mereka padahal mereka lah sumber kekacauan di dunia sekarang?Apa kejadah setan2 seperti Anwar dan "idolanya" Amerika cuba lakukan?
Selain itu,penyokong-penyokong liberal di Iran juga sering membuat kacau dan mempunyai masalah etika yang kronik. Kemudian, apabila sesi buat kacau berjalan lancar, mereka akan tangkap gambar di mana polis sedang menahan mereka dari naik gila dan sebar gambar-gambar di internet untuk memfitnah kerajaan revolusi Iran sebagai kejam dan zalim.
Fuh..bila aku tahu tentang benda ni..makin terserlahlah keanggunan Anwar dalam menjahanamkan lagi kondisi ummat yang sedia rapuh dengan liberalism.
Nak tahu sindrom liberalismini apa?
-Cinta pada Amerika tahap gaban.
-Amerika dianggap layak membincangkan mengenai idea Islami.
-Fatwa Imam Khomeni terhadap Salman Rushdie tak betul.
-Bebas bersuara walaupun suara itu menghina RasulAllah(saw)
-Kerajaan "rakyat"(ahah ini ada special punya kes kalau anda pandai menilai)
-Undang Islam tak boleh di terima pakai ke atas semua orang islam..ikut "keikhlasan" untuk buat semua tu. Sebagai contoh tudung di mana ramai wanita Malaysia telah tertipu bahawa pemakaian tudung di anggap boleh pakai kalau ikhlas kalau tak ikhlas tak payah pakai walhal ianya wajib mcm sembahyang.(baik punya isu boleh di ketengahkan dalam posting yang akan datang inshaAllah)
-Cakap banyak tapi isinya fitnah dan pembohongan.(Anwar punya kerja)
Ada lagi ka??
Yang di atas tu semua adalah kod-kod yang penting untuk mengenal sama ada seseorang itu liberal atau tidak.
Dalam keluarga jauh akulah, ada manusia liberal jugak. Rasa macam nak bagi 'tampaq' sepapan tapi apa kan daya aku hanya orang muda dan kita tak boleh agresif dan ganas kalau nak jadi seorang Islam yang benar benar hendak berusaha jadi seorang mu'min(Jauh lagi perjalanan aku nak sampai title mumin ini.Inshallah, sama - sama kita berdoa kepadaAllah untuk golongkan kita dalam golongan mu'min). Dia cakap..." apa pun naik tak apa, DAP sekali pun tak pa janji jangan UMNO"
Benci sungguh puak ini kepada UMno sampai sanggup 'gadaikan' kedaulatan Islam di bumi Malaysia.
Bodohkah kita? Orang jahat bersatu dalam kod kejahatan mereka tetapi kita bertelagah dalam kod kebaikkan? Huh?
tepuk dada tanya selera.
Jadi rakyat yang beriman dan berilmu.Sebab esok di hari pengadilan Allah akan tengok pemimpin kita siapa. Kalau pemimpin kita firaun kita masuk nereka sekali dengan firaun. Kalau pemimpin kita RasulAllah(saw), kita akan bersama tubuh dan jiwa yang mulia di dalam syurga.Yang penting CINTA yang ikhlas dan sepenuh jiwa dalam sesuatu yang ma'ruf perlu ada di jiwa dan sanubari kita
dengan doa untuk semua,
Aku 313 ;)