Memerhati,mempelajari dan menghayati...
PERINGATAN BUAT SEMUA
MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.
Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Tuesday, March 31, 2009
Beberapa persoalan dan jawapan terhadap persoalan yang sering diajukan terhadap saudara Saiful Bukhari
Bismillah,
Assalamualaikum,
Dalam mengadili kes Saiful-Anwar, kita sering membaca penyokong-penyokong Anwar mahupun yang di atas pagar mempersoalkan beberapa perkara yang mereka anggap sebagai bukti/andaian bahawa Saiful mungkin menipu atau terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Anwar.Kita sering terjumpa di dalam blog-blog pro pembangkang menulis dengan 'baik' bagi memperjelaskan kes liwat ini sebagai satu konspirasi atau penipuan. Tetapi mengapa tidak dipersembahkan juga persoalan yang mungkin boleh diketengahkan oleh kita bagi berlaku adil terhadap Saiful ?Oleh hal yang demikian, saya di sini ingin cuba menganalisa kembali dengan persoalan juga terhadap 2 persoalan yang sering diajukan sebelum ini yang hanya 'menyengetkan' keadilan ke arah Anwar Ibrahim sahaja .
1- Perbezaan umur Anwar dan Saiful - Dikatakan bahawa Anwar terlalu tua untuk bertindak menceroboh Saiful seperti yang di dakwa. Tambahan pula Anwar suatu ketika dahulu kononnya menghidapi penyakit sakit belakang hingga terpaksa di bawa ke German untuk mendapatkan rawatan sepenuhnya.
Persoalan saya:
a- Mereka mengatakan bahawa Saiful mendakwa kejadian meliwat oleh Anwar terhadapnya berlaku berkali-kali( 8 kali tak silap saya). Soal yang ingin dibangkitkan di sini ialah "Bilakah kali pertama kes liwat itu berlaku" dan seperti yang kita ketahui Saiful tetap konsisten hingga sekarang dengan 'statementnya' bahawa dia diliwat secara paksa.Tidak lupa juga dalam ucapan angkat sumpah yang dijalankan oleh Saiful, 26 Jun ialah tarikh yang terkandung dalam ucapan angkat sumpah sebagai tarikh Saiful ada diliwat oleh Anwar . Mengapa hanya disebut 26 Jun?
i- berkali-kali diliwat
- Soalnya bagaimana kejadian meliwat ini berlaku pada kali pertama? Adakah pada waktu Saiful tidak pernah menyangka bahawa Anwar tiba tiba bertindak di luar dugaan dan membuatkan dia tergamam ? Kejadian ini tidak mustahil kerana banyak kes anak-anak gadis muda dirogol oleh datuk mereka sendiri yang sudah mencapai usia 'nyanyuk' pun.Kalau faktor usia hendak diambil kira, jadi anak anak gadis muda itu semua 'penipu' dan 'pembohong' besar juga bukan? Mana mungkin datuk mereka yang sudah berusia 70 tahun mempunyai 'kederat' untuk merogol mereka? Seperti kata Ahmad Nisfu dalam filem Seniman Bujang lapuk " Sekali aku ketis, berterabur tulang rusuk kau! "
Kalau inilah jawapan yang hendak diambil kira, nanti jikalau benda yang sama berlaku di kalangan orang yang kita kenali ( na'uthubillah min Thalik) cakap saja kepada budak muda yang mendakwa sebagai mangsa itu,
"Ah masakan orang tua yang tak larat mampu merogol budak muda!Ko tipu! Ko tipu!"
Malah ada satu cerita di mana seorang datuk 'tua' memanipulasi cucunya yang kecil dengan mengatakan bahawa dia mahu membuang air kecil dengan bantuan cucunya melalaui cara yang jijik(paham paham sajalah).Cucunya pun menerimanya setiap kali datuknya 'meminta' walaupun tidak tahu betapa jijiknya bantuan yang diminta oleh datuknya itu.
Hingga kemudian si anak kecil itu memberitahu kepada ibunya bahawa dia merasa sakit setiap kali hendak membuang air kecil.Apabila di bawa untuk diperiksa, terbukti dia dirogol oleh datuknya yang 'tua' itu.
Kemungkinan perkara yang sama berlaku ke atas Saiful. Anwar mungkin telah memanipulasinya tatkala Saiful memandang Anwar sebagai seorang yang 'tinggi' dan 'suci' .Sudah tentu bukan dengan cara datuk 'tua ' yang saya ceritakan di atas tetapi dengan caranya yang tersendiri. Walaupun dalam keadaan terpaksa dan benci dengan apa yang dilakukan terhadapnya, Saiful tidak berdaya dari segi mental dan rohaninya untuk berlawan dengan Anwar.
Jikalau kita hendak mengatakan bahawa ' kira Saiful rela lah tu'...
Jadi wajarkah anak kecil yang tak berdaya tadi dan telah berjaya di manipulasikan oleh datuknya yang 'keparat' itu juga dianggap 'rela' diperlakukan begitu dan tidak patut kita menyalahkan datuknya sahaja malah anak kecil yang berusia sekitar 6 tahun juga patut dipersalahkan kerana telah membenarkan datuknya yang konon mahu 'membuang air kecil' melalui cucunya sendiri !'
Oh mungkin hati saudara kini terdetik mengatakan, " itu budak kecil. Tapi Saiful budak besar"
Maaf ya! Bukan kecil atau besar yang hendak dijadikan ukuran di sini tetapi ' CARA MEMANIPULASI MINDA DAN EMOSI MANGSA'
Pernah terjadi di alam asrama lelaki yang saya dengar dari rakan saya sendiri.Si junior diliwat oleh si senior . Si junior tidak rela dan sering menangis. Masakan tidak, Si Senior mengugut dan menakutkan si junior jikalau berani membongkar kelakuan jijik si Senior kepada pihak yang bertanggungjawab atau sesiapa pun hinggalah si Junior terlalu menderita maka dia tidak mempedulikan ugutan si Senior lagi dan terus memaklumkan perkara tersebut kepada pihak pengetua.
Persoalanya sekali lagi ialah, mengapa Si Junior tidak terus maklumkan sahaja kepada pihak terbabit pada kali pertama dia diliwat?
Baru-baru ini juga ada satu kisah di mana seorang abang berumur 14 tahun merogol adik-adiknya yang berusia 11 dan 8 tahun. Apabila sudah terbongkar perkara jijik yang di lakukan oleh 'abang binatang' berkali kali terhadap mereka, ditanya kenapa mereka selama ini berdiam diri. Jawapan yang di beri ialah mereka takut.
Mungkinkah Saiful juga pernah mengalami situasi dan perasaan yang sama hingga diliwat berkali-kali sebelum bertekad untuk memberitahu kejadian sebenarnya pada orang lain ?
ii- dikatakan 8 kali tetapi hanya 26 jun tarikh yang diucap ketika mengangkat sumpah
Mengenai hanya tarikh 26 Jun yang disebut di dalam peristiwa angkat sumpah saiful? Bagi saya kemungkinan tarikh itu dipilih kerana Saiful mempunyai bukti kukuh berdasarkan kejadian meliwatnya pada 26 Jun untuk dibawa ke mahkamah bagi mendakwa Anwar Ibrahim . Malah mungkin kerana itulah tarikh terakhir Saiful dipaksa untuk diliwat dan benar benar telah dijadikan hari untuk mengumpul kesemua bukti PALING kukuh bagi memerangkap Anwar Ibrahim dan pada hari itu juga mungkin minda serta mental Saiful bebas dari dimanipulasikan . Tapi itu hanyalah persepsi saya sendiri. Jawapan yang sebenar ada pada Saiful dan kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku nanti di mahkamah Inshallah dan yang hak pasti berdiri!
Allahu A3lam..
2- Konspirasi Najib-Saiful
Dikatakan bahawa Saiful pernah ke pejabat Dato Seri Najib untuk meminta biasiswa.Peristiwa ini menyebabkan ada golongan yang menjadikan ia sebagai bahan bagi mendakwa bahawa Saiful ada terlibat dalam konspirasi dengan Dato Seri Najib untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.Berkenaan perkara ini, saudara Saiful ada memberi sedikit ulasan di blognya sendiri.
Berkenaan dengan soalan baru saudara Orang KB, cukup untuk saya mengatakan disini bahawa DSAI tahu mengenai perkara ini 1 Minggu setelah saya bekerja dengan beliau.
Malah beliau sendiri yang menyuruh saya pergi INTERVIEW PINJAMAN PELAJARAN MARA untuk mengikuti KURSUS KADET PILOT di APFT, Kota Bharu, pada hari Jumaat 23 May 2008. Pada hari tersebut saya sepatutnya ke Lubok Hantu, Sarawak bersama beliau tetapi beliau suruh saya batalkan supaya saya spt pergi temuduga. Walaupun saya pergi, tp akhirnya saya GAGAL mendapatkan PINJAMAN PELAJARAN tersebut.
Jadi wajarkah kita menggunakan peristiwa meminta pinjaman biasiswa oleh saiful Bukhari sebagai bukti bahawa Saiful terlibat dengan Dato Seri Najib?
Jawapan saya..
SUDAH TENTU TIDAK!

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
salam,
insyaallah kebenaran akan terserlah juga akhirnya nanti..
wsalam,,
Inshallah itu sudah pasti saudara.
aku tak tengok, aku tak berani tuduh. Allah yang maha mengetahui. kalau aku tulis perkara yang tidak benar, kemudian orang percaya, bagaimanakah dapat aku nak minta ampun kepada semua yang telah membaca tulisan aku itu? apa kata kalau orang tuduh aku pula melakukan liwat padahal aku tak buat, oh tidak... minta dijauhkan Allah. selagi mata aku tak nampak, aku tak berani tuduh.....
salam anon.. Hmm kalau tak tengok kenapa ada yang mencaci saiful dan hanya menyebelahi Anwar? Apa sudah confirm ka Saiful berbohong? Siapa siapa pun tak nampak kan? So jangan la pulak nak memandai menuduh Saiful menipu sebelum terbukti kebenaranya. Apa yang penting kita perlu adil dalam menilai kedua kedua orang ini. jangan terus menuduh tapi kita ada hak untuk menilai dari perbuatan dan mempersoalkan tindak tanduk mereka dalam menghadapi kes ini!
alahai sedare...
Kenapa pulak bila tahun anwar nak bertanding je pilihanraya barulah cerita saiful ni keluar..
sedare percaya kat mahkamah kan?
Saya kurang pecaye. Kalaulah mahkamah nanti lepaskan anuar bebas dari kes saiful, apa tuan nak kata??
Mesti tuan akan tukar topik dalam blog ini. Bersatu lah dalam islam!! Kuatkan Ummah!!..itulah alasan dan motto orang yang tak leh terima kenyataan.
Sedare attack anwar berdasarkan bukti apa?
Percakapan orang? Suratkhabar? Sedare nampak perlakuan ini?
Aku tak sokong anwar dalam beberapa perkara tapi bukan cara aku nak menuduh liwat kepada sesuatu kes yang belum pasti sahih,lebih lagi diperundangkan atas undang undang sivil!!
salam anon anon,
saya attack anwar? saya mempersoalkan tindakan anwar dari segi dolak dalik mengangkat sumpahnya, dolak dalik dengan memperlambatkan proses mahkamahnya.. dan juga saya sebagai orang Islam kena bertindak adil bagi saiful. jangan deny bahawa suadara tidak pernah cemuh saiful. saudara sendiri boleh mempersoalkan saiful kenapa datang ketika hampir pilihanraya. kenapa saya pula tak boleh persoalkan anwar melalui tindakannya?
lagipun kes yg dahulu, dia terlepsa berdasarkan ada masalah teknikal tetapi hakim hakim percaya kes liwat memang terjadi antara anwar dan yang lain nya..
dahulu semua itu dipanggil mahkamah, tetapi saiful yang datang ke mahkamah mendakwa sebagai mangsa. Di dalam islam pun, mangsa rogol dan liwat kena diberi hak untuk membela diri mereka. tetapi kaum yg menyokong anwar terus melabelkan aiful sebagai orang penipu etc.. di amna ke adilan saudara sebagai orang islam kepada saiful pulak?
kalau mahkamah dunia ini memihak kepada anwar atau pun saiful, saya percaya mahkamah akhirat mereka berdua takkan terlepas.. tindakan saya mempersoalkan anwar di dalam kes liwatnya ialah sebagai sedara islam yg kasihan melihat saiful bertubi tubi di keji dan dilempar cacian serta fitnah kononnya dia nak matilah, kena siflis lah..
kalau anda menyokong dan memihak kepada anwar tak salah, kalau saya cuba berlaku adil untuk saiful salah ya?
betul tu aku.... pada mereka segala perbuatan mereka adalah betul...berceramah mengatakan saiful penipu dihadapan puluhan ribu orang sambil bertempik2 mereka mengiayakan....boleh la pulak.....
Post a Comment