Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Monday, March 30, 2009

Ikhlaskah Ahli-Ahli DAP menggunakan Ayat-Ayat Al-Quran dalam ucapan mereka?

Bismillah

Assalamualaikum,


Ahli-ahli DAP kini sering dilihat menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dalam ucapan politik mereka. Teruja sungguh hati sebahagian 'orang islam' apabila mendengarnya. Tetapi tak terfikirkah mereka sejauh mana keikhlasan orang-orang bukan Islam itu menggunakan ayat-ayat Quran dalam ucapan politik mereka sahaja?

kata Nik Aziz daam konteks doanya pada suatu ketika (Jun 2007):

Mudah-mudahan suatu hari nanti orang Cina menjadi pemimpin penting PAS. Orang Cina masuk Islam kerana mereka belajar. Sebaliknya pula orang Melayu masuk Islam kerana tok nenek mereka Islam. Masuk otomatik hanyut begitu sahaja menyebabkan banyak masalah-masalah yang timbul hasil daripada mereka Islam dengan tidak belajar. Orang Cina sekarang semakin ramai. Yang belajar Islam, mereka lebih baik daripada orang Melayu tradisi.


Kalau dah tahu sebahagian orang melayu yang dilahirkan Islam teruk daripada 'muslim converts', bukankah tugas orang yang pandai agama untuk mendidik mereka? Memperlekehkan iman dan taqwa orang orang Islam yang dilahirkan sebagai Islam bukan satu tindakan yang bijak jika hendak bergelar sebagai seorang ulama.Seharusnya Nik aziz perlu bermuzakarah dan duduk semeja dari semasa ke semasa dengan semua ahli agama tidak kira dari parti mana berbincang masalah membawa kembali anak anak melayu Islam ke jalan Allah.Dan saya ingin bertanya juga apa sudah beratus ribu orang Cina di malaysia telah di Islamkan oleh orang-orang PAS?Selama 50 tahun lebih kita mencapai kemerdekaan, apa PAS sudah banyak memberi jasa dalam mengislamkan beratus ribu orang bukan Islam di Malaysia ini selain sibuk mendendangkan cacian serta makian terhadap orang Islam lain yang dianggap munafiq, kafir etc di pentas politik?

Bijakkah kita dengan membiarkan anak-anak Islam sejak lahir terus dihanyut ke jalan songsang tetapi berlumba-lumba untuk mengislamkan orang lain?

Nampaknya mimpi buruk yang pernah melanda Andalusia ketika dahulu bakal melanda bumi Malaysia tak lama lagi jika banyak orang-orang yang mengaku ulama serta orang yang 'tahu' agama hanya pandai mengkritik tetapi tiada usaha tinggi untuk menyelamatkan anak-anak islam kita.Inilah yang terjadi di Andalusia pada waktu itu di mana ulama ulama diperkudakan oleh orang kafir kristian yang mengintai untuk menjahanamkan kerajaan Islam pada waktu itu dan merampas kembali Andalusia.Mereka juga mengapi-apikan perpecahan antara orang islam dan memasukkan fahaman 'Islam Liberal' sebagai Islam yang mereka dapat terima sebagai kawan dan kononnya mereka bersikap 'hormatkan agama islam' walaupun sampai mati mereka tidak dapat menerima Islam sebagai agama yang benar di sisi Allah.


Boleh jadi satu hikmat Allah Taala letak pejabat PAS di tengah-tengah masyarakat yang tidak banyak orang Islam. Dalam sejarah Islam, semua kitab-kitab hadith (Sunan Sitar) ada enam buah hadith semuanya dikarang oleh bukan Arab. Begitulah juga pimpinan Islam di seluruh dunia yang jarang sangat orang Arab memimpin. Yang memimpin adalah orang Parsi, Sepanyol. Turki, India dan lain-lain. Oleh yang demikian apa peliknya kalau pejabat PAS, gerakan Islam ada ditengah-tengah masyarakat yang tidak banyak orang Melayu.”




kenapa sekarang baru hendak membuka mata tentang hikmah meletakkan pejabat PAS di tengah-tengah masyarakat yang tidak banyak orang Islam?Kenapa bukan dari sejak PAS ditubuh mula-mula lagi ?Kenapa sebelum ini gara-gara bergabung dan bekerjasama dengan parti bukan Islam, Umno dilabel sebagai parti kafir . Isu ini tersebar luas terutama di Kelantan dan Terengganu antara 1964 hingga 1986, kecuali semasa PAS berada dalam Barisan Nasional antara tahun 1974 hingga 1977.



Isu ini dibangkitkan oleh PAS berdasarkan sumber antara lain Al Quran, surah Al Imran ayat 28 yang bermaksud: "Jangan orang-orang yang beriman mengambil orang orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan Sesiapa yang melakukan (larangan) yang sedemikian maka tidaklah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apa pun, kecuali kamu hendak menjaga diri dari bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (orang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyaksi kamu) dan kepada Allah tempat kembali ".




Nik Aziz janganlah lupa untuk katakan juga bahawa antara orang-orang pertama yang mengislamkan Parsi, Sepanyol, Turki India itu ialah orang Islam Arab sendiri.Malah di Malaysia juga mempunyai bukti bahawa orang Arab Islam juga yang datang mengislamkan orang-orang Melayu di sini. Kejayaan bukan Arab menghasilkan buku-buku ilmu sebenarnya mencerminkan bahawa :

Tiada kelebihan bagi orang Arab atas orang ajam (bukan Arab), dan tiada kelebihan orang ajam atas orang Arab kecuali karena Taqwanya”


Berbalik kepada soal keikhlasan ahli-ahli DAP menggunakan ayat-ayat allah hingga ada yang tersilap menyebut nama surah yang tak pernah wujud dalam Al-quran pun, umat Islam haruslah berhati-hati dengan niat sebenar mereka. Selagi orang-orang bukan Islam tidak menerima Allah itu yang Satu dan Muhammad itu pesuruh Allah dan hanya Islam yang benar di sisi Allah, pendapat mereka untuk masuk campur mengenai Islam tidak wajar diterima bulat-bulat. Ini kerana banyak peristiwa ' menipu orang islam yang buta hati' dengan menggunakan Islam sendiri telah menyebabkan kepincangan kesatuan ummah kita bahkan melahirkan aliran-aliran baru dalam Islam yang memperlekehkan serta mempersoalkan amalan-amalan saudara seislam sejak zaman sahabat serta ulama muktabar terdahulu di atas nama ' bid'ah dan syirik' tanpa mengkaji dan meneliti terlebih dahulu setiap perbuatan yang di lakukan dari sumber Quran dan sunnah dengan menyeluruh.

Namun begitu sebagai umat Islam, agama kita mengajar supaya kita menghormati agama lain dan menjadi tugas kita untuk memastikan keselamatan orang-orang bukan Islam yang hidup di bawah tangan kita terjamin dan terpelihara selagi mereka tidak mengishtiharkan perang serta aktif untuk menghancurkan dan memesongkan akidah orang Islam di bumi Malaysia yang bertuah ini.

9 comments:

ONE said...

salam,

sy pernah membaca satu artikel yg bertajuk lbey kurang begini 'teruk sangatkah PR'?isinya mengatakan yang pembentukan PR telahpun kononya menyebabkan DAP kafir menggunakan ayat quran dan mula menerima islam..

handal, satu bukti paling kuat apabila Lim guan eng menggunakan ayat quran pada zahir tetapi di belakang nya dia telah menarik semua keistimewaan orang melayu dengan menghapuskan amalan DEB..x sangka begitu mudah sekali golongan ini terpedaya dengan helah guan eng..

Jika inilah yang dibanggakan mereka alamat akan hancur musnahlah melayu dan islam di masa hadapan,baru baca ayat quran sket smua da kalut..

Aku said...

wsalam,

itulah saudara, kekadangkan sebahagian umat islam mudah melatah apabila di 'twist' sikit dengan memutar belitkan ayat ayat Allah. Sesama islam pun kita harus berhati hati apabila ada yang mengutarakan ayat ayat Allah kerana takut nanti menggunakannya di tempat dan tujuan yang salah, inikan pula orang bukan Islam yang hanya bermain kata kata Allah semata-mata untuk menarik undi ?

Anonymous said...

Siapa Aku313? Jangan bersembunyi di sebalik Aku313. Jika anda berjuang atas nama kebenaran, jangan takut. Tunjukkan siapa anda yang sebenar. Semangat anda berkobar-kobar kerana terlalu bencikan Anwar Ibrahim hinggakan dalam ruangan undi mengenai Anwar pun semua jawapannya tidak ada ke arah yang sebaliknya. Undi apakah begitu... kemudian anda syok sendiri dengan jawapannya, kononnya ramai yang bencikan Anwar Ibrahim. Anda pernah saksikan sendirikah Anwar memasukkan zakarnya ke lubang pungkor (jubur) Saiful? Sebagai seorang Islam, saya sendiri pun tak berani nak tuduh kerana saya tak pernah lihat. Tahukah hukum menuduh orang begitu? Ingat di Akhirat nanti, semua soalan itu akan ditanya kepada anda dan rakan-rakan anda yang membuat tuduhan begitu. Tulisan anda di blog ini akan terus dipercayai orang walaupun anda telah meninggal dunia. Bolehkah anda minta dihidupkan semula untuk menerangkan yang sebenarnya anda tulis tak betul mengenai Anwar hanya kerana semata-mata anda bencikan dia.
Allah huakhbar!
Maafkan, saya juga terpaksa gunakan nama Anonymous supaya sama padan dengan nama aku313. Marilah sama-sama kita berselindung di balik nama sebenar.

Aku said...

Assalamualaikum

kepada Anonymous yang tahu untuk bertakbir tetapi tidak tahu untuk memberi salam kepada sesama sedara islam :)


AKU313 ialah nama samaran yang digunakan untuk menulis di blog ini.Tidak termaktub di dalam hukum menulis blog bahawa seseorang yang mahu menulis blog harus menggunakan nama penuh atau nama asal. AKU313 ialah aku-kata ganti diri pertama, 313 ialah nombor kesukaan saya yang melambangkan jumlah tentera perang badr yang telah dipuji oleh Allah Subhanahu wa Taala di dalam Quran yang suci.

Sakit hati kerana orang bencikan Anwar? bagaimana dengan blog-blog rakan seperjuangan anda yang menulis tentang konspirasi mengenai pemimpin orang lain? kenapa tidak ditegur juga? Apa dalam Islam mengajar supaya kita 'bias' dalam memberi teguran?

saudara ingat saya membenci Anwar dengan begitu sahaja? saudara ingat saudara sahaja yang tahu Islam dan telah selamat di akhirat kelak hanya kerana tidak menuduh Anwar meliwat Saiful?

Saya sebagai seorang Islam mempersoalkan tindak tanduk Anwar Ibrahim dalam kasus meliwat Anwar. Keadilan penuh tidak diberi kepada Saiful oleh orang orang seperti saudara. bermacam-macam tohmahan diberi ke atas Saiful dan keluarga oleh orang sekapal dengan sedara tetapi di mana keihklasan sedara dalam menegur mereka?? Ini Islam 'Allahu Akbar' yang saudara laungkan? Tolonglah jangan malukan agama Islam saya dengan hanya melaungkan Allahu Akbar tetapi senget dalam memberi keadilan sebenarnya . Seperti Puak Khawarij yang melaungkan La hukm Ila lillah tetapi di sambut oleh sayyidina Ali lebih kurang , "perkataan yang benar tetapi di atas nama batil.

Sebelum membenci Anwar, telah banyak solat istikharah yang saya lakukan dan meminta petunjuk Allah siapa Dia Anwar dan alhamdulillah saya diberi petunjuk . tahu kerana apa? Sebab dia itu pemimpin dan hak saya untuk ketahui sema ada pemimpin ini benar atau tidak dalam menghadapai kes liwat ini.

Dan kasihan kepada saiful yang datang mengadu sebagai mangsa rogol/liwat telah diterjemahkan oleh golongan seperti saudara sebagai penipu , pembohong sebelum tahu kedudukan sebenarnya!Oh saya lupa.keadilan tuan hanya berpaksi kepada orang orang sekapal. yang tak sekapal tak layak diberi keadilan bukan?

sedangkan tatkala datang seorang perempuan di zaman sayyidina Ali mengadu dirogol tetapi dinafikan oleh pemuda tersebut, sayyidina ali tidak pun meminta 4 saksi malah menganalisis kejadian dengan bijak dan adil saksama hingga terbukti bahawa perempuan itu menipu dan baru dijatuhkan hukuman! Inilah islam sebenar di mana mangsa rogol atau liwat tidak akan diminta 4 saksi seperti yang golongan sekapal dengan saudara dakwa!

Apa saudara dan semua konco konco anwar di luar lebih hebat dari Sayyidina Ali hingga menjatuhkan hukuman ke atas saiful sebelum keputusan yang sebenar???malah mencaci dan menghina saiful di anggap halal pulak yah?

di dalam tulisan saya, saya hanya mempersoalkan tindak tanduk Anwar Ibrahim berdasarkan apa yang ada di dalam Quran dan Sunnah. Sekarang saya hendak saudara Tunjuk kepada saya bahawa tulisan saya berbaur fitnah yang tidak benar terhadap Anwar!

jangan risau tentang hidup mati saya. Semuanya di tangan Tuhan dan Inshallah sebagai seorang islam, saya tak pernah lupa memohon petunjuk dari Allah sebelum melakukan apa apa perkara pun di dunia ini termasuk dalam mengadili kes Anwar Ibrahim yang ingin menjadi pemimpin malaysia!

Aku said...

lagi satu, bab poll benci anwar itu..haihh tak faham faham lagi ka.. itu untuk orang yang tidak suka kepada Anwar. Bagi pencinta ANwar atau sayangkan Anwar, tak payah terlibatlah. yang mengundi hanya yang tak suka akan Anwar. kalau suka Anwar tak payah undilah. susah sangat nak faham ka?

so semua yang mengundi itu secara suka rela ada sebab mereka tak suka Anwar.Dan orang seperti saudara yang suka Anwar tak payah sibuk mengundi di poll itu.sekali saya ulang

di poll itu hanya untuk orang yang tidak suka Anwar dan saya nak tahu kebanyakanya MENGAPA?
dan poll ini diadakan di blog saya sendiri.kalau saudara tak puas hati, silalah buat poll lain di blog sedara okay?siapa pun takkan pertikaikannya.

arizWanmerahs said...

segala-galanya dah bercelaru..
Mana bathil, mana Haq? Terpulanglah pada budi bicara masing2 untuk menilaikannya..

Dalam bab DAP yang dah mula pandai2 mengunakan ayat2 Al Quran dalam ceramah politik mereka nih, sebenarnya salah kita jugak, kita jugak yang pertama kali mengunakan ayat2 Al Quran dalam ceramah politik, tak kiralah Umno ker, Pas ker, sama jek, dua kali lima, guna ayat2 Al Quran sesedap rasa... Tak terfikir langsung akibat buruk yang bakal menimpa diri.. Ya lah macammana nak fikir pun, bila kepala hotak asyik terfikirkan kemaslahatan poket sendiri..

Elok disumpah semua jadi Katak, itu lebih baik dari jadi manusia...

Aku said...

salam saudara merah.terima kasih kerana sudi melwat dan memberi komen di blog saya.

di akhir zaman ni memang benda macam ni banyak belaku. haram halal semua dah bercampur. yang haram di halalkan dan yang halal di 'haramkan'.

masalah ini akan menjadi lebih rumit jika umat Islam terus berpecah dan bercakaran anrata satu sama lain dan membuka pintu yang luas untuk kafir berniat busuk mengambil kesempatan untuk menghancurkan kita. diharap semua umat melayu islam dapat sedar awal sebelum nasi menjadi bubur.

AKU JIBRAIL PISHTIM said...

Bagus aku313.....saya dulu penyokong PAS. Ingtatkan Islamic, rupa2nya kebanyakan mereka adalah hipokrit. Mereka lebih cintkan dunia drpd berdakwah kepada bukan Islam. Mereka konon2nya pendukung Hudud tetapi sampai sekarang saya tidak pasti, sudahkah mereka membuat penerangan secara terpeinci mengenai hudud kepada bukan Islam di Malaysia. Apa yg pasti, ceramah mereka lebih kepada perebutan kuasa. Yg peliknya, Nik Aziz, seorang Ulama, boleh pula justify tindakan sahabat Kristiannya yg memetik ayat2 suci Al Quran sebagai OK dan boleh pulak 'Tuan Guru' kata salah betul tafsir tu tak perlu dipedulik. Saya ingin ambil kesempatan ini untuk memetik ayat daripada Bible ttg sikap ulama2 Yahudi zaman Nabi Isa yg pandai bercakap pasal agama tapi dlm amalannya, HAMPEH! Ayat ini panjang, jadi saya cadangkan penyokong2 pembangkang (especially yg ada hati nak quote ayat Quran dan juga org2 bodoh yg mempercayai tafsir Nga)baca Injil Matius/ Gospel of Matthew bab 23 (baca sampai abis bab 23) Injil Markus/Gospel of Mark bab 7(baca sampai abis bab 7 tuh). Injil Lukas/Gospel of Luke bab 6:37-41 dan Injil Lukas bab 11:37-54. Bacalah semua ayat2 tuh dan anda akan tgk ciri pemimpin PAS dan PKR ada dlm ayat2 tuh. Sebelum saya mengakhiri komen saya ini, saya ingin petik satu ayat daripada Bible. Menurut ayat ini, ianya adalah kata2 Al Masih " Waspadalah terhadap nabi palsu, mereka dtg kepadamu dgn rupa domba(biri-biri), tetapi sebenrnya meraka serigala buas. Kamu akan mengenal mereka melalui hasil perbuatan mereka...." Matthew 7:15-16. Saya mahu petik ayat2 Al Quran tetapi saya tidak rasa ia akan membantu sedara seislam saya kerana mereka akan fikir "of coursela...in Al Quran...". Nah, sekarang bible pun ckp mcm tu jugak, apa hujah anda. Tidakkah tanda2 tersebut wujud pada pemimpin sanjungan anda yg konon2nya ulama tetapi hatinya terlah tersisih dari Allah.

Aku said...

salam saudara jibrail,

itulah, umat Islam masih buta dan tidak mahu melihat bahawa perpecahan antara kita merupakan pebukaan gerbang pintu kepada musuh islam untuk merampas hak islam serta menghancurkan umat islam ke tempat yg terendah..saya akan terus menulangi bahawa antara sebab kejatuhan empayar andalusia ialah ulama2 yg diperkudakan oleh musuh dan ditipu bagi menjalankan rencana mereka untuk merampas kota andalusia dan menghancurkan kesatuan ummat islam..

dan kita juga dapat mengambil iktibar peperangan dan kisah2 yg berlaku natara umat islam sendiri..tapi ada pihak pas yg memperlekehkan idea ini kononnya tak perlu untuk melihat benda ni semua.. etc..

walhal sejarah lah yg akan mengajar kita supaya berwaspada dan bertindak dengan lebih efektif dan matang.tapi kerana sombong dan takbur, manusia sering melakukan keslahan yg sama berulang2..