Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Monday, March 30, 2009

Poll Anti Anwar

bismillah

assalamualaikum

pertama kali, maafkan saya sebab lama tak update blog ini. Bukan apa, saya sibuk sikit dengan kerja di luar dan beberapa masalah yang perlu diselesaikan. namun begitu hari ini saya terpanggil untuk membuat komen sedikit tentang kata-kata seorang pengunjung blog saya yang meninggalkan 'message'nya di dalam chatbox blog saya.

katanya;

norjilla salam. poll "anda anti anwar?" tuh adalah poll plaing tahapehape pernah ku lihat. tak perlulah letak poll klu anda hanye mahu tgk result yg berat sblh


kepada Norjila, tak nampakkah saudari tajuk poll itu? ' Anda Anti Anwar ' ? Sebelum mengata tentang poll saya sebagai 'tahapehape' ( mulanya tak faham saya apa maksud ejaan perkataan melayu saudari ni., tapi bila dah diamati betul betul mungkin saudari maksudkan ntah ape ape bukan?)
kalaulah dah tajuk pun berbunyi "anda anti Anwar", sudah tentu ia hanya untuk di'vote oleh orang-orang yang tidak suka pada anwar.kalau nak buat poll yang macam saudari idamkan, sudah berlambak blog-blog lain adakan poll yang sedemikian. Poll ini khusus untuk orang-orang yang tidak suka kepada Anwar dan saya hendak ketahui sampai tahap mana mereka ini tidak suka pada dia di blog saya sendiri. Jadi saya harap sudah jelas bagi saudari tujuan poll "ANDA ANTI ANWAR sebelum saudari 'jump into conclusion' melabelkan poll di blog saya sendiri sebagai 'tahapehape' :)

2 comments:

ONE said...

salam,

hehe tu masalahnya bila orang x membaca, jangan gentar wahai saudara seislam ku, berjuanglah dengan hati yang suci..

Aku said...

wsalam,

hehe biasalah saudara, kekadang orang ni suka 'judge the cover' dari lihat isi buku itu sendiri.