Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Wednesday, March 18, 2009

Umat Islam perlu bantu UMNO untuk proses pembersihan parti.

Assalamualaikum,

Bismillah,

Baru saja kita telah dihidang dengan usaha untuk membersihkan politik wang dalam UMNO. Ini merupakan titik permulaan bagi UMNO untuk muncul sebagai parti yang bersih kembali dan seterusnya berusaha untuk menobatkan agama bangsa dan negara di atas pucuk pimpinan berlandaskan Quran dan Sunnah InshaAllah.

Umat Islam pula perlu memberi sokongan kepada UMNO untuk terus membersihkan parti ini dan jauh dilubuk hati saya amat mengharapkan PAS akan bergabung dengan UMNO dan sama-sama membantu untuk perbetulkan esilapan masing-masing serta berjuang untuk menegakkan kehidupan kita semua sebagai khalifah Allah yang sebenar di bumi Malaysia ini iaitu Khalifah yang benar-benar menjunjung kalimah La Ilah Ila Allah wa Muhammad rasulAllah seterusnya menjadi pelindung yang adil kepada bukan Islam yang tidak berniat untuk menentang penegakkan kalimah Ini di bumi Malaysia.

Ingatlah, hanya kesatuan ummat yang akan membuatkan kita kuat dan kukuh.Hanya kesatuan ummat Islam yang terlihat ikhlas untuk memberi perlindungan kepada orang bukan Islam yang ingin hidup dalam kedamaian.
Hanya orang yang tidak mensyirikkan Allah dan mempersekutukan Allah sebenar-benarnya layak mengemudikan bumi Allah berlandaskan syariat yang diturunkan Allah sejak zaman nabi Adam Alaihissalam lagi..

sama-sama kita bergerak dalam memperbaiki proses kesatuan Ummah Islam demi kesejahteraan agama bangsa dan negara Inshallah.

7 comments:

ONE said...

salam,

perpaduan teras kekuatan ummah..percayalah kita pasti akn bersatu jua nanti, cuma cepat @ lambat jer..

Aku said...

wsalam,

benar saudaraku ONE, dharapkan seluruh umat islam mempunyai perasan dan kepercayaan seperti saudara betapa pentingnya kekuatan dan kesatuan Ummah kepada islam. Inshallah ameen.

kafe kenyalang said...

itupun kalu depa nak terima islam..kalu depa x mau,kt nak tlg lagu mana..

Aku said...

salam,

kita tolong depa cara lain.. banyak cara yang boleh kita guna..tak semestinya terus menerus paksa depa guna Islam sepenuhnya.. setiap jalan hikmah ada kejayaannya di hadapan..

duduk semeja dan terus berbincang..jangan sesekali jadikan perpecahan ummat sebagai jalan untuk menempa kejayaan sementara.Yg penting kukuhkan kesatuan ummat dan bergerak sama sama dalam kembalikan rohani islam di dalam diri umat Islam di malaysia setelah minda dan rohani mereka dijajah beratus ratus tahun oleh bukan Islam.Bukan senang nak kembalikan kekuatan iman yang lemah kepada kuat . yg penting kita harus berusaha dan BUKAN DENGAN MENGHINA ATAU MENCACI ATAU MEMPERLEKEHKAN AGAMA ISLAM MEREKA semata mata kita ingta islam kita dah baguih,,,marilah kita membantu saudara seagama kita seboleh yang mungkin untuk kembali kepada perjuangan asal sebagai Khalifah di bumi Allah Inshallah.

HousePK said...

UMNO tak perlu dibersihkan sebalik UMNO perlu di tanam hidup2. Sebaliknya ahli UMNO perlu keluar dari tempurung lama dan menyertai PAS jika hendak kelihatan bersih. Walau guna clorox sekali pun, kotorannya masih ada melekat.

Aku said...

salam, saudara klon parpu kari :)

perkataan saudara seolah olah menggambarkan jikalau seseorang itu membuat dosa dan perkara yang di larang Allah tidak akan dapat pengampunan dari Allah melainkan hanya melalui bunuh diri dan lenyapkan diri dari muka bumi ini . Tidak saudara. Allah mengampuni apa sahaja dosa dosa hambaNya kecuali SYIRIK. Lupakah saudara akan ayat Allah yang menyruh rasulullah menyeru ahli ahli Kitab untuk bersatu di atas kalimah yang hanya mengakui Allah itu satu? kenapa tidak dilenyapkan sahaja mereka terus? UMNO adalah terdiri dari saudara anda yang masih berpegang kepada kalimah lailah Ila Allah wa muhammad rasulullah. kenapa begitu hina mereka di mata anda sehingga menolak untuk membantu mereka membersihkan apa apa kotoran yang ada di dalam UMNO? At least orang orang UMNO mengaku dan mengutuk ketidak benaran sesetangah pemimpin mereka..tetapi PAs, walaupun sah pemimpin mereka salah tetapi masih nak menegakkan benang yang basah. usahlah beraksi seperti kaum khawarij yang menkafirkan semua pihak yang tidak bersama mereka dan hanya ingat diri mereka sahaja diterima Allah dan rasul.

awanbadai said...

Salam,

Nampaknya umno sendiri tak mahu dibersihkan. Mesej telah banyak sekali disampaikan. Sayangnya hati muda tidak sudi berkorban. Kepentingan diri lebih ke depan.

Menderam guruh dilangit petang 25 haribulan.
Bagai menghantar izrail membuat intaian.
Kami pasrah dalam penyerahan.
Jika tinggal jasad, UMNO kami kapankan.
Kerana Roh Pekembar nazak di tenggorokan.
Suara sayu talkin bagai sudah kedengaran.

Ribut badai datang membersihkan.
sebelum pelangi menyerlah diufukan.
Kepada Allah kami serahkan.
Tunduk patuh pada ketentuan.

-awanbadai-