Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Monday, March 2, 2009

Pas= Syurga MANAKALA Umno=Neraka ---- Ucapan salah seorang penyokong PAS Di TKO




Bismillah

Assalamualaikum


Gambar 'screenshot' di atas diambil daripada forum TKO dalam POST yang bertajuk Bandingkan 2 Gambar ni...


Pas = Syurga

Umno = Neraka


Nak tergelak aku bila tengok 'statement' di atas. Statement ini mengingatkan aku akan hadith Nabi Muhammad SAW yang berbunyi:

Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka.

(Hadis Sahih Muslim)


Ya Rabbi, rupa-rupanya 'statement' itu ada persamaan dengan ciri-ciri yang digambarkan oleh Rasulullah SAW mengenai Dajjal rupanya.

Ya saudara-saudara sekalian. Dajjal ini adalah satu makhluq yang pasti akan muncul dengan pembohongan dan penipuannya untuk mengheret kita ke kancah kehinaan dan menyesatkan umat manusia . Selain menjadi bodoh dan tuli kita akan menjadi miskin dalam semua hal. Ini disebabkan apa yang di hidangkan oleh Si Dajjal hanyalah ilusi dan mimpi yang tidak menjadi kenyataan.(Alamak, bab ilusi ni 'sounds' macam Mat jenin pun ada jugak)

Apabila Dajjal datang, dia akan tawarkan Syurga dan Neraka kepada kita. Barangsiapa yang ikut dajjal, mereka akan mendapat habuan Syurga dan barangsiapa yang menentang Dajjal akan di anugerahkan Neraka. Tetapi bagi orang-orang yang beriman dan bertaqwa, Syurga Dajjal inilah sebenarnya Neraka manakala Nerakanya pula ialah Syurga yang sebenarnya.
Kira-kira serupa macam inilah juga--->

Ikut Dajjal= Syurga

Tentang Dajjal= Neraka


Disebabkan itulah saya berasa geli hati dan pada masa yang sama bersa sedih apabila membaca 'statement' penyokong Pas tersebut di dalam forum TKO. Tapi janganlah salah sangka pulak. saya bukan hendak 'fatwa'kan bahawa penyokong tersebut sebagai Dajjal. Hehehe..


Mengapa ketaksuban mereka sampai ke tahap yang sedemikian?

"Hanya orang yang beriman dan bertaqwa sahaja yang mampu memahami pernyataan di atas"

Betulkah begitu? Jadi apa akan terjadi kepada orang-orang Islam yang tak menyokong Pas, tetapi setiap hari mereka ini yang mendirikan solat, membaca Al-Quran, bertasbih, bertahmid, membayar zakat, suka bersedekah , membantu anak-anak yatim dan orang susah , menjaga adab dan akhlaq mereka , sentiasa maniskan senyuman terhadap sesama saudara islam , sentiasa berhati-hati dari bertutur dan berkata perkara yang tidak bermanfaat, dan sebagainya?
Adakah mereka ini akan dimasukkan ke dalam Neraka sebab PAS=SYURGA?

La Hawla Wa La Qowwata ila Bilah il3alio il3athem.....

Masihkah kita ingat akan kenyataan AYAHPIN yang mendakwa bahawa Syurga hanya terhad kepada pengikutnya sahaja dan orang lain adalah seperti babi?

dan kini aku terbaca pula kenyataan dari saudara kita yang menyokong PAS mengatakan :
PAS= SYURGA manakala UMNO= Neraka

"Awat sampai jadi lagu ni cheq oiii "


Lupakah kalian akan firman Allah :


Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan) ?

(Surah Aali Imran:142)



Jadi layakkah kita untuk menentukan siapa yang berhak atau tidak berhak untuk masuk Syurga Allah ini? SEsungguhnya Hanya Allah sahaja yang akan menentukan siapa yang berhak ke atas Syurga-Nya.Ingatlah, jangan sesekali kita sangkakan kerana amalan dan ibadat kita sudah memadai untuk Syurga Allah itu. Padahal Sabda RasulAllah SAW:

“Amal soleh yang kalian lakukan tidak bisa memasukkan kalian ke syurga”. Lalu para sahabat bertanya: “Bagaimana dengan Engkau ya Rasulullah ?”. Jawab Rasulullah SAW : “Amal soleh saya pun juga tidak cukup”. Lalu para sahabat kembali bertanya : “Kalau begitu dengan apa kita masuk syurga?” . Nabi SAW kembali menjawab : “Kita dapat masuk syurga hanya karena rahmat dan kebaikan Allah semata”.


Bayangkan lah saudara-saudaraku sekalian.Lihatlah bicara siapa ini? Inilah bicara dari seorang kekasih Allah yang telah di suci dengan sesuci-sucinya dan terhindar dari dosa dan perbuatan buruk serta keji. Inilah dia satu-satunya makhluk Allah yang digelar Sayyidul Anbiya', dan merupakan pembawa rahmat sekelian Alam!!!

Baginda mengatakan bahawa amal soleh baginda pun tidak mampu untuk masuk Syurga apatah lagi kita yang hina ini, dengan amal soleh yang timbangannya amatlah ringan jika dibandingkan hanya dengan debu di kaki Rasulullah SAW!

Orang yang dilihat sebagai Syahid di mata kita pun belum tentu lagi boleh dikira sebagai orang yang Syahid di mata Allah.Inikan pula orang yang buat "baringan maut dengan memegang bendera Palestin di atas jalanraya menghalang kereta anak Sultan di Perak baru-baru ini? " hehehe ..


Kepada umat Islam sekelian, marilah kita saling membantu sesama saudara dalam menghambakan diri kepada Allah Subhanahu Wa Taala untuk mencapai Syurga yang hakiki dan seterusnya dapat menggapai penerimaan Allah 'Azzawajallla terhadap diri kita sebagai hamba-Nya.

Ingat!Pulanglah kepada tujuan asal kita iaitu hidup, tunduk dan patuh di bawah panji LA ILAH ILA ALLAH WA MUHAMMAD RASULALLAH.

19 comments:

ONE said...

salam,

sesungguhnya syurga dan neraka adalah hak Allah,baiklah jika x terlalu menduganya..semoga kepercayaan x membawa kepada ketaksuban kerana ia mencambahkan benih-benih kesesatan..

allahualam,

Anonymous said...

Banyak makna dari statement tu. Kalau kau memang betul2 jujur, kau directly cakap kat dia. Bukan nak memburukkan, menambah tokok , guna ayat Quran, hadis etc ni nak bantai dia dari belakang..
Nama aku Harun.. Tak tau aku nak letak profile nama kt bawah ni

Aku said...

Salam sauadara harun,

aku tengok ramai jugak orang yang tak menyokong PAS kat dalam tu yang tegur pasal benda ni..malah mereka diserang.lepas tu nak kena bertekak pulak.

siapa yang memburukkan dia? ada aku cakap bukan bukan pasal dia? malah aku turut mengatakan bahawa aku berasa sedih sebab dia boleh cakap macam tu..aku tak panggil dia pun dengan nama bukan bukan.. salahkah aku guna ayat Quran untuk buktikan apa yang sauadar di atas salah?

salahkah aku mengatakan bahawa statement dia ni boleh memecahbelahkan ummat islam? bukan dia seorang saja.malah ramai lagi penyokong PAS yang selalu guna statement ni.

Aku said...

Lagi satu, selalunya kadang-kadang bila aku kata kat sesetengah penyokong PAS, mengapa sampai PAS disamakan dengan ganjaran Syurga? Mereka menafikannya dan membuat aku seolah olah berbohong. sebab itu aku letak bukti kat situ dan tiada niat langsung nak burukkan dia.

boleh kau terangkan apa maksud kau

"banyak makna statement itu"?

Puak puak Khawarij juga menggunakan "la hukm illa li-llah"

banyak makna juga dari sttatement tu kan? tapi mereka telah salahgunakan statement tu dan telah dijawab balik oleh sayyidina Ali apabila mendengar mereka melaungkan kalimat itu..

Hamba Miskin said...

Salam ziarah..

Terkadang saya terfikir kenapa PAS tidak di haramkan saja oleh pemerintah seperti al-arqam dulu? Nak tahu kenapa?

Kerana apa yang saudara nyatakan di blog saudara berkenaan perangai penyokong. Sifaat taasub ini sebenarnya bukan saja di miliki penyokong pas bahkan di dalam umno juga terdapat perangai taasub.

Beza taasub agama dengan taasub bangsa amatlah besar bezanya. Penyokong PAS kerana majoriti mahukan Perundangan ALLAH di laksanakan tanpa kompromi. Penyokong UMNO pula tak lain dan tak bukan hanya taasub pada assobiyyah yakni hanya mahu melayu saja.

Apapun..

Mereka ini 2 puak yang bersaudara dan syahadahnya juga sama. Yang berbeza PAS mahu Islam kaffah iaitu islam yang menyeluruh terhadap serba serbi termasuk pemerintahan,muamalat dan sebagainya.

Kalau islam cara kaffah ini dapat di lakukan,insya Allah,melayu pas dan melayu umno takkan berbalah.

Ini komen peribadi.

Aku said...

wa salam saudara,

apa yang saya amati...kalau ada istilah Melayu di Malaysia ini..ianya akan membabitkan Islam.Cuba saudara lihat sejak dari dulu sampai sekarang UMNO perintah..apakah mereka ini pemegang shahadah yang lain daripada shahadah saudara pegang? Jangan hanya kerana mereka ini jahil dalam agama kita hendak mengkafirkan mereka.Sedangkan Malaysia baru sahaja pulih dari penjajahan dan memerlukan banyak masa untuk kembali pada zaman kegemilangan islam-nya.50 bukan masa yang lama tapi masih awal. Kalau dulu lagi teruk..masa awal2 pemerintahan kemerdekaan. Namun kini, penjagaan terhadap norma2 islam berkembang pesat.Bukan senang untuk kita menarik spiritual manusia kepada rububiyyah yang sebenar saudara.

Saudara kalau hendak melakukan da3wah saudara tidak boleh memaksa tapi mesti mempunyai kebijaksanaan akal dan keperibadian yang persis seperti RasulAllah(saw).ya memang bukan kemampuan kita untuk mencapai apa yang di capai rasulAllah(saw) tapi sebaik2 contoh adalah MUhammad(saw).sayang sekali PAS tidak memilik satu pun bentuk apa yang di katakan ISLAM SEBENAR. Apabila pak lah menjadikan konsep islam hadhari sebagai pegangan Malaysia..PAs dengan tidak cerdiknya memfitnah dan mengherdik apa yang di lakukan PAk LAh.Mereka tidak mengabil jalan yang ada untuk menjalankan Islam yang sebaik-baik nya secara perlahan.namun kini apabila PAk LAh sudah nak turun...mereka menyatakan pula mereka sokong beliau. Permainan apa yang pemimpin-pemimpin PAs sedang main? penipuan apa lagi yang sedang mereka lakukan dengan menggunakan nama ISLAM??

Dulu, saya memang sokong PAS..tetapi akhirnya apabila saya lihat perjalanan PAS hanya melalui perkataan sahaja dan bukan perbuatan saya tinggalkan mereka.Fitnah yang mereka lakukan amatlah buruk berbanding UMNO. Walau bagaimana pun keadaan kita..jangan kita jatuh kepada DOSA sebab kejahatan tidak boleh di hilangkan dengan kejahatan tetapi kebaikkan.

Daripada PAS ..dan saya memilih UMNO..

di dalam UMNO siapa yang tidak baik boleh di hentam dan di desak supaya tidak merapu.Tetapi di dalam PAS..u cannot say anything to TUAN GURU walaupun apa yang dia lakukan bertentangan dengan Islam sendiri.

Contonhnya di mana keikhlasan Tuan guru di dalam mengadili sumpah saiful? Sedangkan sebelum ini dia yang mencadangkan sumpah di lakukan.Memang wujud cara sumpah yang saiful lakukan dan iaya sah menurut kitab2 sunni yang boleh di rujuk.Akan tetapi,tuan guru putar belitkan segalanya. Saya makin kecewa dengan sikapnya yang tidak telus dan bijak terutamanya dalam mengatur perkataan terhadap RasulAllah(saw) di mana Tuan guru telah menyatakan bahwa RasulAllah(saw) bermain kroni.

Kalau bercakap tentang al-arqam..saya rasa akhlak mereka lebih baik dari orang2 PAS.Melalui pengalaman mengenal mereka walaupun bukan secara menjadi ahli mereka, apa yang mereka ajar pada anak2 telah membawa anak2 pengenalan kepada akhlak RasulAllah(saw). Mereka tidak bias dan tidak mengajar orang2 mereka mengutuk dan mengkeji sesama muslim walaupun muslim itu sejahat-jahatnya.
beza pula dengan anak2 PASTI di mana akhak mereka sangat berlainan dengan akhlak anak2 orang yang belajar di skolah arqam.Penekanan akhlak kurang memuaskan.Saya berani katakan begini sebab rumah pak cik saya di berikan kepada org PAS untuk di jadikan skolah PASTI.

Kejatuhan al-arqam adalah dari keangkuhan pemimpin mereka sendiri. Allah akan jatuhkan setiap yang sombong dan melukakan mereka.Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.TUn tidak tangkap kalau dia pandai berda3wah secara ilmiah.Kenapa sebelum ini TUN tidak tangkap beliau walaupun TUn melihat bahwa mereka telah berkembang hingga ke luar negara?

Apa yang kita lihat dan dengar tak semestinya betul.Cuba2 dekati musuh dan lihat siapa sebenarnya mereka.kadang2 kita tersilap ..musuh boleh menjadi kawan dan kawan boleh menjadi musuh.

dan saya hairan kenapa sampai hari ini doa2 yang di buat oleh orang PAS tidak di terima Allah sehinga TUN Mahathir berundur dari pemerintahan dan hingga ke hari ini dengan izin Allah beliu sihat wal-afiat?Sumpah menyumpah mereka bukan main hebat hingga ke Makkah.

dan Nik Aziz masih di takok lamanya dan makin dibelit apa yang cuba di belitnya sendiri.

jangan gopoh dan terus berusaha untuk islam...cari peluang yang terbaik...ingat kita tidak boleh paksa..tetapi bertindak secara hikmah.

terima kasih kerana sudi melawat :)

semoga Allah memberkahi saudara.

Hamba Miskin said...

Wsalam..saya kembali..

Salah tu saudara. Melayu sekarang tidak boleh lagi di kaitkan dengan islam kerana kelompok melayu yang dahulunya islam telah terpecah gara-gara murtad.Kalau tak percaya,pergilah ke kajang. Ada gereja untuk orang melayu. Sama ada murtad dengan perlakuan yakni mengumumkan keluar dari agama islam atau murtad melalui lisan seperti menghina Al-quran,hadis dan rosul s.a.w. .Banyak bilangannya melayu sebegini tuan..

kita boleh kata sesuatu perkara itu cukup sifat apabila apabila sesuatu benda itu mencukupi segala sifat yang di perlukan. Itulah maksud maksum,dari segi bahasa. Dari segi pengertian bermakna di pelihara dari dosa.

Apapun sifat maksum ini hanya milik Rasulullah s.a.w. Ulama tidak maksum,tapi kita boleh dapat syafaat kecil darinya. Wali Allah kita tidak tahu,kerana wali allah tidak menampakkan dirinya dan sememangnya wali allah dan ulama wujud di bumi allah ini.

Tetapi apabila kita duduk di dalam islam yang di dalamnya terdapat berbagai bangsa yang majmuk,maka lebih eloklah kita duduk di dalam satu jemaah yang prinsip dan dasarnya hanya untuk islam dan tidak kepada kebangsaan.

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuailah! Tiada kelebihan orang arab ke atas a’jam (yang bukan arab), atau a’jam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Rosul s.a.w tidak berparti tetapi Rosul siapkan jalan supaya kita membina satu parti @ jamaah untuk mememerintah. Cuba tuan fikir,kenapa kita perlu kepada jemaah islam. Ingatlah akan sejarah Nabi Musa a.s ketika dia menentang firaun. Musa a.s adalah satu jemaah walaupun dia berseorangan menentang firaun yang thoghut itu.

Saya bermula dengan pas semasa dalam pengajian agama. Saya rasa memang perlu sebuah jemaah untuk berjuang untuk Allah dan Islam. Saudara beruntung..dari PAS terus ke umno. Kita tak boleh menghalang sesiapa pun untuk meninggalkan jemaah. Saya berminat kepada PAS atas dasarnya. Serta perjuangan mereka yang bersungguh untuk menegakkan Hukum Allah di bumi malaysia ini. Tapi kasihan,PAS masih tidak cukup majoriti untuk memerintah malaysia kerana masih ramai lagi pengundi yang tidak tahu akan dasar PAS sebenarnnya. Di tambah lagi kenyataan berat sebelah dari sayap-sayap umno iaitu media-media,dan akhbar harian.

Saudara ku di dalam islam..

Saya tak hairan jika tuan sendiri berasa hairan kenapa doa-doa orang PAS tidak di terima Allah kerana saudara kurang faham tentang pengertian doa. Kenapa tuan tidak berasa hairan dengan doa doa orang-orang teraniaya bahkan lebih teraniaya daripada pas seperti doanya pemimpin hamas iaitu syeh ahmad yasin yang kita semua ketahui dia memang seorang yang sangat alim?
Dia di bom dengan kejam oleh yahudi. Tuan fikirkan tidak hal ini kenapa doanya supaya tanah suci palestin bebas dari yahudi tidak makbul? Siapakah Nabi yang menangis sehingga buta mata lantaran berdoa agar di kembalikan anaknya yang hilang? Ini semua gara gara doa tidak di makbulkan atau Allah menguji kesabaran kita dengan kekalahan atau cubaan supaya di beri kemenangan yang lebih besar nanti?

Tuan..

Nik Aziz seorang yang berilmu. Sementelahan pula dia orang kelantan jadi ada masalah pemahaman dialek dan bahasa negeri untuk orang di negeri lain memahaminya. Pernah Nik aziz menyebut perihal Allah mencarut. Dan saya dah terangkan di dalam blog siasah dan akhirnya Alhamdulillah,semua sudah faham berkenaan isu Allah mencarut. Juga Isu Allah samseng. Sudah saya terangkan. Saya letih tuan nak menaip banyak kali. Tapi kalau tuan berminat,saya akan terangkan juga. Awas,permasalahan kurang fahamnya kita pada loghat bahasa sesuatu negeri boleh menyebabkan kita ragu ragu dengan sesuatu isu. huruf "ha" dan "kho" jika di jadikan suatu ayat,berbeza maknanya. Begitu juga antara bahasa arab dan bahasa melayu...

saya dahulunya keliru juga dengan nik aziz. Tapi saya tidak melatah untuk keluar pas dan join umno. Saya bertanya kepada tok tok guru dan para ustaz yang tidak berpolitik kepartian. Alhamdulillah saya sudah faham dan saya sebarkan kepada umum di siasah.

Soal kroni..

Tuan faham maksud kroni? Kroni bermaksud ahli keluarga,saudara rapat,sahabat karib atau rakan yang paling rapat.

Apa tidak benarkah Rosul s.a.w menggantikan tempatnya berdakwah kepada 3 sahabat serta menantunya saidina Ali setelah kewafatan baginda ? Takkan nak bagi pentas daawah islamiyyah pada abu lahab,abu jahal atau yang sewaktu jahat dengan nya?

Taasub Pada Allah
Solawat Atas Rosul

Aku said...
This comment has been removed by the author.
Aku said...
This comment has been removed by the author.
Aku said...

wsalam saudara,


pertama sekali saya ingin menyentuh bab kroni. saya tak setuju apa yang saudara katakan sebab apa yang Rasulullah lakukan sebelum kewafatan baginda dan apa yang berlaku selepas kewafatan. seperti sedia maklum para sahabat naik menjadi pemimpin bukan dengan pilihan baginda tetapi dengan menggunakan suara rakyat.adakah rtasulullah telah menulis wasiat dengan menyatakan selepas aku , abu bakr , kemudian umar, kemudian uthman dan kemudian ali radiallahu 3anhum..? tidak bukan? malah mereka dipilih mengikut cara yang berbeza.. bagaimana Nik aziz berkata bahawa nabi berkroni?
sedangkan isu yang dibangkit ialah penyerahan jawatan berkaitan dengan menantunya. bagaimana dia samakan dengan situasinya dengan Rasulullah dan para sahabat yang amat berbeza sekali?
tidakkah saudara tahu bahawa pembunuhan sayyidina uthman berpunca daripada dia dituduh rakyat sebagai berkroni? mereka menuduh bahawa sayyidina uthman membiarkan semua jawatan dikawal oleh ahli keluarga dan menantunya?
kenapa di waktu itu rakyat tidak membawa isu kroni ini dan kaitkannya dengan apa yang rasulullah buat? kalau benar sayyidna uthman yang membenarkan ahli keluarga menjawat jawatan kerajaan;

kenapa tidak sayyidna uthman katakan, nabi pun berkroni mengapa tidak aku?

sebab itu saya mengatakan nik aziz salah apabila menuduh nabi pun berkroni sedangkan seorang sahabat nabi yang digelar Zu al-Hijratayn sendiri tidak pernah mengeluarkan nas sedemikian apabila dituduh sebagai berkroni semasa pemerintahan..

...............................................


bab doa doa tersebut , tidak nampak saudara perkembangan yang berlaku di palestine sekarang..apabila sheikh ahmad yassin hamas mendapat kekuatan dan sokongan padu dari rakyat..malah mereka bertambah kuat dengan izin Allah hingga hari ini Israel tidak dapat mematahkan perjuangan dan melupurkan mereka walaupun mempunyai senjata yang canggih .dan apa pula yang terjadi kepada fatah? bukankah doa doa orang hamas ditolong Allah walaupun kapasitas sentaja mereka amat kecil dibandingkan dengan senjata israel yang begitu canggih.
dan kalau kita perhatikan apa yang berlaku di palestine hari ini juga berlaku di atas dasar , orang islam yang tidak bersatu dan saling bergaduh sesama sendiri.lihat sendiri antara fatah dan hamas. fatah berpegang kepada duniawi sedangkan hamas mengajak mereka berjuang habis habisan dengan ikhlas dan bersatu.

lihat saudara, hamas ajar fatah bersatu walaupun tahu fatah menjadi dalang kemusnahan palestine kerana mereka tahu betapa pentingnya kesatuan dalam mempertahankan sesuatu hak yang diberikan oleh Allah.

contoh nabi yaakub yang diberikan oleh saudara tidak kena dengan perjuangan pas..ini kerana dahulu ketika saya duduk dalam pas, saya nampak perjuangan yang konsisten di bawah ustaz fadhil nor contohnya.tak salah saya ustaz fadhil nor juga turut dihormati oleh tun mahathir kerana beliau mempunyai karisma yang berbeda . bagi saya ustaz fadhil nor juga ialah seorang yang bijak dan berhikmah dalam mengatur langkah berbanding pemimpin sekarang.
kerana sikap Pas yang gopoh, tidak bijak dan menyombong diri, sekarang ini Allah telah buatkan hati mereka berpaling kepada apa yang mereka kutuk sebelum ini terhadap UMNO.

saudaraku yang budiman,

ini yang membuatkan saya sedih sekali apabila pas sebuah parti yang mengaku memperjuangkan islam dibongkarkan oleh Allah subahanahu wa taala tentang ketidak ikhlasan pemimpin mereka.

saudara, ketahuilah bahawa untuk berdakwah bkan dengan terus menerus kita boleh bercakap dan menghambur kesalahan orang lain dengan kata kata yang boleh memalukan orang lain
kenapa rasulullah pada mulanya berdakwah secara halus? di sini hikmahnya ialah kita harus melihat kepada sesuatu situasi untuk bertindak. jangan kita ikut ego dan kesombongan kita untuk menghina orang orang yang 'berdosa' di mata kita.

bab melayu itu saudaraku,

saya tahu tentang apa yang berlaku termasuk isu murtad. disebabkan itu kita mesti semarakkan balik semnagt melayu islam supaya murtad akan dapat dihentikan. kenapa murtad boleh berlaku? salah satunya sebab kita asyik berpolitik dan lupa untuk mejaga dan mendidik rohani dan akidah anak anak kita. jikalau kita bersatu, inshallah pasti semua ini akan dapat di atasi.kes kes murtad pun kita kena lihat juga saudara. ada banyak kes yang saya dengar mereka ditipu dengan tipu muslihat orang kafir dan turut disihir.ini saya saksikan sendiri dengan mata saya.

saudara, cuba kita renungkan semasa zaman penjahan yang berlaku beratus ratus tahun oleh portugal, british di maan salah satu tujuan mereka menjajah ialah untuk menyebarkan agama kristian.tapi alhamdulillah sampai sekarang orang orang melayu masih islam walaupun ada di kalangan mereka di mana kurang mendalami agama. ini bermaksud nur islam masih hidup di bumi malaysia dan disebabkan itu PAs seharusnya tinggalkan parti PR untuk memperjuangkan akidah dan nasib orang orang islam supaya terpelihara lagi.kalaulah tidak mahu bergabung dengan umno pun, sekurang-kurangnya PAS berdirilah di kaki sendiri untuk perjuangkan Islam. tinggalkan lah parti yang sama juga fe3el nya. Islam tersekat dan tidak boleh bersuara sepenuhnya apabila PAS bergabung dengan DAP.

sebanrnya sauadar orang melayu ni dah lama meninggalkan sifat asobiyah mereka. buktinya lahir keturunan arab, keturunan cina, keturunan india keturunan jawa etc dalam masyarakat melayu. kalau saudara amati betul betul, orang melayulah yang tidak mempunyai sifat asobiyah yang menebal.mereka tidak menjaga bangsa mereka berbanding dengan kaum cina, kaum india, orang arab sendir. malah dengki mendengki antara satu sama lain. mereka sanggup memberi tempat untuk bangsa asing tapi bukan bangsa sendiri. jadi mana asobiyahnya saudara?

Lihatlah pemimpin pemimpin sebelum ini juga bukan berdarah melayu. tetapi hakikatnya melayu ini ialah hanya pada bahasa dan cara hidup tapi di dalam masyarakat melayu wujud pelbagai bangsa sendiri.

saudara,

kalau kita melayu islam bersatu, percayalah orang cina dan india takkan ketinggalan kerana kita akan turut membantu mereka sepertimana kita telah membantu mereka hinggakan anak bangsa kita mundur . lagipun agama mereka menegah kita berlaku zalim terhadap mereka. tapi tanyalah pada diri kita,,, adakah orang orang bukan islam akan perjuangkan nasib anak anak islam? sejarah selalu membuktikan orang oranh islam ditindas di negara bukan islam..sebab itu kita perlu bersatu untuk orang islam dahulu dan kemudian percayalah , orang kafir juga akan turut gembira hidup bawah kesatuan umat islam ,Inshallah..

allahumma solli 3ala muhammad wa 2alihi wa ashabihi ajmain

Aku said...

dan..bab Allah mencarut..dan Allah samseng

sejauh mana pandangan seseorang itu terhadap Allah..tidak akan sekali-kali org yang mengenal Allah akan mengeluarkan pendekatan perkataan seperti itu kepada Allah SWT dan menyamakan perbuatan kita yang hina dengan menyifatkannya dengan Allah SWT.

Nabi juga di hentam teruk oleh orang quraish....tetapi tidak sekali-kali baginda membalas sesuatu yang buruk dengan yang buruk.Atau attribute-kan Allah dengan sesuatu yang membuatkan Allah itu berperkataan buruk.

Seorang ulama sebenar akan menjaga percakapan dan perkataan dalam mengeluarkan ayat2 yang mewakili Allah SWt dalam menyampaikan suruhan-Nya.

bahkan menegah anak didiknya dari berakhlak buruk.Itulah yang Nik aziz perlu lakukan dari mengeluarkan fatwa Allah juga mencarut.

Orang islam di Malaysia ini kadang2 pelik..syariat di tinggalkan kemudian terus ke hakikat..sehinggakan mereka menjadi fitnah bagi Islam. Setahu saya..sebagai contoh wali songo..pendekatan mereka bukan secara terus-terus mengajar sesuatu yang akan menimbulkan kekecohan pada Ummah..walaupun mereka itu telah menjadi wali Allah.Mereka memperbetulkan syariat dengan jalan yang berhikmah dan dengan itu, syariat yang membawa kepada hakikat yang benar dan bukan hakikat yang palsu.

saudara fikir-fikirkanlah..seseorang Ulama yang benar..dan suci hati dan peribadinya..takkan sekali-kali mengajak ummat yang di bawahnya berpecah dan memandang serong pada sesuatu yang mereka tidak ketahui hujung pangkalnya.

hasilnya mereka terjebak dalam kancah fitnah dan terburu-buru melakukan kerosakkan.

Hamba Miskin said...

Alhamdulillah...saudara sendiri yang memberikan jawapan atas setiap soalan saya.. Brbeza dengan apa yang pihak umno ulas.

Saudara..

Nampaknya masih tidak faham tentang isu mencarut ini. Semuanya gara-gara permasalahan pemahaman bahasa antara negeri. Saudara copy dan paste link ini-->https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2711553456008108544&postID=4371248220920136208

Nabi tinggalkan kita 2 perkara bukan sekadar untuk di renung tapi di laksana. Saya meminta bukti perlaksanaan syariat yang di buat oleh kerajaan selama mereka memerintah jika mereka betul sayang islam...

Tuan sudah menjawap persoalan kroni dengan betul dan sememangnya rakyat menentukan siapa yang mereka mahu untuk jadi pemimpin. Nah,siapa yang tidak mahu memilih pemimpin di kalangan PAS semasa pilihanraya mac 2008 lalu semasa BN tumbang di perak? Tidak cukup kerusi kah yang di pertandingkan pas di perak sekiranya menang dan sudah semestinya pas berjaya memerintah? Apabila DAP menang besar di perak, kenapa pula nak salahkan pas? Lojikkah? Pas mengambil pendekatan untuk bersama dalam pakatan rakyat agar boleh membentuk majoriti dan seterusnya memerintah. Bukankah Nabi dah berpesan agar kita tidak di sengat 2 kali dalam lubang yang sama? Siapa cerai siapa? UMNO tendang pas dahulu atau pas tendang umno?

Kenapa sekarang mahu mempersalahkan pas? Salah pas kah atau salah umno yang menguasai media sehingga meracuni fikiran umat melayu?

Menuduh PAS mencandukan agama islam untuk meraih sokongan politik? Apa tidak benarkah kalau kita bertaawun yakni bertolongan dalam membuat perkara kebajikan itu mendapat pahala?

Kita masuk politik untuk menjaga agama atau menjahanmkan agama?

Adakah kerajaan selama ini menerangkan dengan sepenuh hati kepada bukan islam seperti mca,mic dan gerakan tentang syumulnya islam ini?

Jangan salahkan DAp kerana perhubungan pas dan dap masih muda. Masih jauh perjalanan daawah kalau nak di bandingkan antara umno yang 5o tahun lebih bersama-sama mereka tapi sepatah habuk pun mereka tidak faham tentang islam melainkan mereka (mca,mic dan gerakan) baru baru ini memahami ajaran islam hadhari.

Saya mahu bertanya kepada saudara,atas alasan apa Raja Habsyah yang beragama kristian dahulu sanggup melindungi para sahabat nabi s.a.w dari di kejar dan di bunuh oleh musyrikin quraish? Adakah Raja Habsyah mahu memperkudakan sahabat Nabi dan mengkristiankan sahabat? Bahkan Raja itu terpegun mendengar surah Maryam dan memeluk islam.

Saudara ada mendengar tentang adun DAp yang boleh membaca al-quran tanpa tartil dan menyimpan naskah terjemah dalam bahasa inggeris di perpustakaan miliknya? Saudara tahu apa katanya? saudara carilah sendiri..

Semua yang PAS buat adalah kerana daawah. Dan daawah sedang bermula ke atas mereka....

Kita sebagai muslim harus bersangka baik sesama kita. saya menyeru saudara agar bersama-sama membantu daawah ini.

Saudara dulu ada pegang jawatan dalam PAS kah? Sekadar bertanya..

Taasub Pada Allah
Solawat Atas Rosul

Hamba Miskin said...

Salam..dah jawab ke komen saya?

Sekadar bertanya..

Aku said...

salam saudara,

terima kasih kerana berminat untuk berdiskusi bersama saya di bawah atap buruk saya ini(maksud saya blog ini :P).

bab mencarut itu saya faham tetapi Nik aziz harus berhati hati..title ulama nya bukan untuk kelantan sahaja tetapi untuk negeri lain juga.disebabkan itu Nik aziz perlu berhati hati dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan yang boleh menimbulkan fitnah terhdap diri dia dan juga islam.malah isu yang ditanya ialah mengenai carutan yang memang kotor. mana boleh Nik aziz mengulas yg sedemikian dengan mengattributekan perkataan buruk itu dengan kata kata Allah di dalam quran.

bab kroni,
cuba saudara hayati kerana suara rakyat apa yang terjadi masa zaman khalifah sayyidina uthman? bukankah ia menjadi detik perpecahan umat islam? saudara tahukah demokrasi yang saudara katakan itu bukan demokrasi islam.apabila sayyidna umar menjalan majlis syura untuk melantik khalifah seterusnya, mengapa tidak dia menggunakan kuasa rakyat sahaja? dan apabila rakyat memberontak atas nama kroni dan nepotisme, sayyidna uthman terbunuh dan fitnah antara umat islam semakin menjadi jadi. kafir dan munafiqin mengambil kesempatan untuk mengapi apikan lagi keadaan.dan apabila rakyat memaksa sayyidina ali untuk manjawat jawatan khalifah seterusnya( di mana sayyidna ali enggan menerima jawatan tersebut) apa yang rakyat buat terhadap khalifah baru mereka? mereka lebih percayakan fitnah dan terus berpecah belah sehinggaterjadi beberapa puak dan peperangan antara saudara islam sendiri dan sahabat-sahabat rasulullah juga turut diseret dalam pertelingkahan ini dan banyak yang terbunuh dan syahid.kalaulah umat islam ketika itu kembali bersatu dan tiak terus ikutkan hati , pasti tidak akan berlaku peperangan 2 tersebut.

saudara terus terang saya katakan , saya ingin melihat umno dan pas bersatu. saya ingin melihat orang islam bersatu dan memegang tampuk pemerintahan yang tertinggi. kemudian kita akan dapat membentuk satu badan di mana hanya orang islam yang akan memerintah.Ini kerana
fikirkanlah bahawa demokrasi yang berada di negara kita ini ialah rekaan kafir yang ingin menjahanamkan satu persatu negara yang bermajoriti orang islam. berapa banyak hasil demokrasi ini yang kita boleh melihat telah melahirkan berapa banyak islam liberal dan turut mempengaruhi minda anak anak islam supaya mencintai kehidupan duniawi lebih dari ukhrawi.

kenapa saya lebih beratkan dalam menyalahi pas? ini kerana pas ialah sebuag parti yang mengendong nama islam di dalam perjuangannya dan tugas utama sebuah organisasi islam ialah membantu proses kesatuan ummah tetapi malangnya saya melihat pas hanya tumpu pada politik semata mata dan bukan pembangunan ummah.

bukan tak boleh tegur jika Umno buat kesalahan, tetapi janganlah memfitnah dan mencaci berlebih-lebihan.Pas boleh tidak bersetuju di dalam perkara yang memudaratkan rakyat tetapi jikalau ada perkara yang dibangkitkan UMNO untuk membangunkan ummah , Pas harus memberi kerjasama daripada terus mengkritik .
jika tidak kena pada tempatnya. kenapa orang cina, kenapa orang india dan bangsa lain boleh bersatu apabila membabitkan 'community' mereka tetapi orang islam sendiri bertelagah menuding jari terhadap masing masing?

tak usah bimbang saudara,saya hanya orang biasa dan saya tidak pernah memegang mana mana jawatan di dalam pas tetapi bapa saya pernah menjadi antara orang yang bertungkus lumus dalam memperkembangkan pas yang tidak menjadi 'favourite' ketika itu di kawasan saya hingga ada ketika bapa saya pernah hampir menumbuk orang kerana mempertahankan PAS.tapi sempat beristighfar .. hehe alhamdulillah..bapa
saya juga sering membantu bagi mengelolakan ceramah ceramah pas di tempat saya di mana para hadirin boleh kira jari saja pada waktu itu.tapi dia tidak berputus asa.malah seperti yang saya katakan sebelum ini, bapa saya juga yang memberi cadangan kepada abangnya untuk memberi rumahnya sebagai dijadikan tadika PASTI kerana waktu itu , faham faham sajalah kewangan pas..


malah bapa saya juga tidak pernah memegang mana mana jawatan ketika itu. dan kini bapa saya juga telah berubah arah.bukan menjadi umno tetapi bebas dan tidak mahu lagi terikat dengan mana mana parti politik.

Aku said...

"Saudara ada mendengar tentang adun DAp yang boleh membaca al-quran tanpa tartil dan menyimpan naskah terjemah dalam bahasa inggeris di perpustakaan miliknya? Saudara tahu apa katanya? saudara carilah sendiri.."

dan saya juga pernah menyaksikan orang bukan islam memetik nas quran dan hebat tetapi hendak gunakanya bagi menjatuhkan maruah islam.

saudara pernah terdengar nama sang bronok? dia telah menhafal quran dan mendalami islam dengan begitu jitu. malah handal dalam berbicara bab agama islam dan mengupas ayat ayat quran. tetapi saudara tahu apa dia buat? dia gunakan itu semua untuk manipulasikan orang islam supaya secara perlahan menukar akidah mereka dan lama kelamaan dikristiankan.inilah seorang belanda yang menyamar menjadi seorang islam yang alim lagi berilmu tetapi wajah sebenarnya buruk kerana untuk menghapuskan akidah la elah ela allah wa muhammad rasulullah di bumi indonesia.

sebab itu saya tidak percaya jika ahli dap memainkan kata kata Allah di bibir mereka. jika mereka benar ikhlas dengan yata yang mereka petik itu, itu bermakna mereka akur dan terima bahawa kalam Allah benar dan mereka harus memeluk islam ataupun sekurang-kurangnya perjuangkan sistem politik islam yang sebenar untuk negara ini . contoh seorang rabbi yahudi yang ikhlas dengan islam ialah apabila dia menyeru rakyat yahudi dan beritahu kata putus bahawa, rakyat yahudi boleh hidup di bawah syariat islam yang sebenar.
usah mudah terpedaya dengan dakyah orang bukan islam dengan hanya menunjukkan bahawa mereka pandai memetik kalam Allah. sejarah sudah banyak membuktikan bagaimana mereka berpura pura menerima islam kemudian menggunakanya sebagai senjata untuk memusnahkan akidah sebenar islam yang di bawa oleh rasulullah SAW.

sebab itu saya tak mudah percaya kepada orang kafir yang bermain dengan kata kata Allah untuk enarik perhatian orang islam tetapi pada masa yang sama mereka menolak hukum islam yang sebenar malah mengajak ke arah islam liberal yang membenarkan kebesan bersuara dan kebebasan hak masing masing untuk berzina atau membuat dosa sebagai hak masing masing dan tak perlu diadili ..."janji hati baik," kata mereka.

bagi saya, apa apa pun, DAP harus akur dengan PAS dan menunjukkan riaksi bahawa PAS yang ketua dan bukan mereka. ini baru lah kita boleh kata, mereka ikhlas dalam memetik ayat quran yang suci.

Hamba Miskin said...

Terima kasih tuan...


Tuan nampaknya sudah memahami isu Allah mencarut walaupun masih ada swing kepada saya.

Saya nampak DAP perak akur dengan PAS sebagai ketua mereka. Dekatilah Nizar,baru saudara tahu. Kalau tidak,masakan pas boleh menjadi MB di perak sehingga sekarang. Cuba lapangkan minda dan tengok apa yang PR buat untuk masalahat rakyat perak. Ada masa pi la tanya. Saya dah tanya dan dah faham...

DAP bersama pas baru saja dalam pakatan. Tuan tak boleh kondem sesorang berdasarkan tempoh pendek yang mereka tunjukkan. Beri masa lama lagi. Baru nampak keberkesanan pemerintahan mereka.

Kalaulah kita nak hentam mereka tentang hal tanah walhal tanah ini tak boleh bawak mati,bukan sedikit tanah mereka luluskan untuk orang melayu. Cuba check Pejabat Tanah dan Galian Perak. Berapa nisbah kelulusan untuk melayu,cina dan india.

Rosul s.a.w pernah bagi tanah pada yahudi. Tapi bila yahudi khianat pada Rosul,mereka di halau dari makkah dan madinah.

Aku said...

salam ukhwah saudara

pengkhianatan yahudi terhadap RasulAllah dan juga pengkhianatan orang kafir terhadap orang islam hingga menyebabkan banyak kerajaan islam jatuh sepatutnya membuatkan pas terus berdiri seperti hamas untuk tidak mempercayai 100% perjanjian dengan orang kafir yang pernah menghina dan menentang pengishtiharaan negara malaysia sebagai negara Islam.

janganlah kerana mereka mengangkat nizar menjadi MB , dijadikan isu untuk melihat dap tunduk kepada pas.walhal jika bukan kerana keputusan sultan, sudah lama perak berada di bawah jajahan dap dengan ber-Mb-kan DAP. dan apa yang saya lihat dan teliti serta pelajari, PAS yang sebenarnya tunduk kepada DAP.

PARPUKARI said...

SALAM SAUDARA AKU,

NAK KOMEN SIKIT PASAL ISU TANAH DI PERAK, IHYA, KAMI DAH CHECK DAH DENGAN PEJABAT TANAH DI PERAK, NAMU APA YANG KAMI JUMPA ADALAH PENYERAHANHAK 999 KEPADA KG BARU CINA SAHAJA, YANG MELAYUNYA MANA?

ITULAH TUAN, KALAU DUDUK KAT SATU TEMPAT PASTU MENYOKONG TANPA ILMU, INILAH JADINYA, DIPERKUDAKAN OLEH KOMUNIS MODEN...

TUHAN MENCARUT....ASTAGFIRULLAH, BERFIKIR LA DAHULU SEBELUM BERCAKAP WAHAI ORANG2 PAS, IANYA AMAT MEMUDARATKAN....

Aku said...

wsalam saudara parpu kari,

itulah, orang cina dan india sibuk bersatu tetapi kita melayu islam sibuk berpecah dan berlawan antara satu sama lain.bersatulah atas nama persamaan dan sama sama kita perbaiki perbezaan atas nama kesatuan ummah muhammad SAW.

terima kasih saudara parpu kari kerana melwat blog saya.