Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Friday, April 24, 2009

PAS boleh bersatu dengan BN Jika...- NIk Aziz






Bismillah,


Assalamualaikum,


Selama ini perjuangan saya ialah untuk melihat umat Islam di malaysia bersatu. Ini kerana saya percaya jika semua umat Islam bersatu nescaya pasti Islam akan bertambah kuat dan dapat dipertahankan dari anasir2 yg ingin merobek kesucian Islam melalui agenda agenda busuk mereka untuk melihat Islam semakin layu di sini. Hari ini apabila saya membuka blog ustaz nik abduh yang juga merupakan anak kepada Nik Aziz, hati saya terdetik gembira . Lihatantara petikan dari tulisan beliau:

Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”


http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/24/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas/


dalam artikel beliau turut mengulas beberapa golongan di dalam PAS yg cuba mengkucar kacirkan hubungan ayahnya dengan Presiden PAS dan keharmonian perjuangan PAS.


""Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!""





Saya amat-amat berharap bahawa kerajaan yang sedia ada dapat mempertimbangkan permintaan PAS jika ini syarat yang mereka mahu demi memperjuangkan Islam dan kesatuan ummah bersama sama UMNO di dalam BN.


Buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih demi memperkasakan Islam dan hak umat Islam di bumi Malaysia dan dalam masa yang sama kita berlaku adil kepada bukan Islam .

Ayuh UMNO dan PAS. Marilah kita bersatu atas dasar semangat kesetiaan dan ketaqwaan kita terhadap agama Islam , satu-satunya agama yg benar di sisi Allah


Ameeeeeen ya rabbal 3alameeeeeen..

Wednesday, April 22, 2009

Dosa apa yang kita lakukan sehingga kita memandang remeh akan hijab?


Biismillah

Assalamualaikum ...



Habib Munzir( hafidzullah) pernah berkata .."Dosa apa yang kita lakukan sehingga hati kita berat untuk mengingati Allah?" dalam sebuah ucapan beliau.

Pada tulisan kali ini, saya ingin tanyakan kepada saudara muslimin..Dosa apakah yang telah kita lakukan sehingga hati kita ini senang memandang muslimat kita "berbogel" di jalanan?Dan hati kita menjadi senang dalam menidakkan tuntutan melaksanakan hukum berhijab bagi wanita?

Ya..banyaknya alasan yang telah di berikan oleh ahli2 "reformis" atau "Liberal" atau orang2 yang terpengaruh dengan idea2 duniawi liberalis yang merosakkan iman dan taqwa sebahagian ummah dari dulu hingga sekarang untuk menidakkan hak Allah SWT ke atas muslimat kita . Hak yang di maksudkan adalah "hijab" iaitu pakaian istimewa bagi wanita2 yang di jadikan pengulu wanita syurga.

Sering kedengaran, dari orang yang tidak mahu mengaku yang mereka melanggar perintah Allah walapun dengan pengetahuan yang jelas di dalam dada mereka tentang hak Allah SWT terhadap mereka bahawa pada mereka biarlah memakai hijab itu dengan keikhlasan. "Kalau hati tidak ikhlas pakai hijab pun tidak berguna".jangan sekali-kali paksa orang memakai hijab walaupun ianya wajib. Pandangan mereka ini seolah-olah Allah telah pun memaafkan di atas setiap dosa yang mereka lakukan sama ada dengan sengaja atau tidak , tanpa taubat dan kesedaran dari sanubari mereka bahawa amatlah hina seorang hamba Allah apabila menolak hak2 Allah di atas dasar mereka punya "keikhlasan" dalam tidak mahu melakukan kebaikkan . Di atas dasar ini jugalah pihak2 reformis atau liberal telah mengambil kesempatan untuk menegakkan keadilan sonsang mereka dan dengan berani-beraninya mereka meletakkan hijab di bawah hukuman tidak wajib di patuhi, pada hal telah terang lagi bersuluh ianya adalah hukum yang wajib atau mandatori di patuhi menurut Kitab suci Al-Quran.

Apa yang mereka cuba buktikan, dengan "keikhlasan" untuk tidak melakukan kebaikkan atau menghalang orang lain untuk mengajak dan meletakkan kebaikkan itu jika mereka tahu bahawa hijab itu adalah satu kebaikkan dan keadilan sosial yang hakiki? Ianya seperti mengiktiraf perbuatan rogol sebagai kebebasan kerena pelakunya tidak kuat untuk menanggung nafsu yang mencengkam walaupun ianya satu perbuatan yang melampau? Atas dasar apa, bapak2,ibu2 dan diri wanita2 itu sendiri tidak mahu bertudung? Bukankah kemahuan untuk tidak bertudung yang ada di dalam diri insan2 yang tidak mahu melihat lansung kepada tudung adalah pameran nafsu yang lahir dari nafsu juga? nafsu yang mahu dirinya di tonjolkan dan menarik lelaki2 ke arah tunjangan nafsu yang lebih buas!!

Ummat wanita Christian yang mahu membersihkan dan mendekatkan hati mereka kepada Tuhan perlu meletakkan "Saint Mary" atau Sayyidah Maryam(salamun3alaiha) sebagai turutan dalam perjalanan rububiyyah mereka walapun konsep perjalanan yang mereka gunakan itu agak berat sebelah atau tidak menepati jalan keadilah Allah SWT iaitu dengan tidak di bolehkan mereka berkahwin sedangkan perkahwinan itu adalah satu tuntutan kemuliaan kepada manusia dari Allah, namun dengan jelasnya tuntutan berhijab amatlah ketara sekali di dalam pegangan mereka di atas dasar kemuliaan yang di pegang oleh Sayyidah Maryam .

Sedangkan di dalam Islam di mana sayyidah Maryam juga menjadi milik Ummat Islam meletakkan keadilan di tempat yang seadil-adilnya dengan meletakkan tuntutan berhijab itu khusus untuk semua wanita muslim supaya diri mereka berada dalam kemuliaan dan kebaikkan. Namun ianya, cuba di hapuskan melalui idea2 hipokrit liberalis pembawa virus2 hipokrit, dan idea inilah yang telah di gunakan untuk merosakkan ajaran Christian yang asli sehingga mereka menjadi sesat walaupun pada ketika itu liberalisma tidak di tonjolkan seperti sekarang namun ciri2 penganut liberal adalah sama dengan libaralis2 terdahulu yang tidak ditonjolkan dan mereka seperti kembar siam yang tidak dapat di pisahkan.

Jadi di mana maruah kita sebagai orang Islam, ketika mana kita melihat penganut2 agama Christian yang ikhlas dalam mengamalkan ajaran mereka dengan hijabnya yang sempurna berbanding wanita2 muslimah kita yang di cintai, tanpa hijab yang sepatutnya menjadi kemuliaan dan kebanggaan kita semua?

Allah mendidik spiritual Ummat Islam ketika permulaan pembentangan Islam kepada Ummat terawal dengan menguji keikhlasan mereka dalam memegang kalimat LAILAHA ILLA ALLAH WA MUHAMMAD RASULLLAH dan makna2 yang terkandung di dalamnya melalui penyiksaan yang datang dari Kafir harby Quraish.
Ternyata hasil dari pendidikan tersebut, ramai yang gugur shahid seperti ayah dan Ibu 'Ammar bin Yaasir.

Sejak dari itu, kekuatan Islam bertambah-tambah kerana ikhlasnya mereka dalam memegang kalimat LAILAHA ILLA ALLAH WA MUHAMMAD RASULALLAH. Apa saja perintah Allah di turuti tanpa kompromi dan tanpa perkataan "tidak" terutama sekali dalam bab sosial antara masyarakat dan keadilan. Umum mengetahui masalah sosial dan keadilan yang berlaku pada zaman jahilliyah amatlah buruk dan di luar batas perikemanusiaan.

Dari satu perintah ke satu perintah Allah turunkan hinggalah datangnya perintah berhijab kepada kaum wanita, dan tanpa sebarang kenyataan yang menidakkan perintah tersebut atau alasan yang tegar mereka terus menuruti perintah tersebut di bawah kerajan Allah iaitu kerajaan Muhammad Ibn Abdullah.(selawat ke atasnya dan keluarga serta sahabatnya).Tidak ada alasan bagi hati mereka untuk tidak ikhlas menuruti perintah kebaikkan dari Allah kerana hati mereka sudah ikhlas sejak mula2 mereka menyebut kalimah LAILAHAILLA ALLAH WA MUHAMMAD RASULALLAH sehingga kematian merupakan kawan dan sahabat yang mereka rindukan.

Itulah keikhlasan sebenar yang perlu kita fahami jika kita benar2 ikhlas kepada Allah SWT & Rasul-Nya.(salawat). Keikhlasan dalam menegakkan hukum2 Allah dengan penuh berhikmah dan adab serta tawadhu' kepada Allah tanpa penghinaan kepada sesiapa pun menjadi contoh mulia yang di bawa oleh Ummat terdahulu sehingga berjaya mengislamkan ramai manusia tanpa menjadi genius dengan meletakkan milik siapa syurga dan milik siapa neraka.

Kita wajib ikhlas mengakui dan meyakini bahawasanya apa saja tuntutan Allah SWT dan Rasul-Nya terhadap kita merupakan tuntutan kebaikkan dan bukan tuntutan penindasan atau ketidakadilan seperti yang di gembar gemburkan oleh musuh2 Allah apabila mereka mengatakan hijab itu adalah penindasan kepada kaum wanita. Tidak ada kata tidak ikhlas dalam melakukan kebaikkan dalam setiap insan yang benar2 ikhlas dan cinta kepada kebaikkan.

Apa bezanya apabila seorang yang mengatakan tidak ikhlas dalam melakukan kebaikkan berhijab dan melabelkan apa yang dia rasai itu benar dan perlu di benarkan dengan hipokrit yang melakukan kebaikkan tetapi sebenarnya benci dengan kebaikkan itu sendiri setelah mengakui bahawa mereka meyakini hak2 Allah terhadap mereka?

Bukankah alunan bahasa yang di gunakan oleh orang2 ini seperti alunan orang2 yang di ketahui hipokrit mengaku bahawa dia tidak mahu hipokrit?

Setidak-tidaknya mengakulah bahawasanya ya aku memang berdosa kerana tidak memakai hijab dan bukan mengatakan atau memutar belitkan bahawa tidak memakai hijab pun baik dan pakai hijab pun baik. Ada bezanya antara orang yang memakai hijab dengan orang yang tidak memakai hijab seperti mana bezanya orang bersembahyang dengan orang yang tidak bersembahyang. Setidak-tidaknya orang itu jujur mengakui dosanya dan tidak menegakkan kezaliman dan kemaksiatan kepada Allah SWT sebagai satu kebenaran dan mempengaruhi orang lain untuk turut melakukan dosa.

Kekeliruan apa yang sedang bertapuk didalam hati ummat Muhammad(saw) sehingga mereka benci dengan suruhan berhijab ini setelah memahami peranan hijab sebagai pakaian orang yang mensucikan diri mereka dari kekotoran dosa?

Suruhan siapa yang sedang kita turuti apabila kita memandang remeh akan hal ini?



Benarlah kita di belengu kejahilan setelah ketiadaan RasulAllah(sawaws) dan virus2 hipokrit sedang meratah iman dan taqwa kita kepada Allah SWT dan perintah-NYA tanpa kita sedari.

Kita meletakkan Allah SWT di bawah dan diri kita di atas-Nya. Naudzubillahimin zalik.

Di mana ungkapan makna Allah maha tinggi itu kita letakkan apabila kita tidak berusaha memartabatkan maruah kaum wanita kita dengan hijab hatta wanita itu seorang yang suka mengumpat atau tidak?

Di mana letaknya keikhlasan iman orang2 yang kononya sama ada lelaki atau perempuan memartabatkan hijab di dalam komuniti mereka,apabila mereka sendiri menghina maksud hijab yang sebenarnya dengan memandang rendah,menghina dan meletakkan diri mereka di tampuk "kemaksuman" di atas ummat2 yang jahil tentang kebaikkan berhijab sehingga mereka2 yang jahil itu melarikan diri dari mngenal ajaran Islam yang sebenarnya, sedangkan da3wah RasulAllah(saw) bermula dengan kelembutan dan hikmah yang agung?!



fikir-fikirkanlah!

Mutiara Hadis Buat Para Muslimin



Bismillah,

Assalamualaikum,


Dari Abdullah r.a., katanya Nabi SAW bersabda,"Memaki orang muslim adalah durhaka (fasik) dan membunuhnya kafir." H.R. Bukhari




Tidaklah seorang mu'min itu suka mencela, dan tidak pula suka melaknat, dan tidak keji mulut dan tidak berkata kotor - Riwayat Muslim.




“Janganlah kamu saling benci membenci, dan janganlah kamu saling berdengki-dengkian, dan janganlah kamu saling bermusuh-musuhan. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih dari 3 hari 3 malam, maka siapa yang memulau lebih dari 3 hari 3 malam lalu mati akan masuk ke dalam api neraka. - Riwayat Abu Dawud & Annsa'i


Sesempurna-sempurna iman seorang mukmin adalah mereka yang paling bagus akhlaknya. (Hadis Riwayat Muslim)



Tidak halal bagi seorang muslim memutuskan saudaranya (tidak menegur sapa) lebih daripada tiga hari; bila keduanya bertemu maka yang seorang ini berpaling dan yang seorang lagi membelakangi. Dan orang yang lebih baik dari keduanya ialah orang yang memulakan dengan ucapan salam. (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan, maka hendaklah kamu doakan kepadanya" (Riwayat Al-Tabrani)



Pada akhir zaman, umatku berpecah menjadi tiga golongan. Satu golongan menyembah Allah dengan ikhlas. Satu golongan menyembah Allah dengan riak, dan satu golongan beribadat kepada Allah dengan tujuan mencari makan dari manusia. Manakala Allah mengumpulkan mereka di hari kiamat, Allah bertanya kepada orang yang hanya mencari makan, “ Apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?” Maka dia menjawab. “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu aku beribadat dengan tujuan mencari makan dari manusia.” Allah berfirman, “Tiada memberi manfaat apa yang telah kumpulkan.” Dia lalu dibawa ke neraka. Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat kerana riak. “Dengan kemulian dan ketinggianKu, apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?” Dia menjawab, “Dengan kemulian dan ketinggianMu, aku beribadat kerana riak.” Allah berfirman, “Tiada satupun yang sampai kepadaku.” Maka orang itu dicampakkan ke dalam neraka. Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat dengan ikhlas. Dia menjawab, “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu, Engkau lebih tahu apa yang aku kehendaki. Aku menghendaki zikir kepadaMu dan mengharap redhaMu.” Allah berfirman, “Benar hambaku.” Dia pun dihantar ke syurga.(HR. Thabrani)


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: "Adakah kamu tahu siapakah orang papa(muflis) pada Hari Kiamat?" Jawab sahabat RA, "Orang papa yang kami tahu ialah orang yang habis wang dan harta bendanya." Baginda bersabda lagi: "Sesungguhnya orang yang papa pada hari itu ialah orang yang mengerjakan sembahyang, puasa dan berzakat, di samping itu mereka suka mencaci atau memaki hamun, menuduh dengan sewenang-wenang, memakan harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam dan memukul orang yang tidak bersalah. Segala amal kebajikannya yang dikerjakannya akan digunakan bagi menampung kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya. Sekiranya kebajikannya tidak cukup, maka baki kesalahannya akan dicampur dengan kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka." (Riwayat Muslim)



Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat. -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim


Setiap muslim yang memberikan pakaian kepada muslim yang tidak berpakaian, Allah akan memberikan pakaian syurga kepadanya.Setiap muslim yang memberi muslim lain yang kelaparan,Allah akan memberikan buah syurga kepadanya dan setiap muslim yang memberi minum kepada muslim yang kehausan Allah akan memberikan minum kepadanya dari ar-Rahiqul Makhtum.-Hadis Riwayat Abu Daud



Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang suka bertaubat" -Riwayat Al-Tirmizi




Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya: "Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." -H.R. Muslim





Tuesday, April 21, 2009

MURTAD : JANGAN PANDANG SEBELAH MATA PENULIS : ANN WAN SENG





Bismillah

Assalamualaikum

Dengan ini saya menyeru kerajaan serta pembangkang yang beragama islam sama-sama berganding bahu dan tidak prejudis dalam mengambil langkah yang lebih drastik serta serius dalam menangani masalah murtad yang melanda umat Islam di Malaysia ini. Kembalikan serta kukuhkan kembali enakmen enakmen undang undang yang akan di kenakan ke atas mana mana pihak yang cuba menghina agama Islam mahupun mempunyai unsur unsur 'udang sebalik batu' dalam gerakan memurtadkan umat islam di Malaysia.



...Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.”(Q.S. Al-Baqarah, 2:217)

Monday, April 20, 2009

Institusi Mufti dimalukan oleh orang Islam sendiri!

Bismillah,

Assalamualaikum







Sekali lagi Nga Kor Ming mengulangi pembacaan ayat Allah di dalam ceramah politiknya di hadapan orang Melayu Islam.Tanpa menghiraukan tegahan dari pihak majlis mufti negara, golongan orang Islam itu terus memberi semangat kepada bukan Islam supaya jangan dihiraukan apa yang di katakan oleh majlis mufti2.Malah mereka turut melemparkan kata kata penghinaan ke atas institusi mufti negara dengan melabelkan mereka sebagai " Ulama UMNO".

Oh, jika mufti-mufti memberi kenyataan yg bertentangan dengan kefahaman mereka, mereka dikatakan ulama UMNO. Jikalau mufti-mufti memberi kenyataan yan selari dengan agenda mereka, barulah ini dikatakan ulama sebenar? Di mana keikhlasan kalian dalam memperjuangkan Islam dan maruah orang2 agama ? kalian seolah - olah mempermainkan maruah institusi mufti..

Apabila seseorang yg datang dari UMNO membuat perkara yang bercanggah dengan kenyataan MUFTI, dengan hipokritnya kalian akan bersama MUFTI dan menghina orang itu.Maka keluar lah artikel-artikel di dalam 'lidah akhbar' kalian mengherdik perbuatan orang itu.

Contohnya;

""Bubarkan sahaja institusi agama Islam di dalam kerajaan dam mansuhkan jawatan mufti di semua negeri yang dikuasai Barisan Nasional jika kerajaan tidak mahu mengambilkira dan menghormati pandangan mufti-mufti dan pihak berkuasa agama."" kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Pandangan ini di keluarkan di dalam radio malah turut di tulis artikelnya di dalam harakah daily kerana membidas perbuatan Tun Abdullah badawi atas perbuatannya yang tidak menghiraukan saranan Muzakarah Ulama 2006 untuk mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum Syarak.. Wah sungguh marah nampaknya orang PAS ini apabila orang UMNO tidak menghormati pandangan mufti-mufti. sila rujuk artikel ini: CLICK

Tetapi apabila mereka pula tidak menghormati pandangan mufti, ditunding pulak mufti mufti tersebut sebagai ULAMA UMNO!

Seperti yang di tulis oleh saudara ONE di blognya, Double Standard!


Bagi saya baik UMNO atau PAS , kedua dua mesti menghormati institusi Mufti yang menjadi tunggak kepada Islam sebagai agama rasmi Malaysia.Tetapi bertambah malang apabila golongan yang beriya-iya membidas orang lain akan perbuatan mereka yg bercanggah dengan majlis mufti2 kini mereka pula yg melakukan perkara yang sama! Malah tidak salah pula mereka ini pergi menyambut majlis kongsi perayaan agama lain ya?Tidak ada pula di dalam lidah akhbar mahupun media mereka yang menegah dan mengecam perbuatan pemimpin2 pemimpin mereka ini ya? Malah sudah pasti mereka akan tampil dengan pelbagai nas dan pendapat bagi menghalalkan perbuatan yang di'haram' kan sebelum ini ke atas orang lain.


Disebabkan itu seperti komen saya di dalam blog saudara One di bawah tajuk yang berulangkali menyebut perbuatan "double standard' dalam perjuangan kalian;

"Mereka ini juga sering war warkan bahawa salah seorang pemimpin UMNO dahulu itu penghina Nabi. Tapi kini pemimpin mereka juga memfitnah nabi dengan mengatakan bahawa nabi juga turut berkroni. Tak ku sangka sebegini rupa mereka yg mengaku pejuang agama menggunakan rasulullah sebagai perisai melindungi perbuatan mereka yg tak sekufu dengan landasan islam yang sebenar.

Semata-mata untuk mengiyakan perbuatan penulisan Buku " SHIT" , Allah pula menjadi perisai bagi kepentingan politik agama palsu mereka. Apabila dipersoal, keluar lah hujah mereka mengatakan bahawa itu hanya dari segi bahasa. Apakah ia hanya masalah bahasa apabila mengaitkan " P*** M** " dan "SHIT" dengan zat Allah? Di mana relevannya kata kata orang ini dalam menghakimi kata kata kesat yg ditulis di dalam buku itu?? tapi sudah tentu semuanya hanya kerana kata kata kesat ini dituju kepada orang Islam yg menjadi musuh politik mereka.yg haram pun menjadi halal.

Benarlah kata2 sayyidina Ali karamallahu wajhah:

Apabila seseorang itu bercakap buruk mengenai orang lain, akan timbul kembali skandal tersebut ke atas dirinya.

Nah, bukankah apa yang dicaci dan dihina ke atas UMNO kini mereka pula yg melakukannya? Bezanya ke atas UMNO mereka keluarkan nas mengharamkannya dan apabila mereka sendiri melakukan perkara yg sama, keluar lah pulak nas yg menghalalkannya."



Di mana keikhlasan kalian semua ? Jelas sudah bahawa kuasa duniawi yang diperlukan dan kuasa erdogan telah membutakan kalian dan perjuangan Islam sebenar yang menjadi tujuan ditinggalkan kerana perjuangan kalian sekali lagi seperti yang dikatakan oleh saudara One , Double Standard...


Namun begitu saya tetap menyeru kepada semua umat islam di Malaysia baik dari parti mana pun supaya kembali kepada pokok asas Islam serta bersatu menjadi satu ummah yang diredhoi Allah dan usahlah bermain agama di dalam politik nafsu kalian. Bersatu kita kuat bercerai kita lemah.









Sunday, April 12, 2009

Istilah baru "QURAN AMENO" oleh saudara Zulkifli Nordin

Bismillah

Assalamualaikum,


Baru sekejap tadi saya terbaca tulisan saudara Zulkifli Nordin yang bertajuk "Quran Ameno"
Dalam tulisan ini, beliau mempertahankan sekali lagi perbuatan Ngah dengan memetik ayat Quran di dalam ceramah politiknya menghentam dan 'menyesatkan orang-orang Islam UMNO walaupun dengan tidak sengajanya Ngah turut mencipta nama Surah baru. Perbuatan ini mendapat pujian dari ulama PAS termasuk Zulkifli Nordin.Begitu juga dengan penyokong mereka yang sering mengatakan"

"Takkanlah bukan muslim nak belajar Al Quran pun tak boleh? "

Tak faham-faham lagikah? Mufti-mufti menegur perbuatan menggunakan ayat Quran sebagai alat dalam percaturan politik yang kotor ini! Adakan Politik Dap ialah politik Islam? Adakah politik DAP berlandaskan Quran dan Sunnah???Ini supaya di masa akan datang, semua golongan tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan ayat ayat Allah untuk kepentingan duniawi kotor mereka.

Sekali lagi saya ulang.

MUFTI TIDAK MENGHARAMKAN 'NON MUSLIM' BELAJAR AL QURAN. TETAPI MUFTI MUFTI MENEGAH KEPADA PERBUATAN MEREKA YANG MENGGUNAKAN AYAT ALQURAN DI DALAM POLITIK MEREKA YANG INGIN MENARIK UNDI ORANG ISLAM. PERBUATAN INI HARUS DITEGAH KERANA ALQURAN IALAH KITAB KITA YANG SUCI. AL QURAN BUKAN BIBLE. AL QURAN BUKAN KITAB BUDHA ATAU HINDU.TETAPI AL QURAN IALAH KALAMULLAH YANG SUCI DAN WAJIB DIPELIHARA SUPAYA TIDAK DIPERKOTAK KATIKKAN OLEH GOLONGAN TERTENTU UNTUK KEPENTINGAN MEREKA TERMASUK ORANG ORANG ISLAM SENDIRI!

Siapa yang menghalang bukan muslim untuk mendekati Islam?Siapa yang menggertak bukan Muslim jangan mendekati Quran? Tiada sesiapa pun! Cuma tolonglah jangan menggunakan ayat ayat suci Quran kami dalam percaturan politik mereka yang kotor!

Begitu mudah umat Islam jatuh ke dalam permainan politik kotor ini hinggakan ayat ayat suci Allah dibiarkan dipermainkan begitu sahaja. Tak cukup dengan itu, siap pertahankan perbuatan tersebut dengan menuding kembali kepada saudara yang maih mengucap dua kalimha shahadah.


Teringat saya waktu ketika peperangan Siffin meletus. Kemenangan hampir di pihak Imam Ali RA tetapi kemudian askar askar musuh kelihatan menjulang lembaran-lembaran Al-Quran di atas tombak. Jerit Malik Al-Ashtar supaya tidak tertipu dengan helah itu. Tetapi kebanyakan umat Islam berhenti dari terus mara menyerang khemah musuh kerana keliru dengan 'taktik' menjunjung' lembaran Quran di atas tombak!datanglah berduyun-duyun sejumlah orang kepada Imam Ali r.a. Mereka menuntut supaya peperangan segera dihentikan. Tuntutan mereka itu ditolak oleh Imam Ali r.a., karena ia yakin, bahwa apa yang diperbuat oleh orang-orang Syam itu hanya tipu-muslihat. Karena itu kepada mereka yang menuntut dihentikannya peperangan, Imam Ali r.a. menegaskan:

"Itu hanya tipu-daya dan pengelabuan! Aku ini lebih mengenal mereka daripada kalian! Mereka itu bukan pembela-pembela Al-Qur'an dan agama Islam. Aku sudah lama mengenal mereka dan mengetahui soal-soal mereka, mulai dari yang kecil-kecil sampai yang besar-besar. Aku tahu mereka itu meremehkan agama dan sedang meluncur ke arah kepentingan duniawi. Oleh sebab itu janganlah kalian terpengaruh oleh perbuatan mereka yang mengibarkan lembaran-lembaran Al-Qur'an. Bulatkanlah tekad kalian untuk berperang terus sampai tuntas. Kalian sudah berhasil mematahkan kekuatan mereka. Mereka sekarang sudah loyo dan tidak lama lagi akan hancur!"



Petikan kata kata Imam ALi itu saya coretkan di sini supaya kita umat islam akan lebih berhati hati dengan gerakan golongan tertentu baik dari orang kalangan islam mahupun orang kafir yang menjadikan ayat ayat Allah sebagai percaturan permainan kotor mereka demi urusan duniawi.


Dan kepada yang mengeluarkan istilah 'Quran Ameno", apa haknya hingga berani mengutarakan quran Ameno? tak cukupkah lagi dengan perpecahan ummah antara Sunni dan syiah hingga keluar istilah fitnah tenatng Quran syiah dan kini di Malaysia kita dengar pula istilah Quran Ameno.. Cubalah bekerja pula untuk rapatkan saf muslim di Malaysia dengan BERHIKMAH dari mengeji dan mengutuk sepanjang hari sahaja.

Tuesday, April 7, 2009

Orang Melayu Islam VS Orang Melayu Islam = ???

Bismillah

Assalamualaikum


Kelmarin telah selesai sudah pilihanraya kecil di tiga tempat iaitu Bukit Gantang, Bukit Selembau dan Batang Air. BN kalah di dua bukit tetapi memperolehi kemenangan di Batang Ai.

Umum mengetahui undi Cina yang memenangkan PAS. Dahulu Cina menolak PAS kerana prinsip PAS untuk membentuk Malaysia sebagai negara ISLAM dengan menjalankan hukum hudud. Pergilah lihat bagaimana LIM KIT SIANG di dalam blognya mengecam pembentukan negara Islam. Bagaimana dia menolak jika ada unsur unsur untuk menjadikan Malaysia negara Islam dengan menjalankan hukum hudud.
Tetapi kini mengapa orang-orang Cina sanggup memberi undi kepada PAS? Sudah jelas ia adalah kerana PAS dan DAP kini di bawah bumbung yang sama. Malah PAS juga telah mengorbankan prinsip utama parti mereka iaitu untuk memperjuangkan negara Islam dan hudud.Apa yang diharamkan ke atas UMNO dahulu kini halal semuanya bagi PAS.
Inikah yang dikatakan parti membela Islam?

Ada golongan yang mendabik dada kini mengatakan bahawa PAS 'kononnya' telah berjaya berdakwah kepada golongan Cina. Ya kah? Apa hasilnya?

1-Telah berani mempersendakan dan menjadikan ayat Quran sebagai alat di dalam ceramah politik mereka.Kononnya sedang menkaji quran. yalah tu. Mengkaji Al-Quran sampai nama Surah pun disebut salah?Hingga tercipta nama SURAH AURA? Setahu saya pengalaman berdebat dengan orang Kristian yang pernah menkaji Quran, nama Surah pun mereka hafal dengan 'baik' sekali.

2-Berani menjatuhkan hukuman kepada orang Islam lain kononnya mereka itu sesat. Siapa mereka hendak menjatuhkan hukuman kepada orang Islam sebagai sesat? Fahamkah dia makna 'dhal' itu?

Isu-isu seperti penggunaan kalimah Allah di dalam Bible, bantahan terhadap pengunaan ayat Quran oleh kafir dalam agenda tertentu , Bar-council yang di 'support' Anwar , etc membuatkan Cina lebih jatuh hati kepada PAS. Hanya kelibat orang-orang UMNO sahaja yang sibuk membantah semua tindakan bukan Islam dalam isu terbabit tetapi PAS menyokong mereka ! Inikah yang dikatakan PAS sudah berjaya berdakwah terhadap kaum bukan Islam itu???

Ah, mungkin PAS akan mencatat sejarah tak lama lagi sebagai pelopor utama parti Islam yang menjadikan Malaysia sebagai Islam ala-ala INDONESIA yang dipuja-puja oleh Anwar.
Tak lama lagi bolehlah kita lihat orang Melayu Islam bernikah dengan si Hindu atau si Budha tanpa perlu bertukar status agama mereka. Tak lama lagi bolehlah kita melihat anak anak- Melayu Islam diberi pilihan sama ada untuk menjadi Kristian atau Islam.(Liberal lah kononnya)
Tak lama lagi bolehlah kita melihat dalam satu bilik, berhala, patung Mary , Kaabah diletakkan bersebelahan. Dan kemudian orang Islam bersolat di sebelah Kristian dan Budha atau Hindu yang bersembahyang kepada berhala mereka dalam satu bilik.

Sudah sudah lah . Sejarah ulama-ulama dan umat Islam ditipu masih tidak dijadikan sempadan. Masih tidak serik lagi. Masih tidak lihat bagaimana penipuan ini menjadikan empayar-empayar besar Islam dahulu jatuh tersungkur di kaki kafir yang telah berjaya memporak-perandakan kesatuan Ummat Islam.kafir yang telah berjaya menggubal otak 'ulama' supaya meliberalkan fahaman agama Islam supaya orang Islam lebih 'terbuka' dan 'terkangkang' dalam bab memelihara agama Islam yang suci.

Apa faedahnya sesama Islam bergaduh?? Faedahnya ialah ada pada orang Bukan Islam. Orang Islam 'NgaNga' sahaja lah.


Oh UMNO yang salah? UMNO sahaja yang terlibat dalam rasuah? UMNO yang membuka jalan maksiat? Isteri-isteri pemimpin UMNO tidak berhijab? UMNO yang menolak Hudud? semuanya UMNO UMNO UMNO UMNO, bukan kah begitu yang kalian hendak tundingkan?Ini sahaja yang sering keluar dari mulut kalian bukan?
Tahu tak apa itu erti kesatuan ummah? Tahu tak apa itu erti bergerak dengan tidak mencacatkan ummah??
Tahu tak jikalau kesatuan ummah lemah, maka senang lagilah kerja si kafir untuk merobek akidah dan pegangan anak anak Islam di masa hadapan?? Sikit-sikit lama -lama jadi bukit!

Apa jasa kalian pada Islam? Apa yang kalian buat dalam menegakkan perjuangan Rasulullah iaitu menyatupadukan ummat baginda??? Apa yang kalian lakukan untuk Islam setelah 50 tahun merdeka? Mencaci mencarut itu semua etika pejuang Islam kah? Oh perjuangan hudud? Tapi mengapa sekarang dilupakan? Oh ya, 30 tahun lagi sebab keadaan ekonomi tak sesuai?? Jadi 50 tahun dahulu ekonomi Malaysia sesuai lah? Usahlah menjadi lidah ular dalam berkata kata. Dahulu semuanya di haramkan ke atas UMNO tetapi kini di 'halal'kan pula untuk kalian semua?



PAS, sudah sudah lah berdendam dengan UMNO. Pulanglah ke pangkal jalan. Kemenangan yang berpaksi kepada duniawi hanya sementara sahaja. Di akhirat kelak orang yang 'Islam lebih' akan disoal 'lebih' juga walau sebesar hama kesilapan tersebut. Ini kerana seseorang kononnya beragama yang menjadi punca perpecahan umat Islam akan menghadapi pengadilan dengan berat sekali bahkan jawablah kamu semua dengan Rasulullah kelak kerana telah menjadi golongan yang merosakkan kesatuan UMMAT YANG DIKASIHI BAGINDA! Jawablah kalian semua kerana berani 'menjatuhkan' air mata Rasulullah dengan merosakkan lagi Kesatuan Ummah yang sudah pun sedia ada lemah dan tidak bermaya....


Allahumma Salli ala Muhammadin wa 'ala Ali Muhammadin, kama sollaita 'ala aali Ibrahim innaka Hamidun Majid.Allahumma barik 'ala Muhammadin wa 'ala aali Muhammadin, kama barakta 'ala aali Ibrahima, innaka Hamidun Majid."

Sahih Bukhari-

Monday, April 6, 2009

Mufti sepakat hentikan persenda al-Quran

KUALA LUMPUR 6 April - Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia hari ini memutuskan tindakan orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi tujuan kempen politik merupakan cubaan mempersendakan kesucian dan keagungan kitab suci itu.

Pada masa yang sama, semua umat Islam terutama ahli-ahli politik juga dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan kitab suci al-Quran semata-mata demi kepentingan politik.

''Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia hari ini berpandangan, tindakan mana-mana orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk tujuan kempen politik adalah cubaan mempersenda kesucian dan keagungan al-Quran,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia Kali Ke-4 yang membincangkan isu ahli politik bukan Islam membaca ayat al-Quran semasa kempen pilihan raya.

Persidangan itu diadakan ekoran tercetus isu penggunaan ayat al-Quran oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam satu ceramahnya ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Perak malam semalam.

Ia bertujuan meraih sokongan orang Melayu dan difahamkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping itu mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran telah banyak kali dilakukan dalam sesi ceramahnya sebelum ini.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut memberitahu, al-Quran merupakan mukjizat terbesar diturunkan oleh Allah sebagai wahyu kepada seluruh umat manusia.

Menurut kenyataan itu lagi, melalui al-Quran manusia perlu mengambil manfaat dan hidayah daripadanya.

''Oleh itu sejajar dengan keunggulannya, ia mestilah dibaca dengan tujuan dan niat yang betul. Di dalam Islam setiap bacaannya merupakan satu ibadah," tambah kenyataan itu lagi.

Utusan Malaysia, 7 April 2009


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillah

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih ada orang-orang agama yang mahu mempertahankan kesucian kitab Al quran daripada dipermain-mainkan oleh orang-orang kafir di dalam agenda politik mereka. Ya memang benar quran di turunkan ke atas semua umat manusia, tetapi Quran bukan untuk diambil sekerat-sekerat sahaja.Al-Quran BUKAN untuk di mainkan di lidah dan bibir orang yang menolak Allah itu Satu dan Muhammad itu Pesuruh Allah dan HANYA ISLAM itu agama YANG BENAR DI SISI ALLAH.

Tak cukup Umat Islam hendak diliberalkan, kini Quran pulak menjadi mangsa puak tertentu supaya DILIBERALKAN.

" Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam, "

surah annisa: 140


Surat UMNO BAHAGIAN BUKIT GANTANG-kononnya bukti UMNO guna politik Wang???




Bismillah

Assalamualaikum


Surat di atas dijadikan puak pembangkang kononnya Umno sedang menggunakan politik wang dalam kempen mereka di Bukit Gantang.Tetapi hakikatnya ini ialah satu fitnah. Mengapa?

Cuba lihat tulisan jawi tentang pertubuhan kebangsaan melayu bersatu. Ejaan pun salah dari segi penggunaan ejaan jawi yang digunakan oleh pihak UMNO . Ejaan sebenar yang selalu digunakan ialah(diambil dari web pemuda) ;




Nampak sangat surat UMNO ni dihasilkan bagi tujuan untuk memfitnah.


sumber: mykmu

Thursday, April 2, 2009

SELAMAT BERSARA PAK LAH DAN TAHNIAH DATO SERI NAJIB !









Bismillah

Assalamualaikum



Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Bersara Pak Lah .Semoga Allah merahmati an memberi keampunan kepada kita semua.Jasamu akan dikenang Inshallah.


Dan Pada 3 April 2009 bersamaan 7 rabiul Thani 1430AH, Jumaat, maka secara sahnya Malaysia akan diterajui oleh Perdana Menteri kita yang ke-6 iaitu Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Tahniah saya ucapkan kepada Dato Seri dan semoga Dato Seri akan menerajui negara dengan lebih baik dan mantap dan berjaya menyatupadukan rakyat yang kini berpecah belah akibat hasutan dan mainan orang-orang 'gila' .

Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada Dato Seri dan semoga Allah akan membimbing Dato Seri dalam meminpin negara Malaysia ke arah negara yang di redhoi Allah Inshallah Ameen!