Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Sunday, April 12, 2009

Istilah baru "QURAN AMENO" oleh saudara Zulkifli Nordin

Bismillah

Assalamualaikum,


Baru sekejap tadi saya terbaca tulisan saudara Zulkifli Nordin yang bertajuk "Quran Ameno"
Dalam tulisan ini, beliau mempertahankan sekali lagi perbuatan Ngah dengan memetik ayat Quran di dalam ceramah politiknya menghentam dan 'menyesatkan orang-orang Islam UMNO walaupun dengan tidak sengajanya Ngah turut mencipta nama Surah baru. Perbuatan ini mendapat pujian dari ulama PAS termasuk Zulkifli Nordin.Begitu juga dengan penyokong mereka yang sering mengatakan"

"Takkanlah bukan muslim nak belajar Al Quran pun tak boleh? "

Tak faham-faham lagikah? Mufti-mufti menegur perbuatan menggunakan ayat Quran sebagai alat dalam percaturan politik yang kotor ini! Adakan Politik Dap ialah politik Islam? Adakah politik DAP berlandaskan Quran dan Sunnah???Ini supaya di masa akan datang, semua golongan tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan ayat ayat Allah untuk kepentingan duniawi kotor mereka.

Sekali lagi saya ulang.

MUFTI TIDAK MENGHARAMKAN 'NON MUSLIM' BELAJAR AL QURAN. TETAPI MUFTI MUFTI MENEGAH KEPADA PERBUATAN MEREKA YANG MENGGUNAKAN AYAT ALQURAN DI DALAM POLITIK MEREKA YANG INGIN MENARIK UNDI ORANG ISLAM. PERBUATAN INI HARUS DITEGAH KERANA ALQURAN IALAH KITAB KITA YANG SUCI. AL QURAN BUKAN BIBLE. AL QURAN BUKAN KITAB BUDHA ATAU HINDU.TETAPI AL QURAN IALAH KALAMULLAH YANG SUCI DAN WAJIB DIPELIHARA SUPAYA TIDAK DIPERKOTAK KATIKKAN OLEH GOLONGAN TERTENTU UNTUK KEPENTINGAN MEREKA TERMASUK ORANG ORANG ISLAM SENDIRI!

Siapa yang menghalang bukan muslim untuk mendekati Islam?Siapa yang menggertak bukan Muslim jangan mendekati Quran? Tiada sesiapa pun! Cuma tolonglah jangan menggunakan ayat ayat suci Quran kami dalam percaturan politik mereka yang kotor!

Begitu mudah umat Islam jatuh ke dalam permainan politik kotor ini hinggakan ayat ayat suci Allah dibiarkan dipermainkan begitu sahaja. Tak cukup dengan itu, siap pertahankan perbuatan tersebut dengan menuding kembali kepada saudara yang maih mengucap dua kalimha shahadah.


Teringat saya waktu ketika peperangan Siffin meletus. Kemenangan hampir di pihak Imam Ali RA tetapi kemudian askar askar musuh kelihatan menjulang lembaran-lembaran Al-Quran di atas tombak. Jerit Malik Al-Ashtar supaya tidak tertipu dengan helah itu. Tetapi kebanyakan umat Islam berhenti dari terus mara menyerang khemah musuh kerana keliru dengan 'taktik' menjunjung' lembaran Quran di atas tombak!datanglah berduyun-duyun sejumlah orang kepada Imam Ali r.a. Mereka menuntut supaya peperangan segera dihentikan. Tuntutan mereka itu ditolak oleh Imam Ali r.a., karena ia yakin, bahwa apa yang diperbuat oleh orang-orang Syam itu hanya tipu-muslihat. Karena itu kepada mereka yang menuntut dihentikannya peperangan, Imam Ali r.a. menegaskan:

"Itu hanya tipu-daya dan pengelabuan! Aku ini lebih mengenal mereka daripada kalian! Mereka itu bukan pembela-pembela Al-Qur'an dan agama Islam. Aku sudah lama mengenal mereka dan mengetahui soal-soal mereka, mulai dari yang kecil-kecil sampai yang besar-besar. Aku tahu mereka itu meremehkan agama dan sedang meluncur ke arah kepentingan duniawi. Oleh sebab itu janganlah kalian terpengaruh oleh perbuatan mereka yang mengibarkan lembaran-lembaran Al-Qur'an. Bulatkanlah tekad kalian untuk berperang terus sampai tuntas. Kalian sudah berhasil mematahkan kekuatan mereka. Mereka sekarang sudah loyo dan tidak lama lagi akan hancur!"



Petikan kata kata Imam ALi itu saya coretkan di sini supaya kita umat islam akan lebih berhati hati dengan gerakan golongan tertentu baik dari orang kalangan islam mahupun orang kafir yang menjadikan ayat ayat Allah sebagai percaturan permainan kotor mereka demi urusan duniawi.


Dan kepada yang mengeluarkan istilah 'Quran Ameno", apa haknya hingga berani mengutarakan quran Ameno? tak cukupkah lagi dengan perpecahan ummah antara Sunni dan syiah hingga keluar istilah fitnah tenatng Quran syiah dan kini di Malaysia kita dengar pula istilah Quran Ameno.. Cubalah bekerja pula untuk rapatkan saf muslim di Malaysia dengan BERHIKMAH dari mengeji dan mengutuk sepanjang hari sahaja.

24 comments:

Anonymous said...

"tolonglah jangan menggunakan ayat ayat suci Quran kami dalam percaturan politik mereka yang kotor!"

bro..kat ne yg kotor?
ko dah dgr ke ayat pe yg si Nga tu bca??

lg satu,yg ko refer kata2 mufti umNO tuh pe kes??
open ler sket weih..

Aku said...

salam,

hurmmm mufti UMNO? kalau orang tu tak masuk belah kamu, kamu tuduh dia jadi mufti UMNO, kalau orang tu menegakkan apa yang bertentangan dengan kamu, orang tu baik lah, baguslah..

saya dah dengar berkali kali- dan politik memang kotor pun kan? hatta orang islam yg menggunakan ayat Allah untuk tujuan duniawi kotor pun saya akan terus menentangnya kerana menjadi tugas saya sebagai orang Islam untuk pertahankan ayat ayat suci Allah.

open macam mana? sampai sampai 'terkangkang' dan mengakibatkan akidah terpesong serta fahaman liberal merobek islam oleh orang bukan islam ??

kamu tu yang kena buka minda dengan iman dan taqwa supaya belajar dari sahabat sahabat rasulullah yang sentiasa berhati hati apabila 'deal' dengan orang kafir!

Aku said...

saya suggest kan supaya baca posting yang dibuat oleh saudara merah berkenaan al quran dan adab dengan al quran jikalau kamu benar benar ingin memahami islam dari kaca mata hati seorang islam yang benar benar cintakan agamanya dan bukan berpaksikan kepada politik semata mata.

http://saifulmerahs.blogspot.com/2009/04/ngor-kee-ming-dan-sepotong-ayat-al.html

http://saifulmerahs.blogspot.com/2009/04/salam-saudara2ku-yang-dikasihi.html

perhati jer.. said...

salam..

Betul lah si anon tu tanya..Tuan Tanah blog ni jawab lah dulu. Ayat apa yang d baca oleh Nga kor Ming tu?? Dia persenda kan ayat tu ke?

Aduiii..

Makin celaru la. Orang kapiaq selagi belum islam dah tentu jadi bahan bakar api neraka. Allah bagi dia hidayah untuk baca dulu. Sekarang pun dia dah ngaku tengah belajar ttg agama islam. Bagila dia peluang.

Ust Ravi, Ust Riduan Tee..apa mereka ini dulu betul sangatkah baca quran masa belum islam dulu??

Pi tanya 2-2 ustaz ni. Kalau hang nak senarai mualaf..aku leh bagi...hang compare la sendiri.

Komen berjela-jela..isi tiada tak guna tuan tanah.

ikhlas menegur.
SaudaraMu di dalam Islam..

Aku said...

salam 3alaikom,

apa yang betulnya? masih tak faham lagikah isu ini bukan kerana , bukan muslim menggunakan ayat Allah tetapi cara dan niat mereka gunakan ayat ayat Allah ini.. yang tak faham dan tiada isi tu saudara..

terima kasih saudara.kalau bab mualaf, saya pun dah ada ramai rakan2 mualaf dari dalam dan luar negara juga.dan mereka ini juga tidak bersetuju dengan apa yang Ngah buat sebab mereka sendiri pernah mendekati quran sebelum masuk islam tetapi berbeza dengan apa yg si Ngah lakukan!bahkan mualaf to be dan memang bercita cita nak masuk Islam yang saya kenal pun menentang dan tidak bersetuju dengan apa yg si Ngah buat ini..

tolong faham sikit apa yang orang maksudkan.jangan nak divertkan ke isu lain yang orang tak ada niat katakan benda tu pun okay? Inshallah

terima kasih.

pisau said...

kalau dah jumud tetap jumud,

isu yg nak di ketengahkan tak di fahami betul betul,tau belasah.

dah hitam hati tu,apa nak buat,PAS jer betul. Kalau masuk PAS kena mengucap sekali lagi.kalau tak jadi kafir la jawap nya.

pi5au.blogpsot.com

Anonymous said...

Salam..

Tuan blog buktikanlah kengkawan mualaff tuan tu. Jangan cerita je.. Suruh dia orang masuk blog sini. Saya boleh bawa mualaf yang bersetuju dengan nga. Mualaf yang tak berparti. Saya mahu tuan pula tunjukkan bukti,bukan sekadar cakap..

Aku said...

salam 3alaikom,


maaf saudara. mereka semua tak ada masa untuk datang berdiskusi dengan orang yang tak faham isu apa orang cakap.dari bawa mereka masuk ke sini, lebih baik kami bawa hantar mereka pergi belajar islam dengan lebih mendalam..

kalau apa yg saudara cuba tekankan tu memang betul lah..tapi cuba faham isu apa yg mufti tekankan! dari aspek mana!

kalau semua mufti mufti dalam malaysia ni mengarut..merapu..tak betul.. kiranya saudara dan pihak saudara sahaja lah yg benar ye? kalau macam tu saya dah terang tahu bagaimana pemikiran saudara ni..

terim akasih

Aku said...

salam saudara megat, terima kasih kerana sudi melawat pondok buruk saya ni..

itulah,, tak faham faham lagi.. orang cakap soal keikhlasan mereka ini gunakan ayat Allah di pentas politik.. hatta orang islam sendiri pun seharusnya di 'persoalkan' peranna mereka menggunakan ayat ALLAH demi kepentingan duniawi..saya dah tak tau nak cakap apa dah kat orng yg macam ni.. asyik asyik ulang benda yg sama.. sapa cakap orang tak bagi bukan muslim belajar quran!! tak ada sapa pun..tapi ayat ayat Allah perlu di pelihara.bukan ssuaka hati orang boleh guna kat mana mana tempat ..

Anonymous said...

Yang saya nampak..


Isu yang sama setiap kali kalah pilihanraya kecil.

Bila menang ego...bila kalah nak post mortem...

itulah UMNO...

ikhlas..

ahlul beit said...

Saya akan sokong umno jika..

1. Kembali kepada al-quran dan hadis dan di jadikan perlembagaan.

2.Tidak menjadikan melayu sebagai keutamaan.

3. Pemimpin yang sahsiahnya tinggi serta islamik.

4. Paling penting,keluarganya menutup aurat. Jika tidak,saya akan terus menentang sehingga 3 perkara di atas di jalankan.

Habib atau tidak,al attas atau tidak,sayyid atau tidak,jika tak mahu berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah,maka mereka terdiri daripada golongan yang ???

SEMOGA DOA PARA AL-HABIB ALWI BIN MUHAMMAD AL-HADDAD,AL-HABIB ABU BAKAR BIN AIDRUS AL-IDRUS,AL-HABIB AHMAD MASYHUR BIN TAHA AL-HADDAD,AL-HABIB ALI ZAINAL 'ABIDIN BIN 'ABDURRAHMAN AL-JUFRI,AL-HABIB MUNZIR BIN FUAD BIN ABDURRAHMAN ALMUSAWA,AL-HABIB ABU BAKAR 'ATTAS BIN ABDULLAH AL-HABSYI,AL-HABIB 'ABDUL QODIR BIN AHMAD AS-SAQQAF SERTA AL-HABIB 'UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIZ UNTUK KEMENANGAN GERAKAN ISLAM MAKBUL SERTA MUSTAJAB!!

Aku said...

salam

1. Kembali kepada al-quran dan hadis dan di jadikan perlembagaan.

***********************************************

Di zaman jahilliyah ini kalau nak bertindak, sila kembali kepada cara yang tlah diaplikasikan oleh Rasulullah ahlulbait serta sahabat baginda dengan bijaksana. Bukan dengan emosi yang kita lihat akhirnya menghancurkan kerajaan islam itu sendiri.

**********************************************
2.Tidak menjadikan melayu sebagai keutamaan.

**********************************************

Siapa yang jadikan semata mata melayu sebagai keutamaan?cuba cakap sikit? kalau nak tuduh UMNO, mereka ini juga Islam. Apa definisi melayu itu ya? seorang yang berketurunan sayyid pun dianggap sebagai melayu. kenapa ya? ini menunjukkan melayu dan UMNO dah lama menerima kehadiran saudara sama agama walaupun hakikatnya bukan melayu tulen pun. Onn jaafar tu melayu ke? Pak lah tu melayu tulen ke? Tun mahathir tu melayu tulen ke? Syed hamid al bar tu melayu tulen ke? Cuba lihat kembali apa definai melayu itu sendiri di tanah melayu ini.Raja Perlis tu Melayu tulen ke? tolonglah ye? cuba berfikir gunakan iman dan taqwa sebagai pemikiran. Bukan hanya di mulut semata-mata.

************************************************
3. Pemimpin yang sahsiahnya tinggi serta islamik.
************************************************

benar tapi tak nampak pun saya pemimpin yang dikatakan saudara.Kebanyakan mereka baik dari mana mana parti hanya mencerminkan politik. tetapi pemimpin UMNO sekurang-kurangnya tidak menjaja dan gunakan hanya Islam atas nama politik mereka. yang lebih teruknya, ada golongan tu jadikan islam sebagai senjata politik mereka tetapi hakikatnya akhlaq dan adab serta tutur kata mereka memalukan Islam sahaja.

************************************************
4. Paling penting,keluarganya menutup aurat. Jika tidak,saya akan terus menentang sehingga 3 perkara di atas di jalankan.

*************************************************

memang perlu seseorang wanita menutup aurat mereka. Tetapi saya ulang sekali lagi ya. Kita kini berada di zaman ala ala jahilliyah kembali. jadi janganlah nak jadi sepeerti puak Khawarij yang terus menghukum saudara islam yang jahil dengan cacian dan pandangan hina.sebaliknya berusaha untuk mentarbiyah dan berdakwah kepada mereka dengan baik dan lembut.kata imam ali, seseorang itu yang mengadakan bercakap tidak enak tentang orang lain, akhirnya dirinya sendiri yang akan mengalami skandal itu balik.

Jadi, lebih baik kita tidak melihat sesiapa saudara islam ygjahil dengan pandangan hina. Ini kerana Allah sentiasa Melihat. hatta seorang musuh pun kalau dihina oleh si alim , Allah akan balikkan perkara tersebut kepada si penghina. nauthubillahi min Thalik.

************************************************


Habib atau tidak,al attas atau tidak,sayyid atau tidak,jika tak mahu berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah,maka mereka terdiri daripada golongan yang ???

************************************************

benar, keturunan tidak menjamin kebahagian di akhirat. hatta ibu kepada semua golongan sayyid dan habaib iaitu sayyeda fatma pun akan dipotong tangannya jika mencuri .inilah yang di ucap oleh baginda Rasulullah SAW.Apatah lagi anak cucunya yg lain? tetapi mereka juga harus ingat bahawa datuk moyang mereka bertindak dengan berhikmah dan diredhoi Allah dalam memperjuangkan Islam. Bukan dengan emosi yang melampau semata mata.

***********************************************
SEMOGA DOA PARA AL-HABIB ALWI BIN MUHAMMAD AL-HADDAD,AL-HABIB ABU BAKAR BIN AIDRUS AL-IDRUS,AL-HABIB AHMAD MASYHUR BIN TAHA AL-HADDAD,AL-HABIB ALI ZAINAL 'ABIDIN BIN 'ABDURRAHMAN AL-JUFRI,AL-HABIB MUNZIR BIN FUAD BIN ABDURRAHMAN ALMUSAWA,AL-HABIB ABU BAKAR 'ATTAS BIN ABDULLAH AL-HABSYI,AL-HABIB 'ABDUL QODIR BIN AHMAD AS-SAQQAF SERTA AL-HABIB 'UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIZ UNTUK KEMENANGAN GERAKAN ISLAM MAKBUL SERTA MUSTAJAB!!
*************************************************

Inshallah Ameen iaitu kepada orang2 yang benar benar tulus dan memperjuangkan islam dengan tidak mencacatkan ummah serta bersungguh sungguh mnyatupadukan ummah Muhammad SAW serta semoga dengan berkat doa para habaib , golongan yang tersasar kembali kepada jalan yang BENAR dalam 'pandangan' Allah dan bukan jalan yang difikirkan oleh orang2 tertentu bahawa hanya mereka benar!

Aku said...

kalau nak sama ratakan hak kamu di negara kamu sendiri, janganlah sampai menjual hak sendiri hingga anak cucu sendiri merempat di masa depan. masa dalam perang khandaq pun, sebelum mereka berperang dan hanya duduk dan melontar anak panah serta batu dari jauh, rasulullah tanya nak tak 'declare saja, perdamaian dengan kafir mushriq tu dan kemudian beri sama setengah 'produce, orang islam di madinah dengan orang2 kafir ni. sahabat sahabat di situ menjawab; sedangkan sebelum mereka jadi islam , hanya jual beli sahaja yg berlaku antara mereka. ini pula sudah menjadi islam dan mereka itu menyembah berhala. jangan harap sama sekali mereka nak share hak mereka dengan orang2 kafir tu kerana Allah.
tapi ada ke mereka ni buat naya kepada orang kafir lain yg hidup di bawah pentadbiran mereka? tidak tapi kena ada jugak perbezaan hak antara islam dan bukan islam.

memperjuangkan nasib melayu bukan beerti asobiyyah.memperjuangkan nasib melayu beerti mempertahankan hak mereka di tanah melayu sama seperti seorang lelaki yang mempertahankan hak anak bininya di rumah mereka sendiri!

semua bukan melayu tu dah papa ke? miskin ke? kedana dah ke? hidup merempat ke? ada ke melayu layan mereka eperti 'anjing'? kenalan saya dari negara teluk pernah cakap kat saya yg orang india dan cina kat sini beruntung tinggal di malaysia.masih boleh hidup mewah, bawa kereta besar, boleh duduk dalam parlimen, menjawat jawatan menteri..etc.. kalau di tempatnya, mereka ni dipandang macam bukan manusia pun.. malah dilayan macam orang yg tak ada maruah..bukan setakat itu, malah rupa mereka pun dihina dan ditertawakan..yg dibenarkan menjawat jawatan tinggi pun hanya orang arab sahaja. kalau citizen sana tapi bukan keturunan arab, jangan harap lah nak dapat jawatan atau pangkat yg lebih lebih tambah2 dalam kerajaan.

kesimpulannya, kat malaysia ni, orang melayu dah banyak bertolak ansur dan beri layanan istimewa kepada bukan melayu. so jangan nak provoke bahawa memperjuangkan nasib melayu tu sebagai asobiyyah ye?


kadang2 kerana nak tunjuk terlebih baik tanpa akal dan iman, akhirnya memakan diri dan keturunan sendiri...

Aku said...

salam sauara anon,


ingat tak pepatah melayu yang menggatakan;

paku dulang paku serpin,mengata orang dia yang lebih,

yang saya nampak dalam parti pembangkang pulak, kalau menang itulah keadilan, kalau kalah, ada ada saja tuduhan kononnya orang Bn tipulah, pengundi hantulah, macam macam teori yg keluar..

in conclusion

hanya pembangkang yg 'maksum' dan mereka tidak dapat menerima kekalahan dengan redho..

Idham Lim said...

Salam..

Apa masaalahnya dengan orang bukan islam membaca al-quran? Apa masalahnya membaca ayat quran atas pentas politik? Minta tuan guru aku313 huraikan dengan terperinci berdasarkan Nas dari al-quran dan hadis. Jika mengambil huaraian berdasarkan perang itu dan perang ini,khawarij itu khawarij ini atau habib itu habib ini,sampai bila pun isu yang tuan bangkitkan tidak akan selesai. Dan dikhuatiri ramai orang bukan islam yang sedang berkira-kira mahu memeluk islam ingin menukar niat mereka.

Anonymous said...

hang suruh pemimpin hang pakai hijab dulu baru hang bulih citer..tapi aku dah tau apa jawapan hang...tut..tut..tut

Aku said...

Wsalam,

pertama sekali, usahlah be sarcastic dengan menggelarkan saya sebaga tuan guru.

Maaf ye saudara.Sejarah dan perang yang membabitkan keperibadian serta perlakuan rasulullah dan para sahabat di dalam sejarah Islam ialah contoh yang paling munasabah dijadikan rujukan bagi saya selepas Al-quran . Ia adalah sebahagian dari sunnah Rasulullah dan juga sunnah sahabatnya. Jadi tidak salah jikalau saya jadikan perbuatan dan perlakuan mereka sebagai rujukan.


disebabkan ramai orang islam kini yang berlagak seolah olah mereka lebih arif dari orang zaman dahulu, sebab tu lah mereka tak habis habis melakukan kesalahan yang sama dan berulang-ulang.

hanya dengan menegah golongan bukan islam serta orang islam sendiri supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan ayat Allah mengikut hawa nafsu mereka dan kepentingan duniawi, saudara takut orang bukan islam menukar niat mereka? Di zaman rasulullah, para sahabat tidak takut dan gentar pun kalau kalau orang kafir ini tidak masuk islam hanya kerana para sahabat berkeras mempertahankan hak Allah dan agama islam supaya tidak dipermainkan. janganlah jadi seperti orang Kristian yang sanggup menukar kepercayaan asal mereka dan mencampur adukkan apa yg dilarang di dalam agama mereka semata-mata nak menarik orang lain tentang agama mereka ..


kalau bagi saudara sejarah islam itu tidak munasabah untuk dijadikan contoh bagi ummat islam kini, tetapi bagi saya dan umat islam yang lain berbeza.

bukan hanya orang kafir ye. malah orang islam sendiri saya akan tentang jikalau berani memperolok-olokkan ayat ayat Allah di tempat yang tidak sesuai . ini lah antara perbedaan kesucian ayat ayat benar yang datang dari Allah berbanding ayat ayat yang datang dari kitab kitab yang telah dipalsukan.

bagi saya, jika benar kamu semua hendak mengislamkan orang lain, kenapa tidak lakukan dari dahulu lagi, berapa RATUS RIBU dah PAS berjaya mengislamkan orang lain dengan politik mereka?Orang islam sendiri pun mereka tak pedulikan. yang tahu hanya mencaci dan mengeji sesama sedara hanya kerana mereka diangggap jahil, ini sibuk sibuk nak mengislamkan yang lain? di mana keikhlasan perjuangan PAS terhadap Islam DAN UMMAH NABI MUHAMMAD?

Hanya sekarang baru nak beretorik tentang dakwah . itupun hanya untuk rakan semeja?

saya tak nak cakap panjang lebar lagi. sebab sampai bila pun saya terang, pihak sedara masih tak akan faham tujuan mufti mufti menegur dan menegah perbuatan sahabat baik saudara itu ..SEBABNYA SESIAPA PUN KALAU TAK SEPENDAPAT DENGAN GOLONGAN SEDARA,AKAN DIANGGAP SEBAGAI ULAMA DAN ORANG UMNO.tapi di sini saya petik dari blog seorang sedara islam di bawah tajuk yg sama;


1. Daripada respons-respons yang dibuat oleh Parti Lim Kit Siang bolehlah disimpulkan bahawa kemusykilan dan keraguan oleh sebahagian besar Kaum Muslimin terhadap keikhlasan Parti Lim Kit Siang dan Aktivisnya adalah berasas. Ini adalah kerana respons yang diberi tidak mencerminkan perakuan mereka untuk menerima Islam tetapi hanya untuk menerima nilai-nilai sejagat Islam yang secocok dengan agenda Falsafah Ideologi Sosialis Antarabangsa Kedua Parti Lim Kit Siang.

2. Pengambilan kaedah yang sama dengan cara-cara para Ahli Falsafah Theosofi, Sekular, Liberal dan Freemasonari dalam mendekati Ummat Islam oleh Parti Lim Kit Siang menambahkan lagi keraguan ini. Jika benar ada kecenderungan terhadap Agama maka tidakkah langkah pertama dan utama yang sepatutnya dimulakan ialah membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan keTauhidan Allah subhana-hu-wata’ala, kebenaran keNabian Nabi Muhammad sallAllahu-‘alaihi-wassalam dan kebenaran Al-Qur’an Al-Hakim. Inilah tahapan-tahapan yang sepatutnya dilalui oleh manusia-manusia yang cenderung kepada Islam. Nilai-nilai sejagat adalah perincian kepada keimanan kepada 3 asas di atas. Jika jalan lain diambil maka ianya pastilah menjadi sia-sia kerana nilai-nilai sejagat yang begitu umum itu sememangnya ada dalam mana-mana agama pun.

3. Pembacaan ayat-ayat Al-Qur’an Al-Hakim oleh orang-orang Kafir yang sedang mencuba untuk mengenali Islam dan Al-Quran melalui Kitab berkenaan di atas pentas-pentas parti politik kepartian juga adalah suatu yang meragukan. Maksud kepada perkataan Aktivis berkenaan iaitu, “masyarakat Tionghua yang sedang mencuba untuk mengenali Islam dan Al-Quran melalui Kitab berkenaan” menunjukkan bahawa beliau belum layak untuk membicarakan Al-Qur’an Al-Hakim kecuali untuk pembacaan peribadi beliau sahaja. Beliau yang mewakili masyarakat Tionghua perlu mengenali Islam dahulu sebelum membicarakan tentang Islam. Beliau tidak sepatutnya membicarakan tentang Islam sehingga selepas beliau benar-benar mengenali Islam dan Al-Quran melalui Kitab berkenaan. Alasan kekecewaan beliau akibat protes sebenarnya menambahkan lagi keraguan terhadap keikhlasan beliau yang menunjukkan bahawa beliau tidak ikhlas dan hanya ingin menagih dan mengambil simpati atau melahirkan silap faham atas kelakuan beliau yang sumbang itu. Jika benar beliau ikhlas, Aktivis tersebut tidak akan mengeluarkan perkataan tersebut, kerana tidak akan ada sebarang usaha yang akan mampu menyekat seseorang kafir itu dari mencuba untuk mengenali Islam dan Al-Quran melalui Kitab berkenaan. Kenyataan ini adalah kenyataan bersensasi untuk mencari simpati. Jadi, perkataan Aktivis itu adalah satu pembohongan yang benar-benar nyata.

4. Nik Abdul Aziz gagal dalam memahami fakta-fakta di atas dan akibatnya beliau telah menggunakan asas yang menyeleweng dalam niat baik beliau untuk mengembangkan Dakwah Islamiyyah kepada kaum Tionghua dan India. Di waktu yang sama beliau telah mengambing-hitamkan sebahagian besar Kaum Muslimin yang meragui keikhlasan Parti lim Kit Siang itu. Tok Pakir dapat mengesan penggunaan emosi yang tidak kena pada tempatnya oleh Nik Abdul Aziz yang mengakibatkan pandangan beliau dalam hal ini menjadi begitu naif, lurus dan betul bendul. Walau bagaimanapun, berdasarkan kelayakan agama beliau, Tok Pakir juga merasakan bahawa ada suatu agenda yang lebih besar di sebalik kelurusan dan kenaifan yang betul bendul ini.

5. Nik Abdul Aziz pastinya lebih mengetahui tentang polemik-polemik yang pernah berlaku di antara mahaguru-mahaguru utama beliau seperti Muhammad Abduh, Rasyid Ridha, Sayyid Sabiq dan sebagainya (klik) dalam hal-hal yang sama. Kisah orientalis dan missionaris khatolik kristian seperti Samuel M. Zwemer yang amat memahami Al-Qur’an Al-Hakim tetapi mati dalam kekafiran juga pasti diketahui oleh beliau. Zwemer sebagai contohnya adalah missionaris yang amat mahir dalam syari’ah Islam dan banyak memberi komentar terhadap undang-undang Murtad sebagaimana penulisan beliau yang mengambil rujukan dari berbagai-bagai sumber Agama Islam (sila rujuk gambar di bawah - boleh di download di http://www.archive.org/index.php - taip nama pengarang).


http://korban-demokrasi.blogspot.com/2009/04/pembacaan-al-quran-oleh-penceramah.html


“Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami [pengetahuan tentang isi Al Kitab], kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu lalu dia diikuti oleh syaitan [sampai dia tergoda], maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. (175) Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan [derajat]nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya [juga]. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah [kepada mereka] kisah-kisah itu agar mereka berfikir. (176) Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim. (177) Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi. (178)
(Surah Al-A’raf)






"Agama kamu untuk kamu dan agamaku untuk ku"

ONE said...

salam,

masalah skang nie manusia da taksub sgt..apa yang betul jd x betul, yang x betul jadi betul..saya memberi kilasan berkenaan perkara ini dalam blog..dijemput berkunjung..

lg satu apsal nga ko ming nk ptikai umno yg mmg da islam tu plak..kalau x betul tegur x pe ini tidak dia plak nk ajor orang laen(sbb nik aziz pertahan dia kah dia naik minyak???)

Aku said...

wsalam,

inshallah saya akan berziarah ke blog saudara dan terima kasih di atas pelawaan ini. Sememangnya blog saudara mesti menjadi kemestian bagi saya untuk melawat =)

Itulah saudara, Kita berbahas bukan isu bukan islam mahu belajar Quran.Kita berbahas bukan mahu menyekat bukan Islam belajar Quran. Infact, pelajar bukan Islam sendiri dibenarkan kerajaan untuk mengambil pelajaran agama Islam di dalam peperiksaan. Masalahnya apabila orang bukan Islam berani menggunakan ayat ayat Allah di atas pentas politik, keraguan kita sebagai umat Islam memang berasas. Bush pun cuba mengambil hati orang islam dengan mengatakan yg baik baik pasal Islam dan Quran.Tapi dia bunuh jugak beratus ribu orang islam di iraq, afghanistan etc..Furqan tipu cuba di cipta bagi menyeatkan umat Islam.mujur kita dapat menghidu perkara ini dan terutamanya Allah sentiasa memelihara Quran dari di pesongkan oleh golongan musuh Allah.

disebabkan itu kekadang ini apabila senjata utama umat islam yang utama iaitu quran digunakan oleh orang bukan Islam dalam perjuangan politik mereka dan hanya ambil sekerat sekarat sahaja harus dipersoalkan .Tapi fahaman Islam liberal dan melihat bahawa agama itu semua sama, akan selalu memperjuangkan perlakuan bukan Islam ini walaupun mencurigakan semata - mata untuk menjaga hati mereka dan kononnya takut mereka lari dan tak mahu masuk Islam.

malang sekali apabila Institusi Mufti di negara ini pun sekarang ini diajar oleh satu golongan umat islam sendiri supaya bukan Islam tidak menghormati ahli ahli faqeh kita. bahkan membiarkan orang bukan islam menempelak kembali bukan etakat orang islam biasa bahkan ahli agama faqeh kita juga disebabkan menegur mereka untuk tidak sewenang-wenangnya menggunakan ayat ALlah yang belum difahami "alif ba ta" nya. inikah yang dikatan perjuangan Islam oleh mereka?

Anonymous said...

aku313 said "Nik Abdul Aziz pastinya lebih mengetahui tentang polemik-polemik yang pernah berlaku di antara mahaguru-mahaguru utama beliau seperti Muhammad Abduh, Rasyid Ridha, Sayyid Sabiq dan sebagainya (klik) dalam hal-hal yang sama. Kisah orientalis dan missionaris khatolik kristian seperti Samuel M. Zwemer yang amat memahami Al-Qur’an Al-Hakim tetapi mati dalam kekafiran juga pasti diketahui oleh beliau."

anak melake said- Sedara mungkin tahu bapak saudara Nabi s.a.w yang mati di dalam kekafiran? Belit belit la tuan...

Aku said...

salam,

apa kaitan nya dengan petikan di atas? bapa saudara abu lahab tu memang dari awal penentang islam bahkan tidak mahu membuka atau menerima atau memandang wahyu Allah langsung.. orang ini kafir yg membaca quran bahkan menulis lagi pasal quran semua..

Aku said...

Kisah orientalis dan missionaris khatolik kristian seperti Samuel M. Zwemer ini tujuan untuk menunjukkan bahawa umat islam kena berhati hati dengan mereka ini walaupun menunjukkan pandai quran.. saudara yg terbelit sebenarnya dengan kenyataan saudara mengaitkan benda yg tak relevan langsung dalam isu ini

Anonymous said...

Relevan,,

ada beza antara kafir dan munafik. Kafir dah tentu bahan bakarnya api neraka. Orang kafir tiada kaitan dosa pahala dengan orang islam. Dia hanya bahan bakar. Dah tahu si samuel tu bukan islam. Sedara?

Pernah dengar orang kafir menyamar jadi islam? Jadi imam masjid selama 20 tahun!! Haha..jenuh nak ganti solat tu.

Encik one..

Kenyataan tuan itu bermakna tuan tidak boleh menerima nasihat orang lain walaupun dari seorang kafir. Walaupun kafir itu tiada niat nak persenda islam tapi si kafir itu cuma nak beritahu apa yang Allah seru kepada kita supaya berlaku adil dan ihsan. Itu pun nak marah ke? Yelah..si kafir tu sebut parti umno. Memang lah ahli umno marah. Kalau dia persenda islam,saya pun marah. Saya tak nampak pun dia persendakan islam bahkan orang bukan islam di malaysia sedang bersiap sedia untuk memeluk agama suci kita ini. Gara gara keceluparan Nga menyebut ayat Allah!!!..

anak melake

Aku said...

salam saudara

Relevan,,

ada beza antara kafir dan munafik. Kafir dah tentu bahan bakarnya api neraka. Orang kafir tiada kaitan dosa pahala dengan orang islam. Dia hanya bahan bakar. Dah tahu si samuel tu bukan islam. Sedara?

Pernah dengar orang kafir menyamar jadi islam? Jadi imam masjid selama 20 tahun!! Haha..jenuh nak ganti solat tu.


----------------------------------------------

memang ada=)

cuba kaji kisah kisah orang bukan islam yg menyamar menjadi islam. di indonesia satu ketika ada seorang berbangsa belanda (missionary) berpura pura masuk islam malah menghafal quran dan pura pura menjadi orang alim. tetapi semua ini digunakan untuk memanipulasi umat islam dan akhirnya memurtadkan mereka.banyak yg terkena.. apabila segolongan umat islam di sana tersedar perbuatannya, mereka cari dan nak bunuh dia.dia melarikan diri terus..

banyak lagi kisahnya saudara..

malah saudara tahu tak anak pemimpin tinggi hamas masuk kristian? tahu kerana apa? kerana orang2 kristian ini menagmbil kesempatan atas perang yg berlaku antara israel dan juga hamas dan fatah untuk mencuci otak budak budak tak tahu apa ini dan akhirnya masuk kristian..

ada yg cakap ni bukan anak dia dan ada yg cakap mereka kenal bapanya dan kesian kan bapanya dan dia dah lari ke usa.. tengok muka pun memenag macam tak tahu apa apa pasal islam. yg tahu cakap hanya kutuk islam dan orang islam hamas kononnya ganas dan bunuh orang islam sendiri..

berhati hati lah terutama di zaman ini. ada akfir yg terang terang lawan kita dan ada akfir yg senyap senyap membunuh akidah umat islam melaui ideologi keamanan palsu mereka.