Memerhati,mempelajari dan menghayati...
PERINGATAN BUAT SEMUA
MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.
Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Wednesday, April 22, 2009
Dosa apa yang kita lakukan sehingga kita memandang remeh akan hijab?
Biismillah
Assalamualaikum ...
Habib Munzir( hafidzullah) pernah berkata .."Dosa apa yang kita lakukan sehingga hati kita berat untuk mengingati Allah?" dalam sebuah ucapan beliau.
Pada tulisan kali ini, saya ingin tanyakan kepada saudara muslimin..Dosa apakah yang telah kita lakukan sehingga hati kita ini senang memandang muslimat kita "berbogel" di jalanan?Dan hati kita menjadi senang dalam menidakkan tuntutan melaksanakan hukum berhijab bagi wanita?
Ya..banyaknya alasan yang telah di berikan oleh ahli2 "reformis" atau "Liberal" atau orang2 yang terpengaruh dengan idea2 duniawi liberalis yang merosakkan iman dan taqwa sebahagian ummah dari dulu hingga sekarang untuk menidakkan hak Allah SWT ke atas muslimat kita . Hak yang di maksudkan adalah "hijab" iaitu pakaian istimewa bagi wanita2 yang di jadikan pengulu wanita syurga.
Sering kedengaran, dari orang yang tidak mahu mengaku yang mereka melanggar perintah Allah walapun dengan pengetahuan yang jelas di dalam dada mereka tentang hak Allah SWT terhadap mereka bahawa pada mereka biarlah memakai hijab itu dengan keikhlasan. "Kalau hati tidak ikhlas pakai hijab pun tidak berguna".jangan sekali-kali paksa orang memakai hijab walaupun ianya wajib. Pandangan mereka ini seolah-olah Allah telah pun memaafkan di atas setiap dosa yang mereka lakukan sama ada dengan sengaja atau tidak , tanpa taubat dan kesedaran dari sanubari mereka bahawa amatlah hina seorang hamba Allah apabila menolak hak2 Allah di atas dasar mereka punya "keikhlasan" dalam tidak mahu melakukan kebaikkan . Di atas dasar ini jugalah pihak2 reformis atau liberal telah mengambil kesempatan untuk menegakkan keadilan sonsang mereka dan dengan berani-beraninya mereka meletakkan hijab di bawah hukuman tidak wajib di patuhi, pada hal telah terang lagi bersuluh ianya adalah hukum yang wajib atau mandatori di patuhi menurut Kitab suci Al-Quran.
Apa yang mereka cuba buktikan, dengan "keikhlasan" untuk tidak melakukan kebaikkan atau menghalang orang lain untuk mengajak dan meletakkan kebaikkan itu jika mereka tahu bahawa hijab itu adalah satu kebaikkan dan keadilan sosial yang hakiki? Ianya seperti mengiktiraf perbuatan rogol sebagai kebebasan kerena pelakunya tidak kuat untuk menanggung nafsu yang mencengkam walaupun ianya satu perbuatan yang melampau? Atas dasar apa, bapak2,ibu2 dan diri wanita2 itu sendiri tidak mahu bertudung? Bukankah kemahuan untuk tidak bertudung yang ada di dalam diri insan2 yang tidak mahu melihat lansung kepada tudung adalah pameran nafsu yang lahir dari nafsu juga? nafsu yang mahu dirinya di tonjolkan dan menarik lelaki2 ke arah tunjangan nafsu yang lebih buas!!
Ummat wanita Christian yang mahu membersihkan dan mendekatkan hati mereka kepada Tuhan perlu meletakkan "Saint Mary" atau Sayyidah Maryam(salamun3alaiha) sebagai turutan dalam perjalanan rububiyyah mereka walapun konsep perjalanan yang mereka gunakan itu agak berat sebelah atau tidak menepati jalan keadilah Allah SWT iaitu dengan tidak di bolehkan mereka berkahwin sedangkan perkahwinan itu adalah satu tuntutan kemuliaan kepada manusia dari Allah, namun dengan jelasnya tuntutan berhijab amatlah ketara sekali di dalam pegangan mereka di atas dasar kemuliaan yang di pegang oleh Sayyidah Maryam .
Sedangkan di dalam Islam di mana sayyidah Maryam juga menjadi milik Ummat Islam meletakkan keadilan di tempat yang seadil-adilnya dengan meletakkan tuntutan berhijab itu khusus untuk semua wanita muslim supaya diri mereka berada dalam kemuliaan dan kebaikkan. Namun ianya, cuba di hapuskan melalui idea2 hipokrit liberalis pembawa virus2 hipokrit, dan idea inilah yang telah di gunakan untuk merosakkan ajaran Christian yang asli sehingga mereka menjadi sesat walaupun pada ketika itu liberalisma tidak di tonjolkan seperti sekarang namun ciri2 penganut liberal adalah sama dengan libaralis2 terdahulu yang tidak ditonjolkan dan mereka seperti kembar siam yang tidak dapat di pisahkan.
Jadi di mana maruah kita sebagai orang Islam, ketika mana kita melihat penganut2 agama Christian yang ikhlas dalam mengamalkan ajaran mereka dengan hijabnya yang sempurna berbanding wanita2 muslimah kita yang di cintai, tanpa hijab yang sepatutnya menjadi kemuliaan dan kebanggaan kita semua?
Allah mendidik spiritual Ummat Islam ketika permulaan pembentangan Islam kepada Ummat terawal dengan menguji keikhlasan mereka dalam memegang kalimat LAILAHA ILLA ALLAH WA MUHAMMAD RASULLLAH dan makna2 yang terkandung di dalamnya melalui penyiksaan yang datang dari Kafir harby Quraish.
Ternyata hasil dari pendidikan tersebut, ramai yang gugur shahid seperti ayah dan Ibu 'Ammar bin Yaasir.
Sejak dari itu, kekuatan Islam bertambah-tambah kerana ikhlasnya mereka dalam memegang kalimat LAILAHA ILLA ALLAH WA MUHAMMAD RASULALLAH. Apa saja perintah Allah di turuti tanpa kompromi dan tanpa perkataan "tidak" terutama sekali dalam bab sosial antara masyarakat dan keadilan. Umum mengetahui masalah sosial dan keadilan yang berlaku pada zaman jahilliyah amatlah buruk dan di luar batas perikemanusiaan.
Dari satu perintah ke satu perintah Allah turunkan hinggalah datangnya perintah berhijab kepada kaum wanita, dan tanpa sebarang kenyataan yang menidakkan perintah tersebut atau alasan yang tegar mereka terus menuruti perintah tersebut di bawah kerajan Allah iaitu kerajaan Muhammad Ibn Abdullah.(selawat ke atasnya dan keluarga serta sahabatnya).Tidak ada alasan bagi hati mereka untuk tidak ikhlas menuruti perintah kebaikkan dari Allah kerana hati mereka sudah ikhlas sejak mula2 mereka menyebut kalimah LAILAHAILLA ALLAH WA MUHAMMAD RASULALLAH sehingga kematian merupakan kawan dan sahabat yang mereka rindukan.
Itulah keikhlasan sebenar yang perlu kita fahami jika kita benar2 ikhlas kepada Allah SWT & Rasul-Nya.(salawat). Keikhlasan dalam menegakkan hukum2 Allah dengan penuh berhikmah dan adab serta tawadhu' kepada Allah tanpa penghinaan kepada sesiapa pun menjadi contoh mulia yang di bawa oleh Ummat terdahulu sehingga berjaya mengislamkan ramai manusia tanpa menjadi genius dengan meletakkan milik siapa syurga dan milik siapa neraka.
Kita wajib ikhlas mengakui dan meyakini bahawasanya apa saja tuntutan Allah SWT dan Rasul-Nya terhadap kita merupakan tuntutan kebaikkan dan bukan tuntutan penindasan atau ketidakadilan seperti yang di gembar gemburkan oleh musuh2 Allah apabila mereka mengatakan hijab itu adalah penindasan kepada kaum wanita. Tidak ada kata tidak ikhlas dalam melakukan kebaikkan dalam setiap insan yang benar2 ikhlas dan cinta kepada kebaikkan.
Apa bezanya apabila seorang yang mengatakan tidak ikhlas dalam melakukan kebaikkan berhijab dan melabelkan apa yang dia rasai itu benar dan perlu di benarkan dengan hipokrit yang melakukan kebaikkan tetapi sebenarnya benci dengan kebaikkan itu sendiri setelah mengakui bahawa mereka meyakini hak2 Allah terhadap mereka?
Bukankah alunan bahasa yang di gunakan oleh orang2 ini seperti alunan orang2 yang di ketahui hipokrit mengaku bahawa dia tidak mahu hipokrit?
Setidak-tidaknya mengakulah bahawasanya ya aku memang berdosa kerana tidak memakai hijab dan bukan mengatakan atau memutar belitkan bahawa tidak memakai hijab pun baik dan pakai hijab pun baik. Ada bezanya antara orang yang memakai hijab dengan orang yang tidak memakai hijab seperti mana bezanya orang bersembahyang dengan orang yang tidak bersembahyang. Setidak-tidaknya orang itu jujur mengakui dosanya dan tidak menegakkan kezaliman dan kemaksiatan kepada Allah SWT sebagai satu kebenaran dan mempengaruhi orang lain untuk turut melakukan dosa.
Kekeliruan apa yang sedang bertapuk didalam hati ummat Muhammad(saw) sehingga mereka benci dengan suruhan berhijab ini setelah memahami peranan hijab sebagai pakaian orang yang mensucikan diri mereka dari kekotoran dosa?
Suruhan siapa yang sedang kita turuti apabila kita memandang remeh akan hal ini?
Benarlah kita di belengu kejahilan setelah ketiadaan RasulAllah(sawaws) dan virus2 hipokrit sedang meratah iman dan taqwa kita kepada Allah SWT dan perintah-NYA tanpa kita sedari.
Kita meletakkan Allah SWT di bawah dan diri kita di atas-Nya. Naudzubillahimin zalik.
Di mana ungkapan makna Allah maha tinggi itu kita letakkan apabila kita tidak berusaha memartabatkan maruah kaum wanita kita dengan hijab hatta wanita itu seorang yang suka mengumpat atau tidak?
Di mana letaknya keikhlasan iman orang2 yang kononya sama ada lelaki atau perempuan memartabatkan hijab di dalam komuniti mereka,apabila mereka sendiri menghina maksud hijab yang sebenarnya dengan memandang rendah,menghina dan meletakkan diri mereka di tampuk "kemaksuman" di atas ummat2 yang jahil tentang kebaikkan berhijab sehingga mereka2 yang jahil itu melarikan diri dari mngenal ajaran Islam yang sebenarnya, sedangkan da3wah RasulAllah(saw) bermula dengan kelembutan dan hikmah yang agung?!
fikir-fikirkanlah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
saya sokong anda 100%.....anda yg terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Post a Comment