Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Friday, April 24, 2009

PAS boleh bersatu dengan BN Jika...- NIk Aziz






Bismillah,


Assalamualaikum,


Selama ini perjuangan saya ialah untuk melihat umat Islam di malaysia bersatu. Ini kerana saya percaya jika semua umat Islam bersatu nescaya pasti Islam akan bertambah kuat dan dapat dipertahankan dari anasir2 yg ingin merobek kesucian Islam melalui agenda agenda busuk mereka untuk melihat Islam semakin layu di sini. Hari ini apabila saya membuka blog ustaz nik abduh yang juga merupakan anak kepada Nik Aziz, hati saya terdetik gembira . Lihatantara petikan dari tulisan beliau:

Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”


http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/24/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas/


dalam artikel beliau turut mengulas beberapa golongan di dalam PAS yg cuba mengkucar kacirkan hubungan ayahnya dengan Presiden PAS dan keharmonian perjuangan PAS.


""Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!""





Saya amat-amat berharap bahawa kerajaan yang sedia ada dapat mempertimbangkan permintaan PAS jika ini syarat yang mereka mahu demi memperjuangkan Islam dan kesatuan ummah bersama sama UMNO di dalam BN.


Buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih demi memperkasakan Islam dan hak umat Islam di bumi Malaysia dan dalam masa yang sama kita berlaku adil kepada bukan Islam .

Ayuh UMNO dan PAS. Marilah kita bersatu atas dasar semangat kesetiaan dan ketaqwaan kita terhadap agama Islam , satu-satunya agama yg benar di sisi Allah


Ameeeeeen ya rabbal 3alameeeeeen..

15 comments:

Anonymous said...

Sokong

arizWanmerahs said...

Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

***************************8

Kata2 yg kupetik diatas, sekali lalu aku terfikirkan suatu yang negatif..
Terasa begitu dangkalnya pemikiran umat ini... Begitulah suara hatiku berkata2...

Namun jika inilah satu2nya harapan umat hari ini untuk terus bersatu dalam memperjuangkan Islam, terima sajalah...

Aku said...

salam saudara merah,

kekadang tu kan, sesuatu yg pahit kena telan juga sebagai ubat merawat sakit yg di alami.

memandangkan keadaan yg getir seperti kini. perpaduan dan kesatuan ummah yg harus di utamakan bagi menjamin terus islam berdiri kukuh dan utuh di bumi malaysia.

percayalah, kalau kita orang melayu islam bersatu, orang2 bukan islam akan turut terpelihara dan hidup aman. buktinya ialah, baik umno atau pas kini cuba memikat hati bukan islam untuk undi. malahan selama umno memerintah bersama2 mic dan mca, orang india dan cina hidup aman dan banyak yg berjaya. kalau nak cakap pasal miskin, melayu lagi banyak miskin..so kalau melayu islam umno dan pas ini bergabung, kita boleh perjuangkan islam dalam masa yg sama masih berlaku adil kepada bukan islam seperti yg diragiskan oleh quran dan sunnah sendiri..

hidup UMNO

hidup PAS

Hidup Islam
Hidup Melayu

arizWanmerahs said...

Ok. Aku setuju. Jangan sampai berebut kerusi pulak, nanti niat nak tegakkan islam entah kemana pulak hilangnya..

*************

"jika BN mahu..." ni kira ok sesangatlah, moga2 menjadik.. "mereka MESTILAH bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting...." nih yang aku tak berapa suka nak dengar kerana mungkin akan jadi "LAIN" pulak...

Aku said...

salam,

inshallah harap2 begitulah, memang semolek-moleknya, jika benar hendak menegakkan ilam, pas sepatutnya menunjkkan sokongan terhadap UMNO bagaimana mereka boleh bertolak ansur dengan dap. kalau dengan dap mereka blhe berlembut dan tak demand macam2, mereka perlulah menunjukkan sikap yg lebih lembut dengan umno sebab kitakan sedara sesama islam. inshallah sifat bertolak ansur ini akan dapat membantu orang islam untuk maju ke depan di bawah kesatuan ummah yg kukuh.

apa kata pas dan umno mulakannya di perak. seperti yg disarankan oleh haji hadi iaitu kerajaan campuran.. =)

arizWanmerahs said...

Yes!! Itulah yang sebaik2nya.. Saya suka dengan pemikiran engkau nih... Moga perjuangan umat islam yang tulus ikhlas akan mendapat bantuan Pemelihara kita.. Ameenn...

Aku said...

inshallah ameeen ya rab el3alameen

ONE said...

salam,

wah penat nyer, blog saya asyik kena serang jer..sekiranya saudara terdapat sebarang keraguan terhadap penulisan saya dijemput melawat blog terdahulu bagi melihat penjelasan yang telah saya berikan..

itupun lepas dia kurang fitnah saya, hehe kalo tidak malas betol nak layan..

keris panjang said...

Salam semua,
Basgi aku lar, apa yang penting jujur dan ikhlas..tak perlulah kenakan syarat yg bukan2..masaalahnya jujur dan ikhlas tidak dapat dilihat dgn mata kasar..

Aku begitu mengalu2kan agar pas dan umno bersatu kembali..setiap pemimpin dari kedua2 pihak perlu jujur..jgn terlalu bermain politik..mereka perlu memikirkan kedudukan agama dan bangsa kita..mahukah kita mengekalkan keadaan skg dimana agama kita kian diperleceh? Pemimipin2 da pengikut2 tegar dikedua2 belah pihak harus sedar, mereka akan ditanya nanti tentang peranan dan usaha mereka untuk menyatu padukan umat islam..bukan ditanya bagaimana nk dapatkan "kerusi" atau kekalkan "kerusi"...

Aku said...

3alaikom alsalam,

ya ka saudara One.. memang penat kalai asyik kena serang hehe..tapi tak apa, inshallah kita kena kuat semangat untuk teruskan perjuangan menyatukan ummat melayu islam kat malaysia ini..sabar ja lah saudara hehe..puak dia orang ni memang suka maki maki sikit, tapi kita jangan layan maki dia orang.. buat donno je la .. hehe..


saudara keris panjang,

terima kasih kerana sudi melawat blog saya,
inshallah harap2 tak lama lagi umat melayu islam akan bersatu ,pas dan umno kena sedar tentang kepentingan ummah dari asyik bercakar dek kerana peti undi sahaja. kena bertolak ansur demi ummah..saya setuju dengan pendapat saudara yg mengatakan bahawa di akhirat kelak, pemimpin ni semua akan di tanya apa peranan mereka dalam kesatuan ummah muhammad.. kalau sikit tersilap, nahas le jawabnya.semoga mereka di beri hidayan dan bimbingan untuk melakukan kerja2 yg diredhoi Allah inshallah ameen.

JIBRAIL PISHTIM said...

As'kum. Jibrail Pishtim here. Sgt jarang untuk saya ketemukan org2 Melayu Islam berfikiran Ummatic seperti saudara aku313. Saya juga seberpendapat. Saya telah mengahdiri Konvensyen berkenaan legislature, judiciary and mornarchy in malaysia yg di adakan putrajaya pada 6 MAY lalu. Apabila usul mencadangkan pemisahan institusi di raja daripada pentadbiran negara, saya lihat puak2 kuffar bersorak gembira dan bertepuk tgn. Di dalam hati saya, saya tertanya2 apakah org2 melayu islam didialam bilik persidangan itu faham apa maksud tepuk sorai itu? Saya juga tertanya2, kalau Sultan kita berbangsa India atau Cina, apakah usul semacam ini akan di jadikan satu agenda perbincangan? Orang Melayu tidak akan sedar selagi mereka tidak buka kitab suci dan baca. Bacalah Al Quran surah al Baqarah sebagai permulaan. Anda semua akan temui replay sikap2 orang munafiq 1400 tahun dahulu dalam diri pemimpin2 Islam dan bukan Islam skrg. Kembalilah kepada AL Quran dan bersatulah PAS DAN UMNO. Jangan biarkan umat Islam di Malaysia ini menjadi bubur yang boleh dimakan sekali teguk. Jgn sampai anak cucu kita ludah atau lebih dahsyat lagi kencing di atas kuburan kita satu hari nanti lantaran kealpaan kita. Ambil Singapura sebagai contoh paling dekat. Fikir2kanlah....

Aku said...

salam saudara jibrail pashtim,

pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana saudara dapat memahami idea dan pendapat saya dalam mengutarakan kenapa pas dan umno perlu bersatu..

kedua terima kasih juga kepada saudara kerana sudi menziarah blog saya. saya sentiasa alu2 kan kehadiran saudara .. alhamdulillah masih ada juga umat di malaysia ini yg berfikiran seperti saudara. yg mahukan perpaduan ummah sebagai wadah perjuangan sebenar bagi menegakkan islam dan kedaulatan agama kita di bumi Malaysia..saya harap akan ada ramai lagi umat di malaysia ini yg berfikiran seperti saudara..

semoga Allah merahmti saudara dan keluarga selalu inshallah ameen..

Ark King said...

salam.....begitulah seeloknya..pas dan umno perlu bersatu dan kembali kepada al-quran dan sunnah....
lainlah antara sunni dan syiah yang sukar bersatu..yang pernah dibuat ulamak2 dahulu....bagaimanakah syiah hendak bersatu..syiah mencela sahabat terutama umar al-khattab..ini dapat dilihat dengan berdiri megahnya macam istana kubur si abu luluah di kashan IRAN...abu luluah ialah pembunuh umar al-khattab r.a.......

Aku said...

wsalam saudara ark king,

terima kasih kerana sdi menzirahi blog saya.. inshallah kita sama ama panjatkan doa dan menyeru kepada umat islam di malaysia upaya bersatu dan tidak berpecah belah kerana ini hanya akan membuka tirai gerbang kejyaan kepada musuh kita untuk merobek dan memusnahkan keatuan umat nabi muhammad di malaysia..

mengenai sunni dan syiah, bagi saya kita harus meneruskan usaha untuk menyatupadukan dan berdoa terus supaya mereka kembali kepada jalan yang benar2 diredhoi Allah dan mendapat keberkatan rasulullah walaupun kita sedia umum tahu mengenai kedegilan kumpulan2 syiah yg terus menerus mahu mencaci dan melaknat para sahabat walhal perkara tersebut langsung tidak mencontohi keperibadian akhlaq serta perbuatan ASLI DAN SEBENAR ahlulbayt rasulullah!

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Alhamdulilah saya ucapkan diatas kebesaran Illahi kerana ada diantara umat Muhammad sedar akan pentingnya perpaduan dan penyatuan sesama muslim, tidak kira parti mana disertai. Keadaan politik sekarang lebih banyak memporak perandakan keutuhan umat Islam dinegara ini.

Bagi saya, banyak perkara yg menyumbang kearah bibit perpecahan umat Islam dinegara ini baik dari UMNO maupun Pas. Tapi yg lebih penting adalah gerakan perpaduan sesama ummah mestilah dimulakan dari peringkat akar umbi. Mungkin salah satunya adakan muzakarah sesama ummah dari berlainan parti.

Kalau PM kata Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan maka kita letak keIslaman didahulukan Perpaduan diutamakan. Maksud saya begini, kita sebagai majoriti Melayu Islam haruslah memberi keutamaan kpd prinsip Islam dlm segenap aspek kehidupan samada politik,sosio dan ekonomi.Manakala perpaduan hendaklah menyeluruh terutama sekali perpaduan sesama muslim kemudian barulah perpaduan atas keseluruh rakyat tak kira bangsa dan agama.

Bagaimana kita menjadi contoh dan umat dihormati kiranya kita gagal bersatu antara sesama muslim?

Allahuakbar....bersatulah saudaraku muslibersatulah kerana Allah SWT. Lupakan pertikaian politik. Bersatulah demi agama kita,waris kita dan suatu hari nanti kita akan dipertanggungjawab atas apa yg perbuatkan hari ini...

Wassalam
Abg Mohammad Montaha