Memerhati,mempelajari dan menghayati...
PERINGATAN BUAT SEMUA
MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.
Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Thursday, April 2, 2009
SELAMAT BERSARA PAK LAH DAN TAHNIAH DATO SERI NAJIB !
Bismillah
Assalamualaikum
Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Bersara Pak Lah .Semoga Allah merahmati an memberi keampunan kepada kita semua.Jasamu akan dikenang Inshallah.
Dan Pada 3 April 2009 bersamaan 7 rabiul Thani 1430AH, Jumaat, maka secara sahnya Malaysia akan diterajui oleh Perdana Menteri kita yang ke-6 iaitu Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Tahniah saya ucapkan kepada Dato Seri dan semoga Dato Seri akan menerajui negara dengan lebih baik dan mantap dan berjaya menyatupadukan rakyat yang kini berpecah belah akibat hasutan dan mainan orang-orang 'gila' .
Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada Dato Seri dan semoga Allah akan membimbing Dato Seri dalam meminpin negara Malaysia ke arah negara yang di redhoi Allah Inshallah Ameen!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
MCA tuntut jawatan TPM Cina
Apr 3, 09 3:03pm
Timbalan setiausaha agung MCA menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencermin "perkongsian kuasa sebenar".
"Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah lama menerima dan memberi sokongan penuh kepada ideologi pentadbrain berasaskan kepada perkongsian kuasa di negara ini.
"Bagaimanapun, selepas 52 tahun merdeka, kita terus merasakan bahawa perkongsian kuasa itu hanya satu slogan dan tidak mencermin situasi sebenar, yang kita amat harapkan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.
"Oleh itu, rakyat Malaysia kini kecewa dan tidak puas hati dengan situasi sebenar kita sekarang kerana ia hanyalah satu cakap kosong," kata Datuk Loke Yuen Yow.
Menurutnya lagi, jawatan kedua timbalan perdana menteri untuk presiden MCA bukan sahaja membantu merealisasikan konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan bahawa kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara.
Loke menambah, jika diberi jawatan seperti dituntut, presiden MCA boleh, dalam kapasitinya sebagai anggota kabinet, membantu menggariskan dasar yang lebih adi dan berfaedah kepada semua pihak, terutama masyarakat Cina dalam ekonomi dan pendidikan.
Beliau juga menegaskan bahawa MCA telah mewakili perjuangan masyarakat Cina, untuk mencapai kemerdekaan negara, bersama Umno dan MIC pada 1957.
"Oleh itu, dalam proses pembinaan negara, sumbangan yang dihulurkan oleh MCA dan masyarakat Cina adalah amat banyak dan sangat besar," tambahnya.
Pada masa yang sama, Loke mengulangi lagi desakan awal MCA bahawa presidennya mesti dilantik sebagai timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN.
"(Pelantikan) ini akan memanifestasikan senario sebenar perkongsian kuasa bawah pentadbiran Datuk Seri Najib," tambahnya.
"Sebagai seorang pemimpin yang bijak dan berpandangan jauh, Datuk Seri Najib perlu melihat peri pentingnya dan keperluan mewujudkan jawatan-jawatan timbalan perdana menteri Cina dan timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN - yang kedua-duanya dipegang oleh presiden MCA."
semoga PM yg baru dapat membawa malaysia ke mercu keagongan..
insyaallah
salam,
Inshallah ameen. terima kasih bro atas komen yg ikhlas .
Post a Comment