Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Tuesday, April 7, 2009

Orang Melayu Islam VS Orang Melayu Islam = ???

Bismillah

Assalamualaikum


Kelmarin telah selesai sudah pilihanraya kecil di tiga tempat iaitu Bukit Gantang, Bukit Selembau dan Batang Air. BN kalah di dua bukit tetapi memperolehi kemenangan di Batang Ai.

Umum mengetahui undi Cina yang memenangkan PAS. Dahulu Cina menolak PAS kerana prinsip PAS untuk membentuk Malaysia sebagai negara ISLAM dengan menjalankan hukum hudud. Pergilah lihat bagaimana LIM KIT SIANG di dalam blognya mengecam pembentukan negara Islam. Bagaimana dia menolak jika ada unsur unsur untuk menjadikan Malaysia negara Islam dengan menjalankan hukum hudud.
Tetapi kini mengapa orang-orang Cina sanggup memberi undi kepada PAS? Sudah jelas ia adalah kerana PAS dan DAP kini di bawah bumbung yang sama. Malah PAS juga telah mengorbankan prinsip utama parti mereka iaitu untuk memperjuangkan negara Islam dan hudud.Apa yang diharamkan ke atas UMNO dahulu kini halal semuanya bagi PAS.
Inikah yang dikatakan parti membela Islam?

Ada golongan yang mendabik dada kini mengatakan bahawa PAS 'kononnya' telah berjaya berdakwah kepada golongan Cina. Ya kah? Apa hasilnya?

1-Telah berani mempersendakan dan menjadikan ayat Quran sebagai alat di dalam ceramah politik mereka.Kononnya sedang menkaji quran. yalah tu. Mengkaji Al-Quran sampai nama Surah pun disebut salah?Hingga tercipta nama SURAH AURA? Setahu saya pengalaman berdebat dengan orang Kristian yang pernah menkaji Quran, nama Surah pun mereka hafal dengan 'baik' sekali.

2-Berani menjatuhkan hukuman kepada orang Islam lain kononnya mereka itu sesat. Siapa mereka hendak menjatuhkan hukuman kepada orang Islam sebagai sesat? Fahamkah dia makna 'dhal' itu?

Isu-isu seperti penggunaan kalimah Allah di dalam Bible, bantahan terhadap pengunaan ayat Quran oleh kafir dalam agenda tertentu , Bar-council yang di 'support' Anwar , etc membuatkan Cina lebih jatuh hati kepada PAS. Hanya kelibat orang-orang UMNO sahaja yang sibuk membantah semua tindakan bukan Islam dalam isu terbabit tetapi PAS menyokong mereka ! Inikah yang dikatakan PAS sudah berjaya berdakwah terhadap kaum bukan Islam itu???

Ah, mungkin PAS akan mencatat sejarah tak lama lagi sebagai pelopor utama parti Islam yang menjadikan Malaysia sebagai Islam ala-ala INDONESIA yang dipuja-puja oleh Anwar.
Tak lama lagi bolehlah kita lihat orang Melayu Islam bernikah dengan si Hindu atau si Budha tanpa perlu bertukar status agama mereka. Tak lama lagi bolehlah kita melihat anak anak- Melayu Islam diberi pilihan sama ada untuk menjadi Kristian atau Islam.(Liberal lah kononnya)
Tak lama lagi bolehlah kita melihat dalam satu bilik, berhala, patung Mary , Kaabah diletakkan bersebelahan. Dan kemudian orang Islam bersolat di sebelah Kristian dan Budha atau Hindu yang bersembahyang kepada berhala mereka dalam satu bilik.

Sudah sudah lah . Sejarah ulama-ulama dan umat Islam ditipu masih tidak dijadikan sempadan. Masih tidak serik lagi. Masih tidak lihat bagaimana penipuan ini menjadikan empayar-empayar besar Islam dahulu jatuh tersungkur di kaki kafir yang telah berjaya memporak-perandakan kesatuan Ummat Islam.kafir yang telah berjaya menggubal otak 'ulama' supaya meliberalkan fahaman agama Islam supaya orang Islam lebih 'terbuka' dan 'terkangkang' dalam bab memelihara agama Islam yang suci.

Apa faedahnya sesama Islam bergaduh?? Faedahnya ialah ada pada orang Bukan Islam. Orang Islam 'NgaNga' sahaja lah.


Oh UMNO yang salah? UMNO sahaja yang terlibat dalam rasuah? UMNO yang membuka jalan maksiat? Isteri-isteri pemimpin UMNO tidak berhijab? UMNO yang menolak Hudud? semuanya UMNO UMNO UMNO UMNO, bukan kah begitu yang kalian hendak tundingkan?Ini sahaja yang sering keluar dari mulut kalian bukan?
Tahu tak apa itu erti kesatuan ummah? Tahu tak apa itu erti bergerak dengan tidak mencacatkan ummah??
Tahu tak jikalau kesatuan ummah lemah, maka senang lagilah kerja si kafir untuk merobek akidah dan pegangan anak anak Islam di masa hadapan?? Sikit-sikit lama -lama jadi bukit!

Apa jasa kalian pada Islam? Apa yang kalian buat dalam menegakkan perjuangan Rasulullah iaitu menyatupadukan ummat baginda??? Apa yang kalian lakukan untuk Islam setelah 50 tahun merdeka? Mencaci mencarut itu semua etika pejuang Islam kah? Oh perjuangan hudud? Tapi mengapa sekarang dilupakan? Oh ya, 30 tahun lagi sebab keadaan ekonomi tak sesuai?? Jadi 50 tahun dahulu ekonomi Malaysia sesuai lah? Usahlah menjadi lidah ular dalam berkata kata. Dahulu semuanya di haramkan ke atas UMNO tetapi kini di 'halal'kan pula untuk kalian semua?



PAS, sudah sudah lah berdendam dengan UMNO. Pulanglah ke pangkal jalan. Kemenangan yang berpaksi kepada duniawi hanya sementara sahaja. Di akhirat kelak orang yang 'Islam lebih' akan disoal 'lebih' juga walau sebesar hama kesilapan tersebut. Ini kerana seseorang kononnya beragama yang menjadi punca perpecahan umat Islam akan menghadapi pengadilan dengan berat sekali bahkan jawablah kamu semua dengan Rasulullah kelak kerana telah menjadi golongan yang merosakkan kesatuan UMMAT YANG DIKASIHI BAGINDA! Jawablah kalian semua kerana berani 'menjatuhkan' air mata Rasulullah dengan merosakkan lagi Kesatuan Ummah yang sudah pun sedia ada lemah dan tidak bermaya....


Allahumma Salli ala Muhammadin wa 'ala Ali Muhammadin, kama sollaita 'ala aali Ibrahim innaka Hamidun Majid.Allahumma barik 'ala Muhammadin wa 'ala aali Muhammadin, kama barakta 'ala aali Ibrahima, innaka Hamidun Majid."

Sahih Bukhari-

54 comments:

Anonymous said...

eleh ko sendiri kata Pas sesat...mungkin ko kata bini pemimpin pakai tudung sesat. Ikut style Rosmah barulah tak sesat..

Org Melayu Islam dah bersatu bawah PR

Aku said...

salam,

kepada Anon eleh-eleh,

saudara telah memfitnah saya dengan mengatakan kononnya saya mengatakan bini pemimpin pas yang pakai tudung sesat..

banyak banyak mengucap dan bersolawat ye? jangan suka suka nak fitnah dan putar belitkan 'statement' orang.

nampak sangat saudara ni hardcore PKR dan penyanjung Anwar Liberal dan bukan orang PAS yang 'at least' tahu jugak selok belok code etika berdiskusi cara orang Islam. :)

haha bersatu bawah PR? undi di bukit gantang pun Cina yang bagi menang puak PR. Undi melayu banyak diberi kepada UMNO, ITU saudara cakap Melayu bersatu bawah PR?

BERSATU DALAM MENGHANCURKAN KESATUAN UMMAT NABI MUHAMMAd ada lah..

Aku said...

oh ya satu lagi.. saudara dah berjaya mentarbiyah setiap ahli kelauraga saudara termasuk keluarga besar untuk berhijab?

bagaimana dengan jiran saudara dan wanita wanita sekampung atau setempat dengan saudara? pergi dahulu tarbiyah mereka pasal isu Hijab kemudian kita bercakap soal Hijab okay?

mengutuk dan mengeji saja pandai,, memberi idea yang bernas dan berhikmah untuk bantu pulihkan orang islam apa pun tak ada..

Anonymous said...

Salam bro..

Aku keturunan arab,jadi selayaknya islam itu untuk bangsa aku..bukan untuk melayu. Imam Mahdi a.s juga dari bangsa aku. Jadi..tak usah takbur nak cerita kau keturunan habib la. Baru 2 sudu teh darah arab dalam badan tu nak takbur. Lain lah ana yang baru try makan belacan ni.

Busuk sungguh makanan melayu ni. Patutlah otak pun jadi belacan. Sebenarnya ana try makan belacan untuk belajar bahasa melayu.

Aku Arab,bukan Habib

Anonymous said...

Lagi satu..

Ana tengok ente suka sangat meng gelarkan islam kepada beberapa gelaran. Ente sangat suka menggelarkan seseorang dengan gelaran islam liberal (ente ini org paklah ka? ,yg ana tahu paklah ada gelar islam hadhari. ).

Cukup-cukuplah memfitnah Allah s.w.t. Allah suda tetapkan Islam itu hanya satu kalimah iaitu ISLAM. Tiada gelaran moden untuk memperbaharui ajaranNya.

ONE said...

salam,

nampaknya takdir tuhan telah memenangkan puak-puak anwar ini..saya percaya sikap doble standard pmbangkang itu pasti akan terkena pada batang hidung mereka sendiri juga nanti.

x mengapalah kerana sesungguhnya dugaan ini lah yang menunjukkan kasih sayang tuhan terhadap negara kita malaysia dan pemimpin-pemimpin negara yang terpaksa berhadapan dengan tohmahan dan fitnah pihak tidak bertanggungjawab.

Semoga rakyat malaysia mampu terus mempertahan kan jati diri mereka dalam menghadapi saat-saat mencabar ini..

InsyaAllah

Aku said...

wsalam,

keturunan arab? LOL. rasulullah pun bukan keturunan Arab tulen. Kami para habib dan keturunan banu hasyim serta banu Quraysh ialah keturunan Arab Adnani. Islam menjadi perjuangan utama kami. Kesatuan Ummat menjadi agenda utama kami. Sejarah banyak mengajar bahawa perpecahan umat islam mengundang kepada kemudaratan kepada Islam.belajar itu apa maksud istilah Arab adnani, arab qahtani dan sebagainya okay?

Tak pernah kenal apa itu Islam Liberal? Islam Liberal ialah Islam yang di canang-canangkan oleh puak yahudi Bush, Obama , dan sekutu sekutu mereka.Hingga satu ketika ada yang berani menerbitkan Quran palsu.Mujur pihak umat islam dapat menghidu kejahatan mereka ini.

pergi kaji balik sejarah kewujudan Islam Liberal( iaitu Islam yang hendak diliberalkan oleh musuh Islam)

kata pejuang mujahideen, tapi istilah islam liberal pun tak pernah kenal?

and am so sorry bro, Imam mahdi dari Ahlulbait.dari bangsa Arab Adnani.itu yang di khabarkan oleh rasulullah. iaitu Imam Mahdi dari golongan keturunan habib juga tetapi bila sampai waktunya Allah akan muncul juga Al mahdi yang dikatakan Oleh rasulullah .

dan bagi islam,

tiada Arab melebihi 3ajam atau 3ajam melebihi arab ; hanya taqwa...


haha enta menghina darah habib ana> tahu tak Imam Ali zainal Abidin berdarah parsi dari ibunya? manakalau cucu nabi yang bernama Imam Ali redho ibunya berbangsa nubian sampai puak menderhaka ketika itu perli imam Ali redho sebagai anak 'orang hitam'

jangan lah nanti saudara nak menghina cucu-cucu nabi ni pula yang sememangnya memunyai pangkat ulama besar dalam sejarah islam sebab ibunya berdarah Parsi dan Nubian dan mengatakan...

""Baru 2 sudu teh darah arab dalam badan tu nak takbur.""


Dan banyak rakan rakan ana yang memang asal di Arab dan tak tahu langsung cakap melayu macam enta,makanan rutin mereka juga ialah kabsa, shawarma, qabulli, harisah, fattoush , etc..lidah mereka tak pulak menghina bangsa melayu . malah mereka menyayangi orang melayu Islam sebagai saudara Se islam mereka.

sapa yang lebih kuah dari sudu ni eh?Hurmmm

Aku said...

and lastly,

bongkaknya 'statement' saudara mengenai Melayu. malu sungguh jikalau saudara yang berkata kata sedekimiakn tetapi mengaku sebagai mujahideen..

Ada apa pada Arab. Buka surah taubah ayat ke 101. Lihat bagaimana Allah berjanji akan menyiksa bangsa arab dusun dengan dua kali azab kerana bersifat munafiq yg boleh membawa kemudaratan kepada Islam dan ummah. :)

Aku said...

salam saudara ku One yang di kasihi,

benar kata kata saudara.Umat Islam sekarang ini pun sedang diuji oleh Allah. Saya ada minta pandangan satu ulama luar negara mengenai kasus yg terjadi di malaysia sekarang ini. katanya bersabar dan bertwakkal kepada ALlah. Ini ialah masa Umat Islam di uji oleh Allah. harap-harap kita semua akan tetap bersabar dan kemudian penyatuan umat islam di malaysia akan berlaku seterusnya martabat agama bangsa negara akan dijulang di tempat yang tinggi Inshallah..

saya hanya takut satu perkara sahaja. Sejarah membuktikan setiap umat islam bekerja dengan bukan islam untuk menjatuhkan orang islam yang lain, akhirnya jalan itu memakan diri semua umat islam . Contoh kini yang paling ketara ialah Iraq.

Anonymous said...

Kamu keturunan habib? Ahlul Bait??

KAMU PEMFITNAH RASULULLAH S.A.W !!

MANA PUJIAN SAYYIDINA UNTUK ROSULULLAH? BETULKAN SOLAWAT TU DULU. SALLI ATAU SOLLI?

WEI ARAB!!
BETULLAH CAKAP KAU TU,TAPI AKU MAKAN KHABAB LAHMUN GHONAM.

Anonymous said...

Ya Allah...

Bukakanlah hati Nga Kor Ming untuk menerima islam sepertimana kau bukakan hati Saidina Umar Al Khattab r.a.

pemerhati bebas.

Aku said...

Salam,

hahaha

khabab ?? saudara makan khabab lahmun ghonam? lahmun ghonam tu kira ok lah.. tapi khabab tu apa yah? yang saya tahu Khabab itu ialah salah satu bandar kat Syria.Jadi saudara nak makan bandar tu kah? hahaha

Kabab lah.. bukan Khabab.Arab menyamar ni..masalah sungguh bila orang bukan Arab nak menyamar jadi Arab..ada apa pada Arab? Semua sama sahaja. Orang asli ke india ke.. semua kan makhluq Tuhan. kekalkan identiti anda. tak payah nak berlakon jadi orang Arab yang kononnya baru nak cuba makan belacan tapi entah entah kuih lapi sarawak pun saudara pandai buat heheh..( walaupun saya bukan orang sarawak tapi saya suka kuih lapis sarawak. sedap mashallah)


Oh ya lagi satu. kabab tu asal makanan orang Turki. Bukan Arab tau!


oh bab salli ka solli.. yang penting ejaan di dalam bahasa Arab saya tahu macam mana.INi cuma rumi.. tak termaktub pun kalau dalam Rumi kena tulis macam tu sahaja okay?

Hurmmm lepas ni komen saudara saya tak approve dah kan tau..sebab hanya berunsurkan cacian dan hinaan serta menunjukkan penyamaran anda sebagai orang Arab walhal makanan Arab pun tak kenal.Lagi satu saudara ni macam baling batu sembunyi tanganlah. Cuba komen dengan identiti. baru gentleman sikit okay:)

kalau nak guna sayyidina pun, saya akan masuk neraka ka? Confirm kah saya akan di azab Allah kalau saya guna sayyidina? banyak doa doa sahih apabila menyebut nama rasulullah menggunakan sayyidina...




Ps: sound macam aku pernah kenal.. mungkinkah kau ialah Shaffffff.. hehehe..

Aku said...

dan satu lagi.. selawat yang saya sebut tu ada dalam sahih bukhari.. lain lah kalau saudara tak percaya hadith atau anti hadith.. itu saya lepas tangan..sebab saya memang alergi dengan golongan anti hadith ni..

Aku said...

oh lagi satu..khabab tu nama orang jugak .. apa audara makan daging orang yang bernama khabab ka? isk isk takutnya..hehhe gurau gurau je.

Aku said...

Salam pemerhati bebas.. terima kasih saya ucapkan kerana sudi melwat blog saya dan ameen inshallah semoga doa sauadar di makbulkan.

namun begitu, kita disini bukan untuk mempertikaikan hidayah Allah yang sampai kepada sesiapa yang dikehendakiNya

Allah Yahdee Man Yasha2

Persoalan yang kita ungkaikan ialah tugas untuk memelihara ayat ayat Alllah dari senang di pergunakan oleh pihak tertentu untuk agenda tertentu. kenapalah umat Islam masih tak mahu belajar dari Sirah yang menunjukkan penyebab kejatuhan empayar-empayar Islam??

Adussss sudah penat saya nak ulang dan terus ulang.

Okaylah mari saya 'quotekan sedikit cerita sayyidina Umar Al-Khattab okay?

Pada suatu hari, Umar al-Khattab pergi ke rumah adiknya Siti Fatimah setelah diberitahu bahawa adiknya telah memeluk agama Islam. Ketika beliau datang, Fatimah dan suaminya, Said sedang mendengar Khabbab membaca ayat suci Al-Quran. Khabbab ditugaskan oleh Rasulullah untuk mengajar mereka tentang agama Islam.

“ Wahai Fatimah, buka pintu rumahmu ataupun aku pecahkan!” teriak Umar al-Khattab. Mendengar teriakan tersebut , Fatimah dan Said menyuruh Khabbab bersembunyi di dalam bilik tidur. Umar al-Khattab menerpa masuk lalu bertanya, “Suara siapakah yang aku dengar tadi?”. Fatimah dan Said tidak menjawab . Umar al-Khattab ternampak sesuatu yang dipegang oleh Fatimah. “ Apa yang engkau pegang itu, wahai Fatimah?” Tanya Umar al-Khattab. “Wahyu Allah. Itu yang kami sedang baca tadi.” Mereka berdua dipukul dan dibelasah oleh Umar al-Khattab.

Melihat keadaan adiknya itu, tiba-tiba Umar al-Khattab berasa kasihan lalu berkata, “Aku tidak bermaksud hendak menyakiti kamu. Maafkan aku kerana tidak dapat mengawal perasaan marah” Umar meminta kebenaran untuk membaca lembaran yang tertulis ayat-ayat suci Al-Quran. “Pergilah mandi dan bersihkan diri dahulu. Selepas itu, barulah engkau boleh membaca ayat-ayat suci itu,” kata Fatimah.

Umar al-Khattab menuruti permintaan adiknya. Selepas membersihkan diri, Umar al-Khattab duduk bersimpuh di atas lantai lalu membaca ayat-ayat suci itu:

“ Taa' Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang Yang takut melanggar perintah. Allah (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) Yang menciptakan bumi dan langit Yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy. Dia lah jua Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi serta Yang ada di antara keduanya dan juga Yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.Dan jika Engkau menyaringkan suara Dengan doa permohonanmu, (maka Yang demikian tidaklah perlu), kerana Sesungguhnya Allah mengetahui Segala rahsia dan Segala Yang tersembunyi”.(Surah Taha:1-7)

“Alangkah indahnya ayat-ayat ini. Aku begitu menyukainya…..” kata Umat al-Khattab. Setelah kejadian tersebut Umar telah berjumpa Rasulullah dan memeluk agama Islam. Selepas memeluk Islam , hatinya yang keras itu digunakan bagi membela Rasulullah dalam Islam.


Lihat tak macam mana sekurang-kurangnya adik sayyidina Umar meminta sayyidina menghormati ayat Quran sebelum nak dibacanya? bagaimana Raja Najasyi yang menangis sampai basah janggutnya apabila diperdengarkan ayat ayat Allah dalam surah Maryam oleh Jaafar Al tayyar..

Mereka ini semua menangis apabila mendengar ayat ayat Allah dan kemuian terus memeluk Islam.

Tindak tanduk Ngah dipersoalkan sebab kenapa dia guna dalam politik!!
kalau benar dia mengkaji Al-Quran. kenapa sampai nama surah pun boleh silap??

saya ada ramai kawan orang america yang peluk islam. Mereka mengkaji Quran dan tak pernah pun salah dalam menyebut nama Surah.


Oh ya kedengaran pada waktu seketika sammy vellu pun pernah menghina Quran. tetapi kenapa PAS tidak pun mendoakan nya untuk mendapat Hidayah? Hurmmm mungkin kalau Sammy Vellu menyokong PAS, pasti dia akan di doakan oleh orang PAS bukan?

kalau sokong UMNO sokong Bn;

orang itu semua akan di doakan untuk di matikan dan dijahanamkan hidup mereka bukan?

Anonymous said...

Beza orang bukan islam yang menyokong BN..

Mereka hanya tahu islam hadhari. Islam yang di turunkan oleh Allah mereka tidak kenal. Ucapan samy vellu itu tuan sudah tahu. Fikirlah sendiri. Belum kira mca lagi,komponen kesayangan BN dan UMNO.

Beza orang bukan islam yang menyokong pembangkang..

Mereka sudah mula rajin menyemak dan cuba memahami al-quran. Dan mereka tidak mempersendakan al-quran. Buktikan mereka mempersendakan al-quran. Saya tidak membela nga kor ming. tapi saudara sendiri faham,dalam banyak-banyak mualaf,tunjukkan saya berapa ramai golongan mualaf yang membaca al quran dengan penuh tartil?

Orang arab yang bukan islam pun lagi pandai baca dari orang melayu kita baca. Siap kutuk lagi bahawa al- quran itu sihir dari Nabi s.a.w. Baca sirah balik. Ada masa,baca artikel ini --> http://lobai-kampung.blogspot.com/2009/04/hina-quran.html

pemerhati bebas

Anonymous said...

Org PAS dan umno dari segi sifat fitrah manusia,tak banyak beza. Masing2 mempunyai mulut dan hak di dunia ini untuk berkata-kata. Setiap perbuatan akan di hitung. Hanya tunggu masa.

Di dalam dunia ini menawarkan 2 pakej iaitu :

Pakej pertama ialah kemajuan kebendaan semata-mata, kehebatan duniawi semata-mata dan kebanggaan dari segi kekuasaan dan kekayaan.Pakej pertama dipelopori oleh Fir'aun, Numruz, Qarun dan lain-lain.

Pakej kedua ialah kemajuan bersepadu, kehebatan menyeluruh serta pelaksanaan syari'at Allah untuk kebahagiaan di dunia dan ketika di akhirat.Pakej kedua disampaikan oleh Para Rasul dan disambung oleh mereka yang patuh atau bersikap baik terhadap syari'at.

Saya sebagai muslim dan umat Para Rasul, khususnya Muhammad Rasulullah, maka saya mestilah patuh serta bersikap baik terhadap syari'at. Saya lihat wadah-wadah yang ada di Malaysia, hanya PAS yang mengemukakan pakej kedua tersebut.Untuk memerintah Malaysia itu memang ada dalam jadual yang dikendalikan oleh Allah. Saya beriman penuh kepadaNYA.

Di zaman Rasulullah pun macam ada masalah juga. Contohnya, ada juga beberapa sahabat yang rasa tak puas-hati mengenai perjanjian Hudaibiyah dan ada yang berbeza pendapat mengenai beberapa perkara. Itu sebab diturunkan al-Quran. Mereka tetap patuh terhadap perjuangan.

Soalnya kita ikut wadah siapa? Kalau di ikutkan hati,tak mahu saya masuk politik tetapi saya takut dengan satu soalan yang akan di tanya oleh munkar nankir nanti.

Saya mengikut debat tuan dan bebudak arab di atas. Saya bukan habib,jauh dari keturunannya. Alhamdulillah,solat saya cukup,wajib dan nawafil. Tapi saya rasa ianya belum cukup jika kita kata " biarlah mereka memerintah dengan undang2 lord reid,buat apa nak pening kepala masuk politik"?

Sekurang-kurangnya saya lihat PAS banyak berusaha untuk menjadikan al-quran sebagai perundangan. Bukan sekadar di tilawahkan. Cuma menjadi kesusahan untuk di laksanakan kerana tidak cukup majoriti. Majoriti orang islam di malaysia belum cukup beriman hendak menerima al-quran sebagai undang2.

Umno? BN? Ada usaha untuk menjadikan al-quran sebagai sumber perundangan? Hanya sekadar perundangan rumah tangga,nikah cerai. Alangkah bahagianya malaysia dunia akhirat jika umno berpuluh tahun dahulu menjadikan al-quran sebagai wasilah.....

pemerhati bebas

Aku said...

Assalamualaikum

saudara,


pertama kali,

janganlah hanya kerana istilahnya Islam hadhari, 'content' yang baik habis di lihat sebagai tidak baik. saya bukan penyokong Islam hadhari tetapi lihat lah dahulu kepada isinya. Mungkin dari istilah yang mengelirukan pihak orang ramai. tetapi itu pun kerana ada pihak yang terus mengkritik dan asyik menghentam dari segi istilah dan perihal peribadi pemimpin yang cuba memperkenalkan Islam hadhari ini.pada mulanya saya terpengaru juga dengan retorik istilah 'Islam hadhari ni.tapi kemudian apabila saya membaca kembali tujuan dan isinya, saya dapat lihat dan memahaminya especially di zaman sekarang di mana ISLAM di hentam dari semua segi termasuk di dalam dan luar negara.ISLAm di dunia kini mendapat tekanan yang teruk dari pihak tertentu..dan bukan mudah di dalam suasana begini untuk Malaysia yang kecil dan ditambahkan pula di apit oleh negara berpaksikan Amerika di hujungnya,,tiba tiba kita berubah kemudi. Disebabkan itu ' jikalau kita bijak; islam Hadhari ini sepatutnya di jadikan tangga untuk kita kembalikan balik sinar cahaya Islam yang berlandaskan Quran dan Sunnah dengan bijak.tapi sayang, banyak yang tak dapat melihat peluang keemasan itu dan sebaliknya menghentam dan terus menghentam hingga melemahkan lagi kesatuan ummah.Dan pertelingkahan berlaku banyak dari segi istilah ISLAM HADHARI SENDIRI.
satu peluang keemasan umat melayu Islam untuk bersatu dan kembalikan sinar Quran dan sunnah telah pergi.Di harap selepas ini masih ada peluang untuk umat Islam bersatu hati kembali Inshallah ameen.

bab bukan Islam menyokong BN atau tidak;

Selagi mereka tidak mengaku tiada Tuhan selain Allah dan cuba membawa kebenaran Islam sebagai satu satunya agama yang benar di sisi Allah, saya tak nampak perbezaan untuk kita berdoa supaya mereka mendapat hidayah. Mengapa perlu 'bias' dalam perkara ini?

Maaf saudara, saya tak akan teruja jika seseorang cina itu hanya datang membaca satu ayat Quran dan sebut nama surah pun salah di dalam suasana ceramah politik.
kemudian cuba menjatuhkan hukuman ke atas saudara Islam saya yang lain sebagai sesat/dhal.

sebab itu saya cakap,ini niat seolah olah mempersendakan ayat Allah dengan menngunakannya dalam politik dunia mereka yang keji.Tolonglah, saudara juga perlu mengkaji kembali sirah dan sejarah yang telah mempamerkan akibat kebodohan umat Islam yang senang ditipu oleh kafir, telah hancur tamadun islam yang kini hanya menjadi kebanggan kosong oleh umat islam yang masih berlawanan antara satu sama lain.


bagi saya dari dulu lagi politik telah banyak memisahkan umat Islam bahkan menjatuhkan empayar Islam yang agung dahulu.Politik yang saya maksudkan ialah politik duniawi. Bukan politik yang di anjurkan oleh Islam. namun begitu tidak bermakna orang islam perlu berpisah dari politik.saya ada buat sedikit penulisan mengenai Muslim dan Politik.

Pengenalan: Kenapa Muslim perlu terlibat di dalam Politik?

http://aku313.blogspot.com/2009/02/pengenalan-kenapa-muslim-perlu-terlibat.html

Kenapa Muslim perlu terlibat di dalam Politik(bahagian ii)

http://aku313.blogspot.com/2009/02/dengan-nama-allah-yang-maha-tinggi.html#comments



namun begitu, perlu bIjak dalam mengambil peluang untuk menegakkan syariah Allah.

TETAPI BUKAN SESEKALI DENGAN MEMECAHBELAHKAN KESATUAN UMMAH DAN MUDAH TUNDUK KEPADA BUKAN ISLAM.INI KERANA LIHATLAH NATIJAH YANG BERLAKU KE ATAS SETIAP PEMBERONTAKAN UMAT ISLAM YANG BEKERJASAMA DENGAN KAFIR UNTUK MENJATUHKAN ORANG ISLAM YANG LAIN... IRAQ KINI IALAH CONTOH YANG PALING TEPAT.

DISEBABKAN ITU ADA SAYA TERDENGAR BAHAWA KONONNYA ; DATUK ONN JAAFAR TIDAK PERNAH SETUJU DENGAN CARA TUNKU ABDUL RAHMAN MENDAPATKAN KEMERDEKAAN. INI KERANA SYARAT SYARAT YANG DILETAKKAN OLEH PIHAK BRITISH AKAN MEMAKAN DIRI ANAK ANAK MELAYU ISLAM PADA MASA AKAN DATANG. NAH LIHATLAH APA YANG BERLAKU KINI..

JIKA INI BENAR, BENARLAH BAHAWA SECARA ZAHIRIYAH KITA DITINGGALKAN BRITISH TETAPI HAKIKATNYA KITA MASIH DI BELENGGU DAN DI HANTUI OLEH SYARAT SYARAT BRITISH YANG LICIK UNTUK TIDAK MELIHAT UMAT ISLAM BERSATU.

Aku said...

BEGITULAH JUGA PIHAK BRITISH LAKUKAN KE ATAS DUNIA ARAB. MEREKA PECAHBELAHKAN ORANG ARAB SUPAYA TIDAK BERSATU. LIHATLAH.. SAMPAI KINI SATU PEMIMPIN ARAB PUN TIDAK DAPAT BERTINDAK MEMBANTU ORANG-ORANG FALESTINE. HANYA MEETING MEETING MEETING. LEPAS TU BERGADUH TAK HABIS HABIS..

SAYA PERCAYA SAUDARA JUGA TAHU LEBIH LANJUT SEJARAH HIJAZ YANG TELAH DIKUCAR KACIRKAN OLEH BRITISH. INGATLAH, MEREKA TELAH SEDAR DAHULU BAHAWA KETIKA UMAT ISLAM KUAT, JANGAN HARAP NAK LAWAN DENGAN ONE BY ONE. KEMENANGAN PASTI DI PIHAK ORANG ISLAM. DISEBABKAN ITU MEREKA MENGGUNAKA PERANG SARAF YANG AKAN MEMBUAHKAN HASIL DALAM DUA ATAU TIGA PULUH TAHUN KEMUDIAN. SAYA FIKIR MEREKA TELAH BERJAYA DEK KERANA KEBODOHAN SESETANGAH GOLONGAN UMAT ISLAM YANG PERCAYA KEPADA 'SENYUMAN PALSU' ORANG BUKAN ISLAM YANG JAUH DI LUBUK HATI MEREKA INGIN MELIHAT ISLAM LENYAP DARI BUMI ALLAH..

Aku said...

saudaraku pemerhati bebas,

dari lenggok bahasa saudara saya dapat merasakan ketulusan saudara untuk melihat Islam hidup subur dan kembali utuh di bumi Malaysia. Tahniah saya ucapkan dan Inshallah sama sama kita berdoa kepada ALlah dan dikembalikan pemimpin pemimpin negara kita ke jalan yang benar benar di redhoi Allah.

terus terang saya cakap; saya menolak PAS kerana mereka tidak konsisten dengan perjuangan mereka. sanggup 'delay' kan prinsip asal PAS semata mata untuk bergabung dengan DAP dan seterusnya mendalamkan lagi jurang di antara penyokong islam PAS dan penyokong Islam UMNO. menagap prinsip baru ini tidak mereka guna sebagai tolak ansur dengan UMNO dahulu? kemudian perlahan lahan bergerak berdakwah kepada sauara seagama di dalam kesatuan hingga mereka terbuka. saya fikir jika PAS melakukan perkara ini sejak 50 tahun dahulu, kemungkinan kini UMNO dan PAS telah lama bergabung dengan menjalankan syariah Islam sepenuhnya di negara ini.

puak Khawarij juga memikirkan hanya mereka yang benar dan patuh kepada ajaran Islam sebenar. laungan la hukm ila lillah dilaungkan seolah olah hanya mereka yang akan menjulang pengadilan Allah disebabkan tidak bersetuju dengan majlis tahkim.mereka memikirkan hanya mereka golongan yang benar benar ikut quran dan sunnah..tetapi imam ali menyambut dengan lantang dan berkata;

""itu adalah kalimat yang haq namun yang di maksudkan adalah bathil""


ikut lah jejak ahlulbait dah sahabat yang mementingkan keatuan ummah dalam melakukan apa jua perkara.Bergerak untuk tegakkan Islam dalam keadaan yang tidak mencacatkan kesatuan Ummah..

PS: pasal 'budak arab' tu.. dia bukan budak arab pun.. menyamar sahaja..:)

qe-runk said...

dol...n3 ko bnyk soklan dari ayt penyata..
lebih baik ko taip je ayt penyata...
sedikit sebanyak..
ak tau ap pendapat ko dlm topik yg ko yg bual kn ni...

ko bg soklan bertubi2...
ko expect sp nk jwb?

A.K's Life said...

hmmmm...

mmg tak leh ek kalo tak bersih badan takleh baca quran?

hbs tu.. camne diorang nak try baca? nak dpt hidayah kalo diorang nk sentuh quran pon kita tak bg.

maafkan saya, sy n jahil sket bab2 islam ni. baru nak blaja. bley saudara jawabkan? trima kaseh..

Anonymous said...

Salam saudara..

Saudara kena rujuk semula asas penubuhan pas dan dasarnya. Saya yakin dengan PAS sebagai parti yang serius nak menegakkan negara islam walaupun ada parti lain di dalam PR tidak bersetuju dengan negara islam. Itupun ketidak setujuan mereka kerana mereka tahu asas malaysia bermasyarakat majmuk serta malaysia berteraskan undang-undang lord reid. Jadi mereka yang tidak bersetuju logiknya mengatakan malaysia negara sekular kerana undang-undangnya sekular. saya setuju dengan pendapat mereka kerana mereka menjunjung sekularisme. Itu hak mereka. Point saya di sini,kenapa anda menolak PAS dan tak mahu berkerjasama dengan pas walaupun dahulunya pas tidak pernah bergabung sekalipun dngan mana mana parti ( pernah sekali dengan umno tetapi di tendang ). Kenapa baru sekarang anda menolak? Saya dapat rasakan anda menolak pas kerana atas dasar peribadi anda yang tidak suka kepada individu tertentu di dalamnya,bukan kerana parti pas itu salah kerana bagi saya perlembagaan tubuh PAS sudah termaktub bahawa al-quran adalah perlembagaan yang paling tinggi sekali. Bukan individu.

Saya sendiri tidak suka kepada beberapa individu di dalam PAS tapi sebagai orang islam saya tidak boleh menolak PAS kerana PAS adalah parti yang sah di malaysia dan hanya inilah caranya saya boleh berbakti kepada islam dengan cara menyokong pas dan memberi undi kepada PAS lalu bila di takdirkan menang dalam satu-satu pilihanraya secara automatik undi kita itu menyumbang kepada tertubuhnya apa yang PAS perjuangkan.

Saya tidak suka kepada UMNO bukan kerana individu. Ada individu di dalam UMNO juga baik sahsiahnya. Tapi saya tolak awal-awal UMNO kerana UMNO perjuangkan Assobiyyah. Cuba saudara lihat semula Perlembagaan UMNO dan cuba tuan fahami berpandukan al-quran. Cuba lihat Fasal-fasalnya. Apa yang di letakkan di tangga pertama? Syarat Pendaftaran ahli terbuka kepada siapa?

Berbeza dengan PAS,walaupun tidak menang, perlembagaan PAS di tangga pertama saja sudah meletakkan ISLAM sebagai dasar dan meyakinkan hati saya kerana dasar PAS memperjuangkan Islam. Bukan individu. Syarat pendaftaran ahli PAS bagaimana?

Bukankah kita di tuntut berjemaah? Jemaah Islam atau jemaah kebangsaan?

Saya quote kata anda di atas. Aku said : "terus terang saya cakap; saya menolak PAS kerana mereka tidak konsisten dengan perjuangan mereka."

Kata saya : Terus terang saya katakan,anda menolak pas kerana istilah "mereka" bermaksud individu yang anda tidak sebulu. Anda tahu perjuangan PAS itu betul dan tidak bathil tetapi kerana "mereka" anda keluar dari jemaah. Saya tidak menuduh tetapi berkata atas ayat yang anda taipkan sendiri.

Seperti yang saya katakan di atas : "Di zaman Rasulullah pun macam ada masalah juga. Contohnya, ada juga beberapa sahabat yang rasa tak puas-hati mengenai perjanjian Hudaibiyah dan ada yang berbeza pendapat mengenai beberapa perkara. Itu sebab diturunkan al-Quran. Mereka tetap patuh terhadap perjuangan."

Adakah para sahabat lari dari perjuangan? Jangan terburu-buru menceritakan hal khawarij,sejarah british,onn jaafar atau sejarah hijjaz. Insya Allah saya akan cuba jawab mengikut kemampuan yang Allah beri pada saya. Selesaikanlah satu satu.

Pemerhati bebas

Anonymous said...

Aku313, Assalamualaikum. Kalau pengetahuan anda tentang agama masih kurang, jangan nak ajar orang-orang lain lagi. belajarlah betul-betul dulu... asyik-asyik Islam Liberal.... asyik-asyik Anwar Ibrahim... Apa yang membuat kamu meluat sangat kat Anwar? Kamu dah hukum Anwar tanpa kamu periksa terlebih dahulu... Hukum apa yang kamu pakai? Bolehkah berikan bukti keburukan Anwar yang ada fakta? Kamu lihatkah Anwar liwat? Kalau kamu pertahankan Saiful, apa salahnya kami pula pertahankan Anwar yang dituduh. Kita semua manusia, hanya Allah yang tahu. Kami pun tak kata apa-apa kat Saiful, kalau orang lain tulis dalam blog itu mereka punya fasallah. Kami tidak. Kami bersikap tungguh dan lihat, tak berani tuduh dan benci membenci macam kamu tu? Balik-balik Anwar Islam Libral.... Tinggikah ilmu kamu sehingga lebih bijak dari ulamak-ulamak? Kau fikirlah sendiri Nabil!

Aku said...

asalamualaikum saudaraku pemerhati bebas

Point saya di sini,kenapa anda menolak PAS dan tak mahu bekerjasama dengan pas walaupun dahulunya pas tidak pernah bergabung sekalipun dngan mana mana parti ( pernah sekali dengan umno tetapi di tendang ). Kenapa baru sekarang anda menolak? Saya dapat rasakan anda menolak pas kerana atas dasar peribadi anda yang tidak suka kepada individu tertentu di dalamnya,bukan kerana parti pas itu salah kerana bagi saya perlembagaan tubuh PAS sudah termaktub bahawa al-quran adalah perlembagaan yang paling tinggi sekali. Bukan individu.

------------------------------------------------

saudara,maakan saya tetapi nak cerita sedikit sejarah mengapa saya menolak PAS kini.

waktu ketika PAS tak dipandang, dan dicemuh di tempat saya malah langsung tak di endahkah oleh penduduk setempat. ahli kelurga sayalah yang bertungkus lumus untuk PAS. malah kami juga memberi sebuah rumah tanpa perlu membayar apa apa untuk PAS jadikan markas dan membuka sekolah PASTI. saudara perempuan saya dan ada tiga empat orang lagi sahaja yang menjadi pelajar waktu itu.Yang lain semua ke KEMAS.
Ayah saya hampir ditumbuk kerana mempertahankan perjuangan PAS ketika itu.Tapi mana dia gentar. Malah bersabar( bukan seperti penyokong baru PAS kini yang hanya tahu membuat kecoh.)

Saya dapat lihat jurang perbezaan penyokong PAs kini dengan PAS dahulu yang benar benar mahukan Islam.Masa mereka di isi dengan menghadiri ceramah ceramah agama yang bermanfaat.kadang kadang saya lihat ayah saya pulang sampai 4 pagi sebab dia dan rakan rakan menghadiri usrah dan ceramah agama orang PAS(tanpa maki hamun dan carut.hanya agama)

Masa itu kalau PAS buat ceramah di tempat saya pun (hasil tungkus lumus ayah saya dan rakan-rakannya) , boleh kira dengan jari sahaja yang hadir. Dahulu, penuh rumah saya dengan Harakah.Masa tu nak dapatkan harakah pun payah .Bila orang datang rumah saya, mereka gelakkan ayah saya sebab harakah yang ada boleh buat stok besar . masa tu siapa pun tak berapa pandang nak baca harakah.

PAS dahulu lebih konsisten dengan perjuangan mereka. memmang ada yang kami tak setuju contohnya sesetengah pemimpin PAS memaki hamun dalam ceramah mereka tapi itu kami tutup sebelah mata sebab memandangkan PAS sebagai parti Islam boleh menjadi "balance" untuk saudara Islam kita UMNO.Pas boleh bersama sama dengan UMNO jika ada anasir anasir yang cuba untuk menggugat rububiyyah dan ubuddiyah Islam di bumi Malaysia.Kesatuan umat Islam masih boleh dipeliharan memandangkan kita ada dua parti yang bermajoritikan Islam.

kami tahu PAS sebab masa mula mula PAS ditubuhkan, ada salah seorang ahli keluarga tua saya terlibat di tempat saya.

Tapi sayang, kini PAS kami lihat sudah jauh dari apa yang kami lalui bersama sama PAS ketika dicemuh dan tak diendahkan.Kami tak mahu kuasa berteraskan perpecahan ummah.Kamitak mahu mendabik dada kononya telah berjaya menegakkan Islam atas dasar perpecahan Ummah.Ini bukan perjuangan ahlulbait dan para sahabat. Kini saya dapat lihat sendiri bagaimana orang yg dahulunya PAS ialah satu bahan jenaka bagi mereka tetapi kini apabila PAs berada di tampuk kuasa 'palsu' ramai-ramai mereka menyokong PAS.


Sekarang ni ketika PAS berada di ambang kuasa,kami tidak bersama PAS kerana kami mahu PAs kembalikan kesatuan Ummah dan keluar dari kepompong penipuan perjuangan palsu.


-------------------------------------------------

Kata saya : Terus terang saya katakan,anda menolak pas kerana istilah "mereka" bermaksud individu yang anda tidak sebulu. Anda tahu perjuangan PAS itu betul dan tidak bathil tetapi kerana "mereka" anda keluar dari jemaah. Saya tidak menuduh tetapi berkata atas ayat yang anda taipkan sendiri.

------------------------------------------------




saudara ,

sekelumit pun tak terlintas di hati kami bahawa kerana individu kami menolak PAS. ada apa pada dendam antara individu? hatta Imam Hassan di datangi seorang syami, dan kemudian dicemuh dimaki di herdik di hadapan orang ramai, tetapi Imam hassan tetapi melayannya dengan baik hingga menagis tak henti syami itu menyesal atas perbuatannya.

saudara, saya akui tentang sejarah perjanjian Hudaibiyah.Memang ada sahabat yang tak bersetuju hinggakan ada yang bertanya " Inikah Nabi"? tetapi sayyidina Abu Bakr menenangkan kembali sahabat tersebut.
Perjanjian Hudaibiyah melambangkan antara perjanjian orang Islam dengan kafir . Tetapi bukan dengan menggadaikan prinsip Islam sendiri.Melalui Hudaibiyah lah,merupakan "rentetan" dan perjanjian yang berhikmah di mana akhirnya terjadi engan izin Allah bagi kejayaan fatah makkah.

Ada PAs buat perjanjian yang berhikmah sedemikian dengan DAP? Malah saya lihat PAS kini terus akur dengan DAP dan sanggup pula melupakan perjuangan untuk Negara Islam.
saudara tahu tak, malah saudara saudara Islam saya di luar negara terkejut dengan pernyataan Hadi awang yang mengatakan

" No MORE ISLAMIC GOVERNMENT".masa pilihinraya 12 lalu.


Dan tahu mengapa Sahabat2 terus kan perjuangan? ya kerana Quran dan kerana mereka tahu jika berlaku perpecahan antara mereka, nescaya orang orang kafir akan menang.cahaya Ummah akan semakin malap.

Jika saudara ingin mengatakan bahawa ini juga helah PAS untuk berkuasa, kalau begitu saya ada dua soalan yang ingin saya tahu:

1-Jikalau PAS mempunyai jalan
"ABu Hussein"
kenapa perjanjian yang PAS buat dengan DAP tidak boleh dibuat dengan UMNO?sekurang-kurangnya UMNO orang Islam dan menjadi tugas PAS untuk membawa kembali orang UMNO ke pangkal jalan dengan cara apa sekalipun. tetapi kenapa DAP juga menjadi pilihan?

2-kenapa dahulunya UMNO 'dikafirkan' kerana bergabung dengan MIC dan MCA tetapi kini halal pulak bagi PAS bergabung dengan DAP?

dan siapa cakap UMNO perjuangkan Asobiyyah saudara. Saya lihat di dalam UMNO ramai pelbagai keturunan yang terdiri daripada Melayu, Cina, Inia, Arab, benggali tetapi mereka semua Islam.mereka ini saudara islam kita. kalau ada yang tak betul menjadi tugas kita untuk memperbetulkan tetapi bukan dengan jalan maki hamun, perli, caci, hina etc.

Jika saudara hendak tahu apa itu Asobiyyah, saya rasa di kelantan cukup sebagai contoh yang ketara. semangat 'kelantanese' hinggakan meminggir saudara islam sendiri hanya kerana mereka bukan orang kelantan. Ini yang di namakan contoh Asobiyyah saudara. aya sendiri pernah pergi ke kelantan. Ingatkan negeri di bawah didikan Nik Aziz, sudah pasti akhlaq mereka juga baik baik. hampir kesemua orang kelantan yang saya dekati dengan baik dibalas saya dengan budi bahasa begitu kasar semata-mata saya ni 'orang luar'.Kwan saya yang pergi belajar di kelantan tak tahan dan hari hari mengadu kepada ibubapanya bahawa 'racism' di kelantan ni teruk.walhal dia pun penyokong kuat PAS.Akhir sekali dia pindah ke tempat lain.

Lagi satu contoh asobiyyah ialah; orang arab sendiri. walaupun asal keturunan saya dari arab tetapi saya tidak bersetuju dengan cara orang Arab kini hidup. Semangat ASobiyyah begitu tinggi. Bangsa asing dipandang hina (Bukan semua arab ye)tambahan pula kalau datang dari area africa atau far East. Kononnya bangsa "orang gaji". Bukan setakat itu sahaja malah orang orang Khaleeji menganggap orang-orang arab seperti egypt falestine syam etc sebagai tidak setaraf dengan mereka.
saudara boleh melihat erti Asobiyyah jika pergi bergaul dan tinggal di Hijaz kini.rasanya semangat asobiyyah jahilliyah sudah kembali di sana.


dan kalau saudara masih mengatakan bahawa UMNO parti Asobiyyah;Boleh saudara senaraikan point point yang menunjukkan bahawa UMNO memang parti Asobiyyah?

saudara,

1-Perjuangan Islam kami ialah menobatkan Quran dan Sunnah dengan tidak mencacatkan kesatuan Ummah.

2-Perjuangan Islam kami ialah tidak sesekali menggadaikan prinsip asal dengan apa cara sekali pun.

Aku said...

salam ak life,

ayat ayat suci quran , perlu dihormati dan dipelihara. Quran bukan seperti bible atau kitab hindu etc.Quran ialah kalam Allah yang suci. Wajib bagi kita pelihara supaya tidak sewenang-wenangnya dipermainkan oleh orang lain termasuk orang Islam sendiri.


Orang berhadas kecil membaca, menyentuh dan membawa dari musyhaf. Khilaf fiqhi, jumhur (termasuk Syafi’iyah) menegahnya berdasarkan dalil Qur’ani alWaqi’ah:78-79 dan hadis riwayat Malik dan Baihaqi dari Umar bin Hizam.

tapi ada golongan yang cakap haram makruh diharuskan etc.

tapi melalui ijma3 4 mazhab, hukum haram pegang quran tanpa wudhu.

saudara boleh baca di sini:

http://qa.sunnipath.com/issue_view.asp?HD=1&ID=2618&CATE=32

http://qa.sunnipath.com/issue_view.asp?HD=3&ID=3300&CATE=272

tapi apa yang saya tahu tafsir al quran tiada masalah. bagi saya seeloknya jika nak bagi non muslim baca Quran, tafsir pun dah cukup.

Mufti2 sepakat dah cakap dan tegur isu ahli dap baca quran tu. mufti bukan kata haram bagi dia orang baca quran tetapi;

jangan mempersendakan Ayat Ayat Allah dari Al-quran untuk tujuan politik.. Apatah lagi bila yg mentafsir dan memanipulasi kata kata Allah itu ialah org kafirt dengan bertujuan untuk menarik minat orang orang Islam supaya menyokongnya.. dia juga kata adalah satu penghinaan bagi umat Islam apabila mereka yg bukan Islam memanipulasi tafsiran dari ayat dari Al-quran ke atas org Islam.. yang mana secara tidak lansung menunjukkan si pendengar (org islam) itu sendiri tidak arif berkenaan maksud tersirat didalam Al-quran......

Aku said...

salam saudara ANON

saya tak terus mengatakan anwar memang peliwat, Jika puak saudara boleh terus memfitnah saiful kena siflis lah, dah nak mati lah, termakan sumpah lah, itu kira dihalalkan pula ya?

siapa yang mula mula pertahankan siapa? puak saudara yang terus melabel saiful sebagai penipu sebelum pihak mahkamah memberi keputusan. Jika anwar mendapat pembelaan dari pihak saudara, salahkan saya pula cuba menganalasis kes ini dengan adil untuk pihak saiful?

ISLAM ITU ADIL. hatta imam ali pun apabila baju besinya dicuri oleh seorang yahudi , tetapi sebagai seorang khalifah dia masuk mahkamah dan menjalani proses pengadilan. Tiada bukti kemudian yahudi itu terlepas. siapa tidak kenal dengan Imam Ali. Pasti ramai yang akan percaya bahawa memang yahudi itu yang mencuri. tetapi sebagai seorang hamba ALlah yang tawadho dia tidak pun terus menghukum orang yahudi itu dengan tangan nya. malah mengikut proses mahkamah dan apabila tiada bukti kukuh dia akur untuk melepaskan yahudi itu!


memang saya anti Anwar. Lidah yang berbelit belit. berbohong dengan retorik 16 septembernya. sikit sikit pandang dan agungkan Amerika, indonesia.

sila ke anwaribrahimdotcom untuk dapatkan maklumat fakta tentang mengapa anwar dikaitkan dengan Islam liberal.

Aku said...

ssalamualaikum q runk

terima kasih atas panggilan 'dol' terhadap saya.ALhamdulillah...


ini menunjukkan saya berhati hati dalam berkata kata. ini cara saya mengeluarkan tulisan.. kenapa nak paksa saya ikut cara saudara?

Anonymous said...

Terima kasih atas jawapan.

Saya nak tanya satu sahaja. Jika di dalam islam ada seorang ustaz atau ulama yang kita tahu dia bersih ( dalam pengetahuan kita )sentiasa mengerjakan amal soleh di depan mata kita dan berdakwah dengan kita tentang apa itu islam yang benar. Maka kerana ilmu ustaz atau ulama itu tadi,kita pun sama-sama menjadi berilmu. Begitu juga fitrah manusia yang mempunyai nafsu dan secara tiba-tiba Allah mentakdirkan dan menetapkan ustaz atau ulama tadi berbuat satu kemungkaran. Kita sebagai manusia biasa yang belajar ilmu dari ustaz atau ulama ini,bolehkah secara automatik menukar agama kita dari islam kepada agama yang lain? Oleh kerana dek perbuatan ustaz dan ulama itu tadi kita harus keluar dari satu jemaah yang mencintai hukumNya sedangkan hati kecil kita tahu oleh kerana setiap manusia tidak terlepas dari berbuat dosa besar atau kecil. Bukankah Allah s.w.t menyeru kita sentiasa bertaubat?

Point saya,inilah taasub. Taasub yang tidak kena pada tempatnya. Sepatutnya taasub ini kita tujukan hanya untuk Allah. Bahkan Nabi sendiri yang kita tahu paling banyak mukjizat pun melarang dengan keras kepada umatnya dari taasub kepada baginda.

Tahu apa kesan taasub? Taasub pada sesuatu yang bersifat makhluk akan menyebabkan kita terkapai-kapai. Kita taasub pada pemimpin,bila pemimpin buat silap barulah ternganga. Seorang habib belum tentu di janjikan syurga. Tapi seorang Habib yang taasub kepada Maha Pencipta boleh membawa pengikutnya,ahli keluarganya melalui jalan yang sediakan oleh Allah s.w.t.

Ciri ciri asas pemimpin yang taasub kepada Allah,kita boleh kenal melalui pemandangan kasar kita pada keluarganya dahulu. Menjaga auratkah keluarganya? Sempurnakah solat wajibnya?

Tapi jika seorang pemimpin jika mempunyai isteri yang tidak boleh memakai hijab sedangkan hijab itu wajib di pakai sejurus akil baligh,bolehkah kita katakan pemimpin ini taasub pada Allah?

Saya tak faham penyatuan apa sebenranya yang anda mahu. Jika benar mahu bersatu,fair and equal,UMNO harus bubar dan menyertai PAS dan marilah bersatu untuk islam. PAS sudah memulakan langkah awal bila pernah bergabung dengan UMNO satu ketika dulu. Mahu tahu kenapa UMNO tidak mampu untuk bergabung dengan PAS? Kerana UMNO tidak mahu HUDUD di laksanakan.

Memang itulah syarat utama PAS jika mahu bergabung. salahkah PAS mahukan syarat ini? Nak bergabung,tegakkan hukum Allah. Selain dari itu,saya rasa maaf bagi pihak PAS mahu menerima.

Siapa yang mengkafir siapa? Hadi Awang kafirkan kah? Atau bekas orang PAS yang sekarang masuk UMNO jaja cerita kafir mengkafir ini? Saya pernah dengar cerita takfir ini. Dan saya tahu bagaimana situasi ketika Hadi Awang ketika memberikan ucapan.

Soal dakwaan saudar tentang kekejaman assobiyyah kelantan. Itu semua dusta. Isteri saya orang kelantan. Bahkan ramai saudara saya menikahi dan bekerja di kelantan. Tiada apapun yang racist? Siapa punya cerita ni? Itulah..negeri orang itu jangan di anak tirikan. Bila layan negeri orang semacam filem bawang putih bawang merah,begitulah jadinya. Hal kenegerian berlaku di mana-mana. Bukan tertumpu pada kelantan saja. kalau kuat sangatlah racist sang kelantan,maka taklah berduyun-duyun pergi berbas-bas membeli belah di sana atau menghantar rombongan kawin. Tak masuk akallah tuan...

Islam pasti menyinar. Kita sama-samalah nantikan. Akan ada satu perubahan besar berlaku di dalam lanskap politik negara kita.

Saya sudahi dengan tasbih kifaroh dan wal asr.

pemerhati bebas

Anonymous said...

Terima kasih atas jawapan.

Saya nak tanya satu sahaja. Jika di dalam islam ada seorang ustaz atau ulama yang kita tahu dia bersih ( dalam pengetahuan kita )sentiasa mengerjakan amal soleh di depan mata kita dan berdakwah dengan kita tentang apa itu islam yang benar. Maka kerana ilmu ustaz atau ulama itu tadi,kita pun sama-sama menjadi berilmu. Begitu juga fitrah manusia yang mempunyai nafsu dan secara tiba-tiba Allah mentakdirkan dan menetapkan ustaz atau ulama tadi berbuat satu kemungkaran. Kita sebagai manusia biasa yang belajar ilmu dari ustaz atau ulama ini,bolehkah secara automatik menukar agama kita dari islam kepada agama yang lain? Oleh kerana dek perbuatan ustaz dan ulama itu tadi kita harus keluar dari satu jemaah yang mencintai hukumNya sedangkan hati kecil kita tahu oleh kerana setiap manusia tidak terlepas dari berbuat dosa besar atau kecil. Bukankah Allah s.w.t menyeru kita sentiasa bertaubat?

Point saya,inilah taasub. Taasub yang tidak kena pada tempatnya. Sepatutnya taasub ini kita tujukan hanya untuk Allah. Bahkan Nabi sendiri yang kita tahu paling banyak mukjizat pun melarang dengan keras kepada umatnya dari taasub kepada baginda.

Tahu apa kesan taasub? Taasub pada sesuatu yang bersifat makhluk akan menyebabkan kita terkapai-kapai. Kita taasub pada pemimpin,bila pemimpin buat silap barulah ternganga. Seorang habib belum tentu di janjikan syurga. Tapi seorang Habib yang taasub kepada Maha Pencipta boleh membawa pengikutnya,ahli keluarganya melalui jalan yang sediakan oleh Allah s.w.t.

Ciri ciri asas pemimpin yang taasub kepada Allah,kita boleh kenal melalui pemandangan kasar kita pada keluarganya dahulu. Menjaga auratkah keluarganya? Sempurnakah solat wajibnya?

Tapi jika seorang pemimpin jika mempunyai isteri yang tidak boleh memakai hijab sedangkan hijab itu wajib di pakai sejurus akil baligh,bolehkah kita katakan pemimpin ini taasub pada Allah?

Saya tak faham penyatuan apa sebenranya yang anda mahu. Jika benar mahu bersatu,fair and equal,UMNO harus bubar dan menyertai PAS dan marilah bersatu untuk islam. PAS sudah memulakan langkah awal bila pernah bergabung dengan UMNO satu ketika dulu. Mahu tahu kenapa UMNO tidak mampu untuk bergabung dengan PAS? Kerana UMNO tidak mahu HUDUD di laksanakan.

Memang itulah syarat utama PAS jika mahu bergabung. salahkah PAS mahukan syarat ini? Nak bergabung,tegakkan hukum Allah. Selain dari itu,saya rasa maaf bagi pihak PAS mahu menerima.

Siapa yang mengkafir siapa? Hadi Awang kafirkan kah? Atau bekas orang PAS yang sekarang masuk UMNO jaja cerita kafir mengkafir ini? Saya pernah dengar cerita takfir ini. Dan saya tahu bagaimana situasi ketika Hadi Awang ketika memberikan ucapan.

Soal dakwaan saudar tentang kekejaman assobiyyah kelantan. Itu semua dusta. Isteri saya orang kelantan. Bahkan ramai saudara saya menikahi dan bekerja di kelantan. Tiada apapun yang racist? Siapa punya cerita ni? Itulah..negeri orang itu jangan di anak tirikan. Bila layan negeri orang semacam filem bawang putih bawang merah,begitulah jadinya. Hal kenegerian berlaku di mana-mana. Bukan tertumpu pada kelantan saja. kalau kuat sangatlah racist sang kelantan,maka taklah berduyun-duyun pergi berbas-bas membeli belah di sana atau menghantar rombongan kawin. Tak masuk akallah tuan...

Islam pasti menyinar. Kita sama-samalah nantikan. Akan ada satu perubahan besar berlaku di dalam lanskap politik negara kita.

Saya sudahi dengan tasbih kifaroh dan wal asr.

pemerhati bebas

Aku said...

assalamualaikum saudara

mengenai kata kata saudara berkenaan ustaz yang khilaf dan boleh kah kita keluar dari jemaah;

--------------------------------------------------

saudara tak semestinya dengan berada di bawah PAS Islam saya kurang atau Iman saya tipis. saudara sendiri telah memberi penerangan mengenai TAsub dengan baik. Saya tidak tasub kepada parti disebabkan itu saya menolak untuk menyokong PAS.

benar, seorang habib tidak semestinya dijanjikan Syurga. tetapi seorang habib harus meneruskan perjuangan datuk-datuk mereka iaitu demi kesatuan Ummah. Cuba kaji balik bagaimana Imam Hassan terpaksa melepaskan jawatan Khalifah yang dijawat selama 6 bulan kerana sayangkan ummah untuk tidak diporak perandakan dengan lebih teruk seterusnya melemahkan kesatuan ummat datuk beliau??
Cuba kaji balik bagaimana para ahlulbait sabar dan tidak mahu memberontak di bawah sesebuah pemerintahan demi menjaga keamaan ummah dan dalam masa yang sama mereka bergerak untuk menyebar ajaran datuk mereka dengan tidak mencacatkan ummah..

datuk datuk kami mati dibunuh dan syahid tanpa perlu mencacatkan ummah!inilah perjuangan kami..biar nyawa hilang tetapi bijak dan tidak perlu merosakkan ummah yang sudah ada lemah dewasakini..
pergi lihat sejarah Imam Ali redho yang dipaksa untuk ke Parsi meninggalkan tanah tumpah darahnya yang tercinta dan di mana jasad datuknya yang mulia di semadikan!ada dia berontak? ada dia berlawan?Tidak.tetapi mereka terus mentarbiyah pengikut mereka seterusnya mengajar dan mendidik orang yang mahukan islam dengan ajaran datuk mereka.

hanya Imam hussein yang terpaksa membawa rombongan keluarganya berjuang di karbala kerana kekejaman orang orang yang ingin merubah agama datuk mereka seterusnya menindas rakyat dengan kekejaman yang pahit.kerana beliau di ancam oleh yazed supaya dibawa kepalanya jika tidak mahu memberi bai3a!

UMNO bukan sampai tahap merubah agama Islam!Umno bukan sampai tahap membenarkan apa yang terjadi kepada Islam di Indonesia.
Umno masih audara islam kita dan harus kita berganding bahu dalam memperkuatkan kembali ummah...

kami bergerak di atas nama Quran dan Sunnah dan kesatuan Ummah.hanya kesatuan ummah sahajalah mampu menjana kesemua objektif ummah untuk mentadbir dunia dengan penuh keadilan dan keamanan berlandaskan Quran dan Sunnah..

Pastikan sahsiah dan iman anak anak islam terjamin dahulu baru kita bercakap untuk menegakkan hudud dan sebagainya. Jikalau keadaan iman dan taqwa orang islam dibiarkan hanyut terus tanpa di beri didikan penuh; bahkan hanya ajar ajar ayam, jangan ingat Islam akan tertegak di bumi malaysia tetapi hanya dusta.

Buktikan kepada saya apa PAS sudah lakukan untuk umat Islam di Malaysia?


bagi saya pendekatan Arqam atau tabligh (walaupun sekelompok dalam PAS sendiri menghina cara mereka dan arqam telah diharamkan kerana ketua mereka) mereka lebih nampak ikhlas dalam menegakkan islam berlandaskan akhlaq dan budi pekerti yang tinggi serta bertungkus lumus menyebar cinta dan sayang kepada Nabi dan Islam walaupun di hina..

PAS? hanya bermotifkan politik semata mata. Apa program program berhikmah anjuran PAs yang mengajar semua umat Islam tidak kira sama ada UMNO ke jalan Allah selama 50 tahun?

saudara,

saya juga pernah tinggal di bawah PAs.saya juga pernah berusaha untk PAS. tetapi kini PAS semakin teruk berbanding waktu kami bersama PAS dahulu.

Ada orang kononnya membandingkan PAS dengan Hamas atau Hezbollah. jauh sungguh perbandingan itu. saya lihat Hamas dan hezbollah tetap konsisten dalam perjuangan mereka sehingga kini.Mereka tidak sesekali memberi muka kepada musuh Islam mahupun orang kafir dalam perjanjian yang mengorbankan prinsip Islam mereka!


tidak habis habis dengan isu Hijab. Tugas kita untuk bergerak mendidik semua lapisan masyarakt berkenaan Hijab.Bukan setakat mengina atau memperlekehkan mereka. saya sudah berkali kali pergi ke hulu ke hilir cadangkan supaya di adakan program KEMPEN CINTAI HIJAB.

http://aku313.blogspot.com/2009/03/kempen-cintai-hijab.html

tetapi malangnya orang PAS sendiri pun tak memberi respon.usah asyik menuding jari jika usaha sendiri tidak ada.



sebab itu saya sudah kata. kenapa dengan DAp , PAS boeh bertolak ansur dama hudud, mengapa dengan UMNO terus dihentam? saudara, sebelum berkasih sayang dengan orang kafir, lebih baik kita berkasih sayang dan berlembut dengan saudara islam kita.

di dalam Islam kita harus berlemah lembut dengan sesama Islam tetapi tegas dengan orang kafir. tetapi pas berlembut dengan orang kafir dan berkeras dengan orang islam UMNO?

Islam di semai dengan hikmah. Bukan emosi atau nafsu atau taqlid yang tidak kena tempatnya.


fasal kelantan tu, saya sendiri yang menyaksikannya.jangan lah saudara menuduh dusta pula.. Ia bukan fitnah.Jika fitnah, Allah akan memberi hukum kepada saya. tetapi saya tidak sesekali akan berani bercakap tanpa apa apa bukti yang kukuh. saya yang alami benda itu semua termasuk rakan rakan saya. Malah rakan rakan saya dari Arab juga berpendirian demikian apabila bertemu dan mengenali orang kelantan. Bukan semua orang kelanta la.. tetapi kebanyakannya yang kami temui..


Inshallah semoga Allah membantu orang orang Islam yang benar benar ikhlas untuk memperjuangkan Islam berlandaskan Quran dan sunnah serta jalan yang telah dicontohi oleh rasulullah ahlulbait baginda serta sahabat baginda.

Inshallah saudara dan ribuan terima kasih kerana sudi berdiskusi dengan saya di sini dengan penuh adab dan berhemah.inilah cara orang islam berkata kata.. semoga Allah memberi rahmat kepada saudara dan keluarga saudara yang dicintai ameen...:)

Anonymous said...

Salam..

Saya tertarik dengan apa yang awak kata berkenaan komen saudara di atas

"Ada orang kononnya membandingkan PAS dengan Hamas atau Hezbollah. jauh sungguh perbandingan itu. saya lihat Hamas dan hezbollah tetap konsisten dalam perjuangan mereka sehingga kini."

Ada bukti tak UMNO ada link dengan hizbullah dan hamas? Apa yang saya tahu,PAS adalah di antara ribuan gerakan islam yang menjalinkan hubungan dengan gerakan ikhwann muslimun,hamas dan hizbullah. Di sebabkan PAS agak moderate,PAS bernasib baik tidak di klaim sebagai pengganas. Cuma ada sekali kesilapn daily mirror yang menuduh Hadi Awang sebagai kepala al-qaeda dan di samaan oleh peguam.

sekadar info

Aku said...

salam saudara anon yang budiman,

jika sekadar mengclaim bahawa PAS ialah antara parti gerakan Islam,tapi tak buat seperti gerakan islam yang lain buat, tak berbaloi saudara.

Hezbollah dan Hamas konsisten untuk tidak terikat dengan mana mana janji dengan orang kafir mahupun muslim pengkhianat hingga menggadaikan atau MENANGGUHKAN perjuangan asal mereka.
Lihat sajalah hamas yg hingga kini mana setuju dengan perjanjian Israel bulat bulat seperti fatah yang hanya menjadi boneka barat dan yahudi.

Seperti yang kita maklum UMNO tidak lah 'sekeras' PAs yang bertekad dahulu hingga menolak dan mencerca UMNO dahulunya semata mata bergabung dengan MIC dan MCA .Kita sama sama tahu pergerakan UMNO yang sederhana.Namun tidak dinafikan UMNo juga telah banyak berusaha untuk memberi bantuan kepada saudara saudara muslim kita di luar yang ditindas sama ada di palestine, Afghanistan, Bosnia , iraq , selatan filipina etc. Pernah saya terbaca di berita luar negara di mana Pak LAH telah memberi sejumlah wang kepada kerajaan Hamas sebagai tanda sokongan malaysia kepada kerajaan mereka tetapi dicemuh oleh golongan kafir.

apa yang pasti, kita umat Islam usahlah menuding jari ke sana sini. Marilah bersatu dan bergerak demi ummah.Buang yang keruh ambil yang jernih.

ps; hari ni saya ada terdengar dengan telinga dan melihat dengan mata saya sendiri di mana seorang 'pakcik' yg memang penyokong anwar ibrahim dan pkr tegar dengan lantanganya memberitahu kepada seorang India bahawa;

" negara ini negara demokrasi dan saya tidak sesekali bersetuju untuk mengiktiraf malaysia sebagai negara islam! "

Astaghfirullah elathem.. begitu sekali seorang melayu islam sanggup mengeluarkan kata kata semata mata hendak menyatakan bahawa dia dan bukan islam mempunyai satu pemikiran.semata mata nak tunjuk hebat bahawa kononnya melayu pkr bersikap terbuka dengan bukan islam!! sedih sekali saya dengan keadaan umat melayu islam di sini..melayu semakin layu nampaknya..

bangunlah wahai pencinta pencinta agama. satukan kembali umat islam di bawah payung la ela ela Allah wa muhammad rasulullah. usahlah bersengketa lagi.Ini masanya untuk bersatu , bukan berpecah!

Anonymous said...

Salah tu tuan..

Pak lah tidak beri pada Hamas. Paklah beri pada fatah. Paklah tidak iktiraf Hamas, sepertimana persidangan dunia islam dahulu di kuala lumpur,paklah jemput Hamas dan Fatah sebagai wakil dalam persidangan tersebut. Hasilnya,wakil Hamas merajuk dan boikot persidangan dan memakai pentas PAS untuk memberikan ceramah palestine dan meminta derma. Sehingga sekarang,Hamas jika datang ke malaysia meminta derma,mereka tidak akan segan silu menggunakan pentas PAS. layarilah Youtube untuk maklumat jika tidak percaya.

Fakta ini wujud dan cuba cari info mengenai kejadian ini di akhbar.

Berkenaan pakcik itu..

Dia lebih kurang sama dengan pemimpin umno. Begitu juga dalam pas,ada ahli yang kaki judi. Tapi kebanyakkan mereka ini menyokong PAS kerana inginkan PAS berbuat sesuatu agar tabiat judi mereka itu hilang.

Tuan..

Manusia suka sangat berbuat dosa. Pemimpin yang diberi amanah oleh Alah seharusnya melaksanakan apa yang termampu mengikut kehendak syariat dan undang2 negara.

Contoh jelas,kelantan.

Bila PAS dapat memerintah kelantan,perkara pertama mereka lakukan ialah menutup semua premis perjudian. Ramai rakyat kelantan yang berterima kasih dengan PAS atas penutupan premis sebegini. Tetapi..adakah ianya dapat menghalang mereka yang tahi judi?

jawapannya tidak....

Masih ada lagi tahi judi di kelantan walaupun tidak ramai lagi. Kenapa? Itulah namanya manusia. Tak lari dari salah silap. Tetapi kerajaan negeri telah mengambil pendekatan maksima dengan menutup terus punca judi haram itu ( walaupun UMNo dan BN masih mengatakan judi ada halal dan haram ). Mereka yang tahi judi ini mengambil langkah dengan berjudi secara senyap-senyap ataupun menggunakan agen judi dari negeri tregganu dan pahang ( trengganu di bawah PAS tahun 99 hingga 2004 telah menutup semua premis judi shingga rakyat trengganu yg tahi judi beralih ke pahang ).

Dari segi tindakan PAS,mereka telah berjaya membawa rakyat ke arah hidup berpahala tanpa judi.

Begitu juga dengan pak arab dari saudi. Saudi lagi tegas. Di tutupnya segala premis sebegini sehingga sesiapa yg didapati berjudi bakal di kenakan HAD. Apa jadi dengan penjudi-penjudi saudi ini?

Mereka datang ke malaysia dan 'bertawaf' di genting. Juga di kalangan mereka yang agak kaya beralih angin ke ejwel road,london. Tuan nampakkah kesan HUDUD ini?

Tu belum lagi kelantan melaksanakan HUDUD yang sememangnya di bantah keras oleh kerajaan UMNO melalui surat Dr Mahathir kepada Menteri Besar Tuan Guru. kalaulah kelantan atau malaysia di beri kelonggaran melaksanakan HUDUD tanpa ugutan, kemungkinan besar penjudi penjudi tegar akan 'terbang' ke negara yang membolehkan tabiat songsang mereka dapat dilampiaskan.

Maka akan penuh pula pusat judi di singapura,thailand atau indonesia. Eloklah begitu....

Maka kerajaan pun tak kisah dari mana partinya jika ikhlas nak laksana HUDUD,maka serta merta beroleh pahala dan insya Allah...balasannya syurga.

Pointnya..HUDUD for all.

Aku said...

Assalamualaikum saudara;

saya rasa soalan tu sampai ke mana pun akan sentiasa di ulang dan terus diulang oleh penyokong PAS . Saya pernah membaca satu komen yg dibuat oleh saudara islam kita yang menggunakan nick 'Abu' di dalam satu blog..rasanya jawapannya cukup bagi menjawab penulisan dan persoalan saudara ini:) semoga Allah memberi rahmat kepada saudara dan keluarga inshallah..


--------------------------------------------------

Oleh saudara Abu;

Komen sdr yg menengahkan perjuangan batil illal haq memang sy akui kebenarannya. Tidak dapat kita sangkal tetapi kita harus melihat proses demi proses sejarah manusia itu sendiri menyebabkan sejarah itu berlaku sedemikian rupa.

Sy membawa contoh Perang Siffin sekadar mengingatkan sejarah tersebut telah terjadi antara para Sahabat yg tercinta dan pernah dididik Rasullullah SAW sendiri. Tidakkah sdr sedar kenapa kejadian sebegini berlaku? Ianya memang penuh dgn hikmah yg mendalam. Banyak buku-buku yg telah ditulis oleh para ulamak besar kita mengenai sejarah hitam ini.

Tetapi yg penting sy rasa adalah bagaimana kita yg masih hidup di zaman moden ini dapat mengambil ikhtibar supaya ianya tidak berlaku lagi.

Berbalik kepada sejarah UMNO dan PAS, sy rasa sdr terbabas sedikit faktanya. Perjuangan Hizbul Muslimin serta para Ulamak Islam pada mulanya merestui perjuangan UMNO tetapi keluar dgn sebab tidak dapat menyeragamkan wadah perjuangan Islamnya.

Sy bukannya penyokong UMNO tetapi sy rasa dgn ramainya org Melayu di dalamnya dan dgn ada golongan agamanya dan mudanya yg mengerti perjuangan Islam, tidak mustahil satu hari nanti, UMNO boleh menjadi wadah Islamiah dgn sedikit penukaran perlembagaannya sahaja.

Kalau sdr merasa UMNO meneruskan perjuangan British, ianya tidak tepat dan tidak jujur kerana perjuangan UMNO adalah untuk kemajuan org Melayu waktu dan ketika itu. Inilah yg dinamakan politik. Kuasa politik adalah alat untuk mencari kesinambungan sosial sesuatu masyarakat. Jelas kalau org Islam yg bermula dgn UMNO sdr telah kafirkan mereka jelas sdr berada di wadah cetek sekali. Islam tidak sebegitu. Sdr dgn mudah berkata berkawan dan berdakwah dgn DAP & PKR tetapi untuk berdakwah dgn saudara Islam dlm UMNO nampaknya terlalu berat jiwa sdr.

Bagaimana pulak pendapat sdr terhadap org-org Melayu Kedah yg mempertahankan jiwa dan raga mereka bangkit dgn perjuangan jihad sebanyak 8 kali 'open war' melawan Kerajaan Siam pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin II tahun 1821 sehingga 1843 malah disekat jihad ini oleh Kerajaan British yg pada waktu itu mengawal perairan Pulau Pinang sehingga ke Langkawi dan Phuket. Seramai 16,000 penduduk Kedah terpaksa melarikan diri ke Seberang Perai dan 50,000 lebih mati atau syahid dalam peperangan ini. Kalau tidak sdr-sdr semua di semenanjung Melayu mungkin tidak bernama Melayu lagi tetapi dipaksa dgn nama Siam dan masuk Buddha pula.

Adakah perjuangan ini tidak Islam kerana org-org Melayu Kedah ini tidak mendaftar menjadi ahli PAS, dgn hujah-hujahnya sdr datuk-nenek kita ini tidak syahid!

Utk pengetahuan sdr-sdr, sedangkan As Sheikh Abdus Samad Al Palembangi dan As Sheikh Mas'ud Al Banjari turut memimpin perjuangan jihad ini. As Sheikh Abdus Samad ini adalah saudara tiri kepada As Sheikh Abdul Jalil, Mufti Kerajaan Kedah ketika itu. Beliau telah gugur syahid dan jenazah As Syahid telah dipotong tiga bahagian oleh tentera Siam entah kemana kubur As Syahid sampai sekarang tidak ditemui.

Sdr janganlah bersikap apa saja UMNO buat itu kafir tetapi apa saja DAP & PKR itu Islam. Ini adalah budaya assobiyah seperti sdr sebutkan di awal komentar sdr. Kita sebagai umat Islam yg tinggi limu dan budayanya seharusnya tidak takut kita ke mana saja. Tidak ada sesiapapun yg boleh mengubah ruhul Islam kita! Ya, sdr Anwar sendiri banyak pengalaman dlm UMNO tetapi perlu diingatkan beliau belum sempat mengIslamkan UMNO sudah menjadi seorang yg sama tamak sama rakus dgn kemudahan serta nikmat kekuasaan semasa menjawat Timbalan PM. Ini kelemahan manusia itu sendiri bukan niat sy memperlekehkan Sdr Anwar tetapi itulah realiti. Kalau Sdr Anwar ikhlas utk Islamkan UMNO di awal penyertaan dan terus istiqomah dgn Islam beliau, kita seharusnya sudah tidak ada PAS atau UMNO yg ada adalah wadah Islam, tidak kira apa namanya.

UMNO tidak menolak hudud cuma dlm kenyataan rasmi mereka cuma tidak setuju cara Hudud itu dimajukan. Sy rasa ini cuma masalah politik saja. Tetapi sy cuba muhasabah kita sendiri sebagai parti Islam, adakah kita berjaya di Kelantan dgn hudud kita? Tidak kan? Kerana kita sendiri takut dgn segala macam implikasi menjalankan hudud itu. Sedihnya takut pula dgn DAP dan lebih lagi dlm waktu sekarang ini. Sy rasa kemungkinan org melayu akan menolak perjuangan Islam kita kalau kita tidak hati-hati memilih teman politik kita. Sayang perjuangan Islam kita berhenti setengah jalan belum sempat mencapai apa-apa. Macam-macam saja kita kaitkan masalah perlembagaan negeri dan persekutuan dan lain-lainnya. Jelas kita sendiri tidak berani dgn 'political wills' kita!

Sebagai org Melayu Islam kita seharusnya tidak takut kepada mana-mana pihak pun hatta mau menegakkan Islam di bumi Melayu kembali.

Wallahu'alam.

Anonymous said...

Mengenai perkara SIAM itu..

Jangan salah serbu. Siam bukan mewakili budha. Siam adalah Islam!! Dan Thai adalah kafir. Lawati sejarah negara kedah untuk bukti. Tak percaya,tanyalah orang thai apa maksud siam. Konfem mereka tak tahu punya. Seperti kota a famosa yang di dakwa milik tentera portugis. Memang benar ianya di bina oleh tentera portugis tetapi perkataan a famosa itu bukan milik tatabahasa portugis. Tak caya,cuba tanya portugis apa maksud a famosa. For sure,portugis pun akan melopong.

Sejarah pemikiran orang melayu dah kena kencing. Di kencing oleh buku sejarah melayu yang di terbitkan oleh pengkhianat islam bernama Munshi Abdullah,anak angkat seorang orang putih.

Kalau tuan nak tahu kisah sebenar dan semua bukti ,ada masa bertandanglah ke www.themalaypress.blogspot.com atau empayar sejarah benua islam kedah.

Bacalah dari mula. Guna akal,lihat bukti dan dengar kata orang sekeliling.

Saya dah baca. Dan saya dah pergi ke tempat berkenaan dan sudah bertanya dari orang sekeliling situ. Minda saya sudah terbuka untuk menerima bahawa UMNO adalah pengkhianat Islam dan bangsa. Noktah.

Jangan bergaduh bab parti lagi. Saya lihat tuan minat dengan sejarah. Bacalah lembaran sejarah yang saya pastekan alamatnya dan berdiskusilah dengan moderator. Nak jumpa mereka pun boleh.

Tawakal ila Allah..

Aku said...

salam,

saya kurang sikit pasal bab bab sejarah kat area melayu ni. kalau bab sejarah islam yg lain tu bolehlah jugak.

tapi berdasarkan kata kata saudara. tak relevan dah nak jadikan benda ni sebagai kebencian kepada UMNO(kalau apa yg saudara claim itu betul lah). bagi saya kesatuan ummat yg lebih penting. ini bukan masanya nak bertekak pasal sejarah dah.

nak jadi macam syiah dan sunni ke? kerana sejarah, asyik bergaduh dan berbunuhan antara satu sama lain! sini cakap sunni pengkhianat, sana cakap syiah pengkhianat. Last last orang kafir jugak yang berjaya ambil alih. Umat Islam asyik bergaduh tak habis habis pasal sejarah.

berkenaan A famosa tu. kalau cakap A famosa dalam slang melayu , memang lah orang portugis terlopong. Tapi kalau cakap A Famosa dalam slang portugal, dia orang faham lah maksudnya ialah The Famous. saya ada kawan brazil yang memang dia orang hari hari guna bahasa portugal. dia pun tahu maksud A famosa tu.Bukan macam saudara claim bahawa mereka akan terlopong. mungkin terlopong sebab sebut perkataan tu dengan slang melayu atau mat salleh.

saudara tahu tak Pulau pinang bukan dibuka oleh Francis Light. Tetapi orang pertama yang membuka Pulau Pinang itu ialah orang Arab yang turun dari Indonesia.kalau sudi boleh lah ke Batu Uban dan lihat sendiri masjid kayu lama yang dibina di situ.( mereka ini di gelar nakhoda bayan, nakhoda intan etc..) Mereka ini moyang kepada relative saya belah ibu. jadi saudara2 saya di sana telah bekerja dengan berdiskusi dengan pihak tertentu termasuk UMNO tentang kebenaran sejarah ini dengan tertib.bahkan saya dengar rais yatim juga turut hadir untuk menyelesaikan masalah ini bagi pihak kami.walaupun sejarah ini telah diberitahu oleh nenek saya dari dahulu, tapi kami taklah sampai menghina atau melabel orang itu pengkhianat etc. tetapi bekerjasama dengan otak dan be wise. Sekarang ini pihak yang bertanggungjawab telah mengambil insiatif tentang perkara ini untuk kajian dan telah pun membuktikan bahawa Francis Light bukan orang yg pertama membuka Pulau Pinang tetapi seorang muslim yang berketurunan Arab .

kalau benar nak tegakkan kebenaran, bukan dengan bermusuhan. jalankan tanggungjawab dengan berhikmah.bukan dengan terus buruk sangka sesama saudara islam sampai kiamat hanya kerana sejarah ada menunjukkan sebaliknya!

Aku said...

jadi bagi saya;sekarang bukan saat hendak menundung sini pengkhianat sana pengkhianat. sekarang masanya untuk bergerak dengan berhikmah dan otak yang cerdik. Bukan saat berpecah belah dah. NOKTAH

=)

Anonymous said...

Jangan noktah dulu sedara. Baca dulu sejarah yang saya pastekan alamatnya di sini. Pulau Pinang pun ada sejarah. Versi sedara dan versi undang undang kedah. Tengok versi mana lebih tua. Semua itu ada bukti. Itu moderator sanggup tunjukkan bukti berupa manuskrip yang tidak akan tuan dapat nafikan.

The Famous perkataan baharu. Itu mat brazil moden yakni brazil hadhari. Memang dia akan cuba linkkan apa saja agar tepat pada selera dia. Frasa a famosa belum lagi wujud dalam perbendaharaan kata portugal. Selepas tahun 1900 barulah ia wujud. Saudara percaya tidak,nama MALAYSIA sudah lama ada dalam perancangan british sejak tahun 30 an.

Jeng,jeng,jeng..

Bacalah the malay press untuk lebih lanjut lagi dan sejarah negara kedah yang ada dalam link saudara.

Tawakal ila Allah

Anonymous said...

Saya bermusuh dengan manusia bertopengkan syaitan dan menjadi tali barut british sejak tahun 57 sehinggalah sekarang.

Kebenaran lawannya kebathilan. Kebenaran milik orang baik dan kebathilan milik musuh. kalau semua baik amanlah dunia. Dek kerana ada orang berbuat bathil @ musuh lah,kita kena bermusuh dengan musuh.

Saudara sekarang tinggal di alam mana? Sampai tiada orang yang berbuat bathil? Ajaklah saya,nak saya rasa duduk di alam saudara. Agaknya syaithon pun tak wujud di alam tuan...

Maaf,takde niat saya nak guris perasaan saudara. Tapi bila banyak komen yang saya baca disini dan boleh di katakan komen-komen mereka boleh di ambil kira tetapi saudara tetap degil.

Dunia ini khususnya terang-terang wujud perkara bathil tapi saudara kata tak perlu bermusuhan,jadi patutlah saya kata saudara duduk di alam yang baik baik saja keadaannya.

Tawakal ila Allah

Aku said...

salam,

saudara , siapa yg degil sebenarnya. seruan saya ke arah kembalikan kesatuan ummat secara berhikmah. Bukan dengancara lama yg asyik menunding sejarah dan jadikannya sebagai alat untuk pecah belahkan ummah lagi..

saudara tahu tak bagaimana pihak british menyebabkan sejarah menjadi alat memecahbelahkan umat islam di timur tengah. tak habis habis bergaduh kerana sejarah!

ya memang saya berdegil, saya berdegil atas nama kesatuan ummah Muhammad SAW. Saya tak nak lihat kerana sejarah , kita menghukum kesatuan Ummah ke arah yg lebih jijik!

orang seperti saudara ini saya sudah jumpa banyak. Asyik asyik dengan teori sejarah dan konspirasi untuk menunding pihak yang lain supaya dipandang sebagai pengkhianat hingga kiamat! saya dah penat dengan teori konspirasi yang asalnya dicipta yahudi untuk pecah belahkan ummat!

SAYA AKAN BERDEGIL KERANA MEMPERTAHANKAN UMMAT NABI MUHAMMAD SAW DARI TERUS DIPECAHBELAHKAN OLEH ORANG ORANG YANG MASIH PENTINGKAN DIRI DENGAN PENDAPAT MASING MASING SETERUSNYA MEROSAKKAN UMMAT DENGAN MENJADIKAN SEJARAH SEBAGAI 'REASON' UNTUK TIDAK BERSATU..CONTOHNYA PUAK SYIAH DAN SUNNI DAN SEKARANG INI PUAK SAUDARA PULAK SEDANG MENJALANKAN PERKARA YANG SAMA KE ATAS UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI DENGAN MENGGUNAKAN NAMA ISLAM.

kata lah apa yang saudara mahukan. yang penting Allah sahaja tahu apa niat saya dan siapa saya sebenarnya, itu sudah memadai. AL7AMDULILLAH.

Aku said...

Kebenaran lawannya kebathilan. Kebenaran milik orang baik dan kebathilan milik musuh. kalau semua baik amanlah dunia. Dek kerana ada orang berbuat bathil @ musuh lah,kita kena bermusuh dengan musuh.

" HANYA aLLAH YANG TAHU APA ISIHATI ORANG ORANG I BUMI INI.JIKA HARI INI SAUDARA MENGCLAIMKAN BAHAWA SAUDARA BERADA I ATA KEBENARAN. MUNGKIN HARI ESOK DI PENGADILAN ALLAH AKAN BERITAHU KEPADA SAUDARA BAHAWA SAUDARA BERADA DI ATAS KEBATHILAN SELAMA INI."


The Noble Prophet (sallal laahu alaihi wasallam) foretold about the coming of such people in the Hadith narrated by "Abu-Yaa'li" on the authority of "Huzaifah" who said:

The Noble Prophet (sallal laahu alaihi wasallam) said: "What I fear most for you, is a man who reads the Qur'an until such time when the blessing of Qur'an is reflected on him and he takes Islam as his Cloak ... he then turns around and strips himself off from Islam and then tosses it away behind his back, then he heads quickly towards his neighbour with his sword unsheathed and he calls him a 'MUSHRIK'" I said: "O, Prophet of Allah! Who is more worthy of being called a MUSHRIK the one being attacked or the attacker". He replied, "It is indeed the attacker."

ahlul beit said...

Salamualaikum..

Bagi saya mudah saja. Tidak ada sesiapa klaim sesiapa.

kalau seseorang itu bergerak mengikut landasan al-quran,hadis,ijtimak ulama serta qias,maka tiada akan ALLAH di akhirat esok mengatakan dia tidak benar.

Semua nak klaim dia benar. Yang seorang tegakkan hujjah. Yang seorang lagi tak mahu terima hujjah..

Seorang mufti mesti ada pandangan peribadinya terhadap gerakan islam. Tapi mufti tidak boleh mengatakan sokongan terbukanya kepada PAS kerana medium dakwahnya dan kuasanya sebagai mufti itu lebih penting untuk menyedarkan umat melayu islam. kalau mufti itu berbuat berani maka dia akan jadi bagaimana yang berlaku pada almarhum Mufti Ishak Baharom.

Atau seorang habib..tanyalah dia. tanyalah dengan ikhlas. Senario malaysia ini,parti mana dia suka. Seorang habib tidak akan kata dia suka pada PAS kerana dia mahu menjaga medium daawahnya agar tidak mencacatkan fikiran para pelajar yang mengikuti majlis zikir serta ilmu yang di bawa oleh habib ini. Bukankah pengikut habib terdiri daripada berbagai ideologi parti?

Apa nak jadi..

Berlapang dadalah dalam hal sebegini. Nama pun berbincang. Dalam perbincangan ada cadangan dan syor. Saya bersetuju dengan anon tawakal ila Allah dalam beberapa perkara berkenaan sejarah kita yang dikelabukan penjajah. Baik yang dulu dan yang terkini. dan ada juga yang saya tdk setuju dengannya. Dan saya sudah membaca sejarah negara kedah dan themalaypress yang sedara pastekan di sini. Syukran..:)

Sedara Tuan tanah..

Tuan kena faham apa maksud sejarah. Semalam yang berlalu itulah sejarah walaupun semalam. Yang kita kena hadapi ialah hari yang mendatang. Saya menyokong 100% penyatuan ummat yg tuan canangkan tapi kalau kita sebagai manusia punyai sejarah supaya kita dapat membangun dari yang kurang baik seterusnya menjadi baik.

Tak adil lah nak katakan semua sejarah dari british. Takkan sirah Nabi pun dari british juga...:) KIta umat melayuwiyyah kena bangun dan belajar dari sejarah yg hitam. Perkasakan Islam barulah perkasakan bangsa. Nabi s.a.w pun dah berpesan dalam hadisnya supaya kita tidak di serang 2 kali dalam lubang yang sama.

Bermakna,hadis Nabi ini menyeru kita agar kita bila mahu bertindak atau berbuat sesuatu mestilah berdasarkan pengalaman ataupun sejarah yang lepas. Nampak kan?

Persoalan sunni atau syiah tak usahlah di bangkitkan di sini. Aduh...jadi pening nanti. Saya pun tak tahu tuan ini syiah atau sunni atau tidak bermazhab. Tapi kalau tuan seorang syiah,saya ada Habib yang boleh menerangkan bahaya syiah pada tuan.

Kalau bukan memakai istilah islam,nak pakai nama dan istilah apa lagi tuan tanah? Syorkanlah disini agar saya boleh belajar dari tuan yang mungkin banyak ilmu dari sekelian yang memberi komen di sini.

Saya sayang pada umno dan saya akan istiharkan diri menyokong UMNO jika hari ini kepimpinan UMNO meletakkan Al-Quran sebagai perlembagaan parti dan Negara. Allah jadi saksi...

Aku said...

salam,

Bagi saya mudah saja. Tidak ada sesiapa klaim sesiapa.

kalau seseorang itu bergerak mengikut landasan al-quran,hadis,ijtimak ulama serta qias,maka tiada akan ALLAH di akhirat esok mengatakan dia tidak benar.

-------------------------------------------------

memang benar kata saudara tetapi jangan lupa bahawa orang yang mengaku ikut semua di atas juga tak terlepas dari siksa Allah dek kerana sifat sifatnya yang Allah benci. Saya lihat banyak orang yg mengaku mereka mengikut apa yg saudara listkan itu. tetapi mereka tidak berjaya mengaplikasikan sepenuhnya apa yang mereka war war kan.bakan mereka igunakan untuk membunuh kesatuan ummah sendiri dek kerana kebodohan dan ketasuban mereka ke atas diri mereka kononnya yang sudah cukup 'perfet' dalam menghayatai islam.

-------------------------------------------------

Tuan kena faham apa maksud sejarah. Semalam yang berlalu itulah sejarah walaupun semalam. Yang kita kena hadapi ialah hari yang mendatang. Saya menyokong 100% penyatuan ummat yg tuan canangkan tapi kalau kita sebagai manusia punyai sejarah supaya kita dapat membangun dari yang kurang baik seterusnya menjadi baik.

------------------------------------------------

Sejarah untuk membangun dan memperbaiki apa yang salah dengan berhikmah.bukan dengan menjadikan alat pecah belah saudara. saya sendiri memang minta kalau bab baba sirah terutama yg berkaitan dengan islam. tetapi saya tidak suka kepada ornag yg mengambil kesempatan atas sirah dan sejarah dan menjadikan ia sebagai provokasi memecahbelahkan ummah. Sejarah sepatutnya dijadikan sempadan dan jika ada yg salah boleh diperbetulkan mengikut lunas lunas beretika tanpa mencacatkan ummah.

-------------------------------------------------

Tak adil lah nak katakan semua sejarah dari british. Takkan sirah Nabi pun dari british juga...:) KIta umat melayuwiyyah kena bangun dan belajar dari sejarah yg hitam. Perkasakan Islam barulah perkasakan bangsa. Nabi s.a.w pun dah berpesan dalam hadisnya supaya kita tidak di serang 2 kali dalam lubang yang sama.

------------------------------------------------

tak siapa cakap sirah nabi dibuat oleh british. tapi saya bercakap mengenai kasus sejarah orang orang di nusantara bahkan di middle east yg menyebakan orang orang hijaz terpecah dan tidak bersatu!Contohnya dahulu UAe itu di bawah kuasa kerajaan Oman tetapi selepas datangnya british, Uae telah dipisahkan menjadi satu negara asing.dan kemudian semangat kenegerian disemai hingga mereka bergaduh bab sejarah mereka sendiri.
siapa suruh perkasakan bangsa sahaja saudara? kalau nak perkasakan islam pun kena tahulah macam mana saudara. kena bertindak dengan berhikmah. sebelum rasulullah memperkasakan Islam sepenuhnya, bukankah rasulullah memperkasakan akhlaq manusia dan satukan mereka dahulu? kemudian barulah datanganya segala hukum hukum etc.
bagi saya keadaan dan situasi iman serta ketaqwaan umat melayu di sini perlu sekali lagi menjalani proses yg dilakukan rasulullah.
Kita harus memperkasakan kembali akhlaq dan adab serta bergerak sama sama mebantu memperkasakan akidah anak anak islam kembali.PAS harus membantu UMNo dalam mengembalikan sinar Islam dengan berhikmah.Bukan setakat beraksi di pentas politik atau ceramah ceramah atau asyik membangkang dari meberi alternatif yg berfaedah!

walaupun kamu semua menghina Islam hadhari tetapi di situ ada peluang untuk sama sama mengembling usaha untuk mendidik kembali anak anak islam.walaupun saya bukan penyokong islam hadhari, tetapi saya nampak peluang keemasan yg PAs bleh guna masa tu untuk berusaha sama sama dengan UMNO hidupkan Islam sepenuhnya di malaysia .tapi malang, ego dan sombong mengatasi segalanya.

seorang pejuang islam yang benar benar mahukan Islam selalunya bertindka dengan bijak dan berhikmah. bukan dengan ego atau sifat 'hanya saya benar"


-----------------------------------------------

Persoalan sunni atau syiah tak usahlah di bangkitkan di sini. Aduh...jadi pening nanti. Saya pun tak tahu tuan ini syiah atau sunni atau tidak bermazhab. Tapi kalau tuan seorang syiah,saya ada Habib yang boleh menerangkan bahaya syiah pada tuan.
-------------------------------------------------

kenapa tak perlu bangkitkan? saya sayangkan ummah muhammad. syiah dan sunni merupakan titik perpecahan umat islam hanya kerana perselisihan sejarah! saya sendiri mengkaji syiah selama 6 tahun dan masih merupakan sunni bermazhabkan shafie. selama kajian saya, banyak yg saya jumpa dalam syiah dan pelbagai ragam orang syiah yg saya kenal.seperti kata habib ali jufri, syiah ialah saudara la elah elah kita, tetapi kita hanya membuat issue apabila mereka mengkritik sahabat nabi! janganlah kerana mereka itu syiah kita menutup pintu kesatuan ummah..sedangkan di dalam quran sendiri Allah memberitahu rasulullah mengajar ahlu kitab bersatu atas nama Allah yg satu dan tidak mensyirikkannya.inikan pula golongan syiah yg mengaku ALlah itu esa dan muhammad itu nabi dan pesuruh Allah, al quran itu kitab Allah dan percaya kepada hari kiamat. pokok perkara ini sudah memadai membuatkan mereka itu menjadi saudara seislam kita .bukan menghina mereka.


Jikalau benar saudara sayangkan islam. fikirlah bagaimana hendak bergerak atas nama islam di dalam zaman yg serba kekurangan ini serta banyak fitnah dan pancaroba yg menunggu jika tersilap langkah.


para habib mereka bukan tidak mahu bercakap tetapi mereka menjalankan tugas sebagai keturunan rasulullah iaitu tidak memecahbelahkan ummah . perjuangan datuk datuk kami ialah menyatukan ummah dan bertindak dengan bijak walaupun ada yg sampai terpaksa menyerahkan baju khalifah kepada yg tidak berhak seperti yg terjadi di zaman imam hassan.semua ini dilakukan kerana tidak mahu melihat ummah terus berpecah dan berlwanan antara satu sama lain.

anak melake said...

Mereka sendiri yang mahu berpecah. Kita dah ajak ke arah kesatuan lama dahhh,tapi mereka yang engkar.

Bila sudah di gegak gempita dengan kekalahan demi kekalahan di setiap PRK,barulah nak sedar. Sedar ke? Entahlah..

Ini semua alasan demi alasan,komen demi komen nak menyedapkan hati yang lara.

Mengadulah dengan Allah. Pasti Dia akan tunjukkan jalannya...

Amin..

Anonymous said...

Nak bersatu??

Mudah saja....


TEgakkan khalifah,bubarkan parti dan lantik seseorang yang boleh memimpin secara islamik. Pastikan keluarga pemimpin itu juga islamik. Anak dan isteri juga bertudung...

orangasli

Aku said...

salam saudara anak melaka dan orangasli,

setiap zaman ada pancarobanya. di zaman ini berlainan dengan zaman dahulu. oleh itu cara kita melakukan pendekatan menegakkan islam juga perlu bijak dan 'wise'.


usahlah terus berdendam atau menjadikan sifat " hanya aku benar' dalam memperjuangkan Islam. sepanjang pengalaman saya dengan pelbagai ragam orang islam yg datang dari pelbagai mazhab dan fahaman. satu perkara saya nampak yg membuatkan mereka menolak untuk bersatu. iaitu sifat

"Hanya jalan aku yang benar"

sekarang bukan masa untuk menunding sana sini.sekrang masa untuk bersatu dan bertindak dengan berhikmah. Jikalau saudara sekalian sayangkan ummah rasulullah, usahlah berdolak dalik lagi dalam hal kestuan ummah. kita bersatu dan bergerak di dalam kesatuan yang kukuh sama sama dalam memperbetulkan akidah serta menjadikan akhlaq mulia sebagai jalan menuju kepada Allah..

berdakwahlah dengan hikmah.. jangan mencaci atau memperlekehkan mereka yang masih cetek iman dan taqwa mereka.. ini tidak bermakna kita sudah cukup iman.. kita juga masih banyak kekurangannya.. oleh itu seperti Menurut Sayyid Qutub dalam karangannya Tafsir Fi Zilalil Quran (Tafsir Fi zilalil Quran. j:4 ms:3202),

"" hikmah dalam berdakwah melibatkan situasi sasaran dakwah dan juga melihat kemampuan mereka dalam menerima dakwah tersebut, tetapi janganlah sehingga mereka dibebankan dengan tanggungjawab agama yang belum mampu dipikul oleh mereka.Hikmah juga merujuk kepada cara yang dilaksanakan oleh pendakwah. Di samping itu perlunya kepelbagaian dakwah mengikut tuntutan masa.""

Aku melayu said...

Aduhh...

Belit belit la bro. Takde point!! Malaysia hanya boleh selamat dengan melayu menjaganya. Pedulikkanlah dengan habib ni.

Apapun..UMNO still the best. PAS-PKR-DAP langsung tak leh harap. Hanya Umno dan melayu saja boleh membawa ummah ke arah kemajuan.

Aku said...

salam akumelayu,

apa yang tak ada pointnya? kalau kita hendak menjadikan ummah maju, kesatuan tu yg penting .. saya tahu orang UMNo banyak yg suka nak gabung engan orang PAS, tapi orang PAS ni yang ada kureng sikit dalam bab bersatu ni..

Anonymous said...

"Tak lama lagi bolehlah kita melihat dalam satu bilik, berhala, patung Mary , Kaabah diletakkan bersebelahan. Dan kemudian orang Islam bersolat di sebelah Kristian dan Budha atau Hindu yang bersembahyang kepada berhala mereka dalam satu bilik"

Sedara cerita bab apa ni? Pemikiran apa ni? Macamni ke pemikiran ahlul bait?

Aku said...

SALAM,

USAHLAH MEMUTAR BELITKAN STATEMENT SAYA PULAK. INI BUKAN PEMIKIRAN.INI IALAH FAKTA YANG MEMANG TELAH BERLAKU DI NEGARA JIRAN KITA DISEBABKAN TERSANGAT TERBUKA DENGAN BUKAN ISLAM HINGGA ISLAM DI LIBERALKAN.


JANGANLAH KERANA SAUDARA MEMANDANG SAYA SALAH DARI SUDUT PEMIKIRAN SAUDARA DAN KEMUDIAN MENGAITKAN SAYA DENGAN KETURUNAN SAYA. HATTA PROF DR HAMKA PUN TAHU MENGHORMATI DAN TIDAK MENCERCA SEORANG SAYYID WALAUPUN SI SAYYID ITU DIANGGAP KONONNYA TIDAK WAJAR UNTUK MENGIMAM KAN SOLAT KERANA SIFATNYA OLEH ORANG DI SITU. TETAPI KATA DR HAMKA, 'AKU TAKKAN MELANGKAH KE ATAS RUMAH TANGGA RASULULLAH'.

Anonymous said...

Buat artikel tu biarlah jelas,tulislah di negara jiran. Namapun negara jiran. Ada bukti ke PR ke arah itu? Bagilah bukti..kalau takde bukti,tu namanya mengundang ke mahkamah tu..

Sekadar nasihat..

Aku said...

salam saudara anon, sila lawati anwaribrahimdotcom, boleh tengok dan hayati apa itu islam liberal dan amalan demokrasi penuh yang di war warkan oleh pemimpin pkr yang saudara kasihi itu ya..

sekian dan terima kasih di atas nasihat saudara

Anonymous said...

Saya anon April 21, 2009 12:02 AM ,

Saya tidak ada kena mengena dgn anon anon di atas..

Kalau bukti bukan dari laman web anwar yang asli,tak payahlah tunjuk. Tu semua orang hasad saja yang buat artikel begitu. Patutlah orang makin jauh dari umno. Sedara terbayang tidak? Kalaulah di takdirkan Allah,anwar ibrahim ni dapat memerintah malaysia,apa akan jadi pada blogger bloger sebegini?

Apa yang dapat saya perhatikan,blogger blogger PR selalu di tahan polis,di saman,di siksa.Puak PR ni sanggup mati kering.Kita? Dah banyak amal? Belum saya nampak lagi blogger umno yang kena sebab negara sekarang memang melindungi umno,bn kerana umnolah pemimpinnya. (buat masa skang ni la)

Sdara,,

Masa beredar. kalaulah tuan kata anwar ni jahat dan dajal sekalipun,satu masa nanti dia tetap akan naik. Masa itu di takdirkan Allah hati si nuar jadi kejam,teruk hang semua bloger umno kena.

saya bagi nasihat,...

Tak usah kacau nuar ni. Buatlah artikel yang lebih menyeru kepada kebaikkan. Penyatuan ummah atau khalifah ke,itu lebih baik. Orang lain dapat ilmu,kita dapat pahala. Kita dok kutuk orang,dapat cerita pulak jenis cerita di atas cerita (fitnah),bukankah menambah biakkan dosa.? Itupun kalau betul si nuar tu buat,kalau tak betul? Bukankah naya...


Saya lebih setuju sdara menumpukan ke arah penyatuan ummah. Terbitkan artikel yang bersifat malar,segar,hijau,kritis. jangan letakkan isu politik di sini. Bukankah sdara dan kita semua di sini rindukan khalifah?

Masa ketawa,boleh kita rasa sama. Kalau bab mati atau saman,sdara kenalah dulu..saya tak mau..choww!!

aku sayang umno
rindu khalifah