Memerhati,mempelajari dan menghayati...
PERINGATAN BUAT SEMUA
MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.
Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Tuesday, April 21, 2009
MURTAD : JANGAN PANDANG SEBELAH MATA PENULIS : ANN WAN SENG
Bismillah
Assalamualaikum
Dengan ini saya menyeru kerajaan serta pembangkang yang beragama islam sama-sama berganding bahu dan tidak prejudis dalam mengambil langkah yang lebih drastik serta serius dalam menangani masalah murtad yang melanda umat Islam di Malaysia ini. Kembalikan serta kukuhkan kembali enakmen enakmen undang undang yang akan di kenakan ke atas mana mana pihak yang cuba menghina agama Islam mahupun mempunyai unsur unsur 'udang sebalik batu' dalam gerakan memurtadkan umat islam di Malaysia.
“...Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.”(Q.S. Al-Baqarah, 2:217)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam,
saya sering tertanya-tanya adakah sebarang kewajaran agar golongan murtad tegar nie dijatuhi hukuman bunuh sahaja terus dalam suasana sekarang..??kalau tidak, berleluasa lah nanti seperti kes Lina Joy, jika ya apakah kesannya pula kepada imej islam secara keseluruhan..
menurut pemahaman saya keadaan dulu sememangnya begitu kondusif tetapi pada hari ini tersilap langkah sikit nampaknya dapat membawa padah yang cukup buruk..
Pandangan???
wsalam,
wsalam,
dalam menangani kasus murtad ini, bagi saya adalah lebih baik kerajaan memberi kepercayaan kepada ulama ulama terutamanya mufti2 untuk berbincang cara dan hukuman yang paling berkesan untuk menyekat perkembangan murtad ini dari terus berlaku.munkin seperti yang kiya maklumi, malaysia ini berkerajaan campuran iaitu terdiri bukan hanya dari orang islam.pas sendiri pun kalau berjaya menubuh kerajaan, adakah mereka akan berjaya menjadikan negara malaysia sebagai dar islam yg menjalankan syariah sepenuhnya? bagi saya tidak mungkin kerana proses demokrasi yg ada di dalam negara kita tidak akan membenarkan perkara ini berlaku. tambahan pula PAS kini bergabung dengan dap dan pkr. lebih kurang sama saja dengan apa yg ada dalam kerajaan BN. Golongan Islam liberal pulak mana setuju dalam death punishment untuk kes apostacy ini.tambahan pula orang orang bukan islam di dalam begara ini jugak akan memberi tentangan . ini dapat kita lihat dalam kes Lina Joy. Bukan main lagi orang bukan islam mempertahankanya etc..
jadi di negara malaysia ni, memang susah sikit kot kalau nak buat hukum bunuh ke atas murtad ni. sekarang pun kita dah pening macam mana nak tangani si murtad murtad dalam negara ni dengan tekanan dalam dan luar negara dari bukan islam. sebab itu mungkin kita beri saja kepercayaan kepada golongan ulama dan mufti mufti berbincang apa yg patut di lakukan kalau hukum bunuh tak dapat nak dilakukan.
Hukuman Kepada Murtad
Sebenar-benarnya perbincangan kepada hukuman murtad ini adalah perbincangan yang panjang dan berat. Maka untuk mengambil jalan paling mudah difahami, saya rumuskan beberapa bahagian yang ditekankan oleh penulis mahupun ulama" lampau dalam kitab-kitab mereka.
Dimulakan dengan meletakkan Al-Quran dan As-sunnah sebagai sumber rujukan asas dalam Fiqh Islamiyyah atau Perundangan Islam. Kenapa saya tegaskan Al-Quran dan As-sunnah? Kerna kekeliruan inilah yang menjalar dan mengelirukan ramai sarjana Barat. Al-Quran bertindak sebaga rujukan mutlak tanpa disandarkan kepada hadis.
Sememangnya Al-Quran adalah kata-kata Tuhan. Tapi taklah pula hadis itu kata-kata Muhammad semata-mata. Hadith juga datang daripada Allah, dan ia bertindak sebagai penjelas kepada Al-Quran. Amat malang bagi sarjana Barat apabila menolak Hadith kerna kata mereka: ia bersumberkan manusia.
Walhal mereka kemudian menginterperasikan makna-makna Al-Quran mengikut akal fikiran mereka jua. Bukan manusiakah mereka?
Ia jelas dalam Al-Quran bahawa tiada ayat yang menyatakan secara khusus hukuman bagi si Murtad. Namun di sinilah fungsi hadith dalam menjelaskan Al-Quran. Bukan menambah tapi membutirkan yang tersimpan.
Apa hukuman yang ditentukan Rasulullah?
Bilamana saya susuri laman-laman web di internet, maka banyak sekali ditulis mengenai pembahagian Murtad kepada dua, yakni Milli dan Fitri. Ini adalah pegangan yang dipegang oleh Syiah. Milli ditujukan kepada "Muslim yang asalnya bukan Islam" dan Fitri ditujukan kepada "Muslim yang sejak lahir Islam".
Dalam Syiah, hukuman Milli dan Fitri adalah berbeza, Fitri wajib dibunuh manakala Milli pula diberikan dulu peluang bertaubat. Ini kerana pada pandangan pihak Syiah, Fitri adalah Muslim yang sudah lama Islamnya, maka kefahaman Islamnya adalah kuat. Jadi, hukuman had "bunuh" adalah untuk menghapuskan dosa "kufr" nya walaupun dia sudah kembali pada Islam semula.
Namun setelah saya baca-baca dan kaji dengan teliti, fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah lebih kuat dalam hal ini. Jadi saya lebih cenderung mengatakan bahawa inilah cara sebenar Islam menyelesaikan masalah Riddah.
Dalam merujuk hukum-hukum Fiqh Islamiyyah, Islam menggunakan beberapa sumber yakni Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak, Ijitihad , Uruf dan beberapa lagi rujukan. Namun sepastinya dua sumber teratas dan tidak boleh dilebihi adalah Al-Quran dan As-sunnah.
Maka sekali lagi dalam melihat contoh-contoh bentuk hukuman, maka perlu dilihat bukan sahaja sirah (cara hidup) Nabi Muhammad s.a.w, malahan perlu jua dilihat kaedah Khalifah Ar-rasyidun, para Tabi-in dan juga keputusan ulama’ dalam masa kini. Secara mudahnya, hukuman bertunjang pada paksi, tetapi masih ada ruang bincang dalam menyesuaikan dengan keadaan. Selagi tidak bercanggah dengan Al-Quran dan As-sunnah.
Dalam Islam, sebenarnya tiada langsung dibezakan antara seorang Islam lahir, atau Islam bila dewasa, kerana sepastinya Islam itu fitrah untuk semua. Tidak pula dibezakan antara seorang itu keluar daripada Islam kepada Kristian atau kepada Judaism berbeza dengan mereka yang atheism. Semuanya sama, kerna mereka tidak mengaku akan Ketunggalan dan jua Keunggulan Allah Subhanahu Wataala.
Sebenar-benarnya dalam Islam, tidak pernah seorang Murtad langsung dibunuh terus. Malah Musallamah Al-Kazzab yang mengaku nabi itu sekalipun diberi nasihat terlebih dahulu sebelum diperangi. Ini kerana jelas Islam meletakkan nyawa manusia di suatu tempat mulia dan bukanlah suatu yang dimain-mainkan.
Sebelum hukuman dijatuhkan, maka sebenarnya WAJIBLAH bagi pihak pemerintah mengadakan sesi kaunseling dahulu. Tak kira siapa dia. Jika dia ini tegar mahu kufr nya, maka sejukkan dia dengan logik akal. Jika dia ada keliru dalam Islam, maka perjelaskan dahulu kekeliruannya. Bahkan berkali-kali sesi nasihat dan kaunseling perlu diadakan hinggalah Muslim itu bertaubat.
Malahan Syeikh Sarakhsiy mengatakan, adalah dibolehkan sesi ini dilakukan sampai berbulan. Kerna jika dia benar-benar faham dengan Islam, maka payahlah dia ingin murtad. Beliau menegaskan dalam soal murtad, tiada beza antara seorang merdeka dan hamba. Kedua-duanya punya hak sama dan wajar dilayan dengan cara yang sama.
Hanya andai jika setelah begitu banyak kelonggaran dberikan, dia masih jua berdegil, barulah hukuman bunuh diadakan. Kenapa "bunuh" akan saya terangkan dalam siri selanjutnya.
Pun begitu, masih begitu banyak syarat-syarat sebelum hukuman diadakan. Bukan sembrono bunuh saja. Orang yang gila, atau ada ciri-ciri kurang siumannya, atau dia itu dalam keadaan yang tidak stabil akal dan emosinya tidak boleh dihukum bunuh. Begitu juga dengan mereka yang mabuk, sedikit atau banyak. Mereka yang tidak sedar (latah juga dikategorikan di sini) pun tak boleh dihukum bunuh. Mereka yang islamnya tidak diketahui umum juga tidak boleh dihukum terus dengan hukuman bunuh.
Mengikut Imam Hanafi, seorang wanita yang murtad, tidak boleh dia dibunuh. Hanya boleh dia dipenjarakan sehingga waktu kematiannya. Dia juga dilarang daripada disakiti. Begitu juga seorang tua yang sudah uzur.
Seorang kanak-kanak yang murtad, juga tidak termasuk dalam hukuman had (hudud) bunuh ini. Beliau wajib diberi masa hingga dewasa, hingga baligh dan mampu berfikir dengan betul. Jika selepas itu masih juga mahu jadi murtad, barulah hukuman boleh diadakan. Ini membuktikan bahawa Islam sudah lama membezakan salah juvana dan umum.
Maka apa yang mahu saya tekankan pada bahagian ini adalah tiada hukuman bunuh membabi-buta dalam Islam. Semuanya dengan tertib dan hikmah. Mengikut adab. Islam tidak pernah menjadi agama yang kejam, bahkan manusialah yang selalu saja bersangka buruk pada tuhan.
Pada bahagian kedua, saya akan perjelaskan lagi isu-isu berbangkit dalam masalah murtad. Adakah ini isu orang Islam sahaja? Adakah hukuman bunuh itu pada semua? (dah disentuh sedikit)
Juga, Mengapa Islam sangat memusuhi agenda murtad? Dan mungkin juga justifikasi di sebalik hukuman bunuh.
Pada bahagian ketiga, (ya, tiga bahagian kerna terlalu banyak yang penting) akan saya cuba fahamkan kebaikan-kebaikan di sebalik hukuman had bunuh itu. Apakah yang keras itu semuanya buruk? Dan apakah berlembut itu akan bawa pada maksud.
Juga kesimpulan dalam konteks negara kita Malaysia. Mungkin juga rujukan-rujukan saya.
http://my_theory.blogspot.com/2004/09/murtad-makna-dan-penyelesaian.htm
Post a Comment