Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Monday, March 16, 2009

Ilmukah yang menciptakan bahasa atau bahasa yang menciptakan ilmu?

Bismillah,

Assalamualaikum,

Aku terbangkit dari tempat melepaskan lelah ku untuk menulis posting ini kerana benak pemikiranku bermain-main dengan apa yang telah aku baca dan hayati.

Ia mengenai isu bahasa yang masih di ungkit-ungkit. Ada orang2 yang merasakan bahawa bahasa kebangsaan terancam kerana PPSMI.

Tetap juga bangsa Iran lebih "perkasa" dalam menguasai ilmu kerana banyaknya bahasa yang mereka kuasai tanpa bahasa mereka ternoda atau mereka melupakan sama sekali bahasa mereka kerana apa yang telah mereka perolehi. Tetap sahaja jati diri bangsa Iran berbeda dengan jati diri anak2 melayu muslim. Cintakan Ilmu dan tidak cintakan ilmu.Tetap juga orang2 itu yang peka dengan kesusasteraan atau ilmiah dalaman bahasa kebangsaan berkata kenal dulu jati diri bangsa baru pergi gali ilmu orang. Samakah diri mereka yang memegang "tampuk pemerintahan kesusasteraan" dengan anak2 muda bawahan yang masih lembut bak kapas dan goyah bak lalang di tiup angin?

Sebelum ini pernah aku bangkitkan persoalan, ilmukah yang mencipta bahasa atau bahasakah yang mencipta ilmu?

Kerana apa yang kita fahami, Allah SWT mewujudkan bahasa Arab dan bahasa2 lain melalui ilmu-Nya, jadi aku bertanya lagi, ilmukah yang mencipta bahasa atau bahasa yang menciptakan ilmu?

Tak habis-habis dengan bahasa mengejek di gunakan kepada mantan perdana menteri kerena apa yang telah beliau lakukan. Tak habis-habis dengan fitnah di sana-sini hanya untuk menjatuhkan orang lain.

Sudah berapa lama Sains dan Matematik di ajar dalam bahasa ibunda namun hakikatnya penguasan terhadap dua ilmu tersebut masih jauh dari pelukan anak2 muslim di Malaysia. Apakah mantan perdana menteri ini terlalu jahil dalam mengenal rakyat sendiri ketika memerintah dan terlalu pentingkan diri dalam pemerintahannya dahulu sehingga PPSMI di anggap sebagai agenda busuk? Betapa aku dahulu, semasa umur aku baru mencecah belasan tahun aku membenci mantan perdana menteri kerana pada masa itu ANWAR di anggap mulia dan di fitnah. Namun, setelah aku meningkat dewasa dan minda aku berkembang, apa yang aku lihat sebenarnya, kebanyakkan fitnah dan tohmahan di lakukan terhadap mantan perdana menteri sendiri, bukan ANWAR. Banyak tindakan2 mantan perdana menteri dahulu tidak aku fahami dan beliau di benci aku. Akan tetapi ianya telah menjadi sesuatu yang berbeda apabila Allah memberi peluang pada aku menjadi dewasa.

Namun, aku masih mengkaji tentang mantan perdana menteri dan kesilapan-kesilapannya yang masih di dendangkan oleh orang2, tetapi apalah nilai kesilapan seorang jahil dengan nilai kesilapan yang di lakukan oleh orang yang "cerdik pandai agama".

Gambar Anita Sarawak juga di paparkan sebagai kiasan seolah-olah menembak satu peluru dua ekor burung menjadi mangsa...Patutkah aku tonjolkan pula gambar orang2 yang kononnya cintakan bahasa kebangsaan tetapi lansung tidak menunjukkan dia adalah Melayu Islam? Kedua-dua belah pihak ini, yang terkadangnya jika orang2 Islam dari luar datang tanpa mengenali identiti mereka, terus-terus sahaja mereka boleh mengklasifikasikan bahawa orang2 itu adalah orang bukan Islam. Jadi sama sahaja kedua-dua pihak dengan keburukan mereka.Tidak ada sesiapa yang berhak membersihkan diri mereka tanpa izin Allah SWT.

Yang di satu pihak mahukan penguasaan Ilmu melalui bahasa asing dan di satu pihak mahukan penguasaan ilmu melalui bahasa ibunda.Tidakkah sama sahaja tujuan mereka? iaitu ILMU?Apa jenis kebodohan yang sedang kita perjuangkan apabila kita menuju jalan yang sama namun berebuat-rebut menindas yang antara satu sama lain hanya untuk menegakkan benda yang sama?Sedangkan kekukuhan boleh di capai dan manfaat boleh di kecapi bersama dengan berganding bahu dalam memperkasakan ilmu di kedua-dua bahagian?

Kenapa di satu pihak suka menonjolkan perkara2 negatif dengan mempositifkannya sehingga membunuh kesatuan Ummah? Tidak cukupkah dengan fitnah yang kita "kecapi", sehingga orang yang tidak berdosa turut menjadi berdosa? Tidak cukupkah pembunuhan Ummah berlaku kerana kebodohan kita sendiri? Apakah cukup dengan memperjuangkan bahasa sahaja dapat kita kenali bangsa kita sendiri?Atau nilai cintakan ilmu yang harus kita amati dan pupuk di dalam masyarakat kita demi menjaga jati diri bangsa kita?

"The ink of the scholar more holy than the blood of the martyr"



Apakah maksud ungkapan di atas?Apakah hanya bahasa yang memainkan peranan di dalam kejayaan seorang ulama dalam membentuk Ummah yang berjaya atau kedekatan dirinya dengan Allah SWt melalui amalan2 ilmunya yang di redhai Allah SWT?

Sekali lagi aku tanyakan, Ilmukah menciptakan bahasa atau bahasa yang menciptakan Ilmu?

Nilai bangsa kita melalui sejauh mana penguasaan mereka terhadap Ilmu. Bangsa Iran mencintai ilmu dan nilai bahasa mereka tidak hilang kerana penguasaan mereka terhadap ilmu sejak bekurun lama dahulu sebelum kedatangan Islam lagi. Bukan hanya kerana cinta mereka terhadap nilai bahasa mereka tetapi kerana pengisian ilmu dalam mencintai bahasa mereka, di pupuk tanpa keegoan terhadap bahasa lain.

Masa itu emas tetapi sejauh mana keemasan masa itu di hargai oleh sesetengah pihak dalam membentuk Ummah yang berilmu?

Terbitkan kejayaan untuk Ummah bukan kerena kita ahli sastera jadi kita mahu pertahan bahasa tanpa menjaga perkembangan ilmu2 lain. Setiap bahasa di dunia punya nilainya tersendiri kerana ilmu yang di milik oleh setiap bangsa. Jangan terlalu memandang rendah pada bahasa penjajah sehingga kita menjadi orang bodoh.

Dan Allah berfirman:
Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada kamu, kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk". (maidah:115)

Anggaplah PPSMI santapan nikmat Ilmu Allah yang di berikan tak kira ianya datang dari bangsa mana pun. Kebodohan adalah punce kesengsaraan dan kejahatan.

3 comments:

ONE said...

salam,

perbalahan ini berlaku kerana kurangnya ilmu dan terlalu mengangkat agenda ketaksuban..
molek lah kira nya rakyat berusaha untuk bersatu di dalam keadaan yang sebegini..

Anonymous said...

enta ulamak su'. majlis syura dah putuskan. bagaimana plak ulamak d negara2 arab pada era kolonial menentang bahasa penjajah ni. enta duk ngadap kitab je tak de turun padang!

Aku said...

salam saudara anon,

ulama su2? ana bukan ulama pun..masih panjang perjalanan untuk bergelar ulama..
bukan macam sekarang ni.. baru 4 atau 5 tahun belajar agama, sudah di title sebagai ulama? banding dengan ulama muktabar dahulu yg merantau berpuluh puluh tahun mencari ilmu..menhafaz beribu ribu hadith termasuk beribu ribu sanad yang berbeza..ulama kah mereka itu yg hanya baru setahun jagung masuk dalam bidang agama?

apa kes dengan bahasa penjajah? apa kerajaan minta semua pelajaran dan bahasa penghantar nak di inggeriskan kah? cuma nak mencepatkan proses ilmu teknologi seiring dengan perjalanan masa yang semakin singkat.. bukan kerajaan nak bann terus bahasa ibunda pun..disamping tu bantulah kerajaan perkasakan bahasa melayu dengan cara yg lain dan berhikmah..

bantu lah anak anak islam untuk menjadi pencipta ilmu kembali seperti dahulu dengan cepat dan berkesan ,.bukan hanya mengkritik tanpa memberi 'solution' yang afdal..