Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Saturday, March 14, 2009

Kempen Cintai Hijab


Bismillah

Assalamualaikum..



Sempena bulan da'wah yang di jalankan oleh kerajaan di Malaysia, aku mengambil kesempatan ini untuk melancarkan kempen cintai hijab atau tudung bagi wanita2 dan lelaki2 muslim di Malaysia.

Amatlah penting bagi kita mengenal erti hijab bagi kita orang2 Islam. Walaupun simbolnya adalah untuk wanita tetapi lekaki juga mempunyai lingkungan dan batas yang perlu mereka hijabkan terutama mata mereka yang menyaksikan keindahan wanita Muslimah. ;)

Ya, wanita Muslimah adalah wanita yang tercantik di Alam semesta. Buktinya adalah bagaimana Allah mengangkat telah 4 wanita menjadi Puan kepada wanita di alam semesta atau sayidahtun -nisa al- alamin dan meraka adalah, Hazrat Maryam(ra),Hazrat Asiah(ra) ,Hazrat Khadijah(ra) dan Hazrat fatimah Bint RasulAllah(saw). Jika di amati perjalanan kisah hidup ke-empat-empat wanita ini, kehebatan mereka amatlah ketara dan perjuangan mereka dalam menegakkan rubbubiyyah tidak dapat di sangkal.

Apa itu cinta? dan apa itu hijab? Apa itu cinta kepada hijab? cinta mempunyai berbagai-bagai definisi akan tetapi hanya satu tujuan yang tujui melalui cinta iaitu keindahan dalam kesempurnaan.Dan bagaimanakan si pengidap cinta akan bertindak?Ya,sudah tentu akan berjuang berhabis-habisan untuk objek yang di cintai. Si penghidap cinta mempertahan dan menampakkan keindahan dalam kesempurnaan yang di milik oleh objek atau subjek yang di cintai kepada mata yang melihat kerana keistimewaan yang terdapat pada objek atau subjek yang di cintai.

Dan apa maksud Hijab?

Hijab bermaksud tudung atau penghadang atau pelindung. Apakah yang mahu di hadang atau di lindungi oleh hijab? Umum mengetahui bahawa apabila sesuatu yang memerlukan penghadang atau pelindung ianya mesti merupakan barangan yang berharga dan sangat sensitif atau sedikit dalam nilai kewujudannya. Wanita itu ramai, tetapi bagi setiap wanita diri mereka amatlah berharga. Dan secara terusnya pada Allah SWT wanita itu amatlah berharga melalui fitrah yang di jadikan oleh-Nya maka Dia meletakkan penghadang atau pelindung yakni hijab, sebagai "basic" bagi penghargaan terhadap ciptaan-Nya itu. Kelembutan, kemanisan dan kelemahan yang mengasyikkan yang ada pada wanita membuatkan hijab sebagai pelindung bagi wanita amatlah berharga dan istimewa. Tanpanya wanita akan hancur sehancur-hancurnya kerana terdedah pada bahaya yang berada setelah hijab di "runtuhkan".

Hijab bukan sahaja melindungi wanita, bahkan melindungi lelaki dari memaksiati Allah SWT. Melindungi mereka dari terjerumus ke kancah nafsu kebinatangan. Apakah hijab hanya sekadar pelindung bagi fizikal wanita atau definasi hijab itu sepatutnya di letakkan lebih mendalam lagi bagi setiap langkah dalam menangani nafsu? Alhamdulillah umum memahami bahawa hijab sepatutnya juga meng-hijab wanita muslimah dari melakukan perbuatan-perbuatan dosa. Ianya menjadi peringatan kepada mereka supaya membersihkan hati dan melindungin diir mereka dari kekotoran dosa yang tidak nampak seperti hasad dengki dan iri hati.

Dan apakah itu cinta kepada hijab?

Cinta kepada hijab bermaksud...kita akan mempromosikan keindahan dalam kesempurnaan wanita ber-hijab dalam melaksanakan tugas kita iaitu amal ma'ruf nahi munkar.

Aku sebagai lelaki dan sebagai pemimpin bagi wanita2 di dalam rumah aku, tidak malu dan tidak segan menyatakan bahawa aku menyintai hijab dan sudah tentu wanita2 muslimah harus lebih2 lagi menyintai hijab kerana kekhususan yang Allah SWt telah berikan kepada mereka.

dalam posting yang seterusnya untuk kempen ini..aku akan cuba mengupas persoalan dan idea2 liberal yang telah di tanam di benak fikiran saudara-saudara muslimin supaya mereka meninggalkan hijab. InshaAllah. Mereka menidakkan yang halal dan mengangkat yang haram secara halus-halusan.

Siapa yang cinta Allah dan Rasul-Nya..marilah ramai2 kita mulakan kempen bloggers yang cintakan hijab.Amik lah banner yang aku dah letak dan lekat kat blog kalian ya.

2 comments:

ONE said...

salam,

rasanya memang kaum muslimin kelihatan lebih ayu apabila bertudung..
hmm tapi sayang ada yg kejap pkai tudung kejap tak..

Aku said...

wsalam,

memang benar saudara One, disebabkan itu tugas kita sebagai saudara seagama untuk mendidik jiwa dan hati muslim lain termasuk diri kita sendiri supaya memahami dan mmenghormati ketetapan yang telah Allah gariskan di dalam Quran serta di ajar oleh Rasulullah melalui sunnah baginda.