Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Friday, March 13, 2009

UMNO & PAS , SAiFUL & ANWAR

Bismillah

Assalamualaikum,


1- Dewasa kini kita sering dijamu dengan hidangan berita-berita sensasi lagi panas baik dari Pakatan rakyat mahupun Bn. Hinggakan budaya mencetuskan huru hara serta menggugat kedamaian negara menjadi 'trend' masa kini. Ada puak -puak yang suka mengambil kesempatan ke atas 'kebebasan bersuara' untuk menghina dan menempelak pihak yang yang lain. Ada pula yang menangguk di air keruh untuk memecahbelahkan lagi kesatuan ummat Islam di Malaysia.
Masing-masing menuding jari ke arah orang lain untuk dipersalahkan.Walhal diri mereka sendiri juga menjadi punca perbalahan antara sesama saudara.

Puak yang sepatutnya bekerja untuk menyatupadukan umat Islam terus dibuai mimpi indah dan TUNDUK kepada puak yang menderhaka dan mensyirikkan Allah.Apa sahaja yang mereka buat semuanya di 'halal'kan.Tetapi kenapa dahulu ianya di'haram'kan ke atas saudara seagama yang lain? Kenapa begitu banyak dalih termasuk memfitnah Nabi sebagai berkroni dijadikan alasan bagi menghalalkan matlamat politik mereka?Inikah yang di ajarkan oleh Islam sebenar?
Jika benar mereka tulus untuk menegakkan agama Allah di bumi Malaysia, mengapa tidak menjadikan kesatuan ummah sebagai jalan yang selamat? Mengapa tidak menggunakan jalan berhikmah tanpa berkrompomi dan TUNDUK kepada orang yang mensyirikkan Allah?

Bagi puak yang berkeris, terlihat kelibat mereka dalam berminat untuk kembali ke pangkal jalan. Untuk mengembalikan sinar cahaya Islam , mereka telah menyeru kepada saudara segama mereka untuk bergabung dan bersatu demi memperkukuhkan kuasa orang Islam di bumi Malaysia.Banyak juga program program dan usaha yang berbau Islam telah dan sedang dijalankan sebagai tanda usaha mereka menjayakan 'Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia". Ya, tidak dinafikan, ada segolongan dari pemimpin-pemimpin mereka yang tamak dan cintakan duniawi hinggakan halal haram bercampur aduk.Namun begitu adakah ia alasan yang munasabah untuk memecahbelahkan kesatuan ummat? Adakah 5o tahun itu terlalu lama bagi kita untuk kembalikan sinar cahaya Islam sebenar jika dibandingkan setelah beratus-ratus tahun minda dan kebudayaan kita dijajah oleh orang yang mempersekutukan Allah? Masihkah kita ingat diwaktu baru mencapai kemerdekaan zahiriah, ramai umat Islam terbelenggu dan terpinga pinga atas perkara yang berdosa dan haram? Di kala itu, ada ibu-ibu serta bapa-bapa Melayu Islam menyuruh anak-anak mereka pergi 'tikam' nombor ekor. Wanita bertudung seiring dengan garisan panduan syariat hanya boleh kira dengan jari sahaja.
Jadi kenapa kita harus mengambil kira 50 tahun sebagai sudah terlalu lama bagi UMNO sebagai pemerintah? Bukan senang hendak mengubah persepsi dan tingkah laku manusia apatah kita ini hanya manusia biasa dan bukan nabi.Sebab itu kita harus bergabung dan melaksanakan sesuatu perkara secara berhikmah dan bukan terus memberi kejutan kepada minda dan hati serta iman yang masih lemah.


2- Saiful merupakan seorang pemuda yang sedang berjuang untuk mengembalikan maruah diri dan keluarga ke tempat tinggi. Bukan senang untuk tampil di hadapan khalayak ramai dan mengaku sebagai orang yang telah menjadi mangsa 'kaum Lut'. Apatah lagi, orang yang dikatakan itu mempunyai kedudukan yang dihormati di mata penyokongnya.Namun, sungguh ajaib mengapa hanya saiful yang beriya-iya untuk dijalankan ke atasnya sesi perbicaraan yang adil tapi sudahlah tidak mahu menyempurnakan sumpah mubahalah yang merupakan sunnah Nabi, malah si Anwar seolah-olah melarikan diri dari dihadapkan di mahkamah.
Tak cukup itu, saiful dotohmah dengan pelbagai fitnah. Kononnya dia telah dihukum dengan satu penyakit kelamin tetapi terbukti itu hanyalah satu pembohongan yang amat menjijikkan. Saiful masih segar dan sihat dan wajahnya malah kelihatan berseri dan tenang sahaja. bagaimana dengan Anwar pula? Allah berfirman ;


"Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya." Surah Yunus: 26

" Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah; muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup dengan beberapa bahagian (yang gelap-gelita) dari malam yang gelap-gelita. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. " Surah Yunus : 27








Kepada Saiful, doa kami sentiasa bersama anda dan sentiasalah ikhlas kepada Allah dalam apa jua perkara yang anda lakukan. Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar dan usahlah risau; lambat laun kebenaran pasti terbongkar ! InshaAllah !

5 comments:

ONE said...

salam,

mereka telah terlalu banyak berbohong dahulu hinggakan kini islam sekali lagi di kambing hitam utk menghalalkan perbuatan kotor mereka..

yang pastinya sebahagian dari golongan bertopeng ini memang tidak mementingkan islam pun dalam perlakuan mereka..

allahualam,

PARPUKARI said...

BRO, A BEAUTIFUL PIECE...BAGUS BRO, ANWAR DAH KEPANASAN BRO..DIA SEDANG DI MAKAN SUMPAH...

Aku said...

salam saudaraku yang dihormati ,



One : memang benar saudaraku. Golongan ini telah pergunakan nama Islam di dalam perjuangan palsu mereka.Akhlaq serta tingkah laku mereka tidak mencerminkan sebagai seorang pengikut rasulullah yang tulen pun.. Akhirat menjadi mainan di bibir mereka terhadap orang-orang yang taqlid membuta tuli. Sebagai pejuang yang berjuang demi Islam, kita harus konsisten dan mengutamakan kesatuan ummah dari segi semua aspek. itulah yang dilakukan oleh rasulullah, ahlulbait serta sahabat baginda yang dikasihi.Mereka mementingkan kesatuan ummah dan cuba sedaya upaya untuk membina kesatuan yang kukuh dan kuat tetapi golongan ini pula ingin hancurkannya dengan sifat gelojoh dan tidak sabar serta sifat cepat melatah mereka.Inshallah kita berdoa agar ramai lagi orang islam di bumi malaysia akan sedar dan mula bergerak menuju ke jalan Allah yang sebenar dan bukan hanya mempergunakanya untuk kepentingan sendiri tetapi demi membentuk satu komuniti yang utuh dan kuat di bawah panji kalimah la ilah ila Allah wa muhammad rasulullah, seterusnya berlaku adil kepada semua makhluq Allah di bumi sejajar dengan apa yang telah diturunkan Allah kepada nabi nabi dan rasul junjungan kita Muhammad SAW sebagai panduan buat kita , Inshallah.


Parpu Kari- benar saudara.kelihatan anwar sedang gelabah dan wajahnya juga semakin hari semakin gelap dan dan kehitaman serta kusut masai.Sama-sama kita memberi sokongan ikhlas dan jitu kepadasaudara saiful supaya dapat membongkarkan kebenaran yang sebenar tak lama lagi Inshallah.

qe-runk said...

yg mengenai anwar n saiful...
hakim xdecide pn sp bersalah...
cmne ko leh cm yakin sgt anwar meliwat?
ko ad kt sebelah dorg ke tyme dorg wat projek?

pliz la..
jgn la ktuk..
klu nk ktuk pn...bl da mahkamah bkti kn anwar bersalah...
tu sm2 kte kutuk..

tp kn..klu la anwar bersalah..
n then die bertaubat..
ntah2..pahala die lg besar n bnyk dr ko...
ko xrs malu ke?

beribadah la bnyk2 slagi sempat~

Aku said...

assalamualaikum

saudara q runk,

saya tak terus mengatakan anwar memang peliwat, Jika puak saudara boleh terus memfitnah saiful kena siflis lah, dah nak mati lah, termakan sumpah lah, itu kira dihalalkan pula ya?

siapa yang mula mula pertahankan siapa? puak saudara yang terus melabel saiful sebagai penipu sebelum pihak mahkamah memberi keputusan. Jika anwar mendapat pembelaan dari pihak saudara, salahkan saya pula cuba menganalasis kes ini dengan adil untuk pihak saiful?

ISLAM ITU ADIL. hatta imam ali pun apabila baju besinya dicuri oleh seorang yahudi , tetapi sebagai seorang khalifah dia masuk mahkamah dan menjalani proses pengadilan. Tiada bukti kemudian yahudi itu terlepas. siapa tidak kenal dengan Imam Ali. Pasti ramai yang akan percaya bahawa memang yahudi itu yang mencuri. tetapi sebagai seorang hamba ALlah yang tawadho dia tidak pun terus menghukum orang yahudi itu dengan tangan nya. malah mengikut proses mahkamah dan apabila tiada bukti kukuh dia akur untuk melepaskan yahudi itu!


mengata orang dia yang lebih pulak.


inshallah saya terima nasihat saudara supaya beribadah tetai beribadah QUANTITY tak menjamin syurga dan keselamatan di akhirat,, quality ibadah dan rahmat Allah yang akan membantu kita kelak..Inshallah..