Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Saturday, February 28, 2009

KDN kuatkuasa larangan sehingga Mahkamah Tinggi buat keputusan

Allah' hanya untuk Islam
Oleh Hassan Omar
bhnews@bharian.com.my

KDN kuatkuasa larangan sehingga Mahkamah Tinggi buat keputusan

KOTA KINABALU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan agama Kristian.

Berikutan itu, Herald-The Catholic Weekly dilarang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya, sehingga keputusan mengenainya dibuat Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengakui ada kesilapan dalam penggubalan perintah bertarikh 21 Januari yang diwartakan pada 16 Februari lalu itu, hingga menimbulkan kekeliruan.

Beliau berkata, perintah itu seolah-olah memberi gambaran kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly sedangkan keputusan sudah dibuat melarang perkataan itu digunakan dalam penerbitan berkenaan.



http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/BeritaUtama/20090228230901/Article/index_html


------------------------------------------------------------------------------------------------


Bismillah

Assalamualaikum

Walaupun KDN telah kuat kuasakan kembali larangan menggunakan kalimha Allah oleh pihak Kristian, namun begitu jangan kita lupa bahawa keputusan yang mutlak berada di tangan pihak mahkamah Tinggi. Oleh hal yang demikian, marilah kita sama-sama memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya keputusan yang akan dibuat Mahkamah Tinggi berpihak kepada ISLAM!

Amat mendukacitakan sekali kerana masih ada orang-orang yang mengaku beragama Islam tidak ambil peduli mengenai kalimah Allah ini. Pada mereka ada apa pada perkataan Allah?


Kononnya akidah yang lebih penting!

( Tetapi bagi saya, dengan membenarkan pihak Kristian menggunakan kalimah Allah inilah yang akan menyebabkan akidah sebahagian anak-anak Islam di Malaysia yang sudah semakin tenat menjadi lebih parah ! Ya, Akidah anak-anak Islam yang masih memerlukan bimbingan sepenuhnya akan terus menjadi pincang dan rosak kesemuanya! Mengapa? Ini kerana KESUCIAN DAN MARUAH kalimah Allah di bumi Malaysia pun tak boleh nak di pertahankan, apatah lagi nak pertahankan akidah anak anak Islam??? jangan kita ingat kita sudah kuat dan iman di dada sudah memadai!

Sedangkan orang yang berada di negara yang menjalankan hukum hudud pun telah berjaya di Kristiankan dan ditanam di dalam diri mereka untuk membenci dan mencemuh Allah, Nabi Muhammad dan agama suci Islam yang pernah membaluti diri mereka sejak dari bayi lagi!!!

Sila lihat link ini----> http://www.israeltoday.co.il/default.aspx?tabid=178&nid=16907

Saudi girl executed for becoming Christian

A young girl in Saudi Arabia was brutally executed by her Muslim father this week after he learned his daughter had converted to Christianity.

Middle East business news website Zawya.com reported that the man, who is a prominent member of a "virtue committee," first cut out his daughter's tongue and held a one-sided religious debate with her. He then burned his daughter alive..............


Kejadian di atas pernah di petik juga di dalam Harian Metro.Bayangkanlah saudara-saudara sekelian! Orang yang berlidah Arab, yang dibesarkan di dalam keluarga Islam dan memahami Al-Quran tanpa perlu di 'translate' kan, yang di ajar bersolat, berpuasa, dan membayar zakat serta tinggal di negara di mana letaknya tanah Suci Makkah dan Kota Madinah boleh murtad dan akidahnya telah terpesong jauh ? Jadi persoalannya di sini , di manakah kekuatan akidah seseorang Muslim itu ? Manipulasi orang-orang Kristian terhadap kalimah Allah telah mengakibatkan orang Islam yang kononnya peka akan kekuatan akidah dan iman mereka masih boleh tertipu dengan dakyah palsu dan pembohongan orang-orang Kristian yang dibenarkan MENIPU dalam menyebarkan dakwah mereka!!!

Jadi apatah lagi di Malaysia??? Di mana rata-rata anak-anak muda Islam kita leka dan asyik dengan hiburan yang tidak membantu mereka mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah dan Rasul.Opss, bukan anak-anak sahaja, malahan ibubapa telah menelan racun hiburan dengan bangga serta menggalakkan anak-anak mereka menelan racun dunia seperti mereka!!Sebab itu kita sebagai orang-orang yang sedar akan tentang perkara ini harus mempertahankan akidah orang Islam kita yang lalai dan membantu mereka supaya tidak terjerumus ke dalam lembah murtad, Inshallah... )


Kononnya Allah bukan untuk Melayu atau Islam sahaja!


Ya, benar! Allah bukan hanya untuk golongan ini sahaja tetapi Allah ialah Tuhan pemilik sekelian makhluk meliputi langit dan bumi. Tuhan yang mencipta manusia dari tanah dan jin dari api. Allah adalah Tuhan untuk hamba-hambanya yang mengaku bahawa Dia adalah SATU , Tak beranak dan Diperanakkan, serta Tiada satu pun yang menyerupainya. Jadi kedudukanNya yang Maha Esa dan Satu inilah hendak kita pertahankan! usah tertipu dengan dakwaan mereka yang mahu berselindung di sebalik nama Allah wal hal mereka tidak mengaku bahawa Allah itu satu,tunggal tidak beranak dan di peranakkan!!!

Walaupun Shaikh Ahmad Deedat telah membuktikan bahawa Allah telah wujud dalam Bible yang asli dan bukan YAHWEH/JEHOVAH TETAPI pihak Christian tidak menerimanya.Bahkan mereka dengan angkuhnya menggelarkan Allah itu sebagai Tuhan pagan,Tuhan Bulan dan sebagainya.


Mereka juga mengatakan bahawa Nabi Muhammad(saw) menerima risalah dari Shaitan.Jadi kenapa sekarang nama Allah mahu digunakan akan tetapi hanya nama di terima namun tidak makna nama Allah dan penutup seluruh Nabi dan Rasul iaitu Muhammad SAW itu sendiri??!!!





Kononnya bangsa Arab bukan Islam sudah menggunakan Allah sejak sebelum zaman Rasulullah lagi!


Kepada orang-orang Kristian yang kononnya berpegang teguh kepada agama dan kepercayaan terhadap agama mereka, saya ada beberapa soalan untuk kamu semua.

1- Sejuh manakah keiklasan kamu hendak menggunakan Allah untuk penganut Kristian bumiputra? Apakah alasan yang munasabah bagi kamu semua selain dari kononnya bumiputra sudah sinonim dengan nama Allah?

Bukankah kamu mendakwa bahawa orang Arab Kristian telah menggunakan Allah sejak dari zaman sebelum kedatangan Muhammad SAW? Jadi beritahu kepada kami umat islam di sini apakah orang-orang bumiputra juga telah menggunakan Allah sebelum kedatangan Islam di rantau NusaTenggara?Malah mereka ini beragama Hindu !! Atau kenapa tidak kamu menggunakan sahaja nama-nama Tuhan agama yang pernah di anuti oleh orang Dayak atau Kadazan etc?? Ini sebenarnya yang lebih sinonim dengan masyarakat di Sabah dan sarawak! BUKAN ALLAH!!!


Melainkan mereka ini pernah menganuti agama Islam tetapi telah dimurtadkan oleh kamu semua!!!


2- Tahukah kamu bahawa saudara-saudara Kristian kamu yang lain berhempas-pulas menerangkan bahawa ALLAH itu adalah TUHAN BULAN dan TUHAN PAGAN?


http://www.faithfreedom.org/Articles/skm30804.htm

http://www.bible.ca/islam/islam-allah-pre-islamic-origin.htm


Jadi mengapa kamu semua beriya-iya sungguh untuk menggunakan kalimah Allah yang ternyata bercanggah dan mengkhianati kepercayaan kamu? Tepuk dada, tanyalah selera apa yang kamu sembunyikan!

Manakala bagi Kami, Allah lah Tuhan yang Esa, Allah lah Tuhan menurunkan wahyu ke atas kepada Ibrahim, Daud, Musa , Isa dan Muhammad Allayhum Alsalam. Dan Kami tidak pernah sesekali menggelarkan Allah dengan nama-nama Tuhan agama lain . Ini kerana Allah kami tetap Allah. Dia yang SATU dan Dia yang hanya berhak disembah dan Maha Berkuasa.

Tatkala diajukan soalan terhadap nabi Muhammad SAW apa itu Allah?

Maka dengan jawapan yang diwahyukan DARI ALLAH ke atas baginda;

KATAKAN: ALLAH ADALAH AHAD (SATU)

ALLAH ADALAH SAMAD ( TEMPAT BERGANTUNG SEGALA SESUATU)

DIA TIDAK BERANAK DAN TIDAK PULA DIPERANAKKAN

DAN TIDAK ADA SEORANG PUN YANG SETARA DENGAN DIA













PAS & UMNO - Bersatulah demi Islam

Bismillah

Assalamualaikum


Ketika waktu ini, siapa tak kenal dua parti yang didominasi oleh orang Islam sendiri iaitu PAS dan UMNO. Namun begitu, sayang seribu kali sayang! Dua parti ini juga dikenali sebagai musuh tradisi politik. Masing-masing sibuk menegakkan agenda politik mereka hinggakan lupa akan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin Islam untuk terus mendidik anak-anak Islam di Malaysia supaya menjadi generasi Muslim yang bertaqwa dan berakhlaq.


Masihkah kita ingat bahawa Rasulullah SAW sendiri tidak hadir dengan hukum hukum Allah pada peringkat awal seruan baginda untuk Islam tetapi, baginda menyeru mereka ke arah akidah yang benar dan pembetulan akhlaq yang buruk kepada akhlaq yang baik. Kemudian, apabila baginda sudah berjaya membina sebuah kesatuan umat yang berteraskan kalimah La elah Allah Wa Muhammad rasulullah, barulah hukum hukum Allah diturunkan dan semua umat Islam patuh dan menerimanya tanpa sebarang bantahan.


Oleh hal yang demikian,bagi saya PAS tidak seharusnya bersikap terus menerus dingin terhadap UMNO hanya kerana mereka menolak hudud dan dikatakan masih berpegang kepada Perlembagaan Penjajah. Tetapi bantulah UMNO untuk mencapai matlamat itu walaupun terpaksa mengambil langkah yang perlahan-lahan.Dalam surah At-Taubah ayat 71 Allah berfirman, maksudnya:

“Orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan setengah mereka menjadi pembantu bagi yang lain. Mereka mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran.”

Tak bolehkah PAS dengan bijak dan budi pekerti tinggi serta kasih dan sayang sebagai saudara seagama menjadi pembantu dan penasihat untuk UMNO bagi mencegah apa yang mungkar dan mengajar kepada maaruf?

Nanti dahulu! Bukan dengan cara itu yang saya mahu dengar.Bukan dengan kata kata nista dan caci maki! Dan bukan juga dengan umpat-mengumpat serta penghinaan dan bukan dengan mendoakan kecelakaan bagi saudara islam yang lain! Tetapi lakukanlahnya dengan cara berhikmah dan bersabar.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.




Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”. (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).


“Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga”.
(Hadis riwayat Muslim).



Apa yang penting, betulkan akidah dan akhlaq anak-anak islam kita dahulu.UMNO juga telah banyak berusaha untuk menuju ke arah Negara Islam walaupun masih tidak dapat mewujudkan Kerajaan yang berteraskan Islam sepenuhnya. Tetapi sekurang-kurangnya Islam masih boleh bergema di bumi Malaysia, Azan masih boleh bebas bergerak dengan bangganya di sekeliling udara bumi Malaysia dan banyak program-program Islam telah dan akan diadakan oleh pihak UMNO. Kalaulah PAS juga berganding bahu memantapkan lagi program-program tersebut dan menambahkan serinya lagi dengan idea idea yang bernas dan bijak , nescaya kesatuan umat Islam di sini akan bertambah kukuh Inshallah.



Cukup-cukuplah menunding jari ke arah satu sama lain. Ini bukan masa kita mengungkit kisah lama yang tak berfaedah lagi! Ini adalah masa untuk kita bersatu di bawah bumbung LA ILAH ILA ALLAH WA MUHAMMAD RASULULLAH!

Ini adalah masa untuk kita menolak segala anasir anasir jahat yang berniat buruk untuk tumbangkan Islam di bumi Malaysia bermula dengan fahaman Liberalisme seterusnya Islam hanya akan tinggal pada nama sahaja!


Bilakah mimpi yang saya coretkan ini akan menjadi kenyataan? Hanya Allah yang Mengetahui kerana sepanjang pengamatan saya terhadap kedua-dua pihak ini, Pas masih dengan sikap sombongnya yang langsung tidak mencerminkan sebagai Parti Islam manakala UMNO pula dibelenggu oleh segelintir pemimpin yang tamakkan harta duniawi.Hasilnya siapa yang rugi? Sudah tentulah Umat Islam yang berkemungkinan hak mereka akan dirampas oleh pihak yang hanya menunggu peluang keemasan untuk mematikan 'benih' dan 'bijiran' Islam dari sentiasa berkembang di Bumi Malaysia yang tercinta ini jika kita sendiri leka dan asyik dengan pertelingkahan dan pergaduhan yang tiada kesudahanya.

Namun begitu saya yakin akan kata kata Allah yang bermaksud;


“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)

ALLAHU AKBAR!! ALLLAHU AKBAR!! ALLAHU AKBAR!! KELULUSAN PENGUNAAN kALIMAH ALLAH DITARIK BALIK

Kerajaan tarik balik kebenaran guna kalimah Allah: Syed Hamid


KOTA KINABALU: Kerajaan akan menarik balik pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly kerana penggubalan peritah itu yang diwartakan pada 16 Februari lalu, silap.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, menegaskan akibat kesilapan itu, ia memberi gambaran seolah-olah kerajaan membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan itu sedangkan kementerian sudah membuat keputusan melarang perkataan itu digunakan dalam penerbitan berkenaan.

Sambil mengakui kesilapan yang dibuat kementerian itu ketika membuat perintah itu, Syed Hamid menjelaskan tiada pihak bukan Islam yang dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Mutakhir/20090228175113/Article

Mufti Perak Dan Yang Dipertua YADIM BAntah Guna Nama Allah

Oleh RADZI MD. ZIN, HASNURUL MOHAMED dan ZUHAYATI YAZID
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria terkejut dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian.

Tokoh Maal Hijrah itu menegaskan Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa dan berbeza dengan agama lain.

“Mengapa hendak bertolak-ansur sangat dalam hal ini? Kalau ikut enakmen jabatan agama islam negeri pun memang tidak dibenarkan,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.

Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh KDN.

Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu.

Perintah tersebut berbunyi: ‘‘Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan ‘Allah’, ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘Solat’ adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan “Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’’.

Sementara itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia hari ini mendesak kerajaan membatalkan semula pewartaan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian.

Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, langkah pewartaan tersebut mampu mencetuskan kegelisahan di kalangan orang Islam.

“Keputusan itu juga dilihat melanggar arahan Jemaah Menteri yang dibuat pada 19 Mei 1986,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zainul Rijal memberitahu, mahkamah sepatutnya tidak membenarkan penggunaan kalimah tersebut bagi digunakan oleh orang bukan Islam, tambahan lagi 10 buah negeri telah menggubal undang-undang kawalan pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.

Enakmen tersebut memperuntukkan adalah menjadi kesalahan menggunakan kalimah tersebut untuk kegunaan orang bukan Islam.

Dalam perkembangan sama, Zainul Rijal memberitahu, mahkamah tidak sepatutnya mengatasi keputusan Jemaah Menteri dan undang-undang yang diperkenankan oleh raja Melayu.

‘‘Hal ini seolah-olah ingkar dengan titah perintah raja yang melibatkan hal ehwal agama Islam,” katanya.

Di PULAU PINANG pula, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya terkejut dengan keputusan KDN membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan agama Kristian.

Beliau, yang bimbang dengan perkembangan itu, menggesa KDN membuat penelitian sedalam-dalamnya berhubung perkara itu kerana ia menyentuh sensitiviti agama suci itu dan umat Islam di negara ini.

“Bagi saya ini amat bahaya kerana ia boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat terutama yang beragama Islam.

“Dalam kes penerbitan Herald – The Catholic Weekly, perkara tersebut masih menjadi perdebatan. Kenapa warta ini boleh dikeluarkan?’’ soalnya.

Lebih menghairankan Shabudin, mengapa isu itu dibangkitkan pada masa sekarang walaupun agama Islam sudah diangkat sebagai agama rasmi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------


KEPALA BATAS, 28 Feb (Bernama) -- Kerajaan perlu menarik balik keputusan membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan agama Kristian kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini malahan di seluruh dunia.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata, kerajaan tidak bertindak secara bijak apabila membenarkan penggunaan kalimah itu oleh penerbitan Kristian kerana ia akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan boleh membawa kepada tindakan agresif.

Katanya, kerajaan sepatutnya tidak membuat keputusan sedemikian tetapi menyerahkan kepada mana-mana mahkamah yang berkenaan untuk proses rayuan memandangkan perkara itu telah dibawa ke mahkamah oleh pihak penerbitan Herald- The Catholic Weekly.

Kerajaan perlu menanggung risiko kesan daripada keputusan itu iaitu sama ada rakyat bertolak ansur seperti mana yang dilakukan kerajaan atau tidak akan menyokong kerajaan yang ada pada masa akan datang, katanya ketika mengulas laporan akhbar berhubung penggunaan perkataan "Allah" bukan lagi satu larangan seperti yang terkandung dalam warta baru yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri awal tahun ini.

Perintah tersebut berbunyi: "Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan 'Allah', 'Kaabah', 'Baitullah' dan 'Solat' adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan "Khusus Untuk Penganut Agama Kristian".

"Pada saya, kerajaan telah melakukan satu kesilapan dan yakin umat Islam di negara ini tidak akan menerimanya kerana pengertian Allah itu adalah berdasarkan kepada tauhid yang berbeza antara Islam dan Kristian dan ini boleh mencetuskan golongan Islam yang ekstrim," kata Nakhaie kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Halal di Dewan Milenium di sini, Sabtu.

Mohd Nakhaie, yang juga pengerusi Majlis Amal Islamiah Malaysia berkata, tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan kebenaran itu juga dilihat tidak menyokong usaha memelihara Islam sebagai agama rasmi negara ini.

-- BERNAMA


Friday, February 27, 2009

Adakah Majoriti Orang Kristian Kini terima kalima "Allah" ?

Bismillah

Assalamualaikum


Persoalannya kenapa Orang-orang Kristian di sini beriya-iya nak guna kalimah Allah? Adakah mereka benar benar tulus atau ada udang di sebalik batu?

Mari kita tengok dahulu apa pendapat orang-orang Kristian di luar negara sana mengenai kalimah Allah.Berikut ialah link-link website Kristianiti yang menentang idea Allah itu wujud di dalam Bible sebenar.

http://www.bible.ca/islam/islam-bible-allah.htm

http://www.answering-islam.org/Shamoun/god.htm

http://www.bethmessiah.com/david.htm

http://www.kingmessiahproject.com/is_allah_not_God.html


http://www.thepeopleofthebook.org/Allah-question.html

Semua link ini menerangkan bahawa Allah bukanlah Tuhan Kristian dan bukan Tuhan Bible.

Lihatlah saudara saudara Islam sekelian! Mereka ini hanyalah ingin menggunakan kalimah Allah sebagai titi untuk "project Missionary" mereka dengan jayanya walaupun bertentangan dengan fahaman mereka! Sunnguh licik dan Penipu! Mereka hanya ingin memurtadkan lebih ramai lagi anak-anak muda islam kita di Malaysia.

Mula mula masukkan faham islam Liberal.Lepas itu, anak anak Islam yang mana hendak tukar agama pun jangan dikesahkan! Kononnya itu hak kebebasan masing-masing!!!! Apa nak jadi dengan Malaysia ini? Mahukah kita menjadi seperti negara jiran itu di mana setiap masa telah dihantar bala dan bencana kerana mereka lalai dan mencampurkan adukkan agama Islam dengan yang lain?Dan juga mereka telah menyama tarafkan agama Islam dengan agama lain???


Wahai orang-orang yang berniat busuk! Jika kamu benar benar ingin menggunakan kalimah Allah, dengan itu kamu haruslah menerima Allah lah satu-satunya Tuhan yang harus disembah, Dia tidak beristeri , Dia tidak beranak atau diperanakkan, Tiada sesiapa pun yang boleh disamakan denganNya, Isa Ibn maryam ialah hamba dan pembawa wahyu kepada kaum bani Israel, dan Muhammad itu adalah penutup segala Rasul dan pembawa rahmat sekelian alam dan Islamlah agama yang benar di sisi Allah!!!!

Jika Tidak, ternyata kamu semua memang busuk dan berniat untuk rosakkan akidah umat Islam kerana agama yang kamu anuti sekarang ini tidak menerima Allah sebagai Tuhan Bible bahkan mereka mengatakan Tuhan sebenar Bible ialah YAHWEH dan Allah yang digunakan orang Arab Christian hanyalah 'title' semata-mata' kerana diambil dari kata akar bahasa Semeticnya "ILAH" dan kamu di sini bukan berlidah Arab pun! Sekurang-kurangnya gunalah lidah Yahudi.Itu baru kena dengan bible kamu sekalian...

dan untuk pengetahuan kamu semua, ini salah satu komen dari penganut kristian yang memberi komen mengenai penggunaan Allah oleh orang Kristian di dalam link ini;

The use of the word “Allah” by a Christian depends on the context. In the English speaking world, North America, Europe, Australia, it probably would be inappropriate because of the theological baggage imposed on the word. However, in the Arabic language “Allah” is the word meaning “God.” And we must remember that in Palestine, Pakistan, Iraq, Iran, Syria, Turkey, Egypt, Afghanistan, and other Arabic speaking countries, there are Christians and Jews, in some quite a large minority. When they pray or read scripture in Arabic they use the word “Allah” the same way as we use the word “God” in English.

Just as a Muslim believes that “God has no Son,” an Arabic speaking Jew believes in the Allah of Abraham, Isaac, and Israel, and an Arabic speaking Christian understands that Allah does indeed have a Son, Jesus.

So again, it is the context. As I am a native English speaker, I pray to God the Father, God the Son, and God the Holy Spirit. If I were a native German speaker I would pray to Gott. If I were a native Arabic speaker I would, of course pray to Allah.


Dan kamu semua berlidah Cina, India, Bumiputra etc.. Jadi guna sajalah lidah sendiri sebab Yahweh ialah nama Tuhan Bible Kamu dan Allah bukan 'title' untuk Muslim seperti kamu tetapi Allah ialah Tuhan yang Satu dan layak disembah dan tidak mempunyai anak!!

Christian publications can use the word “Allah"


Published: Thursday February 26, 2009 MYT 6:26:00 PM

Christian publications can use the word “Allah"


KUALA LUMPUR: The Malaysian government has allowed Christian publications to use the word ``Allah'' to refer to God as long as they specify the material is not for the majority Muslims, a church official said Thursday.

The Feb 16 order issued by Home Minister Syed Hamid Albar is an apparent softening of its stand by the government, which had earlier banned the use of the word in all Christian texts.

The government argued that Allah is an Islamic word and its use by others might confuse Muslims, who might think Allah refers to their God.

The Herald, the Roman Catholic Church's main newspaper in Malaysia, has already started printing ``For Christianity'' on its cover, said its editor Rev. Lawrence Andrew.

The Herald publishes weekly in English, Mandarin, Tamil and Malay with an estimated readership of 50,000.

The ban on ``Allah'' concerns mainly the Malay edition, which is read mostly by indigenous Christian tribes in the eastern states of Sabah and Sarawak. The other three editions usually do not use ``Allah.''

Andrew said although the order ``makes things easier'' for the Herald, the paper will not drop its legal challenge against the ban. A court is due to hear arguments in the case on Friday.

The Herald is arguing that the Arabic word is a common reference for God that predates Islam and has been used for centuries as a translation in Malay.

Andrew said the new order is still a violation of religious freedom guaranteed by the Constitution because Christians will not be able to use any literature that does not carry the statutory warning on the cover, including a lot of imported material.

He said most Malay-language Bibles in Malaysia are imported from Indonesia, where the language is more widely spoken.

``If this (order) is enforced, it will be difficult to possess materials ... from Indonesia, and thus practicing our religion will not be easy. This goes against ... the Constitution,'' he told The Associated Press.

Andrew said the order also prohibits the use of three other Arabic words ``solat,'' or prayer, ``Kaaba,'' a holy site in Saudi Arabia, and ``baitullah,'' or house of God without the statutory warning.

Ministry officials could not immediately be reached for comments.

Home Minister Syed Hamid's aide said he would only be available for comment Monday.-AP


http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/2/26/nation/20090226182427&sec=nation

----------------------------------------------------------------------------------------------




Bismillah


Assalamualaikum




MENGAPA HENDAK DIBENARKAN? APA SEBENARNYA AGENDA PIHAK KRISTIAN TERBABIT HENDAK TERUS MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH DI RANTAU INI?

APA MEREKA TAK PERNAH DI AJAR BAHAWA LIDAH NABI ISA (AS) IALAH LIDAH YAHUDI?

APA MEREKA TAK PERNAH DI AJAR BAHAWA DIKATAKAN KITAB NEW TESTAMENT YANG PERTAMA DITULIS DI DALAM BAHASA GREEK? DAN KITAB OLD TESTAMENT PUN ASAL DI DALAM BAHASA HEBREW?


ORANG KRISTIAN CINA, INDIA, IBAN, BIDAYUH, ETC FAHAMKAH BAHASA ARAB? ADAKAH BAHASA ARAB IALAH 'MOTHER TONGUE' MEREKA? KALAU DALAM MELAYU, BUKAN ALLAH TETAPI TUHAN!


ORANG KRISTIAN ARAB MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH SEBAB LIDAH MEREKA LIDAH ARAB.


ORANG KRISTIAN DI SINI GUNA NAMA ALLAH ATAS DASAR APA??

DI SINI, MELAYU ISLAM SAHAJA YANG DIKETAHUI SENTIASA BERZIKIR MENGGUNAKAN NAMA ALLAH!

ALLAHU AHAD!

LAM YALED WA LAM YULAD!

BUKAN ALLAH BERANAKKAN ISA!ATAU ALLAH DIPERANAKKAN!


MAHUKAH KITA TAK LAMA LAGI AKAN BERGEMA DENGAN BEBAS DI BUMI MALAYSIA


"ISA ADALAH ALLAH?"


NAUDZUBILLAH MIN ZALIK!


FIKIR-FIKIRLAH WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG BERAGAMA ISLAM TULEN.BUKAN LIBERAL YA! JANGANLAH MUDAH TERLUPA PERISTIWA ANDALUSIA YANG TELAH MENYEBABKAN KRISTIAN BERJAYA MERAMPAS DAN MENUNDUKKAN KERAJAAN ISLAM DENGAN FITNAH DAN AGENDA MUSANG BERJANGGUT MEREKA!JIKA TIDAK , PUNAHLAH SEGALA JASA-JASA DAN KERINGAT PARA ULAMA-ULAMA YANG DATANG DARI JAUH MENINGGALKAN KAMPUNG HALAMAN MEREKA DI ARAB SANA DEMI UNTUK MENGISLAMKAN DAN MENYEBARKAN AGAMA YANG SATU SATUNYA BENAR DI SISI ALLAH DAN MEMBAWA RAHMAT DUNIA AKHIRAT KEPADA PENDUDUK DI NUSANTARA.

YA ALLAH SELAMATKANLAH ANAK ANAK MELAYU ISLAM DI BUMI MALAYSIA DARIPADA DIMURTADKAN DIMANA JANJI ENGKAU UNTUK MENCAMPAKKAN MEREKA KE DALAM NERAKA JAHANNAM BUAT SELAMA-LAMANYA AMEEN!

Thursday, February 26, 2009

Antara TindakBalas daripada Penyokong dan Anti PPSMI(Part II)

bismillah

Assalamualaikum,


ANTI PPSMI

.... Pasaran kerja domestic memerlukan bahasa dagang iaitu cina.
Kenapa tak ajar dlm bahasa cina. Kalau dah cerdik dan habis semua buku2 dlm bahasa melayu telah ditelaah, rasanya manusia itu sudah cukup hebat dan manusia jenis ini tidak memerlukan pengajian tertentu untuk kemahiran bahasa. Memang kalau sebulan sekali masuk kelas inggeris pun dah pandai, sebab dia rajin membaca. Sifat rajin membaca ini akan melicinkan pergerakan otak dan akan cepat pandai. Tapi bukan kerana baca semua buku bahasa melayu yg ada dlm simpanan negara.

Boleh tanya sikit. Dah berapa ratus buah buku bahasa melayu dan habis anda telaah andainya bimbang tidak cukup maklumat atau ilmu sehingga mencari sumber luar.


PENYOKONG PPSMI


fikir wrote:

1. sila baca balik tulisan anda yg ditandakan merah diatas. sekiranya anda faham mengenai objektif PPSMI, ayat yg bertanda merah tidak akan dikeluarkan. Sila fahamkan dahulu objektif PPSMI.... (rujuk mukasurat awal).


6. saya pernah berdebat dgn salah seorang Prof. yg menentand dasar ini di blog beliau... setelah panjang berdebat..beliau mula mengaitkan hujahnya dgn Tun Dr. Tun Dr. Mahathir. Ini membuatkan saya berfikir bahawa penentangan ini adalah sebenarnya kerana dasar ini dibawa oleh Tun Dr. Tun Dr. Mahathir yg mewakili UMNO dan BN.

7. Apabila saya bertanya mengenainya... beliau gagal menafikannya sebaliknya hanya berkata... faktor politik adalah faktor sampingan.

8. Selepas itu, ianya jelas bahawa majoriti mereka yang menentang dasar ini adalah kerana mereka melihat dasar ini melalui kacamata politik. Apabila kacamata politik digunakan utk melihat, maka mereka gagal berfikir secara rasional...dan fikiran mereka juga akan tertutup....

9. Akhirnya saya beritahu kpd Prof. tersebut.... sekiranya beliau gagal membuang kacamata politik dalam menilai sesuatu tindakan dan dasar, sampai bila-bila beliau tidak mampu berfikir secara rasional.... dan saya katakan bahawa...penjelasan dan penerangan tidak akan membantu kerana fikiran dan pandangan beliau sebenarnya sudah buta dgn kacamata politik yg dipakai.

10. Kacamata politik lah yang membuatkan mereka yg menentang dasar ini buta mata dan fikiran dalam menilai sesuatu yang baik.


ANTI PPSMI

cermin wrote:

Rujuk betul-betul dulu, kementerian kata PPSMI salah satu objektif utamanya ialah untuk mengusai BI, Beberapa kali nak ulang da. baru-baru ini YB Bung MOkhtar mendakwa PPSMI membantu penduduk kawasannya menguasai BI sebab tusyenBI ditempatnya sukar diperolehi.
Dan ingat sejarah. ini pun dah saya ulah beberapa kali, tak percaya siasat sendiri. thn 2003 Tun laksanakan PPSMI adalah akibat rungutan sesetengah pihak mendakwa mahasiswa sukar mendpt pekerjaan dlm sektor swasta kerana sukar berkomunikasi dlm BI. BUkan rungutan kurangnya pelajar yg mengambil kos bidang kejurutera atau sains. Orang ISlam boleh maju kalau kuasai pelbagai bahasa, tingkatkan sektor penyelidikan, ekonomi dan perbaiki kemudahan di sekolah dgn sebaiknya dan sebagainya.



PENYOKONG PPSMI


fikir wrote:

1. laa ... tak faham-faham lagi. tujuan PPSMI adalah utk menguasai sains dan matematik..

2. siapa yg cadang PPSMI ? pergi tanya beliau ? ...atau dgn cara mudah... pergi baca Blog Chedet. Baca betul-betul dan fahamkan... apakah objektif PPSMI.

3. Spt yg aku tulis sebelum ini... kalau ianya dapat mengusai BI...ianaya menjadi kesan sampingan yang positif... dan boleh menjadai SEBAHAGIAN dari objektifnya.

4. Mengajar sains dan math dalam BI... TIDAK akan memahirkan BI.... tak boleh membuatkan kita pandai BI.

5. PPSMI adalah Untuk menguasai math dan sains. Sila faham kan betul-betul.




ANTI PPSMI

cermin wrote:

Para pemimpin kita berkata "bahasa jiwa bangsa" dgn meletakan martabat Bahasa Rasmi (BM) pada tempat yg tinggi (sebagai bahasa ilmu) dengan mudah bahasa menyerap dlm jiwa untuk memudahkan sesuatu bangsa menguasai ilmu dgn bahasa rasminya. Dan ingatan para pemimpin bahawa kita mesti maju dgn acuan kita sendiri, maknanya maju berlandaskan nilai ketimuran dan dgn keupayaan bahassa rasmi kita sendiri.

PENYOKONG PPSMI

fikir wrote:


1. macam mana nak menguasi teknologi dgn bahasa melayu kalau bahasa teknologi tersebut adalah dalam bahasa inggeris ?

2. jgn hanya ber retorik... tapi berpijak lah dibumi yg nyata.

3. Sheikh muzaffar bukanlah pencipta teknologi... beliau hanya pengguna. Kita hendak menghasilkan pencipta teknologi dan bukannya pengguna teknologi.

4. kita hendak supaya... kapal angkasa yg akan digunakan pada masa akan datang adalah ciptaan bangsa kita (sbg contoh). kapal angkasa berteknologi model yg mana manualnya ditulis dalam bahasa melayu... apabila bangsa asing ingin menggunakan kapal tersebut... mereka perlu faham bahasa melayu... .. sekadar analogi.



ANTI PPSMI

cermin wrote:

Memang itu pun matlamat kita, saya setuju sangat, kita harus mencipta, jadi [color=red[tingkatkan penguasaan BI[/color], disamping kekalkan BM sebagai bahasa pengantar kepada sains dan math. Nah bila SPM MAth 1. math tambahan 1, fizik 2, kimia 1, biologi 1 dan BI 1... keputusan mcm ini menjadikan pelajar mampu mengusai ilmu dlm BI di peringkat antara bangsa dan melebarkan pula ilmu itu di negaranya sendiri dlm BM dan tidak ketinggalan juga dlm BI. Ini nak PPSMI mcm nak 100% saintis mengusai BI. mana boleh!!!! Mcm tak logik .Nanti yang hebat dlm sains dan math tapi lemah dlm BI akan terbantut keupayaan sains dan mathnya.

PENYOKONG PPSMI

fikir wrote:

1. Ya Allah... masih salah faham lagi... kita bukan nak menguasai BI. itu tanggungjawab utama subjek BI.

2. kita nak kuasai sains dan math. belajat sains dan math dalam BI tak sama dengan belajar BI.

3. Bahasa Inggeris dalam teknologi tak sama dengan bahasa inggeris pertuturan biasa.

4. Kita bukan nak gred A1... atau pangkat satu. Kita nak menguasai sains dan matematik...mengausai teknologi. tolong ubah paradigma daripada untuk mendapat A kepada untuk menguasai ilmu.

5. fahamkan dulu konsep mudah ini. kita mahu kuasai sain dan math yg mana bahasa teknologinya adalah dalam bahasa inggeris. supaya kita boleh menjadi pencipta.


Antara TindakBalas daripada Penyokong dan Anti PPSMI(Part 1)

bismillah

Assalamualaikum,

Saya telah buat beberapa pemerhatian mengenai hujah hujah yang selalu dikeluarkan bagi pihak anti PPSMI dan Penyokong PPSMI.Berikut ialah antara hujah hujah mereka yang diambil dari forum MYKMU;

ANTI PPSMI

pe_mantau wrote:

Apa nak buat, negara ini bekas jajahan Inggeris. Jadi macam-macam alasan lah dikeluarkan untuk menghijaukan bahasa inggeris sebagai bahasa sains dan matemetik.

Bagi negara Maghribi yang merupakan bekas jajahan Perancis, Bahasa Perancis merupakan bahasa teras dan ia menjadi matapelajaran wajib di universiti.

Orang Perancis pun tak tahu sepatah haram bahasa inggeris tetapi "Revolusi Perusahaan" tercetus di Perancis, bukan di England. Perancis juga sebuah negara maju dan antara negara yang jadi pengeluar kapal terbang yang besar-besar, juga jet-jet pejuang. Perancis juga pencipta concorde dan juga kapal selam altantuya. Ia juga sebuah kuasa nuclear. Tidak pula kerajaan Perancis melaksanakan PPSMI.

Begitu juga Russia, tidak ada pun PPSMI disana tetapi masih mampu menghantar Sheikh Muzafar meninggalkan dunia. Russia juga menjadi bangsa pencipta tanpa PPSMI. Tanpa PPSMI Russia boleh mencipta MIGN, boleh cipta Sukhoi serta bom nuclear.

Di Jepun pun tak ada PPSMI tetapi boleh menguasai ekonomi dunia. Dan sekarang China tanpa PPSMI lebih terkehadapan daripada Malaysia.

Korea Selatan juga tanpa PPSMI boleh menguasai industri perkapalan dunia.

German juga tidak ambik pusing dengan PPSMI tetapi mereka unggul dalam dunia otomotif.

Kenapa ribut sangat dengan PPSMI

PENYOKONG PPSMI

fikir wrote:

1. saya sememangnya menunggu point-point diatas. Ini adalah kerana kata-kata diatas adalah hujah yang biasa akan diberikan oleh mereka yg menentang dasar ini.

2. sebelum saudara memberi contoh negara diatas.... saya sarankan agar saudara pergi ke negara-negara tersebut... dan lihat kpd sumber rujukan yang digunakan. Bahasa apakah yang digunakan ?

3. kesemua negara-negara tersebut telah membuat penterjemahan buku-buku ke bahasa mereka beratus-ratus tahun dahulu.

4.Orang-org Jepun, sebelum perang dunia pertama lagi, telah mempelajari ilmu sains dan teknologi dari bangsa barat...dan mereka sejak sebelum pernag dunia pertama lagi telah menghasilkan dan menterjemahkan bahan rujukan ke bahasa mereka.

5. Negara-negara spt german, perancis...telah mempunyai asas teknologi beratus-ratus tahun dahulu malah sebelum zaman revolusi teknologi lagi...dan mereka membuat penulisan, buku log, dalam bahasa mereka. sbb itu mereka tidak memerlukan bahasa inggeris...kerana merekalah yg mempeloporinya.

6. Berbanding dgn Malaysia, yg baru meneroka alam sains dan teknologi dalam tempoh 25 tahun ini (thanks to Tun Dr. Tun Dr. Tun Dr. Mahathir). Pada masa kini, perkembangan teknologi berlaku dgn begitu pesat, pantas dan berlaku setiap SAAT ! kebanyakan teknologi juga telah established.

7. oleh kerana perkembangan teknologi yg begitu pesat dan pantas setiap saat ini...ianya menjadikan kerja-kerja penterjemahan sukar dan hampir mustahil. Sekiranya ingin dilakukan juga, kita akan sentiasa berada dibelakang...kerana apabila sedang kita membuat penterjemahan...bangsa asing telah pun meneroka bidang yang baru.

8. Kalau tak faham...saya sertakan dengan contoh ...

teknologi transistor (MOSFET atau BJT)... telah bermula lama dahulu seawal selepas perang dunia 1. semasa bell labs menghasilkan transistor, beberapa engineer dan ahli fizik di Jepun (founder kpd Sony) juga telah mengkaji beberapa material utk transistor. Semasa patent di buat oleh Bell Labs, engineer di Sony membeli teknologi transistor tersebut... memahamkannya dan menggabungkannya dgn pengetahun mereka berkenaan dgn material yg mereka gunakan.

Dimanakah Malaysia ketika itu ? Malaysia belum pun wujud..... apatah lagi engineer dari Malaysia.

Kini teknologi silicon utk transistor telah pun sampai ke takat akhir dimana saiznya telahpun hampir mencapai saiz atom....dan para penyelidik berusaha mencari alternatif baru.

utk memahami mosfet transistor atau transistor jenis lain, asas fizik device tersebut perlu difahami.

katakanlah, kerana kita hendak menggunakan BM, maka kita buat penterjemahan terhadap asas fizik utk transistor ini yg begitu complex. Semasa kita membuat proses penterjemahan utk asas penting ini, para penyelidik bangsa lain ... telah pun menghasilkan teori-teori transistor tanpa menggunakan silicon. Mereka telah pun menghasilkan teori transistor berasaskan RNA, DNA, CNT (carbon nano tube) dan pelbagai material yang lain.

Dimanakah kita ? kita masih lagi dalam proses penterjemahan asas fizik utk silicon based transistor (yg mana tak mula pun lagi)... proses penterjemahan itu pula perlu melibatkan penggunaan istilah-istilah baru yang belum diwujudkan lagi dalam BM.

kalau teori asas fizik utk silicon based transistor pun tak dapat kita kuasai dgn sebenar... bagaimana boleh kita menghasilkan teori-teori baru ?

maka apa yg akan berlaku adalah... bangsa lain yg akan menghasilkan tekonologi, teori, fundamentals.... maka bangsa melayu, umat islam akan kekal sebagai bangsa pengguna. Maka selama-lamanyalah kita akan tunduk kpd org-org barat...dan mrk akan pandang rendah kpd keupayaan umat islam.

9. Oleh itu, contoh negara-negara spt jepun, german dsbnya tidak boleh digunakan.



ANTI PPSMI

cermin wrote:


dan satu perkara penting yg dilupa, mereka adalah bangsa yang sangat rajin, kuat melakukan penyelidikan dan disiplin yg tinggi. Cuba banding dgn sikap bangsa kita, Berbuih-buih menteri kempen rajin membaca, mcm tu juga, Berbuih-buih jgn rempit, rempit juga, Pusat hiburan dan aktiviti hiburan tumbuh mcm cendawan, ada yg kecil ada yg mega, kedai buku berbatu-batu jarak antaranya. Sebab itu saya kata kita kurang maju lebih bayk kaitannya dgn masalah sikap. Belajar pula sekadar nak lulus utk dpt ijazah shj dan mcm lagila, Tun pun pernah mengeluh dgn sikap bangsanya yg dianggapnya sebagai 'perjuangan yg belum selesai"

PENYOKONG PPSMI

fikir wrote:

1. Faktor-faktor utk menjadi bangsa pencipta ada banyak. tetapi semuanya perlu diambil kira... dan sebarang usaha ke arah mencapainya perlu disokong tanpa bersikap prejudis.

2. PPSMI adalah salah satu usaha kearahnya. selain daripada itu... perubahan sikap pelajar, guru, perubahan paradigma dari belajar semata-mata utk dapat gred A kpd belajar utk kuasai ilmu, perubahan syllabus pengajaran, perubahan teknik pengajaran dan sekolah, menghasilkan pelbagai prasarana, infrastruktur dan dana utk peningkata sains dan teknologi... semuanya adalah penting dan perlu digembleng bersama.

Wednesday, February 25, 2009

Receiving a Malaysian Delegation: Fadlullah: Adhering to the humanitarian and Religious values is an element of strength

His Eminence, the Religious Authority Sayyed Muhammad Hussein Fadlullah, received a Malaysian delegation that included many businessmen, students, lawyers and social and economic activists. Rohi Zad spoke on behalf of the delegation explaining that they are visiting Lebanon to learn about it through meeting with the political and spiritual leaders, with the aim of benefiting from the Lebanese experiment in the field of building its own power in the face of Israel.

Fadlullah addressed the delegation with a speech in which he praised Malaysia, the Muslim country that has able to build scientific strength and industrial and technological infrastructure as well as opening up on the contemporary Islamic causes, and particularly the Palestinian cause.

H.E. emphasized that the strength of the Muslims lies in their unity and in their commitment to the Islamic causes and their defending the rightful causes and the freedom of the downtrodden nations, since the cause of freedom is indivisible, and the commitment to the religious and humanitarian values represents an element of strength in the path of adhering to the right and rejecting falsehood.

The Sayyed stressed on the need for all Islamic parties to establish an international Islamic united front that faces the Arrogant powers on the one hand, and allows Muslims to be influential in international decision making spheres on the other hand.


http://english.bayynat.org.lb/news/Meetings_18022009.htm

Monday, February 23, 2009

PPSMI LAGI

Bismillah

Assalamualaikum

Kalaulah Bahasa Inggerisnya ditukar ke bahasa arab, apa pulak semua nak cakap?

Nama saja orang islam, tapi baca quran tak faham apa apa. Di dalam solat pun tak tahu apa yang dibacanya. Kenapa benda ni tak diberi penekanan juga? sepatutnya sebagai orang islam, apa yang dikatakan di dalam solat harus difahami dan dimengertikan demi memperkasakan Iman kerana apabila kita memahami makna solat di dalam sanubari kita maka kita akan tunduk dan patuh pada kebaikkan.

apabila ditanya ,

a: 'are you a muslim?

b: yes i am a muslim

a: do you understand quranic language?

d: no i dont understand"

kalaulah tiba-tiba Sains dan Matematik hendak di ajar dalam bahasa buku yang ditulis oleh ibn sina dan alrazi, adakah kita akan kata, "tentang bahasa arab sebab ia akan mencabar kedudukan bahasa melayu?"

Sedangkan Bahasa Melayu yang digunakan sekarang ini adalah hasil pencantuman banyak bahasa termasuk persia, arab, india , portugal, inggeris etc.

Huruf huruf jawi pun bukan melayu punya.
Arab yang punya.

Sanskrit? itu dicedok dari Kitab Hindu. Bumi, Syurga itu semua bahasa Hindu.

Jadi di mana keaslian bahasa melayu itu sendiri?


Bahasa melayu bukan kukuh kerana keasliannya tetapi kerana keistimewaannya yang datang dari hasil pencantuman pelbagai bahasa. Itulah bahasa melayu bahasa yang membuktikan ayat Allah;

"Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal.""

Bagi saya, tak ada masalah dengan Ppsmi. Yang perlu ditekankan ialah kemantapan bahasa Melayu yang di ajar di sekolah dan di penekanan oleh dewan bahasa dan pustaka sendiri terhadap masyarakat.
Jadikan aliran sastera melayu pelajaran wajib di sekolah. Adakan program program khusus dan wajib memantapkan sistem bahasa melayu di kalangan anak-anak Malaysia di sekolah mahupun peringkat menara gading dan ianya harus menjadi kemestian kepada setiap individu di Malaysia tak kira Melayu, Cina atau India mesti fasih di dalam bahasa Melayu contohnya sebagai syarat-syarat mendapatkan pekerjaan.

Di Iran sendiri walaupun pemimpinnya tidak mahu langsung bercakap bahasa Inggeris tetapi pihak kerajaan mereka kini telah menyedari kepentingan Bahasa Inggeris diperingkat global yang dewasakini memaksa individu dari pelbagai negara untuk berkomunikasi dan bertukar pandangan demi kepentingan dan kemajuan masing-masing. Mereka mula membuka kelas kelas Bahasa Inggeris untuk rakyat termasuk pelajar-pelajar agama mereka di Qom juga sudah mula mempelajari Bahasa Inggeris. Tapi pada masa yang sama mereka terus mengukuhkan bahasa Parsi dengan cara mereka tersendiri.

Sumber untuk umat melayu dalam bidang sains dan teknologi masih jauh berbanding sumber yang sudah ada pada Umat jepun atau Parsi sejak dahulu lagi. Disebabkan itu kita harus menghampiri Bahasa Inggeris untuk mencapai ilmu-ilmu tersebut yang kini luas di pelopori bangsa yang menggunakan Bahasa Inggeris.

Jangan kita berlaku sombong pada yang tempat yang tidak sesuai. Sebelum ini, tanpa menggunakan Bahasa Inggeris di dalam Matematik dan Sains pun masih ramai individu-individu di Malaysia yang bukan berbangsa Melayu tidak fasih dalam berbahasa Melayu atau tidak tahu menahu lansung akan bahasa Melayu malah mereka lebih suka pada bahasa Inggeris. Di mana penekanan BahasaMelayu pada bangsa Malaysia sendiri sebelum ini?

Jika di katakan UMNO sahaja yang tidak memperdulikan Bahasa Melayu, bagaimana pula ramai umat melayu yang tidak pandai berbahasa Inggeris berbanding orang2 cina dan india? Permainan apakah yang sedang kita hadapi?

Isu ini amat berguna kepada Mat Jenin perdana menteri(anvar) untuk memperkuda rakyat2 yang tidak tahu menahu tentang betapa program ini dapat membuka minda rakyat tentang penipuan orang-orang yang suka mengambil kesempatan di atas sindrom "lack of awareness" yang di hadapi umat islam dan umat melayu khususnya bahawa ada sekam di dalam api yang sedang memusnahkan kedudukan bangsa Melayu.

Ilmu meninggikan darjat manusia. Di dalam konteks Ilmu tidak ada sempadan. Iman yang memainkan peranaan dalam mengekalkan identiti sesuatu bangsa apabila bangsa itu bersyukur menjadi diri mereka sendiri.Tagih ilmu walau di mana ia berada kerana ilmu agama,bangsa dan negara menjadi mulia

Thursday, February 19, 2009

Dengan Nama Allah Yang Maha Tinggi,

Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad(SAWA) dan ahlulbait yang suci berserta sahabat yang terpuji;


Salam Alaikum Wr Wb,


Di akhir bahagian pengenalan mengenai tajuk ini, saya telah mengemukakan soalan iaitu;

Jadi bagaimanakah kita sebagai orang Islam hendak mengambil peranan untuk menyelamatkan diri kita dan diri orang-orang bukan Islam yang tidak bersalah dan tertindas oleh dasar-dasar politik mereka yang tidak menghiraukan kemanusiaan, keamanan dan keadilan yang sebenar bagi rakyat Islam dan bukan Islam?


Jawapanyan ialah Quran dan Sunnah dan berpandukan orang-orang Islam yang terbaik di masa dahulu di dalam mengendalikan pemerintahan mereka berdasarkan shariah Islam yang sebenar.

Kita sebagai seorang Islam seharusnya berusaha untuk memberi penerangan yang bijak dan tepat kepada orang-orang bukan muslim di sini supaya mereka faham betapa beruntungnya mereka jikalau mereka menerima pemerintahan sebenar Islam. Hakikatnya, diri mereka akan berada di dalam keadaan yang lebih selamat berbanding berada di bawah pemerintahan yang hanya berpandukan nafsu dan kepentingan tertentu.
Di bawah ini, saya akan cuba sedaya upaya untuk menunjukkan mengenai sistem pemeritahan yang terbaik yang di anjurkan oleh Islam bagi menjana kebahagian dan keadilan kepada umat Islam termasuk orang-orang yang bukan Islam.

1 - Setiap badan pemerintahan Islam hendaklah berpandukan Quran dan Sunnah sebagai 'resource' yang utama untuk merujuk segala hal dan benda ataupun masalah yang timbul.Ini kerana Quran adalah Kitab yang sempurna dalam membentuk sahsiah peribadi seseorang seterusnya memberi panduan yang terbaik mengenai perkara apa sekali pun di dunia ini.Segala hukuman yang telah diletakkan di dalam Quran adalah jalan yang terbaik sekali dalam menangani jenayah-jenayah yang di lakukan oleh orang-orang yang kejam.Namun begitu, sepertimana Allah berfirman di dalam Surah Al-Maidah ayat 3;

" .....Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "

Ini menunjukkan bahawa walapun Allah telah meletakkan hukuman yang setimpal kepada penjenayah-penjenayah yang terlibat, namun demikian jikalau perlakuan mereka itu bukan di atas kehendak sendiri mahupun niat, Allah adalah Maha Pemgampun Lagi Pengasih.Ini kita boleh lihat satu kes yang terjadi di zaman Khalifah Sayyidina Umar Al-Khattab di mana datangnya seorang perempuan malang dan membuat pengakuan bahawa dia telah berzina dan berilah hukuman yang setimpal kepadanya mengikut shariat Islam.Apabila Sayyidina Umar bersetuju untuk menghukum perempuan tersebut, Sayyidina Ali datang dan menegahnya supaya terlebih dahulu menyiasat bagaimana sebenarnya perempuan itu boleh terjebak ke kancah zina. Setelah itu, ternyata perempuan tersebut tidak sama sekali bermaksud untuk melakukan dosa yang dikutuk Allah dan Rasulnya tetapi kerana terpaksa dan nyawanya yang dihujung tanduk.Ia berlaku apabila perempuan itu berada di tengah padang pasir tanpa makan dan minum selama beberapa hari. Kemudian dia telah melihat sebuah khemah dan menuju ke khemah tersebut agar bolehlah dia sekurang-kurangnya mendapat seteguk air. Di dalam khemah tersebut dia dapati ada seorang laki-laki dan perempuan itu pun meminta kepada laki-laki tersebut untuk memberi seteguk air. Namun demikian, laki-laki itu memberi syarat di mana si perempuan yang malang ini haruslah bermalam dengan dia demi untuk seteguk air. Perempuan ini menolak dan meninggalkan khemah tersebut.Namun demikian, berapa hari berikutnya perempuan itu kembali ke khemah itu dan bersetuju dengan syarat laki-laki itu kerana merasakan tidak tahan lagi perit dirinya tanpa air dan makanan yang hampir mencabut nyawanya.Kemudian, Sayyidina Ali berkata kepada Sayyidina Umar supaya dia melepaskan perempuan tersebut.Sayyidina Umar bertanya kembali mengapa.Maka Sayyidina Ali pun membacakan ayat 3 dari Surah Al-Maidah seperti yang saya telah tulis di atas. Kemudian Sayyidina Umar pun melepaskan perempuan yang malang itu.


2 - Seorang pemimpin Islam haruslah pertama kali menjalankan tanggungjawabnya terhadap Allah dan kemudian terhadap rakyat yang dipimpinnya dengan adil berlandaskan QUran dan Sunnah. Pemimpin tersebut seharusnya menjadi pekerja ataupun 'kuli' kepada rakyat dan bukanlah mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan duniawi. Saya akan kupaskan point kedua ini dengan lebih terperinci ,InshaAllah di dalam post yang lain. Sesungguhnya setiap diri kita akan di hadapkan di hadapan Allah Subhanahu Wa Taala kelak dengan setiap perbuatan yang kita lakukan di dunia.Namun begitu tanggungjawab seorang pemimpin adalah lebih berat dan kerana itu menjadi seorang pemimpin di dalam Islam bukanlah perkara yang mudah dan boleh di jawat oleh sebarangan orang.


3- Sistem politik Islam sesungguhnya adalah sistem yang tidak kenal akan perbezaan kulit, bahasa, jantina , mahupun keturunan . Islam hanya melihat taqwa sebagai perukuran dan perbezaan di antara manusia. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud;

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).( Surah Al-Hujurat; 13)



4 . Orang-orang bukan Islam hendaklah dilayan dan dijaga bersesuaian dengan landasan shariat Islam.Sepertimana Allah berfirman;


Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman). (Surah Al-Baqarah: 143)





Mereka yang juga di gelar Kafir dzimmi ini wajib di beri perlindungan dan penjagaan yang adil.Bahkan Dzimmi yang datang daripada bahasa arab itu sendiri memberi maksud 'perlindungan'.Orang-orang dzimmi yang membayar jizyah diperbolehkan menjalankan ibadah agama mereka, menerima otonomi komunal, harus dilindungi oleh umat Islam jika ada serangan dan di bebaskan daripada kewajipan berjihad dan 'military' , bebas daripada membayar zakat dan cukai-cukai lain yang dikenakan ke atas orang Islam.
Jadi tidak seharusnya pembayaran jizyah di katakan tidak adil oleh sesetangah pihak yang sememangnya membenci Islam dan sentiasa mencari jalan untuk membusukkan agama Islam. Jumlah Jizyah yang perlu dibayar oleh orang-orang dzimmi ini adalah sebenarnya kurang daripada jumlah zakat yang perlu dibayar hanya oleh orang-orang Islam. Jizyah yang di bayar oleh orang-orang Dzimmi adalah sebagai pertukaran dengan perlindungan yang harus diberi kepada mereka oleh kerajaan dan orang-orang Islam di mana mengecualikan pembabitan mereka di dalam peperangan yang di hadapi negara.Ini kerana tidak adil untuk meminta orang-orang kafir dzimmi untuk berperang dengan orang kafir lain terutama sekali yang menganuti agama yang sama dengan mereka.Seperti yang Sir Thomas W. Arnold di dalam buku beliau Call to Islam, berkata :

“This tax was not imposed on the Christians, as some would have us think, as a penalty for their refusal to accept the Muslim faith. Rather, it was paid by them in common with the other dhimmis or non-Muslim subjects of the state whose religion precluded them from serving in the army, in return for the protection secured for them by the arms of the Muslims. When the people of Hirah contributed the sum agreed upon, they expressly mentioned that they paid this jizyah on condition that ‘the Muslims and their leader protect us from those who would oppress us, whether they be Muslims or others.”

Bagi sesiapa yang minat terutama sekali orang-orang non moslem untuk mendapatkan wajah yang jelas tentang Jizyah.. Click di sini


5 . Sesebuah kerajaan yang bercorakkan pentadbiran Islam seharusnya menekankan aspek akedemik dan kecemerlangan rakyat di dalam bidang ilmu. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud;


......
dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku". ( Surah Taha: 114 )


Jelaslah bahawa Islam amat mementingkan ilmu di dalam menjana kesejahteraan rakyat dan negara.Ilmu yang dimaksudkan merangkumi semua aspek ilmu termasuk ilmu agama dan duniawi. Ini terbukti apabila suatu ketika dahulu di mana umat Islam yang betul-betul memahami ajaran agama Islam yang sebenar sehingga berjaya menciptakan nama di didalam sejarah manusia sebagai pelopor bidang-bidang sains dan sebagainya.Antaranya ialah Jabbir bin Hayyan- The Father of Chemistry ( gurunya ialah Imam Jaafar AlSiddiq) , Ibnu Sina( Avicenna) , Ibn Khaldun , Al-Ghazali , Al-khawarizmi , Omar Al-Khayyam dan banyak lagi..


Sesungguhnya jikalau sesebuah negara Islam itu betul-betul mengikut cara pemerintahan yang di anjurkan oleh shariah berpandukan Quran dan Sunnah sebenar, nescaya amanlah negara tersebut dan kehidupan rakyat akan makmur termasuk kehidupan rakyat bukan Islam.


Sebenarnya banyak lagi kelebihan-kelebihan yang ada di dalam sistem pemerintahan Islam yang sebenar.Namun demikian ini sahaja yang mampu saya coretkan buat setakat ini. Ingatlah, orang-orang yang selalu mengakui diri mereka itu Islam dan mahu menubuh negara Islam dengan cara membunuh dan kekerasan seperti Taliban dan Al-Qaeda, mereka itu tidak langsung mewakili agama Islam yang sebenar.Bahkan, mereka itu dianggap musuh Islam yang nyata.


Dengan doa untuk keamanan,keadilan dan kesejahteraan bersama

http://politikislam313.blogspot.com/

Pengenalan: Kenapa Muslim perlu terlibat di dalam Politik?

Dengan Nama Allah Yang Maha Tinggi,

Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad(SAWA) dan ahlulbait yang suci berserta sahabat yang terpuji;


Salam Alaikum Wr Wb,

Sesungguhnya kebanyakan daripada kita sudah lupa dan tidak peka sehingga kita telah memisahkan politik dan agama . Ianya samalah seperti kita memisahkan kepimpinan RasulAllah dalam membawa manusia kepada satu tujuan iaitu Allah Subhanahu Wa Taala. Politik itu sendiri bermaksud membawa manusia ke satu keputusan demi memperbaiki sistem-sistem kehidupan manusia dan Islam adalah cara kehidupan orang-orang yang membenarkan dengan lidah, hati dan perbuatan bahawa Allah itu Tuhan mereka yang Satu dan Nabi Muhammad itu adalah hamba dan UtusanNya untuk menuju kesempurnaan sistem kehidupan di dunia bagi kesejahteraan di akhirat yang abadi. Oleh hal yang demikian, tepatkah keputusan sesetangah pihak yang mengatakan bahawa " Jangan campur Politik Dan Islam"?

Sebagaimana Islam telah mengajar cara kita bersolat, berzakat, jauhi kemungkaran yang boleh menyebabkan kebinasaan dsb. , begitulah juga Islam telah mengajar umatnya bagaimana untuk memerintah sesebuah negara dengan adil dan saksama.Ini menunjukkan bahawa Islam TIDAK pernah memisahkan umatnya daripada politik kerana kita sendiri boleh melihat kewujudan setiap agama di dalam dunia ini adalah untuk mengimbangi keputusan-keputusan manusia dalam memenuhi kehendak mereka supaya ketidakadilan tidak berlaku di dalam institusi-institusi kehidupan manusia.Oleh itu , Islamlah satu-satunya agama yang membawa kepada kesempurnaan tersebut tanpa cacat cela.Seperti mana Allah berfirman di dalam kitab SuciNya;

" .........Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. " ( Surah Almaidah:3)


Saya sebagai penulis blog, tidak sama sekali untuk mengajak orang-orang muslim membenci orang-orang bukan muslim tetapi sebaliknya sebagai seorang yang menganuti agama Islam, hendaklah kita memahami politik Islam itu dari segi perspektif yang Allah dan RasulNya telah tetapkan dan bukan daripada perspektif orang-orang yang memimpin dengan mengikut nafsu iaitu seperti kebanyakan pemimpin-pemimpin barat yang selalu mengakibatkan kemusnahan di negara-negara yang tidak mengikut kehendak mereka.. Pemimpin-pemimpin ini selalu menyebar fitnah dan agenda busuk mereka agar Islam dipandang sebagai agama penjenayah.Walhal mereka sendirilah yang menyebabkan banyak nyawa yang tidak berdosa terkorban.

Berapa banyaklah sangat pembunuhan yang di lakukan oleh orang-orang yang dikatakan mereka itu 'Islam' berbanding pembunuhan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan Israel ke atas rakyat Palestine , Lebanon, Iraq, Afghanistan ? Tidak lupa juga apa yang terjadi di kebanyakan negara-negara Afrika dan Amerika Latin dan di Asia seperti di Vietnam dan Cambodia. Kuasa dan corak politik mereka telah menghalalkan penindasan dan 'dictatorship' ke atas rakyat termasuklah pemimpin-pemimpin Islam yang telah menjadi 'sekutu merangkap boneka' demi memuaskan nafsu dan kehendak duniawi orang-orang ini.


Jadi bagaimanakah kita sebagai orang Islam hendak mengambil peranan untuk menyelamatkan diri kita dan diri orang-orang bukan islam yang tidak bersalah dan tertindas oleh dasar-dasar politik mereka yang tidak menghiraukan kemanusiaan, keamanan dan keadilan yang sebenar bagi rakyat islam dan bukan Islam?

Tajuk ini akan saya cuba kupaskan sebaik yang termampu di bahagian selanjutnya Inshallah...

Dengan doa untuk keamanan,keadilan dan kesejahteraan bersama,

Wednesday, February 18, 2009

Al-kisah..lagiiiii

Bismillah

Assalamualikum...

Al kisah..tesebut lah kisah..sang jenin dan kroninya beramai-ramai membuat scandal....

Si Jenin sedang menghadapi masalah ..scandal konco-konconya..yang serupa dengannya.
Minat mereka terhadap salah laku moral dan etika "tut" sangatlah terserlah. Seperti kata pepatah,
Bapak borek anak rintik. Bapa adalah pemimpin dan anak akan mengikutinya.
Bapa PKr menghadapi penyakit darah Moral value yang sangat rendah dan penyakit mulut muncung yang
cakap suka pusing2 macam gasing tidak ada paku. Bagaimana dia jadi pemimpin nie???

Si jenin Perdana Menteri salahkan BN di atas scandal yang terjadi? dan si dia yang perasan bagus mengadu pada Sultan kerana nak ambil "muka" takut dia tak jadi Mb Selangor lagi.

Aku simpati pada Eli.....dan aku tak kisah walau apa pun yang dia buat kerana..dia bukan MUSLIMAH. Yang aku kisah orang2 muslim.

Hairan ya, kenapa perlu Eli berasa malu kalau dalam masyarakatnya perkara sebegitu tidak berdosa?? Maknanya ianya melanggar etika moral value yang mengangkat manusia ke atas puncak kemuliaan.

Aku ucapkan terima kasih pada Saiful kerana sumpah mubahalahnya yang telah membuat orang2 seperti aku tahu jalan yang mana harus di ikut dan pemimpin yang seperti apa harus aku jauhi dengan izin Allah.

wa Allahu a3lam

Thursday, February 12, 2009

Supporting Saiful Bukhari


Bismillah

Assalamualaikum

Di sebabkan Anwar lari dari perbicaraannya dan nampak sangat sang hakim tidak memperdulikan Saiful Bukhari. Maka aku lancarkan Kempen "Supporting Saiful Bukhari" demi memberi semangat pada beliau supaya bersabar.

Anwar aku ragui di atas sebab dia tidak bersumpah mubahalah seperti Saiful.

Jadi sesiapa yang bersimpati dengan Saiful..boleh lah meletakkan banner sebagai support untuk Saiful yang telah lama menanti dirinya di bela.



wa Allahu a3lam

Mengapa Anwar Bukan Pilihan Tepat bagi Orang Islam dan Bukan Islam?


Dengan Nama Allah Yang Maha Tinggi,

Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad(SAWA) dan ahlulbait yang suci berserta sahabat yang terpuji;


Salam Alaikum Wr Wb,

Anwar Ibrahim merupakan seorang yang tidak mempunyai asas perjuangan yang stabil dan ikhlas. Ini kita boleh lihat sejak dari mula pembabitannya di dalam dunia politik.
Perbandingan boleh dilakukan dengan melihat bagaimana pada tahun 1968-1981 Anwar "mensabitkan" dirinya dalam "Islam" dan "commited" dengan orang Islam yang lain dengan melibatkan dirinya di dalam persatuan-persatuan seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) yang lantang memperjuangkan hak-hak yang lebih kepada keislaman dan kuat menentang kebanyakan dasar kerajaan pada waktu itu sehingga dia pernah ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara di bawah akta ISA.

Kemudian pada tahun 1982,apabila setahun setelah Tun Dr Mahathir di angkat menjadi Perdana Menteri Malaysia, Anwar telah membuat kejutan kepada orang ramai termasuk rakan-rakan liberalnya dengan memasuki UMNO dan mendapat kuasa dengan begitu cepat sekali apabila dia dilantik sebagai Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan pada tahun 1983 dan pada tahun 1984 sebagai Menteri Pertanian dan seterusnya menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan pada tahun 1986.Sewaktu inilah Anwar Ibrahim telah bertukar corak perjuangannya di mana dia lebih kononnya memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Islam di Malaysia.Antara perkara menonjol yang Anwar Ibrahim lakukan adalah termasuk dengan menukar bahasa kebangsaan daripada Bahasa Malaysia kepada Bahasa Melayu. Sudah tentu perubahan ini mendapat tentangan dan kritikan daripada kaum bukan Melayu di mana hujah mereka kerana ini lebih kepada pengiktirafan hak untuk melayu sahaja dan bukan 'malaysian'.

Kemudian, seperti yang kita maklumi ,setelah dia dilantik sekali lagi sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1991, Anwar , pada tahun berikutnya iaitu 1993 dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri setelah mengalahkan Tun Ghafar Baba dalam merebut jawatan Timbalan Presiden Umno. Pada waktu inilah Anwar Ibrahim dilihat seperti seorang pemimpin yang "Islamik" sehinggakan tidak menyenangkan orang-orang bukan Islam. Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan Takaful adalah contoh hasil Anwar setelah penyertaannya di dalam Umno dan kerajaan pada waktu tersebut yang kononnya telah dia buktikan bahawa UMNO juga adalah parti yang memperjuangkan Islam dan bukan sekular.

Pada tahun 1998, Anwar Ibrahim telah disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO atas dakwaan rasuah dan liwat dan beberapa bulan selepas itu, ditahan atas tuduhan perbuatan homoseksual yang kemudiannya disabitkan pula dengan kesalahan di atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa.Di sinilah bermulanya detik perjuangan Anwar Ibrahim dan keluarganya serta penyokong-penyokong kuat Anwar Ibrahim sehingga tertubuhnya Parti Keadilan Nasional yang di buka untuk pelbagai kaum .. (yang kemudiannya telah bergabung dengan Pas dan Dap bagi membentuk sebuah Parti yang dikenali sebagai Parti Pakatan Rakyat(PKR) )

Setelah beberapa tahun menjalani zaman 'perjuangan' untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan-tuduhan tersebut dan juga mendapat liputan hangat di dalam dan luar negara, akhirnya Anwar Ibrahim di bebaskan oleh pihak Mahkamah Persekutuan di atas sebab-sebab tertentu.

Kemungkinan kerana dendam yang begitu mendalam dan hanya Allah sahaja yang Mengetahui apa di dalam hatinya, Anwar Ibrahim terus memperjuangkan agenda politiknya dengan bertukar corak kepada perjuangan untuk semua kaum sehinggakan dia telah berjanji untuk menukarkan hak Ketuanan Melayu kepada Hak Ketuanan Rakyat. Setelah kejayaan PKR dalam pilihanraya ke-12 yang lalu, ternyata perjuangan parti tersebut mula membuatkan rasa tergugat kebanyakan orang-orang Melayu di bumi Malaysia ini. Kemudian kita dapat lihat juga bagaimana Anwar Ibrahim mempunyai hubungan yang baik dengan Amerika dan sekutunya Israel.Anwar Ibrahim juga telah dilihat sebagai pengkhianat bangsa dan agama oleh segolongan orang Melayu .Antara perkara yang menimbulkan pandangan tersebut terhadap dia ialah;

1- Janji Anwar Ibrahim untuk menukarkan hak ketuanan Melayu kepada hak ketuanan rakyat


2-Mempunyai hubungan yang rapat dan mendapat sokongan daripada pihak barat seperti Amerika dan sekutunya Israel di mana memang terkenal dengan sikap 'hostile' dan 'bias' mereka terhadap Islam dan telah banyak memberi kesengsaraan dan kemusnahan harta-benda kepada masyarakat Moslem seperti di Palestine,Iraq, Afghanistan, Lebanon, Iran dsbnya.

3-Sokongan Anwar Ibrahim terhadap HiNDRAF .

4- pada tahun 1993, dan ditemubual oleh seorang wartawan dari ASIAWEEK , Anwar tidak bersetuju dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas Salman Rushdie oleh Ayatollah Imam Khomenei ;


seperti yang dipetik daripada sebuah blog yang lain;

Click di sini


Kata Anwar di dalam majalah ASIAWEEK dalam temubual dengan wartawan Roger Mitton dan tersiar pada 11 November 1993, Anwar berkata:

“Saya telah membaca The Satanic Verses. Bagi saya, beliau adalah seorang karyawan yang amat mendalam pengetahuannya. Saya tidak bersetuju dengan Khomenei mengenai The Satanic Verses. Tetapi ia perlu diberikan penelitian berikut. Pertama, penulisan buku ini merupakan hasil sastera. Kedua, bagi saya apa2 hukuman ke atas seorang pesalah perlulah diputuskan oleh sebuah mahkamah undang2..keputusan seumpama ini amat sukar kerana sekiranya TIDAK ADA KEBEBASAN BERFIKIR, orang ramai akan merasa terugut bilamana mereka menyentuh hal-hal yang dianggap sensitif”



5-. Keengganan Anwar Ibrahim dalam mengangkat sumpah secara jalan yang di anjurkan oleh Islam untuk membersihkan namanya apabila dituduh sekali lagi terlibat dengan kes liwat baru-baru ini.


6- Anwar yang selalu dengan hebatnya menghentam Umno dan BN terutama mengenai isu kronisme tetapi tidak melihat dirinya sendiri yang telah melibatkan anak isteri keluarganya di dalam politik. Tetapi ini tidak dilihat sebagai kronisme oleh penyokong-penyokong Anwar kerana kononnya mereka adalah pejuang sejati keadilan bagi semua rakyat.


7- Penglibatanya dan kerjasama bersama DAP yang sememangnya tidak suka akan Islam sejak dari dahulu lagi dilihat sebagai pengkhianatan besar sebagai penganut yang beragama Islam. Hasilnya, mereka ini semakin lantang mempertikaikan hak agama Islam seperti isu athan subuh yang dianggap oleh mereka sebagai gangguan kepada orang bukan islam, isu murtad, dsbnya.

8- Kenyataan Anwar yang seolah-olah bersetuju dengan Forum Bar Council baru-baru ini apabila ditemubual oleh MalaysiaKini, telah mencetuskan lagi kemarahan segolongan umat Islam di Malaysia yang tidak sama sekali dapat menerima kehadiran forum yang sedemikian kerana dilihat berat sebelah dan mempunyai agenda tertentu.


dan banyak lagi....


Oleh hal yang demikian, disebabkan itulah saya tidak fikir Anwar adalah pilihan yang tepat terutama sekali bagi umat Islam di Malaysia dan juga bukan islam sebagai pemimpin negara. Faktor besar yang boleh kita simpulkan daripada perjuangan Anwar daripada mula pembabitanya di dalam dunia politik, dia tidak memiliki kredibiliti dalam mempersembahkan corak perjuangan yang stabil dan ikhlas. Corak perjuangan Anwar sentiasa berubah-berubah pada setiap masa dan saya lihat ia lebih kepada perjuangan 'penting diri sendiri'. Kemungkinan besar bila-bila masa sahaja Anwar mungkin akan mengkhianati sesiapa sahaja jikalau kepentingannya tergugat walaupun datangnya daripada orang bukan Islam.

http://politikislam313.blogspot.com/2008/08/mengapa-anwar-bukan-pilihan-tepat-bagi.html

Karpal Dan Anwar

Bismillah

Assalamualaikum..

Cukup hebat permainan karpal dan ANwar.

Karpal singa lumpuh tanpa taring memang bijak dalam perkara biadap dengan Sultan.
Dari dahulu lagi dia berangan-angan untuk menumbangkan kerajaan Melayu. Bermula dari datuknya tak silap aku dan dia terus memperjuangkan salah laku kepada Sultan dengan bangganya. Patutkah tuan tanah Malaysia memberi keistimewaan pada lintah pendatang seperti Karpal?Berapa ramai lagikah orang yang datuk neneknya "pendatang" mempunyai ideologi seperti Karpal?

Karpal memang seorang penipu kerana peguam sepertinya mesti menipu untuk menang.
Lihat saja bagaimana dia berkata bahawa perlembagaan yang melantik Raja dan siapa pula yang melantik "perlembagaan" sebagai "perlembagaan".?

Karpal berani bersuara kurang ajar kepada Sultan kerana Anwar ada bersamanya.

Al-kisah mat jenin yang sedang berangan menjadi Perdana Menteri di dalam blognya bertelagah dan membelasah singa lumpuh itu. Bersama ularnya Lim Kit Siang, kononya sedang menyiang singa tua itu. Namun itulah yang mereka sedang mainkan untuk menarik lebih ramai penyokong bukan Melayu dan mengukuhkan penyokong Melayu-Pas.

Kami, orang dari sama negeri dan daerah tahu siapa Lim dan Karpal.

Berbalik kepada mat jenin Perdana Menteri. Sebelum ini, mat jenin pernah menyatakan supaya kuasa Sultan di kembalikan. Namun apabila Sultan berkuasa dia menghasut pengikut-pengikutnya supaya menentang Sultan. Dia membaling batu kemudian menyembunyikan tangan. Nizar yang kurang arif menjadik puppet yang rosak. Dan pengikut bendera hijau pula terjebak dalam aktiviti baring dan relaks bersama lembu-lembu yang suka relaks dan baring di jalan tanpa mempedulikan keselamatan dan tata susila serta adab sebagai orang yang beriman. Rupa-rupanya Mat jenin punyai tiga watak. Watak-wataknya tak ubah seperti kawan karibnya si ular dan singa lumpuh tanpa taring.
Demi melarikan diri dari perbicaraan kes kaum Lut dan dirinya, mat jenin pun berpura-pura sibuk di Perak.

hai mat jenin,sampai bila kau nak berangan ni?Kau tidak akan menongkat langit oh Jenin.

Dan mat jenin Perdana Menteri juga berkata, Kerajaan menuduh partinya yang suka buat acara lompat katak. Namun 16 september 2008 menjadi saksi bagaimana manusia yang "penuh maruah diri" telah pergi ke Taiwan untuk mencari katak2 yang di puja. Namun pujaan hati telah melarikan diri dan kekal bersama "kekasih" mereka.


wa Allahu a3lam.

Wednesday, February 11, 2009

Bahasa Ilmu

Bismillah

assalamualaikum

Maka terjadilah demosntrasi untuk membela Bahasa Melayu. Si dia itu pun iaitu ANWAR, melalak bahwa jangan korbankan bahasa ibunda.

Aku katakan,, si penipu hantar anaknya keluar negara dan mengorbankan bahasa Ibunda anaknya kerana orang di luar tidak menggunakan bahasa Melayu dalam pembelajaran atau komunikasi.

Bahasa Inggeris menjadi bahasa Ilmu. Dalam mengisi ilmu yang lebih padat untuk pembelajaran dan pemahaman sains dan matematik, anak2 melayu perlu mempelajarinya melalui Bahasa Inggeris.

Sebagaia contoh, para2 Ulama menganjurkan kita mempelajari bahasa Arab untuk memperkasakan imaan kerana Al-quran datang melalui bahasa Arab.

Sesuatu bangsa yang menguasai Ilmu akan di angkat martabatnya secara tidak lansung. Bukan aku memuji bangsa barat tetapi itu hakikatnya apabila apa sahaja yang di buat barat menjadi ikutan kita di timur. Pada masa dahulu, Islam berada di kemuncak dan ummat islam di angkat pada taraf yang tertinggi kerana mereka menguasai ilmu. Bahasa Arab menjadi bahasa utama sehingga orang2 bukan arab telah di "jadikan" arab kerana apa yang telah mereka pelajari Sebagai contoh, egyptian,assyirian dan lain2 lagi. Namun, dalam pada masa yang sama, mereka tidak melupakan siapa diri mereka dan budaya mereka terus berjalan hingga ke hari ini.

Jadi, dalam menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penyampai ilmu kepada anak2 kita tidak menjadi kesalahan bahkan menjadikan mereka orang yang cerdik pandai.

Namun kerajaan mesti berhati-hati dalam memperkasakan ilmu dalam bidang sains dan matematik melalui bahasa inggeris kerana takut2 lenturan buluh menghala ke arah yang salah dan anak2 akan mencintai barat lebih dari timur.

Dalam memperkasakan ilmu dunia, kerajaan juga haruslah memperkasakan Ilmu akhirat iaitu ilmu iman kepada anak2 Malaysia. Sejarah menunjukkan ulama2 Yemen telah membuat revolusi Islam di rantau Melayu. Revolusi iman menjadi kukuh di rantau Melayu sehingga mereka menjadi antara yang terhebat dalam sejarah perdagangan.
Tidak menjadi kesalahan kalau kita dapat melakukan revolusi itu kembali dengan menjemput dan merapatkan ummat di Malaysia dengan ulama2 Yemen yang sedang harum nama mereka seperti habib Omar al-hafiz dan habib Ali al-jufry bagi menjana iman ummat di Malaysia.

Kerajaan mestilah juga memperkasakan bahasa Ibunda dengan meletakkah kemestian bagi setiap warganegara supaya mereka fasih berbahasa Malaysia. Semarakkan cinta bahasa ibunda di mana2 sahaja.Seperti yang di lakukan kerajaan sekarang adalah terbaik apabila kerajaan meletakkan pelajaran sastera atau komsas bagi anak2 di sekolah.

Akhir sekali, ada yang menentang Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ilmu sains dan matematik tetapi dengan pemakain dan adab sopan mereka lansung tidak menunjukkan mereka itu melayu-muslim atau melayu-muslimah. Rambut di warnakan "blonde" dan budaya2 meresapi jiwa mereka tanpa perlu mereka di ajar Bahasa Inggeris melalu sains dan matematik.

Dan kepada ANWAR. Sudah-sudah lah propaganda kau yang hina tu. Hentikanlah pembohongan. Kau diragui tanpa sumpah mubahalah seperti Saiful. kau pembelit dan kejam kerana pentingkan diri, ramai yang terkorban iman dan taqwa dek kerana fitnah2 kau.

wa Allahu a3lam.

Bila Si Pembohong Mengaitkan dirinya dengan ....

Bismillah

Assalamualaikum

Maka si pembohong pun terjumpa sesuatu yang menguntungkannya setelah membaca tentang Nabi (SAW) yang dulunya dia pernah bersekongkol dengan penghina Nabi(saw) yang mulia itu.
Maka dia pun menggunakan apa yang di jumpainya untuk meletakkan dirinya yang diragui (kerana tidak bersumpah mubahalah seperti mangsanya) dalam kemuliaan, bersama perjuangan RasulAllah(saaw) dan dia yang pernah katakan bahawa penghina Nabi(saw) dan Isterinya yang mulia adalah profound writer.

Terserlah hakikat pembohongannya apabila dia hanya mengambil sekerat sahaja dari cerita tersebut untuk meletakkan dia dan partinya dalam kemuliaan.

Maka di tulisnya begini:

Buat pendokong Pakatan Rakyat marilah kita sama-sama renungi sirah Nabi S.A.W ketika mana Heraklius memanggil Abu Sufyan:

Heraklius: Adakah pengikutnya dari kalangan orang kaya atau marhaen.

Abu Sufyan: Rakyat marhaen.

Heraklius: Adakah pengikutnya bertambah atau berkurangan?

Abu Sufyan: Bertambah

Heraklius: Bagaimana perang antara kamu dengan dia?

Abu Sufyan: Ada kala kami menang, ada kala dia.




AnWAr Ibrahim

http://anwaribrahimblog.com/2009/02/10/penghargaan-buat-sdr-arumugam/

Dan ini adalah apa yang ANWAR tinggalkan:

Heraclius: Did you find him telling lies before he made the claim?

Abu Sufyan: No.

tapi hang anwar sudah tipu banyak kali.. “we have the numbers ”

Heraclius: Did he ever break the word given by him?

Abu Sufyan: Not as yet, but we will see what he does in the future.

tapi hang anwar dah banyak kali broke promises hang..nuar

Heraclius: Did you ever fight against him?

Abu Sufyan : Yes.

yang ni hang pun sama ..sebab apa? cuba hang tengok balik masa hang cakap salman rushdie tu profound writer walaupun dia menghina nabi dan isteri nabi dalam tulisan dia!hang angkat orang yang hina nabi sebagai profound writer! dah tu hang condemn fatwa bunuh ke atas dia pulak!

“”Heraclius: What is it that he teaches?

Abu Sufyan: He asks to worship One God, and not associate ought with Him. To offer prayers, be virtuous to speak the truth, and be kind to the kinsmen.”"

"hang pulak baru baru ni ajaq orang ramai supaya ambil tauladan dari kisah Tuhan Hindu!"

Dan ANWAR bohong dan terus bohong dan terus juga memfitnah. Walaupun kadang2 fitnah2nya tidak masuk akal. Rakyat yang "naive", tanpa usul periksa "menyantap" hebat fitnah yang Anwar buat.


Dan ini adalah cerita sepenuhnya:

HERCULES AND ISLAM : -

Arabia, during the time of the Holy Prophet Muhammad (s), was a country without any central authority. It was a country far from the civilised nations of those days.

At the time Prophet Muhammad (s) was spreading Islam; asking people to turn away from worshipping idols to worshipping Allah, the Almighty, the All-Knower, the Master.

The Prophet sent letters of invitation to Kings and Rulers of various countries in the world, inviting them to embrace Islam. Many of the letters were met with a favourable response whilst others were rejected.

In many cases, the messengers of the Prophet were badly treated and abused. But the Prophet was not worried by these setbacks. He was inviting people to the right path and a few setbacks could not deter him from propagating Islam.

Abu Sufyan a leader of the tribe of Quraish and the arch enemy of the Prophet was in Constantinople on a business trip, when the Prophet's letter of invitation reached Hercules, the Byzantine emperor of Eastern Roman Empire.

Hercules, at the time was in his court at Constantinople celebrating his victory over the Persians. Hercules read the letter through an interpreter and then asked the people in his court, to find out if there was someone in the city, who knew the Prophet. Abu Sufyan with his companions was brought into the court.

The emperor asked Abu Sufyan, "What kind of family does Muhammad belong to?" "Noble", replied Abu Sufyan "Has there been a king in his family?" Hercules asked. "Are the people who have accepted his religion poor or rich?", Hercules questioned again. They are poor", replied Abu Sufyan. Hercules was now becoming more and more interested and he went on asking questions. His next question was, "Are his followers on the increase or decrease?" "Increasing", Abu Sufyan replied shortly.

"Have you known him to tell lies"? asked Hercules. "No", admitted Abu Sufyan."Does he ever go against his convents?", Hercules once again asked. "Does he ever go against his convents?", Hercules once again asked. "Does he ever go against his convents?", Hercules once again asked.

"Not so far. But we have to see whether he carries out the new agreement made between us and him", Abu Sufyan answered lengthily for a change."Have you ever fought him in wars?" Hercules questioned. "Yes", answered Abu Sufyan "What has been the result?" Hercules asked, getting more and more interested. "Sometimes we have won, sometimes he", replied Abu Sufyan. "What does he teach?" asked Hercules "Worship One God, join no partners with Him, carry out your prayers, be chaste, speak the truth and keep union with your relatives", answered Abu Sufyan, even surprised at his own answer as it sounded like he was preaching Islam.

Hercules stood up and said, "If all you said is true, then I am sure that this Prophet's Kingdom will reach here where I am standing. I was certain that a Prophet was coming, but I didn't know that he would be born in Arabia. If I were to go there, I would embrace Islam and wash the Prophet's feet with my own hands." This was the way in which the Prophet spread Islam.

He impressed them by his truthfulness, honesty, noble character and dedication in the service of Allah. He did not compel people to accept Islam under threat of waging wars, nor did he compel people to accept Islam by the force of the sword. He fought only in defence, and only when the enemies waged war on him.



Hebat sungguh dia menipu. Gayanya seperti Orang2 bukan muslim yang menentang Islam. Mereka akan mengambil sedikit ayat2 Allah dan menipu serta memfitnah ayat2 Allah.

Kenapa masih ada orang yang menggelarkan diri mereka muslim berjabat tangan dengan orang sepertinya?

Aku di sini tertanya2 di mana letaknya pintu hidayah. Semoga aku menemui hidayah dan berada jauh dari ANWAR yang menghuru-harakan rakyat dengan dakyah fitnah dan penipuan. Yang paling hebat adalah, rakyat buta dan terpegun dengan penipuannya.

wa Allahu a3lam