Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Thursday, February 19, 2009

Pengenalan: Kenapa Muslim perlu terlibat di dalam Politik?

Dengan Nama Allah Yang Maha Tinggi,

Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad(SAWA) dan ahlulbait yang suci berserta sahabat yang terpuji;


Salam Alaikum Wr Wb,

Sesungguhnya kebanyakan daripada kita sudah lupa dan tidak peka sehingga kita telah memisahkan politik dan agama . Ianya samalah seperti kita memisahkan kepimpinan RasulAllah dalam membawa manusia kepada satu tujuan iaitu Allah Subhanahu Wa Taala. Politik itu sendiri bermaksud membawa manusia ke satu keputusan demi memperbaiki sistem-sistem kehidupan manusia dan Islam adalah cara kehidupan orang-orang yang membenarkan dengan lidah, hati dan perbuatan bahawa Allah itu Tuhan mereka yang Satu dan Nabi Muhammad itu adalah hamba dan UtusanNya untuk menuju kesempurnaan sistem kehidupan di dunia bagi kesejahteraan di akhirat yang abadi. Oleh hal yang demikian, tepatkah keputusan sesetangah pihak yang mengatakan bahawa " Jangan campur Politik Dan Islam"?

Sebagaimana Islam telah mengajar cara kita bersolat, berzakat, jauhi kemungkaran yang boleh menyebabkan kebinasaan dsb. , begitulah juga Islam telah mengajar umatnya bagaimana untuk memerintah sesebuah negara dengan adil dan saksama.Ini menunjukkan bahawa Islam TIDAK pernah memisahkan umatnya daripada politik kerana kita sendiri boleh melihat kewujudan setiap agama di dalam dunia ini adalah untuk mengimbangi keputusan-keputusan manusia dalam memenuhi kehendak mereka supaya ketidakadilan tidak berlaku di dalam institusi-institusi kehidupan manusia.Oleh itu , Islamlah satu-satunya agama yang membawa kepada kesempurnaan tersebut tanpa cacat cela.Seperti mana Allah berfirman di dalam kitab SuciNya;

" .........Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. " ( Surah Almaidah:3)


Saya sebagai penulis blog, tidak sama sekali untuk mengajak orang-orang muslim membenci orang-orang bukan muslim tetapi sebaliknya sebagai seorang yang menganuti agama Islam, hendaklah kita memahami politik Islam itu dari segi perspektif yang Allah dan RasulNya telah tetapkan dan bukan daripada perspektif orang-orang yang memimpin dengan mengikut nafsu iaitu seperti kebanyakan pemimpin-pemimpin barat yang selalu mengakibatkan kemusnahan di negara-negara yang tidak mengikut kehendak mereka.. Pemimpin-pemimpin ini selalu menyebar fitnah dan agenda busuk mereka agar Islam dipandang sebagai agama penjenayah.Walhal mereka sendirilah yang menyebabkan banyak nyawa yang tidak berdosa terkorban.

Berapa banyaklah sangat pembunuhan yang di lakukan oleh orang-orang yang dikatakan mereka itu 'Islam' berbanding pembunuhan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan Israel ke atas rakyat Palestine , Lebanon, Iraq, Afghanistan ? Tidak lupa juga apa yang terjadi di kebanyakan negara-negara Afrika dan Amerika Latin dan di Asia seperti di Vietnam dan Cambodia. Kuasa dan corak politik mereka telah menghalalkan penindasan dan 'dictatorship' ke atas rakyat termasuklah pemimpin-pemimpin Islam yang telah menjadi 'sekutu merangkap boneka' demi memuaskan nafsu dan kehendak duniawi orang-orang ini.


Jadi bagaimanakah kita sebagai orang Islam hendak mengambil peranan untuk menyelamatkan diri kita dan diri orang-orang bukan islam yang tidak bersalah dan tertindas oleh dasar-dasar politik mereka yang tidak menghiraukan kemanusiaan, keamanan dan keadilan yang sebenar bagi rakyat islam dan bukan Islam?

Tajuk ini akan saya cuba kupaskan sebaik yang termampu di bahagian selanjutnya Inshallah...

Dengan doa untuk keamanan,keadilan dan kesejahteraan bersama,

0 comments: